• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN SINTAKSIS DIALEK MELAYU PATANI: ANALISIS ROLE AND REFERENCE GRAMMAR (RRG)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERANAN SINTAKSIS DIALEK MELAYU PATANI: ANALISIS ROLE AND REFERENCE GRAMMAR (RRG)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN SINTAKSIS DIALEK MELAYU PATANI:

ANALISIS ROLE AND REFERENCE GRAMMAR (RRG)

SUHAILA BINSAMAAE

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

MASLIDA YUSOF Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]

KARTINI ABD. WAHAB Universiti Kebangsaan Malaysia,

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk memahami fungsi, kategori dan peranan sintaksis Dialek Melayu Patani (DMP)1 dengan menggunakan teori Role and Reference Grammar (RRG)2 yang diperkenalkan oleh Robert D. Van Valin, Jr. dan Randy J. LaPolla (1997). Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan metod deskriptif kualitatif iaitu melalui teknik rakaman, teknik temu duga dan teknik pemerhatian. Seramai 10 orang informan yang merupakan penutur BMP jati di Patani, telah dipilih bagi tujuan pengumpulan data. Hasil penelitian ini menerangkan fungsi sintaksis yang meliputi subjek, predikat (inti) atau nukleus, objek dan kategori subjek. Objek adalah terdiri daripada kata nama, manakala predikat (nukleus) pula terdiri daripada kata kerja atau verba dan kata sifat atau adjektif. Lazimnya subjek berperanan sebagai pelaku manakala objek pula mempunyai peranan sebagai pasien atau pengalami. Predikat (nuklues) pula berfungsi untuk menggambarkan sesuatu keadaan atau aktiviti, dan kebiasaannya nukleus atau inti ini berada di sebelah kanan dalam sesuatu ayat.

Kata Kunci: peranan; sintaksis; bahasa Melayu Patani (BMP); Role and Reference Grammar (RRG)

ABSTRACT

This paper is aimed to discuss the syntactic function of the function, category in the sentence of Dialect Malay Patani language (Bahasa Melayu Patani or DMP). This study used the theory of RRG (Role and Reference Grammar) proposed by Robert D. Van Valin, Jr. and Randy J. LaPolla (1997).

This study used a descriptive qualitative approach. The data gathered by recording, interview and observation techniques. There are ten respondents selected who spoke in Malay Patani language.

The result shown that the syntactic functions contain subject, predicate (core) or nucleus, objects and the category of subject. Object itself is a noun, while the predicate (nucleus) is a verb and an adjective. Usually, subject's role is as an actor, the object as a undergoer, and the predicate (nucleus) describes the activities or circumstances. Nucleus or the core is on the right of the sentences.

Keywords: role; syntax; Malay Patani (BMP); Role and Reference Grammar Theory (RRG)

1 Selepas ini ditulis sebagai DMP

2 Selepas ini ditulis sebagai RRG

(2)

PENGENALAN

Setiap bahasa mempunyai keistimewaan dan gaya bahasa yang tersendiri. Begitu juga halnya dengan Dialek Melayu Patani (DMP) yang merupakan salah satu dialek yang digunakan dalam kehidupan seharian penduduk di wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, dan sebahagian daripada wilayah Songkhla iaitu di kawasan Cenak, Sebayoi, Tiba dan Nathawi. Berdasarkan penelitian yang dilakukan, masyarakat di wilayah Patani, Yala dan Narathiwat memilih untuk menggunakan Dialek Melayu Patani dalam pertuturan mereka. Hal ini demikian kerana, Dialek Melayu Patani bagi tiga wilayah ini menerima pengaruh bahasa Thai paling sedikit berbanding daerah lain. Penelitian ini dilakukan untuk mendeskripsikan fungsi, kategori dan peranan yang ada pada Dialek Melayu Patani (DMP) dengan menggunakan teori Role and Reference Grammar (RRG) yang diperkenalkan oleh Robert D. Van Valin, Jr. dan Randy J. LaPolla (1997) dan Robert D. Van Valin, Jr, (2005).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang melibatkan 10 orang informan yang terdiri daripada penutur jati DMP dan tidak menerima pengaruh Bahasa Thai (BT). Informan menetap di kampung masing-masing iaitu di Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat. Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah rakaman temu bual secara tidak formal dan teknik pemerhatian terhadap kehidupan responden. Ayat yang mengandungi kriteria yang diperlukan seperti kefungsian, kategori dan peranan sintaksis akan dipilih sebagai data kajian. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan metode deskriptif kualitatif.

