PERANAN SEMANTIK MAKRO DALAM AYAT PASIF BAHASA MELAYU PATANI BERDASARKAN TEORI ROLE REFERENCE GRAMMER (RRG)
Suhaila Binsama-ae Maslida Yusof Kartini Abd. Wahab [email protected]
Pusat Penyelidikan Bitara Melayu (BAYU), Tingkat 6,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
ABSTRAK
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis peranan semantik makro (Macroroles) ayat pasif dengan penandaan [ɲᴐ] Bahasa Melayu Patani (BMP). Dalam Teori RRG peranan semantik makro (Macroroles) ialah generalisasi dalam keseluruhan hubungan tematik yang mempunyai dua peranan semantik dikenali sebagai pelaku (Actor) dan pengalami (Undergoer) merupakan dua peranan utama dikembangkan untuk menganalisis makna. Data dikumpulkan dengan menggunakan metod deskriptif kualitatif melalui teknik rakaman, teknik temu duga dan teknik pemerhatian. Seramai 8 orang informan yang merupakan penutur BMP jati di Patani, telah dipilih untuk tujuan pengumpulan data. Hasil penelitian ini, menunjukkan bahawa ayat pasif BMP ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai pengalami (Undergoer) dan diikuti dengan pelaku (Actor). Selain itu, terdapat bahawa dalam struktur pasif dengan penanda [ɲᴐ] BMP ini, mempunyai kata kerja leksikon dalam ayat yang memiliki polisemi makna menyebabkan-menjadi terdiri atas agen, effektor, lokatif alat (instrument) dan tema sebagai aktor (Actor) dan patient/pesakit sebagai pengalami (Undergoer).
Kata Kunci: pasif; ayat pasif; bahasa Melayu Patani (BMP); peranan makro; Teori Role And Reference
Grammar (RRG);
THE MACROROLES SEMANTIC IN THE PASSIVE LANGUAGE OF MALAY PATANI BASED ON THE ROLE AND REFERENCE GRAMMER (RRG)
ABSTRACT
This paper is to discuss the semantic of macroroles in the passive [ɲᴐ] sentence of Malay Patani language (Bahasa Melayu Patani / BMP). The role of the makroroles based on the Role and Reference Grammar Theory have two semantic macroroles categories known as actors (Actors) and Undergoer (generalized) in all thematic relationships are two main roles developed analyze meaning. This study uses a descriptive qualitative approach. The data gathered by recording, interview and observation techniques. There are eight respondents selected who use Malay Patani language. As a result, Passive Verse BMP is a paragraph that prioritizes the object as an Undergoer and is followed by an Actor. In additon, there is that in the passive structure with this sentences [ɲᴐ], has lexicon verb in sentence that has a CAUSE – BECOME consists agents, instruments,effector, location, thema acting as actor and patient (Undergoer).
Keywords: passive; passive sentence; Malay Patani (BMP); the semantic macroroles; The Role and Reference Grammar Theory (RRG)
1. Pendahuluan 1.1 Latar Belakang
Bahasa Melayu Patani (BMP) merupakan salah satu bahasa daerah yang dituturkan oleh penutur di Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, dan sebahagian daripada Wilayah Senggora seperti Cenak, Sebayoi, Tiba dan Nathawi yang mejoritinya 80-85 peratus penduduk beragama Islam keturunan Melayu. Begitu juga halnya dengan BMP berdasarkan varian bahasa Melayu yang diteliti di wilayah Pattani, Yala, dan Narathiwat yang sedang mengalami perubahan akibat pengaruh bahasa Thai untuk disertasi ini, pengkaji membatasi penyelidikannya kepada kawasan berkenaan. Pilihan tersebut berdasarkan tanggapan BMP di tiga wilayah paling sedikit dipengaruhi bahasa Thai jika dibandingkan dengan BMP yang dituturkan di wilayah lain.
