• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kefahaman, Kemahiran dan Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Kefahaman, Kemahiran dan Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah Rendah"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Kefahaman, Kemahiran dan Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah

Rendah

(The Level of Understanding, Skills and Attitudes of Malay Teachers in the Implementation of Classroom Assessment (PBD) in Primary

Schools)

Pung Kodi Villasamy1*, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden:poo_resh@yahoo.com, munaruzanna@ukm.edu.my

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.43

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebuah pentaksiran secara berterusan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mengesan perkembangan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Justeru, kajian ini mengkaji tentang tahap kefahaman, kemahiran dan sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dalam kajian ini, pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 150 orang guru bahasa Melayu di daerah Temerloh, Pahang sebagai sampel kajian. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Berdasarkan dapatan kajian, tahap kefahaman (µ=4.43), tahap kemahiran (µ=4.17) dan tahap sikap (µ=4.43), dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD adalah tinggi. Walaupun dapatan menunjukkan tahap kefahaman, kemahiran dan sikap guru tinggi malah, terdapat juga beberapa kelemahan terutamannya dalam pengaplikasian pentaksiran berasaskan projek.

Kesimpulannya, kerjasama pelbagai pihak diperlukan bagi melaksanakan PBD dengan berkesan. Guru-guru bahasa Melayu pula perlu bersedia dan mengadaptasikan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang mengutamakan kemenjadian murid.

Kata kunci: kefahaman, kemahiran, sikap, guru bahasa Melayu , pentaksiran bilik darjah

Abstract: Classroom Assessment (PBD) is a continuous assessment in learning and facilitation to track progress, identify strengths and weaknesses and improve student achievement in learning. Therefore, this study examines the level of understanding, skill and attitudes of primary school Malay teachers in the implementation of PBD. This study uses a quantitative approach in the design of a survey study by using a questionnaire as a research instrument. In this study, simple random sampling was used to select 150 Malay language teachers in Temerloh district, Pahang as the study sample. The findings of this study were analysis using descriptive statistics. Based on the findings of the study, the level of understanding (µ=4.43), the level of skill (µ=4.17) and the level of attitude (µ=4.43), among Malay teachers in the implementation of PBD is high. Although the findings show the level of understanding, skills and attitudes of teachers are high, there are also some weaknesses, especially in the application of project-based assessment. In conclusion, the cooperation of

(2)

various parties is needed to implement PBD effectively. Malay language teachers need to prepare and adapt to the changes that occur in the education system that prioritizes the development of students.

Keywords: understanding, skills, attitudes, Malay teachers, classroom assessment

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu proses berterusan yang dijalankan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tujuan PBD dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2019). Pelaksanaan PBD yang betul dan sistematik dapat membantu guru untuk mengetahui tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran (SP) yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) (KPM, 2018). Peranan utama guru dalam PBD adalah menetapkan objektif, merancang, membina instrumen, merekod, menganalisis, melapor dan membuat tindakan susulan bagi SP yang hendak ditaksir. Guru juga perlu melaksanakan PBD dengan mentadbir, menilai, memberi skor dan merekodkan pencapaian keseluruhan murid di peringkat sekolah (Zamri, Mohamed & Nik, 2010).

PBD melibatkan tiga jenis pentaksiran utama iaitu Pentaksiran untuk Pembelajaran, Pentaksiran sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran tentang Pembelajaran (KPM, 2019).

Pentaksiran untuk Pembelajaran merupakan satu pentaksiran yang berbentuk formatif yang dijalankan sepanjang sesi PdP. Guru boleh merancang strategi atau langkah yang berkesan untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan tahap penguasaan murid. Seterusnya, Pentaksiran sebagai Pembelajaran berlangsung apabila seseorang murid berupaya membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran secara sendiri. Pentaksiran sebagai Pembelajaran terdiri daripada dua jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran Rakan Sebaya.

Pentaksiran tentang Pembelajaran merupakan suatu bentuk pentaksiran yang dilakukan pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Pentaksiran ini boleh dilaksanakan dalam bentuk ujian sumatif.

Dengan melaksanakan PBD, guru dapat mengesan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan perkembangan murid secara keseluruhan. Selain itu, guru juga dapat mengenali kelemahan dan kekuatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Guru juga boleh mengetahui keberkesanan PdP yang dijalankan. Selain itu guru juga boleh merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP serta menjalankan tindakan susulan yang sesuai bagi mencapai objektif PdP. Melalui PBD juga, seseorang murid dapat mengesan perkembangan diri sendiri. Selain itu, murid juga mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri dalam pembelajaran serta meningkatkan pencapaian diri dalam pembelajaran.

PBD juga boleh ditaksir melalui pelbagai aspek. Antaranya pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran berbahasa, kemahiran mengira, kemahiran belajar, kemahiran bersosial, kemahiran manipulatif, kemahiran amali, kemahiran kinestatik, kreativiti, kesihatan dan kecergasan, amalan nilai murni dan sikap murid (KPM, 2019). Aspek-aspek ini amat penting dan diperlukan untuk berdaya saing dalam dunia ini yang penuh dengan persaingan.

(3)

Pernyataan Masalah

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bukanlah satu perkara yang baharu. Malah PBD telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bagi sekolah rendah dalam sistem pendidikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru merupakan pihak yang utama serta penting bagi menjayakan konsep atau corak pentaksiran yang baharu ini yang lebih berasaskan kepada sekolah. Hal ini kerana, guru merupakan kumpulan yang akan mengupayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menentukan objektif untuk mengukur murid berdasarkan tahap penguasaan yang sesuai.

Namun, timbulnya masalah dan isu dalam pelaksanaan PBD. Menurut kajian Mahaya, Azizah, Mohd, Fairuz dan Hariyanti (2019), dalam jurnal yang bertajuk tahap literasi guru terhadap pendekatan dalam pentaksiran bilik darjah menyatakan bahawa menyediakan guru yang berupaya dan berpengetahuan merupakan salah satu cabaran dalam pelaksanaan PBD. Oleh itu, tahap pengetahuan atau kefahaman guru menjadi salah satu faktor dalam pelaksanaan PBD yang merupakan dasar kerajaan.

Menurut Aniza (2014) pula, dalam kajiannya menyatakan bahawa tahap penguasaan kemahiran yang tinggi dalam kalangan guru amat diperlukan dan merupakan faktor utama dalam pelaksanaan PBD. Hal ini kerana, masih juga terdapat golongan guru yang keliru dan belum bersedia untuk melaksanakan PBD. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti kebolehan, penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid. Oleh itu, sebagai seorang guru, memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai oleh murid.