SOROTAN KAJIAN

Nik Safiah Karim et al. (2013:339) mengatakan bahawa bidang sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga, mempengaruhi pembentukan ayat dalam ilmu linguistik bahasa Melayu. Menurut Ismail Bin Dahaman (2016:5) pula, bidang sintaksis merupakan kajian mengenai jenis dan bentuk frasa serta aturan yang diperlukan dalam pembentukan ayat. Oleh hal yang demikian, pemahaman dalam bidang sintaksis iaitu struktur, binaan (konstruksi), konstituen (unsur), frasa, klausa, subjek, predikat dan objek serta susunan adalah perlu dalam memahami struktur binaan ayat.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menjelaskan fungsi, kategori dan peranan sintaksis DMP berdasarkan analisis Role and Reference Grammar (RRG) yang diperkenalkan oleh Van Valin dan LaPolla (1997) dan Van Valin (2005). Terdapat dua perkara yang dibincangkan dalam teori RRG berkaitan peranan sintaksis iaitu yang pertama ialah perbezaan antara elemen predikat dan elemen non-predikat. Perkara kedua adalah berkaitan frasa kata benda yang merupakan argumen predikat, manakala frasa adposisi bukan merupakan argumen. Elemen predikat dalam sesebuah ayat lazimnya terdiri daripada kata kerja dan kata adjektif.

(3)

Oleh hal yang demikian, sebuah predikat mengacu pada elemen predikat iaitu kata kerja, kata sifat, atau kata benda. Predikat ini mendefinisikan sebuah unit sintaksis dalam struktur sebuah klausa yang dinamakan nukleus (Van Valin, Jr dan La Polla, 1997:25). Sebuah klausa terdiri atas dua elemen, iaitu pertama elemen predikat Inti (Core) yang mengandungi predikat dengan argumen kedua elemen Sipian (Periphery) merupakan elemen yang bukan argumen (Van Valin, Jr dan La Polla, 1997:25) seperti jadual berikutnya.

+ Argumen Bukan Argumen

Jadual 1: Pertentangan universal mendasari struktur klausa.

(sumber: Van Valin dan LaPolla, 1997:25)

KLAUSA INTI (CORE)

SIPIAN (Periphery)

Jadual 2 : Komponen-komponen bagi struktur berlapisan klausa (SBK) (sumber: Van Valin dan LaPolla, 1997:26)

KLAUSA

INTI (CORE) SIPIAN (Periphery)

John the sandwich in the library.

NUKLEUS

Jadual 3: Komponen-komponen bagi struktur berlapisan klausa (SBK) bahasa Inggeris (sumber: Van Valin dan LaPolla, 1997:26)

Berdasarkan jadual 2, elemen inti (Core) merupakan elemen yang penting dalam sesebuah klausa kerana suatu klausa itu seharusnya mengandungi nukleus. Pada kebiasaannya, nukleus adalah terdiri daripada kata kerja (ada kalanya terdiri daripada golongan kata adjektif dan kata nominal lain) yang menjelaskan apa inti klausa tersebut. Elemen sipian (Periphery) pula merupakan elemen pilihan (optional) yang dapat dihilangkan atau dikekalkan dalam sesebuah klausa kerana elemen ini tidak memberi apa-apa pengaruh dari segi makna ayat (Van Valin dan LaPolla, 1997:26).

Emma L.Pavey (2010:60) telah menjelaskan mengenai struktur klausa asas yang digunakan dalam ayat bahasa Inggeris. Struktur asas pada ayat ini dikenali sebagai templat sintaktik bahasa.

Setiap templat boleh diisi dengan leksikal atau struktur bahasa ucapan tertentu. Templat ini juga boleh digabungkan menjadi ayat yang rumit dan tidak memerlukan kepada templat asas yang lain.