Dalam suatu bahasa memiliki sistem bahasa yang berbeza dan menjadi ciri khas bahasa itu sendiri. Salah satu sistem bahasa tersebut adalah ayat. Terdapat jenis dan bentuk ayat yang berbeza-beza setiap bahasa dan untuk membicarakan tentang ayat pasif BMP. Kajian Paitoon Masmintra Chaiyanara (1983), kajian Manoong Laesoh (1990), dan kajian Kartini Wado (2003), telah menyenaraikan rumusan yang berbeza terhadap ayat pasif bahasa Melayu Patani (BMP) dalam aspek bentuk dan jenis-jenis ayat serta dengan penggunaannya, jumlah penanda pasif seperti /ɲᴐ/, /di/ , /kɔ/, / tə-/ ‘ter-‘, / kənɔ/ ‘kena’, penggunaan kata ganti diri orang pertama, kata ganti diri orang yang kedua dan pengguguran kata “oleh” dalam ayat pasif bahasa Melayu Patani (BMP).
Seterunya kajian ini, pengkaji berusaha untuk menjelaskan peranan Makro (Macroroles) dalam ayat pasif BMP dengan penanda pasif [ɲᴐ] untuk mendeskripsikan salah satu aspek semantik dalam BMP. Oleh kerana BMP mengalami pengaruh-pengaruh bahasa kebangsaan iaitu bahasa Thai melalui sistem pendidikan dan media massa yang sangat kuat maka BMP mungkin mudah dilupakan jikalau kurang ada usha untuk mengingatkan tentang kehadirannya.
1.2 Permasalahan Kajian
Kajian tempatan yang berkaitan dengan ayat pasif BMP oleh penelitian-penelitian bahasa Melayu di Patani mempunyai perbezaan dari segi buntuk, penanda pasif penggunaan KGD dan pengguguran kata “oleh” (Paitoon 1983; Manoong 1990; Kartini 2003). Penelitian ini merupakan kajian terhadap aspek semantik yang belum dikaji oleh peneliti-peneliti sebelumnya. Kajian lepas hanya menfokus aspek fonologi, morfologi dan sintaksis BMP. Hasil kajian yang berkaitan dengan peranan semantik oleh Maslida Yosuf 2006; Ardiana Ali Amat 2010; dan A. A. Ary Trisnawati (t.th.) telah menjelaskan bahawa, representasi semantik dalam RRG mengikut mengacu pada representasi predikat samaan dengan dapatan kajian Brian Nolan (2007), bahawa pembinaan pasif yang tidak seimbang di Ireland mempunyai
pelakon yang tidak terbatas di peringkat semantik.
Selain itu, dapatan kajian oleh Antonius Maturbongs (2015), peranan semantik kata kerja keadaan dalam bahasa Nafri (merupakan salah satu bahasa di Provinsi Papua, Kota Jayapura) memiliki kecenderungan keadaan fisik dan keadaan fikiran. Selanjutnya, kajian oleh Anak Agung Alit Novita Dewi (t.th) menjelaskan bahawa terdapat leksikon-leksikon verba “menyentuh” dalam bahasa Bali yang memiliki makna melakukan-terjadi. Peranan semantik terdiri atas peranan umum argumen semantik dan peranan khusus argumen semantik melakukan-terjadi memiliki peranan khusus semantik agen, pasien, instrumen, dan lokasi dengan analisis berlapis ataupun analisis umum. Peranan khusus pelaku (Aktor) adalah sebagai agen yang mengendalikan peristiwa secara langsung. Manakal peranan khusus pengalami (Undergoer) pula adalah sebagai pasien yang mendapatkan pengaruh fisik langsung dari agen.
Berdasarkan penelitian dan perbincangan ayat pasif BMP dan peranan semantik seperti digambarkan di atas, penelitian ini difokuskan pada aspek semantik ayat pasif BMP berdasarkan teori semantik yang relevan dengan pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer) oleh Van Valin & LaPolla 1997 berdasarkan kerangka Teori Role and Reference Grammer (RRG). Hal ini kerana peranan semantik adalah satu aspek penting dalam bahasa dan berupaya mempengaruhi komunikasi sesuatu pengguna bahasa di Patani.
