MODUL BML 3012: SEJARAH BAHASA MELAYU
_______________________________________________________________ Panel Penulis Azhar Wahid
Razali Ayob
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2011
Hak Cipta Terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pe ngeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara e lektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Pen didikan Sultan Idris terlebih
dahulu.
All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means,
electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information stor age and retrieval system, without
permission in writing from the Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel: 05-450 6000, Faks: 05-459 5169
Laman Sesawang: www.upsi.edu.my E-mel: [email protected]
Atur huruf oleh/Typesetting by Penerbit FBK, UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Dicetak oleh/Printed by
KANDUNGAN
Panduan Kursus vi
Unit 1 : Asal usul peranan bahasa Melayu 1
Unit 2 : Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu 14 Unit 3 : Perkembangan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik 31
Unit 4 : Perkembangan bahasa Melayu abad ke-19 dan ke-20 52 Unit 5 : Perkembangan bahasa Melayu moden 79
Unit 6 : Bahasa Melayu dalam persuratan 100 Unit 7 : Badan-badan dan pertubuhan bahasa 119
Unit 8 : Sumbangan tokoh bahasa dan persuratan melayu 144 Unit 9 : Bahasa Melayu dalam pendidikan 166
iv
PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan k andungan
kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti
segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini den gan cemerlang.
Kursus BML 3012 Sejarah Bahasa Melayu merupakan kursus major bernilai 2 jam kred it.
KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntuk kan 40 jam waktu
pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 80 ja m waktu pembelajaran.
Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi ini adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran BML 3102
Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka
Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 20 Tutorial di Pusat 10
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.)
20
Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 20 Video P&P melalui MyGuru2 6
Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 4 30 50
Di akhir kursus BML 3012, anda diharap dapat:
1. Menghubung kait sejarah asal-usul bahasa Melayu daripada zaman kuno hingga za man moden;
2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan; 3. Mempamerkan rasa kecintaan dan bangga terhadap bahasa Melayu; dan
4. Bekerja secara berpasukan bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan. SINOPSIS KURSUS
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan sejarah asal-usul bahasa Melayu. Perbincan gan dan penelitian
mencakupi tahap perkembangan bahasa Melayu purba, menjadi lingua franca seterusn ya sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kursus ini turut me mberi penekanan
terhadap badan-badan bahasa dan tokoh-tokoh bahasa dalam memperkembangkan bahasa Melayu
sehingga mencapai tahap bahasa Melayu moden. KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada
sepuluh unit semuanya yang terkandung dalam modul seperti berikut: UNIT 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Definisi bangsa dan bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu
Pengertian bangsa Melayu
Teori asal usul bangsa dan bahasa Melayu Teori dari luar Nusantara
Teori Nusantara
Teori yang diterima umum Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
vi
UNIT 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU Konsep filum, rumpun dan keluarga bahasa
Filum Austris dan rumpun bahasa Austronesia Keluarga bahasa Nusantara
Keluraga bahasa Melayu Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 3 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK Tahap bahasa Melayu kuno
Zaman Hindu sebelum Seriwijaya Zaman Seriwijaya
Zaman Majapahit
Catatan dan bukti bahasa Melayu kuno Ciri-ciri bahasa Melayu kuno
Rumusan Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 4 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN PRAMODEN Zaman Peralihan
Zaman Melaka dan Islam
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Zaman kedatangan dan sumbangan orang Eropah Zaman pemerintan British di Tanah Melayu Zaman sebelum dan selepas merdeka
Sumbangan dan usaha orang tempatan
Perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 5 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu
Ciri-ciri bahasa Melayu moden dan perbezaannya dengan bahasa Melayu klasik Petikan-petikan contoh
Perancangan bahasa Melayu Moden Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
Zaman persuratan Melayu klasik Zaman persuratan Melayu moden Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 7 BADAN-BADAN DAN PERTUBUHAN BAHASA Pejabat Karang Mengarang
PBmPB ASAS 50 GAPENA
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
MBBIM MABM Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 8 SUMBANGAN TOKOH BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU Tokoh-tokoh zaman bahasa Melayu pramoden
Tokoh-tokoh zaman bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka Perkembangan kesusasteraan Melayu
Peranan wartawan dan media massa Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 9 BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN Laporan Barnes 1950
Laporan Funn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956
Laporan rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961
Akta Bahasa kebangsaan 1963/67 Laporan Kabinet 1979
Akta Pendidikan 1996
Pemberitahuan Undang-undang No 410/1967 Pembentukan Dasar Pelajaran Negara Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Rumusan Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
UNIT 10 ISU-ISU BAHASA MELAYU Penyatuan bangsa
Identiti bangsa dan Negara
Dasar Bahasa Negara dan fungsi bahasa Melayu Akta Pendidikan 1996
PPSMI
Bahasa Melayu dan teknologi maklumat Kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan Rumusan
Kata kunci
Penilaian kendiri Rujukan
PENAKSIRAN
Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan 2 Kuiz 20 Dalam talian menggunakan MyGuru2 Forum 10 Dalam talian menggunakan MyGuru2
Kerja Kursus 30 Tugasan berterusan akan diberikan oleh pensyarah
Peperiksaan Akhir 40 Peperiksaan bertulis pada akhir semester. Jumlah 100
Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.
Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursu s
Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangka n.
Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit. Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.
________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 1
UNIT 1
ASAL USUL BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan etimologi istilah Melayu
2. Menjelaskan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu.
3. Membezakan pendirian para sarjana berkenaan dengan asal-usul bangsa dan bahas a Melayu
PENGENALAN
nit ini akan memerihalkan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Perbincangan asal-usul bangsa
dan bahasa Melayu akan memfokuskan konsep Melayu dan etimologi istilah Melayu. T eori dan
hipotesis tempat asal bangsa dan bahasa Melayu yang dikemukakan oleh sarjana Bar at dan sarjana
tempatan akan dibincangkan.
DEFINISI BANGSA DAN BAHASA MELAYU
iapakah yang dikatakan orang Melayu dan bahasa Melayu ini? Berbagai pendapat tel ah
dikemukakan oleh para pengkaji untuk mencari tanah asal bangsa Melayu. Beberapa orang sarjana
Barat seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) dan sarjana tempatan
seperti Asmah Hj Omar (Malaysia) dan Salmetmujana (Indonesia) telah cuba menelus uri latar belakang
dan pergerakan masyarakat Melayu kuno untuk mencari tanah asal bangsa Melayu. Asal usul perkataan Melayu
Sebelum membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu kita perlu
memahami asal-usul perkataan Melayu . R.O Winstedt dalam bukunya The Malays, A Cult ural History
membahagikan pergetian Melayu kepada dua makna, iaitu pertama, orang Melayu adal ah bumiputera di
sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Kedua dalam makna yang lebih luas , orang Melayu
adalah penduduk asal kepulauan Melayu, Formosa, Filipina dan beberapa puak yang mendiami wilayah
Indo-China. Definisi yang dikemukakan oleh Winstedt tidak dapat member gambaran jelas tentang siapa
Melayu sebenarnya.
Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang te lah
disingkatkan kepada Malaya ,dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal d aripada
perkataan Hima dan alaya . Hima bererti salji atau salju, sedangkan alaya bererti temp . Dengan itu
himaalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.
Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskr it. Perkataan
tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut
U S
galami perubahan
bunyi kepada Melayu .
Ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada p erkataan
Malaiyur-pura yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Perkat aan Malaiyurpura ini
bererti kota malaiyur, atau kota gunung. Dari situ wujud perkataan malaiyur kemu dian menjadi malaiyu
seterusnya menjadi malayu dan akhir sekali lahirlah perkataan melayu seperti man a pada hari ini.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa perkatan melayu berasal daripada p erkataan
pamalayu , iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Si nghasari Jawa Timur
di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu
prasasti Amoghapasa. Prasasti tersebut dibina sebagai peringatan tentang berlaku nya ekspedisi angkatan
perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspidisi Melayu,
iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.
Bukti seterusnya ialah catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644
Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok
yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama Melayu bagi kerajaan Malayu itu ber asal dari nama
sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai Melayu. Pe namaan kerajaan atau
negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor,
Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Ber dasarkan cerita, air
sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Oleh hal demikian, n ama Melayu diberikan dari
nama sungai tersebut. Melayu yang dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dala m bahasa Jawa,
iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan
penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi ( Darwis
Harahap,1992:13 ). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh ITsing
sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh.
Dalam catatan-catatan orang Barat sejak abad ke-16 Masihi, seperti Tome Pires, J ohn Davis, J.A
Pope dan William Dampier mencatatkan semua penduduk di kawasan Selat Melaka seba gai
Malayan/Malay. Namun kaedah atau ciri mereka mengklasifikasikannya tidak jelas. J.Crawfurd pula
mencatatkan orang Melayu menghuni separuh daripada Pulau Sumatera dan turut meng huni seluruh
u Kalimantan.
Pengertian bangsa Melayu
Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Ka mus Dewan (2006 :
1014) mendefinisikan
Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia.
it. Dalam pengertian
yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai gugusan pulau-p ulau Melayu.
UNESCO(1972) pula dalam kajiannya merumuskan
bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang
sama
bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai
ketinggian sederhana
penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua
Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berham piran dengan
Republik Chile di timur, kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hing ga ke Pulau New
Zealand di selatan.
Takrifan yang dikemukakan oleh UNESCO ini memberi ruang kepada sesiapa sahaja un tuk menjadi ahli
suku bangsa Melayu asalkan memenuhi keperluan-keperluan dalam takrif tersebut. B erdasarkan definisi ini
dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu itu dari segi penen tuan taraf
kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menj adi sesiapa sahaja
selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah
berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya. Agama Islam tidak menjadi sy arat. Namun di
Malaysia orang yang bernama Melayu itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan a dat istiadat
Melayu. Hal ini dinyatakan dengan tegas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Mel ayu dalam perkara
160(2) yang menakrifkan;
* orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam * bertutur bahasa Melayu
* mengamalkan adat istiadat Melayu
________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 4
Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Ne geri Brunei 1959,
tercatat dalam Bab 82 (1) yang mensyaratkan
Perakuan ini membuktikan dengan jelas tentang keprihatinan bagi sesebuah negara yang merdeka dalam
menangani kedaulatan bahasanya.
Dari segi penakrifan antropologi, Syed Husin Ali menjelaskan bahawa orang Melayu itu dari segi lahiriah
Dari segi etnologi pula, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan si stem
kemasyarakatan dwisisi (budaya dan agama) dan kegenerasian yang termasuk dalam b angsa Mongoloid.
Dari segi definisi budaya Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di duni a Melayu (Nusantara),
iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masin g yang diikuti oleh
masing-masing kelompok serumpun tersebut.
Menurut Syed Hussein Al-Attas menerusi bukunya Mitos Peribumi Malas , para pengkaji barat
mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia. Gagasan ini termasuk
mereka yang menghuni kawasan geografi yang dikenali kini sebagai Myanmar, Kemboj a, Indonesia,
Filipina dan Kepulauan Polinesia sehingga ke kepulauan Hawaii. Orang Melayu dipe rcayai menghuni
kepulauan Melayu kira-kira pada 50,000 SM.
Mengapa agaknya sukar untuk kita mengesan tanah asal bangsa Melayu. * lazimnya berkulit sawo matang,
* berbadan sederhana besar serta tegap dan
Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf yang ditentukan oleh undang-undang bertulis.
ebagaimana sukarnya mengesan asal usul perkataan Melayu begitu juga halnya untuk kita
mengetahui asal-usul bangsa Melayu. Untuk mengetahui asal-usul bahasa kita perlu terlebih dahulu
mengetahui asal-usul bangsa Melayu. Hal ini berlaku kerana tidak banyak bukti-bu kti sejarah yang
ditemui kerana cuaca dan iklim tropika di kepulauan Melayu ini memungkinkan kepu pusan bukti-bukti
arkeologi dan kesukaran menjejak bukti.
Sumber sejarah Asia Tenggara tidak didokumentasikan dengan baik dan penulisan se jarahnya
berdasarkan laporan dari orang luar terutamanya dari sarjana Barat, inskripsi da n jumpaan arkeologi,
artifak seperti patung dan tapak prasejarah, dan teks-teks klasik atau hikayat. Namun begitu beberapa teori
atau pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai sejarah dan perkemban gan bangsa dan
bahasa Melayu. Secara ringkas ada dua teori atau pandangan yang dikemukakan berk enaan asal-usul
bangsa dan bahasa Melayu, iaitu
TEORI DARI LUAR NUSANTARA (TEORI YUNAN)
amai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang mempercayai bangsa Melayu berasal d ari luar
kepulauan Melayu, iaitu Tanah Besar Asia. Teori ini lebih popular dan kadang kal a dinamai Teori
Yunan. Berikut pandangan dan hujah mereka yang menyokong teori ini. SARJANA BARAT
Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria)
Robert Von Heine Geldern (1932) telah mengkaji bahan-bahan arkeologi, bahan-baha n tinggalan
kebudayaan lama di daratan Asia Tenggara seperti kebudayaan Hoa Binh, Dongson, d an kebudayaankebudayaan
lain yang mempunyai persamaan dengan penduduk-penduduk di kepulauan Asia Tenggar a.
Beliau merupakan seorang ahli prasejarah dan guru besar di Iranian Institute dan School for Asatic Studies
juga membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu di Asia Tengah. Sarjana yang berasal dari Wien,
Austria telah membuat kajian terhadap kapak tua. Beliung ini berbentuk segi dan panjang ditemui di sekitar
S R
TEORI ASAL-USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU
Bangsa dan bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia (Teori Yunan)
Bangsa dan bahasa Melayu berasal dari kepulauan Melayu (Teori Nusantara)
________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 6
Hulu Sungai Brahmaputra, Irrawady, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk jenis kap ak yang sama
ditemui di beberapa tempat di kawasan Nusantara. (Amat Juhari Moain, 1998). Beli au juga berpendapat
bahawa orang-orang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi
panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu (Ismail Hussein, 1984:2). G eldern membuat
kesimpulan bahawa kapak tua tersebut di bawa oleh orang Asia Tengah (daerah Yuna n) ke Kepulauan
Melayu.
