• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BANK SOALAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAB 1

SOALAN OBJEKTIF

Soalan 1 berdasarkan rangsangan di bawah ini.

I Maleu-kolon II K’un-lun III Malayapura IV Pamalayu

1 Antara perkataan di atas, yang manakah dikaitkan dengan definisi dari segi etimologi bagi konsep Melayu?

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

2 Sejak zaman kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu. Hal ini bermakna bahasa Melayu berperanan sebagai

A bahasa yang menunjukkan jati diri bangsa B bahasa pentadbiran atau bahasa rasmi kerajaan C alat perhubungan antara pelbagai bangsa penutur D media penyebaran pelbagai bidang ilmu

3 Bahasa Melayu dapat bertahan lama sehingga sekarang disebabkan sifatnya yang I dinamik dan terbuka

II mudah dipelajari III longgar dari segi sistem IV normatif dan preskriptif A I dan II

B I dan III C II dan IV D III dan IV

4 Pada perkataan manakah, terdapat imbuhan kata kerja aktif tak transitif yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno?

A Marwuat C Marlapas

B Mamawa D Mananam

(2)

5 Batu bersurat yang manakah yang bertarikh dalam lingkungan kurun ke-14?

I Batu Bersurat di Pagar Ruyung III Batu Bersurat di Kedukan Bukit II Batu Bersurat di Minye Tujuh IV Batu Bersurat di Gandasuli

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV 6 Yang manakah ciri bahasa Melayu kuno?

I Terdapat beberapa konsonan rangkap

II Jumlah vokalnya sama seperti jumlah vokal bahasa Melayu moden III Sesetengah konsonannya diaspirasikan

IV Menggunakan awalan mar- untuk maksud per- dalam bahasa Melayu moden

A I dan III C II dan III

B I dan IV D II dan IV

7 Bukti pertama penggunaan tulisan Jawi terdapat pada batu bersurat A di Minye Tujuh C di Sungai Teresat Terengganu B di Karang Brahi D di Pagar Ruyung

8 Bukti bertulis tentang penggunaan bahasa Melayu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ialah

I daftar kata III karya sastera

II batu nisan IV surat-surat rasmi kerajaan

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

9 Karya Raja Ali Haji yang berkaitan dengan ilmu bahasa Melayu ialah I Bustanul-Katibin. III Kitab Pengetahuan Bahasa.

II Tuhfat al-Nafis IV Bustan al-Salatin.

A I dan III C II dan III

B I dan IV D II dan IV

10 Keterangan yang benar tentang kumpulan penutur asal bahasa Austronesia ialah I berasal dari daerah-daerah setempat

II penuturnya datang ke wilayah Asia Tenggara sebelum Masihi lagi III menuturkan bahasa yang tergolong dalam rumpun Tibet-Cina IV dikenali dengan nama Melayu Proto dan Melayu Deutro

A I dan II C II dan IV

B II dan III D III dan IV

11 Yang manakah bahasa yang tergolong dalam kumpulan bahasa Sumatera dalam keluarga Nusantara?

I Bisaya III Nias

II Lampung IV Madura

A I dan II C II dan III

B I dan I D III dan IV

(3)

12 Bahasa Bugis tergolong dalam golongan bahasa A Sulawesi Selatan

B Sumatera C Kalimantan D Bali-Sasak

13 Pengaruh bahasa Sanskrit yang paling ketara dalam bahasa Melayu adalah dalam aspek A imbuhan

B fonem C kosa kata D struktur frasa

14 Perkataan “Melayu” buat pertama kali dijumpai tertulis pada sebuah patung yang ditemukan di

A Gandasuli, Jawa Tengah B Padang Roco, Batanghari C Bengkulu, Palembang D Padang Lawas, Tapanuli

15 Raja Ali Haji telah menghasilkan karya yang berkaitan dengan ilmu bahasa Melayu.

Karya tersebut ialah I Bustanul-Katibin II Tuhfat al-Nafis

III Kitab Pengetahuan Bahasa IV Bustan al-Salatin

A I dan III C II dan III

B I dan IV D II dan IV

I Terdapat banyak unsur bahasa Sanskrit II Struktur ayat tidak begitu jelas

III Diiktiraf sebagai bahasa rasmi

IV Kedapatan juga pengaruh bahasa Arab

16 Daripada senarai di atas, yang manakah benar tentang bahasa Melayu kuno?

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

17 Pilih keterangan yang benar tentang bahasa Melayu klasik.

I Berkembang pesat semasa kerajaan Johor-Riau II Telah menerima pelbagai pengaruh bahasa asing