1.2 Tujuan Kajian
Secara umum makalah ini bertujuan untuk mendeskripsikan salah satu aspek semantik dalam Bahasa Melayu Patani (BMP). Aspek semantik yang akan dijelaskan dalam penelitian ini ialah peranan semantik pada dua klasifikasi ayat pasif dengan penanda pasif [ɲᴐ] Bahasa Melayu Patani (BMP) berdasarkan polisemi makna menyebabkan-menjadi. Tujuan khusus yang akan dicapai melalui penelititan ini ialah untuk mengidentifikasi peranan semantik pelaku (Actor) dan pengalami (Undergoer) dalam ayat pasif dengan penanda pasif [ɲᴐ]BMP yang merupakan dua peranan utama yang dikembangkan dalam analisis makna oleh Van Valin & LaPolla 1997, Robert D. Van Valin, Jr 2005) dan Emma L. Pavey (2010), berdasarkan kerangka teori role and reference grammer (RRG).
1.3 Metodologi
Satu kajian lapangan dijalankan dengan melibatkan 8 orang informan penutur jati BMP yang tidak dipengaruhi oleh Bahasa Thai (BT), dan menetap di kawasan kampung masing-masing di Patani (Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat) selatan Thai. Data melibatkan melalui teknik rakaman perbualan yang berkaitan dengan kehidupan informan, teknik temu duga secara tidak formal serta teknik pemerhatian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan metod deskriptif kualitatif.
2. Kerangka Teori
Teori yang akan dipergunakan untuk mengkaji peranan semantik dalam ayat pasif penanda pasif [ɲᴐ]BMP dengan peranan semantik makro (Macroroles). Peranan makro (Macroroles) ini dijelaskan oleh Robert D. Van Valin, Jr, Randy J. Lapolla (1997), Robert D. Van Valin, Jr 2005) dan Emma L. Pavey (2010), mempunyai dua peranan makro dalam ayat iaitu ada sebagai pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer) merupakan dua peranan utama yang dikembangkan dalam analisis makna.
Semantik makro (Semantic Macroroles),menurut Teori RRG1 (Van Valin & LaPolla 1997), menyatakan bahawa peranan makro (Macroroles) adalah generalisasi merentas hujah jenis yang dijumpai dengan kata kerja tertentu yang mempunyai akibat gramatikal yang signifikan; ia adalah, bukannya hujah khusus dalam struktur logik, bahawa peraturan tatabahasa merujuk terutamanya. Kita dapat melihat pelbagai jenis argumen yang boleh berfungsi sebagai subjek dan objek dalam bahasa Inggeris, seperti digambarkan dalam (1) dan (2).
1 a. Fred broke the window. ([do’(x,…)]…) b. The bomb destroyed the car. (….[do’(x,…)]…)
c. Mary received a parking ticket. (BECOME have’(x,…)]
d. The farm animals sened the carthquake. (sense’(x,….))
2 a. Max gave the book to the teacher. (…[BECOME have’(….z)])
b. The tidal wave destroyed the harbor. (…[BECOMEdestroyed’(y)])
c. The rock hit the wall. (…[INGR be-LOC’(y…)]) d. The mugger robbed Tom of $45.00. (…[BECOME NOT have’(y…)])
e. Will presented Sheila with a bouquet. (…[BECOME have’(y…)])
Berdasarkan contoh ayat (1) terdapat contoh empat jenis argumen2 yang berada di hadapan ayat sebagai subjek, manakala struktur contoh ayat (2) terdapat lima jenis contoh argumen yang berbeza sebagai objek langsung. Terdapat bukti, bahawa apa yang kita berurusan tidak tertakluk dan objek langsung tetapi jenis hubungan yang berbeza. Bukti untuk ini datang dari passivization; jika konflik jenis argumen ini berkaitan dengan hubungan tatabahasa, yang berbeza dalam bentuk aktif dan pasif ayat, maka mereka tidak akan diharapkan untuk memegang dalam bentuk pasif. Walau bagaimanapun, dalam pembinaan pasif, konflik ini dipelihara, seperti ditunjukkan dalam contoh ayat (3) berikut.
