• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 6

SINTAKSIS: AYAT

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. menjelaskan definisi sintaksis;

2. mengenal pasti binaan subjek dan predikat; 3. menerangkan pola ayat dasar; dan

4. menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan betul.

6.0 PENGENALAN

Pada bahagian Topik 4 yang lalu, kita telah dijelaskan bahawa terdapat dua bidang utama tatabahasa iaitu morfologi (mengkaji perkataan) dan sintaksis (mengkaji ayat). Kedua-dua bidang ini saling berkaitan kerana ketepatan tatabahasa bergantung pada ketepatan ejaan perkataan (morfologi) dan ketepatan susunan perkataan (sintaksis) dalam sesuatu ungkapan. Pada bahagian Topik 6 ini, kita akan mempelajari secara ringkas konsep ayat dalam bahasa Melayu.

6.1 Definisi Sintaksis

Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan

tattein yang membawa erti “menempatkan bersama-sama”. Dengan demikian, sintaksis

dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009),

(2)

sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat.

6.2 Binaan Ayat

Apakah yang ada dalam sesebuah ayat? Secara umumnya, sesebuah ayat itu mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek (pelaku) dan satu predikat (cerita).

a) Subjek

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009) dan Abdullah Hassan (2006), subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Subjek lazimnya adalah perkara yang diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek juga boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa nama.

Contoh:

Bil. Subjek Predikat

i. Ali membeli sebuah basikal.

ii. Dia pergi ke sekolah.

iii. Komputer itu sudah rosak.

iv. Merokok membahayakan kesihatan.

v. Cantiknya mata anak harimau itu.

P

LATIHAN 6.1

Bina tiga ayat yang mempunyai subjek.

i. __________________ __________________________________. ii. __________________ __________________________________. iii. __________________ __________________________________.

(3)

b) Predikat

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Oleh itu, predikat merupakan bahagian ayat yang menceritakan perkara tentang orang, benda, tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi (FS).

Contoh:

Bil. Subjek Predikat

i. Sabri seorang peguam. FN

ii. Kakak mencuci pakaian. FK

iii. Rumah itu sangat besar. FA

iv. Hadiah itu daripada Menteri Besar. FS

P

6.3 Pola Ayat Dasar

Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain. Ayat dasar ini terhasil melalui gabungan dua frasa. Oleh itu, sebelum kita mempelajari pola ayat dasar bahasa Melayu, eloklah kita meneliti terlebih dahulu definisi dan jenis-jenis frasa bahasa Melayu.

LATIHAN 6.2

Bina empat ayat yang mempunyai predikat.

i. Saya _______________________________________________. ii. Ahmad______________________________________________. iii. Kamalia_____________________________________________. iv. Kami_______________________________________________.

(4)

6.3.1 Definisi Frasa

Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Binaan frasa terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. Contoh:

i) Frasa dengan satu perkataan:

Saya guru.

ii) Frasa dengan dua atau lebih perkataan:

Lelaki itu guru.

6.3.2 Jenis-Jenis Frasa a) Frasa Nama (FN)

Definisi

FN ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama (KN), KN Terbitan atau Kata Ganti Nama.

Contoh:

Baju putih ( KN)

Pendatang itu ( KN Terbitan)

Anda semua ( Kata Ganti Nama)

Binaan FN i) Inti + Penerang Contoh: Inti Penerang askar Melayu baju kemeja

ii) Inti + Inti Contoh:

Inti Inti

ibu bapa

(5)

b) Frasa Kerja (FK) Definisi

FK ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Contoh: menjalankan tugas menulis nota Binaan FK i) Inti + Objek Contoh: Inti Objek membaca buku menulis surat

ii) Inti + Penerang Contoh:

Inti Penerang

berbaju Melayu

berjalan kaki

iii) Kata bantu + Inti Contoh:

Kata bantu Inti

sedang menjahit

akan bersurai

c) Frasa Adjektif (FA) Definisi

FA ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang kata intinya merupakan kata adjektif.

