• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbandingan Ekonomi Islam dengan Ekonom

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perbandingan Ekonomi Islam dengan Ekonom"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Definisi ekonomi

Ekonomi berasal dari bahasa Yunani yang terdiri dari dua perkataan yaitu Oikos dan Nomos, Oikos bererti rumah tangga manakala Nomos pula bererti tata cara, aturan yang mana keduanya membawa erti peraturan-peraturan atau hukum hakam rumahtangga. Sedangkan politik berasal dari kata polis yang bererti negara atau kota yang mana berdasarkan maknanya tidak sama, namun dalam perkembangan dunia kedua kata tersebut menjadi hal yang berkaitan dan saling mempengaruhi.

Dalam bahasa Arab, ekonomi ialah yang memberi makna al Iqtisad yang bererti berjimat cermat ataupun kesederhanaan iaitu suatu situasi di antara kekurangan dan pembaziran. Ia merujuk kepada pengurusan perbelanjaan yang baik bagi memenuhi keperluan hidup. Ia juga memberi makna yang lebih luas menurut kacamata Islam yang mengajar umatnya bersederhana seperti dalam penggunaan air untuk tujuan bersuci, bersederhana dalam pemakanan dan minuman, bersederhana dalam perbelanjaan dan lain-lain. Walaupun begitu penggunaan al Iqtisad bukan bermaksud tidak proaktif dan pasif dalam usaha mengatur urusan kehidupan manusia tetapi memberi makna bagaimana kita melaksanakan usaha mengikut peraturan ke arah mencapai matlamat dengan cara yang berhemah. Oleh yang demikian, maksud al Iqtisad dengan pengertian yang lebih luas ialah cara untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia dalam mengurus kehendak dan keperluan-keperluan mereka yang kurang atau tidak cukup serta bagaimana mereka membangunkannya untuk memenuhi keperluan tersebut. Dalam sebuah hadith riwayat tabarani daripada anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah akan rugi orang yang mencari kebaikan, dan tidaklah akan menyesal orang yang bermusyawarah dan tidak akan melarat orang yang beriqtisad”.

Al Quran ada menyebut perkataan yang berbagai-bagai lagi selain al Iqtisad, contoh didalam al Quran Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :

(2)

Berikut ini adalah definisi ekonomi Islam dari segi istilah menurut para ahli ekonomi :

1. Ilmu ekonomi Islam adalah pengetahuan dan aplikasi ajaran-ajaran dan aturan-aturan Syariah yang mencegah ketidakadilan dalam pencarian dan pengeluaran sumber-sumber daya, guna memberikan kepuasan bagi manusia dan membolehkan mereka melaksanakan kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah dan masyarakat. ( S.M Hanuzzaman : Islam and Business Ethics :2009)

2. Ilmu ekonomi Islam adalah suatu ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari permasalahan ekonomi dari orang-orang memiliki nilai-nilai Islam. (M.A Mannan : Teori dan Praktik ekonomi Islam :1992 :19)

3. Ilmu ekonomi Islam adalah “suatu upaya sistematik untuk mencuba memahami permasalahan ekonomi dan perilaku manusia dalam hubungannya dengan permasalahan tersebut dari sudut pandangan Islam. (Khursid Ahmad : First International Conference on Islamic Economics :1984)

4. Pengertian ekonomi Islam merupakan ekonomi yang berdasarkan pada ketuhanan. Asas ataupun pokok kepada sistem ekonomi ini bertitik tolak dari Allah, tujuan akhirnya kepada Allah, dan memanfaatkan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah. (Yusuf Qardhawi : Encyclopaedia of Islamic Economics - Volume 2 : 1997)

(3)

Selanjutnya ekonomi dalam pengertian Barat adalah beberapa definisi para ahli ekonominya seperti berikut :

1. Ekonomi adalah “Ilmu kekayaan atau ilmu yang khusus mempelajari sarana-sarana kekayaan suatu bangsa dengan memusatkan perhatian secara khusus terhadap sebab-sebab kebendaan dari kemakmuran, seperti hasil-hasil industri, pertanian dan sebagainya” (Adam Smith : Wealth of Nation : 1776)

