• Tidak ada hasil yang ditemukan

GANGGUAN DIALEK MELAYU PATANI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SELATAN THAILAND

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GANGGUAN DIALEK MELAYU PATANI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SELATAN THAILAND"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

GANGGUAN DIALEK MELAYU PATANI DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU DI SELATAN THAILAND

Kartini Wado

Zamri Mahamod

kartini4585@gmail.com

d-zam@ukm.edu.my

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Dialek Melayu Patani dan bahasa Melayu baku memiliki beberapa persamaan perkataan tetapi memiliki makna berbeza. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gangguan penggunaan perkataan dialek Melayu Patani ketika guru mengajar di bilik darjah. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada gangguan penggunaan perkataan yang sama tetapi makna berbeza antara dialek Melayu Patani dan bahasa Melayu baku dalam kalangan guru bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan ke atas seramai 10 guru bahasa Melayu di sekolah menengah di Selatan Thailand. Pengkaji merakam perkataan yang digunakan oleh guru sepanjang proses mengajar di bilik darjah, kemudian perkataan guru ditranskripsi dan memilih perkataan yang berkaitan dengan tujuan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 20 perkataan daripada 384 perkataan yang dikumpulkan daripada 10 guru bahasa Melayu semasa mengajar di bilik darjah. Daripada 20 perkataan tersebut terdapat antaranya perkataan ‘gaduh’, ‘selalu’, ‘kena’ dan lain-lain. Penggunaan perkataan yang sama tetapi berbeza makna antara dialek Melayu Patani dan bahasa Melayu baku dalam pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah boleh mengelirukan pelajar, oleh itu guru bahasa Melayu perlu menyedari penggunaan perkataan semasa mengajar.

Kata Kunci: gangguan; Selatan Thailand; Dialek Melayu Patani (DMP); Bahasa Melayu Baku (BMB); pengajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT

The Malay dialect of Patani and the standard Malay language have some similarities in the words but have different meanings. This study is to identify the disturbance of Patani Malay dialect when the teacher teaches in the classroom. This study focus on the disruption of the use of the same word but the meaning is different between Patani Malay dialect and the standard Malay language among Malay language teachers. This study is a case study conducted on 10 Malay language teachers in secondary schools in Southern Thailand. Data is collected through audio recording when the teacher teaching process in the classroom. Then the words teacher in audio recording is transcribed and selected to be analyzed according to the purpose of the study. There are 20 words from 384 words collected from 10 Malay language teachers during teaching in the classroom. Of these 20 words there are the words 'gaduh (rowdy)', 'selalu (always)', 'kena (touch)' and others. The using of the same word but the different meaning between Patani Malay dialect and the standard Malay language in the teaching of Malay in the classroom can confuse students, therefore the Malay language teachers need to realize the use of the word during teaching.

(2)

PENGENALAN

Kajian mengenai dialek Melayu Patani (dMP) telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji dahulu sama ada dalam bidang fonologi, leksikal, morfologi, dan sintaksis. Pengkaji-pengkaji tersebut seperti Paitoon (1983) membincangkan tentang “Dialek Melayu Patani dan Bahasa Malaysia: Satu kajian perbandingan dari segi Fonologi, Morfologi dan Sintaksis”, Pareeda Hateeteh (2007) yang membincangkan mengenai “Penghilangan dan Penambahan Konsonan dalam Dialek Melayu Patani”, Waemaji Paramal (1991), beliau telah membuat kajian mengenai dialek Patani dalam tajuk “Kepanjangan Konsonan dalam Dialek Melayu Patani”, Hasimah Hanam Murad (1999) yang telah membuat kajian yang berjudul “Beberapa Gejala Menarik Fonologi dan Leksikal Dialek Patani di Mukim Chegar Galah” dan Worawit Baru (1990) membincang mengenai “Pengaruh Bahasa Thai Dalam Dialek Patani”. Begitu juga dengan kajian dialek Kelantan yang mempunyai ciri-ciri linguistik hamper dengan dMP seperti kajian telah dijalankan oleh Suhaimi Mohd. (1998) yang membincang mengenai “Pemendekan Kata dalam Dialek Kelantan” dan Abdul Hamid (1977) “ Sintaksis Dialek Kelantan”.

Berdasarkan semua kajian tersebut, penulis mendapati tiga ciri faktor linguistik dMP yang berbeza dengan bahasa Melayu baku (BMB) yang mungkin boleh menjadi faktor gangguan proses pengajaran guru-guru bahasa Melayu di bilik darjah. Pertama terdapat lima ciri perubahan fonem vokal, kedua terdapat tujuh ciri perubahan fonem konsonan dan ketiga terdapat tiga ciri perubahan leksikal dMP. Dalam penulisan ini akan memberi fokus kepada ciri-ciri lingguistik yang berkaitan dengan perubahan dalam bidang leksikal yang terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, penggunaan perkataan yang berlainan tetapi maknanya sama. Dalam dMP wujud perkataan–perkataan yang sama konsepnya dengan BMB tetapi cara menyebutannya berlain sama sekali. Contoh perkataan tersebut seperti perkataan [perlahan] dalam BMB disebut dengan perkataan [kɔhɔ] dalam dMP. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama iaitu salah satu perbuatan yang dilakukan dengan perlahan. Kedua, dalam dMP terdapat perkataan-perkataan yang terdiri daripada satu sukukata tetapi perkataan tersebut tidak wujud dalam sistem BMB. Perkataan-perkataan tersebut berasal daripada dua sumber iaitu perkataan satu sukukata dari kata asli dan dari kata pimjaman. Seperti contoh perkataan [lepas] dan [tiket] berubah kepada sebutan /pah/ dan /baʔ/ dalam dMP. Ketiga, kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dMP dengan BMB. Walaupun dalam dMP mempunyai banyak kata-kata yang sama maknanya dengan BMB. Namun, terdapat juga beberapa perkataan yang penyebutannya sama tetapi mempunyai makna yang berbeza sama sekali. Umpamanya perkataan [səlalu] dalam dMP membawa pengertian ‘serta merta’, sedangkan dalam BMB membawa pengertian ‘perkara yang biasa dilakukan’ dan [budʒaŋ] dalam dMP membawa pengertian ‘janda’, sedangkan dalam BMB membawa pengertian ‘belum kahwin’. Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kajian kepada gangguan dMP dalam proses mengajaran guru-guru bahasa Melayu hanya dalam dalam bidang leksikal sahaja.

