• Tidak ada hasil yang ditemukan

SJHK3033 Hasil Karya Sejarawan Tempatan ( Sepas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SJHK3033 Hasil Karya Sejarawan Tempatan ( Sepas"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

SJHK3033:HASIL-HASIL KARYA

SEJARAWAN TEMPATAN

1. SYED MUHAMMAD NAGUIB

AL-ATTAS

2. MUHAMMAD YUSOFF BIN

HASHIM

3. KHOO KAY KIM

4. NIK ANUAR BIN MAHMUD

KULIAH MINGGU KE-16-17

(2)

Hasil Karya Syed Muhammad

Naquib Al-Attas

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1931-sekarang)

merupakan seorang tokoh pemikir dan sejarawan

tempatan yang ulung di Malaysia. Sepanjang

karier akademiknya, beliau pernah mengetuai

Bahagian Kesusasteraan di Jabatan Pengajian

Melayu Universiti Malaya dan Dekan Fakulti

Kesenian Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum

mengasas dan menjadi pengarah Institut

Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun

(INSTAC). Beliau juga merupakan seorang

pengkaji sejarah tempatan yang banyak

melakukan kajian dan penulisan dalam bidang

sejarah.

(3)

HASIL KARYA SYED MUHAMMAD

NAGUIB AL-ATTAS

  Antaranya termasuklah:

 1. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Sarjana (masters)

beliau yang bertajuk “Raniri and Wujudiyyah of 17th Century Acheh” (1962);

 2. Menyiapkan tesis untuk Ijazah Kedoktoran (Phd)

beliau yang bertajuk “The Mysticism of Hamzah Fansuri” (1970);

 3. Menulis tentang Batu Bersurat Terengganu dalam

“The Correct Date of the Terengganu Inscription” (1970);

 4. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century

Malay Translation of the `Aqa‟id of al-Nasafi (1988);

  Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam

(4)

Di dalam penulisan ini, pengarang telah

menunjukkan penulisan yang bercirikan sentrik

tempatan. Beliau telah mengenengahkan tarikh

baru yang menunjukkan bahawa kedatangan

Islam ke Semenanjung Tanah Melayu adalah

lebih awal daripada abad ke-15. Di sini, beliau

telah menyanggah pendapat yang dikemukakan

oleh para sarjana Barat yang diketuai oleh R. O.

Winstedt yang sebelum ini menyatakan bahawa

negeri pertama di Semenanjung Tanah Melayu

yang menerima Islam adalah Melaka

(5)

Pandangan beliau

  apabila rajanya yang pertama, Parameswara telah

memeluk Islam pada tahun 1414. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menggunakan fakta yang terdapat pada batu bersurat Trengganu sebagai 702H bersamaan 1303M.

 Malahan, beliau telah berhujah bahawa tarikh ini juga

bukan merupakan tarikh yang paling awal kerana tempoh di mana tarikh sebenar kemasukan Islam ke Terengganu dan tarikh yang tercatat di dalam batu bersurat itu telah menunjukkan bahawa proses pengislaman di situ telah memakan masa yang lama. Ini adalah berpandukan

kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran penulisan Arab yang lama.

(6)

Hujah Syed Naguib

Beliau turut mempertahankan hujah bahawa

Islam sebenarnya telah datang terus dari

negara / pendakwah berbangsa Arab

berdasarkan bukti-bukti dalam kebudayaan

Melayu yang menerima pengarauh Tanah

arab secara terus seperti berikut;

Nama/ gelaran panggilan

sebutan hari/ bulan

Tulisan jawi

Perbendaharaan kata bahasa melayu; 1/3

(7)

Seni budaya Melayu

- Seni suara; nasyid, marhaban

- Seni tulisan khat jawi

- Seni ukir – bangunan, bumbung (Moor)

(8)

MUHAMMAD YUSO BIN HASHIM

Muhammad Yusoff Hashim merupakan

seorang profesor di Jabatan Sejarah

Universiti Malaya yang banyak menghasil

dan menerbitkan hasil kajian sejarah yang

bercorak tempatan, ketika beliau masih

berkhidmat di Universiti Malaya.

Antara

penulisan sejarah yang pernah dihasilkan

beliau termasuklah:

(9)

KARYA MUHAMMAD YUSOF

HASHIM

1.Kesultanan Melayu Melaka (1989);

2. Persejarahan Melayu Nusantara (1988);

3. Riwayat Trengganu Dar‟ul Iman (1982);

4. Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) (1978);

5. Syair Sultan Maulana (1980);

6. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul

Makmur (1992);

7. Tun Perak dalam Dinamisme

Ketamadunan Bangsa (1996);

(10)