2. Ekonomi adalah ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dalam menghadapi keperluan-keperluannya dengan sarana-sarananya yang terbatas yang memmpunyai pelbagai macam fungsi. (Ruenez)

3. Ekonomi merupakan cara-cara yang dilakukan oleh manusia dan kelompoknya untuk memanfaatkan sumber-sumber yang terbatas untuk memperoleh berbagai kemudahan dan pembahagiannya untuk dikongsi oleh masyarakat (Paul A. Samuelson : Economies an Introductory Analysis : 1948)

4. Ekonomi adalah Ilmu yang mempelajari usaha-usaha individu dalam ikatan pekerjaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ilmu ekonomi membahas kehidupan manusia yang berhubungan dengan bagaimana ia memperoleh pendapatan dan bagaimana pula ia menggunakan pendapatan itu” (Marshall : Principles of economics : 1798)

Tinjauan terhadap sistem ekonomi Islam. Pengenalan

Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh, kesempurnaan agama Islam bukan sekadar pada nama sahaja malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya termasuklah ekonomi.

Ekonomi dalam Islam mementingkan konsep muamalat yaitu suatu sistem yang mengatur perhubungan manusia sesama manusia yang mana dipanggil sistem muamalat, dan pokok ataupun asal ekonomi Islam itu terletak pada 4 perkara :

1. Perhubungan manusia dengan tuhan (tauhid) 2. Hubungan manusia sesama manusia (muamalat) 3. Hubungan manusia dengan alam sekitar

(4)

Syariat Islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta kekayaan merupakan amanah Allah s.w.t kepada manusia , oleh kerana itu wajiblah bagi kita sebagai manusia untuk menggunakan harta tersebut kejalan yang diredhai oleh Allah s.w.t dan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh syara’ demi untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.

Firman Allah :

ووببررل مبررحبوب عب بب ههلرل لرحبأبوب

ٱ

يي يلٱ

ٱ

ا

‌‌

Maksudnya:

Dan telah menghalalkan oleh Allah s.w.t akan jual beli dan telah mengharamkan oleh Allah s.w.t akan riba. (al Baqarah :275) Dalam Ekonomi Islam, tanggungjawab manusia sebagai khalifah adalah memikul amanah berdasarkan kepada panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah s.w.t, antaranya :

1. Membangun dan mengolah sumber alam di atas dan di dalam perut bumi hingga boleh dimanfaatkan bagi kehidupan manusia. Begitu juga memelihara dan menggunakan bahan-bahan yang berguna mengikut syariat-syariat Islam.

2. Tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Segala usaha dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang perbuatan yang negatif kerana segala tingkah laku diperhatikan oleh Allah s.w.t, orang yang mengkhianati amanah Allah s.w.t adalah orang yang gagal sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :

(5)

3. Berbelanja pada jalan Allah s.w.t. Apa yang telah dihasilkan oleh manusia daripada sumber alam hendaklah dibelanjakan dengan cara dan tujuan yang baik. Sebagai contohnya wakaf, sedekah dan sebagainya lagi.

Lantaran itu, sistem ekonomi Islam melihat manusia secara sempurna dan memberi tanggungjawab kepada manusia supaya melaksanakan kegiatan ekonomi secara seimbang dan tekun serta menurut syariat Allah s.w.t dan berbeza dari sistem ekonomi Kapitalisme dan Sosialis.

Tinjauan terhadap sistem ekonomi Kapitalis. Pengenalan

Kapitalisme berasal daripada perkataan “capital” yang bermaksud modal. Kapitalis merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kearah pengumpulan kekayaan keatas individu tanpa ada gangguan oleh kerajaan dan berteraskan keuntungan semata-mata. Sistem ekonomi Kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang, dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

Antara ciri-ciri sistem ekonomi Kapitalis :

1. Dikenali sebagai laissez faire atau ekonomi pasaran bebas.

2. Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan berekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan hanya untuk keuntungan.

