1.0
1.0 PENGENALANPENGENALAN
Alam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi Alam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi tumpuan orang Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan, tumpuan orang Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan, bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap penting.
penting.
Sebilangan masyarakat kita tahu bahawa pengkaji Barat mempelajari dan mengkaji Sebilangan masyarakat kita tahu bahawa pengkaji Barat mempelajari dan mengkaji bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi tujuan bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi tujuan utama mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka bagi setiap aspek utama mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka bagi setiap aspek masyarakat Melayu. Penguasaan tersebut banyak membawa keuntungan kepada mereka masyarakat Melayu. Penguasaan tersebut banyak membawa keuntungan kepada mereka termasuklah menguasai pentadbiran tanah Melayu. Kedatangan mereka ini walaupun termasuklah menguasai pentadbiran tanah Melayu. Kedatangan mereka ini walaupun tidak diundang tetapi banyak memberi nilai yang positif dalam bahasa Mela
tidak diundang tetapi banyak memberi nilai yang positif dalam bahasa Mela yu.yu.
2
2.0.0 BBATASAN KAJIANATASAN KAJIAN
T
Terdapat ramai tokoh-tokoh dari Barat yang telah menjalankan penyelidikan tentangerdapat ramai tokoh-tokoh dari Barat yang telah menjalankan penyelidikan tentang bahasa dan bangsa Melayu. Namun dalam tugasan ini hanya merangkumi kajian yang bahasa dan bangsa Melayu. Namun dalam tugasan ini hanya merangkumi kajian yang telah dibuat oleh enam orang tokoh iaitu William Marsden yang telah menulis A telah dibuat oleh enam orang tokoh iaitu William Marsden yang telah menulis A Grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M, R.J Wilkinson, R.O Winstedt, Grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M, R.J Wilkinson, R.O Winstedt,
▸ Baca selengkapnya: tulisan arab melayu tas
(2)T
Thomas Bowrey, W. E. Maxwell dan Hugh Clifford.homas Bowrey, W. E. Maxwell dan Hugh Clifford. TTokoh-tokoh ini telah menjadiokoh-tokoh ini telah menjadi penyumb
penyumbang yang besar ang yang besar dalam bidang pengkajian bahasa Melayu.dalam bidang pengkajian bahasa Melayu.
3
3.0.0 LATAR LATAR BBELAKANG PENGKAJIELAKANG PENGKAJI 3
3.1.1 R R ..J WILKINSONJ WILKINSON
R.J Wilkinson tiba di
R.J Wilkinson tiba di TTanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawaianah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi setiausaha
setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic SocietyStrait Branch of the Royal Asiatic Society. Pada masa itu politik wakil-wakil. Pada masa itu politik wakil-wakil Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para µRaja¶ tempatan dan Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para µRaja¶ tempatan dan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan
terkejut akan tahap
terkejut akan tahap pengepengetahuannya.tahuannya.
Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa Melayunya.
Melayunya.TTidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yangidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson). kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan bukunya
menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan selanjutnya yang dipegang oleh beliau adalah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun 1922.
Dr. C. Hooykaas dalam bukunya µPerintis Sastera¶ mengatakan bahawa Pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt ( Malay Literature Series 12), mengandungi sejumlah lebih kurang 1,500 rangkap pantun, lebih 10% daripadanya adalah seloka. Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud dalam pantun tersebut.
3.0 R .O WINSTEDT
Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.
Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama.Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada a khir tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.
Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt
akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat,
1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.
Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai H onorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.
3.3 THOMAS BOWREY
Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu dan buku tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips, Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan Kepulauan-kepulauan di Asia Tenggara, beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya diterbitkan oleh µThe Sam London¶ pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan
Melayu dan walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Melayu dihasilkan.
3.4 WILLIAM EDWARD MAXWELL
William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran µSir¶ sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur
dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.
3.5 HUGH CLIFFORD
Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford telah mengembara keTanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika berumur 17 tahun. Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat Melayu, beliau mula faham dan fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa M elayu.
Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London. Beliau telah memasuki tentera setelah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain. Tugas yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Residen Perak Sir Hugh Low. Walau bagaimanapun , setelah lancar bahasa Melayu, Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Apabila British mencampuri urusan di Pahang, Clifford dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak sultan mewujudkan sistem residen di Pahang.
Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.
4.0 SUMBANGAN DALAM BAHASA MELAYU 4.1 William Marsden
Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak perkara yang dibincangkan oleh Marsden dalam pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal
yang penting ialah:
(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek Melayulah yang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.
(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula sehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan pengucapan setempat.
(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjung dan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja.
(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesan kerajaan ini di sana.
(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin bermaksud orang Melayu. Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau
daripada lembu.
