http://cgisaiman.blogspot.com/2012/03/assignment-sejarah-perkembangan-bahasa.html
SUNDAY, 11 MARCH 2012
HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Assignment / kertas kerja yang mengupas faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu tidak berupaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Hmmm...kalau assignment ni, bermanfaat anda dibenarkan menceduk isi-isinya dan jika sebaliknya sila tinggalkan komen. Terima kasih.
ABSTRAK
Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang-gemilang dalam sejarah. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan bahasa perundangan, bahasa sastera dan bahasa perhubungan. Kini, segala-galanya telah berubah disebabkan oleh arus globalisasi. Bahasa Melayu kini terpinggir dari sudut fungsinya sebagai media penyampai ilmu dan informasi. Kemajuan dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi dan maklumat seolah-olah menghimpit perkembangan bahasa Melayu. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas dan merungkaikan persoalan yang menyebabkan bahasa Melayu kehilangan upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia, terutamanya bahasa Inggeris. Dalam kertas kerja ini juga akan membincangkan secara ringkas peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu. Berdasarkan kertas kerja ini, bahasa Melayu adalah setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia dari segi keupayaannya sebagai bahasa-bahasa ilmu kerana kesediaannya menerima maklumat mengikut siuasi dan keperluan semasa.
1.1 PENGENALAN
Bahasa, menurut Kamus Besar Bahasa Melayu bermaksud bicara, unjuran, tatatertib, sopan-santun, tingkah laku yang baik, pertuturan atau percakapan yang baik (Zainal Abidin Safarwan 1996:128). Era globalisasi mencetuskan perkembangan ilmu yang begitu pesat dan pantas, serta memberikan impak secara langsung dan tidak langsung terhadap bahasa Melayu. Di Malaysia, akibat daripada persepsi negatif terhadap keupayaan bahasa Melayu oleh beberapa pihak, menyebabkan bahasa ini hampir terpinggir daripada fungsi asalnya yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu digunakan secara rasmi dalam segala urusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Awam. Pada tahun 2003 bahasa Melayu dan pendukung setianya telah menerima satu tamparan hebat apabila bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah. Bahasa Melayu dipinggirkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Inggeris dianggap lebih mantap dan sesuai sebagai bahasa ilmu tinggi.
bidang sains dan teknologi. Kenyataan ini sepatutnya membuka mata dan minda kita, bahawa bahasa Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu tinggi dan mengharungi arus globalisasi. Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang dapat mengungkapkan konsep-konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi serta berupaya menjadi media mentransformasikan pemikiran dan tindakan bangsa Malaysia secara
1.2 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya Untuk Bersaing Dengan Bahasa-bahasa Lain Di Dunia
Bahasa Melayu sejak awal perkembangannya sudah tumbuh sebagai bahasa ilmu, perdagangan, perundangan dan ketatanegaraan, persuratan mahupun keagamaan. Dalam bidang perdagangan dan ekonomi, ia menjadi bahasa komunikasi antara Raja-raja Melayu dengan Syarikat Hindia Timur British dan Belanda. Kini bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan oleh sesetengah pihak, dengan menjadikan era globalisasi dan perkembangan sains dan teknologi sebagai alasan untuk menafikan keupayaan bahasa ini sebagai media penyampai ilmu. Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang terhadap ketidakupayaan bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia, khususnya di Malaysia. Faktor-faktor tersebut akan dibincangkan di bawah.
1.2.1 Kurangnya Penekanan Dan Penguatkuasaan Terhadap Perkara 152, sebagai bahasa ilmu, komunikasi, bahasa pengantara dan bahasa pergaulan dalam sektor
pentadbiran, pendidikan dan sebagainya.
Bahasa Inggeris masih lagi disanjung dan diutamakan melebihi bahasa Melayu terutama dalam bidang pendidikan, penamaan, pengiklanan perniagaan dan sebagainya. Contohnya, pada tahun 2003 kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), walaupun program tersebut bercanggah dengan dasar yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996. Selain daripada bercanggah dengan perlembagaaan dan dasar pendidikan negara, perkara tersebut juga menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu dan pemangkin terhadap pembangunan negara. Dalam bidang penamaan pula, kita masih lagi dapat melihat nama-nama asing seperti The Sky, The Hotel Palace, Lot Ten, Sunway Lagoon, Langkawi University For Tomorrow, Seremban Two, Green Street Homes
dan sebagainya digunakan di Malaysia.
oleh semua pihak termasuklah beberapa pihak berkuasa tempatan. Kita semua berharap agar semua pihak yang terlibat sedar tentang tanggungjawab masing-masing memartabatkan bahasa Melayu khususnya dalam sistem pendidikan, penamaan, pengiklanan dan sebagainya agar bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain. Kerajaan perlu bertegas dalam hal-hal yang melibatkan bahasa dengan menguatkuasakan penggunaannya dalam pelbagai situasi dan menggunakan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan untuk mengenakan tindakan undang-undang seperti amaran dan dendaan kepada pihak-pihak yang mengabaikan bahasa Melayu. Tiada bukti yang menunjukkan ketegasan kerajaan dalam isu bahasa rasmi negara boleh mendatangkan impak negatif dan kemunduran kepada negara.
1.2.2 Sikap Tidak Yakin Terhadap Keupayaan Bahasa Melayu Sebagai Media
Penyampai Ilmu
Bahasa dan bangsa tidak boleh dipisahkan sehingga wujudnya ungkapan ’Bahasa Jiwa Bangsa’. Maju atau mundurnya sesuatu bahasa itu bergantung kepada kekuatan bangsa itu untuk mendaulatkannya. Perkara yang menyukarkan bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris ialah sikap segelintir individu yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu. Sikap ini wujud disebabkan oleh ketaksuban terhadap bahasa Inggeris yang menjadi lambang prestij sesetengah pihak. Memang tidak dapat dinafikan tentang kepentingan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing dalam menghadapi arus modenisasi dan globalisasi.
