• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IKLAN PENGAMBILAN KHAS

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE

DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

1. KETERANGAN PROGRAM 1.1. Nama jawatan:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

1.2. Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:

A. Sekolah Kebangsaan (SK);

B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan

C. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).

1.3. Opsyen yang ditawarkan dalam Pengambilan Khas secara (Contract of Service) di:

1) Sekolah Kebangsaan (SK)

Opsyen

1) Pendidikan Islam 2) Bahasa Inggeris

3) Pendidikan Seni Visual 4) Pendidikan Moral

(2)

2

Opsyen

7) Pendidikan Khas 8) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

9) Bimbingan Dan Kaunseling 10) Bahasa Iban 11) Bahasa Kadazandusun 12) Bahasa Semai

13) Pendidikan Muzik 14) Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Opsyen

1) Pendidikan Seni Visual 2) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

3) Pendidikan Moral 4) Bahasa Melayu

5) Bahasa Inggeris 6) Pendidikan Muzik

7) Sejarah 8) Reka Bentuk Dan Teknologi

9) Pendidikan Islam 10) Bimbingan Dan Kaunseling 11) Matematik 12) Pendidikan Khas

3) Sekolah Menengah (Aliran Perdana) Opsyen

1) Bahasa Melayu 2) Bahasa Inggeris

3) Pendidikan Islam 4) Pendidikan Moral 5) Pendidikan Jasmani &

Pendidikan Kesihatan 6) Reka Bentuk Dan Teknologi 7) Pendidikan Seni Visual 8) Reka Cipta

9) Tahfiz 10) Dini

11) Bahasa Cina 12) Grafik Komunikasi Teknikal 13) Bahasa Iban 14) Bahasa Kadazandusun 15) Bimbingan Dan Kaunseling 16) Pendidikan Khas

(3)

3

4) Sekolah Menengah (Aliran Teknik dan Vokasional) Opsyen

1) Teknologi Elektrik 2) Teknologi Elektronik

3) Teknologi Pemesinan Industri

4) Teknologi Kimpalan (Kimpalan dan Fabrikasi Logam )

5) Teknologi Automotif 6) Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

7) Teknologi Pembinaan 8) Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian

9) Seni Kulinari 10) Bakeri dan Pastri

11) Seni Reka Fesyen 12) Kosmetologi

13) Pendidikan Awal

Kanak-Kanak 14) Insurans

15) Pengurusan Peruncitan 16) Agroindustri Tanaman

17) Agroindustri Ternakan

Ruminan 18) Teknologi Mekanisasi Agro

19) Bioteknologi 20) Akuakultur

21) Hortikultur 22) Senibina Landskap

23) Pemprosesan Hasil Pertanian 24) Florikultur

25) Agroindustri Ternakan Poultri 26) Teknologi Enjin Marin

(4)

4

1.4. Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service): 1) Tidak mempunyai ikhtisas pendidikan; dan

2) Syarat kelayakan asas:

i. Warganegara Malaysia; ii. Sihat tubuh badan;

iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;

iv. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;

v. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET); vi. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa

Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

vii. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan

viii. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun calon-calon perlulah:

a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tersebut; atau

b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa-bahasa tersebut; atau

c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa-bahasa tersebut.

(5)

5 2. MAKLUMAT JAWATAN

2.1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service): 1) Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

(Contract of Service);

2) Gaji permulaan RM 2,188.00;

3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan

4) Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

3. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

a) Calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan;

b) Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);

c) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM;

d) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;

e) Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program;

f) Calon yang diisytiharkan bankrap;

g) Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan

h) Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

(6)

6 4. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

a) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan

b) Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

5. MAKLUMAT DAN PERHATIAN

a) Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);

b) Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman;

c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri kursus tersebut tertakluk peruntukan semasa Jabatan;

d) Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41;

e) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;

(7)

7

f) Semakan berhubung kelayakan menduduki UKCG, panggilan temu duga boleh dibuat di laman web IPGM (https://mypdpp.moe.gov.my); dan

g) Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

http://www2.mqa.gov.my/mqr/; atau

http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Referensi

Dokumen terkait

Wanita, Keluarga & Masyarakat IKWAS SENARAI TAWARAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (P.T.D) GRED M41. KE KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM

Bagi pegawai dalam perkhidmatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik secara lantikan terus ke gred kenaikan pangkat, penetapan gaji permulaan adalah pada

MOHD NOH BIN SA'ADON Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG41 SK SERI KEMAJUAN - JBA0050, SEKOLAH RENDAH BIASA, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT, Jumlah rekod : 15.

Tambahan lagi, tiada kajian terdahulu yang mengukur kecekapan bagi proses perkhidmatan pendidikan tinggi swasta dalam konteks tempatan, maka kajian ini menggunakan jumlah

Tiada apa-apa perubahan yang Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan 11 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang

Bagi memantapkan pengurusan perkhidmatan l bestariNet Fasa 2 khususnya perkhidmatan lebar jalurtalian internet, setiap sekolah dipohon untuk menyediakan Laporan Pemantauan

Sepertimana yang saya nyatakan di dalam Majlis perjumpaan dengan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Utama C dan Gred Khas C/ setaraf pada 24 Januari 2014,

a JAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 Kekosongan satu 1 jawatan b PENEMPATAN: Bahagian Perkhidmatan Teknikal c TARAF JAWATAN : KONTRAK d JADUAL GAJI: RM