1 Teori RRG diperkenalkan untuk menjawab dan persoalan asas dalam nahu tatabahasa iaitu pertama apakah
bentuk teori lingusitik jika ia diaplikasikan kepada analisis bahasa selain daripada bahasa Inggeris. Selain itu, RRG juga cuba menjawab persoalan apakah sifat interaksi antara komponen sintaksis, semantik dan pragmatik yang berbeza dalam sistem tatabahasa sesuatu bahasa dapat dihuraikan (Van Valin & LaPolla 1997).
2 Menurut (Van Valin & LaPolla 1997), argumen merupakan unsur sintaksis dan semantik yang diperlukan oleh
sebuah kata kerja, yang umumnya berkorelasi dengan partisipasi pada suatu kejadian atau keadaan yang dinyatakan oleh kata kerja atau predikatnya, diketahui bahawa jumlah argument dalam sebuah ayat ditentukan oleh kata kerja sebagai inti dari ayat tersebut.
3 a. The window was broken by Fred. b. The car was destroyed by the bomb.
c. The coming storm was sensed by the farm animals. d. The keys were tossed to the policeman by Max. e. The village was destroyed by the tidal wave. f. The door was hit by the rock.
Dalam semua kes ini, kumpulan jenis argumen kekal sama walaupun hubungan sintaktik telah berubah. Oleh itu, ini bukan persoalan fungsi tatabahasa, kerana kumpulan argumen bertindak dengan cara yang sama tanpa mengira sama ada hukuman itu aktif atau pasif. Sebaliknya, penggabungan argumen ini menggambarkan satu lagi jenis hubungan semantik yang lebih tinggi.
Menurut Emma L. Pavey (2010), menjelaskan bahawa sintaktik peranan Makro (Macroroles) mempunyai dua peranan iaitu pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer). Contoh (1a-e) mempunyai hukuman argumen semantik yang muncul sebelum kata kerja
(sebagai 'subjek') seperti contoh ayat 4-5 di bawah.
4 a. Larry broke the window. [do’(Larry,Ø)] CAUSE [BECOME broken’ (window)] Larry = EFFECTOR
b. The wind is blowing. [do’(wind,[blow’(wind)] The wind = EFFECTOR (FORCE)
c. Mary got a parking ticket. BECOME have’ (Mary, parking ticket). Mary=POSSESSOR
d. The giraffes heard the roar. hear’ (giraffes,roar) The giraffes= EXPERIENCER
e. Bob murdered Len. Do (Bob,[[do’(Bob,Ø)] CAUSE [BECOME dead’ (Len)]]) Bob = AGENT
5. a. Marry gave the man the book. [do’ (Mary, Ø)]CAUSE [BECOME have’ (man,book)] man = POSSESSOR
b. The giraffes heard the roar. hear’(giraffes,roar) the roar= STIMULUS
c. The cat popped the balloon. [do’(cat, Ø)]CAUSE [INGR popped’(balloon)] balloon = PATIENT
Berdasarkan contoh ayat (4-5) di atas,kumpulan argumen semantik tertentu berkelakuan dengan cara yang sama. Kumpulan argumen yang berfungsi sebagai 'subjek' pada umumnya adalah peranan semantik yang beretika; iaitu, 'tidak'. Kumpulan argumen yang lazimnya berfungsi sebagai 'objek' biasanya berperanan seperti pesakit, mempunyai sesuatu yang dilakukan kepada mereka; mereka adalah hujah 'terjejas'. Terdapat nama untuk dua Makro (Macrorole) iaitu pertama pelaku (Aktor) kumpulan jenis agen dan kedua kumpulan pesakit/pengalami (Undergoer).
Dalam ayat-ayat aktif seperti contoh ayat (4a), (4c-e) dan (5) di atas, argumen pelaku
(Aktor) secara amnya dinyatakan sebagai subjek sintaktik dan argumen pengalami (Undergoer) yang dinyatakan secara umum sebagai objek. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan di sini bahawa pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer) pengantara adalah istilah semantik yang tidak semestinya sesuai dengan subjek dan objek, yang merupakan istilah tatabahasa.