Rakyat perlu digalakkan untuk mempelajari bahasa Inggeris, Perancis, Arab, Cina, Rusia, Jepun, Korea, Sepanyol dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang diperoleh melalui bahasa asing perlu disebarkan semula dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Penggunaan bahasa asing sebagai bahasa utama sesebuah negara bukanlah pemangkin utama kepada kemajuannya. Negara jiran yang boleh menjadi contoh dan pengajaran terdekat kepada negara kita ialah negara Filipina yang telah lebih 60 tahun menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ekonomi dan taraf hidup rakyatnya masih lagi tidak membanggakan walaupun menggunakan bahasa Inggeris. Melihat negara kita sendiri iaitu Malaysia, dalam masa kira-kira 30 tahun ke belakang iaitu dari 1970 hingga 2000, kemajuan negara agak membanggakan. Tidak dapat dinafikan antara pemangkin kepada kejayaan tersebut ialah hasil daripada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan sejak dari peringkat sekolah rendah, menengah sehingga di universiti.
golongan intelektual dan profesional telah terdidik dalam bahasa Melayu sejak sekolah rendah kebangsaan, dan ramai daripada mereka yang setanding dengan sarjana dan pakar ilmu bertaraf dunia di luar negara.
1.2.3 Sikap Kurang Prihatin Segelintir Pemimpin Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu
Barisan kepimpinan negara juga memainkkan peranan penting untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Sikap, kesedaran serta kuasa yang dimiliki oleh mereka boleh menentukan kedudukan bahasa Melayu. Keupayaan barisan kepimpinan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan lancar boleh menjadi contoh yang baik kepada rakyat. Hal ini kerana pengucapan ahli politik sering kali menjadi tontonan masyarakat. Golongan marhain atau rakyat biasa tidak akan dapat mencontohi tabiat berbahasa mereka sekiranya golongan pemimpin tidak megah dan kurang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu. Sesuai dengan kedudukannya yang dipandang tinggi oleh masyarakat, ahli politik seharusnya menjadi contoh teladan dalam penggunaan bahasa. Seseorang pemimpin yang berkesan bukan sahaja dapat mengeluarkan idea yang bernas dalam pengucapannya tetapi dapat menuturkan bahasa Melayu dengan betul.
Sering didapati apabila diwawancara, ahli-ahli politik menggunakan bahasa yang bercampur baur dengan bahasa kedaerahan, kenegerian, bahasa pasar dan yang lebih menyedihkan menggunakan istilah-istilah bahasa Inggeris dalam pengucapannya. Penggunaan bahasa yang bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris merupakan satu bentuk pencemaran bahasa. Bahasa ’Mel-Inggeris’ adalah bahasa tahap rendah yang tidak sepatutnya dibiarkan menjadi contoh, apatah lagi dipupuk di kaca televisyen yang besar pengaruhnya. Sekiranya pencemaran bahasa terus diamalkan, ramai orang akan memilih bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu dalam iklan, di televisyen, di pejabat kerajaan, di papan tanda, nama kedai dan syarikat. Ahli politik yang lemah dalam daya pengungkapan dan daya penggunaan bahasa, tidak mungkin dapat memainkan peranan sebagai pemimpin yang bernas dalam memberikan pendapat dan menjadi contoh teladan dalam penggunaan bahasa Melayu.
1.2.4 Kelembapan Aktiviti Penterjemahan Buku-buku Ilmiah Ke Dalam Bahasa Melayu Salah satu alasan yang digunakan oleh pihak yang menyokong penggunaan bahasa Inggeris ialah, masa yang diambil untuk menterjemahkan buku ke dalam bahasa Melayu. Pihak berkenaan merasakan adalah lebih praktikal untuk mendapatkan terus ilmu daripada bahasa asing tanpa perlu menterjemahkannya terlebih dahulu, kerana penterjemahan mengambil masa yang panjang. Malaysia sentiasa ketinggalan dari segi penterjemahan buku daripada bahasa asing. Di Malaysia buku-buku ilmiah, penting dan popular di peringkat dunia, belum pasti dapat menemui pembaca lima atau sepuluh tahun selepas itu. Apabila diterbitkan, maklumatnya sudah ketinggalan atau peminat buku berkenaan telah beralih kepada buku lain yang lebih menarik. Ini jelas dilihat pada buku-buku ilmiah termasuk buku-buku rujukan di universiti yang cepat menjadi tidak kemas kini setelah berada di pasaran untuk beberapa tahun. Malaysia hanya mampu menerbitkan kira-kira 6500 judul buku setahun dan memerlukan usaha yang lebih dalam industri terjemahan buku.
menyuburkan dan memperkasa industri penerbitan yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion setahun. Sekiranya kerajaan boleh membelanjakan wang berbilion ringgit untuk memperkasakan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan, kerajaan juga boleh membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan penterjemahan buku-buku ilmiah dalam bahasa asing. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) yang ditubuhkan pada tahun 1993 hanya berhasil menerbitkan kira-kira 50 judul buku setahun dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat, sains dan sebagainya. Dana yang mencukupi perlu disuntik ke dalam tabung institut itu demi membolehkan Malaysia mengukuhkan industri terjemahan bagi memenuhi agenda negara. Terjemahan dapat membantu meletakkan Malaysia sebagai negara yang agung dari segi budaya ilmu, tanpa mengira sumber atau bahasa asal ilmu itu. Perkara terpenting ialah, ilmu berkenaan berguna dan dapat membantu melonjakkan bangsa ke hadapan supaya bangsa Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Kegiatan terjemahan dapat membantu memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia selaras dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu dan kegiatan ini menjadi semakin penting ketika negara berhadapan dengan ledakan ilmu dan asakan globalisasi yang hebat.
1.2.5 Bahasa Melayu Dianggap Bernilai Rendah Daripada Sudut Ekonomi
Bahasa merupakan salah satu komoditi yang mempunyai nilai daripada sudut ekonomi bagi sesebuah negara. Nilai bermaksud taksiran yang berharga, atau dihargai bagi sesuatu yang dianggap mempunyai nilai ekonomi atau harga tertentu seperti barangan atau komoditi khususnya dalam perniagaan atau pasaran. Komunikasi perniagaan, pengiklanan, pembungkusan barangan dan sebagainya memerlukan bahasa. Kekerapan penggunaan sesuatu bahasa dalam urusan perniagaan menjadi petunjuk atau indikator sama ada bahasa yang digunakan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi ataupun sebaliknya. Sektor perniagaan di Malaysia menggambarkan seolah-olah bahasa Melayu mempunyai nilai yang rendah daripada sudut ekonomi. Ini jelas tergambar melalui iklan, brosur, risalah, majalah dan sebagainya yang digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaaan yang bertujuan untuk memasar dan mempromosikan barangan dan perkhidmatan masing-masing.