Selain itu, sikap guru juga menjadi salah satu masalah dalam pelaksanaan PBD dengan lebih berkesan. Menurut Siti (2018), dalam kajiannya menyatakan bahawa sikap guru yang positif amat penting dalam pelaksanaan PBD. Kesukaran melaksanakan pentaksiran berdasarkan garis panduan dan DSKP yang ditetapkan menjadi kelemahan guru. Oleh itu, sikap guru yang mematuhi kehendak garis panduan PBD dan DSKP merupakan salah satu faktor untuk menjayakan dasar KPM.

Objektif kajian

i. Mengenal pasti tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah.

ii. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah.

iii. Mengenal pasti tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah.

Persoalan kajian

i. Apakah tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanakan PBD di sekolah rendah?

ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanakan PBD di sekolah rendah?

iii. Apakah tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah?

(4)

2. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan. Pengkaji telah memilih lokasi kajian daerah Temerloh untuk melaksanakan kajian ini. Hal ini kerana, daerah Temerloh memiliki bilangan sekolah rendah yang banyak yang berpelbagai latar belakang. Pengkaji memilih guru-guru bahasa Melayu daerah Temerloh sebagai sampel kajian. Seramai 140 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel kajian. Guru bahasa Melayu yang dipilh untuk kajian ini merupakan guru yang sedang mengajar bahasa Melayu pada tahun ini.

3. Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai alat pengukuran dan pengumpulan data. Instrumen soal selidik ini dibina bagi mengkaji tentang persediaan guru dalam melaksanakan PBD yang memfokuskan kepada isu pengetahuan, kemahiran, sikap serta masalah. Instrumen soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A dalam soal selidik tersebut tentang demografi responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Bahagian B pula, tentang tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD.

Bahagian C pula, terdiri daripada soalan-soalan tentang kemahiran guru. Akhir sekali, bahagian D bagi mengukur tahap sikap guru bahasa Melayu semasa melaksanakan PBD. Jawapan bagi semua item soalan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu “sangat tidak setuju” (STS), “tidak setuju” (TS), “kurang setuju” (KS), “setuju” (S) dan sangat setuju (SS).

4. Dapatan Kajian

4.1 Tahap Kefahaman Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Jadual 1: Analisis Item Tahap Kefahaman Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Bil. Item STS

% TS

% KS

% S

% SS

% µ Tahap

1. Saya memahami matlamat pelaksanaan PBD 0 0% 0

0% 8

5.3% 52

34.7% 90

60.0% 4.55 Tinggi 2. Saya memahami objektif pelaksanaan PBD

semasa PdPc BM

0 0%

0 0%

12 8.0%

56 37.3%

82 54.7%

4.47 Tinggi 3. Saya faham konsep pentaksiran bilik darjah 0

0% 0 0% 8

5.3% 59

39.3% 83

55.4% 4.50 Tinggi 4. Saya faham perbezaan pentaksiran untuk

pembelajaran dengan pentaksiran sebagai pembelajaran

0 0% 0

0% 20

13.3% 63

42.0% 67

44.7% 4.31 Tinggi 5. Saya faham objektif Pentaksiran Bilik Darjah 0

0%

0 0%

12 8.0%

57 38.0%

81 54.0%

4.46 Tinggi

6. Saya faham ciri-ciri PBD 0

0% 0 0% 8

5.3% 70

46.7% 72

48.0% 4.43 Tinggi 7. Saya memahami aspek yang ditaksir dalam

PBD 0

0% 0 0% 8

5.3% 63

42.0% 79

52.7% 4.47 Tinggi 8. Saya memahami tahap pentaksiran

penguasaan dalam PBD 0

0% 0 0% 8

5.3% 57

38.0% 85

56.7% 4.51 Tinggi 9. Saya memahami tahap standard prestasi

mengikut PBD

0 0%

0 0%

16 10.7%

45 30.0%

89 59.3%

4.49 Tinggi 10. Saya faham melaksanakan pentaksiran dalam

bilik darjah 0

0% 0 0% 8

5.3% 48

32.0% 94

62.7% 4.57 Tinggi

(5)

11. Saya faham untuk merancang PdPc mengikut

PBD 0

0% 0 0% 12

8.0% 48

32.0% 90

60.0% 4.52 Tinggi 12. Saya faham untuk melaksanakan pentaksiran

PdPc mengikut PBD 0

0% 0 0% 12

8.0% 52

34.7% 86

57.3% 4.49 Tinggi 13. Saya faham menggunakan tempat pelaporan

PBD 0

0% 0 0% 12

8.0% 49

32.7% 89

59.3% 4.51 Tinggi 14. Saya faham untuk merekod pencapaian PBD

murid.

0 0%

0 0%

8 5.3%

44 29.3%

98 65.4%

4.60 Tinggi 15. Saya faham tentang penjaminan kualiti PBD . 0

0% 0 0% 20

13.3% 46

30.7% 84

56.0% 4.43 Tinggi 16. Saya faham tentang PBD berasaskan projek 0

0% 0 0% 20

13.3% 45

30.0% 85

56.7% 4.43 Tinggi 17. Saya memahami contoh model projek 0

0%

0 0%

24 16.0%

64 42.7%

62 41.3%

4.25 Tinggi 18. Saya faham akan proses melaksanakan projek 0

0% 0 0% 34

22.6% 58

38.7% 58

38.7% 4.16 Tinggi 19. Saya faham akan etika dalam melaksanakan

projek 0

0% 0 0% 30

20.0% 63

42.0% 57

38.0% 4.18 Tinggi 20. Saya faham akan rubrik pentaksiran

berasaskan projek 0

0% 0 0% 34

22.7% 67

44.7% 49

32.6% 4.10 Tinggi 21. Saya memahami contoh instrumen

pentaksiran 0

0% 0 0% 8

5.3% 65

43.4% 77

51.3% 4.46 Tinggi 22 Saya memahami pengurusan pentaksiran bilik

darjah

0 0%

0 0%

8 5.3%

60 40.0%

82 54.7%

4.49 Tinggi

Keseluruhan 4.43 Tinggi

Jadual 1 menunjukkan dapatan bagi setiap item dalam konstruk tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Berdasarkan jadual 1, kesemua item dalam tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah berada pada tahap tinggi.