PERMASALAHAN KAJIAN

Apabila kita cuba mengenalpasti punca yang menyebabkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran bahasa Melayu (BM) serta punca masalah penguasaan BMB di kalangan pelajar Melayu, tentulah berbagai faktor dapat disebutkan, termasuklah beberapa kelemahan. Farid dan Ajid (1993:63) menyenaraikan beberapa faktor seperti masalah kualiti guru bahasa, kekurangan buku teks dan bahan bacaan tambahan yang sesuai, sikap murid-murid Melayu yang negatif terhadap pelajaran BM, tiada buku tatabahasa pegangan, sistem bahasa yang belum mantap serta pengajaran dan pembelajaran BM yang tidak sesuai. Mengikut pendapat Collins (1981:97) pula, faktor linguistik dalam BM itu sendiri sebagai turut berperanan menimbulkan gangguan atau pengaruh terhadap perkembangan BMB dan merupakan satu faktor yang dominan dalam menentukan berlakunya perkara tersebut. Aspek linguistik yang kerap dikemukakan sebagai punca kelemahan ini adalah pengaruh dialek daerah kerana sudah lumrah bagi pelajar-pelajar yang berasal dari wilayah yang menggunakan dialek daerah yang agak jauh berbeza daripada BMB tidak mencapai peringkat yang baik dalam peperiksaan awam. Sehubungan dengan perkara tersebut, sewajarnya persoalan berkaitan dengan pengajaran dan pemelajaran BM di sekolah ditimbulkan. Misalnya, mengapakah orang Melayu mengalami kesukaran belajar BM sedangkan BM bahasa ibunda mereka sendiri? Mengapakah pelajar-pelajar Melayu yang memang sudah mempunyai asas dalam BM tidak dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut? Apakah prinsip-prinsip umum yang digunakan oleh guru-guru BM mengajar pelajar berketurunan Melayu untuk belajar BMB? Sekiranya kita memetik pendapat setengah-setengan sarjana bahasa kita tentang cara pengajaran BM kepada penutur jati BM, kita dapati perkara tersebut seharusnya tidak mendatangkan masalah.

(3)

Sekiranya kita merujuk cara pengajaran BM di kalangan penutur jati, seharusnya tiada berlaku sebarang masalah untuk pelajar-pelajar Melayu belajar BM dan mencapai kejayaan cemerlang kerana pengajaran BM di kalangan mereka hanyalah berupa pengukuhan dan pengayaan semata-mata. Tetapi hakikatnya tidaklah begitu. Di Malaysia, keputusan yan dicapai oleh pelajar-pelajar Melayu dalam peperiksaan awam menunjukkan mereka masih menghadapi masalah dalam pemelajaran BM. Begitu juga di Patani, ternyata pelajar-pelajar Melayu tidak dapat menguasai BMB. Dengan kata yang lain mereka tidak boleh menulis dan bercakap BM dengan baik. Berdasarkan hakikat tersebut, faktor linguistik dalam BM terutamanya aspek dialek daerah dianggap sebagai satu faktor yang dominan dalam menentukan mengapa perkara tersebut berlaku. Mungkin perkara ini dapat dikaitkan dengan masalah cara pengajaran dan pemelajaran BM di sekolah. Berdasarkan pendapat Collins (1981:97), faktor linguistik dalam BM sendiri iaitu dialek daerah berperanan serta mempengaruhi guru dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Wujudnya gangguan atau pengaruh dialek ini memang ada logiknya kerana dialek ini merupakan sesuatu yang mereka warisi sejak kecil lagi. Bertolak daripada andaian tersebut, pengkaji berpendapat kajian mengenai gangguan dialek dalam pengajaran dan pemelajaran BM perlu dilakukan dengan teliti kerana faktor tersebut turut mempengaruhi prestasi pelajar dan penguasaan BMB di kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah sejauh manakah guru-guru BM menggunakan dialek dalam pengajaran di bilik darjah sedangkan mereka sepatutnya menggunakan BMB.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan penyataan masalah seperti yang telah diperkatakan di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek linguistik dalam dMP seperti berikut:

1. Mengenalpasti gangguan penggunaan perkataan yang berlaianan tetapi maknanya sama antara BMB dengan dMP yang mempengaruhi guru-guru BM dalam pengajaran BM di bilik darjah.

2. Mengenalpasti gangguan dialaek dari segi kata-kata yang sama tetapi berbeza erti antara dMP dengan BMB yang mempengaruhi guru-guru BM dalam pengajaran BM di bilik darjah. 3. Mengenalpasti gangguan dialek dari segi kata-kata satu sukukata dalam dMP tetapi tidak ada

dalam BMByang mempengaruhi guru-guru BM dalam pengajaran BM di bilik darjah.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan beberapa tinjauan, pendapat serta kajian yang telah dibuat berkaitan dengan aspek kajian iaitu gangguan dMP dalam pengajaran BMB di sekolah menengah. Perbincangan dan penelitian berkaitan dengan gangguan dialek dalam pengajaran BMB. Kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Hamid (1989a:778-798), Abdul Hamid (1989b:851-856) dan Marzukhi (1989:892-906) lebih ditumpukan kepada pengaruh atau gangguan dialek terhadap pemelajaran BM di kalangan pelajar. Di antara tulisan atau penyelidikan yang berkaitan dengan gangguan dialek terhadap pemelajaran BM termasuklah kajian yang dilakukan oleh Normah (1986) yang menyentuh tentang gangguan dialek dalam pengajaran lisan BMB murid sekolah menengah. Kemudian itu, Fauziah (1987) telah melakukan kajian mengenai hal ini yang menyentuh tentang pengaruh dialek Kelantan terhadap penguasaan BM pelajar-pelajar sekolah rendah. Di samping itu Ajid (1987) telah membincangkan pengaruh dialek dalam pemelajaran BMB di kalangan pelajar. Beliau mendapati wujudnya gangguan terhadap pemelajaran BMB akibat pengaruh dialek namun beliau mengakui dialek juga berfaedah dalam pemelajaran BMB.