III Mengalami perancangan dan pembinaan yang sistematik

IV Masih dapat dibuktikan penggunaannya pada batu bersurat dan daun lontar A I dan II

B I dan IV C II dan III

(4)

18 Yang manakah padanan yang betul bagi ejaan perkataan, seperti jadual yang berikut?

Ejaan Lama Ejaan Baharu I darurat darurat

II khairat khairat III sa ekor seekor IV sharikat syarikat

A I dan II C II dan III

B I dan IV D II dan IV

Soalan 19 berdasarkan carta yang berikut:

Nusantara Mikronesia P

M Polinesia

19 Berdasarkan carta di atas, yang manakah padanan yang betul bagi P dan M?

P M

A Tibet-Cina Melanesia B Austroasia Nusantara C Austroasia Melanesia D Austroasia Austroasia

Soalan 20 berdasarkan carta yang berikut:

20 Berdasarkan carta di atas, P dan R ialah A Austronesia-Jawa

B Austris-Bikol C Melanesia-Madura D Austronesia-Melayu

P

R

Austroasia Tibet-Cina

Ambon Q

(5)

21 Pernyataan yang manakah benar tentang filum dalam kajian asal usul bahasa?

I Menjadi induk bagi beberapa rumpun bahasa II Satu daripada contohnya ialah bahasa Austroasia III Berusia antara 2500 hingga 5000 tahun

IV Menduduki hierarki tertinggi dalam susur galur bahasa A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

Soalan 22 berdasarkan rajah yang berikut:

22 Berdasarkan rajah di atas, X dan istilah bagi Y ialah A Austris, Keluarga

B Polinesia, Subkeluarga C Mikronesia, Keluarga D Austroasia, Keluarga

23 Yang manakah aspek peminjaman terpenting yang dapat memperkasakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa ilmu semasa kerajaan Sriwijaya?

A Peminjaman sistem tulisan

B Peminjaman kosa kata bahasa Sanskrit C Peminjaman kosa kata bahasa serumpun D Peminjaman unsur tatabahasa bahasa Sanskrit

24 Yang manakah pernyataan yang bukan ciri bahasa Melayu kuno?

A Kata kerja pasifnya ditandai oleh awalan ‘ni’

B Konsonan /d/ diaspirasikan dengan konsonan /h/

C Kata kerja aktif ditandai oleh awalan ‘ma’, ‘mar’ atau ‘mang’

D Konsonan /v/ berubah menjadi /b/ dalam bahasa Melayu moden

25 Yang manakah padanan yang betul antara batu bersurat dengan jenis tulisannya?

I Kuala Berang – Tulisan Jawi II Minye Tujuh – Tulisan Palava III Gandasuli – Tulisan Palava IV Kedukan Bukit – Tulisan Nagiri A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

Filum X

Tibet-Cina Z

Y Austronesia

Melanesia

(6)

26 Bahasa Melayu kuno dikatakan hanya mempunyai tiga vokal. Vokal itu ialah A [a], [e], [u] C [a], [i], [u]

B [e], [a], [o] D [a], [e], [i]

27 Yang manakah keterangan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?

I Berkembang pesat semasa kerajaan Johor-Riau II Telah menerima pelbagai pengaruh bahasa asing

III Mengalami perancangan dan pembinaan yang sistematik

IV Masih banyak penggunaannya pada batu bersurat dan daun lontar A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV 28

Pada rajah di atas, X dirujuk sebagai

A Austroasia C Austronesia

B Austris D Melayu Proto

29 Yang manakah bukan keterangan tentang bahasa Austronesia?

A Menurunkan empat keluarga bahasa sebagai keluarganya B Terkategori sebagai “filum”

C Menjadi induk kepada bahasa-bahasa Nusantara D Dipercayai berusia lebih daripada 5000 tahun 30

Golongan Contoh bahasanya I Toraja P Nufar dan Windesi II Filipina Q Ibanag dan Igorot III Halmahera R Kaidipan dan Buol IV Gorontalo S Napu dan Kaili

Padanan yang manakah betul bagi golongan bahasa dan contoh bahasanya?