3. Dalam ekonomi Kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan

perdagangan.

4. Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

5. Ringkasnya, Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan

(6)

Kesimpulan

Dapatlah kita fahami disini bahawa sistem ekonomi Kapitalis adalah sebuah sistem yang mengamalkan ekonomi secara pasaran bebas yang mana

menggalakkan penggumpulan harta, kebebasan berekonomi, kebebasan memiliki harta dan sistem ini juga hanya mementingkan kepentingan individu berbanding kepentingan umum, ini sangat berbeza seperti mana sistem ekonomi Islam yang mementingkan kepentingan umum berbanding kepentingan individu.

Tinjauan terhadap sistem ekonomi Sosialis. Pengenalan

Sosislisme adalah sebuah sistem perekonomian yang memberikan kebebasan

yang cukup yang besar kepada setiap individu untuk melaksanakan kegiatan ekonomi, tetapi haruslah dengan campurtangan kerajaan atau pemerintah. Tujuan pemerintah campurtangan kedalam perekonomian adalah untuk mengatur tata kehidupan perekonomian Negara serta jenis-jenis perekonomian yang menguasai hajat manusia yang kebanyakannya dikuasai oleh Negara seperti air, makanan, telekomunikasi, gas, minyak dan sebagainya.

Sistem ekonomi sosialis berpandangan bahawa kemakmuran individu hanya mungkin tercapai apabila berformasikan kemakmuran bersama. Sistem ekonomi sosialis mempunyai prinsip asas yaitu :

1. Hak milik Negara.

2. Kesaksamaan ekonomi.

3. Penguasaan.

Kesimpulan

(7)

Perbandingan antara ciri-ciri ekonomi Islam dengan ekonomi

Kapitalis dan Sosialis.

Ciri-ciri ekonomi Islam :

1. Menjadi hamba Allah.

Di dalam agama Islam setiap pekerjaan, perbuatan dan segala tiap-tiap perkara yang dilakukan oleh seorang yang Islam, akan beroleh pahala disisi Allah s.w.t, apabila perkara tersebut didasarkan atau disandarkan kepada ketetapan syariat dan diniatkan hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t jua. Ini adalah kerana niat adalah peranan yang penting untuk mengubah dari perbuatan yang bersifat keduniaan kepada ibadat yang berpahala.

2. Niat yang murni.

Ekonomi didalam Islam tidak hanya untuk menumpukan keuntungan kebendaan dan duniawi semata-mata sepertimana sistem-sistem ekonomi yang lain, tetapi ekonomi didalam Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih besar yaitu untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t dan menyediakan untuk keselesaan kehidupan insan.

3. Ikut atau patuh syariat Islam.

Didalam ekonomi Islam juga, adanya ketetapan syariat dan penjagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi terdapat satu lagi penjagaan yang lebih memberi kesan keatas manusia itu sendiri yakni penjagaan dari sudut hati nurani yang terbentuk diatas keyakinan bahawa adanya Allah s.w.t dan adanya hari pembalasan (hari akhirat) sesudah kematian seseorang individu tersebut.

4. Mengimbangi kepentingan umum (masyarakat).

(8)

Ciri-ciri utama ekonomi Kapitalis.

1. Hak pemilikan harta persendirian.

Negara yang mengamalkan sistem kapitalis mengiktiraf hak milik individu atas harta. Dimana faktor pengeluaran dan pengagihannya boleh dimiliki mutlak oleh individu. Membeli atau menjual mana-mana harta tanpa ada sekatan. Ini bermaksud individu berkuasa penuh keatas hartanya.

2. Kebebasan ekonomi dan persaingan bebas.

Setiap individu mempunyai kuasa pilihan untuk menganjurkan atau mewujudkan apa sahaja bentuk organisasi dan menceburi apa sahaja jenis perniagaan yang dikehendakinya serta memperolehi keuntungan yang tiada had asalkan ianya tidak menyalahi dan sah disisi undang-undang. Dengan itu individu akan berusaha sepenuhnya bagi memperolehi manfaat persendirian dan keselamatan peribadi.