Oleh hal yang demikian, pengguna hanya perlu memilih templat sintaktik yang bersesuaian dengan makna yang hendak disampaikan. Perkara ini boleh dilihat berdasarkan contoh di bawah:

Predikat

NUKLEUS

ate

(4)

INTI (CORE) INTI (CORE) INTI (CORE)

NUK ARG ARG NUK PP ARG NUK ARG

PRED PRED PRED

KK KK KK

Inti templat 1 Inti templat 2 Inti templat 3

INTI (CORE) INTI (CORE) INTI (CORE)

ARG NUK ARG NUK ARG ARG ARG NUK ARG PP

PRED PRED PRED

KK KK KK Inti templat 4 Inti templat 5 Inti templat 6

Rajah 1: Templat Sintaktik klausa dan sipian dalam bahasa Inggeris.

(Sumber: Emma L.Pavey 2010: 61)

Robert D. Van Valin, Jr, (2005:4) telah menjelaskan bahawa klausa terdiri daripada beberapa frasa nama (FN) dan frasa preposisi (FP). Sebahagian daripadanya adalah argumen semantik kepada predikat, manakala sebahagiannya pula bukan argumen kepada predikat. Oleh itu, kedua- dua elemen ini perlulah dibezakan. Perbezaan ini akan dihuraikan berdasarkan perbezaan kedudukan di antara inti dan sipian dalam klausa. Menurut Maslida (2006: 50), pertentangan ini ditemui dalam semua bahasa, tanpa mengira sama ada bahasa itu mempunyai ciri-ciri seperti berkonfigurasi atau tidak, berpandanan kepala atau berpadanan kebergantungan, beraturan kata bebas atau aturan kata tetap dan sebagainya. Hubungan antara unit semantik dangan sintaksis dapat diringkaskan seperti dalam jadual berikut:

Elemen Semantik Unit Sintaksis

Predikat Nukleus

Argumen dalam representasi semantik bagi predikat Argumen inti

Bukan argumen Sipian

Predikat +argumen Inti

Predikat+argument+bukan argumen Klausa (=inti+sipian)

Jadual 4: Unit semantik mendasari unit sintaksis bagi struktur berlapisan klausa.

(sumber: Van Valin dan LaPolla, 1997: 27)

(5)

Kajian A. A. Ary Trisnawati (t.th) yang melihat kepada analisis teori RRG terhadap fungsi, kategori dan peranan sintaksis telah menemukan fungsi ayat yang terdiri daripada subjek, predikat atau inti atau nukleus dan juga objek. Subjek dan objek diwakili oleh kata nama, manakala predikat atau nekleus terdiri daripada kata kerja dan kata sifat atau adjektif. Agus (2015) pula membuat kajian terhadap fungsi dan peranan semantik argumen frasa kata kerja dalam bahasa Bali. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa argumen frasa kata kerja adalah berfungsi sebagai predikat yang menjadi inti dalam ayat. Selain itu, argumen ini juga berfungsi sebagai subjek, objek, pelengkap, keterangan dan apositif dalam sesebuah ayat. Justeru, argumen yang berkaitan dengan frasa kata kerja bahasa Bali dalam ayat mengandungi atau memiliki peranan semantik yang dipengaruhi oleh frasa kerja yang mengikatnya. Berdasarkan teori RRG, peranan umum argumen telah dikenal pasti sebagai pelaku (actor) dan pengalami (undergoer), manakala peranan khususnya adalah sebagai agen, pengakibat, pengalami, alat, pasien, tema asal dan lokatif.

