• Tidak ada hasil yang ditemukan

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS )"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA ( KKS )

TEMA

BERKONGSI KECERIAAN BERSAMA KOMUNITI

“PENCETUS EVOLUSI KEUSAHAWANAN”

TARIKH 26 MAC 2014

LOKASI

DATARAN 3B 301, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

PERSATUAN MAHASISWA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PMFSSK) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(2)

KERTAS KERJA PROJEK

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai satu badan kepimpinan mahasiswa/i yang tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial

& Kemanusiaan (FSSK) , Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan atau PMFSSK sesi 2013/2014 berbesar hati ingin menganjurkan program KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Projek ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar UKM terutamanya pelajar gugusan Sains Sosial tentang kepentingan nilai-nilai keusahawanan disamping tidak melupakan isu sosial. Projek ini dilihat selaras dengan inisiatif pihak fakulti dan universiti untuk mengantarabangsakan pelajarnya di samping memberi gambaran dan cabaran sebenar mengenai dunia luar dan tidak hanya menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat pengajian kelak. Projek ini turut berfungsi menyuntik semangat pelajar untuk mencabar diri agar lebih maju ke hadapan seterusnya memperkasakan kemampuan diri sedia ada agar lebih berketrampilan, berdisiplin dan berwawasan, seiring dengan usaha melahirkan pelajar minda kelas pertama. Dengan adanya peluang program seperti ini, segala nilai yang bermanfaat dapat diterap dan diaplikasi dalam diri pelajar.

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan bagi merealisasikan projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) yang ingin dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) .

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan atau ringkasnya PMFSSK merupakan badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Dahulunya, PMFSSK dikenali sebagai PRISSMA dan ia telah ditukar ke PMFSSK pada sesi kepimpinan 2008/2009, bertujuan membentuk imej baru kepada persatuan tersebut.

2.2 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan ikatan siraturrahim dan mahu mewujudkan pelajar minda kelas pertama, maka PMFSSK ingin mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program bentuk keusahawanan iaitu projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS). Program ini diadakan buat pertama kalinya, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar FSSK mengenai pengurusan berkesan dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program

(3)

keusahawanan. Di samping itu, program ini turut membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan pelajar Fakulti lain agar ilmu dan pengalaman dapat dikongsi bersama di peringkat antarabangsa dan global kelak.

2.3 Projek KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA (KKS) merupakan projek jangka panjang yang dicadangkan pelaksanaan secara bersiri setiap tahun. Promosi jualan dan slot bimbingan usahawan akan diadakan kepada warga Fakulti dan pelajar warga universiti secara keseluruhannya. Selain itu, sub-sub projek KKS akan diteruskan untuk jangka masa panjang.

3.0 MISI

Misi utama KKS adalah untuk menangani isu sosial dengan menggunakan pendekatan bisnes dan menjadikan golongan muda sebagai sukarelawan utama supaya mereka dapat menjadi orang yang membantu dalam meningkatkan ekonomi gologan yang kurang berupaya.

4.0 OBJEKTIF

a. Memberi latihan, kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa dan membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui perniagaan dan mereka akan berkongsi ilmu dalam perniagaan dan pengalaman sebagai usahawan asli.

b. Memberi pendedahan kepada mahasiswa FSSK mengenai pengurusan berkesan dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta melalui penganjuran program keusahawanan.

c. Memberi gambaran dan cabaran sebenar kepada pelajar mengenai dunia luar dan tidak hanya menumpukan kepada kerjaya makan gaji selepas tamat pengajian kelak.

d. Melatih minda pelajar agar berfikiran kreatif, kritis dan profesional dalam meneroka bidang keusahawanan global.

(4)

5.0 RANCANGAN PEMASARAN

5.1 Pelanggan

Lokasi dan sasaran pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia seperti di FEP,FSSK,FUU,FPI,FST dan lain-lain. Kawasan pasaran ini dipilih kerana ramai pelanggan (pelajar) atau sasaran pelanggan berkunjung untuk mendapatkan alatan keperluan atau barang kehendak bagi yang berkemampuan. Selain itu, kemudahan fasiliti antara sebab kami memasarkan produk kami di kawasan ini.

Selain itu, kami juga mempunyai pelan untuk memberi peluang kepada usahawan siswa memasarkan produk mereka di universiti lain dalam Malaysia dalam jangka masa panjang.

Anggaran bilangan pelanggan

Kami mensasarkan jualan kami kepada semua pelajar yang sering berkunjung ke FSSK sama ada dengan tujuan pengkuliahan, perbincangan kumpulan dan lain-lain. Anggaran bilangan pelajar pula adalah sekitar 300 hingga 400 orang sepanjang program berlangsung.

Ciri-ciri pelanggan :

1. PENGGUNA AKHIR

- Individu yang membeli dan menggunakan produk kami untuk kegunaan peribadi atau ahli keluarga.

- Individu yang mempunyai lebihan pendapatan untuk mendapatkan produk ini.

