• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asal Usul Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Asal Usul Bahasa Melayu"

Copied!
65
0
0

Teks penuh

(1)

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan

Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

▸ Baca selengkapnya: maka sembah laksamana bahasa melayu standard

(2)

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

(3)

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

 Bahasa Melayu Kuno,

 Bahasa Melayu Klasik dan

 Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

 Pengaruh agama Hindu

 Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai

hierarki yang tinggi.

 Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)

Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

(4)

 Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit

 Susunan ayat bersifat Melayu

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)

Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh,

h (Contoh: sukhatshitta)

Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

 ditulis dalam huruf India

 mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.

 bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

 masih memakai abjad India

 buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c.

batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

 ditulis dalam tulisan Jawi

 membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad

itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

 Zaman kerajaan Melaka

 Zaman kerajaab Acheh

(5)

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

 ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

 banyak ayat pasif

 menggunakan bahasa istana

 kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,

masyghul (bersedih)

 banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,

hatta, adapun.

 ayat songsang

banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

(

kembali ke skema peperiksaan STPM

)

(6)

SAL USUL BAHASA MELAYU

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur

aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini

masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan

Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar

belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok

Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang

kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan

akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun

Sebelum Masehi

Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang

dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir

pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang

Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan

beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu,

Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia

ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada

rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa TibetCina.

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil

:

1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan

lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia

(7)

BAHASA –BAHASA

AUSTRIS

BAHASA-BAHASA

AUSTRO-ASIA

BAHASA-BAHASA

TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA

AUSTRONESIA

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com3. Bahasa-bahasa Melanesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai

bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu

dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang

moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan

sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa

Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat

telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang

(8)

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja

Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,

Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan

bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran

kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan

takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan

tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645

Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan

ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.

Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang

mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan

lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13

Masehi. :

Bahasa-Bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa

Nusantara

Bahasa-bahasa

Polinesia

Bahasa-Bahasa

Melanesia

Bahasa-Bahasa

Mikronesia

(9)

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M

dengan tulisan pada kaki alasnya

4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan

perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa

Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India

dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam tulisan India dengan

beberapa perkataan Arab

3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu.

Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303

M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan

berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa

di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit

mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar

yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di

rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan

serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat

penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah

mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah

bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa

(10)

oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam

“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang

sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis

pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara

mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan

kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama

Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada

tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orangorang di

pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata

Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada

tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu

tersebar.

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia

antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada

pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa

Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa

negeri timur.

3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa

Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah

menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

(11)

tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri

Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap

orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di

wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan

Melayu. Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk

menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang

morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan

usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah

menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara

tokoh-tokoh di Acheh ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)

2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)

3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)

4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat AlSalakin”.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat

lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah

menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad AlBanjari dengan

kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani

pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Click here to buy

(12)

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.comBahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi

adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian

daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20,

tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu

selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin

Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi

Ba’aluwi (1899 M)

Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu

ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa”

(1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada

masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor”

dan “Kitab Pemimpin Johor”.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu

sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi

satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai

bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di

institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas

agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di

pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian

besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

(13)

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku

Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawaipegawai

Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa

Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap

Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah

R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear

dan J. Crawford.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula

terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu

membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang

diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan

dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima

tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan

berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.com

Click here to buy

A YY PDF Transformer 2.0

www.ABBYY.comKemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat

kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk

memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guruguru Melayu dan

ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar

(14)

dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa

Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air

daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini

adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang

diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah

era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi

seluruh Kepulauan Melayu.

Laman Asal :

http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAY

U.doc

(15)

dunia bahasa kita...

Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

R A B U , 5 N O V E M B E R 2 0 0 8

Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu

1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang-orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. 5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. 6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

a. Bahasa Melayu Kuno, b. Bahasa Melayu Klasik dan c. Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. 2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu: a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

(16)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. 7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan) d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)

f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan

mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah

digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu

(17)

tersebar.

b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan

Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :

a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”) b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”) c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”) d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:

1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. 2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.

5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat 6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa

tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

(18)

5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

(19)

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat

penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 1.1.1 Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu

kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

(20)

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. (a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2 Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera

(21)

(bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.

(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya

berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia,

Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang

kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.

Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang

menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada

(22)

sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

1.2 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah. Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.

3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.

Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

(23)

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592. Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.

Peta ini disesuaikan daripada peta dunia yang diselenggarakan oleh UNDP dalam bentuk lembaran.

Mulia, T.S.G. op. cit., m.s. 778.

Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18.

Ibid., m.s. 30.

Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395.

Ibid., m.s. 16. Ibid., m.s. 31-32.

Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.

Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28. Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201. Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2.

Ibid., m.s. 28.

Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198.

Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi. Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55.

(24)

2.1 PENGENALAN

erkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

2.2 BAHASA MELAYU KUNO

Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.

Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera.

Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

2.2.1 Batu Bersurat

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.

(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

(25)

2.2.1.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis

dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy):

Svasti cri

cakavarsatita 605 ekadaci cuklapaksa vulan vaicakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayatra

di saptami cuklapaksa

vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar (Kamvar) mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau

dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang di matada (nau) sukhacitta

di pancami cuklapaksa vulan asada laghu mudita datang

marvuat vanua ... Crivijaya jaya siddhayatra subhika ...

Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.

Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:

vulan = bulan nayik = naik

samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar) mangalap = mengambil (maksudnya mencari)

marlapas = berlepas mamava = membawa vala = bala = balatentera

laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya) dangan = dengan

sarivu = seribu tlu = telu = tiga

sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas vanakna = banyaknya

sukhacitta = sukacita marvuat = berbuat vanua = benua = negeri ko = ke

Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:

Selamat bahagia

pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari

rezeki

pada hari ketujuh bulan terang

bulan jyesta dapunta baginda berlepas dari muara Kampar

membawa askar dua laksa dua ratus orang di perahu

(26)

yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka cita

pada hari kelima bulan terang bulan asada dengan lega datang

membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

2.2.1.2 Batu Bersurat Talang Tuwo. Kita perhatikan pula bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo

yang telah ditransliterasikan ini:

Svasti.

cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. sana tatkalana parlak Criksetra ini.

niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.

niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna. tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.

punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.

varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai. tmu muah ya ahara dngan air niminumna.

savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara. marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. pidana svapnavighna.

varang vuatana kathamapi.

anukula yang graha naksatra pravis diya. Nirvyadhi ajara kavuatanana.

tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya.

yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra.

marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.

tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. samahitacinta.

tmu ya prajna smrti medhavi.

punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. anubamacakti.

jaya tathapi jatismara. avikalendriya.

mancak rupa. subjaga hasin halap. ade yavakya vrahmasvara. jadi laki.

svayambtu.

puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.

Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah: vulan = bulan tatkalana = tatkalanya nivarbuat = diperbuat savanakna = sebanyaknya nitanam = ditanam niyur = nyiur hanau = enau rumvia = rumbia dngan = dengan nimakan = dimakan

(27)

vuahna = buahnya tathapi = tetapi haur = aur vuluh = buluh pattung = betung tlaga = telaga punyana = punyanya tmu = temu, bertemu margga = marga sukha = suka

niminumna = diminumnya

savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya vuatna = buatnya manghidupi = menghidupi prakara = perkara varang = barang vuatana = buatannya marvvangun = membangun

Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.

Daripada terjemahan ini jelas pada kita bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya.

2.2.1.3 Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak

ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak,

benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-.Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an.

2.2.1.4 Batu Bersurat Karang Brahi. Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu

batu bersurat terpenting, namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat ini.

(28)

diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.

2.3 PERKATAAN MELAYU

Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari Kerajaan Mo-lo-yeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644 (Masihi). Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian Selatan) yang ada sekarang ini.

Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu.

Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang.

Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng

Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat

perkataan Mo Lou YŸ (u terdapat dua titik).

Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu.

Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh 1286 M. Dan di dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini: "Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya".

Harun Aminurrashid mengatakan bahawa "...bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari (kini Sungai Jambi). Di kawasan hulu Sungai Jambi itulah dahulu pada kira-kira seribu lima ratus tahun lebih, telah ada sebuah Kerajaan Melayu sebelum (ada dan) semasa terkenal Kerajaan Sriwijaya atau Palembang Tua .... Kerajaan Sriwijaya telah mengalahkan Kerajaan Melayu sekitar abad ke-7 M. Walaupun dari segi pemerintahan Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama semasa menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa rasmi pemerintahan Sriwijaya. Malahan pada Batu Bersurat Kartanegara yang dijumpai di Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, ditemui perkataan Malayapura yang ertinya Kerajaan Melayu".

Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu. Padahal Batu Bersurat Gandasuli ini ditulis dengan huruf Dewanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara bagi penyebaran agama Budha (lihat lampiran 2). Demikian juga batu yang telah ditemui di Kedu (Jawa Timur) yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti namun bahasanya menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh bahasa Melayu.

Walaupun penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) memperlihatkan tulisan yang digunakan ialah huruf Palava, ia tidak bermakna bahawa tidak ada tradisi tulisan sebelum itu. Sebelum orang India datang ke alam Melayu, di kawasan Nusantara ini telah dikenali tulisan atau aksara Lontara di Sulawesi Selatan, aksara Batak di Sumatera Utara, dan aksara Rencong di Sumatera Selatan (lihat lampiran 2).

Pada masa itu aksara Rencong ini digunakan untuk merakam cerita, pantun, atau yang sejenisnya. Setakat ini, aksara Renconglah yang dianggap sebagai huruf asli bahasa Melayu. Oleh kerana ia ditulis pada daun dan kulit kayu maka dengan sendirinya tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun, aksara Rencong ini

Referensi

Dokumen terkait

Mereka memilih untuk mengidentitikan diri mereka sebagai Melayu kerana dua sebab. Pertama, unsur-unsur yang membentuk identiti mereka, iaitu beragama Islam dan berbahasa

 Bahasa Melayu kuno merujuk bahasa Melayu yang digunakan pada batu-batu bersurat atau prasasti yang dijumpai di Sumatera Selatan dan Pulau Bangka, yang mewakili bahasa Melayu

 Naskhah ini merupakan sastera sejarah yang disampaikan dalam bentuk bahasa Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi.  Kandungannya mengenai adat istiadat kerajaan,

Crawfurd (sarjana British): Berdasarkan kajiannya tentang perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia, bahasa di Nusantara berasal

Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas

B.. Daripada Jadual 5 di atas, didapati bahawa bahasa Melayu-Proto dan bahasa Melayu. Keempat-empat bahasa ini memperlihatkan peratusan lebih daripada 85 peratus, kecuali bahasa

kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran

Mengenai suku melayu sering dipadankan pada suku bangsa Melayu dan kebudayaan Melayu dalam hal ini, dapat dibuktikan dengan sisa-sisa peninggalan dan pengaruh