Azman (1987) merumuskan bahawa terdapat gangguan daripada bahasa ibunda atau dialek yang mengakibatkan kesilapan penggunaan BM oleh murid-murid Melayu. Abdullah Hamid (1993:81-103) yang mengkaji tentang ciri-ciri dialek Kelantan mendapati terdapat beberapa ciri dialek Melayu Kelantan yang mengganggu penguasaan BMB yang meliputi aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang fonologi merupakan bidang yang paling banyak dan paling ketara mengganggu serta menyulitkan penutur dialek Melayu Kelantan dalam penguasaan BMB. Terdapat empat aspek fonologi yang boleh menimbulkan gangguan tersebut iaitu penyebutan bunyi perkataan yang berbeza, kesalahan ejaan, kekeliruan makna dan intonasi berbeza. Mohd. Daud (1994) yang mengkaji tentang pengaruh dialek ke atas proses pemelajaran BM di kalangan pelajar sekolah menengah mendapati

(4)

pelajar yang dating dari kawasan yang tebal dialek daerahnya menghadapi masalah dalam menguasai BMB. Gangguan-gangguan bahasa natif biasanya berlaku di luar kesedaran pengguna bahasa itu kerana sudah menjadi tabiat semula jadi seseorang itu untuk mempercepat proses penguasaan bahasa yang dipelajari untuk berinteraksi.

Tulisan yang khusus menyentuh tentang pengaruh dialek dalam pengajaran BM tidak banyak

dikesan. Collins (1981) dalam tulisanya “Bahasa dan Dialek: Perancangan dan Pendidikan”

mengatakan bahawa kesedaran tentang wujudnya kepelbagaian ragam BM yang telah dikesan sejak awal abad ke-18 oleh pendatang Eropah. BM telah lama dituturkan dalam beraneka bentuk dan ragam. Terdapat perbezaan dalam penyebutan, tatabahasa dan perbendaharaan kata. Diakui bahawa BM dan dialek daerah saling melengkapi dan masing-masing kelainan sesuai di dalam tempat dan suasana tertentu. Wujud kesedaran bahawa dialek daerah mempengaruhi BMB di bilik darjah dianggap salah satu faktor yang menyebabkan prestasi pelajar Melayu tidak memberangsangkan. Cuma setakat ini, menurut Collins belum ada bukti-bukti linguistik yang mengatakan bahawa bahasa daerah atau dialek mengganggu pengajaran di bilik darjah.

Tiap-tiap guru harus menguasai BM dengan baik serta mengenal dialek daerah serta tugasnya dengan baik. Malah sebaik-baiknya guru BM di suatu daerah merupakan penutur dialek daerah itu. Seorang guru yang bidialektisme akan memahami masalah linguistik yang dihadapi oleh murid-murid. Yang disarankan guru-guru yang bidialektikal sudah mempelajari tatabahasa bandingan kedua-dua ragam bahasa. Kita perlu guru-guru BM yang fasih dalam dialek daerah tetapi tidak menggunakan dialek tersebut dalam situasi formal iaitu pengajaran di bilik darjah. Satu perubahan sikap diperlukan dikalangan penutur BM sehingga mereka menyedari tentang pemisahan antara dialek Melayu dan BMB. Penulisan berhubung taatabahasa bandingan antara BMB dan dialek Melayu serta penyusunan kamus diperlukan. Tanpa gambaran tentang ciri-ciri tatabahasa dan kosa kata tiap-tiap dialek Melayu, penggunaan BMB tetap terganggu. Pendek kata, tanggapan impresionis perlu digantikan dengan fakta-fakta ilmiah. Setelah kita memahami sifat-sifat dialek Melayu, punca-punca masalah dapat dikenal pasti. Sehubungan dengan itu, satu arah usaha penggunaan BMB dalam konteks kepelbagaian dialek dapat ditentukan.

Farid dan Ajid (1993) dalam kajian mereka “Persepsi Murid dan Guru Terhadap Pengaruh Dialek dalam Pemelajaran BM di Kalangan Pelajar Melayu” mendapati guru-guru sendiri beranggapan bahawa gangguan dialek tempatan menjadi sebab utama kelemahan pencapaian BMB di kalangan murid-murid sekolah. Pengamatan tersebut dibuat berpandukan keputusan peperiksaan SPM 1977 yang menimbulkan satu premis bahawa kemungkinan proses pengajaran dan pemelajaran BMB ada dipengaruhi oleh kecenderungan pelajar termasuk guru-guru menggunakan bahasa daerah atau dialek tempatan yang berleluasa. Kemungkinan bahasa penggunaan bahasa daerah atau dialek tempatan yang berleluasa yang mempengaruhi atau menimbulkan situasi gangguan yang negatif terhadap pemelajaran BMB. Kajian tersebut telah dijalankan terhadap sekumpulan 828 pelajar dan 321 guru sekolah menengah di Terengganu dan Kelantan. Kajian ini mendapati gugu-gugu mengakui bahawa gangguan daripada dialek tempatan sememangnya menjadi salah satu punca yang melemahkan penguasaan BMB di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Pengaruh bahasa daerah telah menyebabkan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid meliputi aspek-aspek ejaan, imbuhan, perbendaharaan kata dan sintaksis. Malah terdapat sebilangan guru yang menggunakan campuran BMB dengan dialek daerah untuk mengajar mata pelajaran BM dan keadaan tersebut diakui sendiri oleh guru-guru BM yang dikaji.

Guru-guru beranggapan kasalahan umum dalam BM seperti ejaan, imbuhan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebutan berpunca daripada pengaruh bahasa daerah dan dialek. Sebahagian besar guru yang dikaji mengatakan bahawa mereka memang menggunakan campuran BMB dengan dialek untuk mengajar BM di bilik darjah. Malah ada yang beranggapan bahawa bahasa paling berkesan untuk menyampaikan pengajaran adalah campuran antara BMB dengan dialek tempatan. Pelajar berpendapat bahawa campuran BMB dan dialek dianggap satu cara berkesan untuk mengajar BMB. Malah guru-guru menggunakan campuran BMB dengan dialek tempatan semasa melaksanakan aktiviti pemelajaran di bilik darjah. Kajian ini walaupun hanya berupa persepsi atau pandangan semata-mata, ia tetap menunjukkan bahasa daerah atau dialek menimbulkan pengaruh negatif terhadap pengajaran.