Seterusnya I Gusti Ngurah Mayun Susandhika et al. (2016) yang telah melakukan kajian untuk memahami fungsi, peranan dan kategori sintaksis bahasa Indonesia dengan menggunakan analisis teori RRG. Hasil daripada analisis telah menjelaskan bahawa fungsi sintaksis dalam bahasa Indonesia adalah meliputi subjek, predikat (inti) atau nukleus dan juga objek. Kategori subjek dan objek lazimnya diwakili oleh frasa nama, manakala kategori predikat (nukleus) adalah terdiri daripada frasa kata kerja atau kata adjektif. Dari aspek peranan pula menunjukkan bahawa subjek berperanan sebagai pelaku, objek sebagai pasien, dan predikat (nukleus) menggambarkan aktiviti atau keadaan.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Maslida Yusof (2018) pula melihat kepada struktur kompleks bahasa Melayu berdasarkan teori RRG. Teori RRG menjelaskan bahawa struktur klausa diteliti berdasarkan struktur berlapisan klausa (SBK) iaitu binaan klausa terdiri daripada lapisan paling kecil/dalam nukleus (NUK) yang terdiri daripada predikat, diikuti lapisan inti yang mengandungi predikat dan argumen dan lapisan paling luar iaitu klausa yang mengandungi inti dan sipian.

Menurut beliau lagi, berdasarkan struktur ini, maka ayat boleh mengandungi lebih daripada satu klausa, lebih daripada satu inti dan juga lebih daripada satu nukleus untuk membentuk binaan kompleks dalam bahasa. Binaan kompleks boleh berlaku pada peringkat (level) klausa, peringkat inti dan peringkat nukleus. Peringkat di mana perkaitan berlaku (klausa, inti, nukleus) dirujuk sebagai peringkat bagi jungtur (juncture). Maka berdasarkan perkaitan ini, kita dapat memperoleh jungtur klausa apabila klausa bergabung, jungtur inti dan jungtur nukleus. Berdasarkan kerangka RRG, binaan ayat kompleks dijelaskan berdasarkan unit-unit yang terlibat dan hubungan antara unit-unit tersebut. Sebagaimana dengan kes ayat mudah, nukleus (predikat), inti (predikat + argumen) dan klausa (predikat+ argumen + bukan argument) mengkonstitute binaan blok utama dalam binaan kompleks.

(6)

Kajian yang dilakukan oleh Norhaliza Mohd Hamid (2009) telah meneliti dan menerangkan struktur ayat majmuk dengan menggunakan pendekatan teori RRG. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian atau unit yang diperlukan dalam membentuk ayat majmuk iaitu nukleus, inti dan klausa. Pembentukan ayat ini tidak mengambil kira sama ada ayat tersebut mengandungi dua nukleus, dua inti ataupun dua klausa. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa struktur binaan ayat tunggal dan ayat majmuk mempunyai perbezaan. Struktur ayat majmuk terhasil disebabkan kewujudan dua nukleus dalam struktur binaannya. Kedua-dua nukleus ini juga menjadi komponen kepada inti yang sama. Secara keseluruhannya, kajian Norhaliza ini menunjukkan bahawa templat-templat yang wujud dalam RRG boleh diaplikasikan ke dalam bahasa Melayu. Penelitian kajian beliau ini jelas membuktikan bahawa teori RRG dapat diaplikasikan dalam bahasa Melayu dan teori RRG ini juga bersifat universal.

Berdasarkan kosa ilmu yang telah dijelaskan, pengkaji berhasrat untuk meluaskan lagi kajian sintaksis dengan menggunakan pendekatan teori RRG. Secara keseluruhannya, kajian lepas melaporkan bahawa binaan struktur dalam ayat mudah mempunyai struktur yang berbeza dengan ayat kompleks. Struktur ayat kompleks bukan hanya merujuk kepada ayat-ayat majmuk iaitu ayat yang dihubungkan oleh kata hubung, namun binaan kompleks juga merujuk kepada bilangan predikat yang diterjemahkan sebagai perkaitan nukleus, inti dan klausa. Teori RRG dipilih sebagai kerangka kajian kerana RRG dapat menggambarkan struktur sebenar dalam sesebuah ayat. Selain itu, RRG tidak melihat struktur dalaman, sebaliknya lebih melihat kepada struktur sebenar dan fungsinya dalam berkomunikasi. Umumnya, kajian yang menggunakan pendekatan teori RRG ini hanya bersifat selapis sahaja iaitu monostrata. Oleh itu, tidak terdapat struktur dalaman atau struktur luaran dalam perbincangan dan pembahasan pengkaji.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan teori Role and Reference Grammar (RRG). Teori RRG yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk menentukan struktur klausa dalam ayat DMP berdasarkan kajian sintaksis seperti fungsi, kategori atau peranan. Berikut merupakan antara data ayat DMP yang telah dianalisis

.