Hendrick Kern (Sarjana Belanda)
H. Kern yang menyelidiki bahasa Melayu Polinesia mendapati banyak perkataan yang terdapat di Malaysia, Formosa(Taiwan), Filipina, Madagaskar, pulau-pulau di Lautan Pasifik hingga
ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa , Chochin Cina dan
Kampuchea. Beliau berpendapat tempat asal kebudayaan Melayu adalah dari tiga dae rah berkenaan dan
daratan sepanjang pantai di sekitarnya.. Dengan itu bahasa Melayu juga dianggap berasal dari induk yang
sama. Berikut, tiga puluh kata-kata Austronesia telah dibuat perbandingan, iaitu Tebu ubi lalat
Nyiur padi babi
Buluh ikan yu asu (anjing) bambu (awi) gurita kutu Mentimun udang aalawa Jelatang ikan pari lisa Tuba penyu laba-laba Talas buaya langau
pisang (punti) tuna besi Pandan nyamuk wangkang
J. R. Logan telah mengkaji tentang adat resam yang sepunya antara penduduk-pendu duk di tanah
pergunungan di antara negeri Assam, India dengan kepulauan Hindia Timur sejak pe rtengahan abad yang
lalu. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat oleh beliau, beliau telah membuat rum usan bahawa penduduk di
Alam Melayu ini berasal dari Assam India. Rumusan ini berdasarkan kesamaan dari segi adat resam
penduduk-penduduk di kedua-dua tempat tersebut. Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah
dari keturunan yang sama (Abdul Rashid Daing Melebek ,2005). J.R. Logan juga mer upakan orang yang
mula-mula menggunakan perkataan Indonesia untuk daerah Alam Melayu, iaitu mendah ului A.
Bastian.(Darwis Harahap, 1992 : 2) John Reinhold Foster (1776)
Menurut Abdul Rashid. Daing Melebek (2005) J.R Foster telah berlayar ke lautan P asifik dan Asia
Tenggara untuk mengkaji bahasa-bahasa Austronesia. Beliau telah menulis sebuah b uku yang berjudul
'Voyage Around the World'. Dalam buku yang ditulisnya beliau menyentuh tentang k esamaan bentuk kata
antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-du a bahasa ini
berasal dari bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia purba. Bahas a ini dituturkan oleh
penduduk kepulauan Hindi atau kepulauan sebelah utara yang berdekatan dengan ben ua Asia.
SARJANA TEMPATAN
Asmah Hj Omar(Sarjana Malaysia)
Asmah Hj Omar(1988) turut bersetuju bahawa orang Melayu berasal dari Asia Tengah. Namun begitu, proses migrasi atau perpindahan mereka tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui jalan darat (tanah Semenanjung), ada yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah timur, iaitu melalui Laut China Selatan.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abd Hamid Mahmood (Sarjana Mal aysia)
Nik Safiah Karim dan lain-lain dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) m enyokong teori
bahawa penutur-penutur bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun da lam beberapa
________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 8
gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahu n 2500 S.M. hingga
tahun 1500 S.M. Masyarakat Austronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Me layu dan lautan Pasifik.
Ismail Hussein (Sarjana Malaysia)
Ismail Hussein dalam bukunya Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita bersetuj u
bahawa bangsa Melayu berasal dari golongan Austronesia di Yunan yang kemudiannya bergerak dalm dua puak yang besar, iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Melayu Deutr o
(1500 SM). Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang asalnya satu berkembang di dalam lingkungan yang tersendiri. Bahasa awal inilah yang dinamakan bahasa Melayu Proto atau Melayu Kuno.
Slametmuljana (Sarjana Indonesia)
Slametmuljana turut menyokong teori migrasi yang dikemukakan oleh sarjana Barat. Perpindahan bangsa dari tanah asalnya ke Austronesia telah berlaku berpuluh abad yang lampau, namun tambah beliau tidak boleh kita beranggapan bahawa pada waktu perpindahan gelombang yang pertama dari benua Asia, wilayah Austronesia ini tanp a
penduduk.
a) Jelaskan alasan yang dikemukakan oleh sarjana perihal bangsa Melayu yang dikatakan datang dari Asia Tengah.
TEORI NUSANTARA
alaupun terdapat ramai sarjana baik sarjana Barat mahupun sarjana tempatan berse tuju asal
bangsa dan bahasa Melayu itu dari daratan Asia, namun ada juga yang menolak anda ian
tersebut dengan mengemukakan bukti dan hujah masing-masing. Berikut beberapa sar jana yang
mengemukakan pandangan bahawa bangsa Melayu tidak datang dari mana-mana sebalikn ya telah
mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama. W
John Crawford (Sarjana Inggeris)
Beliau membuat kajian tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa
Melayu dengan bahasa Sunda, bahasa Melayu dengan bahasa Madura, bahasa Melayu de ngan bahasa
Bali, bahasa Melayu dengan bahasa Bugis dan juga dengan beberapa bahasa di Indon esia Timor, Pulau
Roti dan Pulau Sawu. Perbandingan perkataan tersebut juga beliau lakukan di anta ra bahasa Melayu
dengan bahasa Tagalog, Bisanya, Campa, Formosa, Maori, Tahiti, Croline, Guham da n beberapa bahasa
lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. John Crawfurd menjelaskan terdapat
banyak persamaan perkataan di antara bahasa Melayu dengan bahasa dari kawasan Po linesia yang
terdapat di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Beliau menyimpulkan bahasa Melayu d an bahasa Jawa
menjadi induk bagi semua bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini dinamakan 'Malaya n'.
John Crawford juga menambah hujahnya dengan bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu
dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembila n belas. Taraf ini
hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliu juga
menyimpulkan orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana tempat, tetapi merupa kan induk yang
tersebar ke tempat lain. Beliau juga berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa yang t ertua dan menjadi
bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain. K.Hilmly (1980) dan P.W. Schmidt (1906)
Beliau mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai
bahasa di Asia Tenggara. Beliau menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahas a Melayu
Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat beliau telah di sokong oleh P.W Schmidt yang
membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer.
Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di at as merupakan
bahasa ambilan sahaja. (Asmah Hj. Omar, passim, 28-29) P.W Schmidt
P.W. Schmidt (1906-2000)
Beliau merupakan seorang tokoh yang beragama Katholik dan merupakan pemimpin aga ma itu, namun
beliau telah mengarang banyak buku mengenai bahasa. Antara tulisannya yang terke nal ialah tentang
bahasa-bahasa di Nusantara dan perbandingan bahasa. Beliau juga mengatakan bahaw a terdapat
hubungan antara bahasa Austronesia dengan bahasa-bahasa di daratan Asia Tenggara seperti Campa,
________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 10
SARJANA TEMPATAN
Sutan Takdir Alisjahbana
Beliau menamakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti di negara
Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia merupakan bangsa Melayu. Penduduk-pend uduk ini
dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama. Mereka turut dikatakan bukan han ya mempunyai
persamaan dari segi warna kulit tetapi turut mempunyai persamaan dari segi saiz bentuk badan. Manusia
kuno seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Pen emuan manusia
kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia
kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA,UKM)
Beliau menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera bukanlah pendatang, sebaliknya sudah berada di Semenanjung sejak 35,000 tahun lalu. Dengan mengemukakan bukti kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni, beliau menolak teori migrasi sarjana Barat yang diguna pakai sejak 1930-an dan mengemukakan teori evolusi atau perubahan.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya evolusi pada pendapat beliau ialah per dagangan
jalan darat dan juga perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar. Beliau ju ga menegaskan orang
Melayu dan bumiputera berasal daripada satu baka sahaja dan yang membezakan oran g Melayu dengan
bumiputera pada hari ini adalah anutan agama. Beliau menambah tidak pernah berla ku dalam sejarah
orang Melayu dan bumiputera di pesisir Selat Melaka yang mereka itu tiba di kawa san ini mengikut
gelombang Proto Melayu, Deutro-Melayu atau Melayu. Pendapat Heine Geldern adalah antara sarjana
paling awal mencadangkan pendekatan migrasi yang menunjukkan bagaimana kapak bat u dan beliung
batu licin berbentuk empat segi muncul dalam kebudayaan baru di Asia Tenggara ju ga ditolak kerana
kajian terperinci terhadap kapak beliung dan tembikar ini tidak menunjukkan ciri -ciri yang betul-betul
sama.Sifat kapak beliung dan tembikar berbeza dari segi saiz, bentuk dan kandung an bahan yang
digunakan.Hasil penyelidikan arkeologi dan analisis bukti arkeologi di pesisir S elat Melaka juga
menunjukkan kemunculan tiba-tiba barang baru di zaman Neolitik adalah disebabkan perdagangan antara
kawasan, bukan melalui perpindahan penduduk atau migrasi.
