@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM5
Modul 510B-1
Sistem & Aplikasi Bahasa
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir
(3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Program Bahasa
Melayu
Edubest
A. Morfologi
• Kata Majmuk Mantap
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan empat kata majmuk mantap kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Pengomposan ialah proses pereputan secara sistematik tanpa memerlukan usaha daripada mana-mana kakitangan di mana-mana jabatan. Proses ini dapat dilakukan secara manual atau menggunakan mesin dalarn industri tertentu seperti industri pertanian secara kerjasama antara pemain industri. Hal ini membuktikan kita sebagai warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjamin keseimbangan ekosistem sekali gus menjadi teladan kepada dunia. Oleh sebab itu, banyak pengusaha industri pertanian bumiputera di Malaysia sudah melibatkan diri dalam bidang ini dengan memanfaatkan teknologi yang sedia ada. Mereka mampu berdiri di pentas antarabangsa dalam usaha menyelamatkan bumi dengan mengurus sampan secara sistematik untuk dikomposkan.
i. Kata majmuk mantap :_______________; ________________
:_______________; ________________
a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
d. _______________________________________________________________
[8 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Seseorang yang bijak berkomunikasi akan memiliki daya konsentrasi yang lebih
tinggi berbanding dengan orang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2010, (2) kemampuan otak akan dapat mengawal konsentrasi kepada mereka yang menguasai pelbagai bahasa. Mereka dilihat lebih cekap untuk menapis maklumat yang diperlukan berdasarkan pengetahuan bahasa mereka berbanding dengan mereka yang hanya menguasai satu bahasa. (3)Kemahiran ini dapat memberikan keyakinan diri untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat luar.
1.___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Penyuntingan Bahasa Nota :
Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
• Kata majmuk
• BA→ BM
• Vokal
• Tanda baca (A/a; “ ”; “-”)
• Imbuhan (gg/kk)
Dalam petikan di bawah, terdapat 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Di dalam soal pemilihan pemimpin, anggota masyarakat perlulah menghormati siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin. Pada masa yang sama, para-para pemimpin tidak wajar menunjukkan kekuasaan yang tidak berpatutan pada masyarakat. Dalam konteks pendidikkan, guru hendaklah mendidik murid dengan menitik-beratkan soal budi bahasa dan akhlak mulia. Hal ini penting kerana budi bahasa menjadi pelengkap kepada semua nilai yang diajar dalam kurikulum di sekolah . Murid juga seharusnya saling menghormati sesama rakan. Soal perbandingan agama, latar belakang, dan budaya hendaklah dikesampingkan. Sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, layanan tegas tetapi mesra terhadap orang bawahan teramat penting sekali. Sikap murah hati, sentiasa memberikan tunjukajar dan melayan orang bawahan sebagai
"insan" merupakan pekerti terpuji yang menjadikan ketua itu disegani dan diteladani.
No. Kesalahan Pembetulan
1 2 3 4 5
6
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
7 8 9 10 11
[11 markah]
D. Alih Bahasa Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.
v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalarn pelbagai bidang Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap, mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, banda, anakanda, permaisuri, kekanda dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.
i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.
l. Kekalkan bentuk dan jenis ayat dalam teks asal. Contohnya, kekalkan ayat aktif atau ayat pasif serta cakap ajuk atau cakap pindah dalam petikan
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Latihan :
Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?"
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya,
"Tuan Seri Amerta , akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan.
Dipetik daripada cerpen 'Burung Terbang Dipetik daripada cerpen 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
E. Peribahasa
A.Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Generasi muda merupakan aset penting kepada negara dan seharusnya diberikan panduan yang jelas sejak kecil oleh ibu bapa, ibarat kata orang tua-tua, (i) _____________________________________________________ . Guru sebagai pendidik pula bertugas untuk membentuk peribadi mulia dalam kalangan pelajar di sekolah. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya bekerjasama dengan ibu bapa, (ii) ___________________________________________________________ untuk meningkatkan martabat pelajar dalam pelbagai bidang kehidupan pada masa hadapan, di samping memiliki sahsiah terpuji. Pelajar sememangnya merupakan golongan remaja yang sering dibelenggu masalah dan melakukan kesalahan, bak kata pepatah, (iii) ___________________________________________________ . Oleh itu, ibu bapa dan guru harus mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berlaku.
[3 markah]
B. Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Denitha : Saya dan Azura bersahabat baik sejak kecil. Hubungan kami
(i) _______________________________ . Saya mempercayai dirinya dan akin bahawa dia dapat menyimpan rahsia. Rupa-rupanya dia bukan seperti yang disangkakan.
Greece : Apa yang telah dilakukannya?
Denitha : Dia telah menceritakan rahsia saya kepada orang lain sedangkan dia pernah berjanji akan menyimpan rahsia tersebut. Saya mempercayainya, bak kata orang, (ii) _________________________________________.
Greece : Benarlah kata orang tua-tua, kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. (iii) ________________________________________ .
[3 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my