AYAT KLAUSA INTI

ARG NUK ARG

mɛʔ ti wɑhi dʒuwa kɑin kəluboɳ

Rajah 2: Struktur berlapisan klausa ayat mɛʔ ti wɑhi dʒuwa kɑin kəluboɳ.

(7)

Rajah 2 di atas menunjukkan kepada keuniversalan struktur berlapisan klausa (SBK) bagi ayat mɛʔ ti wɑhi dʒuwa kɑin kəluboɳ yang terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu nukleus, inti dan juga dua argumen. Kata mɛʔ ti merupakan komponen yang berfungsi sebagai argumen pertama dan berfungsi sebagai subjek. Kata tersebut merupakan frasa nama yang mempunyai peranan sebagai pelaku atau aktor. Argumen kedua ialah kata kɑin kəluboɳ yang berfungsi sebagai objek dan kata ini tergolong dalam kategori frasa nama serta berperanan sebagai pengalami.

Seterusnya frasa wɑhi dʒuwa yang merupakan frasa adjektif pula berfungsi sebagai nukleus/inti atau predikat dan berperanan untuk menggambarkan keadaan dʒuwa.

AYAT

KLAUSA

INTI SIPIAN

ARG NUK ARG FPrep

oɣɛ dʒɑmɛ dulu pɛɣɔ ləm di bənɛ

Rajah 3: Struktur berlapisan klausa ayat oɣɛ dʒɑmɛ dulu pɛɣɔ ləm di bənɛ.

Struktur berlapisan klausa (SBK) dalam rajah 3 di atas terdiri daripada dua argumen iaitu oɣɛ dʒɑmɛ dulu dan ləm , manakala pɛɣɔ merupakan bahagian inti atau nukleus. Frasa oɣɛ dʒɑmɛ dulu berfungsi sebagai subjek, berkategori frasa nama dan mempunyai peranan sebagai pelaku atau aktor. Kata ləm pula berfungsi sebagai objek, berkategori frasa nama dan mempunyai peranan sebagai pengalami atau undergoer, sedangkan pɛɣɔ berfungsi sebagai nukleus/inti atau predikat.

Kata pɛɣɔ yang tergolong dalam kategori kata kerja ini berperanan untuk menggambarkan aktiviti.

Seterusnya, di bənɛ berfungsi sebagai sipian yang mana sekiranya frasa ini digugurkan, maka makna dalam ayat tidak akan berubah. Frasa preposisi di bənɛ ini hadir sebagai adjung dalam klausa yang muncul bersama kata kerja aktiviti pɛɣɔ. Sipian (atau adjung) merupakan eleman opsional yang diperlukan oleh predikat untuk mengungkapkan lokasi bagi penyempurnaan makna kata kerja pɛɣɔ.

(8)

AYAT

KLAUSA

INTI SIPIAN

ARG NUK NUK ARG

FN PRED PRED FN FP

jɔ ɑmeʔ tɔʔ boʔ tɑh mɛdʒɔ Rajah 4: Struktur berlapisan klausa ayat jɔ ɑmeʔ tɔʔ boʔ tɑh mɛdʒɔ.

Berdasarkan rajah 4, struktur berlapisan klausa (SBK) dalam ayat tersebut mengandungi dua komponen nukleus atau dua predikat yang diwakili oleh kata ɑmeʔ dan tɔʔ. Kedua-dua nukleus ini juga menjadi komponen kepada inti yang sama peranannya iaitu menggambarkan aktiviti. Argumen jɔ berfungsi sebagai subjek, berkategori frasa nama dan mempunyai peranan sebagai pelaku. Kata boʔ pula berfungsi sebagai objek, tergolong dalam kategori frasa nama dan berperanan sebagai pengalami. Frasa tɑh mɛdʒɔ (di atas meja) dalam ayat berikut berfungsi sebagai sipian (Periphery), berkategori frasa preposisi dan mempunyai peranan sebagai sipian adjung. Sipian (adjung) merupakan elemen yang diperlukan oleh predikat untuk mengungkapkan lokasi bagi penyempurnaan makna kata kerja ɑmeʔ dan tɔʔ.