1.3 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu
Golongan intelektual mempunyai peranan besar untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu. Kita di Malaysia adalah satu bangsa yang mendiami satu negara. Bangsa yang besar akan menghasilkan karya yang besar dan agung hanya melalui bahasa tamadun tersebut. Golongan intelektual boleh menyumbang buah fikiran mereka ke arah membangunkan bangsa Malaysia melalui pelbagai cara terutamanya dalam bidang penulisan. Bahasa Melayu berupaya menggambarkan jiwa dan roh bangsa melalui hasil penulisan, sama ada karya kreatif seperti puisi, pantun, fiksyen, dan novel, ataupun karya ilmiah yang meliputi pelbagai disiplin ilmu.
Sejak tertubuhnya Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1957, semakin banyak karya ilmiah yang dihasilkan oleh golongan intelektual, khususnya ilmu moden, ditulis dan diterbitkan teksnya atau glosari istilah dalam bahasa Melayu di samping karya yang berupa terjemahan. Karya-karya yang dihasilkan meliputi bidang sains dan teknologi iaitu mengenai kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan pesawat, komputer, teknologi maklumat, perubatan, farmasi, dan bioteknologi, di samping penulisan dalam bidang kesusateraan dan sains sosial, seperti pengurusan sumber manusia ekonomi, dan perdagangan. Penghasilan karya penulisan tersebut dalam bahasa Melayu oleh golongan intelektual membuktikan bahawa bahasa ini mampu untuk menyumbang ke arah meningkatkan nilai jati bangsa Malaysia. Ternyata bahasa Melayu berupaya untuk berbicara tentang ilmu dan menjadikan seseorang individu celik akal tentang pemikiran baru dalam pengembangan ilmu tersebut.
Bahasa Melayu mampu mengembangkan dan menjana sesuatu yang baharu, termasuk dari segi daya kreativiti. Contohnya, jika bangsa Cina dapat mencipta kaedah pengiraan pantas melalui ’arimatik mental’, terdapat juga bangsa Malaysia yang kreatif dengan mencipta cara kiraan pantas berasaskan sistem fonemik bahasa Melayu yang diformula dan dirumus semula yang dikenali sebagai kaedah Mokhdar. Pengasas kepada kaedah ini ialah Mokhtar Hj Mansor, seorang graduan dari Universiti Malaya. Pemikiran dan kajian mendalamnya tentang beberapa isu akhirnya telah melahirkan kaedah ini yang terbukti mampu untuk membantu ramai pelajar dan individu untuk menguasai bidang Matematik dan Sains. Seorang pereka kreatif tempatan, Zulkifli Haron yang berupaya mereka cipta pelbagai peralatan elektronik, hanya memerlukan ketrampilan dalam bidangnya sekalipun tanpa ketrampilan bahasa asing yang tinggi atau ijazah khusus yang berkaitan. Perkara seumpama ini menjadi bukti bahawa bahasa Melayu mampu dan berpotensi menjana minda dan pemikiran kreatif serta melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang perkasa, moden, berilmu, maju daipada segi minda dan pemikiran serta berkembang seiring dengan meluasnya penggunaan bahasa ini dalam pelbagai arena ilmu, baik yang berasaskan sains dan teknologi mahupun yang berteraskan manusia dan kemanusiaan.
kemahuan dan usaha penutur bahasa Melayu, para penggiat bahasa, pemimpin, rakyat biasa, syarikat-syarikat swasta dan kerajaan, ahli-ahli korporat, guru-guru dan sebagainya dalam memartabat dan menentukan halatuju bahasa Melayu. Krisis dan isu yang berkaitan dengan bahasa ini seperti penyisihan, peminggiran, pengabaian dan segala yang negatif dan menyumbang ke arah kemundurannya tidak akan selesai sekiranya faktor-faktor yang mengekangnya tidak diatasi dengan bersungguh-sungguh dan penuh iltizam. Sikap megah bahasa setiap warganegara ini terhadap bahasa Melayu perlu dipupuk dan diberi keutamaan khususnya dalam amalan. Perbincangan dalam kertas kerja ini menumpukan kepada jati diri penutur bahasa Melayu dan rakyat di negara ini dalam menunaikan tanggungjawab untuk memperkasakan penggunaan bahasa ini dalam setiap urusan dan kegiatan harian masing-masing. Sikap tidak yakin terhadap keupayaan bahasa ini sebagai bahasa ilmu merupakan salah satu cabaran atau tembok halangan utama yang perlu diatasi. Pada tahun 1980-an dahulu, dianggarkan hanya 50% rakyat Malaysia dapat bertutur dan memahami bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1996), tetapi kini melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan pasti jumlahnya sudah meningkat. Penguasaan bahasa Melayu bererti juga penguasaan ilmu-ilmu lain kerana pelajaran bahasa menurut kurikulum dan pendekatan bersepadu bukan hanya menitikberatkan penguasaan kemahiran berbahasa, bahkan memasukkan unsur-unsur ilmu daripada semua cabang ilmu. Bahasa Melayu sedang menuju ke tahap pembinaan kebudayaan tinggi yang akan mencipta peradaban bangsa. Cita-cita itu perlu dibina serentak dalam kestabilan politik yang ada, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
2,889 patah perkataan
RUJUKAN
Asmah Hj Omar. (2006). Bahasa Melayu Di Samudera Benih Yang Baik Menjadi Pulau. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Awang Sariyan. (1996). Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Darwis Harahap & Abdul Jalil Hj. Anuar. (2000). Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa Dan Pemikiran Melayu/Indonesia 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open University Malaysia: Selangor Darul Ehsan.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara Dan Bangsa. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Bab 1: Sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSM dan KBSR.
