• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2019 (JANUARI - MEI) TAHUN 3. BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2019 (JANUARI - MEI) TAHUN 3. BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Tahun 3 Januari - Mei 2019 1𝟏 𝟒 jam

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 2019

(JANUARI - MEI)

TAHUN 3

Nama : ……… Kelas : ………

BAHASA MELAYU

Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,

C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan

kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

(2)

BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Murid-murid tahun 3 bergotong-royong membersihkan kawasan ____________ agar kelihatan bersih dan ceria.

A. sekolah C. rumah

B. kereta D. surau

2. Cikgu Syima ialah guru besar. _____________ sangat tegas.

A. Awak C. Beliau

B. Dia D. Ia

3. Sang Kancil _________________ kakinya ke arah Sang Buaya yang berada di dalam sungai.

A. mencabut C. menggigit

B. menghulurkan D. menarik

4. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu ______________ keamanan negara.

A. oleh C. di

B. pada D. demi

Soalan 5berdasarkan gambar di bawah.

(3)

6. “________________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata Syuhadah kepada Aribah.

A. Oh C. Nah

B. Eh D. Wah

7. __________________ kitar semula terdiri daripada tiga warna iaitu, biru, coklat dan jingga.

A. Bekas-bekas C. Tong-tong

B. Kotak-kotak D. Bakul-bakul

8. Suasana di kampung itu sungguh sunyi. _____________________, pada waktu malam.

A. Di samping itu C. Kemudian itu

B. Oleh sebab itu D. Lebih-lebih lagi

Soalan 9berdasarkan gambar di bawah.

9. Pengawal keselamatan yang bertugas di bank itu memegang ______________ senapang.

A. sebilah C. sebatang

B. sekaki D. selaras

10. Penyanyi yang mempunyai suara ____________________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

A. buluh perindu C. kera sumbang

(4)

11. Puan Halijah mengarahkan Arneeza mengemas buku-buku yang berselerakan di ruang tamu.

Pilihperkataan sinonimbagi mengemas.

A. menolak C. menarik

B. menyusun D. mengambil

12. Air sungai menjadi cetek oleh sebab hujan tidak turun sejak sebulan yang lalu.

Pilihperkataan antonimbagi cetek.

A. rendah C. tinggi

B. dalam D. singkat

13. Pilihsimpulan bahasayang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Ayah hanya sempat makan sekeping roti dan segelas susu segar sebagai ______________ sebelum pergi ke pejabat.

A. alas kaki C. alas perut

B. alas tangan D. alas muka

14. Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.

Abang tidak gemar akan peria kerana rasanya pahit.

A. Rasa pahit yang menyebabkan abang tidak suka akan peria. B. Abang tidak gemar akan makanan yang pahit seperti peria. C. Menurut abang, dia tidak gemar akan rasa pahit pada peria. D. Rasa pahit pada abang menyebabkan peria tida suka.

15. Pilih ayat yang betul.

I. Amir baru pergi ke sekolah. II. Jangan bermain di situ.

III. Baju budak itu paling sangat cantik.

A. I dan II C. I dan III

(5)

Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

16. Azrul dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli

A. beg sukan C. barangan dapur

B. barangan persekolahan D. beg sekolah

17. Mengapakah Azrul ingin membeli beg sekolah yang baharu? A. Beg sekolah dijual dengan harga yang murah

B. Beg sekolahnya sudah koyak

C. Azrul mendapat keputusan cemerlang dalam pentaksiran D. Semua kawannya sudah membeli beg sekolah baharu

(6)

18. Puan Suriati menasihati Azrul supaya

A. membeli barangan persekolahan sahaja B. belajar bersungguh-sungguh

C. jangan terpedaya dengan taktik peniaga

D. mendapat keputusan cemerlang dalam pentaksiran bilik darjah

19. Pada pendapat kamu, mengapakah ibu Azrul tidak memenuhi permintaan Azrul?

A. Beg sekolah Azrul masih elok

B. Barang keperluan sekolah lebih penting C. Ingin menunggu keputusan pentaksiran Azrul D. Ingin menunggu jualan murah

20. Maksud terpedaya dalam petikan bermaksud A. tertipu

B. termakan C. terkena D. terusik

(7)

BAHAGIAN B [30 markah] Soalan 21

(a) Gariskan kata seru dan ayat perintah yang betul.

i. (Wah, Syabas, Amboi), isteri encik selamat melahirkan seorang bayi lelaki! ii. (Nah, Aduh, Oh), begini rupanya sikap awak!

iii. (Eh, Oh, Aduhai), nampak macam puteri raja pulak pengantin itu! iv. (Jangan, Sila, Usah) berebut semasa menaiki bas.

v. (Tolong, Harap, Jemput) semua bersabar kerana penerbangan dijangka lewat sedikit.

[5 markah]

(b) Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.

i. ______________________ kambing meragut rumput di padang bola.

ii. Rombongan sekolah membuat lawatan ke Muzium Padi dengan ______________________ bas.

iii. Zulhelmi membeli ____________________ pen semasa melawat KLCC.

iv. Hazley membelikan ayahnya ______________________ kasut semasa membeli-belah di Seremban.

(8)

Soalan 22

Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang betul.