Pada struktur ayat pasif lihat contoh ayat (6) di bawah argumen semantik pengalami
(Undergoer) berfungsi sebagai subjek yang berada di hadapan ayat. Lihat pada contoh
struktur ayat aktif (6a) dan struktur ayat pasif (6b) subjeknya digariskan dalam kedua-duanya.
Ini menunjukkan bahawa representasi semantik adalah sama untuk ayat aktif dan pasif. Ia
boleh dilihat sebuah carta yang dikenali sebagai hieraki pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer) oleh Emma L. Pavey (2010).
Lebih terdorong untuk menjadi PELAKU Lebih terdorong untuk menjadi PENGALAMI
Argument 1st argument 1 st argument of 2nd argument of single argument of
of Do of do’(x,...) predicate’(x.y) predicate’(x.y) state predicate’(x)
Agent Efeector Experiencer Sensation/Target Patient
Consumer Possessor Possessed
Creator Location Theme
Observer ETC. Locus
ETC. Consumed
Cretion Stimulus ETC.
Rajah 1 : Hiraki Pelaku (Actor) dan Pengalami (Undergoer)
6 a. Marry gave the man the book.
Marry = Actor [do’ (Mary, Ø)]CAUSE [BECOME have’ (man,book)] The man = POSSESSOR
b. The man was given the book by Mary.
The man = Undergoer [do’ (Mary, Ø)]CAUSE [BECOME have’ (man,book)]
Berdasarkan rajah 1 argumen paling kiri dalam hirarki akan menjadi pelaku (Actor) dan argumen paling kanan akan menjadi pengalami (Undergoer). Pelaku (Actor) adalah argumen yang mengekspresikan partisipan yang membentuk (performs), memengaruhi (effects), menghasut (instigates), atau mengedalikan situasi yang dinyatakan oleh predikatnya. Semetara itu, pengalami (Undergoer) adalah argumen yang mengekspresikan partisipan yang tidak membentuk, tidak mengendalikan situasi, tetapi dipengaruhi oleh tindakan yang dinyatakan oleh kata kerja. Secara ringkas, setelah kelas kata kerja Aktionsart 3ditentukan
Emma L. Pavey (2010), juga dapat melihat bagaimana pentingnya kedudukannya untuk menentukan sebagai pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer). Seperti contoh dalam (7) argumen 'x' dan 'y' telah dibariskan di bawah satu sama lain untuk menunjukkan corak ini.
x y
7 a. break [do’(Fred,Ø)] CAUSE [BECOME broken’(window)]
b. get (receive) BECOME have’ Mary, parking ticket)
c. hear hear’ (giraffes, roar)
d. murder DO (Bob, [do’(Bob,Ø)]CAUSE [BECOME dead’ (Len)]) e. give [do’ (Mary, Ø)] CAUSE [BECOME have’ (man,book)] f. pop do’ (cat, Ø) CAUSE [INGR popped’ (balloon)]
Actor Undergoer
Rajah 2: Macroroles sebagai generalisasi terhadap hubungan tematik tertentu Emma L. Pavey (2010)
3
Kedua peranan yang dijelaskan merupakan peranan yang berasaskan daripada peranan tematik argumen yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat aktif akan lebih menjadi pelaku (Actor) yang berasaskan daripada agent, effector, location, theme. Manakala argumen yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif akan lebih bersifat pengalami (Undergoer) seperti patient. Seterusnya pada ayat pasif pula pengalami (Undergoer) seperti patient hanya berada di hadapan ayat. Manakala predikat agent, effector, location, theme bersifat sebagai pelaku (Actor) berada di belakang ayat dapat dilihat pada sekema berikut:
Aktif Pasif ACTOR : Agent Effector Locative Theme UNDERGOER: Patient 3. Dapatan Kajian
Bahagian ini, membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Data yang diperolehi berdasarkan binaan struktur pasif [ɲᴐ] BMP yang ditandai oleh kehadiran kata penegas [ɲᴐ] dan terdiri atas pasif yang ditandai oleh afiks tertentu. Kehadirannya ayat pasif jenis ini ternyata bersifat wajib diikuti terus dengan kata kerja. Penelitian utama bertujuan untuk mendeskripsikan peranan semantik makro (Macroroles) iaitu pelaku (Actor) dan pengalami (Undergoer) yang merupakan dua peranan utama yang dikembangkan dalam analisis makna. Peranan semantik argumen yang terdapat dalam binaan struktur pasif [ɲᴐ] BMP, menyebabkan-menjadi terdiri atas agen, pasian, effektor, instrumen lokatif dan tema sebagai aktor (Actor) dan patient/pesakit sebagai pengalami (Undergoer) dalam ayat adalah seperti sebagai berikut.
