BANK SOALAN
SUMBER MANUSIA
BAB 5
SOALAN ESEI
1 Huraikan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sesebuah organisasi perniagaan. [6]
2 Terangkan dua kepentingan melaksanakan program latihan kepada pekerja. [4]
3 Jelaskan dua faktor yang boleh mempengaruhi peningkatan dalam keperluan sumber
manusia. [6]
4 Terangkan bagaimana program induksi dapat membantu meningkatkan prestasi pekerja baharu. [4]
SOALAN KAJIAN KES
1 Syarikat ML Kayangan Sdn. Bhd.
Encik Sukor merupakan Pengurus Sumber Manusia di Syarikat ML Kayangan Sdn.
Bhd. Beliau seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dengan pekerja lain.
Antara tanggungjawab beliau ialah merancang dan melaksanakan program latihan untuk meningkatkan daya pengeluaran pekerja.
Banyak program latihan sambil bekerja telah dikendalikan oleh syarikat tetapi produktiviti dan kemahiran pekerja masih tidak berubah. Pihak atasan Syarikat ML Kayangan Sdn. Bhd. telah menyedari latihan yang dilaksanakan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh organisasi dan peruntukan yang dibelanjakan untuk latihan tersebut tidak memberi pulangan yang setimpal.
Selain itu, pihak pengurusan atasan dan pengurus bahagian lain mendapati ramai pekerja yang terlibat tidak berpuas hati kerana latihan sambil bekerja yang diberikan tidak sesuai dengan tugas yang dilaksanakan. Hal ini mendorong pihak pengurusan atasan untuk membuat penyiasatan terhadap perkara tersebut. Hasil daripada penyiasatan yang dilakukan mendapati bahawa pihak pengurusan atasan tidak jelas tentang latihan sambil bekerja yang dirancang oleh Encik Sukor kerana tidak diberi taklimat awal dan mereka juga tidak berpuas hati tentang pelaksanaan latihan semasa waktu bekerja.
(a) Bincangkan masalah latihan sambil bekerja yang dilaksanakan oleh Encik Sukor.
[10]
(b) Jelaskan kaedah penyelesaian kepada masalah latihan sambil bekerja. [10]
2 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(c) Latihan merupakan satu program yang penting dalam sesebuah organisasi.
Jelaskan faedah-faedah latihan kepada tenaga pekerja di dalam organisasi. [15]
2 Syarikat Motomobil
Encik Mohamad bertugas di ibu pejabat Syarikat Motomobil yang terletak di Shah Alam. Sebagai seorang jururunding, beliau bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada pengedar kereta keluaran syarikat tersebut di seluruh dunia. Beliau mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan sebagai pengurus pemasaran di syarikat tersebut. Sebagai langkah pertama, Encik Mohamad telah bertemu Datuk Razak, ketua eksekutif syarikat tersebut dan meminta jasa baik Datuk Razak untuk mempertimbangkan beliau bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Encik Mohamad yakin bahawa Datuk Razak boleh memenuhi permintaannya memandangkan Datuk Razak mengetuai Syarikat Motomobil. Walau bagaimanapun, permintaan Encik Mohamad tidak dapat dipenuhi oleh Datuk Razak kerana Datuk Razak perlu berbincang dengan pihak lain terlebih dahulu.
Ketika ketiadaan Datuk Razak, Encik Mohamad telah menemui Encik Latif yang merupakan naib ketua eksekutif 1, yang juga bertanggungjawab dalam urusan pemasaran kereta di peringkat antarabangsa. Encik Latif sentiasa menyokong kenaikan pangkat pekerja muda dan berbakat dari dalam syarikat. Beliau menyedari bahawa Encik Mohamad memenuhi kelayakan sebagai pengurus pemasaran dan beliau berjanji akan membincangkan hal tersebut dengan Datuk Razak sekembalinya Datuk Razak dari luar negara atas urusan perniagaan.