Kementerian pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Bab 1: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR.
Muhammad Aliatan. (2010). Perkembangan Bahasa Melayu. Penerbit Sinar Cemerlang: Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Zainal Abidin Safarwan. (1996). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. : Petaling Jaya.
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
No comments:
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/pemodenan-dan-perancangan-bahasa-melayu.html
BAHASA
MELAYU OUM
RUJUKAN PEMBELAJARAN DI OUM
PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Perkembangan Bahasa Melayu melalui beberapa tahap sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Topik 3. Kini Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini tidak dapat dinafikan amat tinggi kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Perkembangan ini juga menyaksikan era pemodenan Bahasa Melayu. Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan haruslah mencerminkan penggunaan bahasa yang menggambarkan keseluruhan masyarakat yang mendiami negara Malaysia. Bahasa rasmi pula menekankan penggunaan bahasa dalam situasi rasmi misalnya pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, acara rasmi dan sebagainya. Kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam kalangan pengguna bahasa kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam segala urusan rasmi. Jelasnya bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi bahasa rasmi tidak merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi hanya digunakan untuk tujuan tertentu tanpa dikaitkan dengan nasionalisme.
KONSEP DAN DEFINISI
Rajah 4.1: Sutan Takdir Alisjahbana.
Alisjahbana (1965) (Lihat Rajah 4.1) pula mengatakan pemodenan itu sebagai usaha-usaha menyesuaikan konsep-konsep, fikiran-fikiran dan cara-cara berfikir kebudayaan negara-negara sedang membangun dengan konsep-konsep, fikiran-fikiran dan cara berfikir dunia moden, iaitu memodenkan kebudayaan untuk kemajuan ilmu, teknologi dan ekonomi dunia moden. Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.
Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif, dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hal ini melibatkan perekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi sesebuah negara. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting, iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan tarafmementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.
Globalisasi menyaksikan perkembangan ilmu tanpa sempadan yang boleh diterokai oleh mana-mana pihak yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini juga memperlihatkan keutamaan diberikan kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa di samping beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Jerman, Mandarin dan sebagainya. Aspek ini amat berkait rapat dengan perancangan bahasa, khususnya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia yang sedang berusaha untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Bahasa Melayu, sama ada dalam penggunaan umum ataupun penggunaan bidang khusus, merupakan wahana penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Perancangan bahasa juga merupakan fenomena yang berlaku dalam bahasa untuk tujuan umum (BUTU) dan juga bahasa untuk tujuan khusus (BUTK). Asas bagi perancangan bahasa bagi bidang khusus ini adalah untuk membolehkan komunikasi profesional berlangsung dalam Bahasa Melayu.
Perancangan bahasa adalah satu proses yang berterusan dan mengambil jangka masa yang agak panjang. Perancangan bahasa oleh mana-mana negara memerlukan pembentukan satu dasar oleh pemerintah. Noss (1971) melihat hal ini dari sudut perancangan dasar bahasa yang terbahagi kepada tiga, iaitu dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa am. Dasar bahasa rasmi ialah dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah yang menentukan bahasa yang seharusnya digunakan dalam mencapai matlamat tertentu. Dasar bahasa pendidikan ialah dasar bahasa yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang, badan-badan atau negara-negara luar (Asmah, 1985. ms 23).
Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya :
Rajah 4.2: Einar Haugen
Francis X. Karam (1974) telah memetik pendapat Einar Haugen (Lihat Rajah 4.2) bahawa orang yang pertama menggunakan perkataan language planning ialah Uriel Weinreich dalam satu seminar yang diadakan di Universiti Colombia. Namun demikian, orang yang pertama yang menggunakannya sebagai satu konsep dan menjelaskan konsep ini sebagai istilah ialah Einar Haugen sendiri berdasarkan sebuah makalah yang berjudul Planning for a Standard Language in Modern Norway (1959) dan kemudian makalah ini ditukar kepada Language Planning in Modern Norway. Einar Haugen mengatakan bahawa perancangan bahasa itu merangkumi kerja-kerja normatif akademi atau jawatankuasa bahasa, terhadap semua bentuk usaha yang biasa dikenali sebagai pembinaan bahasa dan semua cadangan perubahan atau reformasi bahasa atau pembakuan standard.
Dalam versi klasik, skema perancangan bahasa Haugen merangkumi empat dimensi membentuk pasangan matriks dua-dengan-dua. Bahasa dilihat sebagai norma dan fungsi, dan objek perancangan dilihat sebagai masyarakat dan bahasa. Satu norma dipilih dan dikodkan melalui ortografi, tatabahasa dan leksikal. Pemilihan bahasa tertentu dibuat untuk menduduki tempat tertentu seperti bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Kodifikasi dilakukan dengan menentukan norma sesuatu bahasa. Pada aras fungsi, bentuk yang dipilih dikodkan untuk dijadikan identifikasi standard atau digunakan (implementasi sebagai satu amalan sosial), dan kemudian dihuraikan. Peluasan perlu dilakukan untuk membuktikan kemampuan bahasa menghadapi kehendak-kehendak semasa dalam segala bidang pengetahuan.
(1980), Richard B. Noss (1984) dan S. Takdir Alisyahbana (1976) (dalam Language Planning for Modernization), dan Asmah Haji Omar(1979) (dalam Language Planning for Unity and Efficiency).