AYAT

KLAUSA

INTI SIPIAN

ARG NUK ARG

FN PRED FN FPrep dɛmɔ tu bəli bɑɣɛ (di) kəda.

Rajah 5: Struktur berlapisan klausa ayat dɛmɔ tu bəli bɑɣɛ kəda.

(9)

Struktur SBK bagi ayat dɛmɔ tu bəli bɑɣɛ kəda seperti dalam rajah di atas terdiri daripada dua argumen iaitu dɛmɔ tu dan bɑɣɛ, manakala kata bəli merupakan inti atau nukleus. Frasa dɛmɔ tu berfungsi sebagai subjek yang termasuk dalam kategori frasa nama dan berperanan sebagai pelaku.

Kata bɑɣɛ pula berfungsi sebagai objek, berkategori frasa nama dan berperanan sebagai pengalami, sedangkan kata bəli berfungsi sebagai nukleus atau inti yang berfungsi sebagai predikat. Kata bəli ini adalah tergolong dalam kategori kata kerja yang menggambarkan aktiviti. Pada dasarnya, kata nama kəda dalam ayat ini didahului kata preposisi di sebelumnya. Hal ini demikian kerana kata di ialah preposisi yang hadir sebagai adjung dalam klausa yang muncul bersama kata kerja aktiviti bəli untuk mengungkapkan lokasi atau tempat bagi penyempurnaan makna kata kerja bəli.

AYAT

KLAUSA

INTI SIPIAN

ARG NUK ARG

FN PRED FN FPrep jɔ gi kədɑ dəŋɑ kəɣɛtɔ

Rajah 6 : Struktur berlapisan klausa ayat jɔ gi kədɑ dəŋɑ kəɣɛtɔ.

Rajah 6 menunjukkan struktur berlapisan klausa (SBK) bagi ayat jɔ gi kədɑ dəŋɑ kəɣɛtɔ.

Pada dasarnya, SBK dalam ayat tersebut terdiri daripada dua argumen iaitu jɔ dan kədɑ. Di samping itu, ayat ini juga mengandungi satu nukleus atau inti iaitu kata gi dan frasa preposisi yang diwakili frasa dəŋɑ kəɣɛtɔ. Frasa jɔ berfungsi sebagai subjek, berkategori frasa nama dan berperanan sebagai pelaku atau aktor. Argumen kədɑ pula berfungsi sebagai objek, berkategori frasa nama dan mempunyai peranan sebagai pengalami, sedangkan gi berfungsi sebagai inti/nukleus atau predikat.

Kata gi adalah tergolong dalam kata kerja dan mempunyai peranan untuk menggambarkan suatu aktiviti. Frasa dəŋɑ kəɣɛtɔ yang berfungsi sebagai sipian (Periphery) pula berkategori frasa preposisi dan peranannya adalah untuk menunjukkan perlakuan atau keadaan yang ditunjukkan berlaku pada satu posisi dan pada masa yang sama.

(10)

AYAT

KLAUSA

INTI SIPIAN

ARG NUK ARG

FN PRED FN FPrep

jɔ mɑkɛ nɑsi ŋɑ ɑjɛ

Rajah 7: Struktur berlapisan klausa ayat jɔ mɑkɛ nɑsi ŋɑ ɑjɛ.

Struktur berlapisan klausa (SBK) ayat di atas mengandungi dua argumen, iaitu jɔ dan nɑsi serta inti/nukleus iaitu mɑkɛ. Kata Jɔ merupakan argumen pertama yang berfungsi sebagai subjek, berkategori frasa nama dan mempunyai peranan sebagai pelaku. Kata nɑsi pula merujuk kepada argumen kedua serta berfungsi sebagai objek, tergolong dalam frasa nama dan berperanan sebagai pengalami, sedangkan kata mɑkɛ berfungsi sebagai inti atau nukleus. Kata mɑkɛ yang tergolong dalam kategori kata kerja ini pada dasarnya berperanan untuk menggambarkan suatu aktiviti. Frasa ŋɑ ɑjɛ dalam ayat ini pula berfungsi sebagai sipian atau frasa preposisi. Preposisi ŋɑ (dengan) menunjukkan hubungan yang statik, iaitu entiti yang dihubungkan itu tidak mengalami perubahan atau peralihan dan juga menganggap preposisi boleh dikaitkan dengan komponen makna tertentu (Maslida, 2015).