Setelah Datuk Razak kembali dari luar negara, beliau telah memanggil Encik Mohamad ke pejabatnya dan memaklumkan bahawa Encik Latif ada memberitahunya mengenai hasrat Encik Mohamad yang ingin dinaikkan pangkat sebagai pengurus pemasaran. Datuk Razak tidak bersetuju untuk melantik Encik Mohamad sebagai pengurus pemasaran walaupun Encik Latif sangat menyokong perkara tersebut. Alasan yang diberi oleh Datuk Razak ialah beliau sangat memerlukan Encik Mohamad sebagai jururunding syarikat kerana Encik Mohamad merupakan satu-satunya pekerja yang mempunyai pengalaman paling luas di dalam syarikat tersebut.
Encik Mohamad sangat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Razak.
Encik Mohamad beranggapan bahawa peluang kenaikan pangkat beliau telah terjejas kerana beliau sangat diperlukan sebagai jururunding, atau disebabkan pengalaman yang luas, beliau tidak boleh meninggalkan jawatan sebagai jururunding. Seminggu selepas itu, Datuk Razak telah mengambil pekerja baharu dari luar syarikat bagi mengisi jawatan pengurus pemasaran. Encik Mohamad berasa tertekan, serba salah dan tidak pasti apa yang perlu dilakukannya selepas ini.
(a) Berdasarkan kajian kes tersebut, terangkan dua sumber yang boleh digunakan oleh Syarikat Motomobil dalam proses pengambilan pekerja. [4]
(b) Sepatutnya Encik Mohamad diberi peluang memegang jawatan pengurus pemasaran melalui proses pemilihan. Terangkan proses pemilihan yang perlu
dilalui oleh Encik Mohamad. [16]
(c) Datuk Razak telah mengambil pekerja bagi mengisi jawatan pengurus pemasaran dari luar syarikat. Bincangkan kelebihan dan kelemahan pengambilan pekerja dari
luar syarikat. [12]
(d) Jika Datuk Razak bersetuju melantik Encik Mohamad sebagai pengurus pemasaran, huraikan kelebihan dan kelemahan pengisian jawatan melalui sumber sedemikian. [12]
SOALAN PRINSIP
1 Terangkan lima cabaran semasa yang dihadapi oleh seseorang pengurus sumber manusia. [15]
2 (a) Huraikan proses pemilihan pekerja dalam proses pengambilan pekerja. [12]
(b) Terangkan kelebihan dan kelemahan pengambilan pekerja daripada sumber
dalaman. [8]
3 Pemilihan pekerja ialah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia. Terangkan empat prosedur pemilihan pekerja yang lazim diamalkan oleh sesebuah organisasi. [15]
4 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
SOALAN ESEI
1 Kepentingan pengurusan sumber manusia:
• Memastikan tenaga pekerja yang mencukupi – Cukup dari aspek kuantiti dan kemahiran
• Mewujudkan perhubungan industri yang baik – Mengenal pasti ketidakpuasan pekerja
• Menjamin syarikat mempunyai tenaga kerja mahir – Melatih pekerja
2 Dua kepentingan melaksanakan program latihan kepada pekerja:
• Meningkatkan kemahiran pekerja
– Menghasilkan produk yang lebih berkualiti, melakukan kerja dengan cara yang mudah
• Meninggikan motivasi dan semangat pekerja
– Semangat bekerja yang kuat, pekerja dirangsang dan berasa puas hati
3 Dua faktor yang boleh mempengaruhi peningkatan dalam keperluan sumber manusia:
Pertumbuhan perniagaan
• Perniagaan yang berkembang saban tahun memerlukan tenaga pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan yang bertambah.
• Sebagai contoh, pembukaan cawangan luar negara telah menyebabkan keperluan pekerja bertambah
Permintaan perkhidmatan
• Dasar kerajaan yang memberi tumpuan sesuatu sektor perniagaan telah menyebabkan keperluan sumber manusia dalam sektor tersebut meningkat
• Sebagai contoh, dasar kerajaan mengutamakan perniagaan IT menyebabkan permintaan sumber manusia dalam sektor IT telah meningkat.
4 Program induksi dapat membantu meningkatkan prestasi pekerja baharu:
• Melalui program induksi dapat membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat kerja yang baharu, dengan itu pekerja baharu mendapat kerjasama dengan pekerja yang sedia ada.
• Melalui program induksi, penerangan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan skop kerja atau jawatan kepada pekerja baharu dapat membantu pekerja tersebut mengetahui tanggungjawab, dengan itu pekerja tersebut dapat melakukan kerja dengan cekap dan berkesan.