 Contoh penulisan sejarah beliau dapat dilihat dalam

“Kesultanan Melayu Melaka”: Dalam karya ini, penulis dengan jelasnya telah memaparkan stail penulisan

sentrik tempatan terhadap para pembaca. Hal ini boleh dilihat pada petikan : “ Oleh sebab masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 mempunyai masyarakat yang hidup tersusun dan berperaturan, maka wujudlah bidang pentadbiran dan politik bersistem yang menjadi fakta dan prinsip terhadap

peraturan-peraturan….Dengan adanya sistem bagi kedua-dua bidang itu jugalah, Melaka berjaya wujud dan

mengekalkan identitinya sebagai sebuah organisasi masyarakat daripada ia mula terbina…” (Muhammad Yusoff Hashim,1989)

(11)

Petikan ini jelas menunjukkan bahawa

terdapat unsur-unsur sentrik tempatan

dalam penulisan ini di mana kita dapat

lihat bahawa pengarang telah

menceritakan mengenai sistem

kehidupan masyarakat tempatan ketika

zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(12)

Selain itu, petikan ini turut memperlihatkan unsur

sentrik tempatan dalam penulisan beliau : “

Kebolehan dan keistimewaan kepimpinan

Parameswara dalam konteks penubuhan kerajaan

Melaka bukanlah satu hal yang aneh, malah

berkebetulan. Keberanian Parameswara telah

menafikan kewibawaan kuasa besar Majapahit.”

(Muhammad Yusuff Hashim, 1989). Melalui petikan

ini, kita dapat lihat bahawa penulis ada

menerapkan unsur sentrik tempatan dalam

penulisannya dengan memerihalkan mengenai

kebolehan dan keupayaan tokoh tempatan dalam

melaksanakan tanggungjawabnya.

(13)

Selain itu, penulisan sejarah beliau juga dapat

dilihat melalui karya beliau iaitu “Hang Tuah

Wira Melayu”: Berikut adalah petikan yang

diselitkan unsur-unsur sentrik tempatan dalam

karya ini : “Sifat juang Hang Tuah terserlah

sejak kecil apabila beliau dan rakan-rakannya

berjaya menewaskan lanun di sebuah pulau.

Ini membolehkan Hang Tuah diterima Raja

Bentan sebagai pahlawan, apatah agi setelah

beliau menyelamatkan Bendahara daripada

menjadi mangsa orang mengamuk.

(14)

 Perjuangan Hang Tuah paling bermakna apabila beliau

berjaya menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka, sahabat karibnya atas rasa tanggungjawab dan

kecintaan kepada tuannya dan negaranya.” “

Keunggulan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan yang bijaksana telah menarik perhatian Kisna Ryan lalu memilihnya sebagai duta Benua Keling ke China. Dan seorang pejuang Melayu, Hang Tuah berjaya

mengalahkan orang-orang Feringgi di kedua-dua benua itu.” (Mohd. Yusoff Hashim, 2008) Dalam

petikan ini, kita dapat lihat dengan jelas ciri-ciri sentrik tempatan yang ditonjolkan dengan menceritakan

kehebatan Hang Tuah tanpa mengkritik ataupun menyangkal kehebatan tersebut.

(15)

HASIL KARYA KHOO KAY

KIM

Profesor Emeritius Khoo Kay Kim merupakan

seorang profesor emiritius di Jabatan Sejarah,

Universiti Malaya hingga kini.

Beliau yang

merupakan seorang anak didik kepada tokoh

sejarawan Barat terkemuka di Malaysia, Profesor

J.G Tregonning berjaya mendapat anugerah Doktor

Falsafah melalui tesis beliau iaitu “The beginnings

of political extremism in Malaya 1915-1935” pada

tahun 1972.

Selain itu, beliau juga memainkan

yang sangat penting dalam perpaduan nasional

dengan menjadi salah seorang tokoh penting

dalam merangka Rukun Negara Malaysia.

(16)

KARYA KHOO KAY KIM

  Antara hasil kajian dan penulisan beliau dalam bidang

sejarah termasuklah:

 1. The Western Malay States 1850-1873:the effects of

commercial development on Malay politics;

 2. The History of South-East, South, and East Asia (1977);

 3. Sabah : history and society (1981);

 4. Melaka : dahulu dan sekarang (1982);

 5. Darurat 1948-1960 (1984);

 6. Pensejarahan Malaysia (1970);

 7. A History of Johore, 1365-1941 (1992)

 Antara contoh penulisan sejarah beliau termasuklah dalam

tulisan beliau iaitu “Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang terhadap Politik

(17)

Antara isi kandungan buku tersebut

termasuklah: Petikan berikut

menggambarkan wujudnya sentrik

tempatan yang dimainkan penulis dalam

karyanya : “ Sekarang, sudah diketahui

bahawa setiap negeri Melayu di

semenanjung, pada dasarnya

mempunyai struktur poitik asas

(18)

Sistem politik yang ditubuhkan di Negeri

Sembilan pada akhir abad ke-18, sebenarnya

merupakan sebuah super struktur yang dibina di

atas sistem sosial yang terperinci dan

berasaskan perhubungan kekeluargaan sedia

ada. Di negeri-negeri Melayu yang lain, daerah

merupakan faktor utama dalam organisasi

politik.” (Khoo Kay Kim, 1984) Petikan ini

menceritakan mengenai struktur politik yang

terdapat dalam kalangan masyarakat tempatan.