(a) menyertai / Azman / Kelab Komputer / akan / hadapan / bulan / pada ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(b) dapat / memupuk / gotong-royong / perpaduan / aktiviti / semangat

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(c) Puan Syima / anugerah / terbaik / prestasi / memenangi / telah / kategori ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(d) bijak / wang / menguruskan / Wardiah / sekolah / saku / ibunya / oleh / diberi / yang

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(e) sekolah / di Malaysia / sukan / Sekolah Sukan Bukit Jalil / merupakan / pertama / yang

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [5 markah]

(9)

Soalan 23

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul.

a) Jangan sesekali ada perasaan iri hati antara ______________________. b) ____________________ sedang bermain bola sepak di padang.

c) “Pernahkah _____________________ datang ke taman ini?” Tanya Fairus kepada Aidill.

d) _____________________ seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

e) “Terima kasih _____________________ ucapkan kepada murid-murid sekalian,” kata Cikgu Yani.

[5 markah]

mereka kalian kamu

(10)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Apakah nama makanan tradisional yang terdapat dalam petikan di atas? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (b) Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (c) Berapa lamakah proses memasak dodol?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah]

(11)

Soalan 25

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Di manakah tempat pertandingan permainan tradisional tersebut diadakan? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [1 markah] (b) Berapa jeniskah pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan?

Nyatakan.

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (c) Sekiranya kamu ingin menyertai pertandingan permainan tradisional

tersebut, apakah jenis pertandingan yang kamu pilih? Mengapa?

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(12)

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1. A 2. C 3. B 4. D 5. A 6. B 7. C 8. D 9. D 10.A 11.B 12.B 13.C 14.A 15.A 16.D 17.D 18.C 19.B 20.A BAHAGIAN B Soalan 21

(a) i. Syabas ii. Oh iii. Aduhai iv. Jangan v. Harap (b) i. seekor ii. sebuah iii. sebatang iv. sepasang

Soalan 22

(a) Azman akan menyertai Kelab Komputer pada bulan hadapan. (b) Aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan. (c) Puan Syima telah memenangi anugerah kategori prestasi terbaik.

(d) Wardiah bijak menguruskan wang saku sekolah yang diberi oleh ibunya. (e) Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan sekolah sukan yang pertama di

Malaysia.

(13)

Soalan 24

(a) Makanan tradisional yang terdapat dalam petikan ialah dodol.

(b) Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol ialah tepung beras, tepung pulut, santan, gula pasir, gula melaka dan garam.

(c) Proses memasak dodol mengambil masa yang agak lama, iaitu lebih kurang empat jam.

Soalan 25

(a) Pertandingan permainan tradisional tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Budaya.

(b) Ada tiga jenis pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan iaitu pertandingan permainan batu seremban, congkak dan gasing.

(c) Sekiranya saya ingin menyertai pertandingan permainan tradisional tersebut, saya akan menyertai pertandingan permainan congkak kerana ia menyeronokkan.

(14)

ISI KANDUNGAN SOALAN

No. Soalan Aspek Tatabahasa Aspek Pemahaman

1 Kata nama am

- 2 Kata ganti nama diri

3 Kata kerja

4 Kata sendi nama

5 Kata hubung 6 Kata seru 7 Kata ganda 8 Penanda wacana 9 Penjodoh bilangan 10 Simpulan bahasa 11 Perkataan sinonim 12 Perkataan antonim 13 Simpulan bahasa 14 Ayat sama maksud 15 Ayat yang betul 16 - Pemahaman petikan 17 18 19 20 21

(a) Kata seru & Ayat perintah

- (b) Penjodoh bilangan

22 - Menyusun perkataan

23 Kata ganti nama diri -

24 - Pemahaman petikan

(15)

A) CARA PENGIRAAN MARKAH:

 Kertas 1 : Bahagian A (20 markah) + Bahagian B (30 markah)  Markah penuh = 50 markah x 2 = 100 markah

B) JULAT MARKAH & TAHAP PENGUASAAN (TP):

Markah Tahap Penguasaan (TP)

0 - 39 TP 1 40 - 50 TP 2 51 - 60 TP 3 61 - 70 TP 4 71 - 80 TP 5 81 - 100 TP 6

C) PENILAIAN OLEH GURU:

 Kemahiran & Proses (TP 1 hingga TP 6)  Sikap & Nilai (TP 1 hingga TP 6)

Kedua-dua elemen di atas akan dinilai oleh guru yang mengajar mata pelajaran ini.

D) TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN Item B dan C dijumlahkan.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Tuan Azlyna (2013), Noraini dan Zamri (2016) menyatakan bahawa sikap guru dalam melaksanakan PBS

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.. Mangsa-mangsa banjir itu ditempatkan di pusat

Ternampak seorang lelaki yang mencurigakan membuang sisa toksik ke dalam sungai.. Ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan memancing di

Perompak yang berjaya merompak bank itu semalam telah diberkas oleh pihak polis.. Bank yang berjaya dirompak oleh perompak semalam telah diberkas oleh

(c) Cara yang terbaik dalam memastikan keselamatan pemasangan komputer adalah dengan meletakkan komputer di atas meja, cahaya yang mencukupi, menggunakan

b) Sarvesh menafikan bahawa dia yang membuat bising di dalam kelas. b) lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan masyarakat di negara ini. c) mengambil keratan batang pokok

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.. Permainan congkak merupakan permainan tradisional warisan bangsa yang

Itulah yang dijelaskan oleh pihak-pihak yang tertentu mengenai penskoran PBD ini…” Peserta Kajian 2 Menjelaskan perbezaan kaedah pelaksanaan penskoran Tahap Penguasaan murid bagi