Language engineering atau perekasayaan bahasa digunakan oleh G.P. Springer dalam Early Soviet Theories in Communication (1956), Takdir Alisyahbana dalam Language Engineering Moulds Indonesian Language (1961) dan Language Policy, Language Engineering and Literacy in Indonesia and Malaysia (1971), Richard B. Noss (1984), Stephen A. Wurm (1974), Bonifacio P. Sibayan(1974) dan Henri Lavondes (1974). Glottopolitics atau politik bahasa diperkenalkan oleh Robert A. Hall Jr. (dalam tulisannya berjudul American Linguistics 1925-1950 (1951). Selain itu, tokoh bahasa dari Indonesia seperti Amran Halim (Politik Bahasa Nasional 1980) dan Lembaga Bahasa Nasional Indonesia 1974 turut menggunakan istilah yang sama. Istilah glossopolitics juga digunakan oleh Asmah Haji Omar. Language development atau pembinaan bahasa dikemukakan juga oleh Richard B. Noss dalamLanguage Policy and Higher Education 1967 untuk pengertian perancangan bahasa yang dilakukan di negara-negara di Asia Tenggara. Bagi Noss istilah ini merupakan sebahagian daripada ruang lingkup dalam Language Planning (Richard Noss 1984). Tokoh lain yang menggunakan istilah ini ialah Charles A. Ferguson 1968. Language treatment atau perawatan bahasa digunakan oleh Ferdinand Penalosa (1981) untuk berbagai-bagai jenis perhatian yang diberikan oleh masyarakat tentang bahasa. Jenis perawatan bahasa yang terpenting menurut beliau ialah perancangan bahasa. Oleh itu perancangan bahasa merupakan sebahagian sahaja daripada perawatan bahasa. Language management atau pengurusan bahasa, iaitu bahasa itu dibina dan dipupuk untuk menjadi satu bahasa yang berkeupayaan dan mampu digunakan untuk mendukung budaya yang tinggi serta moden.
Neustupny (1974) menyebut dua istilah lagi, iaitu Cultivation Approach dan Cultivation of Language yang menyentuh“...persoalan ketepatan, kecekapan, tahap linguistik memenuhi fungsi-fungsi khusus, masalah stail, sekatan terhadap kapasiti perhubungan dan sebagainya” Istilah Cultivation of Languagemenurut Neustupny mula digunakan oleh P.L. Garvin dalam tulisannya yang berjudul A Prague School Reader on Aesthetics Structure and Style (1964). Selain itu, terdapat beberapa istilah lain yang dikaitkan dengan perancangan bahasa, iaitu A. Peskovskij telah menemukan istilah practical linguistics, iaitu ilmu bahasa amali atau linguistik amali. Bruno Migliorini dan Hspang-Hansen menggunakan pula istilah applied linguistics atau linguistik terapan atau gunaan. Punya Sloka Ray pula memberikan nama prescriptive linguistics atau linguistik preskriptif. Einar Haugen telah menggunakan istilah normative linguistics atau linguistik normatif. Akhir sekali, Valter Tauli menggunakan istilah Theory of Language Planning atau teori perancangan bahasa (lihat Valter Vauli (1974 dan 1968) dalam J.A. Fishman Advances in Language Planning.)
Rubin dan Jernudd dalam bukunya Can Language Be Planned? (1970) (atau bolehkah bahasa dirancang?), telah mengatakan bahawa perancangan bahasa itu membawa maksud pembuatan keputusan tentang bahasa atau decision making about languageyakni segala keputusan yang dibuat untuk bahasa. Hal ini merangkumi keputusan penetapan taraf bahasa dan bahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa, istilah, sebutan, dan kosa kata serta hal-hal lain yang berkaitan dengan bahasa. Dalam tahun 1971 dan 1974, kedua-duanya mengutarakan pandangan lanjutan, iaitu perancangan bahasa sebagai usaha-usaha yang tersusun yang diarahkan kepada perubahan yang difikirkan dan ditimbangkan secara teliti mengenai kod bahasa atau pertuturan atau kedua-duanya sekali.
mendefinisikan istilah ini sebagai kegiatan mengawal atur yang berkaedah dan membaiki bahasa-bahasa yang baru dan sepunya di peringkat daerah, negara atau antarabangsa (Valter Tauli 1974). Das Gupta (dalam Penalosa 1981) berpendapat bahawa perancangan bahasa itu ialah rangkap kegiatan yang difikirkan dan ditimbangkan dengan hati-hati, dan direkasayakan secara bersistem untuk menyusun dan membina daya sumber bahasa sesebuah masyarakat secara terstruktur dan mengikut jadual waktu yang tertentu.
Rajah 4.3: Joshua Fishman.
Springer (1956) dan (1974) yang menggunakan istilah language engineering telah memberikan takrif istilah ini sebagai rujukan kepada usaha-usaha penulisan dan pembakuan bahasa-bahasa separa baku di Kesatuan Soviet. Alisyahbana (1961 dan 1974) menggunakan istilah yang sama bagi maksud pedoman pembinaan bahasa secara sedar dalam konteks perubahan masyarakat, kebudayaan dan teknologi yang lebih besar. Juga dikatakan bahawa istilah ini juga membawa maksud pemindahan pengalaman-pengalaman pengekodan yang lalu pada bahasa-bahasa di Eropah dalam bidang ejaan, kosa kata dan tatabahasa kepada bahasa-bahasa yang baru dibina dengan perancangan dan dipertimbangkan dengan teliti dan rasional.
menentukan bagaimana perkembangan usaha perancangan bahasa bergerak dan sejauh mana keberhasilan usaha yang dilaksanakan.
Dicatat oleh Din Senu
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest
Tiada ulasan: Catat Ulasan
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELA... BAHASA MELAYU ERA GLOBALISASI
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS
BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS DAN INGGERIS BAHASA MELAYU KLASIK
BAHASA MELAYU KUNO
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BLOG PILIHAN
BOLA BALING TERENGGANU
KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2013 ; HARI TERAKHIR - 8 JUN 2013 (SABTU) Kejohanan Bola Baling MSSM memasuki hari terakhir. Dalam proses memuatnaikkan data...
PAPAN LANTAI KAYU LAMINA
GALERI PAPAN LANTAI ROBINA -HASIL DARIPADA PAPAN LANTAI ROBINA *AC12 Quensland Acacia, Narrow Plank* *AC21 Acacia 2-Strip* *AL31 Red Alder* *AS21 Tropea Ash* *AS21 Tropea Ash* *AS...
BINA BUNGALOW SENDIRI
TAZKIRAH RAMADHAN 2 : MASBUK DAN MUAFIQ -[image: Bismillah] *Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang ma’mum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada m...
KOKURIKULUM SK KUALA DUNGUN
TAZKIRAH RAMDAHN : TAUBAT -Assalamualaikum.... Taubat ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud rasa bersalah atau menyesal di atas perlakuan atau perbuatan yang yang salah a...
