• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Enam Perbincangan dan Rumusan Tesis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab Enam Perbincangan dan Rumusan Tesis"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 6

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.0 Pengenalan

Perbincangan penemuan dan implikasi kajian ini dibahagikan kepada enam bahagian. Pertama, dibincangkan rumusan tentang kepentingan PKS Bumiputera sebagai unit yang dianalisis dalam kajian ini. Kedua, dibincangkan penemuan kajian keputusan ujian hipotesis untuk menjawab persoalan kajian. Ketiga, implikasi daripada penemuan kajian dibincangkan daripada perspektif teori dan pengurusan. Keempat, batasan kajian. Kelima, cadangan untuk kajian di masa hadapan dan diakhiri dengan kesimpulan.

6.1 Rumusan Penemuan Kajian

Penemuan kajian ini dirumuskan dalam dua bahagian. Pertama, PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia sebagai entiti yang penting untuk dikaji. Kedua rumusan penemuan kajian berdasarkan hipotesis kajian.

6.1.1 PKS Bumiputera di kawasan Utara Semenanjung Malaysia

(2)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) di setiap daerah dalam negeri yang dikaji. MARA merupakan sebuah organisasi awam yang diamanahkah oleh kerajaan untuk membiayai dan membangunkan usahawan Bumiputera dalam memajukan perniagaan. Manakala MEDEC merupakan Pusat Pembangunan Usahawan yang bernaung di bawah Universiti Teknologi MARA untuk membangunkan usahawan melalui program latihan dan pembangunan (Mohamad, 2000). Kedua-dua entiti tersebut bertanggung jawab melatih dan membangunkan PKS Bumiputera sahaja di mana lebih daripada 70% PKS Bumiputera telah mengikuti program latihan dan pembangunan anjuran MARA dan MEDEC (Mohamed, 2000). Sehubungan dengan itu, sampel PKS Bumiputera yang dikutip adalah mewakili seluruh PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia berdasarkan bilangan PKS Bumiputera yang terlibat dengan MARA dan MEDEC adalah besar jumlahnya.

(3)

Pembangunan PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia menunjukkan perkembangan yang menggalakkan selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Namun demikian, pembangunan keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera didapati masih kurang jelas, keadaan ini ditunjukkan oleh perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dan agensinya masih tertumpu kepada pembangunan PKS Bumiputera di peringkat awal penubuhannya. Pembangunan keusahawanan memerlukan perhatian yang berbeza-beza mengikut tahap dalam proses pembangunan keusahawanan.

6.1.2 Rumusan penemuan ujian hipotesis kajian

Kajian ini merumuskan bahawa dimensi orientasi keusahawanan adalah berbentuk berbilang dimensi. Berdasarkan kepada analisis faktor yang telah dilaksanakan menunjukkan empat dimensi orientasi keusahawanan yang telah dihasilkan iaitu dimensi autonomi, inovatif, proaktif dan mengambil risiko adalah merupakan pemboleh ubah yang berasingan.

(4)

yang ada di kalangan PKS Bumiputera, semakin tinggi pulangan harta mereka. Akhir sekali, kesan langsung ini menunjukkan semakin tinggi sikap autonomi semakin tinggi pulangan modal yang mereka perolehi. Rumusan penemuan hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi diperincikan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1

Hubungan Langsung Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi PKS Bumiputera

Pulangan Jualan Pulangan Harta Pulangan Modal Pemboleh ubah Jangkaan Penemuan Jangkaan Penemuan Jangkaan Penemuan Orientasi Keusahawanan Autonomi Inovatif Proaktif Ambil risiko + + + + - (sig.) - (sig.) + (sig.) - (ts) + + + + - (ts) + (sig.) - (ts) - (ts) + + + + + (sig.) + (ts) + (ts) - (sig.) Nota. Jangka = Jangkaan hubungan berdasarkan hipotesis, + = hubungan yang positif, - = hubungan yang negatif, (sig) = hubungan yang signifikan, (ts) = hubungan yang tidak signifikan.

