• Tidak ada hasil yang ditemukan

KELUARGA 2 KELUARGA 2 Sub keluarga 1 Sub keluarga 1

Dalam dokumen Bml 3012 - Sejarah Bahasa Melayu (Halaman 52-200)

Sub keluarga 2 Sub keluarga 2 Sub keluarga 3 Sub keluarga 3

FILUM AUSTRIS DAN RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA

elalui ilmu perbandingan bahasa, para penyelidik mendapati bahasa-bahasa Austrik merupakan

salah satu cabang bahasa terpenting bahasa dunia. Filum bahasa Austrik dibahagik an kepada tiga

rumpun bahasa yang besar, iaitu Bahasa Austroasia, Bahasa Tibet Cina dan Bahasa Austronesia.

Menurut Ismail Hussein (1966) ketiga-tiga rumpun bahasa ini menguasai lebih sepa ruh daripada bahasa

benua Asia. Filum bahasa ini adalah bahasa yang awal berdasarkan kebudayaan Dong son di Yunan yang

telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Ketiga-tiga rumpun bahasa ini ialah ba hasa-bahasa Austroasia,

bahasa-bahasa Tibet Cina dan bahasa-bahasa Austronesia.

Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia (1998), menjelaskan istilah Austronesia terbentuk daripada

unsur formatif bahasa Yunani yang bermaksud pulau-pulau selatan . Jumlah bahasa dal am keluarga

bahasa ini dianggarkan dalam lingkungan 500 hingga 1000 bahasa. Austronesia melipu ti Madagaskar,

Indonesia, Filipina, Farmosa, dan kelompok pulau Melanesia, Mikronesia, dan Poli nesia di Pasifik. Dari

segi geografi, secara mudah Austronesia merentasi kira-kira 130 garis bujur timu r, satu garis yang lalu

barat Pulau-pulau Caroline dan New Guinea. Kawasan barat mempunyai 300 bahasa, d engan jumlah

penutur lebih 170 juta orang. Bahasa yang terdapat dalam rumpun bahasa Austrones ia seperti bahasa

Jawa dengan bilangan penuturnya 60 juta orang, bahasa Melayu, bahasa Aceh, Batak , Minangkabau di

16

Sumatera, bahasa Sunda di Jawa Barat, bahasa Madura, Bali, Sasak di pulau-pulau timur Jawa, bahasa

Iban, bahasa Ngadju, bahasa Madagaskar, dan bahasa Bugis di Sulawesi. Manakala b ahasa Astronesia

yang ditutur di Filipina seperti bahasa Tagalog, bahasa Ilokano, bilkol.

Secara ringkas rumpun bahasa Austronesia tersebar meliputi kawasan kepulauan-kep ulauan

Lautan Teduh dari Pulau Ester sebelah timur dan Kepulauan Asia Tenggara sehingga ke Pulau

Madagascar di sebelah Barat. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran rumpun bahasa Austronesia.

Peta 2: Rumpun Bahasa-bahasa Austronesia

http://webspace.ship.edu/cgboer/languagefamilies.html

Menurut Asmah Haji Omar (1988), istilah Austronesia untuk rumpun bahasa Melayu per tama kali

digunakan oleh sarjana linguistik bandingan, iaitu Wilhelm Schamidt. Beliau meny impulkan bahawa

bahasa-bahasa itu satu ketika dahulu berasal dari satu sumber yang sama, tetapi perkaitan kekeluargaan

itu disusur-galurkan kepada jarak masa yang lama, iaitu 5,000 tahun ke atas. Sum ber yang menurun

bahasa-bahasa di daratan dan di pulau-pulau di beri nama Filum Austrik. Istilah ini merujuk kepada

kelompok bahasa yang lama waktunya 5,000 atau lebih. Filum Austrik dipecahkan ke pada dua cabang,

iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia. Istilah Austronesia dibentuk dari unsur Latin austro

dan unsur Yunani nesos, iaitu pulau , dengan itu Astronesia bermaksud pulau-pulau sela tan .

Walaupun bahasa Melayu bukan sebuah pulau tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli, iaitu Jakun

dan Temuan digolongkan dalam bahasa austronesia.Sebelum istilah Austronesia digu nakan, Austronesia

dikenali sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Hu mboldt.