3. Ketidaksamaan kekayaan dan peluang berekonomi.

Didalam sistem Kapitalis, modal adalah sumber dan alat kepada peluang berekonomi. Individu yang bermodalkan yang besar kebiasaan akan mempunyai lebih banyak peluang kepada pekerjaan, manakala individu yang bermodalkan yang sedikit pula kebiasaan kurang berpeluang kepada pekerjaan. Akibat ketidaksamaan peluang inilah mengakibatkan jurang kekayaan dan kemiskinan bertambah besar, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin.

Ciri-ciri ekonomi sosialisme

.

1. Hak milik Negara.

Semua cara pengeluaran dan sumber hasil adalah milik Negara atau umum. Hak individu untuk memiliki harta atau sumber pengeluaran adalah tidak diiktiraf dan dinafikan sama sekali.

2. Kesaksamaan ekonomi.

(9)

3. Penguasaan.

Bagi mencapai objektif Sosialisme, keseluruh Negara akan diperintah oleh golongan “ploltariat” (kelas pekerja, terutama pekerja industri) yang mengambil alih semua faktor atau kaedah pengeluaran, pengagihan dan kebebasan berekonomi serta hak kepada pemilikan harta dihapuskan sama sekali.

Perbandingan kelebihan dan kekurangan sistem ekonomi Islam dan

ekonomi Kapitalis dan Sosialis.

Kelebihan sistem ekonomi Islam.

Ekonomi Islam terbentuk melalui ajaran Islam yang sentiasa terikat dengan asas dan prinsip yang tersurat yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, dan ijma’ dan qiyas yang mana dipersetujui oleh para-para alim ulama’, dan ia bukan suatu ideologi ataupun pemikiran bebas yang tidak ada panduan. Mengenai perkara ini telah jelas Allah s.w.t berfirman didalam surah al Maidah ayat 3 :

ت

ه يض

ض ربوب ىتضمب نض ك

يع يم يي

ه لبعب ت

ه

يم يت يم

مب أبوب كهنبيدض كهلب ت

يم

ه مب أ

يل يك

ب مب يب

يو يلٱ

cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan), sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

(10)

Antara rasional sistem ekonomi kapitalis.

1. Kebebasan berekonomi akan meningkatkan kapasiti produktiviti didalam masyarakat dan bukan sahaja akan meningkatkan kekayaan Negara tetapi juga membantu pengagihan kekayaan didalam masyarakat.

2. Persaingan yang bebas akan mengakibatkan pengeluaran dan harga sesuatu barang berlaku pada paras yang munasabah. Dengan sebab persaingan, keuntungan dan upah bekerja juga akan berada pada paras yang munasabah.

3. Ahli-ahli didalam sistem Kapitalis menyatakan bahawa tujuan keuntungan akan membawa kepada pengeluaran maksimum. Setiap orang akan berusaha untuk mendapatkan pendapatan pada tahap yang maksimum dan akan mendorongnya berusaha dengan lebih gigih sehingga pada tahap yang paling maksimum. Dengan demikian kualiti dan kuantiti pengeluaran akan diperbaiki.

Antara kekurangan sistem ekonomi Kapitalis.

Memandangkan sistem kapitalis hasil daripada pemikiran manusia itu sendiri, maka pasti ia akan mendatangkan pelbagai permasalahan, diantaranya ialah :

1. Kebebasan persaingan juga boleh menimbulkan sikap cemburu dan persaingan diantara kebaikan diri dan kebaikan bersama masyarakat. Apabila kuasa dan harta berada ditangan segelintir masyarakat, maka kepentingan individu adalah lebih diutamakan atas kepentingan bersama. Sikap seperti sudah tentunya akan menghasilkan sikap-sikap negatif dan akhirnya mengakibatkan huru hara dalam sesebuah masyarakat dan juga sistem ekonominya.

2. Jurang perbezaan yang akan sentiasa berkembang di antara hak pekerja dan majikan, dan dengan sebab itu jugalah boleh mengakibatkan masyarakat berpecah menjadi dua kelompok yang saling bertentangan diantara satu sama lain.