Awang (1984) dalam tulisannya “Dialek dan Pengajaran BM” mengakui memang wujud gangguan dialek dalam pengajaran BM. Menurut beliau, gangguan atau pengaruh terdahap pengajaran BMB tidak cukup dilaung-laungkan sahaja. Harus diteliti secara terperinci aspek-aspek

(5)

dialek yang mengganggu pengajaran BM. Tanpa penelitian sedemikian, kita hanya mungkin menduga-duga bahawa sesuatu kesalahan bahasa berakibatkan daripada pengaruh dialek, dengan tidak jelas dan pasti aspek dialek yang terlibat.Di sini beliau menyarankan supaya guru-guru BM perlu dilengkapi pengetahuan tentang dialek supaya guru dapat mengesan bentuk-bentuk dialek daerah yang dianggap menyimpang daripada norma-norma BMB. Oleh itu, wajarlah ahli-ahli bahasa melakukan analisis yang lebih lengkap tentang dialek yang ada supaya dapat dilakukan analisis bandingan di antara dialek daerah dengan BMB. Tanpa mengetahui punca kesalahan, guru-guru BM tidak mungkin dapat melakukan pemulihan bahasa di kalangan pelajar-pelajarnya.

Rohani (1999) dalam kajiannya “Pengaruh Dialek Melayu Kucing (Sarawak) dalam Pengajaran BM”. Kajian telah dijalankan di sekolah rendah di kawasan Kuching, dapatan kajian beliau juga mendapati dialek merupakan salah satu faktor yang mengganggu pengajaran BMB di bilik darjah di kalangan guru-guru yang mengajar BM di sekolah rendah di Serawak.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berkaitan dengan gangguan dMP dalam pengajaran BM di sekolah menengah. Kajian ini dilakukan berlandaskan persampelan rambang. Kajian ini akan menggunakan metodologi kuantitatif dan kualitatif. Beberapa kaedah akan digunakan semasa penyelidikan dijalankan. Untuk tujuan mengumpul data, dua kaedah akan digunakan, iaitu penyelidikan ini akan mengguna kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan. Kaedah perpustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung aspek-aspek teoritis ciri-ciri linguistik dMP terutama yang berkaitan dengan cara-cara penyebutan dan maksud perkataan yang digunakan. Ia juga digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang ada kaitan denan kajian ini. Di samping itu, kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji dahulu tentang gangguan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Buku, jurnal, majalah dan sebagainya akan dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Kaedah lapangan pula, pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian/pencerapan dan perakaman audio. Kaedah soal selidik, pengkaji menyediakan borang soal selidik yang mengandungi ruang untuk diisi oleh responden yang dipilih secara rambang. Borang soal selidik yang digunakan bertujuan untuk mengetahui maklumat asas seperti latar belakang pendidikan responden, latihan ikhtisas responden, sejauh manakah responden yang dikaji mengetahui kewujudan permasalahan yang dikaji dan cadangan-cadangan yan responden dapat kemukakan untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah pemerhatian atau pencerapan pula, pengkaji menjalankan kaedah ini ke atas guru-guru BM di sekolah yang dipilih untuk mendapat maklumat berhubung permasalahan yang dikaji iaitu sejauh manakah dialek daerah mempengruhi guru-guru dalam pengajaran mereka di bilik darjah. Semasa pemerhatian atau pencerapan dilakukan perakaman audio dibuat semasa guru BM sedang mengajar dalam bilik darjah untuk merakam dan mengetahui sejauh manakah kewujudan pengaruh dialek dalam penajaran mata pelajaran BM di bilik darjah di sekolah menengah.

Dalam perakaman tersebut pengkaji menggunakan perakaman radio kaset, tumpuan akan diberikan kepada penggunaan dMP dalam pengajaran guru BM iaitu tumpuan diberikan kepada dua aspek linguistik dalam dialek tersebut iaitu cara penyebutan dan maksud perkataan yang digunakan yang membezakannya daripada BMB. Perakaman audio ini dibuat sepanjang masa pengajaran oleh guru BM itu bagi memastikan satu kaedah yang natural atau semula jadi dalam suasana pengajaran.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINGAN

Berdasarkan kajian penulis telah mendapati tiga pengaruh penggunaan kata dan makna dMP dalam proses pengajaran BMB. Antara perbezaannya tersebut ialah pertama, wujud perkataan-perkataan yang sama konsepnya dalam dMP dan BMB tetapi cara penyebutannya berlainan, Kedua, wujud perkataan-perkataan yang sama antara dMP dan BMB tetapi berbeza ertinya. Ketiga, wujud

(6)

perkataan-perkataan satu sukukata dalam dMP tetapi tidak ada dalam BMB, aspek ini termasuk kata-kata satu sukukata-kata dari kata-kata asli dan juga kata-kata pinjaman.

1. Pengaruh Penggunaan Perkataan Yang Berlainan Tetapi Makna Sama

Dalam dMP wujud perkataan-perkataan yang sama dengan konsep BMB tetapi cara penyebutannya berlainan sama sekali. Contoh kata tersebut seperti perkataan [cubit] dalam BMB disebut dengan perkataan [kute] dalam dMP. Kedua-dua kata ini mempunyai makna yang sama iaitu salah satu perbuatan yang boleh menyakitkan orang lain. Pengaruh penggunaan perkataan-perkataan aspek ini dalam proses penyampaian guru-guru BM di sekolah dapat ditunjukkan seperti berikut:

