• Tidak ada hasil yang ditemukan

MUNSHI MUHAMMAD SAID

Dalam dokumen Asal Usul Bahasa Melayu (Halaman 58-65)

Munshi Muhammad Said ialah pengarang pertama suratkhabar Jawi Peranakan, iaitu suratkhabar Melayu yang pertama diterbitkan di Tanah Melayu (1876 M). Isi suratkhabar ini berkenaan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan dengan nasihat, dan juga iklan. Pada tahun 1880 M untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi: "Hikayat Abdullah telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa berhajat memesannya boleh berhubungan dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura".

Sejak munculnya surat khabar Jawi Peranakan ini muncullah pelbagai surat khabar sama ada diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang, dan di Perak. Suratkhabar ini melanjutkan tradisi pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit perkataan dan istilah bahasa Inggeris pula mulai diperkenalkan.

6.15 KESIMPULAN

Daripada huraian di atas terlihatlah betapa pengaruh bahasa Arab begitu kuat memperkembang bahasa Melayu. Hal ini terlihat walaupun beberapa penulis telah mendapat pendidikan Inggeris, ternyata unsur bahasa Inggeris itu seboleh-bolehnya mereka hindari. Hal ini erat juga hubungan dengan pendidikan awal mereka. Walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris, tetapi mereka juga mendapat pendidikan Arab, dan tulisan Jawi yang diubahsuaikan daripada bahasa Arab itu membuat hubungan secara tidak langsung dengan bahasa Arab. Lagi pula hampir semua penulis tersebut beragama Islam yang mempunyai pertalian langsung dengan kesusasteraan dan pengetahuan bahasa Arab.

Dengan munculnya penerbitan suratkhabar yang juga menyiarkan berita luar negeri, maka penggunaan

perkataan atau istilah Inggeris mulai diperkenalkan dan diterima. Perkataan dan istilah daripada bahasa Inggeris ini digunakan kerana keperluan dan ketika itu pengawalan bahasa belumlah ada. Keadaan ini samalah halnya dengan kemasukan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah, 1964, m.s. xi. Ibid., m.s. 1.

Siti Hawa Saleh. Hikayat Merong Mahawangsa, 1970, m.s. 1. A. Samad Ahmad. Sulalatus Salatin, 1979, m.s. 2.

Ali bin Ahmad. Hikayat Inderaputera, 1968, m.s. 1.

Yusoef Iskandar. "Hikayat Patani, sebuah karya kesusasteraan tradisional klasik: masalah penyebaran naskhah dan nilai-nilai sejarahnya". Di dalam Dewan Bahasa, 17(10): 462, 1973.

Teeuw, A. dan Wyatt, D.K. Hikayat Patani, 1970, m.s. 68. Skinner, C. Prosa Melayu baru, 1959, m.s. 28.

Abdullah Munshi. Hikayat Abdullah II, 1966, m.s. 331. Kassim Ahmad. Kisah pelayaran Abdullah, 1981, m.s. 1.

Li Chuan Siu. Ikhtisar sejarah kesusasteraan Melayu baru 1830-1945, 1972, m.s. 8. Matheson, Virginia. Tuhfat al-Nafis, 1982, m.s. 1.

Li Chuan Siu. op. cit., m.s. 21-22. Menurut Raja Masittah Raja Ariffin, Bustanulkatibin ditulis pada tahun 1857 (rujuk Jurnal Dewan Bahasa, 34(1): 73, 1990).

R. Hamzah Yunus (pentransliterasi). Kitab pengetahuan bahasa, 1987. Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri. Syair Rakis, 1983, m.s. 56.

Skinner, C. op. cit., m.s. 41-42. Skinner, C. op. cit., m.s. 43.

Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu lama dan baru, 1982, m.s. 214.

etakat ini bahasa yang memiliki cara pembinaan kata dan pembinaan ayat yang serupa dengan bahasa Melayu hanya terdapat di kawasan Nusantara. Bahasa yang seiras dengannya ialah bahasa yang terdapat di pulau yang terdapat di Lautan Hindi seperti di Pulau Madagaskar di sebelah Barat dan bahasa yang terdapat di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik, iaitu bahasa Austronesia, Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Bahasa seperti ini tidak ditemui di Asia Tengah.

Kekeluargaan bahasa ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu tumbuh dan berkembang di kawasan Nusantara atau alam Melayu, dan beberapa bukti menunjukkan bahawa pertumbuhan tersebut bermula di kawasan Jambi dan Palembang di Sumatera Selatan. Buku ini lebih berkecenderungan mengatakan bahawa asal bangsa yang mendiami Palembang tersebut pada awalnya datang daripada Asia Barat tempat lahirnya para nabi. Tulisan asal orang Melayu ialah tulisan/aksara Rencong (tulisan yang terdapat di Sumatera Selatan) yang dicipta oleh orang Melayu berdasarkan benda yang ada di alam sekitar mereka seperti ranting kayu, akar, rotan, dan sungai. Hal ini dapat dikaitkan pada penciptaan susastera Melayu yang asal, iaitu pantun yang menggunakan pengisi alam sebagai pembayang maksud atau sampiran sebelum menyatakan isi pantunnya.

Semasa pertumbuhan awal bahasa Melayu ini, ia sesungguhnya telah memiliki aturan pengimbuhan dan penyusunan ayatnya sendiri. Walaupun sebahagian besar perkataan asing dapat dimelayukan oleh bahasa Melayu sendiri, namun kerana desakan yang kuat serta kehadiran bahasa asing yang begitu sangat diperlukan bagi keperluan perhubungan masyarakat, maka aturan tadi menjadi bercampur-baur.

Walaupun pelbagai aturan bahasa asing datang mendesaknya, pelbagai perkataan baru daripada bahasa asing datang menambahnya, namun aturannya sendiri berjalan terus daripada bahasa Melayu Purba hinggalah bahasa Melayu Tinggi sekarang ini. Gambaran perjalanan bahasa Melayu Purba hingga bahasa Melayu Tinggi diperlihatkan di dalam rajah 7.1.

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu sebelum ditemui bukti sejarahnya. Sumatera Selatan telah ada penduduknya sebelum orang India mendirikan Kerajaan Sriwijaya. Sebelum itu juga mereka telah mengembara sebagai pelaut ke mana-mana di kawasan Nusantara ini dan menggunakan bahasa mereka di tempat yang baru serta membawa pulang bahasa yang mereka temui bagi yang kembali ke tempat asalnya.

Ini bermakna, perkataan yang terdapat pada Batu Bersurat Palembang yang tidak berasal daripada bahasa Sanskrit dapat dianggap sebagai bahasa Melayu Purba, kerana tidak ditemui bahasa asing lain yang mempengaruhi bahasa Melayu tersebut. Bahasa lain yang terdapat di Nusantara ini selain daripada bahasa Melayu dianggap sebagai dialek pada masa itu.

Bahasa yang terdapat pada beberapa Batu Bersurat Palembang tersebut dikatakan sebagai bahasa Melayu Kuno, iaitu campuran bahasa Melayu dan dialeknya dengan bahasa Sanskrit. Oleh kerana penulis Batu Bersurat tersebut merupakan ahli pahat yang didatangkan dari India dan juga menggunakan tulisan Sanskrit, kemungkinan penyebutan bahasa Melayu tersebut telah diubah suai sesuai dengan keadaan bentuk aksara Sanskrit tersebut.

Rajah 7.1. Gambaran perjalanan bahasa Melayu Purba hingga bahasa Melayu Tinggi Keterangan:

BMP = Bahasa Melayu Purba, D = Dialek, BA = Bahasa Asing, BMK = Bahasa Melayu Kuno, BMKL = Bahasa Melayu Klasik, BMM = Bahasa Melayu Moden, BMT = Bahasa Melayu Tinggi, X = Selepas bahasa Melayu Tinggi.