2. PENGGUNA FAKULTI

- Organisasi yang menggunakan atau membeli untuk tujuan operasi syarikat atau dihadiahkan kepada pengguna akhir.

- Pihak Kedekanan Fakulti dan orang persendirian mendapatkan produk KKS bagi tujuan cenderamata kepada pengguna lain.

5.2 Strategi Penetapan Harga

SPiNE mengenalpasti harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna iaitu para pelajar kami dan memastikan nilai yang dibayar oleh pembeli sebagai petukaran untuk mendapatkan keberkesanan penggunaannya. Oleh itu, KKS memilih penetapan harga berdasarkan harga produk baru iaitu harga penembusan. Harga penembusan ialah strategi meletakkan harga permulaan pada tingkat harga yang rendah untuk menembusi pasaran yang lebih luas. Melalui harga penembusan syarikat kami meletakan harga yang rendah iaitu RM2.00. Dengan harga ini, kami berharap untuk mendapatkan kesetiaan pengguna terhadap produk kami.

(5)

Strategi harga penembusan ini dapat menggalakkan pembelian dengan lebih meluas lagi untuk menembusi pasaran di Universiti. Ini boleh membantu KKS meningkatkan syer pasaran dengan lebih besar kelak.

5.4 Konsep Promosi

KKS menggunakan promosi sebagai satu medium untuk mempromosi, menggalakkan, dan meyakinkan pengguna supaya mencuba dan membeli produk KKS. Objektif utama promosi KKS ialah untuk memyampaikan maklumat mengenai produk kami iaitu jenis produk, harga, fungsi dan manfaat. Selain itu,promosi diharap dapat menstabilkan dan meningkatkan jualan, memposisikan, serta membina imej KKS. KKS memilih promosi dari segi pengiklanan, jualan peribadi dan promosi jualan yang akan diperkembangkan kepada Facebook, Twitter, Vlog dan juga Youtube.

6.0 PRODUK JUALAN KKS

(6)

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

8.0 PERANCANGAN PROGRAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN SISWA

Rujuk Lampiran B

(7)

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

10.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila hubungi:

Urusetia KKS,

Persatuan Mahasiswa FSSK,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

(u/p : Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir )

Tel. : +6017-4065764 Faks. : +603-89252836 Emel : mizwani@ymail.com

11.0 PENUTUP

.

Projek perintis keusahawan sosial seperti KKS yang berbentuk satu organisasi diurus dan ditadbir oleh pelajar gugusan sains sosial dibawah bimbingan dan pemerhatian dari HEJIM, FSSK dan juga CESMED-UKM. Projek KKS ini akan melibatkan mahasiswa yang berdedikasi dan berwawasan dalam bersama mewujudkan suatu peluang pembangunan yang mapan dari segi sosial dan ekonomi buat masyarakat yang memerlukan. KKS dijangka menjadi platform terbaik untuk pelajar gugusan sains sosial untuk mengasah dan meningkatkan nilai dan kebolehpasaran mahasiswa.

(8)
(9)

LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI

STUDENT-LED PEOPLE-IN-NEED ENTERPRISE (SPiNE)

Penaung

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM Penyelaras

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat Kehormat Prof. Dr. Hazita Azman

Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Penasihat I

Prof. Madya Dr. Tengku Nor Rizan Tengku Maasum Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, FSSK, UKM

Pegawai Pemantau En. Abdul Karim Osman Penolong Pendaftar, FSSK, UKM

Pengerusi KKS

Wan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar (A140520) Pengarah Urusan

Nur Hazwani Bt Mohd Nadzir (A145415) Timbalan Pengarah Urusan

Aisah Bt Husin (A145265) Setiausaha

Nor Hazila Bt Mat Lazim (A145326) Bendahari

Suhaniya A/P Kalaisilven (A145206)

(10)

BARISAN EKSEKUTIF

EKSEKUTIF PENGELUARAN & PEMBUNGKUSAN

1) INTAN JUITA BINTI MENAN ( A145335) 2) NUR HAFIZAH BINTI RASID ( A145349) 3) NUR HAZWANI BINTI RAMLEE ( A145314) 4) NURULAFIZAH BINTI ISHAK ( A145385 ) 5) NUR AZREEN BINTI RASHIDI (A145410 ) 6) NUR IZZATI BINTI CHE RAMLI ( A145376 )

EKSEKUTIF PROMOSI DAN PEMASARAN

1) NURUL SYAFIZA BT RUSLI (A145275) 2) NUR NASIHA BINTI CHE SEMAN (A145259) 3) KHAIRUN NAFIFAH BT MASKURI (A145198) 4) NUR NINI FAUNAZ (A145189)

5) NUR AFI’QAH BINTI MOHD RAFE ( A145192 )

EKSEKUTIF PROTOKOL

1) MARSYA FAKHIRA BINTI MOHAMED FAHLAVEI (A145442) 2) FIDA EZZANI BT ISMAIL (A145435)

3) NAJIHAH BT MOHD NOOR (145465)

4) NUR AIN BINTI MOHD NAZRI ( A 141153 ) 5) NOOR SULEEYA BINTI SULAIMAN ( A 141047 )