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 17 Filum Bahasa Austrik Rumpun bahasa Austronesia Rumpun bahasa Tibet Rumpun bahasa Austroasia

Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa, iaitu Bahasa-bahasa Nusantara

(Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) Bahasa-bahasa Polinesia

Bahasa-bahasa Melanesia Bahasa-bahasa Mikronesia

Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat d alam kalangan

keluarga bahasa ini berdasarkan; sistem bunyi

pembentukan kata perbendaharaan kata pembentukan ayat

Berikut beberapa contoh kata-kata bilangan dari satu sampai sepuluh dalam bebera pa bahasa Austronesia.

Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Proto-

Austronesia

esa/isa duSa telu sepat lima enem pitu walu siwa sa-puluq Aceh sa duwa lhee peuet limöng nam tujôh apan sikureueng plôh Bali sa dua telu empat lima enem pitu akutus sia dasa

Jawa kuno sa rwa telu pat lima nem pitu wwalu sanga sapuluh Jawa baru siji loro telu papat lima nem pitu wolu sanga sepuluh Sunda hiji dua tilu opat ima genep tujuh dalapan salapan sapuluh

18

Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tagalog isá dalawá tatló ápat limá ánim pitó waló siyám sampû Malagasy iráy róa télo éfatra dímy énina fíto válo sívy fólo Minangkaba

u

ciék duo tigo ampék limo anam tujuah dalapan sambilan puluah Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh apan sembilan sepuluh a) Bagaimanakah sesuatu bahasa itu dikelompokkan?

b) Apakah rumpun bahasa yang menguasai lebih separuh daripada bahasa benua Asia.?

KELUARGA BAHASA NUSANTARA

edudukan Nusantara ialah di sebelah barat Austronesia. Nusantara disebut juga se bagai

Hesperanesia. Hespera bererti barat manakala nesia yang disesuaikan dengan sebut an pada

mulanya nesos kepada nuswa dan nusa bererti pulau. Ini bermakna Hesperanesia ial ah pulaupulau

barat, iaitu pulau-pulau yang terdapat di bahagian barat Austronesia. Selain itu , ada juga pengkaji

memberi nama lain, iaitu Indonesia. Bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa y ang paling besar

berbanding keluarga bahasa yang terdapat dalam rumpun Austronesia yang lain sepe rti Mikonesia,

Melanesia dan Polinesia.

Cabang bahasa Nusantara dipercayai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, i aitu kirakira

200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara atau kepulauan Melayu dibahagikan kepa da kelompokkelompok

dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian mengikut kaw san. Bagi

memudahkan penelitian, keluarga bahasa Nusantara dibahagikan mengikut daerah dan pulau iaitu

Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara, Maluku, Madagaska r dan Tanah besar

Asia Tenggara. Pengelompokan ini dapat dilihat seperti yang berikut; K

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

19

1. Kelompok Filipina

Terdapat lebih 25 kumpulan bahasa dalam kelompok ini seperti bahasa Ivatan, Ilok ano, Ibanag, Itawes,

Kalingga, Ifugaw, Bontok, Kankana-I, Pangasinan, Pampanggo, Tagalog, Bikolano, H anunoo-Mangyan,

Ilonggo, Waray, Sebuano, Aborlan Tagbanwa, Batak, Bukidnon, Mamanwa, Maranaw, Ma gindanaw,

Bilaan, Tausug dan Baau. BAHASA

Natan Utara Selatan Meso Mindanao

20

2. Kelompok Sumatera

Di Sumatera terdapat beberapa jenis bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawas an ini seperti;

Bahasa Aceh (di hujung utara pulau Sumatera). Bahasa Gayo (di Aceh Tengah)

Bahasa Alas (di Sumatera Utara)

Bahasa Batak (di Sumatera Utara terutama di Tapanuli Utara). Bahasa Batak (di Tapanuli Selatan).

Bahasa Minangkabau (di Sumatera Barat). Bahasa Minangkabau masih dekat dengan ba hasa

Melayu. Bahasa ini mempunyai beberapa dialek seperti Padang, Bukit Tinggi, Pagar uyung,

Paya Kumbuh, Lubuhsikaping, Pariaman dan lain-lain termasuk dialek Negeri Sembil an yang

terdapat di Tanah Semenanjung Malaysia. Batak Alas Gayo Rejang Lampung Mentawai Enggano Melayu Minangkabau Mandailing Angkola Nias Aceh Kerinci Simalur Bahasa-bahasa

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

21

Bahasa Kerinci (di sekitar Gunung Kerinci). Bahasa ini menyamai bahasa Melayu- Minangkabau. Oleh sebab itu, ada pengkaji yang menyifatkannya sebagai dialek Minangkabau.