Unsur ini jelas menunjukkan sentrik tempatan

yang dimainkan penulis dalam karya beliau.

(19)

 Dalam bukunya “Kuala Lumpur: The Formative Years”

(1996) pula, antara petikan beliau yang

menggambarkan corak penulisan sentrik tempatan termasuklah: “ The Kuala Lumpur market provides

insufficient accommodation. The dry goods stalls have more than once been the subject of discussion, but

provided there is enough available space of fresh provisions they need not be interfered with. A small extension next year will, it is hoped, provide all

necessary accommodation.” (Khoo Kay Kim, 1996) Petikan ini menceritakan mengenai kemudahan jual beli yang terdapat di Kuala Lumpur sekiar akhir abad ke-19. Hal ini turut menampakkan corak sentrik

(20)

HASIL KARYA NIK ANUAR

MAHMUD

Profesor Dato‟ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud

(Allahyarham)merupakan seorang pensyarah

kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) yang banyak memberikan tumpuan

dan pengkhususan dalam bidang sejarah

Malaysia yang berkait dengan politik,

diplomasi serta konflik sempadan dan

pemisahan.

Beliau mendapat Ijazah

Kedoktoran dari University of Hull, England

dan menyumbang kepada pelbagai penulisan

dan kajian dalam pensejarahan Malaysia.

(21)

  Antara kajian dan penulisan beliau termasuklah:  1. The Malay of Pattani: The Search of Security and

Independence;

 2. Susur Galur Kesultanan Melayu Terengganu

1708-2008;

 3. Isu Limbang dalam Hubungan Britain dan Brunei

1890-1963;

 4. Perlembagaan Tanah Melayu (1948) dan Orang

Melayu;

 5. Gagasan Melayu Raya dari Perspektif Nasionalis

Melayu;

 6. Kontrak Sosial - Menyelusuri Sejarah;

(22)

Berikut adalah sedikit sedutan penulisan

beliau dalam Tok Janggut: Pejuang atau

Penderhaka yang menggambarkan

penulisan bersentrik tempatan:

“Sesampai saja di Kampung Kelubi,

mata-mata berkenaan telah diberitahu oleh

orang-orang kampung bahawa “To’

Janggut was at the head of some

hundreds of Malays, and was advancing

to attack Pasir Puteh town”

(23)

Lanjutan daripada peristiwa Tok Akib, Haji

Mat Hassan dan pengikut-pengikutnya

telah menyerbu bandar Pasir Puteh.

Sesampai saja di bandar,

pengikut-pengikut Haji Mat Hassan “called upon

the district officer and the land officer

clerk by name to come out and collect

the land tax at the points of their

(24)

Petikan ini menggambarkan kepada kita

keberanian yang ditunjukkan oleh Haji Mat

Hassan atau Tok Janggut untuk bangkit

menentang British bersama

pengikut-pengikutnya dan bersiap sedia menerima

serangan balas daripada British.

Ini

menunjukkan penulisan sentrik tempatan

dalam penulisan pengarang dalam

menggambarkan keberanian dan

kepahlawanan Haji Mat Hassan atau Tok

Janggut sehingga digeruni dan mengancam

pihak British.

Referensi

Dokumen terkait

615 Tenaga Kerja Pelatihan Keterampilan Kerja Kejuruan Tehnik Sepeda Motor 616 Tenaga Kerja Pelatihan Keterampilan Kerja Kejuruan Teknik Elektronika 617 Tenaga Kerja

Namun, pada poin dua (rumusan RPP seusai dengan kondisi di satuan pendidikan (kemampuan awal peserta didik, minat, motivasi belajar, bakat, potensi, kemampuan

“Mencer- mati pokok-pokok pikiran yang disampaikan melalui laporan Badan Anggaran DPRD serta pen- dapat akhir fraksi-fraksi terkait dengan Raperda Pertanggungjawa-

Berdasarkan analisis data harian yang dilakukan terhadap komponen iklim di DAS Cidanau secara tahunan mulai dari tahun 1996 sampai dengan 2010, maka telah terjadi perubahan

Meraih gelar Sarjana Ekonomi pada Universitas Lambung Mangkurat Banjarmasin (1992), Pendidikan informal yang pernah diikuti diantaranya Diklat Pemimpin Cabang,

Penerbitan berasal dari dua sektor dengan jumlah penerbitan tertinggi berasal dari sektor Banks sebesar Rp 4 triliun, sedangkan sektor lainnya adalah Financial Companies sebesar

Beberapa hal yang menjadi kendala dalam penelitian ini, yaitu peneliti menyadari bahwa melakukan penelitian khususnya pada wawancara terhadap para penentu kebijakan di

Sejalan dengan perkembangan tersebut, Kementerian Perdagangan akan terus berupaya untuk mendukung terciptanya iklim usaha yang kondusif bagi kegiatan perdagangan