• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment Sejarah Perkembangan Bahasa M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Assignment Sejarah Perkembangan Bahasa M"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN

___________________________________________________________________________ HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER MEI 2014

___________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 24hb Jun – 6hb Julai 2014. Serahan selepas 6hb Julai 2014 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

(2)

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

 Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

 Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

(3)

SOALAN TUGASAN

Sejarah bahasa menunjukkan bahasa Melayu berkembang berdasarkan zaman yang ditandakan mengikut masa. Bahasa Melayu dikatakan bermula dengan bahasa Melayu purba, diikuti bahasa Melayu kuno, kemudiannya bahasa Melayu klasik dan akhir sekali sebagai bahasa Melayu moden. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh pengkaji bahasa dalam menentukan sejarah perkembangan bahasa Melayu ini. Ada pendapat yang membahagikan sejarah bahasa Melayu kepada dua bahagian, iaitu sejarah bahasa Melayu sebelum merdeka dan sejarah bahasa Melayu selepas merdeka. Ada juga yang mengkategorikan sejarah bahasa Melayu mengikut jangka masa wujudnya bahasa Melayu itu sendiri.

Berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, kaji dan teliti kedudukan bahasa Melayu berdasarkan perkara-perkara berikut:

(a) Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia.

(b) Berikan pendapat anda mengenai perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sama ada telah mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan atau sebaliknya.

Laporkan hasil kajian anda dalam bentuk penulisan ilmiah yang betul.

Sila rujuk kepada rubrik yang telah disediakan berkaitan dengan pemarkahan dan juga kandungan tugasan.

(4)

RUBRIK TUGASAN HBML4103 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU / MEI 2014

KRITERIA PEMBERATAN SANGAT

LEMAH

LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG MARKAH

0 1 2 3 4

Pengenalan huraian konsep bahasa Melayu selepas merdeka.

2 Tiada

Pengenalan tentang tajuk ringkas. Objektif penulisan juga secara ringkas sahaja.

Huraian ringkas tentang konsep bahasa Melayu selepas merdeka.

Tiada rujukan yang diambil daripada tokoh kajian sejarah bahasa Melayu.

Penulisan

berdasarkan kriteria berikut:

Pengenalan tentang tajuk sederhana. Objektif penulisan dinyatakan.

Huraian tentang konsep bahasa Melayu selepas merdeka agak jelas.

Merujuk kepada pendapat hanya satu tokoh ahli bahasa yang berkaitan.

Hanya satu contoh penggunaan bahasa Melayu selepas merdeka disertakan.

Penulisan

berdasarkan kriteria berikut:

Pengenalan tentang tajuk baik dan jelas. Objektif penulisan dinyatakan dengan baik.

Huraian konsep bahasa melayu selepas merdeka dibuat dengan jelas.

Merujuk kepada pendapat sekurang-kurangnya dua tokoh ahli bahasa yang berkaitan.

Sekurang-kurangnya dua contoh

penggunaan bahasa Melayu selepas merdeka disertakan.

Penulisan

berdasarkan kriteria berikut:

Pengenalan tentang tajuk amat baik dan jelas. Permasalahan dan objektif

penulisan dinyatakan secara spesifik dan amat berkaitan.

Huraian konsep bahasa Melayu selepas merdeka amat baik dan jelas.

Merujuk kepada pendapat sekurang-kurangnya tiga tokoh ahli bahasa yang berkaitan.

Sekurang-kurangnya tiga contoh

penggunaan bahasa

(5)

KRITERIA PEMBERATAN SANGAT

LEMAH LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG

MARKAH

0 1 2 3 4

Melayu selepas merdeka disertakan.

Laporan kajian lepas mengenai Pendidikan dan Matlamat pendidikan berdasarkan penggunaan bahasa Melayu.

3 Tiada laporan diberikan.

Huraian matlamat pendidikan hanya menyalin semula laporan yang dirujuk. Laporan yang dirujuk tidak mencukupi.

Hujah yang longgar, tiada pendapat sendiri tentang penggunaan bahasa Melayu dalam laporan pendidikan yang dikemukakan. Tiada rujukan kepada tokoh kajian bahasa.

Huraian matlamat pendidikan agak jelas. Hanya

mengemukakan satu sahaja laporan yang berkaitan dan huraian yang

diberikan agak baik.

Hujah dan idea yang dikemukakan tentang laporan dan penggunaan bahasa Melayu agak baik. Perbincangan disokong dengan pendapat daripada satu sumber rujukan ahli bahasa yang relevan.

Huraian matlamat pendidikan jelas. Sekurang-kurangnya mengemukakan dua laporan yang

berkaitan dengan huraian yang baik dan jelas.

Hujah dan idea yang dikemukakan tentang laporan dan

penggunaan bahasa Melayu baik dan mantap.

Perbincangan disokong dengan pendapat daripada dua sumber rujukan ahli bahasa yang relevan.

Huraian matlamat pendidikan amat jelas dan

menunjukkan kepentingan bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pendidikan. Sekurang-kurangnya mengemukakan tiga laporan atau lebih yang berkaitan dan dihuraikan dengan amat baik dan jelas.