Item yang mempunyai nilai min paling tinggi adalah item 14 iaitu “Saya faham untuk merekod pencapaian PBD murid”. Item ini mencatat nilai min sebanyak 4.60. Dapatan ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah memahami cara merekod pencapaian murid dengan betul dan sistematik. Item yang mempunyai nilai min kedua tinggi adalah item 10 iaitu

“Saya faham melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah” dengan menunjukkan nilai min sebanyak 4.57. Hal ini, menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah memahami cara melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan menggunakan kaedah- kaedah tertentu. Item 1 iaitu “Saya memahami matlamat pelaksanaan PBD” merupakan item yang mempunyai nilai min ketiga tinggi yang mana menunjukkan nilai min sebanyak 4.55.

Berdasarkan nilai min ini, mendapat tahu bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah memahami sangat tentang matlamat pelaksanaan PBD.

Seterusnya, item 5 dan 21 menunjukkan nilai min yang sederhana. Item 5 “Saya faham objektif Pentaksiran Bilik Darjah” dan item 21 “Saya memahami contoh instrumen pentaksiran”

masing-masing menunjukkan nilai min 4.46. Berikutan daripada dapatan ini, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah belum lagi memahami objektif PBD dengan jelas. Guru-guru bahasa Melayu juga tidak lagi memahami contoh-contoh intrumen pentaksiran yang boleh digunakan semasa waktu PdPc. Selain itu, item 2 dan 7 menunjukkan nilai min yang sama iaitu sebanyak 4.47. Nilai min ini merupakan nilai min kedua sederhana. Item 2 “Saya memahami objektif pelaksanaan PBD semasa PdPc BM” dan item 7 “Saya memahami aspek yang ditaksir dalam PBD”. Berdasarkan dapatan ini, mendapati bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah masih lagi mempunyai kesukaran dalam memahami objektif pelaksanaan PBD semasa

(6)

PdPc. Selain itu, ada juga guru bahasa Melayu di sekolah rendah yang kurang memahami aspek yang perlu ditaksir dalam PBD. Seterusnya, item 9, 12 dan 22 menunjukkan nilai min ketiga sederhana. Item 9 “Saya memahami tahap standard prestasi mengikut PBD”, item 12 “Saya faham untuk melaksanakan pentaksiran PdPc mengikut PBD” dan item 22 “Saya memahami pengurusan pentaksiran bilik darjah” masing-masing mencatat nilai min 4.49. Berikutan daripada dapatan ini, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah mempunyai masalah dalam memahami elemen-elemen yang penting dalam pelaksanaan PBD terutamanya sewaktu PdPc.

Dalam kontruk tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelakasanaan PBD di sekolah rendah, item 20 iaitu “Saya faham akan rubrik pentaksiran berasaskan projek” menunjukkan nilai min yang paling rendah. Item 20 hanya menunjukkan nilai min sebanyak 4.10 sahaja.

Seterusnya, item 18 “Saya faham akan proses melaksanakan projek” pula menunjukkan nilai min kedua rendah iaitu sebanyak 4.16 dan item 19 “Saya faham akan etika dalam melaksanakan projek” menunjukkan nilai min ketiga rendah iaitu 4.18. Dapatan ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah masih mempunyai kekeliruan dan kurang memahami terhadap pelaksanaan PBD berasaskan projek. Hal ini kerana, ketiga-tiga item ini menyatakan tentang kefahaman guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan projek dalam PBD.

Pelaksanaan projek merupakan elemen yang penting dalam PBD dan guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah juga perlu mengaplikasikannya sewaktu PdPc. Walaupun item-item ini berada dalam tahap tinggi malah kefahaman guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah yang tidak begitu jelas ini boleh menyebabkan mereka gagal melaksanakannya dan mengaplikasikannya sewaktu PdPc.

Secara keseluruhannya, min bagi konstruk tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah menunjukkan tahap yang tinggi dan mencatatkan nilai min sebanyak 4.43. Guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah memang memahami tentang pelaksanaan PBD dengan lebih baik. Pemahaman guru bahasa Melayu sekolah rendah tentang pelaksanaan PBD menjadi hala tuju untuk mencapai matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

4.2 Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Jadual 2: Analisis Item Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Bil Item STS

% TS

% KS

% S

% SS

% µ Tahap

1. Saya mahir menetapkan objektif PdPc selari dengan pelaksanaan PBD 0

0% 0 0% 8

5.3% 86

57.4% 56

37.3% 4.32 Tinggi 2. Saya mahir mengorganisasikan kandungan

pengajaran dengan PBD 0

0% 0

0% 18

12.0% 87

58.0% 45

30.0% 4.18 Tinggi 3. Saya mahir dalam membuat pentaksiran

untuk pembelajaran (assessment for learning)

0 0%

0 0%

19 12.7%

96 64.0%

35 23.3%

4.11 Tinggi

4. Saya mahir dalam membuat pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

0 0% 0

0% 19

12.7% 94

62.7% 37

24.6% 4.12 Tinggi 5. Saya mahir dalam membina pentaksiran

formatif melalui PBD

0 0%

0 0%

14 9.3%

84 56.0%

52 34.7%

4.25 Tinggi 6. Saya mahir dalam membina pentaksiran

sumatif melalui PBD 0

0% 0

0% 14

9.3% 84

56.0% 52

34.7% 4.25 Tinggi 7. Saya mahir membuat pentaksiran

mengikut bentuk pentaksiran kendiri 0 0% 0

0% 14

9.3% 75

50.0% 61

40.7% 4.31 Tinggi

(7)

