SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 TAHUN 6
MASA : 1 1/4 JAM BAHAGIAN A
[20 markah]
Nama : ________________________________________ TAHUN 6 : ______________ Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
A Dia B Beliau C Kalian D Baginda
2 “____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
A Awak B Beliau C Kalian D Engkau
3 __________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir.
A Apabila B Kerana C Andai D Agar
4 Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya.
5 Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata.
A silau B malap C jernih D terang
6
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.
Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu. A menebuk
B mengerat C memasak D memotong
7 Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul.
A pemaju B memaju C kemajuan D memajukan
8 Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya.
9
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban. A secebis
B selembar C segelung D serawan
1 0
__________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga.
A Walau bagaimanapun B Kendatipun
C Lantaran D Jikalau
11 Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu. A sisi
1
2 Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________ memenangi pertandingan tarian itu. A ingin
B masih C dapat D perlu
1
3 Dedaun kering itu __________ ditiup angin. A berpusar
B berserakan C berguguran D berterbangan
1
4 Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes. A semua
B separuh C segelintir D setengah
Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.
1 5
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang.
A Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian.
B Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
C Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari.
D Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.
Pilih ayat yangbetul.
1 6
I Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara. II Pemuda cantik itu pramugara pesawat MAS.
III Murid tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September lepas. IV Siapakah Menteri Pendidikan Malaysia sekarang?
Soalan 17-20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LONDON, 17 Mei – Norman bin Musa, seorang rakyat Malaysia yang telah mengusahakan restoran makanan Malaysia di London. Beliau juga pengeluar rempah-ratus yang terkenal pada peringkat antarabangsa.
Norman juga tukang masak utama yang mengajarkan masakan Malaysia dengan menggunakan rempah-ratus dari Malaysia. Beliau juga menggunakan rempah-ratus ini di restoran dan di kelas masakannya di London. Semangat jati dirinya terserlah dalam masakan Malaysia.
Norman juga sentiasa mempromosikan masakan Malaysia. Antara masakan Malaysia yang dijual di restorannya termasuklah sate, roti canai dan masak lemak cili padi. Beliau tidak pernah menjual masakan Barat kerana jati diri Malaysianya yang tetap menebal.
Selain itu, Norman juga turut menyertai banyak pertandingan masakan pada peringkat antarabangsa. Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang usahanya mengharumkan nama negara di persada dunia. Antara kejayaannya termasuklah Cef Muda Asia dan Timur Tahunan Terbaik pada Anugerah Kari Asia 2012. Beliau turut disenarai pendek dalam kategori Cef Tahunan Terbaik pada Anugerah Festival Makanan dan Minuman Manchester 2009. Pada tahun 2010 pula, beliau dipilih selaku cef rasmi bagi pasukan Formula 1 Lotus.
Walaupun Norman telah lama menetap di London, namun semangat patriotik tetap utuh di jiwanya. Beliau bangga menjadi warganegara Malaysia. Sebagai bukti, cintanya kepada tanah air jelas terpancar apabila Jalur Gemilang dikibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara. Nama Malaysia sentiasa dekat di hati beliau biarpun berada di perantauan. Oleh sebab itu, beliau dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa”. Di samping itu, beliau tetap berbahasa Melayu apabila dikunjungi pelanggannya dari Malaysia.
1
7 Siapakah Norman bin Musa? A Tukang masak
B Pengeluar rempah-ratus
C Tenaga pengajar masakan di London
D Pengusaha restoran makanan Malaysia di London
18 Apakah yang diusahakan oleh Norman bin Musa?
A Mengusahakan rempah-ratus B Mengajarkan masakan Malaysia
1
9 Bagaimanakah Norman bin Musa mengajarkan masakan Malaysia? A Menjadi pengeluar rempah-ratus
B Menggunakan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London C Memenangi pelbagai anugerah dalam usaha mengharumkan nama negara
D Menyertai pertandingan rempah-ratus di restoran dan kelas masakannya di London
2
0 Mengapakah Norman bin Musa memiliki semangat patriotik walaupun berada di perantauan? A Jalur Gemilang berkibar setiap kali demonstrasi masakan diadakan di luar negara B Dikenali sebagai “Malaysian Chef Norman Musa”
C Tetap berbicara dalam bahasa Melayu D Malaysia dekat di hati
BAHAGIAN B [30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
akan dengan supaya untuk
atau di dan yang
Hatiku melonjak kegembiraan apabila ayah membenarkan aku menyertai lawatan ke Kuala Lumpur.
Menjelang pagi itu, aku ______________kawan-kawan telah diberi taklimat. Cikgu Ang yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas.
“Jangan sesekali naik ______________ turun semasa bas sedang bergerak,” pesan Cikgu Syafik pula. Aku berfikir sejenak. Mungkin aku _______________ terjatuh jika tidak mematuhi arahan guru yang tampan seperti putera raja itu.
Tidak lama kemudian, bas pun sampai. Aku memasukkan beg ke dalam perut bas lalu menaiki bas itu _______________ berhati-hati.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat tanya:
______________________________________________________________ Jawapan : Bangunan warisan ini perlu dipelihara kerana mempunyai nilai seni dan estetik yang tinggi.
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Jawapan:
____________________________________________________________ ____________________________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas. Jawapan :
___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
[2 markah]
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choo Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China.
Tujuan asal pembinaan Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan sebuah tangki air untuk kegunaan penduduk setempat pada musim kemarau atau apabila berlaku kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini condong ke arah barat.
Pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) bangunan Menara Condong ini dijadikan pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Menara Condong ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah __________________________________
(1 markah)
b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
(2 markah)
(2 markah)
Soalan 24
Baca memo di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir besar telah melanda pekan Teluk Intan.
BETUL
Orang yang bertanggungjawab membuat menara Jam Tinggi ialah pemerintah Jepun.
SALAH
a) Memo tersebut adalah untuk memberitahu murid-murid tentang _________________ ____________________________________________________________________
[1 markah]
b) Nyatakan satu punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
c) Pada pendapat kamu, mengapakah proses pengumpulan barangan kitar semula mengambil masa selama sebulan?
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]
d) Sekiranya kamu tidak dapat membawa barangan terpakai untuk program tersebut, apakah sumbangan kamu dalam menjayakan program ini?
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Awasi Keselamatanmu
Sahabatku
Nasihatku jangan dilupa Kata-kata ini amat bermakna Walau di mana-mana kauberada Keselamatan diri tetap diutama.
Sahabatku Awasi dompetmu Pastikan di sisimu Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana Kelak pasti jiwa merana.
Sahabatku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu Nanti diculik tak siapa yang tahu.
Sahabatku
Jika kamu hadapi masalah Usah kamu berasa gundah Pantang alah jangan pasrah Tenangkan diri elak marah.
Sahabatku
Awasi keselamatanmu Usah leka akan nasihatku Demi kasih sayangku yang jitu.
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
[2 markah]
b) Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut.
Kita boleh pergi ke mana sahaja secara bersendirian. Kita perlu menjaga dompet dan pastikan sentiasa berada bersama kita.
[1 markah]
c) Mengapakah kita dilarang berjalan bersendirian ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]
d) Terangkan maksud baris dalam sajak di atas
_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
[3 markah]