Hujah dan idea tentang laporan dan penggunaan bahasa Melayu amat baik dan mantap. Menampakkan percambahan pemikiran yang bernas dan mantap. Perbincangan disokong dengan pendapat daripada

(6)

KRITERIA PEMBERATAN SANGAT

LEMAH LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG

MARKAH

0 1 2 3 4

tiga atau lebih sumber rujukan ahli bahasa yang

berkaitan dan relevan.

Pendapat tentang

perkembangan bahasa Melayu dalam

pencapaian matlamat pendidikan di Malaysia.

3 Tiada pendapat

diberikan.

Pendapat yang diberikan adalah ringkas. Hujah tentang

perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat

pendidikan di Malaysia tidak disokong dengan sumber rujukan serta pendapat ahli bahasa yang berkaitan.

Pendapat yang diberikan agak baik dan berkaitan. Hujah dan idea tentang perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan di Malaysia diulas dengan agak baik. Sekurang-kurangnya memberikan dua pendapat tentang perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan serta disokong dengan dua sumber rujukan dan

pendapat ahli bahasa yang berkaitan.

Pendapat yang diberikan baik dan relevan. Hujah dan idea tentang

perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan di

Malaysia diulas dengan baik. Penulisan menampakkan percambahan pemikiran yang bernas. Sekurang-kurangnya memberikan tiga pendapat tentang perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan serta disokong dengan tiga sumber rujukan dan

Pendapat yang diberikan baik dan relevan. Hujah dan idea tentang

perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan di Malaysia diulas dengan amat baik dan amat jelas. Penulisan menampakkan percambahan pemikiran yang bernas. Fungsi laporan dan

perkaitannya dengan bahasa Melayu sebagai wahana matlamat pendidikan dinyatakan dengan baik. Sekurang-kurangnya

(7)

KRITERIA PEMBERATAN SANGAT

LEMAH LEMAH SEDERHANA BAIK CEMERLANG

MARKAH

0 1 2 3 4

pendapat ahli bahasa yang berkaitan.

memberikan empat pendapat tentang perkembangan bahasa Melayu dalam pencapaian matlamat pendidikan serta disokong dengan empat sumber rujukan dan pendapat ahli bahasa yang berkaitan.

Rumusan dan Kesimpulan

1 Tiada rumusan

dan

kesimpulan diberikan.

Rumusan dan kesimpulan yang ringkas dan tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan

penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan

kesimpulan yang baik dan menjelaskan keseluruhan

kandungan penulisan tetapi tiada

penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.

Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan

kandungan penulisan dengan teliti

(koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.

(8)

Organisasi

Penulisan 1 Tidak tersusun. Tugasan mengandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan sesuai. Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheren dan kohesi).

Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan tugasan.

Tugasan mengandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan penulisan (koheren dan kohesi) agak baik.

Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya penulisan APA.

Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan ejaan diikuti dengan baik. Bahasa yang

digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan penulisan (koheren dan kohesi) adalah baik.

Gaya penulisan APA diadaptasi

sepenuhnya dalam tugasan.

Peraturan tatabahasa, penggunaan tanda baca dan sistem ejaan dipatuhi dan diikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Gaya penulisan APA diadaptasi

sepenuhnya dalam tugasan. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA

sepenuhnya.

4

(9)

PANDUAN PELAJAR : Anda dinasihatkan:

1. Merujuk pada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. 2. Buat pencarian di internet berkaitan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka untuk

mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Merujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh kajian bahasa Melayu yang boleh dipinjam dari perpustakaan.

PANDUAN TUTOR:

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang.

Abdullah Hassan, 1987. Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina

Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap, 1992. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960. “Minggu Bahasa Kebangsaan, apa tujuannya?”. Dalam Dewan Bahasa Jilid IV (Bil.1), Januari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 668-669.

4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan. (jika perlu)

Referensi

Dokumen terkait

• Suku Jawa, Sunda, dan suku-suku yang lain dengan suka rela menerima bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional.. • Bahasa Melayu sudah diajarkan

Bahasa pijin ini disebut Melayu pasar sebagai alternatif dari Melayu Tinggi yang berstandar, bertata bahasa formal, yang digunakan sebagai bahasa resmi di kerajaan,

Bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa resmi Republik Indonesia dan bahasa persatuan bangsa Indonesia Bahasa Indonesia diresmikan penggunaannya

Pidato yang dipakai untuk menyatakan bahasa Melayu menjadi bahasan Indonesia diucapkan dalam bahasa Belanda (Amran Halim 1972: 13)... Sebagai bahasa perantara

Aksara pertama dalam bahasa Melayu atau Jawi ditemukan di pesisir tenggara Pulau Sumatera, mengindikasikan bahwa bahasa ini menyebar ke berbagai tempat di Nusantara dari wilayah

Berdasarkan catatan sejarah, bahasa Melayu tidak saja berfungsi sebagai bahasa perhubungan. Namun, juga digunakan sebagai bahasa pengantar, bahasa resmi, bahasa agama,

Bahasa Indonesia adalah varian bahasa Melayu, sebuah bahasa Austronesia dari cabang bahasa-bahasa Sunda-Sulawesi, yang digunakan sebagai lingua franca di Nusantara

Apakah yang dimaksudkan dengan teori tersebut dan sila beri contoh perkataan di dalam bahasa Melayu dengan jumlah yang mencukupi bagi membuktikan teori ini.. Setakat ini ada dua