8. Saya mahir dalam menentukan ciri PBD

yang ada pada murid 0

0% 0 0% 8

5.3% 88

58.7% 54

36.0% 4.31 Tinggi 9. Saya mahir dalam membuat pentaksiran

mengikut perkembangan psikologi murid 0 0% 0

0% 23

15.3% 94

62.7% 33

22.0% 4.07 Tinggi 10. Saya mahir melaksanakan pentaksiran

yang menentukan tahap penguasaan murid 0 0% 0

0% 26

17.3% 75

50.0% 49

32.7% 4.15 Tinggi 11. Saya mahir dalam membezakan antara

standard kandungan, standard pembelajaran, dan strandard prestasi

0 0%

0 0%

14 9.3%

72 48.0%

64 42.7%

4.33 Tinggi

12. Saya mahir dalam menerapkan PBD melalui DSKP dalam PdPc BM 0

0% 0

0% 22

14.7% 72

48.0% 56

37.3% 4.23 Tinggi 13. Saya mahir dalam menggunakan templat

pelaporan PBD 0

0% 0

0% 14

9.3% 71

47.3% 65

43.4% 4.34 Tinggi 14. Saya mahir dalam melaksanakan

pentaksiran dalam bilik darjah 0 0% 0

0% 12

8.0% 88

58.7% 50

33.3% 4.25 Tinggi 15. Saya mahir dalam merancang PdPc

berasaskan PBD 0

0% 0

0% 18

12.0% 91

60.7% 41

27.3% 4.15 Tinggi 16. Saya mahir mengaplikasikan kaedah

pentaksiran PBD dalam PdPc BM 0 0% 0

0% 26

17.3% 87

58.0% 37

24.7% 4.07 Tinggi 17. Saya mahir melaksanakan projek. 0

0% 0

0% 26

17.3% 82

54.7% 42

28.0% 4.11 Tinggi 18. Saya mahir membina model projek 0

0%

0 0%

30 20.0%

76 50.7%

44 29.3%

4.09 Tinggi 19. Saya mahir dalam pelaksanaan PBD

berasaskan projek 0

0% 0

0% 34

22.7% 78

52.0% 38

25.3% 4.03 Tinggi 20. Saya mahir dalam penentuan rubrik

pentaksiran berasaskan projek 0 0% 0

0% 30

20% 91

60.7% 29

19.3% 3.99 Tinggi 21. Saya mahir dalam menentukan tahap

penguasaan dalam pentaksiran berasaskan projek

0 0% 0

0% 26

17.3% 91

60.7% 33

22% 4.05 Tinggi 22. Saya mahir dalam menentukan

penggunaan instrumen pada setiap pentaksiran aktiviti

0 0% 0

0% 23

15.3% 89

59.3% 38

25.4% 4.10 Tinggi 23. Saya mahir dalam pengurusan pentaksiran

bilik darjah

0 0%

0 0%

16 10.6%

97 64.7%

37 24.7%

4.14 Tinggi

Keseluruhan 4.17 Tinggi

Jadual 2 pula, menunjukkan dapatan bagi setiap item dalam konstruk tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Berdasarkan jadual 8, item-item dalam tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah berada pada tahap tinggi.

Daripada 23 item di atas, “Saya mahir dalam menggunakan templat pelaporan PBD” yang merupakan item 13 mempunyai nilai min yang paling tinggi. Item ini menunjukkan nilai min sebanyak 4.34. Hal ini kerana, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah telah mendapat pendedahan tentang cara penggunaan templet dengan jelas daripada pelbagai pihak. Selain itu, templat ini juga telah biasa digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu kerana PBD telah diperkenalkan sejak 2011 dengan dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS). Item kedua tinggi adalah item 11, “Saya mahir dalam membezakan antara standard kandungan, standard pembelajaran, dan strandard prestasi”. Item ini menunjukkan nilai min sebanyak 4.33. Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi merupakan antara aspek- aspek utama yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan perlu dirujuk oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah memang mahir dalam menggunakannya dan membezakan ketiga-tiga aspek ini. Seterusnya, item nilai min yang mempunyai ketiga tinggi pula merupakan item 1 iaitu

(8)

“Saya mahir menetapkan objektif PdPc selari dengan pelaksanaan PBD”. Item ini telah menunjukkan nilai min sebanyak 4.32. Berdasarkan dapatan ini, mendapat tahu bahawa guru- guru bahasa Melayu memang mahir dalam menentukan objektif PdPc selari dengan pelaksanaan PBD dengan merujuk DSKP.

Selain itu, item 4 mempunyai nilai min yang sederhana. Item 4 “Saya mahir dalam membuat pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)” menunjukkan nilai min sebanyak 4.12. Nilai min sederhana ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah masih mempunyai kekangan dalam membuat pentaksiran sebagai pembelajaran. Item 23 pula, mempunyai nilai min kedua sederhana. Item 23 “Saya mahir dalam pengurusan pentaksiran bilik darjah” menunjukkan nilai min sebanyak 4.14. Hal ini menunjukkan, guru- guru bahasa Melayu di sekolah rendah perlu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan pentaksiran bilik darjah. Seterusnya, item 10 “Saya mahir melaksanakan pentaksiran yang menentukan tahap penguasaan murid” dan 15 “Saya mahir dalam merancang PdPc berasaskan PBD” masing-masing menunjukkan nilai min ketiga sederhana iaitu 4.15. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu masih mempunyai kelemahan dalam menentukan tahap penguasaan murid semasa melaksanakan PBD dan merancang PdPc berasaskan PBD. Oleh itu, mereka harus berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek-aspek tersebut.

Dalam konstruk tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah item 20 telah menunjukkan nilai min yang paling rendah. Item 20 “Saya mahir dalam penentuan rubrik pentaksiran berasaskan projek” hanya menunjukkan nilai min sebanyak 3.99.

Hal ini demikian, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah kurang mahir dalam menetapkan rubrik semasa melaksanakan pentaksiran berasaskan projek dan memerlukan pendedahan untuk meningkatkan lagi kemahiran tersebut. Seterusnya, nilai min yang kedua rendah adalah item 19 “Saya mahir dalam pelaksanaan PBD berasaskan projek”. Item 19 ini, menunjukkan nilai min sebanyak 4.03. Item 21 “Saya mahir dalam menentukan tahap penguasaan dalam pentaksiran berasaskan projek” pula menunjukkan nilai min sebanyak 4.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah memerlukan lagi kemahiran dalam melaksanakan PBD berasaskan projek yang mana memberi dorongan kepada murid untuk menonjolkan bakat dan minat mereka.

Secara keseluruhannya, konstruk tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah menunjukkan nilai min sebanyak 4.17. Walaupun, nilai min ini berada dalam tahap yang tinggi, guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah perlu mahir dalam melaksanakan PBD berasaskan projek. Hal ini kerana, pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan PBD bagi mewujudkan PdPc yang lebih menarik dan mengintegrasikan pengetahuan murid.

4.3 Tahap Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Jadual 3: Analisis Item Tahap Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan PBD di Sekolah Rendah.

Bil Item STS

% TS

%

KS

%

S

%

SS

% µ Tahap

1. Saya sentiasa mencuba pendekatan yang

baharu dalam PdPc BM. 0

0% 0

0% 12

8.0% 73

48.7% 65

43.3% 4.35 Tinggi 2. Saya dapat meningkatkan ilmu berkaitan

PBD 0

0% 0 0% 0

0% 81

54.0% 69

46.0% 4.46 Tinggi 3. Saya boleh kenal pasti potensi murid melalui

PBD 0

0% 0 0% 4

2.7% 72

48.0% 74

49.3% 4.47 Tinggi

(9)

4. Saya dapat mengesan perkembangan murid melalui pelaksanaan PBD semasa PdPc BM. 0

0% 0 0% 0

0% 83

55.3% 67

44.7% 4.45 Tinggi 5. Saya boleh merancang RPH berdasarkan

pelaksanaan PBD 0

0% 0

0% 14

9.3% 70

46.7% 66

44.0% 4.35 Tinggi 6. Saya sentiasa menjalankan pentaksiran

dengan merujuk Buku Panduan PBD Edisi Kedua.

