• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MELAYU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BBM3401

Oleh: HAJIMIN HAJI MASLIN N.m: J05475 Bacelor Komunikasi

Universiti Putra Malaysia. 1.0 Pendahuluan:

Kertas kerja ini adalah membentangkan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan konsep penggunaan Bahasa Melayu secara umum pada abad ke-7 masihi tetapi lebih dikhususkan selepas tahun 50'an. Dengan harapan sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat difahami secara ringkas tetapi lengkap dan padat.

1.1 Pengenalan

Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Namun perkembangan Bahasa Melayu dipergiatkan lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman

Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu selepas Pra-Merdeka. Namun untuk tujuan kertas kerja ini, perbincangan hanya difokuskan kepada sejarah perkembangan Melayu selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah ke hari ini kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan tokoh-tokoh bahasa Melayu di Malaysia.

1.2 Matlamat/Objektif:

Dapat mengetahui sejarah perkembangan, peranan dan sumbangan bahasa Melayu ke arah pembentukan bahasa rasmi negara sebagai suatu identiti unggul yang dimiliki oleh masyarakat majmuknya dan negara Malaysia yang berdaulat. 1.3 Kaedah:

Kertas kerja ini disiapkan bersumberkan data dan maklumat sekunder yang asasnya melalui beberapa rujukan dan pembacaan buku umum, buku ilmiah dan juga melalui perbincangan serakan semahasiswa.

1.4 Batasan

(2)

Menurut Profesor Dr Asmah Haji Omar 1985 Perkembangan Bahasa Melayu merupakan pembaharuan yang terjadi pada bahasa itu untuk memenuhi kehendak sesuatu masyarakat tertentu. Perkembangan itu juga seiring dengan perkembangan kebudayaan, pembaharuan-pembaharuan material dan kerohanian yang

mendukung konsep-konsep baru. Konsep-konsep ini mempunyai unsur-unsur yang terdiri daripada bunyi bahasa, susunan bunyi, awalan, akhiran dan sebagainya. 2.0 Tahap- Tahap Perkembangan Bahasa Melayu:

Sebelum mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah Melayu, di Maktab Pergurusan Sultan Idris Tanjung Malim, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan diajar di beberapa buah Sekolah Menengah Kerajaan Inggeris tetapi setelah Malaysia mencapai kemerdekan pada tanggal 31 Ogos 1957 bukan sahaja rakyat Malaysia mengalami perubahan dari segi cara kehidupan dengan sambutan tempikan-tempikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! tetapi juga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan telah dijadikan agenda utama untuk mengisi kemerdekaan seperti yang termaktub dalam perkara 152 (1) pelembagaan Malaysia. Mesej jelasnya adalah seperti berikut:

" Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen."

Rasional kepada pernyataan ini dalam pelembagaan ialah bersesuaian dengan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan falsafah Dasar Bahasa Kebangsaan adalah wajar bagi negara ini bukan sahaja mempunyai satu Bahasa Kebangsaan sebagai alat penghubung dan alat perpaduan tetapi dari sudut politik antarabangsa, negara ini memerlukan identiti sendiri yang dapat dilambangkan oleh bahasa yang dituturkan oleh rakyatnya. Berikut adalah tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

2.1. Tahap Permulaan Proses Pemupukan Bahasa (PPB)

Proses pemupukan bahasa menurut Muhd Amin Arshad (Mei 1999) dalam buku modulnya BBM3402 adalah melalui tiga tahap yang penting iaitu tokoh-tokoh yang berwibawa, kegiatan dan melalui sasaran-sasaran tertentu:

i. Tokoh-tokoh Yang Berwibawa:

Selain Tan Sri Syed Nasir, masih ramai lagi tokoh yang telah menyumbang kepada kebangkitan perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Antara tokoh tersebut ialah Profesor Dato' Dr Asmah Hj Omar, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dato' Dr Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan ramai lagi. Terbukti mereka banyak membuat kajian dan menulis buku mengenai bahasa

Melayu ke arah membantu perkembangan bahasa Melayu itu sendiri.

