• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA id. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGURUSAN SUMBER MANUSIA id. pdf"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN

SUMBER

MANUSIA

8.0 PENGENALAN

Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.

Apa itu latihan ?

Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja sesebuah organisasi diantaranya :

a. penilaian prestasi

b. analisis ke atas keperluan pekerja c. analisis organisasi

d. pandangan pekerja

Apa yang anda tahu tentang kemahiran ?

Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:

(2)

2 mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan pekerjaan.

b. Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan pengawasan pekerjaan orang lain.

8.1 KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?

Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.

Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.

Contohnya :

Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat dipertingkatkan.

Contohnya :

(3)

pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras perkembangan IT yang sedang meningkat.

Rumusan

Latihan proses memberi dan menambahkan pengetahuan

Kemahiran kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

Bentuk Kemahiran

Kemahiran teknik

(4)

4 8.1.1 CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan

menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

a. Penilaian Prestasi

Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya.

Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi kerja

b. Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan

Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ? Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

c. Analisis Organisasi

Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan

mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah dibuat.

Contohnya :-

(5)

pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang berkenaan.

d. Pandangan Pekerja

Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

Contohnya :-

Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer atau kemahiran komunikasi

8.1.2 JENIS-JENIS LATIHAN

Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan,

pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:- i. Latihan sambil bekerja (On Job Training)

ii. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian, bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.

iii. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran dengan tempat kerja.

(6)

6 Rumusan

Cara mengenalpasti perlunya latihan

Penilaian Prestasi

Analisis Keperluan Pekerjaan

Pandangan Pekerja

Analisis Organisasi

Jenis Latihan

On Job Training

Latihan di luar tempat kerja

Latihan penginstitusian

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelatih ILP dengan teori dan kemahiran sebelum menjalani latihan sambil kerja (OJT) selama 6 bulan di sesebuah organisasi

Selain itu, pihak pengurusan atasan dan pengurus bahagian lain mendapati ramai pekerja yang terlibat tidak berpuas hati kerana latihan sambil bekerja yang diberikan tidak

a) Mengutamakan perancangan latihan yang dapat memenuhi keperluan organisasi... b) Memberi peluang kepada setiap pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan juga9. pegawai awam

Fungsi pengurusan sumber manusia perlu diuruskan sebaik-baiknya bagi memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan pembolehubah bebas iaitu komitmen pengurusan, latihan keselamatan, penglibatan pekerja dan komunikasi keselamatan dan maklum

Tanggungjawab  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia  ialah  menyemak  dan  mengesahkan  dokumen  Kriteria  Kecemerlangan  dan  LNPT  calon  sebelum 

Hubungan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dengan Penglibatan Kerja Faktor persekitaran mempunyai peranan yang signifikan dalam menentukan pusing ganti pekerja dalam