8. [duwi ameʔ di anᴐ datԑ baɲᴐ siki]
Duit diambil oleh anak lelaki banyak. Pasif Anak lelaki mengambil duit banyak. Aktif [duwi] = Undergoer
SL = ([do’(/anᴐ datԑ /,Ø)] menyebabkan [menjadi /ame/’ (/duwi/)]
Pada ayat (8) [duwi], berperanan sebagai pengalami (Undergoer) mempunyai agen4 /a.nᴐʔ ǰa.tԑ/ kerena melakukan tindakan berfungsi sebagai pelaku (Actor). Struktur logik (SL) pada ayat tersebut ([do’(anᴐ datԑ,Ø)] menyebabkan [menjadi ame’ (duwi)], iaitu kata kerja [ame] merupakan kata kerja transitif, do’[anᴐ datԑ] ialah aktor manakala argumen bagi kata kerja keadaan [duwiʔ] ialah pengalami. Status peranan makro bagi argumen dalam ayat tersebut boleh ditentukan berasaskan jenis argumen predikat (aktiviti atau keadaan).
9. [duwi ɲᴐ ame di anᴐ səpuloh ko səhai]
Duit diambil oleh anak 10 THB sehari. Pasif Anak mengambil duit 10 THB sehari. Aktif [duwi] = Undergoer
[anᴐ] = Aktor-agen
SL = ([do’(/anᴐ/,Ø)] menyebabkan [menjadi /ame/’ (/duwi/)]
Berdasarkan ayat (9) [duwi] berperanan sama dengan ayat (8) sebagai pengalami (Undergoer) mempunyai agen5 [anᴐ] berfungsi sebagai pelaku (Actor). Struktur logik (SL) terdapat adalah ([do’(anᴐ ,Ø)] menyebabkan [menjadi ame’ (duwi)], iaitu kata kerja /ame/ merupakan kata kerja transitif, do’[anᴐ] ialah aktor, bagi kata [duwi] berfungsi sebagai pengalami yang berada di hadapan ayat. Status peranan makro bagi argumen dalam ayat tersebut boleh ditentukan berasaskan jenis argumen predikat (aktiviti atau keadaan) juga.
10. [sika ɲᴐ tui di ᴐԑ]
Basikal dicuri orang. Pasif Orang mencurikan basikal. Aktif
[sika] = Undergoer
4 Agen merupakan pelaku yang melakukan tindakan atau peristiwa dengan tujuan tertentu. Robert D. Van Valin,
Jr, Randy J. Lapolla (1997:85).
5 Agen merupakan pelaku yang melakukan tindakan atau peristiwa dengan tujuan tertentu. Robert D. Van Valin,
[ᴐԑ] = Aktor-efektor6
SL = [do’(/ᴐԑ /,Ø)] menyebabkan[menjadi / tui /’(/sika /)] atau [do’(/ᴐԑ /, [tui’ (ᴐԑ, sika)])
Ayat (10), [sika] berperanan sebagai penderita atau pengalami (Undergoer) di awal ayat pasif, kata [ᴐԑ] bertugas sebagai aktor efektor yang merupakan pelaku bagi lakuan secara sengaja atau tidak segaja yang berdasarkan dengan kata kerja [tui]. Ia juga mempunyai SL [do’(/ᴐԑ /,Ø)] menyebabkan[menjadi tui’(sika,)] atau [do’(ᴐԑ, [tui’ (ᴐԑ, sika)]).