JAWAPAN
SOALAN KAJIAN KES
1 (a) Antara masalah latihan sambil bekerja yang dihadapi oleh Encik Sukor adalah seperti yang berikut:
• Kandungan kursus yang tidak sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pekerja
• Tidak mengadakan taklimat tentang latihan yang diadakan kepada pengurus dan pekerja yang terlibat terlebih dahulu
• Pengurus latihan tidak mempunyai kemahiran manusia di dalam bertindak sebagai pengurus ketika berhubung dengan pihak lain
• Masa yang tidak sesuai kerana latihan menyebabkan pekerja terpaksa meninggalkan tanggungjawab pekerja yang terlibat terlebih dahulu
• Pengurus latihan tidak mempunyai kemahiran manusia untuk bertindak sebagai pengurus apabila berhubung dengan pihak lain
• Masa yang tidak sesuai kerana latihan menyebabkan pekerja terpaksa meninggalkan tanggungjawab
(b) Antara kaedah penyelesaian kepada masalah latihan sambil bekerja yang dihadapi oleh Encik Sukor adalah seperti yang berikut:
• Kajian dan maklumat perlu dikumpulkan untuk memastikan latihan yang diadakan sesuai dengan pekerja. Sebagai contoh, mendapat maklumat daripada pengurus bahagian lain.
• Setiap perancangan untuk mengadakan latihan disertakan program taklimat kepada pihak yang terlibat. Sebagai contoh, memaklumkan terlebih dahulu maklumat latihan kepada pengurus atasan.
• Pengurus latihan perlu meningkatkan kemahiran manusia dengan mengikuti kursus perkembangan pengurusan. Sebagai contoh, perlu menjalani kursus komunikasi.
• Membuat pelan tindakan supaya pekerja yang mengikuti latihan boleh digantikan oleh pekerja lain yang boleh melakukan kerja tersebut. Sebagai contoh, menyediakan jadual latihan dan pekerja yang terlibat supaya boleh diganti oleh pekerja lain.
(c) Antara faedah latihan kepada pekerja:
• Meningkatkan kemahiran
– Wujud keberkesanan dalam aktiviti – Menghasilkan produk yang berkualiti – Menghasilkan keluaran dengan lebih cekap
• Meningkatkan produktiviti
– Daya pengeluaran akan meningkat – Jualan akan meningkat
– Akan meningkatkan daya pengeluaran per unit
• Menjimatkan kos dan perbelanjaan – Dapat mewujudkan kecekapan – Menambahkan pendapatan
– Kerana kurangnya pembaziran wang dan masa
• Meninggikan dorongan
– Motivasi pekerja dapat dikekalkan dan ditingkatkan
6 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
– Semangat untuk bekerja kuat dapat dirangsang jika pekerja diberi – Pendedahan tentang kerja
2 (a) Dua sumber yang boleh digunakan oleh Syarikat Motomobil dalam proses pengambilan pekerja:
Sumber dalaman
• Sumber dalaman merujuk kepada pekerja yang sedang berkhidmat dalam organisasi.
• Sumber dalaman dijalankan untuk mengisi kekosongan jawatan yang wujud apabila seseorang pekerja dinaikkan pangkat.
• Sumber dalaman diketahui dengan melihat rekod perkhidmatan pekerja atau mendapatkan pandangan daripada pengurus pekerja terdahulu.
Sumber luaran
• Sumber luaran merujuk kepada calon dari luar organisasi.
• Sumber luaran digunakan untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh pekerja yang telah dinaikkan pangkat.
• Kekosongan jawatan yang wujud disebabkan oleh pertambahan kerja dan peninggalan atau pemberhentian pekerja.
(b) Proses pemilihan yang sepatutnya dilalui oleh Encik Mohamad:
Borang permohonan Encik Mohamad perlu:
• melengkapkan borang permohonan sebagai langkah awal proses pemilihan.
• menyemak borang permohonan yang telah diisi untuk memastikan ia mengandungi maklumat peribadi seperti nama, alamat, umur, latar belakang pendidikan dan pengalaman.
• menyertakan resume dan salinan sijil yang telah disahkan.
• memenuhi syarat kelayakan agar di senarai pendekkan untuk menjalani proses seterusnya.