Bil Sumber Perkataan yang Berbeza Makna yang

sama

Sebutan Dalam dMP Perkataan Dalam BMB

1 GBM 1 /tɔʔ leh/ [tidak boleh] tidak boleh

2 GBM 1 /taʔ dɔʔ/ [tidak ada] tidak ada

3 GBM 1 /kɛtʃɛʔ/ [cakap] cakap

4 GBM 1 /kənɛ/ [suka] suka

5 GBM 1 /ojaʔ/ [beritahu] beritahu

6 GBM 1 /tubeʔ/ [keluar] keluar

7 GBM 1 /mɔtaŋ/ [menoris] menoris

8 GBM 1 /badʒu galah/ [baju terpakai] baju terpakai

9 GBM 2 /kəleʔ/ [kembali] kembali

10 GBM 2 /kɛtʃɛʔ/ [cakap] cakap

11 GBM 3 /ojaʔ/ [beritahu] beritahu

12 GBM 3 /ateʔ/ [juga] juga

13 GBM 3 /sɔ/ [satu] satu

14 GBM 3 /dɛmɔ/ [engkau] engkau

15 GBM 3 /saʔ niŋ/ [sekejap tadi] sekejap tadi

16 GBM 3 /kɛtʃɛʔ/ [cakap] cakap

17 GBM 4 /atʃaʔ/ [kerap] kerap

18 GBM 4 /tahoʔ/ [buwang] buwang

19 GBM 4 /pɛʔ saʔ/ [periksa] periksa

20 GBM 5 /kəleh/ [lihat] lihat

21 GBM 5 /kɛtʃɛʔ/ [cakap] cakap

22 GBM 5 /katoʔ/ [tutup] tutup

23 GBM 6 /tubeʔ/ [keluar] keluar

24 GBM 6 /dəɣah/ [nyaring] nyaring

25 GBM 6 /sətagi/ [sekejap lagi] sekejap lagi

26 GBM 7 /dəɣah/ [nyaring] nyaring

27 GBM 8 /tɔʔse/ [tidak mahu] tidak mahu

28 GBM 9 /mɔlɛʔ/ [cantik] cantik

29 GBM 9 /pəɣoʔ bəsa/ [mengandong] mengandong

30 GBM 9 /ɲatɔʔ/ [duduk] duduk

31 GBM 9 /ɔjaʔ/ [beritahu] beritahu

32 GBM 10 /kɛtʃɛʔ/ [cakap] cakap

33 GBM 10 /tubeʔ/ [keluar] keluar

34 GBM 10 /ɔjaʔ/ [beritahu] beritahu

Jadual 1: Pengaruh Aspek Penggunaan Perkataan Yang Berlainan Tetapi Makna Sama

Berdasarkan jadual di atas (lihat Jadual 1), pengkaji mendapati terdapat 34 contoh penggunaan perkataan dalam pengajaran BMB di kalangan guru-guru BM yang dicerap atau diperhatikan menunjukkan wujudnya perbezaan cara penggunaan perkataan untuk konsep yang sama dalam dMP

(7)

dan BMB. Konsep-konsep tersebut walaupun mempunyai makna yang sama tetapi cara penyebutannya berlainan. Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar yang tidak memahami perbezaan sistem BMB dengan dMP. Contoh-contoh tersebut wujud dalam pengajaran 10 orang guru BM yang dicerap atau diperhatikan. Keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan kata yang berlainan tetapi mempunyai makna serta konsep yang sama telah mempengaruhi guru BM dan ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.

2. Pengaruh Kata-Kata yang Sama Tetapi Berbeza Erti Antara dMP Dengan BMB

Walaupun dalam dMP mempunyai banyak kata-kata yang sama maknanya dengan BMB. Namun, terdapat beberapa perkataan yang penyebutannya sama tetapi mempunyai makna yang berbeza sama sekali. Umpamanya [səlalu] dalam dMP membawa pengertian 'serta merta', sedangkan dalam BMB membawa pengertian perkara yang biasa di lakukan dan [bəɣahi] dalam dMP membawa pengertian ‘gemar’ sedangkan dalam BMB membawa pengertian ‘syuk’. Pengaruh penggunaan perkataan-perkataan aspek ini dalam proses penyampaian guru-guru BM di sekolah boleh ditunjukkan seperti berikut:

Bil. Sumber Perkataan Yang sama Makna Yang Berbeza

Sebutan Dalam dMP Perkataan Dalam BMB Makana Dalam dMP Makna Dalam BMB

1 GBM 3 /kənɔ/ [kena] perbuatan yang

betul

diperlukan oleh orang lain

2 GBM 3 /suɣaʔ/ [surat] buku kiriman kertas yang

ditulis

3 GBM 3 /ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

4 GBM 4 /səlalu/ [selalu] segera sentiasa buat

5 GBM 4 /dəɣah/ [deras] nyaring laju (aliran air)

6 GBM 4 /ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

7 GBM 5 /suɣaʔ/ [surat] buku kiriman kertas yang

ditulis

8 GBM 6 /dəɣah/ [deras] nyaring laju (aliran air)

9 GBM 6 /ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

10 GBM 7 /dəɣah/ [deras] nyaring laju (aliran air)

11 GBM 8 /takaʔ/ [tangkap] merakam Tangkap

12 GBM 8 /ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

13 GBM 8 /kənɔ/ [kena] perbuatan yang

betul

diperlukan oleh orang lain

14 GBM 8 /padɛ/ [padan] henti cocok,sesuai

15 GBM 9 /suɣaʔ/ [surat] Buku kiriman kertas yang

ditulis

16 GBM 9 /lakɔh/ [langkah[] menyebaran cara mengejarkan

sesuatu

17 GBM 9 /ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

18 GBM 9 /batah/ [batas] jalan raya had atau paras sesuatu

yang paling tinggki

(8)

20 GBM 10

/ŋadʒi/ [mengaji] belajar belajar membaca

Al-Quran

Jadual 2: Pengaruh Aspek Ponggunaan Perkataan Yang Sama Tapi Berbezia Erti Antara dMP Dengan BMB

Berdasarkan jadual tersebut (lihat Jadual 2), pengkaji mendapati terdapat 21 contoh penggunaan perkataan dalam pengajaran BMB di kalangan guru BM yang dicerap atau diperhatikan menunjukkan wujudnya perkataan yang ada persamaan penyebutan tetapi berbeza konsepnya antara dMP dengan BMB. Perkataan-perkataan tersebut walaupun sama tetapi konsepnya berbeza sama sekali. Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar yang tidak memahami perbezaan sistem BMB dengan dMP. Contoh-contoh tersebut wujud dalam pengajaran 9 orang guru BM yang dicerap atau diperhatikan. Kesan ini menunjukkan bahawa aspek penggunaan kata yang sama tetapi mempunyai makna dan konsep yang berbeza telah mempengaruhi guru-guru BM dan ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.