Contohnya: Dato' Dr Hassan Hj Ahmad yang telah menggubal Sistem Ejaan

(3)

ii. Kegiatan Kempen Bahasa:

Terdapat dua cara kempen bahasa dilaksanakan iaitu melalui kempen slogan dan penamaan. Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Contohnya kempen Minggu Bahasa Melayu yang dilakukan di sekolah-sekolah dengan mewajibkan semua murid bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa Melayu semasa berada di kawasan sekolah. Minggu Bahasa Kebangsaan Sektor Pelancongan dan Perhotelan yang akan diadakan pada 10 Ogos 1999 ini juga merupakan cara kempen bahasa dilaksanakan dan sebagainya.

Melalui cogan kata yang ekonomis tapi padat, informatif dan emotif seperti "Bahasa Jiwa Bangsa", "Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita", "Bersatu Bertambah Mutu, Merdeka, Berjaya" dan sebagainya. Dari segi seni penamaan pula ia meliputi penciptaan nama-nama bangunan-bangunan, institusi-institusi, tempat-tempat, taman-taman, jalanraya dan sebagainya. Seni penamaan yang mempunyai keindahan dan unsur-unsur estetik seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Wisma Putra, Angkasapuri, Stadium Merdeka dan sebagainya.

iii. Sasaran:

Semua golongan rakyat Malaysia adalah menjadi sasaran kepada penggunaan bahasa Melayu. Untuk mencapai hasrat ini, maka melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, semua sekolah termasuk sekoleh jenis kebangsaan yang

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar diganti dengan bahasa Melayu.

Falsafah dibelakang "Laporan Razak dan Rahman Talib terhadap Dasar Sekolah, Maktab dan di Universiti" dimana sekolah-sekolah peringkat rendah, Penyata Razak telah menyatakan satu mesej jelas untuk menyatukan budak-budak daripada pelbagai bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua lapisan bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara utama. Para pelajar yang ingin memohon untuk mengikuti program di peringkat universiti pula adalah diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya lulus atau kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Begitu juga dengan kemasukan ke maktab-maktab perguruan di mana bahasa Malaysia disarankan agar dijadikan mata pelajaran penting dan dijadikan sebagai syarat wajib kemasukan ke mana-mana institusi latihan perguruan di Malaysia. Antara mesej dalam pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 tersebut ialah: "DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk

menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantara utama".

2.2 Tahap Pembinaan Bahasa (TPB)

(4)

Pustaka (DBP). Maktab Perguruan di pertanggungjawab mengajar bahasa Melayu dan DBP diberi tanggungjawab mencipta istilah, menggubal sistem ejaan standard (1972) dan menyusun tatabahasa standard. Namun dalam tahun 70"an fokus utama pembinaan bahasa ialah melibatkan aspek ejaan, tatabahasa (nahu), peristilahan dan perkamusan atau ringkasnya ETIK:

i. Ejaan:

Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta difahami. Terdapat tujuh jenis sistem ejaan yang pernah wujud di Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun

dikeluarkan pada tahun 1937 manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua aspek iaitu aspek sistem ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru. Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu telah dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan standardisasi atau pembakuan bahasa antara Malaysia dan Indonesia. Namun masih terdapat tiada kesepakatan dalam beberapa keadaan tentang ejaan seperti berikut:

Malaysia Indonesia

mahu mau ubat obat

muzium museum kerana karena

Mengadakan standardisasi pula mempunyai dua peringkat iaitu peringkat nasional dan peringkat supranasional. Walaupun standardisasi ejaan sukar dicapai tetapi sistem ejaan peringkat nasional wajar dijayakan agar masalah tidak timbul diperingkat supranasional.

ii. Tatabahasa:

Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula

tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai ucapan juga

mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.

Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi

(5)

memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar".

Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan para mahasiswanya. Buku ini telah membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu. Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenan-kompenan nahu tranformasi. Begitu juga dengan buku tulisan Lim Kiat Boey (1975) bertajuk "An Introduction to Linguistics for the Language Teacher" yang menerangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan tatabahasa tranformasi-generatif.

iii. Istilah

Istilah bermakna kata atau gabungan kata yang menerangkan satu makna, konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu (PUPIBM, 1981: 1) Dalam usaha pembinaan bahasa yang berterusan, DBP diberi peranan sebagai urusetia dan tempat merujuk sementara IPT berperanan menyediakan kepakaran dan mencipta istilah. Strategi-strategi ke arah mencapai matlamat ini, berbagai program, polisi/dasar dan jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk untuk menyelaras peristilahan. Contoh Jawatankuasa Istilah DBP(1957), Pedoman Umum

Pembentukan Istilah (1975), Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di IPT (1975), Jawatankuasa Penyelaras ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Panitia Perkembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia dan Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia (di Malaysia) dan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (di Indonesia). Menurut (Abdullah Hassan 1987) dalam "Isu-isu

Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia", DBP telah mencipta istilah 487249 buah meliputi 36 bidang (1957). Antaranya ialah istilah linguistik (cetakan ke-2, 1975), istilah Seni Muzik (1974), istilah pentadbiran (1962), istilah undang-undang (1970), istilah kesusasteraan (1972), istilah ekonomi (1967), istilah sains am, jabatan pertanian, fizik dan perhutanan (Ainuddin Wahid:1958), contoh: boiler= dandang; chemical bond = ikatan kimia.

Di samping perkembangan peristilahan giat dilaksanakan terdapat juga beberapa masalah seperti kurangnya kepakaran, pertindihan istilah yang dicipta atau satu istilah dikongsi oleh lebih satu bidang dan penerimaan serta mendukung konsep istilah masih terdapat perbelahan antara bijak pandai memilih sendiri istilah yang diperlukannya.

(6)

Kamus merupakan alat penunjang yang amat penting kerana kamuslah terutamanya perbendaharaan kata bahasa diberikan , lengkap dengan maknanya,

penggunaannya serta disertai dengan ejaan. Kamus bukan sahaja sebagai alat rujukan tetapi alat penyelarasan penggunaan bahasa apatah lagi dalam situasi masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, etenik, bahasa dan dialek. Jadi kamuslah sebagai satu alat sebagai penyatuan khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Untuk mencapai objektif kamus itu sendiri, berbagai jenis kamus diterbitkan oleh institusi yang dipertanggungjawab seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh kamus DwiBahasa "Bahasa-Inggeris" oleh Khalid M.Hussain telah menerangkan pelbagai aspek yang boleh membantu masyarakat umum dalam memperkayakan perbendaharaan, konteks pengertian dan penggunaanya. Antara yang telah diungkapkan dalam kamus ini ialah:

a. Kata (entri) pokok disusun menurut senarai kata sebagaimana terdapat dalam kamus bahasa Inggeris yang standard. Contoh-contohnya:

edit = sunting

economy = ekonomi

help = tolong

b. Kata (entri) pokok termasuk homonim yang dijadikan kata senarai didaftarkan menurut abjad. Contoh-contohnya:

aback = ke belakang

abacus = pemidang yang dipasangi bola-bola kecil yang boleh bergerak

pada dawai digunakan sebagai alat untuk mengajar. Seperti Sempoa. abaft = di atau ke arah belakang kapal, dan sebagainya.

c. Kata terbitan (entri bawahan) dimuatkan sebagai kata senarai yang berasingan. Contoh-contohnya:

editor = penyunting

educationist = pakar pendidikan

helpful = suka menolong

d. Kata majmuk. Contoh:

The house costs him RM10,000 ATAU

(7)

e. Penggolongan jenis kata diterjemahkan secara langsung dari penggolongan jenis kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya:

kn (noun) kata nama, ks (adjective) kata sifat, kkt (adverb) kata keterangan, U.K (United Kingdom) United Kingdom, utk (for) untuk dan sebagainya.

f. Lambang fonetik untuk membantu pengguna kamus ini mengucapkan kata-kata dalam bahasa Inggeris serta terjemahan dalam bahasa Malaysia. Contoh-contohnya seperti:

[u] cook [kuk] kn 'jurumasak', [i:] see[si:] kk '(me) lihat', [a:] grass [gra:s]kn 'rumput' dan sebagainya.

g. Contoh-contoh frasa dan ayat bagi menjelaskan lagi maknanya sesudah definisi dan tafsirannya. Contoh-contohnya:

Pusaka (seerti warisan). Ayahnya baru meninggal dunia dengan meninggalkannya pusaka yang agak banyak juga.