0 0% 0

0% 18

12.0% 65

43.3% 67

44.7% 4.33 Tinggi 7. Saya bertanggungjawab melaksanakan PBD

dalam PdPc BM dengan telus. 0 0% 0

0% 10

6.7% 60

40% 80

53.3% 4.47 Tinggi 8. Saya mengutamakan penguasaan kemahiran

dalam bahasa Melayu semasa pentaksiran PBD.

0 0% 0

0% 8

5.3% 63

42.0% 79

52.7% 4.47 Tinggi 9. Saya menjadikan pencapaian murid sebagai

satu tunjang penambahbaikan proses pengajaran

0 0%

0 0%

8 5.3%

67 44.7%

75 50.0%

4.45 Tinggi

10. Saya bertanggungjawab mengambil tindakan susulan bagi murid yang berada di bawah tahap penguasaan.

0 0% 0

0% 8

5.3% 67

44.7% 75

50.0% 4.45 Tinggi 11. Saya berusaha untuk menghadiri seminar/

bengkel/ taklimat berkaitan dengan PBD. 0 0% 0

0% 13

8.7% 52

34.7% 85

56.6% 4.48 Tinggi

Keseluruhan 4.43 Tinggi

Jadual 3 pula, menunjukkan dapatan bagi setiap item dalam konstruk tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Berdasarkan jadual 9, item-item dalam tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah berada pada tahap tinggi juga.

Daripada dapatan di atas, item 11 merupakan item yang mempunyai nilai min yang paling tinggi. Item 11 iaitu “Saya berusaha untuk menghadiri seminar/ bengkel/ taklimat berkaitan dengan PBD” menunjukkan nilai min sebanyak 4.48. Berikutan daripada dapatan ini, guru- guru bahasa Melayu memang mempunyai minat untuk menghadiri seminar, bengkel dan taklimat yang berkenaan dengan PBD. Hal ini kerana, konsep dan aspek pelaksanaan PBD sering ditambah baikkan dan sebagai seorang guru terpaksa mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan dalam pelaksanaan PBD. Oleh itu, wajarlah guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah berusaha untuk menyertai kursus-kursus sebegini. Seterusnya, item 3, 7 dan 8, menunjukkan nilai min yang sama. Item 3 “Saya boleh kenal pasti potensi murid melalui PBD”, item 7 “Saya bertanggungjawab melaksanakan PBD dalam PdPc BM dengan telus” dan item 8 “Saya mengutamakan penguasaan kemahiran dalam bahasa Melayu semasa pentaksiran PBD” merupakan nilai min yang kedua tinggi iaitu 4.47. Berdasarkan dapatan ini, guru-guru bahasa Melayu mempunyai kebolehan untuk mengenal pasti potensi dan keupayaan murid dengan melaksanakan PBD. Selain itu, guru juga menjalankan PdPc dengan penuh bertanggungjawab dan melaksanakan PBD dengan jujur. Guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah juga mengutamakan penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar.

Selain itu, item 4,9 dan 10 menunjukkan nilai min yang sederhana. Item 4 “Saya dapat mengesan perkembangan murid melalui pelaksanaan PBD semasa PdPc BM”, item 9 “Saya menjadikan pencapaian murid sebagai satu tunjang penambahbaikan proses pengajaran” dan item 10 “Saya bertanggungjawab mengambil tindakan susulan bagi murid yang berada di bawah tahap penguasaan” menunjukkan nilai min sebanyak 4.45. Daripada dapatan ini, jelasnya bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah memberi perhatian terhadap aspek-aspek yang dinyatakan dalam item-item tersebut. Item 2 “Saya dapat meningkatkan ilmu berkaitan PBD” telah mempunyai nilai min kedua sederhana iaitu 4.46. Hal ini menunjukkan

(10)

guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah mempunyai minat yang sederhana sahaja untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan PBD melalui pelbagai sumber.

Daripada dapatan ini, item 6 “Saya sentiasa menjalankan pentaksiran dengan merujuk Buku Panduan PBD Edisi Kedua” mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 4.33 dalam konstruk tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan di sekolah rendah. Buku Panduan PBD Edisi Kedua mula digunakan pada tahun 2020. Ada juga dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah rendah belum lagi mendapat informasi tentang buku tersebut. Malah, kebanyakan guru telah mula menggunakan dan mendapat banyak pengetahuan yang baharu daripada buku tersebut. Item 1 dan item 2 pula menunjukkan nilai min yang kedua rendah. Item 1 “Saya sentiasa mencuba pendekatan yang baharu dalam PdPc BM dan item 5 “Saya boleh merancang RPH berdasarkan pelaksanaan PBD” telah menunjukkan nilai min 4.35.

berdasarkan dapatan ini, guru bahasa Melayu di sekolah rendah perlu berusaha untuk menggunakan pendekatan PdPc yang baharu agar dapat menarik minat dan perhatian murid.

Penggunaan kaedah dan pendekatan baharu amat penting dalam pelaksanaan PBD. Selain itu, guru bahasa Melayu di sekolah rendah juga perlu merancang rancangan pengajaran harian berdasarkan pelaksanaan PBD walaupun terdapat pelbagai cabaran. Guru-guru bahasa Melayu perlu berusaha lagi untuk merancang RPH yang lebih berkesan bagi menjayakan pelaksanaan PBD.

Secara keseluruhannya, konstruk tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah menunjukkan nilai min sebanyak 4.43. Guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah mempunyai sikap yang positif untuk melaksanakan PBD dengan lebih baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru bahasa Melayu perlu sentiasa berusaha lagi untuk menjayakan PBD.

5. Perbincangan

Berdasarkan dapatan kajian, jelasnya bahawa tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan Tuan Azlyna (2013) yang menyatakan bahawa guru-guru bahasa Melayu mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang tinggi dalam pelaksanaan PBD yang dahulu dinamakan sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hal ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021) yang menjelaskan bahawa tahap pengetahuan atau kefahaman dalam kalangan guru sekolah rendah tinggi dalam pelaksanaan PBD. Malah, dapatan ini bertentang dengan kajian Faizah (2011) yang menegaskan bahawa guru-guru masih belum lagi mempunyai tahap kefahaman atau pengetahuan yang tinggi dalam pelaksanaan PBD. Lebih-lebih lagi tahap kefahaman mereka hanya berada dalam tahap yang sederhana sahaja.