3. Pengaruh Kata-Kata Satu Sukukata Dalam dMP Tetapi Tidak Ada Dalam BMB

Dalam dMP terdapat perkataan-perkataan yang terdiri daripada satu sukukata tetapi kata itu tidak wujud dalam sistem BMB. Perkataan-perkataan tersebut berasal dari dua sumber iaitu kata-kata satu sukukata dari kata asli dan dari kata pinjaman. Dalam dMP terdapat banyak kata yang terdiri dari satu sukukata. Perkataan-perkataan tersebut berasal dari kata yang bersukukata dua yang sama-sama wujud dalam sistem dMP dan BMB. Walaupun kata ini wujud dalam kedua-dua sistem bahasa yang dikaji, namun hanya perkataan dalam dMP sahaja yang berlaku proses pemendekan kata tetapi tidak berlaku dalam sistem BMB. Contoh kata-kata dMP seperti [pəi] berubah jadi [i], kata [sudɔh] berubah jadi [dɔh] dan kata [ləpah] berubah jadi [pah]. Fenomena ini tidak berlaku dalam sistem BMB. Pengaruh penggunaan kata-kata ini dalam proses pengajaran guru-guru BM di sekolah dapat ditunjukkan seperti berikut:

Bil. Sumber Kata Asli dMP Kata Satu Sukukata Makna Daklam BMB

1 GBM 1 [əpa] [paʔ] empat

2 GBM 1 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak

3 GBM 1 [buwaʔ] [waʔ] buat

4 GBM 1 [buwi] [wi] beri

5 GBM 1 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak 6 GBM 1 [bawɔʔ] [wɔʔ] buat 7 GBM 2 [apɔ] [pɔ] apa 8 GBM 2 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak 9 GBM 2 [sudɔh] [dɔh] sudah 10 GBM 2 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak

11 GBM 2 [buwaʔ] [waʔ] buat

12 GBM 3 [ateʔ] [teʔ] juga

13 GBM 3 [apɔ] [pɔ] apa

14 GBM 3 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak

15 GBM 3 [buboh] [boh] memasuk

16 GBM 4 [buwaʔ] [waʔ] buat

17 GBM 5 [pəi] [i] pergi

18 GBM 7 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak

19 GBM 8 [tidɔʔ] [dɔʔ] tidak

20 GBM 9 [buwaʔ] [waʔ] buat

21 GBM 10 [buwi] [wi] beri

22 GBM 10 [buwaʔ] [waʔ] buat

(9)

Berdasarkan jadual di atas (rujuk Jadual 3), pengkaji mendapati terdapat 22 contoh penggunaan kata aspek ini dalam pengajaran BMB di kalangan guru BM yang dicerap atau diperhatikan. Ini menunjukkan wujudnya perkataan satu sukukata yang telah mengalami proses pemendekan dari kata asli yang bersukukata dua dMP. Keadaan ini juga akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar yang tidak memahami perbezaan sistem BMB dengan dMP. Contoh-contoh tersebut wujud dalam pengajaran 9 orang guru BM yang dicerap atau diperhatikan. Kesan ini menunjukkan bahawa aspek penggunaan kata sukukata dari kata asli telah mempengaruhi guru-guru BM dan ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.

Dalam dMP terdapat banyak sekali pengaruh dari bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Pengaruh bahasa Thai yang paling ketara adalah pengaruh dari segi leksikal. Bahasa Thai merupakan bahasa yang mempunyai kata-kata dasar yang terdiri dari kata satu sukukata. Pengaruh tersebut telah menyebabkan timbulnya kata satu sukukata dalam dMP. Umpamanya kata-kata [suʔ] erti ‘hujung’. [bɔ] erti ‘henti’ dan [aɔʔ] erti ‘sabar atau tahan’ . Begitu juga dengan bahasa Inggeris, dMP telah lama menerima pengaruh daripada bahasa Inggeris iaitu lebih dahulu daripada menerima pengaruh bahasa Thai. dMP yang terdiri daripada kata pinjaman dari bahasa Inggeris adalah seperti kata [boʔ] erti ‘buku'. Fenomena-fenomena tersebut tidak wujud dalam sistem BMB. Pengaruh penggunaan perkataan-perkataan aspek ini dalam proses penyampaian guru-guru BM di sekolah boleh ditunjukkan seperti berikut:

Bil. Sumber Kata Pimjaman Makna Dalam BMB

1 GBM 1 [sɔʔ] peperiksaan

2 GBM 1 [boʔ] buku

3 GBM 1 [suʔ] penghujung

4 GBM 1 [kʰɔ] tunggu sekejap

5 GBM 2 [boʔ] buku

Jadual 4: Pengaruh Aspek Penggunaan Perkataan Satu Sukukata Dari Kata Pinjaman

Berdasarkan jadual itu (rujuk Jadual 4), pengkaji mendapati terdapat 5 contoh penggunaan perkataan aspek ini dalam pengajaran BMB di kalangan BM guru yang dicerap atau diperhatikan. Ini menunjukkan wujudnya kata satu sukukata daripada kata pinjaman dMP. Perkataan tersebut tidak wujud dalam BMB. Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar yang tidak memahami perbezaan sistem BMB dengan dMP. Contoh-contoh tersebut wujud dalam pengajaran 2 orang guru BM yang dicerap atau diperhatikan. Walaupun pengaruh aspek ini sangat tidak ketara, namun sekurang-kurangnya keadaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa aspek penggunaan kata sukukata dari kata pinjaman dMP telah mempengaruhi guru BM dan ia juga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.