Contoh: bijak sungguh gelap benar

(6)

Binaan FA i) Inti + Inti Contoh: Inti Inti lemak manis baik buruk

ii) Inti + Kata Nama Contoh:

Inti Kata Nama

biru laut

muda remaja

iii) Kata Penguat + Inti + (Kata Penguat) Contoh:

Kata Penguat Inti (K Penguat)

sangat bijak sekali

sungguh baik benar

iv) Kata bantu + Inti Contoh:

Kata Bantu Inti

belum besar

sudah busuk

d) Frasa Sendi (FS) Definisi

FS ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama. Contoh:

Hadiah itu daripada penghulu.

Binaan FS i) KS + FN

(7)

Contoh:

KS FN

ke sekolah

pada waktu pagi

ii) FS + KN Arah + FN Contoh:

FS KN Arah FN

dari dasar lautan

dengan belakang pedang

iii) KS + KN Arah + FN + Keterangan Contoh:

KS KN Arah FN Keterangan

ke barat Belanda pada tahun lepas

di utara Perak pada pagi tadi

6.3.3 POLA AYAT DASAR

Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola atau bentuk ayat dasar iaitu:

a) FN + FN b) FN + FK c) FN + FA d) FN + FS a) FN + FN Contoh: FN FN Alia guru

Ismail ketua pengawas

b) FN + FK Contoh:

(8)

Ahmad membaca buku

Anak itu sedang terbang

c) FN + FA Contoh:

FN FA

Siti sedang sakit.

Kamarul gagah.

d) FN + FS Contoh:

FN FS

Derma ini daripada pihak sekolah. Angin sejuk dari selatan

Bil. Ayat Pola

1. Bapa Ali ialah Encik Aziz FN + FN

2. Bunga itu wangi.

3. Azmir menjadi pegawai polis. 4. Buah durian dari Perak. 5. Abu sedang bermain bola. 6. Hari ini hari Jumaat 7. Buku ini dari Eropah. 8. Kotak ini sudah pecah.

LATIHAN 9.3 LATIHAN 6.3

(9)

6.4 Jenis-Jenis Ayat

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Berikut akan dijelaskan jenis-jenis ayat tersebut.

a) Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.

Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.

Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan sesuatu perkara. Dalam lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan pula, ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh-contoh Ayat Penyata:

1) Azimah tukang masak.

2) Mereka ialah pemain bola sepak. 3) Muthu sedang tidur.

4) Kerani itu sentiasa tersenyum. 5) Nani membeli pakaian dari kedai itu. 6) Pesakit itu berada di hospital.

b) Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

(10)

Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda soal (?) pada akhir ayat itu. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan.

Contoh-contoh Ayat Tanya:

1) Tuan Ismail pengurusnya? 2) Puan Shafikah suri rumah? 3) Adik masih menangis? 4) Apa benda itu? 5) Siapa datuknya?

6) Di manakah rumah awak?

c) Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu:

i. Ayat Suruhan

Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

Contoh:

1. Keluar dari bilik ini! 2. Pergi dari sini!

3. Sila tinggalkan tempat ini. 4. Kemaskan barang-barang anda.

ii. Ayat Larangan

Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan. Dengan demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar jangan melakukan sesuatu.

Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata, jangan, usah atau tak usah di depan ayat perintah.

(11)

Contoh:

1. Jangan berdiri di sana.

2. Jangan pergi sebelum aku datang. 3. Usah pergi sebelum aku datang. 4. Awak tak usah datang lagi. 5. Kamu jangan beritahu dia.

iii. Ayat Silaan

Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi dan jemput sebelum kata kerja.

Contoh:

1. Sila datang ke rumah saya. 2. Silalah masuk.

3. Jemput minum. 4. Jemputlah makan.

iv. Ayat Permintaan

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong dan mohon dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh:

1. Tolong tutup tingkap bilik itu. 2. Minta kamu semua berenang. 3. Tolong masak air.

(12)

d) Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh,

amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh:

1. Amboi, garangnya kucing itu! 2. Aduhai, gagal lagi!

3. Nah, ambil baju ini! 4. Aduh, sakit kakiku!

5. Cis,penderhaka rupanya kamu! 6. Wah, comelnya anak arnab itu! 7. Syabas, anda sudah berjaya! 8. Oh, saya terlupa lagi!