Dalam konstruk pertama iaitu tahap kefahaman guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah item 14 “Saya faham untuk merekod pencapaian PBD murid” mempunyai nilai min yang tertinggi. Dapatan ini disokong oleh Fara dan Siti (2021) dan Tan dan Husaina (2020), yang menyatakan bahawa guru-guru mempunyai kefahaman yang tinggi dalam merekod pencapaian atau prestasi murid dalam templet pelaporan secara sistematik. Seterusya, item 10 iaitu “Saya faham melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah” menunjukkan nilai min kedua tinggi dan disokong oleh Siti (2019). Malah, kajian ini bertentang dengan kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021) yang menyatakan bahawa guru-guru sekolah rendah menghadapi kesukaran untuk melaksanakan PBD kerana kurang kefahaman terhadapnya. Selain itu, “Saya memahami matlamat pelaksanaan PBD”

(11)

merupakan item yang mempunyai min ketiga tinggi. Kajian Anniliza, Al-Amin, Abdul Ghani dan Wan (2020) dan Kausalya dan Faridah (2022) tidak menyokong dapatan kajian ini kerana mengatakan bahawa guru-guru masih melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan peperiksaan kerana mempunyai kurang kefahaman tentang matlamat pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.

Berikutan daripada dapatan, “Saya faham akan rubrik pentaksiran berasaskan projek”

merupakan nilai min yang paling rendah. Hasil kajian ini disokong oleh Nor, Mohd Isa dan Khadijah (2017), kerana membawa dapatan yang sama seperti kajian ini. Hal ini kerana, guru- guru masih mempunyai kekeliruan untuk menetapkan rubrik pentaksiran kerana rubrik tersebut perlu ditetapkan oleh guru itu sendiri dan kefahaman guru terhadapnya berbeza. Seterusnya,

“Saya faham akan proses melaksanakan projek” dan “Saya faham akan etika dalam melaksanakan projek” merupakan item-item yang menunjukkan nilai min yang kedua dan ketiga rendah. Walaupun, item-item ini tergolong dalam tahap tinggi malah, mempunyai nilai min yang rendah berbanding dengan item-item yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa guru- guru bahasa Melayu mempunyai kesukaran dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan projek kerana kurang kefahaman terhadapnya. Dapatan ini disokong oleh Lim dan Goh (2018) yang menyatakan bahawa kekurangan pendedahan dan kesedaran guru tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan projek menjadi isu utama yang menyebabkan kefahaman guru rendah.

Dalam kajian ini juga, mencadangkan bahawa pihak pentadbir perlu mengadakan bengkel dan kursus bagi mendorong guru untuk memahami dengan lebih jelas tentang pentaksiran berasaskan projek dan memberi galakkan kepada guru untuk bekerjasama dengan guru-guru sekolah lain agar mereka lebih memahami serta tidak menghadapi kekeliruan semasa melaksanakannya.

Konstruk kedua pula, kajian tentang tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Kontruk ini juga menunjukkan tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Kajian ini selari dengan kajian Aniza dan Zamri (2015) yang menyatakan bahawa tahap kemahiran dalam pelaksanaan PBD dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah menengah juga berada pada tahap yang tinggi. Kajian tersebut juga jelas mengatakan bahawa guru-guru bahasa Melayu mahir melaksanakan PBS yang dikenali sebagai PBD pada masa kini walaupun baharu sahaja diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dalam kontruk ini, “Saya mahir dalam menggunakan templat pelaporan PBD” mempunyai nilai min yang paling tinggi. Kajian Fara dan Siti (2021) dan Tan dan Husaina (2020) juga menyokong bahawa guru-guru boleh menggunakan templat pelaporan dengan teratur dan sistematik untuk tujuan merekod prestasi atau pencapaian yang dikuasai oleh murid. Dalam kedua-dua kajian tersebut, nilai min bagi item tersebut adalah tinggi seperti kajian ini.

Seterusnya, item 11, “Saya mahir dalam membezakan antara standard kandungan, standard pembelajaran, dan strandard prestasi” mempunyai nilai min kedua tertinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Fauziah (2016), Afinde (2016), Jum Anidar (2018) dan Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021) yang mengatakan bahawa guru-guru tahu menggunakannya dan mahir membezakannya dokumen-dokumen tersebut serta memberikan nilai tahap penguasaan (TP) yang tepat dengan merujuknya. Item 1 pula “Saya mahir menetapkan objektif PdPc selari dengan pelaksanaan PBD” mempunyai nilai min ketiga tinggi.

Guru-guru mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menetapkan objektif berdasarkan kemahiran yang ingin diajar selari dengan pelaksaanaan PBD dan pernyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti (2019) dan Fara dan Siti (2021).

(12)

Item 20 “Saya mahir dalam penentuan rubrik pentaksiran berasaskan projek” dalam konstruk dua mempunyai nilai min yang paling rendah. Dapatan ini tidak disokong oleh kajian Nor, Mohd Isa dan Khadijah (2017) yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar memahami tentang penentuan rubrik pentaksiran berasaskan projek. Hal ini demikian kerana, berdasarkan kajian ini guru-guru mempunyai kesukaran dan kekeliruan semasa menentukan rubrik pentaksiran berasaskan projek. Oleh itu, pengetahuan tinggi dalam kalangan pelajar berkenaan penentuan rubrik pentaksiran berasaskan projek bercanggah dengan dapatan kajian ini kerana guru merupakan medium utama dalam penentuan rubrik. Seterusnya, “Saya mahir dalam pelaksanaan PBD berasaskan projek” merupakan item yang mempunyai nilai min kedua rendah. Malah dapatan ini bertentangan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Lim dan Goh (2018), yang mengatakan bahawa guru-guru mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelaksanaan PBD berasaskan projek. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru mempunyai kemahiran yang rendah sahaja dalam pelaksanaan PBD berasaskan projek dan perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkannya.