Dapatan kajian yang telah dibincangkan dapat dirumuskan bahawa didapati pengaruh dari segi penggunaan perkataan dMP yang paling ketara di kalangan guru-guru BM dalam pengajarannya di bilik darjah ialah aspek penggunaan perkataan-perkataan dMP yang berlainan dengan BMB tetapi mempunyai konsep yang sama dengan perkataan-perkataan yang wujud dalam BMB. Di samping itu, terdapat wujud aspek penggunaan perkataan-perkataan dMP yang terdiri daripada kata-kata satu sukukata yang berlaku daripada memendekkan perkataan asal dMP dan perkataan pinjaman. Pengaruh penggunaan kata-kata ini juga banyak digunakan di kalangan guru BM dalam pengajaran mereka di bilik darjah. Sementara itu, guru-guru BM juga mengguna perkataan yang sama antara dMP dan BMB tetapi kata-kata ini memberikan makna yang berbeza sama sekali. Pengaruh penggunaan perkataan-perkataan aspek tersebut wujud dalam kadar yang sederhana penggunaannya di kalangan guru-guru BM dalam pengajarannya di bilik darjah. Keadaan itu secara tidak langsung telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dalam memilih kosa kata yang betul ketika mahu menggunakan BMB. Dapatan kajian ini juga, menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya pengaruh dMP dalam pengajaran BMB. Faktor-faktor tersebut adalah wujud di kalangan guru-guru BM bukan guru beropsyen BM, perkara ini menyebabkan timbul masalah kurang pengetahuan tentang teoritikal BMB di kalangan guru-guru BM. Faktor yang lain seperti faktor kurang minat terhadap BMB serta sikap yang biasa menggunakan dMP sukar dipisahkan daripada penutur jati, baik di kalangan guru-guru BM atau pelajar-pelajar, faktor kekurangan pemahaman isi pengajaran jika guru menggunakan BMB sepenuhnya juga merupakan faktor yang paling dominan, perkara ini menyebabkan guru BM terpaksa menggunakan bahasa campuran antara BMB dengan dMP untuk

(10)

menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Di samping itu, faktor persekitaran penggunaan BMB yang tidak kondusif juga merupakan faktor yang mempengaruhi semangat untuk menggunakan BMB di bilik darjah di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar.

Oleh itu, guru BM yang dikaji berpandangan bahawa BMB pelajaran di sekolah perlu ditingkatkan dengan adanya faktor minat, sikap, kesungguhan serta kecekapan guru bahasa pedagogi guru-guru BM yang dianggap sebagai faktor terpenting yang boleh membantu meningkatkan pengajaran BMB. Dengan ini, penguasaan, kecekapan dan kemahiran guru-guru dalam BMB dapat ditingkatkan dengan cara menyediakan kursus-kursus berkaitan BMB kepada guru-guru untuk meningkatkan penguasaan dan kemahirannya. Di samping itu, alat bantuan mengajar dalam bentuk audio visual seperti radio, televisyen, dan video rakam harus dijadikan alat pengajaran BMB yang penting untuk menyediakan suatu pengalaman pengajaran yang bermakna, menarik dan menyeronokkan. Pendekatan pengajaran BMB yang sedia ada juga perlu menyesuaikan di samping mengadakan pengajaran- pengajaran susulan kebahasaan BM. Di samping itu, perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kebahasaan jangka panjang yang dilaksanakan secara teratur. Jika semua saranan daripada pendapat di atas dilakukan, ia dapat memberikan impak yang cukup bermakna kepada pengajaran BMB keseluruhannya.

Secara umum, dalam usaha mengatasi masalah pengaruh dMP dalam pengajaran BMB, ada tiga pendekatan yang boleh diambil sebagai rol model. Mengikut Trudgill (1984:105) beliau telah mengemukakan cadangan berhubung perkara tersebut yang menurutnya dapat dilakukan melalui tiga pendekatan. Pendekatan pertama adalah melalui pembasmian pertuturan bukan baku iaitu suatu pendekatan yang cuba menghalang pelajar-pelajar daripada menggunakan variasi-variasi bukan baku atau dialek-dialek dengan menegur dan membetulkan mana-mana ciri bahasa yang diketahui bukan baku. Pendekatan kedua yang boleh diambil adalah dengan menggunakan pendekatan “bidialektisme” iaitu membenarkan seseorang menggunakan dialek dalam situasi tidak formal di luar bilik sahaja dan BMB digunakan dalam situasi formal semasa pengajaran di sekolah. Kedua-dua variasi dibicarakan dan dianggap dua unit berasingan, diberi contoh-contoh yang nyata mengenai perbezaannya. Tujuan pendekatan ini adalah untuk memupuk minat murid-murid terhadap dialek Melayu sebagai satu bentuk bahasa yang tersendiri dan menarik. Pendekatan ketiga ialah pendekatan “penerimaan akan perbezaan-perbezaan dialek” yang mengatakan bahawa kanak-kanak menjadi mangsa kerana sifat bukan baku bahasa mereka.

Keadaan ini berlaku kerana sikap yang dipegang oleh masyarakat. Kanak-kanak perlu diajar BMB tetapi masyarakat hendak faham bahawa mereka harus memahami, menikmati dan menerima hakikat dialek Melayu yang ada sistem linguistik yang lengkap dan tersendiri. Sekiranya keadaan ini benar, maka yang paling memuaskan ialah percantuman pendekatan “bidialektisme” dengan pendekatan penerimaan akan perbezaan-perbezaan dialek.

KESIMPULAN

Huraian yang telah diberikan dapat menimbulkan persoalan dan objektif kajian yang dikemukakan. Sebagai kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar BM di Patani masih mempunyai tahap penguasaan BMB yang kurang memuaskan dan penggunaan dMP dalam bilik darjah amat ketara. Perkara tersebut menunjukkan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh dialek asalnya dalam menjalani tugas sebagai guru BM di bilik darjah. Jika perkara itu berlaku berterusan, ia akan memberi kesan yang buruk terhadap penguasaan BMB di kalangan pelajar Melaýu di Patani. Melalui kajian ini, pengkaji telah menyampaikan beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan BMB di kalangan guru-guru BM di Patani. Diharapkan melalui saranan itu dapat membantu meningkatkan lagi tahap penguasaan BMB di kalangan guru-guru dan hal ini juga akan memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar Melayu dalam usaha untuk mempelajari dan menguasai BMB.