Keramat (seerti suci dan berkat). Makam Habib Noh di Singapura diziarahi ramai orang kerana dianggap makam yang keramat.

h. Bahasa kiasan, pepatah dan peribahasa yang ada persamaan dari bahasa Inggeris ke dalam bahas Melayu. Contoh:

Flowers of speech atau membawa maksud Bunga Bahasa.

Satan atau membawa maksud orang yang jahat dan buruk perangainya.

i. Kata (entri) pokok dan kata terbitan (entri bawahan) diberi definisi dan tafsirannya dan disusuli dengan contoh-contoh punya (ada), berpunya (bertuan), mempunyai (memiliki) dan kepunyaan (dimiliki).

i. Sharifah sudah berpunya.

ii. Jalan punya jalan bersualah mereka dengan seorang perempuan.

iii. Duit itu kepunyaan saya bukan kepunyaan tuan.

iv. Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yang dungu tetapi mempunyai daya berfikir.

j. Tanda baca seperti tanda koma (,), tanda titik bertindih(:), tanda garis (-), tanda kurung(...), tanda kurung siku [....], tanda petik tunggal '....', angka 1,2,3 melambang kata kerja, frasa, dan kata majmuk dan angka ke 1, ke 2, ke 3 menjelaskan tingkatan makna. Contoh-contohnya:

(8)

ii. Memuja 1. memuja dewa-dewa dengan membakar dupa.

iii. Bagi saya ungkapan 'tatabahasa yang lengkap' itu adalah ungkapan yang kabur.

iv. Slyness [slaili] kn perihal licik; kelicikan.

v. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula pada abad ke 7 lagi sementara perkembangan Bahasa Inggeris moden bermula di zaman pembangkitan

( Renaissane) kira-kira 500 tahun atau 5 abad yang lalu.

Sebagai rumusan, kamus bukan sahaja menjadi rujukan semata-mata dari segi maknanya tetepi kamus juga dapat membantu meningkatkan lagi perbendaharan kata dan mengetahui maksudnya daripada kalangan penggunaannya.

3.0 Tahap Pemantapan Bahasa (PB)

Mengikut Muhd Amin Arshad (Mei 1999) dalam "modul BBM3401", tahap pemantapan bahasa dapat dicapai melalui kecendekiaan (keintelektualan) dan kesempurnaan bahasa:

3.1 Kecendekiaan atau keintelektualan:

Dirumuskan sebagai bahasa Ilmu yang dapat disesuaikan dengan sistem, ekspresi serta dapat menyampaikan fikiran yang kompleks yang berkait-kaitan antara satu dengan yang lain dan dapat membuat pernyataan yang tepat, padat dan abstrak. Selain itu penggunaan gaya dan laras yang ilmiah seperti ada ciri-ciri ketepatan, kejelasan dan lojik serta boleh dicapai melalui perkembangan kosa kata atau perbendaharaan dan struktur tatabahasa.

i. Pengembangan Kosa Kata Perbendaharaan:

Leksis atau kosa kata Perbendaharan boleh dicapai melalui penerbitan istilah pinjaman dan bukan pinjaman. Istilah-istilah ini juga boleh ditumpukan kepada pelbagai bidang tertentu yang khusus dan juga am. Misalnya istilah-istilah dalam bidang sejarah, perubatan, komunikasi dan pendidikan. Antara contoh-contoh istilah yang dipinjam dari bahasa Inggeris dalam bidang sejarah seperti residen, komunis, politik, empayar, gabenor, monopoli dan revolusi. Istilah-istilah ini hanya dibuat penyesuaian dari segi ejaan dan lafaznya sahaja.

Sementara istilah-istilah bukan pinjaman pula terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu kata umum dan kata terbitan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Antara contoh istilah geografi seperti latitud, hutan paya air tawar, tebus guna, angin pantai, suhu tahunan, iklim, monsun, timur laut, hujan, bintang, sejuk, sungai, hutan sederhana, malar hijau dan sebagainya.