Sharma et al. (1981) mengemukakan pembahagian jenis pemboleh ubah kepada empat jenis. Pertama, pemboleh ubah pencelah, luaran, anteseden, penahan, atau peramal (k1). Kedua, pemboleh ubah penyederhana homologizer (k2). Ketiga, pemboleh ubah penyederhana jenis quasi (k3). Keempat, pemboleh ubah penyederhana jenis tulen (k4).

(5)

membantu, persaingan dan kedinamikan pasaran adalah dari jenis ini dalam hubungannya dengan pemboleh ubah bersandar.

Empat persekitaran yang ditanggap tergolong sebagai penyederhana homologizer kecuali persekitaran persaingan. Penyederhana ini berperanan dalam mempengaruhi kekuatan hubungan di antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar (Sharma et al., 1981).

Kajian ini mendapati penyederhana quasi adalah terdiri daripada persekitaran membantu, persekitaran persaingan dan kedinamikan pasaran yang berhubung samada dengan pemboleh ubah tidak bersandar atau pemboleh ubah bersandar atau kedua-duanya. Penyederhana ini juga menunjukkan kesan interaksi. Menurut Sharma et al. (1981) penyederhana quasi boleh mempengaruhi bentuk hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar.

(6)

Jadual 6.2 (rujuk Lampiran D1) memperincikan jenis penyederhana di kalangan dimensi persekitaran yang ditanggap mengikut pandangan Sharma et al. (1981).

Berdasarkan jenis penyederhana seperti yang diterangkan di atas, terdapat kesan 33 pekali beta terma interaksi penyederhana ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi diperincikan dalam Jadual 6.3. Sembilan pekali beta terma interaksi yang menerangkan hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan, 10 pekali beta terma interaksi menerangkan hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan harta. Manakala 14 pekali beta terma interaksi penyederhana ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

(7)

Keputusan kajian ini menyokong dakwaan bahawa PKS Bumiputera yang beroperasi dalam persekitaran membantu yang tinggi perlu bersikap lebih berautonomi untuk memperolehi pulangan modal yang lebih tinggi. Begitu juga dalam persekitaran bergolak yang tinggi, PKS Bumiputera perlu bersikap lebih inovatif untuk memastikan untungnya meningkat melalui kecekapan dalam penggunaan modal mereka. Manakala dalam persekitaran bergolak yang tinggi menyokong PKS Bumiputera untuk mengambil risiko demi meningkatkan kecekapan dalam jualan dan penggunaan hartanya.

Persekitaran persaingan yang tinggi sesuai untuk PKS Bumiputera mengamalkan sikap autonomi dan sikap proaktif yang tinggi untuk meningkatkan kecekapan dalam jualannya. Begitu juga dengan sikap mengambil risiko meningkatkan kecekapan PKS Bumiputera menggembleng hartanya dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

(8)

Manakala persekitaran terbatas yang tinggi menuntut PKS Bumiputera supaya bersikap lebih proaktif untuk meningkatkan kecekapan jualan dan penggunaan modal mereka.

Rumusan penemuan kajian ini menunjukkan PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia memiliki empat daripada lima dimensi orientasi keusahawanan seperti yang dicadangkan oleh Lumpkin dan Dess (1996). Tiga daripada dimensi orientasi keusahawanan tersebut berhubung secara langsung dengan prestasi. Manakala ketiga-tiga dimensi persekitaran yang ditanggap didapati menyederhanakan semua hubungan di antara dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi.

6.2 Perbincangan

(9)

6.2.1 Struktur faktor orientasi keusahawanan PKS Bumiputera dan persekitaran yang ditanggap

Keputusan analisis faktor menyokong sebahagian sahaja daripada model lima dimensi yang diketengahkan oleh Lumpkin dan Dess (1996). Penemuan kajian menghasilkan empat dimensi orientasi keusahawanan yang berasingan antara satu sama lain. Penemuan ini adalah berdasarkan keterangan oleh nilai eigen melebihi 1 poin dan peratus varians melebihi 9% untuk setiap faktor dalam analisis tersebut. Justeru itu, dakwaan Lumpkin dan Dess (1996) bahawa dimensi orientasi keusahawanan adalah pemboleh ubah berbilang dimensi dapat dipastikan dalam kajian ini.