(11)

macam cara yang tidak berakhlak demi hanya untuk mencapai cita-cita individu tersebut, dan ini akan menyebabkan berlakunya sifat mementingkan diri sendiri, ketidakadilan, pengkhianatan sesama masyarakat didalam sesebuah Negara itu sendiri.

Antara rasional sistem ekonomi sosialis

.

1. Setiap ahli ataupun rakyat dalam Negara akan dibekalkan oleh kerajaan dengan keperluan asasinya.

2. Setiap individu yang menggangur akan diberikan pekerjaan dan perlindungan, manakala golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan pula akan dijaga oleh Negara.

3. Kesemua sumber dan kaedah pengeluaran adalah hak mutlak dimiliki dan diuruskan oleh Negara dan mana-mana keuntungan yang diperolehi adalah untuk dimanfaat kepada masyarakat.

Antara kekurangan sistem ekonomi sosialis.

1. Sistem ini menafikan sifat keegoan dan personaliti individu yang mana individu berkeupayaan untuk berfikir dan bertindak dengan sendiri. Dengan maksud, individu akan menjadi seperti hamba kepada masyarakat dan boleh juga disama ertikan seperti sebuah mesin yang diperintah hanya untuk bekerja sahaja.

2. Bagi sistem ini, kos untuk mendapatkan keperluan asasi sesebuah masyarakat ialah dengan mengorbankan kebebasan individu dan hak pemilikan harta.

(12)

Kesimpulan daripada tugasan ilmiah ini.

(13)

Bibliografi

i. Adam Smith, wealth of Nation :1776 ,

https://libraries.mit.edu/150books/2011/04/23/1967/

ii. Khursid Ahmad, First International Conference on Islamic Economics : Publisher Amar Prakashan, 1984 , original from the University of Michigan.

iii. M.A Mannan, Teori dan Praktik ekonomi Islam : Publisher Sh. Muhammad Ashraf, 1975.

iv. Muh. Nehjatullah ash-Shiddiqi, Muslim Economic Thinking : A Survey of Contemporary Literature : 1981, Publisher International Centre for Research in Islamic Economics, King Abdul Aziz University, 1981, Original from Indiana University.

v. Marshall, Principles of Economics : 1798, http://www.business-science-articles.com/b-a/economics/211-alfred-marshall-definition-of-economics.

vi. Paul A. Samuelson, Economies an Introductory Analysis : 1948.

vii. S.M. Hanuzzaman, Islam and Business Ethics :2009.

Referensi

Dokumen terkait

Ada banyak macam antena yang dapat digunakan untuk radar salah satunya adalah phased array antena terdiri dari beberapa elemen antena, yang menggunakan variabel fasa atau

KEMENTRIAN RISET, TEKNOLOGI, DAN.

Terdapat empat objektif utama yang akan membantu bagi menyempurnakan kajian ini iaitu mengenal pasti isu yang ketara terhadap permintaan dan penawaran komponen Sistem

Melalui penelitian yang dilakukan, diperoleh kesimpulan bahwa indikasi-indikasi rendahnya kualitas pelayanan izin mendirikan bangunan (IMB) tersebut adalah sebagai

Oleh karena itu, untuk melihat bagaimana marketisasi ideologi dalam sebuah kampanye politik sebagaimana yang ingin diungkap penulis dalam buku ini, akan

Oleh karena p-value = 0,011 < α (0,05), maka disimpulkan bahwa ada hubungan yang signifikan antara mekanika tubuh (body mekanik) dengan nyeri punggung pada ibu

Dengan ini rnenyatakan bahwan skripsi dengan judul " Pengaruh ekonomi keluarga terhadap perilaku keagamaan remaja di dalam bermasyarakat di Desa Tunjung Kecamatan

Pada penelitian yang akan dilaksanakan dengan judul implementasi pembelajaran Baca Tulis Al- Qur‟an metode An-Nahdliyah dalam meningkatkan kemampuan membaca