Dialek yang dimaksudkan di sini ialah bahasa lain selain daripada bahasa Melayu yang terdapat di Nusantara ini yang merupakan pecahan daripada bahasa Melayu Purba, seperti bahasa Batak dan Aceh. Bahasa ini berbeza dengan bahasa Melayu yang digunakan di Palembang walaupun ada juga beberapa persamaannya. Itulah sebabnya bahasa lain itu dianggap sebagai dialek kerana ia merupakan pecahan daripada bahasa Melayu Purba yang berkembang berasingan menurut keperluan masyarakat penuturnya.

Bahasa Melayu Klasik seperti yang terdapat di dalam susastera hikayat merupakan campuran bahasa Melayu, dialek, bahasa Sanskrit yang sudah sebati, dan juga bahasa Arab. Bahasa Arab menggunakan bentuk tulisan yang berbeza dengan Rencong dan juga Sanskrit. Kedua-dua bentuk tulisan yang awal ini sebenarnya hanya dikuasai oleh golongan tertentu sahaja dan orang ramai tidak memiliki kemahiran tulisan tersebut. Tulisan Arab juga ternyata tidak dapat merakam atau menulis pertuturan orang Melayu secara tepat. Oleh yang demikian, beberapa bentuk tulisan Arab perlu diubahsuai dan mana yang ada di dalam tulisan Parsi juga telah

dimanfaatkan. Hasil pengubahsuaian inilah kemudian lahirnya tulisan Jawi. Pada masa itu tulisan Jawi dapat memenuhi keperluan bagi menulis perhubungan dan pemikiran orang Melayu atau orang lain yang

memerlukannya.

Bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan bahasa terdahulu ditambah dengan pengaruh bahasa asing yang lain seperti bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Cina. Tulisan Jawi mengalami kesulitan untuk menulis keperluan semasa kerana didapati lambangnya kurang. Lagi pula, bentuk tulisan Jawi ini agak mujarad sehingga satu perkataan dapat disebut dengan dua atau tiga bunyi.

Walaupun untuk keperluan perhubungan, tulisan Jawi tidak menimbulkan masalah namun di dalam dunia pendidikan yang semakin maju kekurangan lambang atau bentuk tersebut dirasai. Oleh yang demikian, sekali lagi bentuk tulisan untuk menuliskan bahasa Melayu ini berubah menjadi tulisan Rumi.

Walaupun tulisan Rumi mudah diterima dan dapat mengatasi kesulitan bagi melambangkan bahasa Melayu, namun tulisan Jawi tidak terus dilupakan. Kekurangan lambang terdahulu dilengkapi dan kini tulisan Jawi tetap digunakan bagi keperluan tertentu. Oleh kerana tulisan Jawi merupakan bentuk tulisan bahasa Melayu dan ia masih tetap dapat digunakan bagi keperluan tertentu, maka pengekalannya sememangnya wajar.20

Lagi pula, banyak khazanah pemikiran Melayu yang ditulis di dalam bentuk tulisan Jawi yang belum dibongkar seluruhnya. Pengkaji bahasa Melayu yang sebenarnya perlu mempelajari budaya Melayu dan salah satu warisan budaya Melayu tersebut ialah tulisan Jawi. Bahasa Melayu Tinggi ialah bahasa Melayu yang ingin kembali pada sifat bahasa Melayu yang sejati. Perkataan yang digunakan di dalam bahasa Melayu boleh berasal daripada bahasa mana pun sesuai dengan sejarahnya juga. Namun aturan pembinaan kata dan pembinaan ayatnya sedapat mungkin tidak mengikut cara bahasa lain, kerana ia memiliki aturannya sendiri. Kembali pada aturannya sendiri tidak bermakna bahawa bahasa Melayu Tinggi kembali pada bahasa Melayu Purba. Dengan menyerlahkan aturan yang sesuai dengan sifat semula jadinya, ia akan lebih cepat berkembang. Bahasa lain boleh masuk dan bahasa tersebut akan menjadi milik bahasa Melayu kerana telah dimelayukan oleh aturannya dan sifatnya sendiri.