(9)

ii. Struktur Tatabahasa:

Menurut ahli-ahli Prague Linguistic Circle (1929) memberi pengertian

"structuralism" bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. Di Malaysia antara buku-buku tatabahasa bahasa Melayu disusun berdasarkan struktur bermula di tahun 60'an lagi. Contohnya ialah Mari Belajar Bahasa Kita oleh Asraf (1971) yang menekankan teknik soal jawab. "An Introduction to Malay Grammar oleh Asmah Haji Omar dan Rama Subbiah (1968) memperhalkan tentang strukturial sistem yang sesuai dijadikan rujukan oleh para mahasiswa, orang-orang dewasa dan pelajar sekolah-sekolah tinggi. Buku-buku ini sebenarnya banyak memperhalkan tentang linguistik dan tatabahasa struktural yang akhirnya memberi kesedaran dan membiasakan para pelajar tentang pola-pola struktur dengan cara yang berperingkat-peringkat.

3.2 Kesempurnaan bahasa:

Terdapat beberapa ciri-coro bagi kesempurnaan sesuatu bahasa seperti ketekalan, ketertiban, keindahan, keberadaban dan keberkasanan. Akan tetapi antara ciri-ciri yang utama dan sewajarnya ada pada sebuah bahasa ialah:

i. Kecendekiaan:

Dimana bahasa berkebolehan untuk menyampai idea, hujah dan lojik iaitu Bahasa Ilmu dan Bahasa Pembicaraan Tinggi. Contohnya seorang pemidato boleh berhujah, seorang hakim membuat keputusan atau pensyarah dapat menyampai mesej

pengajaran melalui bahasa yang mudah difahami atau dimengertikan. ii. Kepelbagaian:

Bahasa Melayu dapat menyajikan pelbagai fakta atau idea di dalam pelbagai disiplin kehidupan. Maknanya satu istilah dapat memberi lebih satu erti atau makna.

iii. Kelenturan:

Bahasa Melayu boleh disesuaikan dalam pelbagai keadaan atau perubahan tanpa menjejaskan ciri-ciri keaslian maknanya. Misalnya Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh pedagang-pedagang, pengembang-pengembang agama Budda dan Hindu sebelum masihi dan pengembang agama Kristian, Islam dan penulisan kesusasteraan pada zaman keagungan Melaka.

(10)

Rumusan:

Pelbagai tahap, polisi, dasar dan tindakan telah dilakukan untuk membantu

perkembangan Bahasa Melayu (Malaysia) di negara ini, namun apa yang mustahak ialah perkembangan bahasa dan kejayaanya adalah memerlukan latihan dan

penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini kerana tanpa ada pengucap atau penutur bahasa itu akan lambat laun akan hilang. Mengikut

Kamaruddin, Siti dan Aba'ie (1997), 4 strategi perancangan ke arah mencapai matlamat perkembangan Bahasa Melayu, iaitu tahap penentuan dasar, tahap pengkodan, tahap pembinaan dan tahap pengembangan bahasa itu sendiri. BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian Melayu 1: (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Segala puji penulis senantiasa panjatkan atas kehadirat Allah Robbul ‘Izzati yang tiada hentinya mencurahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga dengan segala karunia

Pengaruh faktor citra merek, iklan, promosi penjualan, dan penjualan langsung terhadap keputusan pembelian motor Kawasaki Ninja 150cc di Surabaya. Variabel

Proxy Server adalah sebuah komputer server atau program komputer yang dapat bertindak sebagai komputer lainnya untuk melakukan request terhadap content dari internet atau

Hasil tersebut menjelaskan bahwa proporsi kepemilikan manajerial yang tinggi akan mengakibatkan melemahnya nilai perusahaan dengan berasumsi bahwa pihak manajemen

Namun maksud utama pendidikan akhlak/moral sama, yaitu menanamkan kepercayaan peserta didik terhadap standar moral untuk kemudian mengekspresikannya menjadi sikap dan tindakan

Valbury Asia Securities or their respective employees and agents makes any representation or warranty or accepts any responsibility or liability as to, or in relation to, the

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD

POLITEKNIK NEGERI UJUNG PANDANG. TAHUN