WALLPAPER
T'SHIRT MURAH UNTUK TEMPAHAN -Baju T untuk murah untuk tempahan disekitar daerah Dungun dan Kemaman.... Kualiti dijamin sangat memuaskan... *Baju pendidkan Jasmani unuk murid prasekola...
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata “Melayu” . Asal usul perkataan ini sebenarn...
LARAS BAHASA IKLAN
Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan ...
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PENGENALAN Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, ...
BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahas...
TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU
Terdapat beberapa tokoh-tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya: Tun ...
INFO UNTUK ANDA
DEMI MASA!...
ADMIN
Din Senu
Lihat profil lengkap saya
FOLLOW ME
Google+ Followers
APA KATA ANDA...
Home
About Che Zan
Post
Contact
Thursday, October 16, 2008
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
MASALAH YANG TIMBUL DALAM MASYARAKAT KINI
TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
pihak yang bertanggungjawab untuk memelihara Bahasa Melayu?. Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara Bahasa Melayu?
Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi bagi menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.
Perkembangan menakjubkan berkenaan dengan Bahasa Melayu dan DBP ialah dapat mengeratkan hubungan diplomatik dua negara. Peranan bagi membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam segala bidang termasuk teknologi dan sains secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China yang terjalin sejak lebih tiga dekad yang lalu.
Berdasarkan suatu rencana Berita Harian, 22 Ogos 2007 lawatan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) untuk membincangkan tentang projek sekolah bahasa antarabangsa yang dibina di Pulau Pinang. Di samping itu, DBP juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan satu penerangan seperti kuliah yang bertajuk “Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan” yang disampaikan oleh Munsyi Dewan kepada para pelajar BFSU. Hubungan diplomatik yang erat ini dapat mengembangkan bakat
kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Detik demi detik matlamat DBP makin hampir. Kejayaan 52 tahun dahulu mungkin mampu diulangi dengan gemilang.
Selain itu, DBP juga menjalankan pelbagai program dalam mengusahakan memperkembangkan bakat kesusasteraan. Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium
penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan menerbitkan atau
membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti
mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.
Masalah yg timbul dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu juga wujud hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Sebagai contoh, maklumat-maklumat kajian yang diperoleh dari negara asing tidak boleh dimelayukan kerana ia akan menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat. Perkembangan dalam kajian perubatan sehingga hari ini telah melahirkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang begitu banyak. Tambahan pula, istilah yang digunakan adalah sama di seluruh dunia. Jika istilah-istilah ini dimelayukan, kekeliruan akan timbul bukan sahaja terhadap pengguna, malahan juga pedagang dan peniaga ubat-ubatan dari negara luar dan ini amat merbahaya.
Tambahan pula, penterjemahan buku-buku berbahasa Inggeris adalah kurang kerana langkah ini memerlukan tenaga professional dalam melakukan penterjemahan. Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini menimbulkan masalah dalam masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu melalui teknologi internet dan dunia komunikasi. Contohnya, penggunaan Bahasa Melayu yang salah sangat meluas. Contohnya, wujudnya bahasa ‘sms’ dan bahasa internet yang merosakkan Bahasa Melayu. Isu ini telah membelenggu bukan sahaja Malaysia, malahan juga negara-negara asing seperti Australia dan Eropah sehingga sampai ke suatu tahap dimana penggunaan bahasa sms dibenarkan dan dijadikan bahasa yang sah. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi turut menimbulkan sedikit salah faham tentang maksud sesuatu perkataan. Sebagai contoh dalam bidang penerokaan angkasa lepas, istilah angkasawan merujuk kepada maksud yang sama dengan ‘astronaut’ dan istilah yang digunakan oleh masyarakat di negara China iaitu ‘taikonaut’
Selain itu, perkembangan teknologi juga telah meletakkan Bahasa Melayu pada satu tahap dimana ia dianggap kurang penting kerana peralatan dan perisian komputer pada masa kini menggunakan bahasa-bahasa asing seperti Jepun, Inggeris, dan juga Rusia yg merupakan negara pengeluar
teknologi-teknologi tersebut. Kesannya, semangat cintakan bahasa semakin pudar kerana rakyat tidak melihat Bahasa Melayu sebagai satu aset yang penting untuk maju sedangkan kita sepatutnya lebih gigih berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu melaui penerokaan dalam bidang teknologi dan sains sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat negara Jepun sehinggakan mereka mampu menggunakan seratus peratus Bahasa Jepun dalam semua bidang termasuk sukatan pelajaran di negara mereka.
Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu kian merosot penggunaannya dalam masyarakat terutamanya para belia. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa asing kepada belia dalam negara kita. Mengapa semua ini berlaku? Tepuk dada tanyalah selera. Mungkin kita perlu melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam hingga ke akar umbi. Ini disebabkan isu penggunaan bahasa Melayu bukanlah isu remeh yang boleh dipermainkan oleh sesiapa saja. Tambahan pula, dalam perlembagaan persekutuan ada memperutukkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menerusi Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanpun, masih wujud sesetengah pihak yang ego dan sombong dengan mencampuri Bahasa Melayu dengan bahasa Asing. Siapakah mereka?
Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baru namun isu ini sudah lapuk. Tetapi masyarakat tidak boleh memandang enteng kerana ini berkaitan maruah negara. Maka tidak wajarlah Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ataupun bahasa sampingan sahaja dimana sahaja termasuklah institusi undang-undang seperti mahkamah. Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, dan mahkamah tengah.
Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. 20 tahun telah berlalu, sistem perundangan masih belum mencapai matlamatnya dalam penggunaan Bahasa Melayu. Ini disebabkan kurangnya nasionalisme dalam seseorang pengamal perundangan kini. Bahasa Melayu telah ‘dirojakkan’ oleh peguam-peguam ini untuk membuat lontaran hujah.
