• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Sumber Manusia id. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengurusan Sumber Manusia id. docx"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BAB 1.0 : PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.1 PENGENALAN

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang

berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi

boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya.

Walaupun perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber

manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud.

Tujuan diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan

bahawa manusia yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap

dan berkesan dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat

organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi

kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan

faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi.

Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia

dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan

betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti

yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi

organisasi juga memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka

mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat, dengan kata

lain

‘making things happen’

. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk

menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi.

Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang

mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia

menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada

pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada

keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek

penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci

kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan

berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi.

1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

(2)

manusia iaitu:

Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang

mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal.

Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang

memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian, pemilihan,

latihan dan sebagainya.

Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang

menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang

mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan

pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia

(perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang berkelayakan

(perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk

melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan

pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai

prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang

positif dan harmoni (perhubungan pekerja), Noe et al. (2000).

Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dibentuk dan

digunakan untuk membantu mencapai matlamat dan objektif perniagaan dan

organisasi. Menurut Tsui dan Gomez Meija (1998), Danaley dan Huselid (1996)

amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan

prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan pekerja dan

pelanggan, inovasi, produktiviti dan juga pembangunan reputasi yang baik di

kalangan organisasi lain.

Jadual 1.1 : Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.

Fungsi

Aktiviti

Perancangan dan Perekrutan Temuduga, perekrutan, ujian

Latihan dan Pembangunan

Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan

produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya

Pampasan

Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus,

penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian

pekerjaan, struktur pampasan

Prestasi

Mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan

pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi

(3)

keuntungan

Perkhidmatan Pekerja

Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan

Rekod peribadi

Sistem maklumat, rekod tentang pekerja

Pekerja dan Hubungan

Komuniti/ Masyarakat

Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan

polisi, disiplin, undang-undang buruh

Keselamatan dan kesihatan

Pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi,

penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan

keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan

perlindungan peribadi

Perancangan strategik

Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan

perancangan, gabungan dan perolehan

Berdasarkan aktiviti di atas, maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh

dirumuskan seperti berikut:

1.

Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang

cukup, mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses

ini meliputi perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan

berterusan.

2.

Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan

menyediakan program-program latihan dan pengembangan, bantuan

pendidikan, pertukaran dan pengurusan kerjaya.

3.

Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui

program insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan

organisasi.

4.

Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada

organisasi melalui program seperti pampasan dan kemudahan, ganjaran,

kenaikan pangkat, perhubungan majikan dan pekerja, dan program bantuan

pekerja.

5.

Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan

matlamat organisasi, di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut

di mata pekerja lain.

1.3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang

dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan

menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang

memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue

(1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu:

(4)

5.

Perhubungan Industri

6.

Penyelidikan Sumber Manusia

Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam Jadual 1.2

seperti berikut:

Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia

Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas

individu dalam organisasi.

Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi.

Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.

Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam

organisasi.

Pembangunan Sumber Manusia

Orientasi dan melatih pekerja

Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi.

Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.

Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja.

Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka.

Pampasan dan Kemudahan

Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja

Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten.

Keselamatan dan Kesihatan

Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.

Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh

mempengaruhi prestasi kerja mereka.

Perhubungan Industri

Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja.

Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan.

Penyelidikan Sumber Manusia

Mewujudkan asas maklumat sumber manusia

(5)

1.4

CABARAN SUMBER MANUSIA

Perubahan yang berlaku pada hari ini dari segi globalisasi, teknologi dan lain-lain

menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu menjadi agen perubahan.

Pengurus sumber manusia perlu membuat banyak perkara, memperkenalkan

dasar baru, membentuk budaya kerja sihat, membuat organisasi lebih peka

kepada persekitaran., fleksibel dan terus bersaing di samping sentiasa

memantau persekitaran organisasi.

1.4.1 Perubahan Teknologi

Teknologi yang serba canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber

manusia menjadi lebih berkesan di samping dapat mempercepatkan perjalanan

berbagai fungsian sumber manusia. Di samping itu, perubahan teknologi

memerlukan pekerja yang lebih berpengetahuan yang boleh membantu pihak

pengurusan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah serta membuat

keputusan tentang bidang kerja mereka.

1.4.2 Perubahan Trend Pekerjaan

Lebih ramai kaum wanita memasuki pasaran kerja pada masa kini memerlukan

perubahan kepada beberapa aspek fungsian sumber manusia. Ini adalah untuk

mengekalkan tenaga kerja di kalangan wanita di sektor pekerjaan, di samping

untuk membantu kaum wanita yang menghadapi maslah semasa bekerja.

Antara aspek yang diubah ialah cuti bersalin 60 hari yang diberikan kepada

wanita, wujudnya organisasi yang memberi waktu kerja anjal untuk mengatasi

masalah penjagaan kanak-kanak ketika ibu bekerja. Ini merupakan sebahagian

dari perubahan yang dihadapi oleh pekerja wanita pada masa kini.

1.4.3 Buruh asing

Terdapat ramai pekerja negara luar terutamanya yang datang untuk bekerja di

Malaysia seperti pekerja dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Myanmar. Para

pekerja dari kategori ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang buruh

Malaysia di samping peraturan yang dikeluarkan khas untuk pekerja pendatang

ini. Sebagai contoh, mereka perlu mendapat permit pekerjaan Malaysia sebelum

bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia. Selain itu, mereka perlu menjalani

dan lulus ujian kesihatan terlebih dahulu.

1.5

KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Yang termasuk manusia yaitu: Akhlak terhadap Rasulullah (Nabi Muhammad), Akhlak terhadap orang tua, diri sendiri, keluarga, Akhlak terhadap tetangga dan akhlak

Hasibuan (2005:105) berpendapat bahwa Kinerja adalah suatu hasil kerja yang dicapai seseorang dalam melaksanakan tugas-tugas yang dibebankan kepadanya yang didasarkan

Sebuah Skripsi yang Diajukan untuk Memenuhi Salah Satu Syarat Memperoleh Gelar Sarjana Pendidikan Program Studi Pendidikan Ilmu Komputer. ©

Disiplin merupakan salah satu hal yang harus dijaga dan ditingkatkan secara terus menerus agar karyawan yang bersangkutan menjadi terbiasa bekerja dengan penuh kedisiplinan

Contohnya jika para pelaku brand besar menggunakan customer care untuk berkomunikasi dengan konsumen, Anda bisa berkomunikasi langsung dengan konsumen saat mereka menikmati produk

Saya yang bertanda tangan di bawah ini menyatakan dengan sesungguhnya bahwa skripsi saya yang berjudul “Pengaruh Disiplin Kerja Dan Pemberian Kompensasi Terhadap Kinerja

Jurnal ini terbit dua kali setahun pada bulan Juni dan Desember berisi artikel, tulisan ilmiah dalam bentuk hasil penelitian dan non penelitian, kajian

Tegangan input ke Arduino board ketika board sedang menggunakan sumber suplai eksternal (seperti 5 Volt dari koneksi USB atau sumber tenaga lainnya yang diatur).. Kita