Berdasarkan pemahaman anda tentang etimologi Melayu, bincang bersama rakan dan bina semula satu pentakrifan tentang bangsa dan bahasa Melayu.
encari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu agak sukar dan sehingga kini masih ka bur. Namun
begitu pendapat yang menyatakan asal bangsa dan bahasa Melayu dari Tanah Besar A sia atau
lebih dikenali dengan Teori Yunan diterima umum dan lebih popular. Secara keselu ruhannya,
alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan ada nya proses
migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Nag a di daerah
Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar.
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, iaitu bahasa Cham. In i
mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yun an
dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertal ian bangsa
Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus pertaliannya dengan dataran Asia Teng ah atau
Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Mel ayu menerusi
tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito , Melayu Proto dan
diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara)
ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli seja rah mengandaikan
orang Melayu Negrito telah ada sejak tahun 8000 SM di Tanah Semenanjung. Mereka tinggal di dalam gua
dan sumber pencarian mereka adalah berburu binatang. Alat perburuan mereka diper buat daripada batu
dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, p ada tahun 5000 SM,
iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang
Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepul auan Melayu
berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Neg rito telah
diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, bera mbut kerinting, bermata
bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,5 00 SM.
Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai deng an kemahiran
bercucuk tanam.Kedatangan Melayu-Deutro menyebabkan kelompok Melayu-Proto berund ur ke kawasan
pedalaman iaitu memasuki hutan, lembah dan kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini
telah melarikan diri ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehing ga kini dan keturunan
oi, Jakun dan Temuan.
Petempatan Melayu-Proto ini telah terpisah-pisah. Namun begitu, bahasa yang ditu turkan oleh mereka
telah berkembang dan melahirkan dialek-dialek dan bahasa yang berlainan.
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kun o yang
kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai
kemahiran berlayar. Golongan Melayu-Deutro pula dikatakan mempunyai peradaban le bih tinggi daripada
Melayu-Proto. Golongan ini mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti mem bina petempatan
dipesisiran pantai dan turut tinggal menetap disamping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang
pelayaran. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka telah membuka petempatan baru dan seterusnya
terus berkembang di kawasan tersebut. M
erasal dari
Yunan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan
mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek
dari rumpun bahasa Austranesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia" Di sini j elas
membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang
bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar, iaitu lautan Pasifik dan lauta n Hindi.
Jika benar bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari kepulauan Melayu, sebelum itu
dari manakah asal mereka? Bicangkan bersama rakan anda. RUMUSAN
. Ada pelbagai pendapat tentang etimologi Melayu, misalnya kerajaan Mo-lo-yeu di percayai wujud di
daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua
buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Kata Melayu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit.
. Secara ringkas ada dua teori atau pandangan yang dikemukakan berkenaan asal-us ul bangsa dan
bahasa Melayu, iaitu teori yang menyatakan bangsa dan bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar
Asia (Teori Yunan) dan satu lagi menyatakan bangsa dan bahasa Melayu telah berad a di
kepulauan Melayu sejak sekian lama (Teori Nusantara)
. Teori Yunan diterima umum dan lebih popular dengan alasan-alasan yang menyokon g teori ini
adalah seperti:
kapak tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses
migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke kepulauan Melayu.
adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Naga d i
daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, yang berasal daripada da taran
Yunan dan secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu deng an
bangsa Kemboja dan dataran Asia Tengah atau Yunan.
. Teori Nusantara dikemukakan oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Ta kdir Alisjahbana
dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Namun begitu teori ini kurang popular. Antara hujah
pendukung teori ini;
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara.
Persamaan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa Champa adalah satu fenomena "ambilan"
ayu
itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mew ujudkan
tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah .
1. Etimologi 2. Teori migrasi 3. Teori Yunan 4. Teori Nusantara 5. Melayu Proto 6. kapak tua 7. Negrito 8. Melayu Deutro 9. kebudayaan Melayu 10. kebudayaan dongson PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah perbezaan antara konsep bahasa Melayu dan orang Melayu?
2. Bincangkan takrif orang Melayu menurut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Jelaskan mengapa ada sarjana yang bertegas menyatakan bangsa Melayu tidak dat ang dari
mana-mana.
4. Mengapakah ada pengkaji menyatakan untuk mencari tanah asal orang Melayu agak kabur?
RUJUKAN
Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. KL:DBP.Bab 1:Penyebaran bangs a dan
bahasa
Alexander Adelaar and Nikolaus P. Himmelmann (2005). The Austronesian Languages of Asia
and Madagascar. London: New York.
Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa melayu. Pulau Pinang : Penerbi t USM.
Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). KL:DBP.
Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. KL:DBP.Bab 1: Asal-usul
bahasa Melayu.
Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. KL:DBP Dewan Ba hasa dan
Pustaka. Bab 1: Sejarah ringkas bahasa Melayu.
Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara.Jakarta: Balai Pustaka. B ab 1: Asal
Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 184 UNIT 10 ISU-ISU BAHASA HASIL PEMPELAJARAN
Pada akhir unit ini anda dapat:
1. Memahami isu-isu dalam memartabatkan bahasa Melayu
2. Mengenal pasti isu-isu bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
3. Membezakan di antara isu dan masalah dalam memartabatkan bahasa Melayu. 4. Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya isu ketidakyakinan terhadap kemampuan ba hasa Melayu
dalam mengungkap ilmu moden.
5. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Mel ayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. PENGENALAN
su-isu dalam memartabatkan bahasa Melayu adalah isu-isu yang banyak cabangnya. O leh kerana
bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan secara t idak langsung isu
memartabatkan bahasa Melayu menjadi agenda nasional.