11. [mai ɲᴐ sapuh di m dəɳa kaen tija hai]
Almari dilap oleh Ma dengan kain setiap hari Pasif Ma mengelap almari dengan kain setiap hari. Aktif [mai] = Undergoer
[m] = Aktor-agen
[kaen] = Instrument7
SL = [do’(/m/,Ø)]menyebabkan [menjadi mempunyai’(/mai /, / kaen /)]
Berdasarkan ayat (11) di atas, kata [m] bertugas sebagai pelaku (Actor) dan sering
dirujuk sebagai agen. Seterusnya kata /kai’n/ sebagai alat yang digunakan oleh [m] untuk
mengelap [mai]. Selanjutnya, [mai] ia menjalani perubahan keadaan menjadi bersih serta
mempengaruhi terhadap pelaku yang menjalani keadaan sering dipanggil pengalami/petient.
Terdapat juga struktur logik (SL),[do’(/m/,Ø)]menyebabkan [menjadi mempunyai’(/mai /,
/ kaen /)].
12. [pauh ɲɔ wa datoh bɔwh budɔ ni]
6 Efektor merupakan pelaku bagi sesuatu lakuan sama ada lakuan itu dilakukan secara sengaja atau tidak (tidak
dikawal) lihat Robert D. Van Valin, Jr, Randy J. Lapolla (1997:85).
7 Instrument merupakan alat untuk melakukan sesuatu lihat Robert D. Van Valin, Jr, Randy J. Lapolla
Mangga dijatuhan oleh budak ini ke bawah. Pasif Kanak ini menjatuhan mangga ke bawah. Aktif
[pauh] = Undergoer
[budɔ] = Aktor-agen [bɔwh] = lokatif8
SL = [do’(/budɔ/,Ø)] menyebabkan[menjadi /datoh/’(/pauh/)]
Pada ayat (12) di atas, terdapat kata [bɔwh] keterangan lokasi sebagai tempat atau ruang fokus keadaan melakukan sesuatu tindakan. Penambahan argumen berfungsi sebagai lokasi ini supaya menempati peranan agen dalam ayat.
13. [ula ɲᴐ bəli di budᴐ səpuloh ko]
Gulai dibeli oleh kanak 10 THB. Pasif
Kanak membelikan gulai 10 THB. Aktif
[ula] = Undergoer [budɔ] = Aktor-agen
SL = [do’(/budɔ/,Ø)] menyebabkan[menjadi /bəli /’(/ula /)]
Pada ayat (13), [budɔ] berfungsi sebagai aktor (Actor) yang melakukan tindakan dengan tujuan tertentu. Berdasarkan ayat ini juga, peranan aktor adalah pelaku yang melakukan [bəli] iaitu [ula]. Manakala [ula]. di sini berfungsi sebagai pengalami (Undergoer). Struktur logik terdapat seperti [do’(/bu.dᴐʔ/,Ø)] menyebabkan[menjadi /bəli /’(/gu.la/)].
14. [anɔ ɲᴐ tɛ di mɔ] [kaki] = lokatif
Anak dipukul ibu Pasif
Ibu memukul (kaki) anaknya. Aktif [anɔ] = Undergoer
[mɔ] = Aktor-agen
SL = [do’(/mɔ/,Ø)] menyebabkan[menjadi /tɛ /’(/anɔ/)]
Pada ayat (14) di atas, [anɔ] berfungsi sebagai pesakit ia juga penderita atau pengalami (Undergoer) kerana kena [tɛ] oleh ibu. Ia juga, berada di hadapan ayat. Manakala (/mɔ/ sebagai pelaku yang melakukan tindakan tersebut. Seterusnya kata leksikon BMP [tɛ] memiliki era komponen area khusus yang ditunjukkan /tɛ di kaki/. Terdapat SL [do’(/mɔ/,Ø)] menyebabkan[menjadi /tɛ /’(/anɔ/)].