Bahasa Rejang (di pantai barat Pulau Sumatera bahagian selatan). Bahasa Lampung (di hujung selatan pulau Sumatera).

Bahasa Simalur (di Pulau Simalur, di pantai barat Sumatera)

Bahasa Nias (di Pulau Nias dan Pulau Batu di pantai barat Sumatera). Bahasa Mentawai (di Pulau Mentawai, di pantai barat Sumatera).

Bahasa Enggano (di Pulau Enggano, di luar pantai Pulau Sumatera bahagian selatan ).

Bahasa Melayu (di pantai timur pulau Sumatera, iaitu dari Aceh Timur hingga ke S umatera

Selatan). Terdapat beberapa dialek Melayu seperti

Temiang, Deli, Serdang, Langkat, Asahan, Panai, Riau, Jambi, Kuantan, Palembang, Siak, Bengkulu, Bangka dan Beitung.

Dialek Riau ialah dialek paling utama kerana daripada dialek ini lahirlah bahasa Melayu/bahasa Indonesia.

Di daerah Jambi, Palembang dan Riau terdapat banyak prasasti bahasa Melayu kuno sedangkan di kepulauan Riau terdapat banyak manuskrip bahasa Melayu klasik.

3. Kelompok Kalimantan

Di Kalimantan atau borneo terdapat pelbagai jenis bahasa yang tersebar luas di p elbagai daerah

dari Kalimantan Indonesia hingga ke Sarawak, Sabah dan negara Brunei. Melayu Dayak Melanau Bisaya BAHASA KALIMANTAN Murut Dusun Bajau Sulu Tidung Basap Labu Kenyah Kayan

22

Antara bahasa tersebut ialah

Bahasa Melayu. Bahasa ini terbahagi kepada beberapa dialek seperti dialek Melayu Sarawak, Brunei, Sabah, Sambas, Pontianak, Banjarmasin, Sanggau, Sintang, Kutai, Berau, Pasir, Mattan dan beberapa dialek yang lain. Dialek-dialek ini ada yang t erpecah

kepada beberapa subdialek lagi seperti Melayu Sarawak, Melayu Brunei dan lain-la in.

Bahasa Dayak. Bahasa ini mempunyai beberapa jenis seperti Iban, Bdayuh, Kendayan ,

Mualang, Ambawang dan lain-lain.

Bahasa Malanau di Sarawak seperti Mukah, Matu, Oya dan lain-lain.

Bahasa Bisaya terdapat di Sabah, Teluk Brunei dan juga Limbang, Sarawak. Bahasa Murut terdapat di Sarawak, Brunei dan juga di Sabah.

Bahasa Dusun ini terdapat di Sabah. Sebahagian menamakannya sebagai Kadazan. Bahasa Bajau ini terdapat di Sabah dan juga Kalimantan, Indonesia.

Bahasa Sulu yang terdapat di Sabah, di Kalimantan Timur dan Filipina. Bahasa Tidung terdapat di pantai timur Sabah dan Kalimantan Timur.

Bahasa Kenyah ini terdapat di Sungai Kayan, di Sungai Baram. Bahasa ini juga ter dapat di

Kalimantan Indonesia dan di Sarawak.

Bahasa Kayan terdapat di Kalimantan Tengah, Kapuas Hulu dan Sungai Mendalam. 4. Kelompok bahasa-bahasa di Pulau Jawa dan Madura.

Di pulau Jawa terdapat lima bahasa yang besar, iaitu Melayu Yakarta, Madura, Jaw a, Osing dan

Sunda.

BAHASA DI PULAU JAWA DAN MADURA Melayu Jakarta Madura

Jawa Osing Sunda

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

23

Bahasa Melayu Jakarta, turut dikenali sebagai bahasa Betawi. Bahasa ini mengandu ngi

beberapa dialek dan dituturkan di Kota Jakarta.

Bahasa Sunda dituturkan di Jawa Barat terutama di Bogor, Bandung, Tasik Malaya, Bahasa Jawa di Jawa Tengah dan Jawa Timur serta di beberapa daerah lain seperti di

Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Irian Jaya, iaitu di mana terdapat penempatan orang Jawa. Terdapat beberapa jenis dialek bahasa Jawa seperti Ponorogo, Banyuma s,

Pekalongan, Kendal, Pati-Kukus-Demak-Japara, Surabaya, Malang dan lain-lain terd apat

di Surakarta dan Yogyakarta.