Menurut Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (1988: 38) bahawa usul penggunaan Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu dalam bidang perdagangan dan perniagaan dalam setiap seminar sama ada peringkat negeri mahupun peringkat antarabangsa namun telah ditolak. Ini disebabkan wujud pemikiran sempit daripada beberapa golongan memikirkan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, maka Bahasa Melayu tidak wajar menggantikan peranan dalam perniagaan dan perdagangan kini. Apabila menyingkap sejarah dunia, Bahasa Melayu dilihat mampu dijadikan sebagai ‘lingua franca’ abad ke-21. Ini dapat dilihat Bahasa Inggeris digantikan dengan Bahasa Perancis di Quebec, Kanada (1988: 38). Penggantian itu dilakukan menerusi Undang-Undang 101 Negeri Quebec.
Tambahan pula, menurut Perdana Menteri Quebec, Encik Levesque (1988: 38) bahawa kita harus menjamin bahawa orang Quebec akan dapat mengalami perkembangan ilmu dan teknologi pada masa akan datang dalam Bahasa Perancis. Maka hari ini Bahasa Perancis dipertuturkan oleh 130 juta penutur diseluruh dunia (2004). Ini yang perlu dilihat oleh setiap lapisan masyarakat.
Sementara itu, kekangan yang wujud dalam perkembangan penggunaan Bahasa Melayu disebabkan perlumbaan sektor swasta dalam mendominasi Bahasa Inggeris dalam setiap urusan. Menjelang acara Sukan Komanwel 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pernah menegur penganjur sukan berprestij itu iaitu Ninety Eight Berhad kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam kempen dan promosi temasya ke-2 terbesar di dunia itu (1998: 38). Sementara itu, objektif penubuhan Gerakan Bahsa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) gagal kerana kebanyakan syarikat baru di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menggunakan Bahasa Inggeris. Akibat kelonggaran dari segi pelaksanaan maka tidak mustahil Bahasa Melayu bakal dianak tirikan oleh negara sendiri. Presiden BSKL, Yang Berbahagia Dato’ Muhd. Salleh Majid (1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas dalam undang-undang mahupun peraturan-peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi institusi kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam komunikasi harian.
Oleh sebab itu, masyarakat hari ini lebih tertumpu dalam penguasaan Bahasa Inggeris daripada
memperkasakan Bahasa Melayu. Ini dapa dibuktikan menerusi suatu kajian oleh sebuah syarikat akhbar tempatan mendapati akhbar harian yang paling laris jualannya di Malaysia ialah akhbar Cina yang mencecah 350,000 naskah sehari manakala akhbar Inggeris akhbar kedua tertinggi dan malangnya akhbar Melayu mencatat jualan yang terendah daripada ketiga-tiga jenis akhbar. Natijahnya, masyarkat kini kurang berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu secara tidak langsung orang Melayu dianggap kurang membaca.
Kemerosotan penggunaan Bahasa Melayu tidak harus dilihat secara umum sebaliknya secara khusus. Ini memboleh penumpuan diberika secara lebih proaktif. Justeru, dasar pendidikan negara perlu dipertikai kerana dasar ini yang menjadi akar kepada perkembangan Bahasa Melayu kini. Apabila kita menoleh sejenak ke belakang awal 80-an dimana kerajaan giat mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia. Namun usaha tersebut terbantut dipertengahan jalan kerana wujud anasir-anasir tertentu yang menjadi kekangan.
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Majlis Kongres Tamadun Melayu (1989: 43) bahawa pengajian Bahasa Melayu tidak seharusnya hanya mampu menggali, mencari, dan mengilap-gilap terma budaya Melayu yang lama dahulu tetapi
seharusnya mampu menganggap perngertian dinamisnya dalam konteks perubahan masyarakat Melayu moden yang sedang memasuki abad ke-21. Kelangsungan daripada menjayakan suatu wawasan yang cenderung ke arah sains dan teknologi, maka Bahasa Melayu telah dikorbankan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada tahun 1970, para cendikawan Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu
melahirkan kebimbingan tentang polarisasi di negara ini. Pada dekad itu, Bahasa Melayu ditekankan sebagai Bahasa Perpaduan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum pada zaman kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Namun dengan langkah kerajaan memberi penekanan yang serius pada penggunaan Bahasa Inggeris pada tahun 1990-an sehingga mengatasi Bahasa Melayu dalam aspek-aspek kehidupan yang
pengantar untuk subjek Sains dan Matematik telah merencatkan perkembangan Bahasa Melayu yang telah diusahakan sejak zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lagi. Secara tidak langsung ramai pelajar berlumba-lumba menguasai Bahasa Inggeris sehingga sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit. Inilah fenomena masyarakat kini yang mampu melenyapkan khazanah bangsa dan negara.
Tambahan pula, mengikut statistik pungutan pendapat yang dijalankan oleh Bernama
(www.bernama.com) (2001: 1) tentang ‘adakah Bahasa Melayu relevan dalam pengajian tinggi swasta? dan adakah ianya harus ditingkatkan?’ mendapati 94 peratus daripada 110,000 undian dicatatkan oleh laman web tersebut tidak mahu penggunaan Bahasa Melayu digunakan di universiti-universiti dan kolej swasta. Ini mengambarkan suatu perspektif baru sudah wujud dalam mentaliti generasi kini bahawa Bahasa Melayu tidak penting lagi sebagai medium pendidikan kini.
Yang memeritkan lagi, kumpulan pakar Bahasa Melayu masih lagi kurang. Meskipun ada beberapa orang namun tidak semua yang menjalankan kajian bahasa (linguistik) seperti Clifford Geertz (1989: 43). Justeru, usaha demi usaha perlu diikhtiarkan supaya Bahasa Melayu tidak terpinggir daripada arus perdana.
Konklusinya, pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib sama ada pihak kerajaan mahupun masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat terutamanya bangsa Melayu. Malahan setiap perancangan tidak harus sekadar melepas batuk ditangga semata-mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif. Ini dapat dilihat bagaimana langkah kerajaan membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang
diumumkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu (1989: 43). Oleh itu, inisiatif sebegini perlu diteruskan. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari dengan Wawasan 2020.
Posted by Mohamad Fauzan Bin Mat Isa at 8:03 PM
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
Reactions:
8 comments:
MATH STUDENT said...
salam perkenalan. Post yg menarik.
banyak ilmu yg sy dapat.