(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau pokok jawi-jawi) tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu.
Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.
(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasa Melayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulit kekuning- kuningan dan berambut panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.
(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memiliki abjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.
(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan di Indo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaan kata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang
pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripada yang
sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.
(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi penutur Eropah yang sudah mahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian
tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu bukan seperti yang mereka katakan tida k tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.
Dalam pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsa dan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan pemerintah yang menjajah daripada kebenaran data dan fakta.
Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut di antara lain ialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi, Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis.
Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, å dan mencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s, u, ].
Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti Nama Diri, Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalam kata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggal atau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan
secara khusus, iaitu menggunakan bilangan dan bila perlu dengan penjodoh bilangannya sekali.
Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke rumah, dari rumah, di r umah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lain-lain. Dengan demikian, sesuatu Nama akan mudah diketahui sama ada Nama pada Objek atau Nama pada Kata Sendi.
Beliau tidak setuju Kata Bilangan dimasukkan ke dalam golongan Adjektif kerana Kata Bilangan memiliki ciri yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar digunakan Kata Bilangan Kardinal, Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama ada tunggal atau jamak, kerana dalam bahasa Melayu Nama tunggal dan jamak tidak dicirikan oleh perubahan bentuk. Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a seperti mana bagi kelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi darimanangkau. Begitu juga perubahan tersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata akanangkau. Untuk mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikau sehingga lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dan kembali mengambil perkataan engkau atau disingkatkan menjadi kau.
Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan sebelumnya bunyi h seperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya vokal a seperti mana bagi kelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat penambahan d sehingga menjadi diya. Dengan demikian, ada selang bunyi di antara
perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke mana diya. Perkataan diya kini dieja menjadi dia.
Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata kapala niya atau rambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga kelompok kata di atas menjadi kepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan berasal daripada perkataan dia kerana dia berasal daripada iya dan inya juga berasal daripada
iya.
Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar. Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini:
(a) Awalan men- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d. (b) Awalan meng- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g. (c) Awalan mem- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p. (d) Awalan me- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l. (e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan. Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong. Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu. Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu. Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata.
Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan ber-, bel-, dan be-. Menurut beliau lagi Awalan be- lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan ber-untuk bertulis dan bel- jarang berlaku, kecuali pada perkataan belajar.
Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala yang terbahagi tiga, iaitu
(a) Kala Kini Contoh: lagi, sambil, serta, seraya. (b) Kala Lepas Contoh: telah, sudah. (c) Kala Akan Datang Contoh: mahu, hendak, akan.
Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan Imbuhan Pasif, seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan imbuhan Latin -tus, seperti ama-tus, doc-tus, loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia diimbuhkan dengan Kata Terbitan yang mendapat Awalan per- seperti persayang menjadi tepersayang.
Imbuhan yang lain ialah: pen-, peng-, pem-, pe-, per-, pel-, di-, ke-, se-, kan-, -i, -an, -lah, -kah, -tah, -nya, -ku/ku-, -mu, -kau/kau-, -nya, -pun, -nda . Di dalam buku ini terlihat bahawa Marsden mengutamakan perbincangan tentang binaan perkataan dan hanya sedikit sahaja binaan ayat.
Marsden berpendapat bahawa binaan ayat dalam bahasa Melayu sederhana atau mudah kerana peraturannya sedikit dan setiap golongan perkataan mempunyai tugasnya masing-masing. Semasa pembinaan ayat tidak berlaku perubahan perkataan (pada Kata Perbuatan), tidak ada perubahan perlambangan (huruf) untuk jantina mahupun bilangan. Beliau memberi kesimpulan bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin.
Marsden juga menyedari bahawa ada perbezaan di antara bahasa lisan dengan bahasa bertulis. Banyak perkataan yang tidak disebut (digugurkan) pada bahasa lisan tetapi
maknanya tidak berubah. Katanya hal ini sangat ketara apabila orang Melayu menjawab soalan yang biasanya dijawab s eringkas mungkin.
Ciri yang umum dalam Ayat Penyata bahasa Melayu menurut Marsden ialah Nama merupakan Subjek kepada Perbuatan yang kedudukannya di hadapan. Perbuatan biasanya diikuti oleh Nama (Objek) atau perkataan lain yang menerangkan Perbuatan atau Nama. Bagi Ayat Perintah pula Perbuatan mendahului Nama atau Ganti Nama. Dalam membina ayat, pengguguran perkataan tertentu boleh berlaku tanpa menjejaskan makna ayat
tersebut.Walaupun Marsden mengakui bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin, namun beliau tidak dapat melepaskan nahu bahasa Inggeris dalam mengkaji bahasa Melayu.