Dalam unit ini kita akan membincangkan pelbagai isu dalam kerangka memartabatkan bahasa
Melayu. Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah isu penyatuan bangsa , isu indentiti bangsa dan
negara, isu penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar mata pelajaran sains dan ma tematik, isu bahasa
Melayu dalam era ICT dan sebagainya. ISU PENYATUAN BANGSA
pabila memperkatakan isu penyatuan bangsa, secara langsung kita sebenarnya mempe rkatakan
kedudukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sebelum negara kita merdeka, kerajaan
Melayu Melaka berhadapan dengan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam bidang pen tadbiran,
perdagangan, pendidikan, undang-undang dan komunikasi seharian, bahasa Melayu te lah dipilih kerana
sifanya yang mudah dipelajari. Dalam hal ini jelas kepada kita bahasa Melayu mem ainkan peranan penting
sebagai penyatuan kepada masyarakat berbilang kaum di Melaka ketika itu. Bahasa Melayu ketika itu
sudah bersifat sebagai bahasa antarabangsa.
Selepas merdeka isu penyatuan bangsa menjadi semakin penting. Sebagai sebuah neg ara yang
berdaulat Malaysia perlu mempunyai lambang dan martabat bangsanya sendiri. Tugas untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatu padu menjadi sukar kerana setiap kaum berasa ke lompoknya perlu
dilindungi. Tugas memimpin rakyat untuk menjadi satu bangsa Malaysia yang bersat u padu dan kukuh
I A
185
bukanlah satu tugas mudah. Untuk mencapai matlamat ini sekali lagi bahasa Melayu dipilih untuk
memainkan peranannya sebagai bahasa perpaduan.
Dalam konsep sebuah negara bangsa kita tidak boleh melupakan dan kehilangan baha sa, agama
dan budaya kita. Kita juga tidak boleh hilang identiti etnik kita. Jika kita ket urunan Melayu kita tetap kekal
sebagai Melayu, begitu juga dengan orang Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Dusu n dan sebagainya.
Pada hakikatnya kita perlu menerima Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan kit a semua adalah
bangsa Malaysia.
Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersat u padu.
Bagi membentuk masyarakat Malaysia dan bangsa Malaysia, kita perlulah terlebih d ahulu menyatukan
setiap bangsa dan keturunan yang ada di Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat mencorakkan bentuk
bangsa Malaysia yang diingini. Cita-cita perpaduan dan integrasi kaum ini dapat dijelmakan melalui
persefahaman, tolak ansur, perkongsian kuasa, hormat-menghormati, toleransi, kes etiaan dan patriotik.
Slogan 'Malaysia Boleh' seharusnya dijadikan kata keramat untuk membentuk dan me nyatukan bangsa
Malaysia yang berbilang kaum. Kerajaan telah memilih bahasa Melayu sebagai bahas a rasmi, bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebang saan. Sikap sinis
sebahagian rakyat kita yang melihat bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa tin ggi seharusnya
diperbetulkan. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia ialah meleta kkan semula bahasa
Melayu pada kedudukan yang sepatutnya seperti yang telah dimaktubkan dalam perle mbagaan negara
dan akta bahasa kebangsaan. ISU IDENTITI BANGSA DAN NEGARA
ewujudan sesuatu bahasa berkait rapat dengan kewujudan bangsanya. Begitulah haln ya apabila
slogan Bahasa Jiwa Bangsa , bukan sekadar usaha kita membina identitinya sahaja tet api melihat
jiwa yang ada dalam bahasa dan bangsa itu. Sejarah asal-usul bahasa Melayu berka it rapat dengan
sejarah asal-usul bangsa Melayu. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan namun sehingga hari ini kita
masih kabur untuk mencari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu.
Sejarah telah membuktikan bangsa dan bahasa Melayu terkenal dan mampu menjelajah ke seluruh
pelosok alam Melayu malah ke seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh Panglima Awang yang ikut
berlayar bersama Ferdinan de Maggellan. Walaupun nama Panglima Awang tidak terca tat dalam manamana
manuskrip Melayu, namun nama Panglima Awang tercatat dalam pelbagai catatan seja rah bangsa
asing. Misalnya Figafeta menyebutnya sebagai seorang lelaki dari Melaka . Bagaiman apun ada juga ahli
Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujuda n Panglima
K
Mengapakah dikatakan bahasa mampu menjadi alat penyatuan bangsa sesuatu negara?
186
Awang. Malah nama tokoh pahlawan Melayu itu turut diubah dan dikenali sebagai Enr ique , Henry The
Black , Henrich , Ariberto , Espinosa dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa. Empayar Melaka sebelum kejatuhannya di tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan
sebuah
kerajaan Melayu yang hebat dan besar. Martabat dan kedudukan bangsa dan bahasa M elayu diletakkan
pada kedudukan yang tinggi. Bahasa Melayu bukan sekadar menjadi bahasa istana da n bahasa
persuratan malah menjadi bahasa perdagangan di Melaka. Bahasa Melayu telah diber i nilai ekonomi oleh
masyarakat dan empayar Melaka. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa undang-undang. Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah bukti penting bahasa Melayu mampu me mperkatakan
perihal perundangan. Dalam hal ini jelas kepada kita bahasa Melayu menjadi ident iti kerajaan Melayu
Melaka ketika itu.
Ketika zaman penjajahan kedudukan bahasa Melayu merosot dengan teruk. Peranannya mula
diketepikan dan bahasa asing terutama bahasa Inggeris ketika pendudukan Inggeris di Tanah Melayu
mengambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu semakin tenat dan orang Melayu seolah-oleh sudah hilang
identiti dan jati diri bangsa.
Selepas merdeka kesedaran untuk memartabatkan semula bahasa Melayu giat dilakuka n. Malah
sebelum merdeka semua parti politik bersetuju supaya satu bahasa dipilih untuk d ijadikan bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan Tanah Melayu yang merdeka. Maka dipersetujui supaya bahasa Melayu dipilih
dan memainkan peranannya sebagai bahasa yang akan menyatukan semua penduduk Tana h Melayu
ketika itu. Sejak hari itu kedudukan bahasa Melayu terus dimantapkan. Pelbagai u saha telah diambil agar
kedudukan bahasa Melayu berada pada landasan yang betul.
Dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia dan memajukan negara mengikut acu an sendiri
usaha pendaulatan untuk membentuk identiti bangsa perlu dibuat melalui bahasa ke bangsaan yang dipilih,
iaitu bahasa Melayu. Bak kata pepatah 'di mana bumi dipijak di situlah langit di junjung', membawa
pengertian yang cukup mendalam kerana ' maju bangsa majulah bahasa'. Walaupun pe lbagai usaha telah
dibuat bagi memajukan bangsa yang bersatu padu, namun ianya belum dapat direalis asikan sepenuhnya.
Ini menunjukkan jalan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti bangsa dan negara masih jauh
dari jangkauan.
Perkembangan muktahir ini melihat kedudukan bahasa Melayu terus dicabar dan dias ak dari pelbagai
sudut. Desakan globalisasi, cabaran bahasa Inggeris, krisis keyakinan terhadap k emampuan bahasa
Melayu mengungkapkan ilmu tinggi dan gelombang ICT menjadikan kedudukan bahasa M elayu semakin
terancam. Dalam hal ini usaha membina dan membentuk identiti bangsa dan negara m elalui bahasa
melalui jalan sukar. Lebih malang lagi bahasa Melayu terus dicemar dengan penggu naan bahasa slanga
yang melampau dan amalan merojakkan bahasa Melayu. Jika keadaan ini tidak dibend ung, kedudukan
bahasa Melayu akan menjadi lebih parah.
Usaha membentuk identiti bangsa dan negara melalui bahasa perlu dilakukan dengan bersungguhsungguh.