Jom memartabatkan Bahasa Melayu
May 11, 2009 at 9:55 PM
Nor Anati said...
post yang sangat menarik. membantu saya untuk assignment BAHASA MELAYU
@tiF said...
salam...nice blog... bnyk info... tq
July 29, 2010 at 12:55 AM
AyuniNatirah said...
salam...
sy ayuni,,,!!!sungguh menarik post awk nie...!!!ia membuatkan sy menambahkan ilmu pengetahuan...hehehehe....tapi sy perlu mencari artikel tentang "aspek kesantunan bahasa amat dipentingkan dalam masyarakat melayu"...boleh tak awk bg rujukan sy nk buat tugasan tentang tajuk 2????
September 19, 2010 at 5:01 PM
Anonymous said...
Salam. Membaca blog saudara menjadikan saya bertambah sayang akan bahasa saya sendiri.
Hidupkan bahasa maka akan hiduplah Melayu...
November 24, 2010 at 5:32 PM
Anonymous said...
AMEY- memang sedih..tetapi sebagai rakyat malaysia saya menghargai blog ni kerna dapat membantu saya dalam maklumat...
December 11, 2010 at 3:19 AM
Anonymous said...
kepada p.cik zan terima kasih untuk informasi dr blog ni...jd kami pun blh mantap kan kerja sekolah b.melayu kami...heeee =D
February 8, 2011 at 6:54 PM
nory izecson said...
Yang Ikhlas, Noridah Md Yasin
December 7, 2012 at 7:49 AM
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Advertisement
LinkWithin
11 April 2012: Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
...
Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-55 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
...
Selamat Menyambut Hari Lahir Tun Dr. Mahathir
...
Daulat Tuanku
Tahniah Aaron Aziz
...
get this widget here
1Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Che Zan Blog List
Paul Tan's Automotive News
SPYSHOTS: Mercedes-Benz C-Class Cabriolet - We first saw the two-door coupe companion for the new W205 C-Class back in January. Today it’s time to take a look at the two-door cabriolet C-C-Class, whi...
21 minutes ago
Kumpulan Menyokong UMNO (MYKMU)
Gambar Dyana Sofia Bangun Tidur, apa nak kecoh? - oleh Mc T Alamakk.. kenapa sibuk sangat kita nak hentam si Puteri Dap Dyana Sofia tu. Biarlah dia nak baring atas tilam sambil ambil gambar. Apa ada kes? M...
5 hours ago
Persatuan doktor bantah dasar pengasingan Klinik & Farmasi -Persatuan doktor bantah dasar DS SARINAH MAT KASIM [image: Persatuan doktor bantah dasar DS] *Dr Samigan (empat, kiri ) menyerahkan memorandum bantahan ...
7 hours ago
Politik Harian
Jangan pertikai hak Pemuda UMNO beri penjelasan tentang fakta kes Anwar -Dialog yang telah dianjurkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) Pemuda UMNO Malaysia bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 17 Februari 2015...
2 weeks ago
PAPA GOMO
Fuck Gay - Anwar Ibrahim Al Juburi Simpan Koleksi Gambar Lelaki Hisap Kote Lelaki Auwwwww- Anwar Al Juburi Wal Liwati Al Sodomy nampaknya masih lagi belum mahu sedar dan bertaubat dari kegiatan Homoseksualnya. Walaupun BLOG Papa Gomo dah bersar...
1 year ago
Agenda Daily: Real News For New People
Belum apa-apa dah ada cubaan ‘mandikan’ Naib Ketua Pemuda UMNO - [image: azwanxxc513]Kalau takut
dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.Sebagai orang politik,Khairul Azwan Harun yang baru saja diiystihar menang ...
1 year ago
NukeTech
Online Survey Results- On April 2, we have started an online survey that aimed to gauge the level of public awareness regarding power generation in Malaysia. There were a total o...
Che Det
-
Comments on: Home
-
PISAU.NET
-Popular Posts
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
MASALAH YANG TIMBUL DALAM MASYARAKAT KINI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bah...
Koleksi Rumah VVIP (Part 1)
"Rumah yang indah menjadi idaman setiap individu. Rumah sebagai tempat untuk istirehat dan tempat berkumpul seisi keluarga. Disampin...
Koleksi Kereta VVIP
[Che Zan a.k.a SDR. Mohamad Fauzan Bin Mat Isa] "Kereta merupakan aset yang menjadi lambang keunggulan dan prestasi seseorang individu...
Koleksi Mutiara Kata-kata Hikmah Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz
Meniti arus pemodenan yang pantas berlaku. Malaysia terus melakar pelbagai lakaran kejayaan yang membawa nama negara mahsyur di pentas a...
Usahawan Melayu Terbilang
[Che Zan di hadapan Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah] Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Tun H...
Proton Perdana
Proton merupakan GLC (Government Link Company) yang menyokong dan memperkukuhkan secktor automotif negara. Pelbagai model telah diperkena...
Che Det
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinnya kita telah dipertemukan dengan 2010. Pelbagai sambutan dan majlis diad...
Gaya Tudung Selebriti
" Bertudung adalah tuntutan agama. Dewasa ini, pelbagai gaya tudung dan cara pemakaian ditonjolkan. Tambahan pula, kebanyakan seleb...
Chef Wan
Chef Wan merupakan seorang ikon yang tidak asing lagi dalam bidang masakan tempatan bahkan antarabangsa. Chef Wan atau Datuk Redzuawan Bi...
Mohamad Fauzan Mat Isa
Create your badge
About Me
Mohamad Fauzan Bin Mat Isa
Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman, Malaysia
Anak kelahiran negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah Darul Aman. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional. Kini bekerja sebagai Jurutera Mekanikal di SapuraKencana Petroleum Berhad.
View my complete profile
Feedjit
Blog Archive
► 2012 (12) ► 2011 (74)
► 2010 (47)
► 2009 (25)
▼ 2008 (5)
Mencari Pasangan Mengikut Perspektif Islam
Wabak Zina Rosakkan Minda
Perpaduan Melayu Yang Longgar?
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MEMAR...
Kebejatan Sosial Remaja Kini
MusicPlaylist at MixPod.com
CheZan. Watermark template. Template images by konradlew. Powered by Blogger.