• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN

PENDAHULUAN

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi bangsa Melayu. Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia. Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden.

Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan. Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem

(2)

Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang China (dari timur). Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah di Kepulauan Melayu.

Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat awal ialah budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di Alam Melayu tidak diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan sahaja disebarkan oleh

(3)

pedagang-pedagang India, tetapi turut disebarkan oleh orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India.

Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting di India. Segala hasil seni kesusasteraan klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis dalam bahasa ini. Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu.

Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan. Misalnya, beberapa perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk menamakan bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, tumbuh-tumbuhan, senjata dan ilmu pengetahuan.

Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang perbendaharaan katanya dalam menyatakan perkara-perkara tertentu atau berkemungkinan orang-orang Melayu ingin menaikkan taraf bahasanya ke arah bahasa sarjana untuk menyatakan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.

Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Namun perkembangan Bahasa Melayu dipergiatkan lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu selepas Merdeka. Namun untuk tujuan kertas kerja ini, perbincangan hanya difokuskan kepada sejarah perkembangan Melayu selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah ke hari ini kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan tokoh-tokoh bahasa Melayu di Malaysia.

(4)

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi.

Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

(5)

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

a. Bahasa Melayu Kuno, b. Bahasa Melayu Klasik dan c. Bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu Ace Ahead Bahasa Malaysia (2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

Bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,

(6)

bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu Berang Kuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasasti tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasasti yang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi (Amat Juhari Moain 1994).

(7)

Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara. Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M), (Nik Safiah Abd. Karim. 1992).

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

(8)

Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

2. Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(9)

6. Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala Lumpur.

7. Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2

Februari 2003.

9. A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh kerana konsep bilangan banyak dan bentuk kata nama berbeza antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, beberapa kaedah boleh digunakan dalam menterjemah kata nama Arab ke melayu,

 Bahasa Melayu kuno merujuk bahasa Melayu yang digunakan pada batu-batu bersurat atau prasasti yang dijumpai di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka, yang mewakili bahasa Melayu

1994:24 16 Yang berikut ialah masalah-masalah yang dihadapi dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kecuali. A persaingan dengan

B.. Daripada Jadual 5 di atas, didapati bahawa bahasa Melayu-Proto dan bahasa Melayu. Keempat-empat bahasa ini memperlihatkan peratusan lebih daripada 85 peratus, kecuali bahasa

Kesannya, semangat cintakan bahasa semakin pudar kerana rakyat tidak melihat Bahasa Melayu sebagai satu aset yang penting untuk maju sedangkan kita sepatutnya lebih gigih

Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh

Sementara itu, bukti-bukti yang tertulis mengenai pemakaian bahasa Melayu dapat itu, bukti-bukti yang tertulis mengenai pemakaian bahasa Melayu dapat ditemukan pada

• Bahasa Melayu di angkat menjadi bahasa Indonesia karena bahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pergaulan, khususnya perdagangan lingua franca di Nusantara dan bahasa melayu