Berdasarkan dapatan, item 21 iaitu “Saya mahir dalam menentukan tahap penguasaan dalam pentaksiran berasaskan projek” merupakan nilai min yang ketiga rendah dan menunjukkan bahawa guru-guru memerlukan kemahiran bagi menentukan tahap penguasaan. Dapatan ini tidak disokong oleh kajian Mazarul, Aniss, Mohd Syaubari, Kama dan Mohd Ridhuan (2022) yang mengatakan bahawa guru-guru berpendapat bahawa pelaksanaan projek dapat membantu untuk menentukan tahap penguasaan yang tepat dalam pentaksiran berasaskan projek dan menarik minat murid untuk terus belajar serta berupaya untuk meningkatkan tahap penguasaan yang lebih baik.

Konstruk seterusnya pula, tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Berdasarkan kajian ini, dapatan menunjukkan tahap sikap guru bahasa Melayu pada tahap yang tinggi. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Siti (2018) berkenaan sikap guru dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah menunjukkan tahap yang tinggi. Dalam kajiannya pengkaji mengulaskan bahawa guru-guru bahasa Melayu bersedia untuk melaksanakan PBD dengan berkesan dan sistematik. Namun, pernyataan ini ditolak oleh Kalai (2019), yang mengatakan bahawa tahap sikap guru berada pada tahap sederhana. Hal ini kerana, ketidakseragaman guru dalam pelaksanaan PBD memberikan kesan kepada sistem pendidikan dan guru-guru perlu memberi keutamaan dan komitmen demi mempertingkatkan kualiti dalam sistem pendidikan.

Berikutan daripada hasil dapatan bagi konstruk tahap sikap Item 11 iaitu “Saya berusaha untuk menghadiri seminar/ bengkel/ taklimat berkaitan dengan PBD” mempunyai nilai min yang tertinggi. Menurut dapatan kebanyakan guru bahasa Melayu telah menghadiri kursus berkaitan pelaksanaan PBD dan pernyataan ini disokong oleh Lai dan Chong (2018), Siti (2018) dan Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021). Dalam ketiga-tiga kajian tersebut pernyataan ini berada pada tahap yang tinggi. Kajian-kajian tersebut menyatakan bahawa sikap guru yang berusaha untuk menghadiri kursus ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru.

Seterusnya, item 3, 7 dan 8, menunjukkan nilai min yang sama dan mencapai nilai min kedua tinggi. Item 3 “Saya boleh kenal pasti potensi murid melalui PBD” menyatakan bahawa guru- guru bahasa Melayu dapat mengenali potensi yang ada pada murid dengan melaksanakan PBD.

Malah pernyataan ini tidak disokong dalam kajian Kausalya dan Faridah (2022) yang mengatakan bahawa ada sesetengah guru yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut kerana mereka mengalami kesukaran bagi mengenal pasti potensi atau prestasi murid yang dicapai.

Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021) pula menyatakan bahawa jumlah murid yang ramai dalam satu kelas dan masalah ketidak hadiran dalam kalangan murid juga menjadi kesan kepada guru untuk mengenal pasti potensi murid.

(13)

“Saya bertanggungjawab melaksanakan PBD dalam PdPc BM dengan telus” dan “Saya mengutamakan penguasaan kemahiran dalam bahasa Melayu semasa pentaksiran PBD” juga menjelaskan bahawa guru-guru bahasa Melayu menjalankan PBD dengan penuh bertanggungjawab dan mengutamakan tahap penguasaan dalam kemahiran yang diajar.

Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Fara dan Siti (2021) yang membuktikan guru-guru menghadapi kekangan dalam pelaksanaan PBD. Hal ini kerana, bagi menjalankan PBD semasa PdPc bahasa Melayu secara telus guru perlu memastikan kehadiran murid sepenuhnya pada setiap hari. Keadaan ini membebankan guru dan isu ini perlu dititikberatkan terlebih dahulu bagi memastikan PBD dijalankan dengan lebih telus dan sistematik. Selain itu, guru juga perlu mengadakan pentaksiran secara berulang bagi memastikan murid mencapai sesuatu kemahiran malah isu ketidak hadiran murid dan sikap guru yang ingin menghabiskan silibus menyebabkan guru menghadapi kekangan untuk memberi semula pentaksiran yang sama. Situasi ini bercanggah dengan dapatan kerana guru- guru menghadapi kekangan masa bagi memastikan murid-murid mencapai semua kemahiran dalam bahasa Melayu.

Dalam konstruk tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah item 6 iaitu “Saya sentiasa menjalankan pentaksiran dengan merujuk Buku Panduan PBD Edisi Kedua” mempunyai nilai min yang paling rendah. Buku panduan PBD Edisi Kedua merupakan garis panduan bagi melaksanakan PBD dengan telus dan berkesan. Malah, penggunaan buku panduan dalam kalangan guru bahasa Melayu tidak secara meluas dan perlu dirujuk sentiasa bagi memastikan PBD dilaksanakan dengan lancar. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Abdul Said, Christina dan Norhamimah (2021). Item 1 “Saya sentiasa mencuba pendekatan yang baharu dalam PdPc BM dan item 5 “Saya boleh merancang RPH berdasarkan pelaksanaan PBD” pula menunjukkan nilai min yang kedua rendah. Berdasarkan dapatan ini, mendapat tahu bahawa guru-guru harus menggunakan pendekatan yang baharu bagi memastikan murid-murid mencapai tahap penguasaan yang lebih baik. Keberadaan item ini dalam tahap yang rendah berbanding dengan item-item yang lain memberi kesan kepada pelaksanaan PBD yang lebih berkesan. Menurut Yates dan Johnston (2018), dalam kajiannya menyatakan bahawa guru perlu kreatif untuk memilih dan menggunkan kaedah atau pendekatan yang sesuai bagi kemahiran yang diajar. Dapatan ini bertentangan dengan kajian Kalai (2020) yang mengatakan guru-guru mahir dalam pemilihan kaedah dan pendekatan yang sesuai kerana mereka dapat merujuk cadangan pendekatan yang terdapat dalam DSKP.

Cadangan pendekatan ini membantu guru untuk melaksanakan pentaksiran dengan betul.

Seterusnya, guru-guru bahasa Melayu juga mempunyai kekangan bagi merancang RPH berdasarkan pelaksanaan PBD. Guru-guru perlu membuat perancangan yang lebih awal sebelum memulakan PdPc agar pentaksiran bilik darjah yang lebih berkesan (Hariatul, Mohd Nazri dan Muhammad Azhar, 2021). Dapatan ini juga, disokong oleh Tan dan Husaina (2020) yang menujukkan nilai min yang rendah bagi item tersebut walaupun tergolong dalam tahap tinggi.

Secara keseluruhannya, walaupun dapatan menunjukkan nilai min pada tahap yang tinggi malah guru-guru bahasa Melayu perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi beberapa isu atau masalah yang wujud pelaksanaan PBD dengan berkesan. Sebagai warga pendidik guru-guru perlu bertindak bijak dan kreatif semasa menjalankan PdPc agar pelaksanaan PBD berjaya.