4.2 R .J Wilkinson
Seterusnya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson yang telah menyusun kamus dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary pada tahun 1901. Merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek:176).Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan iaitu:
a) Edisi A Malay-English Dictionary I-II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932.
b) Edisi A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan Jawi pada tahun 1959.
c) Pengemaskinian A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada tahun 1959.
Kamus setebal 1300 halaman merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959. Wilkinson telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau juga
telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestamam. Tiha cerita rakyat yang digunakan untuk menambahkan kosa kata ialah seperti Sang Samba, Parang Putting dan Putra Jaya Pati serta satu roman panji.
Kamus ini sehingga sekarang merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan ahli leksikografi Belanda seperti Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin Haji Ghani, yang banyak memberi idea dan input untuk menyusun kamus ini. Kekayaan maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Kandungannya mengandungi istilah berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran, kraftangan), budaya, zoologi dan botani.
Kamus Wilkinson ini bermutu kerana beliau telah benar-benar mengkaji kesusasteraan Melayu Klasik abad ke-17. Kamus ini disertakan dengan lampiran, bukti-bukti dan banyak contoh berserta rujukan yang terperinci. Wilkinson tidak hanya menggunakan sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga merujuk buku-buku tentang batu permata, kraftangan kayu, teka-teki dan ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai terperinci yang terdapat pada akhir jilid kedua ka musnya.
Jumlah kata masukan kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000 perkataan termasuk 17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali ganda jumlah yang a da pada kamus lain. Berikut adalah perbandingan kadar asal perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan kamus-kamus yang wujud sekarang.
Bahasa Sanskrit 2.5% Bahasa Jawa/Batavia 8.5%
Bahasa Arab/Parsi 1.5% Bahasa Semenanjung T. Melayu 6%
Bahasa Cina 1% Bahasa Eropah 3.5%
Lain-lain 2%
Terdapat 53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang boleh dianggap sebagai perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan botani merupakan 18% daripada 53% kata masukan tersebut.
Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang, kadar perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan kadar perkataan yang berasal dari bahasa Eropah adalah agak rendah. Di kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa
Minangkabau yang mendapat tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturut-turut oleh kamus-kamus yang lain. Para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa Melayu dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik (Abdul Rashid Daeng Melebek:178).
Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga yang dicetak pada tahun 1952. Cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh di Singapura. Menurut pengakuan penyusunnya dalam pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913, kamus ini disusun berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson dala m Kamus Malay-English , dengan persetujuan penyusunnya sendiri. Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan
makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.
Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang terdapat dalam Kamus Kechil Tuan Wilkinson kecuali ejaan beberapa perkataan kesusasteraan Arab yang didasarkan kepada pengejaan yang lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar Tuan Wilkinson. Perkataan dialek ditandakan dengan tahi bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang sudah diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan, misalnya K bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+).
Dalam keluaran edisi yang kedua, penyusun kamus telah memperbaiki kesalahan ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi pertama. Banyak penambahan perkataan dan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss dan H.C Robinson.
Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris ketika beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini. Dengan itu, huruf Jawi Melayu digunakan sepenuhnya selain huruf-huruf dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang, kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen Tulisan jawi di Terengganu. Oleh yang demikian, di bawah kata masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( £ ) mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh B ( [ ), T( \ ), TH ( ] ), J ( Ð ), C ( c ), H ( a ), KH ( b ), D ( d ), DZ ( e ), R ( f ), S ( i ), SH ( j ), S ( k ), DL ( l ), T( m ), TL ( n ), 'A ( o ), GH ( p
å ), NY ( ] ).Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dala m bahasa Latin.
4.3 SUMBANGAN R .O WINSTEDT
Sewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang
dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and H istory, ³Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah
Melayu´.
Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960.
Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British E m pire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.
Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul ³The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance´. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A H istory of Classical Malay Literature diikuti dengan ³ Father Civet ´ pada tahun 1908 dan diikuti dengan ³Musang Berjanggut´ setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh- puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan
zaman itu.
Merah Muda´, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul ³Hikayat Anggun CHe Tunggal´ yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul ³Misa Melayu´ pada tahun 1919 dan diikuti dengan ³ Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic´ pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul ³ A Malay H istory of Riau and Johore´,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sa ma juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul ³ A H istory of Johore ´, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul ³ A H istory of Perak ´ dan diikuti dengan ³ A H istory of Malaya´. Pada tahun 1938, beliau telah
menghasilkan karya yang berjudul ³The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great ´ diikuti dengan ³The Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau
menghasilkan karya yang berjudul ³ Valentjin copy of The Sejarah Melayu´.
Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul ³ The Panji Tales´ dan ³ A Literary Device Common to homer and the East ´. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul ³ Nature in Malay Literature and Folk Verse´. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan ³ An Undersribed Malay Version of the Ramayana´. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan ³The Malays:A Cultural H istory´ pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah
menghasilkan karyanya yang berjudul ³ Notes On Malay subjects´.
Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan ³ A Panji Tale FromKelantan´ dan ³ Malay Annals Again, Goa and
the King Of Singapore´. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul ³ Modern Malay Poetry´.
4.4 SUMBANGAN THOMAS BOWREY
SumbanganThomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701).
Pada bahagian pendahuluan kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa,´..di mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,´ dan beliau juga menulis bahawa ³... hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di mana bahasa Melayu digunakan.´ Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada
memasukkan seperti berikut:
a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek b) Beberapa perkara
c) Dialog-dialog
d) Syrat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu
a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku Tatabahasa Dewan (1994).
b) Penerapan semulajadi ke atas bentuk asas sintetik bahasa Melayu dan perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.
Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan dengan
tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis ( syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat-ayat komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori µX¶ daripada ³ Principle and Parameters of Culicover ´ (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.
Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey. Sistem ini menjadi begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia da n pemerintah Indonesia.
4.5 SUMBANGAN WILLIAM EDWARD MAXWELL
Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa
Bahasa Melayu iaitu µ A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay¶ . Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.
Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan µsaya¶ dan µawak¶ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke
dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.
Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu bahasa dala m, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu µKisah 1001 Malam¶. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.
Buku Tatabahasa µ A Manual of Malay Languages¶, hasil karangan Maxwell mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa tersebut.
4.6 SUMBANGAN HUGH CLIFFORD
Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu.
Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan- perkataan yang t erdapat dalam bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang
dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh
ditukarganti penggunaannya.
Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of
the Malay Languages. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. Selain itu, Hugh Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas sebagai Residen British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri dalam bidang masyarakat melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas diTanah Melayu.
5.0 KELEMAHAN PARA PENGKAJI BARAT
Walaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun mereka juga tidak lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian mereka. Contohnya R.J Wilkinson ya ng berpegang teguh kepada ejaan pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap pertama yang diberi istilah oleh Za¶ba sebagai µejaan tua¶. Timbul kekeliruan dalam kamus
ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar membezakan kata-kata yang diejanya. Terdapat perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya. Terdapat perkataan dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan ejaan pengaruh Arabnya.
Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi yang asli mempunyai motif yang tertentu. Beliau sengaja mengekalkan ejaan pengaruh Arab kedua dan pengaruh Melayu tahap pertama, untuk menggambarkan kepada para pengguna kamus bahawa tulisan Jawi yang digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu, supaya mudah orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang beliau sedang susun pada masa itu dan diterbitkan setahun selepas terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904.
Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisan-tulisannya. Beliau tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini dipertahankan terus oleh keraninya seorang Melayu yang bernama Daeng Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh mengelirukan para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan tua. Terdapat beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata yang berlainan sebutan dan makna (homograf). Boleh dikatakan setiap halaman bukunya yang tebal itu mengandungi kata-kata yang berbentuk homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata yang berbeza sebutan dan makna seperti:
i) Untuk asta dan asut ii) Untuk asah dan asuh
Terdapat juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang berbeza sebutan dan makna. Contoh homograf yang lain:
iii) Untuk asak, asik, asok
iv) Untuk angat, angit, engut, angut
v) Untuk alang, aling, along, elang, along
vi) Untuk ambik, embak, embik, embok, embek, ombak
vii) Untuk antang, anting, entang, enteng, ontang, unting, untong.
Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan ejaan pengaruh Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan alasan untuk memelihara ³keaslian dan kemurnian´ ejaan Jawi Melayu. Di sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan sentiasa terkeliru dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan penggunaannya oleh penjajah pada masa itu. Pada masa yang sama Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun
Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang Inggeris yang lain termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka. Apabila sistem ejaan Rumi Melayu telah mula mantap, buku kamus Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya, melainkan hanya versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak selepas tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada pada buku yang telah lama. Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang Barat untuk memisahkan orang Melayu daripada tulisan kesayangannya, iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila anak-anak Melayu sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak tahu membaca Jawi.
Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial kerana beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut µimperialistik¶ yang diterapkan dalam berbagai-bagai buku karyanya tentang bahasa Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu kenyataan yang cukup jelas menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi pendidikan kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Azma h Abdul Manaf:279).
Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk
membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta
menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup sekelilingnya.
Begitu juga denganThomas Bowerey yang menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya
(daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).
6.0KESIMPULAN
Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaima napun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana
rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku
nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris.
Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori-teori tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar di kalangan tokoh-tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.