EKSEKUTIF PENGEDARAN & PENJUALAN

1) NUR AZIRA BT AHMAD SUPI (A145463)

2) NURUL SYAMIRA BINTI DZULKEPLE (A145251) 3) NURUL SHUHADA BINTI RASID (A145350)

4) MUHAMMAD NU’MAN BIN MOHD NASIR (A145169) 5) SITI HAJAR BINTI ABDULLAH ( A141105 )

6) NABEELAH BINTI RUSLI ( A146535 )

(11)

EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS

1) NURSUHADA BINTI NORDIN ( A145311) 2) HASNIZA BINTI ALIAS (A145313)

3) FARAH HANIM BT MAHMUD (A145182) 4) NOR ATIKAH ABDUL RAHIM ( A145437 )

5) AMNI MU’IZZAH BT AHMAD AZMY ( A 145552 ) 6) SYAIDATUL FARA BT SAIDIN ( A145084 )

7) FATIN NABILA BT ZAILANI ( A145069 )

Fungsi Dan Tanggungjawab:

 Chief Executive Officer

a) Membuat perancangan jangka masa panjang bagi syartikat dan produk.

b) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.

c) Membuat keputusan-keputusan untuk syarikat dan produk.

d) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 Bahagian Pemasaran

a) Terdiri daripada peserta sebagai kumpulan pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.

CEO

EKSEKUTIF PENGELUARAN&

PEMBUNGKUSAN

EKSEKUTIF PROMOSI &

PEMASARAN

EKSEKUTIF KEWANGAN &

SUMBER MANUSIA

EKSEKUTIF PENGEDARAN &

JUALAN

(12)

e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

 Bahagian Pengeluaran

a) Terdiri daripada peserta akan mendapatkan produk daripada mana-mana pihak.

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik.

d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan

 Bahagian Jualan

a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

b) Memastikan jualan dapat mencapai sasaran.

c) Pastikan barang jualan tidak mengalami sebarang kecacatan apabila diserahkan kepada pelanggan.

d) Memastikan kepuasan setiap pelanggan yang menggunakan produk syarikat.

(13)

PERJALANAN AKTIVITI

LAMPIRAN B

PERANCANGAN PROGRAM KKS, FSSK

HARI JUALAN PRODUK KKS, FSSK 2014

26 MAC 2014 ( RABU )

MASA PERKARA TEMPAT

9.00 a.m-10..00 a.m Pendaftaran ajk dan peserta - Ucapan alu-aluan oleh Ketua Projek Karnival Keusahawanan Siswa (KKS)

DEWAN KULIAH 3B 301 dan DATARAN 3B 301,

FSSK, UKM.

10.00 a.m-4.00 p.m - Gerai jualan mula beroperasi - Kunjungan VIP ke gerai jualan - Cabutan bertuah

10.00 a.m-10.40 a.m

10.40 a.m-11.00 a.m

1.Slot “ Pitching for Business ” oleh Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul Razak

(Penyelaras CESMED FSSK, UKM) -sesi soal jawab

11.30 a.m -12.10 p.m

12.10 p.m-12.30.p.m

2.Slot “ Jom Jana Pendapatan secara Online” oleh Saudara Khairul Nazmi Ahayat

(Usahawan Internet berjaya) -sesi soal jawab

*Tentatif program adalah tertakhluk pada pindaan.

(14)

LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN

PROGRAM KKS, FSSK, UKM

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan

 Bayaran penceramah

 Pakaian peserta RM 35.00 x 35 orang

500 1225 2. Promosi dan Publisiti

 Helaian edaran & banner ( RM 300.00 )

 Buku Program ( RM 16.00 x 5 orang )

380

3. Jamuan

 VIP - RM 20.00 x 5 orang ( RM 100.00 )

 Peserta – RM 15.00 x 35 orang ( RM 525.00 )

100 525

4. Perhubungan/ Pengangkutan

-pengurusan program 200

5. Cenderamata Penghargaan

 Penceramah - RM 50.00 x 2 orang

100

6.

Bayaran gerai jualan - RM 100.00 x 20 2000

7. Rencam 200

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 5230

Referensi

Dokumen terkait

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan satu persatuan berdaftar yang wujud dibawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa. Persatuan yang dahulunya

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdapat di negara kita kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya dan pelajar Fakulti

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara berorganisasi yang berkesan, memantapkan kemahiran diri, motivasi dan semangat berpasukan

Pada tahun 2020, sarana dan prasarana yang dimiliki oleh PPID Pembantu Dinas Lingkungan Hidup Provinsi Lampung belum memadai untuk melaksanakan kegiatannya,

Penulis menggunakan Tanya jawab secara langsun kepada Ibu Amalia selaku pemilik Amalia Shop yang memiliki pemahaman yang cukup mengenai proses pemasaran yang

Mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau

Mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar dari sesuatu bilik peperiksaan,

Permintaan (demand) yang tinggi dari masyarakat akan produk daging dan telur itik masih dapat diimbangi dengan ketersediaan produksi (supply) yang kontinu dan berkesinambungan