(10)

firma seperti dalam kajian oleh Kreiser et al. (2002a), Lumpkin dan Dess (2001) dan Miller (1983).

Persekitaran yang ditanggap dalam kajian ini menghasilkan lima dimensi selaras dengan penemuan dalam kajian Payne (1970). Penemuan struktur faktor persekitaran yang ditanggap seperti yang ditemui dalam kajian ini menyokong kajian oleh Dean (1993), Khandwalla (1977), dan Miller dan Friesen (1982, 1983).

6.2.2 Hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera Kajian ini memetik bahawa kesan utama terhadap prestasi dalam firma berkeusahawanan ialah sikap proaktif, inovatif, dan autonomi berhubung secara berasingan dengan pulangan jualan, pulangan harta, dan pulangan modal. Soalan kajian yang pertama ialah bagaimanakah setiap dimensi orientasi keusahawanan berhubung dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera dibincangkan dalam bahagian berikut. Sehubungan dengan itu juga 12 hipotesis diuji untuk menyokong jawapan soalan kajian dalam bahagian ini.

6.2.3 Hubungan sikap autonomi dengan prestasi PKS Bumiputera

(11)

dan Dess (1996) dan Dess et al. (2005) bahawa sikap autonomi adalah salah satu dimensi orientasi keusahawanan yang boleh meningkatkan prestasi firma. Justeru dimensi ini tergolong sebagai salah satu dari dimensi orientasi keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera di Malaysia maka ia meningkatkan pulangan modal seperti yang dijangka. Penemuan ini selaras dengan penemuan dalam kajian Sulaiman et al. (1999) yang mendapati sikap autonomi dalam perniagaan berhubung secara positif dengan prestasi objektif di kalangan syarikat tempatan yang bekerjasama dengan syarikat antarabangsa.

(12)

kelemahan jika firma lambat bertindak mengubahsuai keupayaannya selaras dengan perubahan semasa.

Dalam hubungan sikap autonomi dengan pulangan harta tidak dapat dibuktikan dalam kajian ini selaras dengan penemuan oleh Loos dan Coulthard (2005). PKS Bumiputera di Malaysia sedang dalam proses memantapkan strukturnya akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku diakhir tahun 90an. Pemantapan semula struktur perniagaan yang terjejas memerlukan penjanaan modal baru adalah lebih penting berbanding dengan penggunaan harta dalam PKS Bumiputera yang masih dalam proses pemulihan.

6.2.4 Hubungan sikap inovatif dengan prestasi PKS Bumiputera

(13)

Knight (1997) dan konstruk orientasi keusahawanan dalam kajian Kreiser et al. (2002c).

Hubungan sikap inovatif dengan prestasi juga didapati signifikan secara statistik di mana firma yang berinovatif mempunyai keupayaan meningkatkan prestasi pulangan harta. Penemuan ini selaras dengan penemuan oleh Kreiser et al. (2002a) dan Loos dan Coulthard (2005). Penemuan ini bermaksud bahawa sikap inovatif PKS Bumiputera menunjukkan perubahan yang signifikan dalam pulangan harta. Semakin tinggi sikap inovatif diamalkan dalam perniagaan mereka akan meningkatkan lagi prestasi keuntungan perniagaan berhubung dengan penggunaan harta. Menurut Murphy et al. (1996), petunjuk pulangan harta adalah berkaitan dengan kecekapan PKS menguruskan harta yang menyumbang kepada keuntungan perniagaan. Memandangkan PKS Bumiputera masih dalam proses pemulihan akibat kemelesetan ekonomi di akhir tahun 90an (RMK8, 2001) sikap inovatif berhubung dengan pulangan harta adalah penting untuk memastikan kecekapan perniagaan melalui penggunaan harta.