I II III IV

A Q P R S

B S Q P R

C P R S Q

D R P Q S

X

Nusantara Mikronesia Melanesia Polinesia

(7)

31 Yang manakah bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu?

I Cam II Ibanag III Bisaya IV Khmer A I dan II B I dan I C II dan III D III dan IV

32 Antara beberapa bahasa yang ada di Tanah Melayu, bahasa Melayu telah dipilih untuk dibakukan bagi memenuhi beberapa keperluan. Dalam proses perancangan bahasa, langkah tersebut sebenarnya berlaku pada peringkat

A pembinaan B pengekodan C penyeragaman D penentuan

33 Matlamat utama pembinaan dan perancangan bahasa Melayu adalah untuk A mengatur kemasukan pengaruh bahasa asing ke dalam bahasa Melayu B menentukan bahasa Melayu dapat tumbuh dan berkembang secara sistematik C menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan penduduk D memastikan masyarakat penutur bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu

dengan betul

34 Senja kala

Dinihari Mustika Cakerawala Perkataan di atas dipinjam daripada bahasa A Arab

B Sanskrit C Parsi D Portugis

35 Padanan yang manakah betul bagi bahasa sumber dengan unsur pinjaman daripadanya?

Bahasa sumber Unsur yang dipinjam A Sanskrit -in, tri-, syurga

B Jawa tulen, jagoh, pamer

C Arab Khamis, -tis, ilmu

D Inggeris -iviti, swa-, pra-

(8)

36 Institusi manakah yang lantang menuntut dan memperjuangkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menetapkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan?

I PBMUM II BBBK III PENA

IV GPMS (Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung)

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

37 Yang manakah yang merupakan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?

I Menerbitkan buku dan risalah dalam bahasa kebangsaan

II Memastikan bahasa Melayu dapat berperanan sebagai bahasa pengantar III Menjadi urus setia dalam mengadakan aktiviti-aktiviti kebahasaan

IV Melaksanakan usaha memodenkan bahasa Melayu dengan menyusun kamus dan menggubal istilah

A I dan III C II dan III

B I dan IV D III dan IV

38 • Mengemaskinikan tatabahasa

• Membentuk istilah khusus

• Memantapkan sistem ejaan

• Menyelaraskan sebutan

Dalam perancangan bahasa, langkah di atas termasuk dalam proses A pemupukan.

B pemodenan.

C pengekodan.

D perancangan strategi.

39 Yang manakah perkataan yang struktur suku katanya ialah struktur pinjaman?

I Nyonya III Bank

II Kelas IV Praktikal

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

40 • Jendela

• Sepatu

• Bola

• Beranda

Perkataan di atas dipinjam daripada bahasa A Portugis

B Sanskrit C Belanda D Cina

(9)

1 D 2 C 3 A 4 C 5 A

6 C 7 C 8 D 9 A 10 C

11 C 12 A 13 C 14 B 15 A

16 A 17 A 18 D 19 C 20 B

21 B 22 A 23 B 24 D 25 A

26 C 27 A 28 C 29 B 30 B

31 C 32 D 33 B 34 B 35 B

36 B 37 B 38 C 39 D 40 A

JAWAPAN CADANGAN

Referensi

Dokumen terkait

• Suku Jawa, Sunda, dan suku-suku yang lain dengan suka rela menerima bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional.. • Bahasa Melayu sudah diajarkan

Guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah, untuk mencapai matlamat ini, guru Bahasa

Bahasa Asing lain yang mempengaruhi perkembangan bahasa Indonesia adalah bahasa Portugis, bahasa Spanyol, bahasa Tamil, bahasa Perancis, bahasa Parsi, bahasa China..

Rasional kepada pernyataan ini dalam pelembagaan ialah bersesuaian dengan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan falsafah Dasar Bahasa Kebangsaan adalah wajar bagi

Aksara pertama dalam bahasa Melayu atau Jawi ditemukan di pesisir tenggara Pulau Sumatera, mengindikasikan bahwa bahasa ini menyebar ke berbagai tempat di Nusantara dari wilayah

Secara historis bahasa Indonesia berakar pada bahasa Melayu Riau sebab bahasa yang dipilih sebagai bahasa nasional itu adalah bahasa Melayu, yang sudah menjadi lingua franca

Hal ini kerana perkataan dalam bahasa Melayu masih ada yang belum mantap dan bersifat klasik, manakala sistem tulisan Jawi yang diperkenalkan oleh bangsa Melayu sendiri

KELUARGA BAGI RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA BARAT DAN AUSTRONESIA TIMUR BIL KELUARGA SUBKELUARGA 1 Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa di Kepulauan Easter, Bahasa di Kepulauan Hawaii