AYAT

KLAUSA

INTI

ARG NUK

FN PRED KK

jɔ təɣijɔɁ

Rajah 8: Struktur berlapisan klausa ayat jɔ təɣijɔɁ.

(11)

Berdasarkan rajah 8, struktur berlapisan klausa (SBK) ayat jɔ təɣijɔɁ mempunyai satu argumen iaitu jɔ yang berfungsi sebagai subjek, tergolong dalam kategori frasa nama dan berperanan sebagai pelaku. Kata təɣijɔɁ pula berfungsi sebagai nukleus atau predikat, kategorinya adalah kata kerja dan peranannya adalah untuk menggambarkan aktiviti. Kata kerja təɣijɔɁ ini merupakan kata kerja tak transitif yang boleh hadir bersama bentuk progresif sedang yang menentukan kelas kata kerja keadaan seperti sedang menangis (Maslida, 2006: 91).

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil analisis data yang dikemukakan dalam perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa fungsi sintaksis meliputi subjek, predikat (inti atau nukleus) objek (argumen) dan sipian (Periphery). Lazimnya, kategori subjek dan objek adalah terdiri daripada frasa nama, sedangkan predikat (nukleus) pula kata kerja dan kata adjektif. Peranan subjek adalah sebagai pelaku, manakala objek berperanan sebagai pengalami dan predikat (nukleus) pula menggambarkan aktiviti atau keadaan. Bagi sipian (Periphery) pula, komponen ini berfungsi sebagai keterangan dalam sebuah ayat. Dalam hal ini, sekiranya komponen ini dihilangkan atau digugurkan, maka ayat tersebut tidak mengalami sebarang perubahan makna. Nukleus atau inti dalam ayat berada di sebelah kanan. Unit nukleus, inti dan sipian merupakan unit sintaksis, manakala unit-unit predikat dan argumen merupakan elemen semantik sebagai fitur universal bagi klausa dalam DMP.

Rujukan

Agus Ari Iswara. 2015. Fungsi Sintaksis dan Peran Semantik Argumen Frasa Verba Bahasa Bali.

Jurnal Ilmu Bahasa 1 (2): 388-402.

A. A Ary Trisnawati. t.th. Fungsi, Kategori dan Peran Sintaksis Kalimat Pada Pupuh Durma dalam Geguritan Tirta Amerita. Jurnal Linguistika.

Emma L. Pavey. 2010.The Structure of Language An Introduction to Grammatical Analysis.

Cambridge: Cambridge University Press.

I Gusti Ngurah Mayun Susandhika et al. 2016. Fungsi, Kategori, dan Peran Sintaksis dalam Talk Show One “Indonesia Lawyers Club” di TV One. Jurnal Linguistik 23 (44): 20-36.

Ismail Bin Dahaman. 2016. Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Ayat Kalimat Bersusun Ayat Bersantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof. 2006. Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maslida Yusof. 2015. Perkaitan Semantik-Sintaksis Kata Kerja dengan Preposisi Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof. 2018.Analisis Struktur Kompleks Bahasa Melayu Berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG). Program Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

(12)

Nik Safiah Karim et al. 2013. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhaliza Mohd Hamid. 2009. Aspek Sintaksis Bahasa Melayu: Satu Analisis berdasarkan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (Role and Reference Grammar).

Van Valin,R & La Polla, R. 1997. Syntax: Structure, Meaning and Function. Cambridge: Cambridge University Press.

Van Valin,R & LaPolla, R. 2005. Exploring the Syntax-Semantics Interface. New York: Combridge University Press.

Referensi

Dokumen terkait