Semakan rujukan
• Pihak yang boleh dihubungi oleh pengurus sumber manusia.
• Semakan rujukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Encik Mohamad.
• Encik Mohamad haruslah menyertakan nama perujuk atau pihak yang mengenalinya semasa mengisi borang permohonan.
• Perujuk mestilah mengenali Encik Mohamad dan dapat memberikan maklumat tentang sikap, personaliti dan pengalaman Encik Mohamad.
Temu duga
• Setelah berjaya di peringkat ujian atau penelitian borang permohonan.
• Temu duga merupakan proses pertukaran maklumat antara Syarikat Motomobil dengan Encik Mohamad yang memenuhi syarat jawatan.
• Temu duga bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada Encik Mohamad berhubung dengan pengalaman, kemahiran, sikap terhadap kerja, personaliti, komunikasi dan idea.
• Temu duga memberi peluang kepada Syarikat Motomobil untuk mengenali Encik Mohamad dengan mendalam.
• Encik Mohamad akan dimaklumkan mengenai tugas dan tanggungjawab kerja, polisi gaji, waktu bekerja, dan suasana tempat kerja.
Ujian
• Ujian dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehan dan pengetahuan Encik Mohamad bagi mengisi kekosongan jawatan.
• Antaranya ialah kebolehan, kemahiran dan keupayaan sebagai pengurus pemasaran.
• Ujian yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan jawatan pengurus pemasaran yang dipohon oleh Encik Mohamad.
(c) Kelebihan dan kelemahan pengambilan pekerja daripada luar syarikat seperti yang dilakukan oleh Datuk Razak:
Kelebihan Kelemahan
• Melahirkan idea baharu–pekerja baharu akan membawa idea baharu yang boleh diguna pakai oleh Syarikat Motomobil.
• Kemahiran baharu–pekerja baharu mempunyai kemahiran baharu dan terkini.
• Semangat–biasanya pekerja baharu akan mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menjalankan tugas.
• Memerlukan program induksi–
pekerja perlu diberikan program induksi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tempat kerja dan sebagainya.
• Mengambil masa untuk memahami budaya organisasi–pekerja
memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya Syarikat Motomobil.
• Kos merekrut yang tinggi–Syarikat Motomobil perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk pengiklanan dan pengambilan pekerja baharu.
(d) Kelebihan dan kelemahan pengisian jawatan melalui sumber dalaman, iaitu dengan pengambilan Encik Mohamad:
Kelebihan Kelemahan
• Memotivasikan pekerja–
pekerja akan lebih bermotivasi untuk bekerja kerana wujud kemungkinan untuk kenaikan pangkat.
• Pekerja lebih memahami budaya organisasi–Encik Mohamad sudah memahami budaya dan iklim organisasi, maka program induksi
• Tidak membawa idea baharu–
Syarikat Motomobil mungkin tidak memperoleh idea baharu daripada Encik Mohamad.
• Kekosongan jawatan–akan berlaku jika pekerja dinaikkan pangkat.
Maka jawatan yang dijawat sekarang menjadi kosong.
• Pengetahuan stereotype–Encik
8 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Kelebihan Kelemahan
• Maklumat pekerja sedia ada–
maklumat dan prestasi Encik Mohamad sudah diketahui oleh pihak majikan, maka majikan tidak perlu bimbang mengenai prestasi pekerja.
Syarikat Motomobil. Beliau mungkin akan mempunyai pengetahuan stereotype.
SOALAN PRINSIP
1 Lima cabaran semasa yang dihadapi oleh seseorang pengurus sumber manusia:
Kepelbagaian tenaga kerja
• Pekerja daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk buruh asing telah menyertai pasaran buruh di negara ini.
• Perbezaan jantina, bangsa, umur, kemahiran dan latar belakang pendidikan dalam kalangan pekerja boleh mewujudkan pelbagai masalah di tempat kerja.
• Selain itu, pekerja cacat dan minoriti perlu diambil kira.
Globalisasi
• Pekerja bebas untuk berpindah dari satu organisasi ke organisasi lain yang menawarkan gaji, kemudahan dan faedah yang lebih baik.
• Sistem ganjaran yang berpatutan dan selaras dengan organisasi lain perlu diberikan untuk mengelakkan perpindahan pekerja.