Bahasa Madura dituturkan di Pulau Madura dan di sebahagian daerah di Jawa Timur. 5. Kelompok Nusa Tenggara Barat.

Kelompok bahasa Nusa Tenggara Barat terdapat beberapa bahasa iaitu:

Bahasa Sasak terdapat di Pulau Lombok dan di beberapa buah pulau yang lain. Baha sa ini

mempunyai beberapa dialek seperti bahasa-bahasa Sasak Pejanggik, Sasak Selaparan g, Sasak

Bayan, Sasak Pujut, Sasak Tanjung, Sasak Sembalun, Sasak Lekong, Sasak Tebango d an Sasak

Pengadap selain Bali Sasak.

Bahasa Semawa terdapat di Nusa Tenggara Barat dan terbahagi kepada beberapa dial ek seperti

Semawa, Semawa Baturotok dan Semawa Taliwang. 6. Nusa Tenggara Timur dan Timor Timur.

Kelompok bahasa di Nusa Tenggara Timur dan Timor Timur terdapat bahasa-bahasa te rmasuklah bahasa

Tetun, Buna, Kemak, Dawan, Kupang, Amarai, Roti, Hawu, Sumba, Alor/Pantar, Kedan g, Lamholot, Sika,

Ende, Lio, Ngada dan Manggarai. NUSA TENGGARA

BARAT Sasak Semawa Bima

24

7. Kelompok Tanah Besar Asia Tenggara.

Di tanah besar Asia Tenggara terdapat beberapa keluarga bahasa Nusantara. Antara nya termasuklah:

Kelompok di Semenanjung Malaysia terdapat bahasa Melayu yang ketika ini menjadi bahasa rasmi

dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa yang hampir sama digunakan di Indonesi a, Brunei

Darussalam dan Singapura. Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 17 dialek

daerahnya hingga ke Selatan Thailand dan Singapura.

Di Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam terdapat bahasa Melayu dan bahasa Nusa ntara

yang lain terutama bahasa Cham. Namun jumlah penuturnya tidak banyak. Bahasa ini digunakan

oleh kerajaan Champa yang pada hujung abad kedua dan berakhir pada awal abad ke-19.

8. Sulawesi.

Di Pulau Sulawesi terdapat beberapa puluh jenis bahasa, antaranya termasuklah: Sulawesi Utara, antaranya bahasa Talaut, Sangihe, Tombulu, Taratara, Tonsea, Ton dano, Bantik,

Bentenan, Tontemboan, Bolaang Mongondow, Gorontalo dan Lolak.

Sulawesi Tengah, antaranya bahasa Banggai, Toli-Toli, Mori, Bunku dan lain-lain. Sulawesi Selatan, bahasa Bugis, Makassar dan Toraja.

Sulawesi Tenggara bahasa seperti bahasa Tolaki, Muna dan Wolio. 9. Maluku

Di Maluku terdapat beberapa jenis bahasa, iaitu MALUKU

Sula-Bacan

Seram Barat Seram Timur Halmahera

Selatan Halmahera Utara

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

25

10. Halmahera -Irian Jaya.

Di Irian Jaya terdapat lebih daripada 125 jenis bahasa yang telah dikaji. Antara nya Halmahera Selatan,

Nufur, dan Kowiai. Selain itu, masih ada lagi bahasa-bahasa lain yang belum dika ji.

Secara ringkas keluarga bahasa Nusantara dapat digambarkan seperti rajah berikut ;

a) Di manakah bahasa Melayu dituturkan? b) Di manakah bahasa Nusantara tersebar?

c) Apakah bahasa-bahasa yang terdapat di Kalimantan? BAHASA NUSANTARA

Antara 200 300 bahasa. Tersebar hingga ke Farmosa di Utara Maluku di Timur, Pulau Timor di Selatan dan Madagaskar di Barat.

Tanah Besar Asia Tenggara

Melayu, Cham

Kelompok Nusa Tenggara Barat

Sasak dan Sumbawa.

Kelompok Nusa Tenggara Timur dan Timor Timur

Tetun, Buna, Kemak, Dawan, Kupang, Amarai

Kelompok Maluku

Sula-Bacan, Seram Barat, Seram Timur, Goram dan Kelompok Filipina Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya,

Kelompok Jawa Sunda, Jawa, dan

Kelompok Halmahera- Madura. Selatan-Irian Jaya

Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai. Kelompok Kalimantan Iban, Kenya-kayan dan Melanau, Melayu

Kelompok Sumatera Acheh, bahasa Batak, Minangkabau, Melayu, Nias,

Kelompok Sulawesi Selatan

26

KELUARGA BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara. 1. Indonesia

2. Malaysia 3. Brunei 4. Singapura

Peta penyebaran bahasa Melayu di Asia Tenggara

Bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dikenali sebagai Bahasa Indonesia . Di Ma laysia bahasa

Melayu turut di kenali sebagai Bahasa Malaysia dan di Singapura dan Brunei sebagai Bahasa Melayu

atau Bahasa Kebangsaan.