Keghairahan kita menguasai bahasa asing dengan mengabaikan bahasa Melayu adalah sesuatu
yang amat malang. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain menghormati dan memar tabatkan bahasa
kita sedangkan kita sendiri alpa untuk mempertahankan. Khazanah sesuatu ilmu ban gsa itu hanya akan
kekal jika diungkapkan dalam bahasa ibundanya sendiri. Slogan 'Bahasa Jiwa Bangs a' bukan sekadar
ungkapan kosong tetapi perlu penghayatan setiap pendukungnya. Setelah lebih 400 tahun bangsa dan
187
bahasa Melayu terjajah memang agak sukar untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa bahasa Melayu
pernah menjadi identiti bangsa Melayu.
ISU DASAR BAHASA NEGARA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU A. DASAR BAHASA NEGARA
Dasar bahasa negara dengan jelas disebut dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 15 2) dan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971). Tafsiran terhadap kedudukan dan f ungsi
bahasa Melayu telah dibuat dalam beberapa undang-undang dan peraturan-peraturan jabatan
kerajaan. Secara ringkas, dasar bahasa negara seperti yang termaktub dalam undan g-undang
menetapkan perkara-perkara yang berikut: (i) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
(ii) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan.
(iii) Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasaba hasa
lain.
B. FUNGSI BAHASA MELAYU
Dalam hal ini fungsi bahasa Melayu ditafsirkan sebagai: Bahasa kebangsaan dan menjadi;
(i) lambang identiti negara dengan penggunaan berstatus tinggi digunakan dalam majlis-majlis rasmi negara.
(ii) bahasa yang difahami oleh seluruh penduduk Malaysia
(iii) alat komunikasi lisan dan tulisan dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di ja batan
kerajaan dan swasta
Kenapa dikatakan usaha membentuk identiti bangsa dan negara melalui bahasa agak sukar dilakukan?
Isu-isu bahasa
________________________________________________________________________________ _____
188
Bahasa rasmi yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, iaitu digunakan un tuk
(i) perhubungan dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam (ii) perhubungan antara jabatan sektor awam dengan pihak sektor swasta.
(iii) perhubungan antara jabatan sektor awam dengan orang ramai dan sebaliknya. Bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Fungsi ini diringkaskan seperti yang t erdapat
dalam Akta Pendidikan 1995 adalah seperti berikut:
(i) menjadi bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran (bukan bahasa) di peringkat pendidikan prasekolah, rendah dan menengah kerajaan.
(ii) Menjadi bahasa pengantar bagi semua subjek yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi awam (kerajaan).
(iii) menjadi mata pelajaran wajib yang diajarkan di sekolah rendah jenis kebang saan
Cina dan Tamil.
(iv) Subjek wajib yang diajarkan di semua jenis dan peringkat institusi pendidik an
swasta.
Bahasa persuratan, kesenian, kebudayaan, media massa, agama, falsafah dan sebagainya.
Bahasa yang mempunyai nilai ekonomi dan berfungsi sebagai bahasa perbankan, perniagaan, perdagangan, industri.dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Bahasa yang berfungsi sebagai bahasa ilmu tinggi, sains, teknologi dan maklumat. Pelbagai istilah dicipta bagi memenuhi fungsinya untuk memperkatakan bidang sain s,
teknologi maklumat, inetrnet dan sebagainya. Perkara ini dilakukan untuk menjadi kan
bahasa Melayu mampu memenuhi keperluan pembangunan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Apakah yang anda fahami dengan Dasar Bahasa Negara? Senaraikan fungsi utama bahasa Melayu dalam sektor awam.
189
AKTA PENDIDIKAN 1996
epentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu mendorong kerajaan supaya Bahasa Inggeris
digunakan bagi menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk kursus-kursus sains
dan teknologi tertentu di peringkat universiti. Perubahan sikap ini sebenarnya b ertentangan dengan
Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pelajaran 1961 dan semangat perlembagaan. Terd apat pelbagai
sebab kenapa perlunya Akta Pendidikan 1995 diperkenalkan yang antaranya;
abad ke-21 adalah abad yang lebih mencabar dan untuk menjadi negara maju seperti yang
digariskan dalam Wawasan 2020 penyediaan tenaga kerja mahir dan pembangunan ekon omi
mestilah dimantapkan.
hasrat kerajaan menjadikan Malaysia pusat pendidikan utama di rantau ini
bahasa Inggeris perlu diwajibkan pada semua peringkat persekolahan (walaupun dik atakan
bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar)
akta baru ini diyakini dapat meningkatkan perpaduan rakyat di negara ini
akta baru ini juga dikatakan dapat menyediakan peluang pendidikan yang sama rata kepada rakyat
Malaysia.
Akta Pendidikan 1995, Fasal 17 (1) memperuntukkan bahawa:
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pen didikan
dalam Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditentu kan di bawah
seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Mente ri daripada
subseksyen ini .
Akta ini masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu dan pendidikan aliran Mela yu.
Sekolah jenis kebangsaan masih dibenarkan menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tam il sebagai
bahasa pengantar. Institusi pendidikan swasta yang menggunakan bahasa Inggeris s ebagai bahasa
pengantar dibenarkan terus menggunakannya. Menteri Pelajaran ketika itu (Utusan Malaysia, 12 Januari
1996) memberi jaminan kedaulatan bahasa Malaysia tidak terhakis walaupun Institu si Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar me reka.
Kelonggaran penggunaan bahasa Inggeris di IPTS diberikan dalam dua keadaan sahaj a, iaitu apabila;
pensyarah tidak boleh berbahasa Melayu pelajar asing tidak tahu bahasa Melayu
IPTS yang berkembang pesat, hampir semuanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Walaupun bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib, perkara ini ti dak menjamin
kedudukan bahasa Melayu. Ketika ini dilaporkan terdapat hampir 600 IPTS dengan b ilangan pelajar lebih
200,000 orang. IPTS di Malaysia sudah mula menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari luar Malaysia. Potensi
190
yang besar untuk mengembang dan menyebarkan bahasa Melayu kepada pelajar asing t entunya agak
perlahan.
Akta pendidikan 1996 membenarkan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengan tar
dengan meluas. Keghairahan mengguna dan mermartabatkan bahasa Inggeris ini akan menjejaskan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di dala m perlembagaan.
Keadaan ini boleh membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Kita tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris tetapi usaha selama ini yang mu la
menampakkan hasil terutamanya sebagai alat perpaduan sedikit sebanyak mula terje jas. Dalam hal ini
kedudukan dan kepentingan bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai hubungan yan g berasaskan
keperluan antarabangsa dan kedudukan bahasa Melayu pula harus dilihat sebagai ba hasa kebangsaan
yang berkait rapat dengan jati diri dan maruah bangsa. Jika bahasa Melayu diangg ap sebagai tidak mampu
mencapai matlamat wawasan 2020 atau sebagai ilmu, rakyat tentu sahaja tidak yaki n dengan
kemampuannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malah sebagai bahasa per paduan.
PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
ada tahun 2003, kerajaan telah menetapkan supaya bahasa Inggeris digunakan sebag ai bahasa
pengantar dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekol ah dan
matrikulasi. Selain itu semua universiti awam turut menyahut seruan kerajaan den gan menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk kursus-kursus sains dan matematik termasuk kursus
teknologi. Perlaksanaan ini tanpa disedari dengan sendirinya mengubah Dasar Pend idikan Kebangsaan
yang selama ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. P
IPTS diberi kelonggaran untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus-kursus yang dikendalikan. Jelaskan kenapa kelonggaran ini diberikan kepada IPTS?