Buruh asing
• Kebanjiran buruh asing di negara ini memerlukan pihak organisasi peka terhadap keperluan mereka.
• Negara-negara seperti Indonesia, Nepal, dan Bangladesh mempunyai budaya, bahasa, dan latar belakang yang berbeza.
• Masalah sosial yang mungkin berlaku perlu diambil kira.
Perkembangan teknologi
• Bidang sains dan teknologi maklumat menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam usaha mengaplikasikan teknologi tersebut dalam operasi harian organisasi.
• Pekerja perlu diberikan latihan berkenaan cara menggunakan teknologi tersebut supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap.
Peningkatan bilangan pekerja wanita
• Bilangan pekerja wanita telah meningkat dari tahun ke tahun.
• Pengurus sumber manusia perlu peka terhadap keperluan pekerja wanita seperti menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di dalam organisasi bagi memudahkan mereka menyusukan anak masing-masing.
2 (a) Proses pemilihan pekerja dalam proses pengambilan pekerja:
Borang permohonan
• Untuk mengetahui butiran maklumat peribadi pemohon.
• Dilampirkan dengan salinan sijil/dokumen Semakan rujukan
• Pihak yang boleh dihubungi oleh pengurus sumber manusia bagi tujuan mendapatkan maklumat tambahan mengenai calon pekerja.
• Perujuk yang dinamakan mestilah mengenali calon dan dapat memberikan maklumat mengenai calon.
Temu duga
• Proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi yang menjalankan pengambilan dan calon yang memenuhi syarat jawatan.
• Memberikan peluang kepada pihak organisasi untuk mengenali calon dengan mendalam
Ujian
• Proses saringan bagi mengenal pasti calon yang benar-benar memiliki pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan keupayaan yang diperlukan.
• Ujian melibatkan bidang kemahiran, kebolehan dan kecergasan fizikal dan minda.
(b) Kelebihan dan kelemahan pengambilan pekerja daripada sumber dalaman:
Kelebihan Kelemahan
Memotivasikan pekerja
Pekerja akan lebih bermotivasi untuk bekerja kerana wujud kemungkinan untuk kenaikan pangkat
Pekerja lebih memahami budaya organisasi
Pekerja sudah memahami budaya dan iklim organisasi, maka program induksi tidak perlu dijalankan
Tidak membawa idea baharu Organisasi tidak memperoleh idea baharu daripada pekerja
Kekosongan jawatan
• Akan berlaku jika pekerja dinaikkan pangkat
• Maka jawatan yang dijawat sekarang menjadi kosong
3 Empat prosedur pemilihan pekerja:
Borang permohonan
• Langkah awal dalam proses pemilihan untuk disenarai pendekkan
• Memberi maklumat tentang butir-butir peribadi pemohon, kelayakan akademik dan ikhtisas, pengalaman kerja, minat, kegiatan sosial serta kegiatan kokurikulum
• Merupakan satu kaedah penapisan yang berkesan
• Maklumat yang diperoleh dinilai dan dimasukkan ke dalam sistem maklumat sumber manusia sebagai bahan penilaian pemilihan
10 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Semakan rujukan
• Mengandungi maklumat tambahan tentang calon seperti majikan terakhir, rakan sekerja, guru, dan pensyarah yang boleh dihubungi
• Untuk mengetahui dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang sikap dan personaliti calon
• Semakan ini sebagai tapisan keselamatan dengan pihak yang boleh dirujuk sama ada melalui telefon, surat, dan penyiasatan sendiri
• Penyemakan latar belakang calon bertujuan mengesahkan ketepatan maklumat yang terdapat pada borang permohonan
Temu duga
• Merupakan proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon
• Kaedah organisasi untuk bertanyakan siri soalan berkaitan kerja, pengalaman, dan kemahiran
• Untuk menentukan calon layak atau tidak layak untuk jawatan yang dipohon
• Peluang majikan melihat gelagat dan personaliti calon secara bersemuka Ujian
• Membantu organisasi membuat keputusan yang betul tentang siapa yang layak
• Mengukur sama ada calon dapat melakukan kerja dengan baik atau tidak
• Untuk menapis calon
• Contoh ujian ialah ujian kecerdasan, ujian kecekapan, ujian personaliti, ujian kecergasan, dan ujian bakat