Selain di luar kawasan Selat Melaka, dialek-dialek Melayu juga ditemui digunakan di sepanjang

pantai bahagian selatan dan barat Borneo, di wilayah paling selatan Thailand dan di Kepulauan Mergui di

Burma. Kreol yan berasaskan bahasa Melayu ditemui digunakan bukan sahaja di kala ngan penduduk yang

asalnya bertutur dalam bahasa Cina di Negeri-negeri Selat lama bekas British Mal aya, tetapi juga di

berbagai-bagai pelabuhan di bahagian timur Indonesia dan di Pulau Krismas dan Pu lau Cocos di Lautan

Hindi. Di dalam tiga negara yang lain perkadaran penduduk yang bertutur dalam ba hasa Melayu adalah

seperti berikut: Malaysia 45 peratus (35 peratus bertutur dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa

India dan 10 peratus dalam bahasa peribumi bukan bahasa Melayu), Singapura 15 pe ratus (70 paratus

dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa-bahasa India) dan Indonesia 7 peratus (90 peratus dalam

bahasa-bahasa peribumi bukan bahasa Melayu, 3 peratus dalam bahasa Cina) (Bernar d Comrie;

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

27

Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di Malaysia, Kalimantan, Indonesia, Brunei , Singapura dan

Selatan Thailand tetapi turut menjangkau dari kepulauan Formosa hinggalah ke Mad agaskar. Antara faktor

yang menyumbang kepada penyebaran bahasa Melayu ialah faktor perkahwinan, perdag angan,

penghijrahan dan penjajahan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu.

Peta Penyebaran bahasa Melayu dari Formosa hingga ke Madagaskar

Di Malaysia, bahasa Melayu menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek ya ng kebetulan

ditandai dengan persempadanan negeri. Maka wujudlah apa yang disebut dialek Utar a (Kedah dan Utara

Perak), dialek Pulau Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang,

dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Negeri Sembilan, dialek Sarawak dan d ialek Sarawak. Di luar

Malaysia misalnya di Brunei dialek Brunei dan dialek Kedayan dan di Indonesia di alek Jakarta atau lebih

28

Beberapa contoh penggunaan dialek yang terdapat di Malaysia Dialek Perkataan Bahasa Standard Catatan

Johor leba, bemain lebar, bermain Pengguguran konsonan /r/

Kedah cayaR, hampiaR cair, hampir Penggantian /r/ dalam lingkungan/R/ Selangor itam hitam Pengguguran konsonan h

Selangor habes habis Penukaran vokal /i/ kepada /e/

Melaka Bakaw, tikaw bakar, tikar Penukaran konsonan /r/ kepada /w/ Perak bileq, tumboq bilik, tumbuk Penukaran konsonan /k/ kepada /q/ Sarawak alus, ampas halus, hampas Pengguguran vokal /a/

Sarawak pulo, dango, pande

pulau, dangau, pandai

Diftong aw dan ay dalam bahasa baku sejajar dengan /o/ dan /e/

Kedah kambin, kucin kambing, kucing Konsonan nasal

Kelantan ssano, jjale ke sana, berjalan Pemanjangan konsonan Kelantan saloh, tane salah, tanam Penyengauan

Terengganu paka, bala, jalong pakai, balai, jalan Pengguguran vokal /i/ dan buny i nasal

Terengganu paka, gula,pisa Pakai, gulai, pisau Diftong /ay/ sejajar dengan vokal /a/

Ng Sembilan bubo, jalo bubur, jala Pengguguran konsonan /r/ Ng Sembilan nogori, ilang negeri, hilang Penggunaan vokal /o/

Bersama rakan anda bincangkan contoh lain dialek bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia?

Beri contoh lain dialek bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia? Selain di sekitar Selat Melaka di manakah bahasa Melayu berkembang?

