• Tidak ada hasil yang ditemukan

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEL"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

BML 3043

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

CAROLINE AINE BINTI JOHARI JAMES (D20112055723)

KUMPULAN UPSI 08 (A131 PJJ) :

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SEK. REN., KOHORT 3

SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH

(2)

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0

Huraian tiga cabang ilmu Linguistik. 1-6

2.0 Fonotek dan Fonologi. -Definisi Dan Contoh-Contoh

-Matlamat Akhir Pengajian Fonetik dan Fonologi.

7-11

3.0 Huraian Bunyi Vokal Asli Dan Konsonan Asli Bahasa Melayu. 12-18

4.0 Huraian Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972. -Huraikan 18 pola Keselarasan Vokal Ejaan.

- Contoh-Contoh

19-27

(3)

1. 1.0 Pengenalan.

Kamus Dewan (2005:945) menyatakan linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Oleh David Crystal dalam bukunya. A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (the scientific study of language). Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisa satu-satu bahasa tertentu seara empirikal dan onjektif,iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentiment atau falsafah. Ilmu linguistic digunakan untuk mengkaji bahasa Melayu. Mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu. Iaitu bagaimana bahasa Melayau itu diucapkan. bagaimana bentuk bahasa Melayu itu, dan bagaimana pula system bahasa itu. Mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-unyi bahasa itu dihasilkan, system fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu.

(4)

2.

bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersendiri. Langue dianggap bahaa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan indiviu yang kerap disebut sebagai idiolek.

Terdapat lapan cabang linguistik atau bidang pengajian yang berlainan.Iaitu:

(i) Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics ) (ii) Linguistik Historis ( Historical Linguistics ) (iii) Linguistik Komparatif ( Comprative Linguistics ) (iv) Sosiolinguistik ( Sociolinguistics )

(v) Neurolinguistik ( Neurolinguistics ) (vi) Linguistik Am ( General Linguistics ) (vii) Linguistics Terapan ( Applied Linguistis ) (viii) Psikololinguistik ( Psycholinguistic )

2.0 Linguistik Deskriptif

Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistic yang menghuraikan satu-satu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. Misalnya, ilmu linguistic yang menghurai atau menganalisa bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana system bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, intaksisdan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu.

(5)

3.

atau pertumbuhan bahasa Melayu, baik pada awal ataupun pada akhir satu-satu zaman itu. Perkara ayang difokuskan dalam disiplin ini ialah menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif dan secara empirikal, iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. Ilmu Lingistik Deskriptif ini boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum sebarang bahasa di dalam dunia, contohnya bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa Jawa, bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Itali dan lain-lain bahasa di dunia.

3.0 Sosiolinguistik juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966), Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar(setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi Sesutu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nili yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri (Nik Safiah Karim, 1981:4) dan Fishman (1968) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik ialah bidang yng mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi-variasin ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraki, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain, Sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian kepada bahasa konteks sosial dan kebudayaan. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat.

(6)

4. berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan item gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat Melayu seperti penggunaan kata ganti nama, panggilan dan gelaran seprti “aku”, “patik”, “beta”, “engkau”, “anda”, “Pak Cik”, “Mak Cik”, “Abang”, “Adik”, “Enik”, :Tuan”, :Puan”, “Dato”, “Tan Sri”, “Puan Sri”, dan seumpamanya.

Sosiolinguistik lazimnya menumukan kajian pada aspek atau topik seperti yang berikut:

(i) Bahasa rasmi (ii) Bahasa kebangsaan (iii) Pidgin

(iv) Kreol (v) Bilingualism (vi) Multilingualism (vii) Dialek)

(viii) Ideolek

(ix) Ragam bahasa

(x) Sikap terhadap bahasa

(xi) Sistem panggilan dalam masyarakat

(xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa

4,0 Neurolinguistik

Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistic yang mengkaji hal-hal otak dan perkaitannya dengan bahasa. Neuroliguistik menumukan kajian terhadap bagaimana bahasa itu diprosess di dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sampailah ke bahasa iut berkembang dalam kehidupan manusia. Dengan perkataan lain, Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak diorganisasi pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan bahasa begitu rumit.

(7)

5. Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana kedua-kedua disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Afasiologi mengkaji penyakit bertutur, terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik cenderung untuk mengetahui hakikat hubungan antara otak dengan bahasa demi pengubatan penyakit bertutur. Neurolinguistik banyak mendapat manfaat daripada kerjasama antara pikologi dengan linguistik dan afasiologi pula mendapat manfaat daripada neurologi.

Neurologi mula-mula wujud dalam abad ke – 19, diwujudkan oleh P. Broca dan C. Wernicke. Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir daripada beberapa kes kajian penyakit afasia.

Menurut ilmu neurolinguistik, otak manusia mempunyai dua bahagian, iaitu Medan Wernicke korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks. Medan wernicke mengandungi representasi ingatan perbendaharan bentuk kata yang berungsi mengamati dan menerim ucapan. kalimat bahasa diimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia. Kalimat-kalimat difahami melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia. Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat. Medan Broca korteks menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks kepada bentuk bunyi, Pakar kajian neurolinguistik, Damasi h, 1987 telah mengemukan penemuan terbaharu beliau yang menunjukkan bahawa Medan Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan proses=proses sintaksis dan produksi fonologi tetapi juga proes-proses morfologi.

Menurut teori neurolinguitik klasik, hemisfera kanan berfungsi untuk komunikasi kebahasaan yang penting. Hemisfera kanan mempunyai fungsi mengendalikan semua fonem segmental (apek-aspek intonasi dan prosodi) dan tona uara, ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu bertutur dan makna perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga. Oleh sebab itulah, pemahaman kalimat-kalimat terganggu apabila hemifera kanan secara aktif terlibat dalam proes kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak, 1991:143).

(8)

6.

pada waktu berkomunikasi untuk menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang sempurna.

Di samping itu, hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang berkaitan dengan pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan konstruksi, proses kegiatan gestalt, pengenalan muka dan garis gambar yang rumit, muzik dan lagu, ruang dan segala sesuatu yang termasuk ke dalam apa yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar. Implikasi penemuan ini sangat penting pada bidang pendidikan, pengajaran bahasa, pengubatan penyakit bertutur, permainan tenis, badminton, inovasi dan kekaryaan (Mangantar Simanjuntak, 1991: 142 -143).

5.0 Kesimpulan

(9)

7. 1.0 Pengenalan

Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan satu bidang mengkaji bunyi bahasa dari segi menyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonetik adalah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu (Lufti Abas, 1971:3). Ringkasnya, fonetik merupakan kajian mengenai bunyi-bunyi ujar. Sebagai limu, fonetik berusaha mencari kebenaran umum dan memformulasikan hukum umum mengenai bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. Manakala sebagai kemahiran,fonetik menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah untuk membuat kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi sebutan itu (Samsuri, 1972:79).Menurut Kamus Linguistik (Harimurti ɜridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetiksebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.Manakala Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) menyatakan fonetik sebagai “ilmu yangmenyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam

sesuatu bahasa”. ɜemudian Abdullah Hassan (1993:40) mendefisikan fonetik sebagai “fonetik mengkaji bunyi

bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi”. Mengikut ɜamus Dewan (2005:354) mendefinisikan “fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambangyang menunjukkan sebutannya”.

.

(10)

8. 2.0 Fonetik

Bidang yang mengkaji bunyi bahasa disebut fonetik. Ada bebarapa definisi, pengertian dan pendapat mengenai fonetik.

(i). Dalam buku The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566), fonetik dikatakan “the body of speeh sounds of any one language,and their relation to one

another”.

(ii). Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyeliiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.

(iii). Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) mendefinisikan fonetik sebagai “ilmu yang menyeleiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa”.

(iv). W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistiks menghuraikan fonetik sebagai “the study of the physical characteristics of human speech sounds”.

(v). Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai “fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran aataau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur dalam bentuk bunyi”.

(vi). The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai ‘the study and classification of speech sounds”.

(vii). Menurut ɜamus Dewan 92005:3.54), “fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya”.

(11)

9. lidah, bibbir dan sebagainya. Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhaap bunyi-bunyi yang dihasilkn supaya bunyi-bunyi itu data diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin (1998:2) menyatakan pemerolehan bunyi bahasa dapat dikaji secara saintifik iaitu kaedah bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yangmelatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini disebut ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Mengikut urutan kajian ilmu linguistik, ilmu fonetik menjadi ilmu pertama dikaji yang diikuti oleh fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik merupakan ilmu yang mengkaji cara bunyi bahasa dihasilkan dan memperlihatkan kaedahorgan seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.

3.0 Fonologi

Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai system atau peraturan dikaji dalam bidang fonologi. Antara definisi atau pengertian serta pandangan tentang fonologi adalah seperti yang berikut: (i) F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai “… suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan”.

(ii). Kamus linguistic (Harimurti Kridalaksana,1984:61) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

(iii). Dalam Word Book of Dictionary (C.L.Barnhart & R.K. Barnart, 1981;1567), fonologi didefinisikan sebagai “the systems of sounds used in a language’.

(iv). Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40)

menyatakan bahawa “onologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”.

(v). Menurut J.Clark dan C. Yallop (1995:5) “phonology is concerne with the organization of speech ithin peific languages”.

(vi). P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai “the stuy pf the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use” (2001:111).

(vii). Fonologi dalam The Penguin Dictionry (2004:1045) ditakrifkan sebagai “the study of the sound systems of a language”.

(12)

10. Fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan system bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. Menurut Farid M. Onn (1988:102), fonologi merupakan suatu rangkaian aktiviti ilmiah yang dapat dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah mengamati lafaz,menetapkan fonem-fonem atau saluran-saluran abstrak yang sesuai diperakukan untukmelambangkan cara melafazkan kata secara sistematik dan menetapkan huruf-huruf fonetikuntuk melambangkan setiap fonem yang diperakukan. Ini membolehkan kita melambangkankata-kata dalam tulisan fonemik. Akibat tulisan fonemik ini tidak boleh secara langsungmemberitahu kita cara melafazkan kata tersebut maka fonologi perlu melanjutkan aktivitinya keperingkat kedua. Peringkat ini memberikan panduan mengenai cara-cara melafazkan setiapfonem atau huruf fonemik dalam pelbagai lingkungan. Mengikut panduan ini kita dapat melafazkan setiap kata dengan tepat.

4.0 Kesimpulan

(13)

11. seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong au, aid dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198).

(14)

12. 1.0 Pengenalan

Untuk menghasilkan bunyi vokal atau konsonan kita mestilah mempunyai alat untuk bertutur. Gambarajah di bawah menunjukkan alat pertuturan.

ALAT PERTUTURAN

1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

(15)

13.

2.0 Bunyi Vokal

Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan yang hanya terjadi pada pita suara lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita suara bergetar. Glotis dalam keadaan tertutup tetapi tidak rapat sekali. Dengan demkian, semua vokal adalah bunyi bersuara.Apabila bunyi vokal dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [a], [e], [i], [o], [u] dan [ə]. Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. Seandainya bahagian depan lidah yang berfungsi maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah dan seterusnya jika bahagian lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang.

Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu boleh dirumuskan seperti di bawah: (i) Bahagian lidah yang berfungsi sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. (ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan sama ada rendah, separuh rendah, tinggi dan separuh tinggi. (iii) Situasi bibir sama ada bibir dibundarkan atau dihamparkan.

(iv) Pembukaan rahang sama ada sempit atau luas.

(16)

14.

Jenis vokal

Lambang

Nama vokal

Vokal Hadapan

[ i ]

[ e ]

[ Ɛ]

[ a ]

Vokal hadapan sempit

Vokal hadapan separuh sempit

Vokal hadapan separuh luas

Vokal hadapan luas

Vokal Tengah

[ ə ]

[ 3 ]

Vokal tengah pendek

Vokal tengah panjang

Vokal Belakang

[ u ]

[ o ]

[

]

Vokal belakang sempit

Vokal belakang separuh sempit

Vokal belakang separuh luas

Jenis-jenis vokal Bahasa Melayu

Rajah dibawah menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya.

Kedudukan Vokal Bahasa Melayu

(17)

15. Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahgian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan vocal [i] dan vocal [u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vocal [a], kedudukan lidah letknya rendah sekali.

Berdasarkan rajah kedudukan vokal bahasa Melayu ini, maka vokal bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti yang berikut:

(i). Vokal hadapan:

[ i ] Vokal depan sempit.

Contoh dalam perkataan seperti [ibu], [ikan], [biru], [sila], [kita] dan[ubi].

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i] Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

[ e ] Vokal depan separuh sempit.

Contoh dalam perkataan seperti [ekor], [ela], [herot] dan[sate].

(18)

16. [ a ] Vokal depan luas.

Contoh dalam perkataan seperti [ayu], [aku], [batu], [lari], [bola] dan [baja].

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi[a]

(Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47)

(iii). Vokal tengah:

[ ə ] Vokal tengah pendek.

Contoh dalam perkataan seperti [ ə mas], [l ə mas] dan [bəsar].Vokal belakang:

(iv) Vokal Belakang

[ u ] Vokal belakang sempit.

Contoh dalam perkataan ialah [ular], [unta], [ukur], [kuda], [adu] dan[satu].

[ o ] Vokal belakang separuh sempit.

(19)

17. Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan [a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ɔ]. Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu

diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah [c] dan [ɔ]’. Vokal tengah

pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi.

3.0…Konsonan Asli Bahasa Melayu

Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa melayu tanpa perubahan. Yunus Maris dalam bukunya The Malay Sound System (1980) telah menyenaraikan 9 bunyi vokal BM yang terdiri daripada 6 fonem vokal standard /i, e, a, ə, u, o/ beserta 3 alofon [ , , ɔ] dan 27 fonem konsonan (19 fonem konsonan asli dan 8 fonem konsonan pinjaman). Arbak Othman (1983) dan Abdullah Hassan (2005) turut menyenaraikan fonem vokal standard BM adalah sebanyak 6 iaitu /i, e, a, ə, u, o/. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa kelainan vokal yang diujarkan oleh penutur sesetengah dialek telah berkurangan kepada 2 sahaja iaitu [ ]dan [ɔ].19 konsonan asli, menurut Yunus Maris dalam bahasa Melayu terdiri daripada:

(i). 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b] (ii). 2 konsonn letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t,d] (iii). 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k,g] (iv). 1 konsonan hentian glottis (ʔ)

(v). 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [č,ĵ]

(vi). 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glottis bersuara [h]

(20)

18. (ix). 4 konsonan sengau bersuara [m,n,ɲ,ŋ]

(x). 2 konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 sepruh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah aartikulasi dan cara penyebutannya.

Daerah

(21)

19.

1.0 PENGENALAN POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Usaha untuk menyatukan sistem ejaan rumi bahasa Melayu antara Malaysia dengan

Indonesia telah dimulakan sejak tahun 1959. Persetujuan tentang sistem ini kemudiannya ditandatangani pada tahun 1967. Perisytiharan tentang penyatuan tersebut telah dibuat serentak di kedua-dua Negara pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dinamakan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

Peraturan ejaan ini dibentuk agar pengguna bahasa menggunakan ejaan yang seragam.Salah satu peraturan yang ditetapkan ialah Pola Keselarasan Huruf Vokal. Dalam pola ini, huruf vokal bagi suku pertama dalam perkataan perlu selaras dengan huruf vokal bagi suku kata kedua. Misalnya perkataan ‘boleh’, vokal ‘o’ dengan ‘e’ adalah selaras. ɛika perkataan itu dieja ‘bolih’, ejaan tersebut adalah salah. ɛika perkataan yang mempunyai tiga suku kata atau lebih, vokal bagi suku kata kedua terakhir mesti selaras dengan vokal dalam suku kata terakhir. Inilah yang dikatakan prinsip Pola Keselarasan Huruf Vokal.

Terdapat tiga perkara yang perlu diingat apabila mengaitkan ejaan bagi sesuatu perkataan itu dengan Pola Keselarasan Huruf Vokal. Tiga perkara tersebut ialah:

i. perkataan tersebut mestilah kata asli atau kata jati bahasa Melayu,

ii. hanya dua suku kata sahaja yang terlibat dengan sistem ini. Andainya sesuatu perkataan itu mempunyai lebih daripada dua suku kata, hanya dua suku kata terakhir yang diberikan perhatian,

(22)

20.

2.0. Pola Keselarasan Vokal

Pola Keselarasan Vokal Dalam Bentuk Jadual

Bil. Suku Kata

Praaakhir

Suku kata Akhir Tertutup

Contoh Pemakaian

1. a a arah, panas, kalah, halaman

2. a i alih, gadis, habis

3. a u Asuh,

batuk,halus,lembayung

4. e pepet a emak, telan,

kelam,tembelang.

5. e pepet i Benih, lebih, betik,

sembelih.

6. e pepet u Belum, telur, tempuh,

temenggung

7. e taling a enak,dewan,

tewas,belerang.

8. e taling e taling gelek, heret, leceh, selekoh

9. e taling o Ingat,bilang, hilang, selinap

10. i a Ingat,bilang, hilang, selinap

11. i i Intip, pilih, sisih, belimbing.

12. i u cium,riuh,tiup,seliuh

13. o a olah,otak,borang,sekolah

14. o e taling boleh,korek,oleh,coleteh

15. o o botol,kotor,borong,kelompok

16. u a ulat, ubat, tumpang, ketupat

17. u i usik,pulih,tulis,gerusih

18. u u tujuh,

(23)

21. 3.0 Contoh-Contoh Pola Keselarasan Vokal

(24)
(25)
(26)
(27)
(28)
(29)

27. 4.0. Pola kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal

Selain pola-pola keselarasan huruf huruf vocal tersebut. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vocal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata daripad bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris. Contohnya:

Bil. Pola Vokal Contoh kata

Bahasa Nusantara

Contoh Kata Bahasa Inggeris 1. a - e taling Awet, aneh, kaget,pamer,raden cabaret,panel 2. a - o Colan, lakon,lancing,lapor,keratin,

perabut

atom,kontraktor 3. e - pepet – e taling gembleng

4. e pepet - o Jempol,bendok gabenor,interoom

5. i - e taling imlek parlimen,simen,tiket

6. i - o Ijon,pilon diftong, transistor

7. u - e taling Tulen,ulat subjek,dokumen

8. u - o Bunglon,buron kupon,konduktor,lelucon

9. a - e pepet pakem teater

10. e taling - i hipotesis,objektif

11. e taling - u petroleum,spectrum

12. e pepet - e pepet Demdem,pepet

13. i - e pepet iseng filem,artikel,partikel

14. o - i hipokrit, fosil

15. o - u bonus, forum

(30)

28.

Bibliografi

1. Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah.

2. Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood. 3. studentsrepo.um.edu.my/2718/7/b4.pdf

4. www.scribd.com/doc/139026207/BML-3043-Fonetik-Fonologi-Bahas - 1

5.. Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood.

6. http://qcikgubm.blogspot.com/2011/08/sistem-fonologi-bahasa-melayu.html

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai tenaga kesehatan yang terdepan, maka perawat harus bisa menerapkan fungsi dan perannya sebagai pemberi pelayanan keperawatan, manajer, pendidik, change agent ,

Sehingga akhirnya penulis dapat menyusun dan menyelesaikan skripsi yang berjudul “Re-Orientasi Pola Pembinaan Panti Asuhan (Studi Kasus di Panti Asuhan Putri Aisyiyah

Setelah dilakukan uji chi-square disimpulkan ada hubungan yang signifikan antara antara motivasi suami pada ibu hamil terhadap pemeriksaan kehamilan (ANC) di

Perubahan sistem penilaian tingkat kesehatan bank umum dari metode CAMELS menjadi metode RGEC disebabkan krisis keuangan global yang terjadi beberapa tahun

Berdasarkan pentingnya pengaruh salinitas terhadap mikroalga dalam pertumbuhan, kepadatan, dan senyawa bioaktif (protein, lemak, karbohidrat, dan pigmen)

1 Meskipun pemilu tahun 2004 selanjutnya telah memberikan peluang untuk meningkatkan partisipasi maupun representasi perempuan dalam aktifitas politik, hal ini setidaknya

Hubungan antara Stres dan Konsep Diri dengan Prokrastinasi Akademik pada mahasiswa (Penelitian pada Mahasiswa UIN Sunan Gunung Djati Bandung).. Penelitian ini

Pada tulisan ini penulis membuat robot obstacle avoiding dengan melihat robot-robot sebelumnya yang sudah ada di era sekarang, serta membahas dan menjelaskan tentang