Bahasa Melayu tidak akan berhenti setakat bahasa Melayu Tinggi sahaja. Ia akan terus berkembang dengan menerima kemasukan dialek (dalam pengertian yang luas dan sempit) dan juga bahasa asing. Beberapa tahun kelak mungkin istilah bahasa Melayu Tinggi akan berubah dengan istilah lain. Apa pun namanya tidaklah menjadi hal yang utama. Yang penting ialah bahasa Melayu terus maju sesuai dengan sifat dan aturan yang ada padanya.

Dengan demikian, bahasa Melayu dapatlah dikatakan satu bahasa yang pada mulanya sangat sederhana, tumbuh dan berkembang secara alamiah. Pertama kali bahasa ini dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dengan kedatangan saudagar dan penyebar agama Hindu ke Nusantara ini. Pengaruh yang kedua dikuasai oleh bahasa Arab. Bahasa Arab juga masuk ke alam Melayu dengan kehadiran para saudagar dan mubaligh Arab. Bahasa ini bertambah subur dengan didirikannya sekolah pondok yang mengajarkan bahasa Arab kepada penuntutnya. Ia diperkukuh lagi apabila ramai penduduk tempatan belajar agama Islam di Tanah Arab dan kembali ke tanahair menyebarkan pengetahuan agama Islam dengan menggunakan banyak perkataan dan istilah bahasa Arab.

Jadi, sehingga akhir abad ke-18, bahasa Melayu yang diperkaya oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab dengan bentuk tulisan Jawi itu telah digunakan untuk segala keperluan ketika itu. Walaupun orang Portugis telah datang ke alam Melayu pada akhir abad ke-15, dan orang Belanda dan Inggeris datang pada permulaan abad ke-17, tetapi bahasa Portugis, Belanda, dan Inggeris ketika itu tidak banyak mempengaruhi para sasterawan sehingga bahasa yang terdapat di dalam hasil karya mereka tidak terlalu ketara.

Ini bukanlah bermakna bahasa asing yang lain tidak ada yang menyelusup masuk ke dalam bahasa Melayu ketika itu, melainkan perkataan atau istilah daripada bahasa tersebut telah diubahsuaikan sehingga yang muncul ialah bahasa Melayu.

Selanjutnya, sejak munculnya suratkhabar, majalah dan sistem pendidikan yang berkiblatkan pada pendidikan Inggeris, maka bahasa Inggeris telah masuk ke dalam bahasa Melayu tanpa kawalan. Dari satu segi, iaitu perbendaharaan perkataan, bahasa asing ini menguntungkan bahasa Melayu, tetapi dari segi yang lain terutama aturan sebutan dan struktur ayat, ia merugikan, kerana di antara kedua-duanya mempunyai aturan dan sifat yang berbeza.

Pengkaji bahasa Melayu menyedari pengaruh ini, tetapi oleh kerana mereka juga terdidik di dalam pendidikan Arab dan/atau Inggeris maka cara mereka mencerakinkan bahasa tentulah tidak dapat terlepas daripada pengaruh tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa perkara yang mereka dapati terlalu kearaban atau terlalu keinggerisan mereka nyatakan kelemahannya untuk dikaji semula oleh pengkaji yang kemudian.

Dengan demikian, tugas mencari aturan bahasa Melayu yang telah hilang itu merupakan tugas kita. Sejarah membuktikan tidak ada bahasa yang paling baik kerana bahasa memiliki tugasnya yang khas. Bahasa Melayu merupakan cermin pemikiran bangsa Melayu. Bahasa Melayu yang tertib, tersusun, dan rapi memperlihatkan cara berfikir orang Melayu yang tertib, tersusun, dan rapi juga.

Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu yang dikemukakan di sini berakhir sehingga penghujung abad ke-19 atau awal abad ke-20. Sejak awal abad ke-20 hingga kini pergolakan bahasa Melayu lebih hebat lagi dan bukan hanya tumbuh secara alamiah malah berkembang secara terancang. Dengan demikian, perkembangan bahasa selepas ini sesuai dinyatakan sebagai Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.

20Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan telah diterbitkan pada tahun 1987 dan Daftar ejaan Rumi-Jawi diterbitkan setahun kemudian, iaitu pada tahun 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

1.

Ab. Ghani bin Abbas. "Bahasa Melayu Kuno dari bentuk dan bunyi". Di dalam Dewan Bahasa, 4(1):10, 1960.

2.

Abdullah bin Talib. Kitab punca bahasa. Kuala Terengganu?: Matbaah Al-Ahliah, 1927.

3.

Abdullah Hassan. 30 tahun perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.

4.

Abdullah Munshi. Hikayat Abdullah II. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1966.

5.

Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. Kamus Idris al-Marbawi: Arab-Melayu. Singapura: Darul Ulum Al-Islamiah, n.d.

6.

Ali Haji Ahmad. "Kumpulan bahasa-bahasa Indonesia tua". Di dalam Dewan Bahasa, 2(1):25, 1968.

7.

________. Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968.

8.

Asmah Haji Omar. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.

9.

________. Susur galur bahasa Melayu dalam gelombang tamadun. Kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tamadun Melayu, 11-13 Nov. 1986, Kuala Lumpur.

10.

A. Samad Ahmad. "Mempelajari sejarah kesusasteraan lama Melayu III". Di dalam Dewan Bahasa, 1(3):152, 1957.

11.

________. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.

12.

________. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965.

13.

________. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965.

14.

________. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

15.

________. Hikayat Amir Hamzah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.

16.

Annas Haji Ahmad. Sastera Melayu lama dan baru. Petaling Jaya: International Book Service, 1982.

17.

Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri. Syair Rakis. Brunei: Pusat Sejarah Brunei, 1983.

18.

Badudu, J.S. Sari kesusasteraan Indonesia II. Bandung: Pustaka Prima, 1976.

19.

Baharuddin Zainal. Hikayat Cekel Weneng Pati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965.

20.

Bebrian Phasa Sanskrit. Thamthachmuni. Bangkok: Universiti Agama Budha, 1970.

21.

Burckhardt, Titus. Art of Islam: language and meaning. London: World of Islam Festival Publishing Co., 1976.

22.

Crawfurd, J. A grammar and dictionary of the Malay language. London: Smith Elder, 1852.

23.

Edrus, E.H. Persuratan Melayu II. Singapura: Qalam, 1960.

24.

Harahap, Darwis. Perkembangan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1986. (naskhah percubaan, tidak diterbitkan).

25.

Harahap, E. St. Perihal bangsa Batak. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1960.

26.

Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu, 1966.

27.

Hikayat Nur Muhammad dan nabi bercukur dan nabi wafat adanya. Edisi Jawi. Pulau Pinang:

Almuarif Press, 1900?-1979?

28.

Ismail Hamid. Kesusasteraan Melayu lama dari warisan kesusasteraan Islam. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1983.

29.

Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

30.

Jones, Russell. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

31.

Kassim Ahmad. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964.

33.

Keraf, Gorys. Tatabahasa Indonesia. Ende Flores: Nusa Indah, 1975.

34.

________. Linguistik bandingan historis. Jakarta: Gramedia, 1984.

35.

Khalid Hussain. Taj us-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.

36.