Isu-isu bahasa
________________________________________________________________________________ _____
191
Kebaikan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Sebahagian besar bidang ilmu dan maklumat hari ini tersebar melalui bahasa Ingge ris. Kegagalan pelajar
menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan membantutkan usaha menguasai ilmu. Ha l ini berlaku
kerana pengguasaan teknologi maklumat dan komunikasi serta kegiatan ekonomi anta rabangsa
bergantung pada pengguasaan bahasa Inggeris. Para pendukung yang mahukan bahasa Inggeris
menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu berpendapat antaranya;
Menguasai bahasa Inggeris tidak akan mengurangkan jati diri dan martabat bahasa Melayu.
Belajar bahasa apa sekalipun akan memberi faedah kepada kita. Dengan menguasai b anyak
bahasa, maka khazanah ilmu akan bertambah.
Hanya mata pelajaran sains dan matematik sahaja yang terlibat. Dengan menggunaka n bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar, penggusaan bahasa Inggeris pelajar dapat memp erkukuh dan
memantapkan lagi. Banyak istilah-istilah dan bahan rujukan berkaitan dengan mata pelajaran
tersebut dalam bahasa Inggeris. Jika bahasa Inggeris dikuasai dengan baik oleh p elajar, maka
mereka tidak akan berhadapan dengan masalah untuk membuat rujukan dalam bahasa I nggeris
terutama penuntut-penuntut di universiti.
Proses globalisasi kini menuntut kita menguasai bahasa Inggeris. Tanpa bahasa In ggeris, usaha
memajukan negara akan menjadi lambat. Banyak negara lain seperti China, Jepun da n Korea hari
ini mula memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris. Implikasinya terhadap bahasa Melayu
Perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini sesuatu yang amat drastik dan m engejutkan pejuangpejuang
bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Setelah hampir 50 tahun bahasa Melayu memaink an
peranan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan sebagai ba hasa pengantar
dalam sistem pendidikan, perubahan ini ternyata mendapat reaksi yang pelbagai. A ntara hujah mereka
yang melihat kedudukan dan martabat bahasa Melayu merosot dan tercabar, iaitu: Jika masalah penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu sepatutnya kaedah penga jaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris yang perlu dimantapkan. Kemerosotan penguasaan baha sa
Inggeris mungkin disebabkan sistem dan kaedah yang digunakan selama ini tidak se suai atau
gagal mencapai matlamat yang diharapkan. Resolusi ke-2 Kongres Bahasa dan Persur atan
Melayu ke-6 pada 5 September 2002 mengusulkan agar; Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan tidak menjejaskan kedudukan dan fungsi
pengguasaan bahasa Inggeris. Kajian yang dilakukan oleh DPB-UKM pada tahun 2004 di 242
buah sekolah menengah menunjukkan guru belum bersedia untuk mengajar mata pelaja ran sains
Isu-isu bahasa
________________________________________________________________________________ _____
192
dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matem atik yang
mampun menerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Seterusnya bahasa
Inggeris akan digunakan dalam soalan peperiksaan awam. Pada peringkat awal keraj aan
menjelaskan penggunaan dwibahasa dalam kertas soalan peperiksaan. Namun pada hak ikatnya,
pada masa hadapan tentunya bahasa Inggeris akan digunakan sepenuhnya untuk mengu bal
soalan peperiksaan.
Penggunaan bahasa Melayu semakin merosot. Istilah-istilah yang dicipta dalam pel bagai bidang
ilmu tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak akan dicipta lagi. Buku-buku yang ditulis dalam
bahasa Melayu tentunya tidak akan diterbitkan lagi kerana sudah tidak ada pembac anya. Secara
perlahan-lahan keadaan ini akan menghakis penggunaan dan martabat bahasa Melayu. Mengajar ilmu melalui bahasa ibunda adalah lebih berkesan. Beberapa kajian yang dilakukan di
luar negara membuktikan bahawa belajar melalui bahasa ibunda adalah lebih cepat dan berkesan.
Misalnya di negara Brunei Darussalam yang mengamalkan dasar dwibahasa. Kerajaan Brunei
mengubah bahasa pengantar pendidikannya daripada Bahasa Melayu kepada bahasa Ing geris
pada tahun empat pendidikan rendah. Setelah mendapat pendidikan asas melalui Bah asa Melayu,
mata-mata pelajaran sains dan matematik diajarkan melalui bahasa Inggeris. Perub ahan bahasa
pengantar ini telah menimbulkan beberapa kesan. Kanak-kanak menghadapi kesukaran apabila
bahasa pengantar ditukar daripada Bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Pengguna an bahasa
Inggeris itu telah mengganggu proses pemahaman matematik. Prestasi mereka dalam peperiksaan juga menurun. Penguasaan Bahasa Melayu juga mula merosot. (Abdullah Hassan,
2007:868). Keadaan yang sama juga boleh berlaku lejar-pelajar di Malaysia. Setel ah sekian lama
bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan, perubahan ini t entunya
akan mengganggu proses pembelajaran.
Peranan bahasa Melayu semakin kurang terutamanya sebagai bahasa ilmu dan dikhuat iri akan
hanya menjadi bahasa pasar sahaja. Hal ini tentunya akan menjejaskan kedudukan d an martabat
bahasa Melayu. Menurut Kamal Syukri (Abdullah Hassan, 2007:62) sesuatu yang agak ganjil
apabila di lebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telah diiktiraf seb agai bahasa ilmu
dan bahasa tamadun tinggi, di negara kita sendiri keupayaan bahasa Melayu sebaga i bahasa ilmu
diragui.
Implikasinya terhadap bahasa Melayu daripada aspek perlembagaan dan undang-undang
________________________________________________________________________________ _____ ________________________________________________________________________________ _____ Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 193
194
MENGEMBALIKAN MARTABAT, KEWIBAWAAN DAN KEYAKINAN TERHADAP KEMAMPUAN BAHASA MELAYU
enentangan terhadap pelaksanaan PPSMI telah mendorong pihak kerajaan melalui Kem enterian
Pelajaran untuk mengambil tindakan memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa
Inggeris dalam sistem pendidikan. Langkah mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan
matematik dalam bahasa Melayu adalah tidak mencukupi untuk mengembalikan maruah dan kedudukan
bahasa Melayu yang semakin tercabar dalam era teknologi maklumat. Langkah-langka h lain yang boleh
diambil untuk mencapai matlamat itu, boleh ditumpukan kepada dua strategi ,iaitu cara mengatasi masalah
sikap negatif terhadap keupayaan dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai pengantar sains, teknologi dan
pendidikan tinggi, dan cara membina budaya ilmu, sains dan teknologi dalam bahas a Melayu dalam
penerokaan ilmunya.