(14)

hubungan yang diterangkan oleh pekali beta yang tidak signifikan dan negatif antara sikap inovatif dengan prestasi subjektif.

Sikap inovatif di kalangan PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan secara negatif membuktikan pihak pemilik dan pengurus masih kurang mementingkan inovasi berhubung dengan pulangan jualan. Fenomena ini juga bermakna pemilik dan kakitangan PKS Bumiputera gagal berperanan dengan sikap inovatif dalam jualan seperti yang telah dicapai oleh PKS yang berjaya.

Hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal tidak dapat dibuktikan dalam kajian ini. Keadaan ini adalah berkaitan dengan struktur modal yang sentiasa tersedia dan mencukupi untuk PKS di Malaysia. RMK8 (Malaysia, 2001) melaporkan bahawa peruntukan untuk pembangunan PKS di Malaysia adalah melebihi RM1 billion setiap tahun disediakan dalam bentuk modal perniagaan, kos pemulihan dan infrastruktur.

6.2.5 Hubungan sikap proaktif dengan prestasi PKS Bumiputera

(15)

mendahului dalam memperkenalkan produk baru dan sentiasa memburu peluang di luar bidangnya. Dimensi ini selaras dengan penemuan oleh Miller (1983), Lumpkin dan Dess (2001) dan yang dicadangkan oleh Lumpkin dan Dess (1996). Item dalam sikap proaktif juga didapati selaras dengan item yang terbentuk dalam ENTRESCALE oleh Knight (1997) dan Kreiser et al. (2002c). Hubungan antara sikap proaktif dengan prestasi firma ditemui oleh kajian ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif dengan pulangan jualan. Penemuan ini selaras dengan penemuan oleh Lumpkin dan Dess (2001) dan Loos dan Coulthard (2005). Tetapi dalam hubungannya dengan pulangan harta dan pulangan modal menunjukkan pekali beta yang tidak signifikan.

(16)

Hubungan langsung antara sikap proaktif dengan pulangan harta dan pulangan modal tidak dapat dibuktikan dalam kajian ini. Penemuan ini berkaitan dengan keadaan PKS Bumiputera yang masih dalam proses membangunkan semula kekuatannya akibat kemelesetan ekonomi yang dialami sejak akhir tahun 90an, keadaan ini memerlukan PKS Bumiputera memberikan tumpuan khusus kepada strategi yang lebih proaktif untuk meningkatkan kecekapan jualan melebihi kecekapan untuk pulangan modal dan harta.

Oleh sebab itu, corak hubungan penemuan kajian ini bersamaan hanya pada sebahagian dari penemuan dalam kajian Kreiser et al. (2002a) yang menemui hubungan yang signifikan dan positif terjalin antara proaktif dengan tahap jualan, pertumbuhan jualan dan untung kasar. Begitu juga dengan penemuan oleh Lumpkin dan Dess (2001) yang menemui hubungan yang signifikan dan positif antara proaktif dengan pertumbuhan jualan, pulangan jualan dan tahap keuntungan. Manakala Loos dan Coulthard (2005) menemui hubungan yang signifikan dan positif di antara sikap proaktif dengan prestasi kewangan.

6.2.6 Hubungan mengambil risiko dengan prestasi PKS Bumiputera

(17)

pelaburan untuk teknologi yang belum pernah digunakan oleh perniagaan lain. Penemuan ini selaras dengan cadangan oleh Lumpkin dan Dess (1996) dan sebahagiannya bertepatan dengan penemuan oleh Loos dan Coulthard (2005) dan Kreiser et al. (2002a).