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu

________________________________________________________________________________ _____

29

RINGKASAN

1. Filum ialah kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun k e atas. Rumpun

pula bermaksud kumpulan bahasa yang mempunyai lama-waktu antara 2500-5000 tahun. Manakala keluarga pula bermaksud kelompok bahasa yang kurang dari 2500 tahun. 2. Semua rumpun bahasa mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kala ngan

keluarga bahasa ini berdasarkan sistem bunyi,pembentukan kata, perbendaharaan ka ta dan

pembentukan ayat.

3. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai Malayu-Po linesia. Istilah ini

telah dicipta oleh Wiihelm Von Humboldt

4. Bahasa Nusantara tergolong dalam rumpun Austronesia Barat yang biasanya juga disebut sebagai

Hesperanesia

5. Bahasa Nusantara boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti, kelompok Sumatera-

Jawa termasuk Kalimantan dan Madura, kelompok Filipina, kelompok Nusa Tenggara d an Maluku,

kelompok tanah besar Asia Tenggara dan kelompok Sulawesi

6. Bahasa Melayu yang menyebar dan berkembang di Malaysia membentuk beberapa dia lek seperti

dialek Perak, dialek Sabah, dialek Sarawak, dialek Kelantan dan sebagainya yang kebetulan

ditandai dengan sempadan geografi. KATA KUNCI 1. filum 2. dialek 3. Austrik 4. Polinesia 5. Austroasia 6. Mikronesia 7. rumpun bahasa 8. keluarga bahasa 9. kepulauan Melayu 10. Melanesia 11. Nusantara PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan faktor yang membantu penyebaran bahasa Melayu.

2. Bincangkan faktor-faktor yang memungkinkan bahasa Melayu mudah diterima oleh masyarakat

Nusantara.

3. Mengapakan bahasa Nusantara dikatakan mempunyai keluarga bahasa yang paling b esar

30 RUJUKAN

Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. KL:DBP Bab 2: Susur galur bahasa Melayu

Alexander Adelaar and Nikolaus P. Himmelmann (2005). The Austronesian Languages of Asia

and Madagascar. London: New York.

Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa melayu. Pulau Pinang : Penerbi t USM.

Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). KL:DBP.

Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. KL:DBP Bab 1:Asal-usul bahasa Melayu.

Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. KL:DBP Dewan Ba hasa dan

Perkembangan bahasa Melayu kuno

________________________________________________________________________________ ____

31 UNIT 3

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat;

1. Mengetahui asal usul bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno.

2. Memahami peranan Sriwijaya dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu 3. Mengetahui peranan Majapahit dalam perkembangan bahasa Melayu

4. Menjelaskan bukti pengunaan bahasa Melayu kuno 5. Mengetahui ciri-ciri bahasa Melayu kuno

PENGENALAN

nit ini akan memerihalkan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang melalui bebera pa tahap dan

setiap tahap mempunyai sifat tersendiri. Dalam unit ini kita akan mengikuti seja rah perkembangan

bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. Kita juga akan meneliti peranan yang dimainkan

oleh kerajaan Sriwijaya dan Majapahit dalam perkembangan bahasa Melayu kuno. Buk ti-bukti penggunaan

bahasa Melayu kuno yang terdapat pada batu bersurat turut dibincangkan. TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Sebelum bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa moden bahasa Melayu telah melalu i pelbagai tahap

perkembangannya. Untuk memudahkan perbincangan, sejarah perkembangan bahasa Mela yu

dibahagikan kepada lima tahap perkembangan, iaitu U

Tahap bahasa Melayu kuno Tahap bahasa Melayu purba Tahap bahasa Melayu klasik

Tahap bahasa Melayu abad ke-19 dan abad ke-20 Tahap bahasa Melayu moden

32

TAHAP BAHASA MELAYU PURBA

ejarah perkembangan bahasa Melayu purba sukar untuk dijejaki. Kamus Dewan mendef inisikan

purba sebagai zaman dahulu. Menurut Harry Judge (1991), bahasa Melayu purba iala h bahasa yang

wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu. Namun terdapa t pengkaji yang

mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Cam pa, Vietnam (Amat

Jauhari Moain, 1998:93).

Sejarah perkembangan bahasa Melayu purba sukar untuk dijejaki. Kamus Dewan mende finisikan

purba sebagai zaman dahulu. Menurut Harry Judge (1991), bahasa Melayu purba iala h bahasa yang wujud

pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu. Namun terdapat peng kaji yang mengatakan

bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam

Dalam dokumen Bml 3012 - Sejarah Bahasa Melayu (Halaman 52-200)

Dokumen terkait