Kridalaksana, Harimurti. Bustanulkatibin dan Kitab pengetahuan bahasa - sumbangan Raja Ali Haji

dalam ilmu bahasa Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Hari Sastera '83, 10-13 Dis. 1983, Johor

Bahru.

37.

Li Chuan Siu. Ikhtisar sejarah kesusasteraan Melayu baru 1830 - 1945. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1972.

38.

Marsden, W. A grammar of the Malayan language. London: Longman, 1812.

39.

Matheson, Virginia. Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1982.

40.

Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. Kuala Lumpur: University of Malaya, 1967.

41.

Misbaha. Pesaka. Kuala Terengganu: Muzium Negeri Terengganu, 1983.

42.

Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munshi. Kitab pemimpin Johor. Singapura: Al-Ahmadiah Press, 1878.

43.

Muhammad Said bin Haji Sulaiman. Penokok dan penambah dalam bahasa Melayu. Singapura: Matbaah Al-Ahmadiah, 1939.

44.

________. Jalan basa Melayu. Singapura: Matbaah Al-Ahmadiah, 1953.

45.

Muhammad Syah bin Yusuf. Sanjuh suratan. Melaka: Maktab Melayu Melaka, 1922.

46.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia. Bandung: van Hoeve, 1955.

47.

Obaidellah Haji Mohamad. Catatan-catatan dalam sejarah China mengenai negeri-negeri Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tamadun Melayu, 11-13 Nov. 1986, Kuala Lumpur.

48.

"Orang Melayu pertama mengelilingi dunia". Di dalam Utusan Malaysia, 23 Jun 1991.

49.

Parkamin, Amron dan Bari, Noor. Pengantar sastera Indonesia. Bandung: Sulita, 1973.

50.

Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.

51.

Peta bahasa-bahasa di Indonesia. Jakarta: Lembaga Bahasa Nasional, 1972.

52.

Raja Ali Haji. Kitab pengetahuan bahasa (Transliterasi oleh R. Hamzah Yunus). Pekan Baru: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, 1987.

53.

Raja Masittah Raja Ariffin. "Raja Ali Haji (1809-1870)". Di dalam Jurnal Dewan Bahasa, 34(1): 73, 1990.

54.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. Kajian bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985.

55.

Ryan, N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965.

56.

Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia. Bandung: Peladjar, 1963.

57.

Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran. Kuala Lumpur: Times Books International, 1987.

58.

Shellabear, W.G. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1982.

59.

Siti Hawa Saleh. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1970.

60.

Skinner, C. Prosa Melayu baharu. London: Longmans, 1959.

61.

Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka, 1975.

62.

Hikayat Nur Muhammad dan nabi bercukur dan nabi wafat adanya. Edisi Jawi. Singapura: Sulayman

Marie, 1930?-1939?

63.

Teeuw, A. dan Wyatt, D.K. Hikayat Patani. Leiden: The Hague, 1970.

64.

Wan Ali Hj. Wan Mamat. Pemuliharaan buku dan manuskrip. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

65.

Wilkinson, R.J. Kamus Jawi-Melayu-Inggeris. Melaka: Baharuddin Joha, 1903.

66.

Winstedt, R.O., et al. Ilmu bahasa Melayu: penggal I. Singapura: Fraser and Neave, 1927.

67.

Winstedt, R.O. Hikayat Bayan Budiman. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1985.

68.

Woyowasito, S. Linguistik. Jakarta: Gunung Agung, 1961.

70.

Yusoef Iskandar. "Hikayat Patani, sebuah karya kesusasteraan tradisional klasik: masalah penyebaran naskhah dan nilai-nilai sejarahnya". Di dalam Dewan Bahasa, 17(10): 462, 1973.

71.

Zuber Usman. Bahasa Melayu sebelum dan sesudah menjadi lingua franca. Jakarta: Yayasan Idayu, 1975.

Dalam dokumen Asal Usul Bahasa Melayu (Halaman 58-65)

Dokumen terkait