1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik. Bahasa Melayu wujud dari beberapa peringkat dalam menghasilkan tatatingkat yang terakhir iaitu ayat. Bidang sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Bidang sintaksis ini merangkumi frasa, klausa dan ayat. Dalam bidang inilah bagaimana dapat kita belajar bagaimana untuk memulakan ayat dan membina ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul.
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan dalam bukunya Tatabahasa Dewan, sintaksis ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, kita juga dapat faham bahawa bidang sintaksis juga ialah satu bidang yang mengkaji tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Melalui bidang sintaksis inilah kita sebagai penutur bahasa Melayu dapat mengetahui keunikan bahasa Melayu ini dengan lebih mendalam. Maka, kita haruslah bangga dengan bahasa yang kita ada kerana bahasa Melayu ialah bahasa yang paling senang difahami dan mempunyai pelbagai sebab kenapa kita harus kepada kami mengenai sebagai bakal guru bahasa Melayu mengenai pembinaan struktur perkataan daripada unsur-unsur bahasa.
Semasa melakukan tugasan ini, pelbagai kaedah yang digunakan untuk mencari maklumat. Antaranya ialah menggunakan laman sesawang, dan buku. Saya mencari maklumat di blog-blog guru di laman sesawang. Selain itu, saya menggunakan beberapa buku seperti Tatabahasa Dewan, Sintaksis, Bahasa Melayu 1, dan beberapa buah buku lagi. Bahan maklumat mengenai sntaksis sangat banyak dan mudah dicari di laman sesawang dan buku-buku kerana ilmu mengenai sintaksis sudah meluas.
1.3 Batasan Kajian
Kajian ini sememangnya untuk mengkaji mengenai bidang sintaksis tetapi terdapat beberapa perkara yang memerlukan kami untuk mengkaji. Dalam tugasan, kami ditugaskan untuk menghuraikan definisi ayat, klausa, frasa dan perkataan dalam bentuk grafik. Kami diperlukan untuk memuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat dasar berbentuk grafik.
2.1 Definisi Ayat, Klausa, Frasa dan Perkataan
AYA T
KLAUSA
FRASA
Unit pengucapan paling tinggi dalam
terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa
terikat
klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri
manakala klausa terikat ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.
terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa
terikat
klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri
2.2 Perbezaan Ayat Dasar dan Ayat Tunggal
2.3 Ayat Majmuk
Ayat
Dasar
Ayat
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Konstituen dalam ayat ialah klausa yang membezakan antara ayat-ayat yang dicantumkan untuk menjadi ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Tokoh-tokoh bahasa mengklafisikasikan ayat-ayat majmuk mengikut fahaman masing-masing.
Zainal Abidin Bin Ahmad atau Z’aba (2000: 279) tidak menggunakan istilah ayat majmuk dalam mengistilahkan jenis-jenis ayat majmuk tapi mengistilahkan ayat-ayat tersebut sebagai ayat-ayat berlapis, ayat-ayat berkait dan ayat-ayat campuran. Berbeza pula dengan Asmah Haji Omar (1973: 58) yang menggunakan ‘klausa kompleks’ bagi merujuk kepada ayat majmuk. Beliau mengelaskan kepada dua iaitu klausa kompleks setara dan klausa kompleks tak setara. Selain itu, Abdullah Hassan (1993: 201) membahagikan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Arbak Othman (1989: 172) juga membahagikan ayat majmuk kepada dua jenis iaitu ayat berlapis dan ayat berkait.
Ayat majmuk yang pertama ialah ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau cantumkan ayat dengan kata hubung yang sesuai seperti dan, tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk gabungan hanya terdapat klausa bebas iaitgu klausa yang dapat berdiri sendiri walaupun digabungkan tanpa menggunakan kata hubung. Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat tunggal juga boleh terdiri daripada banyak klausa. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada tiga gabungan iaitu gabungan berurutan, gabungan bertentangan dan
Ayat majmuk gabungan berurutan adalah ayat yang disusun secara berurutan satu demi satu. Klausa-klausa digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan, lalu, kemudian, serta, sambil, tambahan pula, malahan dan akhirnya. Dalam ayat majmuk gabungan berurutan, tanda baca koma ( , ) juga boleh digunakan bagi menggantikan kata hubung dalam menghasilkan ayat majmuk gabungan berurutan. Ayat majmuk gabungan yang kedua ialah ayat majmuk gabungan bertentangan. Ayat majmuk gabungan ini mempunyai dua klausa yang bertentangan. Klausa yang bertentangan ini menggunakan kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal
dan sebagainya. Ayat majmuk gabungan yang ketiga ialah ayat majmuk gabungan berpasangan. Ayat majmuk ini terbentuk daripada dua klausa yang menjadi berpasangan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti lebih baik ... daripada, apakah ... ataupun, adakah ... atau, dan sebagainya.