1. Mengadakan kempen, konvensyen dan syarahan umum pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, peruntukan kewangan dana dalam bentuk belanjawan kerajaan dan sumb angan
daripada pihak sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaanl,
2. Mengadakan skim penggalakan dan insentif kepada ahli akademik dan ilmuan untu k menulis dan
menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu buku dalam bidang pengkhususan masing-masi ng,
3. Menubuhkan sebuah sebuah badan atau organisisi yang bertanggungjawab:
(i) merancang dan melaksanakan penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran ,
penggalakan, penggunaan dan penilaian buku-buku dan bahan-bahan rujukan dalam pe lbagai
media dalam semua bidang sains, teknologi dan teknologi maklumat,
(ii) mengadakan perhubungan dan kerjasama akademik dengan institusi-institusi, p usat-pusat
penyelidikan, penerbitan buku dan jurnal dan perpustakaan yang terkemuka di selu ruh dunia,
(iii) menubuhkan kerjasama yang erat dengan Indonesia, Brunei dan Singapura berd asarkan
keperluan dan tanggungjawab bersama untuk memajukan bahasa Melayu terutamanya me lalui
MABBIM dan MABM,
(iv) menubuhkan hubungan dan kerjasama yang erat dalam penerbitan, penyelidikan dan promosi
tentang semua perkara yang berkaitan dengan bahasa, sastera, budaya, sains, tekn ologi,
perindustrian, perdagangan, perhubungan antarabangsa dan diplomasi dengan negara -negara dan
institusi seluruh dunia,
4. Mengadakan gerakan promosi yang gigih, agresif dan meyakinkan untuk mengantar abangsakan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama ASEAN mengambil alih bahasa Inggeris.,
5. Menubuhkan beberapa buah Akademi Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Mode n Wilayah
untuk melatih pelajar-pelajar secara intensif penguasaan bahasa Inggeris dan bah asa-bahasa moden
yang lain bagi melaksanakan tugas-tugas khusus seperti teknologi tinggi, perdaga ngan antarabangsa,
diplomasi dan hubungan diplomasi dan sebagainya. P
195
BAHASA MELAYU DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT)
edakan teknologi maklumat dan teknologi internet menjadikan dunia ini semakin ke cil. Menyedari
kepentingan hal ini para pendukung kemajuan bimbang bahasa Melayu tidak mampu memperkatakan ilmu-ilmu baharu terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komp uter. Bahan
maklumat yang terdapat dalam internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Mereka percaya
untuk menjadikan negara ini terus maju peranan bahasa Inggeris mestilah diperkas akan kerana bahasa
Inggeris bahasa 'global', bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasa internet, bahasa perdagangan dan
mempunyai nilai ekonomi.
Dasar kerajaan melalui pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahas a Inggeris
adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Penggubalan Akta Pendi dikan 1995 dan Akta
IPTS 1996 adalah bukti kesungguhan pihak kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia mampu bersaing pada
peringkat antarabangsa.
Keghairahan ini sebenarnya membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Tanpa disedari
kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dicabuli. Menu rut Nik Safiah
Karim (Abdullah Hassan 2006:713) bahasa Melayu hari ini menerima pelbagai cabara n yang dikategorikan
kepada dua, iaitu:
i. Dari segi bahasa Melayu itu sendiri, dan
ii. Dari segi luaran, khususnya sikap pihak-pihak tertentu terhadap bahasa Ingge ris dan
bahasa Melayu.
Dari sudut (i), antara aspek-aspek yang perlu disedari ialah:
a. Perlunya diusahakan supaya bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang dihormati oleh warganegara Malaysia dan digunakan pada situasi-situasi yang relevan. b. Menentukan bentuk bahasa Melayu segar dan bertenaga untuk memikul tugas dan cabaran abad ke-21.
Dari sudut (ii) pula, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
a. Pihak yang memperjuangkan bahasa Inggeris perlu disedarkan bahawa keghairahan mereka akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
b. Tidak ada warganegara yang menolak kepentingan bahasa Inggeris, kerana bahasa tersebut penting sebagai bahasa perhubungan di dunia antarabangsa dan bahasa unt uk menimba
ilmu pengetahuan. Yang perlu disedari ialah bahawa kaitan emosi berbeza. Hubunga n dengan
bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai hubungan yang berasaskan unsur utiliti , kerana
statusnya sebagai bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan yang berkait ra pat dengan
jati diri dan maruah bangsa. Di sini unsur emosi memainkan peranan penting. L
Isu-isu bahasa
________________________________________________________________________________ _____
196
Untuk menangani cabaran bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat ini Hassan Ah mad
(Abdullah Hassan, 2006: 695) mencadangkan beberapa tindakan perlu dibuat. Antara nya;
Fenomena 'globalisasi' perlu ditangani dengan bijak kerana ianya bukanlah suatu gerakan atau
proses ketamadunan dunia yang boleh membawa kepada persefahaman budaya yang lebi h
mendalam antara manusia di seluruh dunia tetapi adalah merupakan proses penguasa an dan
persaingan antarabangsa yang kuat dengan bangsa yang lemah.
Maklumat bukan ilmu kerana yang disebarkan melalui internet ialah maklumat - ber bagai-bagai
jenis maklumat, termasuk maklumat lucah dan kotor. Bahan yang bercorak ilmu, kal au ada pun,
disebarkan melalui ensiklopedia tentang dunia dan tamadun Barat. Internet sudah menjadi
komplek membeli belah global, tempat peniaga seluruh dunia menjual maklumat seba gai barang
dagangan.
Untuk menghadapi cabaran Teknologi Maklumat (TM) global yang semakin bercorak ko mersial
dan propagandis itu, dan yang mungkin boleh memusnahkan budaya dan sistem nilai bangsa kita,
kita memerlukan suatu dasar TM negara yang dapat mengimbangi maklumat global itu , dasar yang
dapat memperkenalkan tamadun Malaysia ke seluruh dunia melalui lebuhraya makluma t global,
dasar yang dapat melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam proses kemajuan TM di negara ini.
Rancangan untuk membuat dan mengeluarkan berbagai-bagai perisian program kompute r dalam
bahasa Melayu hendaklah diadakan. Jika kita mahu penduduk Malaysia berbahasa Mel ayu celik
komputer, celik makjlumat, dan menggunakan TM, maka rancangan pembuatan dan peng eluaran
perisian program komputer, termasuk program pemprosesan kata, dalam bahasa Melay u penting.
Kesimpulannya, ledakan dunia ICT memberi cabaran baru kepada perkembangan bahasa Melayu.
Untuk berdepan dengan cabaran ini kita sering mendengar alasan tidak cukup istil ah dikemukakan apabila
mereka mencadangkan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebagai ba hasa ICT,
kekurangan buku dalam bahasa Melayu. Oleh itu kegiatan penyebaran dan pembinaan bahasa mestilah
diteruskan. Usaha menterjemah ilmu-ilmu baharu terus digiatkan dalam konteks glo bal untuk menyediakan
bahasa Melayu sebagai bahasa ICT.
Bincangkan bagaimana usaha-usaha boleh dilakukan agar bahasa Melayu dapat memainkan peranananya dalam teknologi komunikasi dan maklumat.
197
KEMPEN MINGGU DAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
ada 30.1.1960 Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh
negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. Pelancaran ini dilakukan oleh P engerusi
Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Pelancaran pertama Minggu Bahasa Kebangsaan ini bertujuan:
...menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan sehari-hari;
menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka ada memakai bahasa kebangsaan yang difahamkan oleh daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk meyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan dia boleh dipakai menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang;
hendak menerangkan kepada ahli-ahli pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang lalu dan terus berjalan hingga sekarang, P