RUJUKAN

Abdullah Hasan. 1987. Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(11)

___________________, 1989a. Bahasa Melysia: Senarai Kajian Ilmiah di Universiti Pertanian Malaysia. Dlm. Jurnal Bahasa, Oktober 778-798.

___________________,1989b. Bahasa Melysia: Senarai Kajian Ilmiah di Universiti Pertanian

Malaysia. Dlm. Jurnal Bahasa, Novenber 851-856.

___________________.1993. Ciri-ciri Dialek Kelantan Yang Mepengaruhi Bahasa Melayu Baku. Dlm. Farid M.Onn & Ajib Che Kob (ed). Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fathy al- Fatani. 2001. Pengantar Sejarah Patani. Kota Bharu: Pustaka Aman Press

Sendirian Berhad.

Ajib Che Kob.1987. Pengaruh Dialek dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Standard di Kalangan Pelajar. Dlm. Abdullah Hassan, Hasmah Ibrahim & Mashudi Kader (ed.). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan.1984. Isu-Isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Azman Wan Chik . 1987. Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia Oleh Murid-Murid Melayu: Satu Kajian. dlm. Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader (ed.). Kesalahan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James T. 1981. Bahasa dan Dialek: Perancangan dan Pendidikan. Dlm. Dewan Bahasa. Disember,97.

Farid M. Onn dan Ajib Che Kob.1993. Persepsi Murid dan Guru Terhadap Pengaruh Bahasa Daerah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu. Dlm Farid M. Onn & Ajib Che Kob (ed.). Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fauziah Nordin. 1987. Pengaruh Kebudayaan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri Pertama dan Kedua di Kalangan Murid-murid di Sekolah Menengah di Perak. Latihan Ilmiah Bacelor Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.

Fraser Thomas, M.,1960. Rusembilan : A Malay Fishing Village in Southen Thailand. New York: Cornell University Press.

Hashim Awang A.R.. 1998. Budaya dan Kebudayaan: Teori Isu dan Persoalan. Kuala Lumpur : Citra Budaya.

Hasimah Hanam Murah.1999. Beberapa Gejala Menarik Fonologi dan Leksikal Dialek Patani di Mukim Chegar Galah. Latihan Ilmiah. Rancangan Bahasa Melayu. Fakulti Sastra dan Sain Sosial, Universiti Malaya.

Ismail Husein dkk. 1993.Tamadun Melayu Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kartini Wado. 2003. Struktur Ayat Mudah Bahasa Patani. Latihan Ilmiah. Jabatan Bahasa dan

Linguistik. Fakulti Sastera Dan Sain Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

Kementerian Luar Negara. 1978. Chao Thai Muslim ( Orang Thai Muslim). Bangkok: Kementerian Luar Negeri.

Macionis, John J. 1987. Sosiologi .New Jersey: Prentice-Hall, inc.

Manoong Laesoh. 1990. Ayat Tunggal Dialek Melayu Patani: Satu Analisis Transfomasi-Genaratif. Tesis. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Marzukhi Nyuk Abdullah. 1989. Dialek Melayu Satu Catatan Awal. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Disember, 892-906.

Mohd Aris Haji Othman. 1985. Identiti Etnik Melayu. Peteling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Mohd Daud Yusof. 1994. Pengaruh Dialek ke Atas Proses Penggunaan Bahasa Melayu Baku di

(12)

Mohd Taib Osman. 1961. Pengaruh Pengucapan Dialek Terhadap Ejaan. Dlm. Dewan Bahasa, 5(B): 357-366. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zamberi A. Malek. 1988. Sastera dan Budaya: Bahasa Melayu Patani Kian Pupus. Dlm. Berita Harian. Mac,10.

Mudmarn, Saynee. 1988. Language Use and Loyalty among the Muslim-Malys of Southern. Ph.D Dissertation. Buffalo: University of New York.

Nik Safiah Karim. 1983. Dialek Sosial dan Tingkat-Tingkat Bahasa di Malaysia. Dlm. Dewan Bahasa. 27(1):340-341.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan akan-rakan. 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normah Mohamad, 1986. Pengaruh Dilek Dalam Pengurusan Lisan Bahasa Malaysia Standard: Satu Kajian Kes atas Murid-Murid Tingkat Empat di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak. Latihan Ilmiah. Bacelor Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia.

Paitoon Masmintra Chayanara. 1983. Dialek Melayu Patani Dan Bahasa Mlaysia: Satu Kajian Perbandingan Dari Segi Fonologi, Morfologi Dan Sintaksis. Tesis. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Pareeda Hayeeteh. 2007.Penghilangan dan Penambahan Konsonan dalam Dialek Melayu Patani. Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahani Bin Hosin. 1999. Pengaruh Dialek Melayu Kuching (Serawak) dalam Pengajaran Bahasa Melaytu Sekolah Rendah. Tesis. Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.

Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Syam. 1986. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Peteling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Suhaimi Mohd. Salleh. 1998. Pemendekan Kata dalam Dialek Kelantan. Latihan Ilmiah. Jabatan Bahasa Melayu. Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Waemaji Paramal.1991. Long consonants in Patani Malay: The result of word and phase shortening. A thesis Submitted in Partial Fulfillment of the Degree of Master of Art. Mahidol University.

Worawit Baru. 1990. Pengaruh Bahasa Thai dalam Dialek Patani. Tesis. Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Data dalam penelitian ini adalah ujaran yang mengandung medan makna verba berjalan dituturkan oleh penutur asli bahasa Melayu dialek Sambas yang diwakili oleh

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Berdasarkan penelitian, tujuan penelitian ini untuk mendeskripsikan relasi makna adjektiva dan nomina dalam bahasa Melayu dialek Sambas. Berdasarkan hasil penelitian

Berdasarkan penjelasan istilah yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahwa Medan Makna Verba Menyentuh dalam Bahasa Melayu Dialek Sambas adalah sistem

Berdasarkan penjelasan istilah yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahwa Medan Makna Verba Menyentuh dalam Bahasa Melayu Dialek Sambas adalah sistem

Berdasarkan analisis data tentang bentuk, fungsi dan, makna numeralia BMDKH, dapat disimpulkan bahwa bentuk numeralia bahasa Melayu dialek Kapuas Hulu khususnya