(13)

(Sumber: www.bharian.com.my)

LATIHAN 6.4

(14)

6.5 Ragam Ayat

Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.

a) Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.

Contoh:

1. Yusof mencabut rumput. 2. Singa itu mengejar seekor rusa. 3. Ribut melanda Amerika Syarikat. 4. Ali mendang bola itu.

5. Atiah menulis surat itu.

b) Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.

Contoh:

1. Rumput dicabut oleh Yusof. 2. Seekor rusa dikejar oleh singa. 3. Amerika Syarikat dilanda ribut. 4. Bola itu ditendang oleh Ali 5. Surat itu ditulis oleh Atiah.

6.6 Ayat Majmuk

Selain ayat dasar atau ayat tunggal, bahasa Melayu juga mempunyai ayat majmuk. Berikut akan dijelaskan secara ringkas ayat majmuk bahasa Melayu.

SUBJEK KATA KERJA OBJEK

SUBJEK

(15)

6.6.1 Definisi Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.

6.6.2 Jenis-Jenis Ayat Majmuk

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: 1. Ayat Majmuk Gabungan

Dua ayat atau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,lalu dll.

Contoh: Saya dan dia minum teh. i. Saya minum teh ii. Dia minum teh

= Saya dan dia minum teh.

2. Ayat Majmuk Pancangan

Ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang dipancang menjadi satu ayat majmuk.

Jenis:

a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang)

Contoh: Saya membeli kasut yang berwarna biru. i. Saya membeli kasut.

ii. Kasut itu berwarna biru.

= Saya membeli kasut yang berwarna biru.

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa) Contoh: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.

i. Dia mengetahui (sesuatu) ii. Ahmad telah pergi

= Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.

c) A.M. Pancangan Keterangan

Contoh: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. i. Saya tidak dapat hadir.

(16)

= Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

3. Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu jenis (banyak ayat majmuk) Contoh:

Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka

yang keletihan sudah lama tidur.

RUMUSAN

 Sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

 Subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

 Predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

 Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain.

 Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat.

 Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

 Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

 Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

 Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.

 Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.

(17)

 Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.

KATA KUNCI

1. Sintaksis 2. Frasa 3. Subjek 4. Predikat 5. Frasa Nama 6. Frasa Kerja 7. Frasa Adjektif 8. Frasa Sindi 9. Ayat Dasar 10. Ayat Aktif 11. Ayat Pasif 12. Ayat Penyata 13. Ayat Tanya 14. Ayat Perintah 15. Ayat Seruan 16. Ayat Majmuk

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan tatabahasa. 2. Predikat ialah bahagian terpenting dalam binaan ayat. Nyatakan komponen yang

terdapat dalam bahagian predikat.

3. Terdapat pelbagai jenis objek. Terangkan jenis-jenis objek yang terdapat dalam bahasa Melayu.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei

lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009).

Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka

(18)

Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa

Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Referensi

Dokumen terkait

Fungsi utama yang diharapkan dalam website ini adalah perhitungan portofolio saham dengan menggunakan teori HM Markowitz sehingga dapat membantu pengambilan keputusan bagi

Perbedaan pada penelitian sekarang dengan penelitian sebelumnya terletak pada tujuan penelitian yaitu peneliti ingin mengetahui hubungan antara kecemasan dengan kualitas tidur

Pengolahan data awal untuk Peta Laut No.102 sebagai input data merupakan peta laut dengan ekstensi (*bmp) sebagai data Sistem Informasi Geografi (berupa data digital

Efektifnya pelaksanaan praktik kerja industri diikuti dengan tingginya kemampuan komunikasi, disiplin, dan kerja sama siswa, dimana indikator-indikator kemampuan tersebut yang

Zirconia merupakan bahan keramik yang mempunyai sifat mekanis baik dan banyak digunakan sebagai media untuk meningkatkan ketangguhan retak bahan keramik lain diantaranya

De#nisi akuntansi manajemen 'an mempun'ai linkup luas di!erikan &le$ Manaement A))&untin Pra)ti)es -MAP2 6&mite 'an di!entuk &le$

Penelitian ini merupakan suatu studi retrospektif cross-sectional analytic untuk melihat hubungan eosinofil dan neutrofil darah tepi terhadap derajat keparahan

Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari