Mata Pelajaran Matematik
Kategori Soalan TIMSS
Konstruk Aplikasi
Aras Sederhana
Jenis Soalan Bukan Objektif
Tingkatan Satu
Bidang Nombor
Tajuk Pecahan
Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah harian pecahan melibatkan gabungan operasi.
Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian pecahan termasuk menggunakan tanda kurung.
Pengetahuan Sedia Ada Murid boleh melakukan pengiraan melibatkan gabungan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian pecahan termasuk menggunakan tanda kurung.
Catatan Menyelesaikan masalah dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah penyelesaian
Aminah telah menggunakan 1
4 daripada wang sakunya untuk membeli baju, 1 3 daripada baki wangnya untuk membeli kasut dan seterusnya dia membeli beg yang berharga RM 15 lebih mahal daripada harga kasutnya. Jika baki akhir wang Aminah ialah RM 95, berapakah jumlah asal wang yang dimiliki oleh Aminah?
Tunjukkan langkah penyelesaian.
______________________________________________________________________ RUBRIK PEMARKAHAN
2 markah
Respon pelajar lengkap dan jawapan tepat. Respon mempamerkan konsep pecahan berkait.
 Menunjukkan pelajar telah menyelesaikan kesemua aspek tugasan, dan pemahaman konsep dan aplikasi yang betul.
 Mengandungi penerangan yang jelas dan lengkap, dengan disokong oleh hasil kerja atau bukti apabila diperlukan.
1 markah
Respon pelajar separa lengkap dan jawapan tepat. Respon menunjukkan pemahaman konsep sahaja atau prosedur sahaja.
 Menunjukkan pelajar mempamerkan sebahagian daripada aspek tugasan yang betul tetapi tidak lengkap.
 Mengandungi penerangan yang kurang jelas dan tidak lengkap. 0 markah
 Jawapan tidak relevan dan tidak dapat difahami.  Menggunakan kaedah selain daripada pecahan  Tidak menjawab.
1 4
1 3
Jumlah Wang Asal :
RM 110 x 4 = RM 440
WANG SAKU
BEG KASUT
BAJU BAKI WANG
RM 15 RM 95
1
3 daripada