Pelaksanaan PBD yang betul, telus dan sistematik ini dapat meningkatkan kualiti dalam sistem pendidikan yang merupakan hasrat kerajaan Malaysia.

(14)

6. Penutup 6.1 Implikasi

Pertama sekali, pihak JPN dan PPD boleh bekerjasama antara satu sama lain dengan menganjurkan bengkel atau kursus kepada guru-guru bahasa Melayu tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan projek. Hal ini kerana, kursus dan bengkel seperti ini dapat membantu guru-guru untuk memperolehi pengetahuan tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan projek dan menggalakkan untuk mengaplikasikannya dalam PdPc. Selain itu, pementoran dan bimbingan daripada pihak PPD dan JPN juga amat diperlukan bagi sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat nasihat tentang pelaksananaan pentaksiran berasaskan projek.

Seterusnya, pentadbir sekolah juga perlu mengambil inisiatif untuk mengadakan latihan dalaman tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan projek. Pihak pentadbir juga boleh melantik guru-guru yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang pentaksiran berasaskan projek di peringat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai mentor kepada guru-guru yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan bahan rujukan serta kemudahan peralatan yang secukupnya bagi tujuan melaksanakan pentaksiran berasaskan projek. Bagi pihak guru pula, dapatan menunjukkan tahap sikap guru berada pada tahap yang tinggi. Namun guru perlu menerima transformasi baharu dalam bidang pendidikan dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelaksanaan PBD.

6.2 Kesimpulan

Bagi melaksanakan PBD dengan efektif dan berkesan sebagai seorang guru perlu mempunyai sikap yang positif. Sikap yang positif dalam kalangan guru dapat membantu untuk mewujudkan kemenjadian murid. Sikap positif guru juga dapat membantu untuk meningkatkan mutu pengajaran yang mana sangat penting dalam mengupayakan murid untuk mencapai tahap penguasaan. Kesediaan guru yang menerima perubahan berdasarkan kajian ini, menjadi satu platform untuk membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan. Ibu bapa juga diberikan pendedahan tentang pelaksanaan PBD terlebih dahulu agar guru-guru tidak menghadapi kekangan apabila dilaksankannya. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak seperti JPN, PPD, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan sebagainya juga amat diperlukan bagi mentransformasikan bidang pendidikan ke arah kualiti.

Rujukan

Abdul Said Ambotang, Christina Andin & Norhamiham Minduru. (2021). Sumbangan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah rendah terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kesidang. Vol 6: 107-119.

Afinde Othman. (2016). Pengetahuan, kemahiran dan amalan guru membina item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam instrument pentaksiran pembelajaran. Johor:

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ahmad, M. F. (2008). Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti di negeri Johor (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Tun Hussin Onn, Malaysia.

Aniza Ahmad. & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 5(1):18- 29.

(15)

Aniza Ahmad. (2014). Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Anniliza Mohd Isa., Al-Amin Bin Mydin., Abdul Ghani Kanesan Bin Abdullah & Wan

Fadhulrrahman W. Md. Rasidi. (2020). Tranformasi Pendidikan tahap 1: Peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah (PBD), kesan terhadap autonomi guru. Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan: Startegi dan Inovasi: 218-231.

Faizah A. Majid. (2011). School-based assessment in Malaysia schools: The concerns of the English teacher. Journal of US-China Education Review, 8 (10): 1548-6613.

Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali. 2021. Penilaian pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. Vol 11 (2).

Fauziah Yahya. (2016). Penilaian kurikulum Sains program Ijazah Sarjana Muda perguruan dalam aspek konteks, input, proses dan produk. Universiti Teknologi Malaysia.

Hariatul Hafizah Mahmad Khory., Mohd Nazri Abdul Rahman. & Muhammad Azhar Zailaini.

(2021). Pengurusan pentaksiran bilik darjah mata pelajaran bahasa arab berasaskan keperluan pembelajaran murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 8(2): 41-57.

Jum Anidar. (2018). Teori belajar menurut aliran kognitif serta implikasinya dalam pembelajaran. UIN Imam Bonjol Padang.

Kalai Selvan Arumugham. (2019). Pentaksiran bilik darjah dan kemenjadian murid:

Pengukuran tahap perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu. The Second International Conference on Malay Language Teaching: 25-26.

Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal. Vol 3(1):152-161.

Kausalya Gopala Pillai & Faridah Mydin Kutty. 2022. Sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Vol 7(5).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi Ke-2). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lai, C.S & Chong, S.C. (2018). Tahap kepuasan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian biasa di Sarawak. Online Journal for TVET Practitioners, 3(2).

Lim Hooi Lian. & Goh Poh Cheng. (2018). Keprihatinan guru terhadap pelaksanaan tugasan projek pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) prinsip perakuanan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. (6).

Mahaya Salleh., Azizah Sarkowi., Mohd Fairuz Jafar., Zakaria Mohd Arif. & Hariyanti Abd Hamid. (2019). Tahap literasi guru terhadap pendekatan dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan.

Nor Khayati Basir., Mohd Isa Hamzah. & Khadijah Abdul Razak. (2017). Sikap dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pencapaian pelajar di Politeknik Perak.

Tinta Artikulasi Membina Ummah. Vol 3 (1): 1-14.

Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah bahasa Melayu di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol,9(1): 56-67

Siti Hayati Haji Mohd Yusoff. & Lee Hoi Yeh. (2018). Pengetahuan dan kesediaan guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam melaksanakan PBS dalam PdP. Jurnal Penyelidikan Dedikasi. Vol.14.

(16)

Tan Jia Yuh. & Husaina Banu Kenayathulla. (2020). Pentaksiran bilik darjah dan prestasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. (7).

Tuan Azlyna Tuan Soh. (2013). Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yates, A. & Johnston, M. (2018). The impact of school-based assessment for qualifications on teacher’s conceptions of assessment. Assessment in Education: Principles, Policy &

Practice. 25(6): 638-654.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).

Pentaksiran bilik darjah: Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab.

Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat beberapa kelemahan dalam beberapa aspek pelaksanaan PBS .Kelemahan yang dapat dikenal pasti ini pastinya membolehkan pihak

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, tahap kemahiran yang sederhana, tahap sikap yang sederhana,

Memandangkan pelaksanaan PBD telah dilaksanakan bagi semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada tahun ini, maka kesediaan guru amat penting bagi