Ayat Majmuk Gabungan Berurutan
Kedua-dua kegiatan berkenaan tidak boleh dianggap pelengkap sebaliknya wajar dianggap sebagai kegiatan asas
Ayat majmuk pancangan ialah di mana satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk untuk menjadi sebahagian ayat induk. Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan yang. Contoh ayat ialah “emak menggosok baju yang ada di dalam bakul. Ayat majmuk pancangan komplemen pula wujudkanya perkataan abahwa yang digunakan untuk menyambungkan klausa bebas dan klausa terikat. Contoh ayat ialah “ penduduk itu menyedari bahawa mereka telah ditipu” ayat komplemen telah dibahagikan kepada empat tiga jenis iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif.
Ayat majmuk pancangan yang ketiga ialah ayat keterangan. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat sembilan jenis ayat keterangan bagi menjadi ayat penerang sebagai klausa kecil bagi mencantumkan dengan klausa induk. Antara sembilan jenis keterangan itu ialah keterangan musabab, keterangan akibat, keterangan syarat, keterangan waktu,
Ayat Relatif
keterangan pertentangan, keterangan harapan, keterangan tujuan, dan keterangan perbandingan.
3.0 ANALISIS AYAT
( Subjek ) ( predikat )
Sesungguhnya, kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni.
Sesungguhnya, kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni. ( KPA ) (KN) ( FN ) (KNK) ( FA )
perjalanan hidup penuh bewarna-warni ( KK ) ( KA ) ( KA ) (KG)
Sesungguhnya kisah perjalanan hidup Malaysia penuh bewarna-warni ( KPA ) (KN ) ( KK ) ( KA ) ( KN ) ( KA ) ( KG )
( Subjek ) ( Predikat )
Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.
Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan.
( FK ) ( FK )
.
Subjek Predikat
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.
FSN FN
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara KSN KN KNA KK KN KGN KH KK KK
Di atas segalanya kerajaan akan tetap memastikan hak mereka yang terbabit terpelihara.
AMG
Sebagai sebuah negara Malaysia dan seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan.
A1 KH A2
Sebagai sebuah negara Malaysia seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan.
FN FN FN FN
Sebagai sebuah negara Malaysia seluruh warganya kini berada dipersimpangan jalan
( Subjek ) ( Predikat )
Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
Sebaliknya, ayuhlah kita yang sarat dengan harapan dan kemuliaan. bersama mendaya sebuah masa depan
dengan harapan dan kemuliaan masa depan yang sarat
4.0 REFLEKSI
Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah tugasan BMM 3110 iaitu Sintaksis Bahasa Melayu. Tugasan ini banyak memberi pemahaman dengan lebih mendalam mengenai proses pembinaan ayat bahasa Melayu dan pencantuman ayat dalam bahasa Melayu menjadi pelbagai ayat majmuk.. Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak membantu saya dalam menambah pengetahuan saya sebagai seorang guru bahasa Melayu. Ilmu yang saya dapat melalui tugasan ini akan saya gunakan sebagai bekal untuk saya mengajara anak bangsa kelak.
BUKU
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman, 2006.
Sintaksis, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd
Goay Teck Chong, Chpp Say Tee, Teks Pra-u STPM Bahasa Malaysia, (2008), Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Hazama Harun, Norazila Daud, siri Latihan Tatabahasa, (2012) EPH Publishing (M) Sdn. Bhd.
Hasnah Binti Awang dan Habibah Binti Samin (Munsyi Dewan), 2010. Revisi Bahasa Melayu Akademik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2011.
Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.