15. [bo di atah mɛdɔ jɔ tɔ]
Buku di atas meja dia letak. Pasif
Dia meletakkan buku di atas meja. Aktif [bo] = Undergoer- tema
[j] = Aktor-agen
SL =[do’(/j/,Ø)] menyebabkan [menjadi /tɔ/’(/bo, mɛdɔ)]
Berdasarkan ayat (15) terdapat argumen sebagai tema iaitu [bo] sebagai tema yang
merupakan perkara-perkara yang terletak atau mengalami perubahan lokasi (gerakan)
perkara-perkara yang terletak atau sedang mengalami perubahan lokasi (gerakan), seperti
dalam buku yang sedang di atas meja. atau contoh ayat bahasa Inggeris Carl putting a book on the table9. sama juga status [bo] ayat BMP di atas.
KESIMPULAN
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa hubungan bahawa ayat pasif [ɲᴐ] B M P m em punyai dua jenis peranan semantik argumen yang terdapat dalam ayat iaitu peranan makro (Macroroles) iaitu pelaku (Aktor) dan pengalami (Undergoer). Peranan khusus argumen dari SL menyebabkan-menjadi terealisasi melalui peranan tematik agen, effektor, lokatif, instrument dan tema. berperanan sebagai pelaku (Actor) berada di bahagian belakang ayat mengikut struktur ayat pasif [ɲᴐ] BMP. Manakala pengalami (Undergoer) hubungan tematik yang berada di posisi hadapan ayat sebagai penderita/pesakit (Patient). Dengan secara aplikasi teoretis, peranan makro (Macroroles) RRG dapat diterapkan dalam BMP. Teori RRG ini juga, berperanan dan memberi kemudahan untuk menentukan peranan inti sebuah kata
kerja dalam struktur ayat. Sehubungan dengan ini, teori RRG juga telah memberikan batasan tentang ciri-ciri sebuah peranan dengan mempermudah para peneliti untuk mengaplikasikan dalam berbagai bahasa.
RUJUKAN
Anak Agung Alit Novita Dewi.el. Struktur dan Peran Semantik Verba Menyetuh Bahasa Bali Subtipe Melakukan- Terjadi Kajian Metabahasa Semantik Alami. Universitas Udayana.
Antonius Maturbongs.2015.Peran Semantis Verba Bahasa Nafri (Semantic Role of The Nafri Language Verbs). Balai Bahasa Provisi Papua. Jalan Yoka. Waena. Distrik Heram Jayapua. Papua.
Ardiana Ali Amat.2010.Operator dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Berdasarkan Kerangka Teori Role Reference Grammar (RRG).Tesis MA.Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Emma L.Pavey. 2010.The Structure of Language An Introduction to Grammatical Analysis. Cambridge. Cambridge University Press.
Kartini Wado. 2003.Struktur Ayat M udah B ahasa P atani. Tesis BA. Universiti Brunai Darussalam.
Kartini Abd.Wahab.2011.Tinjauan Pembentukan struktur Pasif di- berdasarkan tiga pendekatan tatabaahsa generative. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kartini Abd.Wahab.2015. Analisis Struktur Pasif Bahasa Melayu Satu Pendekatan Minimalis. Bangi.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Manoong Laesoh.1990.Ayat Tunggal Dialek Melayu Patani: Satu Analisis Transfomasi-Generatif. Tesis MA.Universiti Malaya.
Maslida Yusof.2015.Perkaitan Semantik-Sintaksis Kata Kerja dengan Kata Kerja Preposisi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paitoon Masmintra Chaiyanara.1983. Dialek melayu patani dan bahasa melaysia: satu kajian perbandingan dari segi fonologi, morfologi, dan sintaksis.Tesis MA.Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Robert D.Van Valin, Jr.2005.Exploring the Syntax-semantics Interface.The State University of New York. University at Baffalo.
Van Valin,R & LaPolla, R.1997. Syntax: structure, meaning and function. Cambridge: Cambridge University Press.
Van Valin,R & LaPolla, R.2005. Exploring the syntax-semantics interface. New York: Combridge University Press.
Van Valin, Jr., Robert D. 2007. The Role and Reference Grammar Analysis of Three-Place Predicates. University of Buffalo. The State of University of New York. Heinrich-Heine Universität Düsseldorf (serial online) [cited 2011 Nov 4].