Mengambil risiko menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pulangan harta dan pulangan modal tetapi tidak seperti yang dijangka kerana hubungan ini bertentangan dengan hipotesis, manakala hubungannya dengan pulangan jualan pula menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dan positif. Namun demikian, kajian ini tidak bertujuan memberi pengesahan tentang dakwaan oleh Begley dan Boyd (1987) dan Kreiser et al. (2002a) bahawa hubungan menanggung risiko dengan prestasi kewangan adalah dalam bentuk lengkung linear walaupun penemuan kajian ini menunjukkan pekali beta negatif. Tambahan lagi, andaian tentang data yang lengkung linear telah diambil kira di peringkat pemeriksaan data yang telah mengesahkan bahawa hubungan semua pemboleh ubah adalah linear dan andaian lengkung linear ditolak.

(18)

perlu untuk mengambil risiko yang terlalu tinggi untuk tujuan menjana dan membangunkan modalnya. Ini adalah berdasarkan peruntukan modal niaga untuk PKS Bumiputera di Malaysia sentiasa wujud dan mudah diperolehi dari pihak kerajaan dan swasta (Malaysia, 2001).

Hubungan sikap mengambil risiko PKS Bumiputera dengan pulangan jualan dan pulangan harta tidak dapat dibuktikan dalam kajian ini. Penemuan ini menunjukkan bahawa PKS Bumiputera tidak begitu mementingkan penggunaan strategi mengambil risiko berbanding dengan strategi keusahawanan yang lain seperti proaktif dan inovatif untuk meningkatkan kecekapan dalam jualan dan harta.

Penemuan ini juga selaras dengan penemuan dalam kajian Loos dan Coulthard (2005) yang mendapati sikap mengambil risiko berhubung secara negatif dengan prestasi kewangan di kalangan firma dalam industri automotif di Australia. Lindsay (2003) menemui sikap mengambil risiko berhubung secara negatif dengan prestasi subjektif. Kreiser et al. (2002a) menemui sikap mengambil risiko berhubung secara negatif dengan tahap jualan dan pertumbuhan jualan.

(19)

mengambil risiko berhubung secara negatif dengan prestasi dan sikap daya saing agresif tidak dapat dibuktikan di kalangan PKS Bumiputera. Namun demikian tiga dimensi orientasi keusahawanan tersebut berupaya meningkatkan prestasi yang berlainan. Sikap autonomi berperanan untuk meningkatkan pulangan modal. Sikap inovatif disahkan berperanan untuk meningkatkan pulangan harta. Manakala sikap proaktif berperanan untuk meningkatkan pulangan jualan.

6.2.7 Kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

Untuk soalan kajian yang kedua iaitu, bagaimanakah persekitaran yang ditanggap mempengaruhi hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera? Pendekatan yang digunakan untuk menerangkan persoalan ini ialah dengan merujuk kepada cadangan oleh Cohen et al. (2003). Kesan interaksi pemboleh ubah penyederhana mempengaruhi kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar (Baron dan Kenny, 1986).

(20)

6.2.7.1 Kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

Sikap autonomi PKS Bumiputera berhubung secara langsung dengan pulangan modal. Hubungan ini diperkuatkan lagi oleh kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal (rujuk Jadual 6.3 dalam Lampiran D2). Persekitaran membantu dalam konteks sikap autonomi dengan pulangan modal berperanan sebagai penyederhana tulen (rujuk Jadual 6.2 dalam Lampiran D1). Ini juga bermakna dalam persekitaran membantu yang tinggi sikap autonomi PKS Bumiputera yang tinggi akan meningkatkan pulangan modal.

Persekitaran membantu adalah persekitaran yang menyokong pembangunan PKS melalui peruntukan pembiayaan modal niaga dan infrastruktur oleh pihak kerajaan dan swasta. Di Malaysia, PKS Bumiputera merupakan entiti penting yang diperuntukkan dengan kemudahan pembiayaan dan pembangunan sehingga RM1 billion setiap tahun semenjak tahun 2000 hingga 2005 (Malaysia, 2001). Justeru itu persekitaran membantu yang tinggi di Malaysia telah mempengaruhi PKS Bumiputera dengan sikap autonomi yang tinggi dan menyumbang kepada kecekapan yang tinggi dalam pengurusan modalnya.

(21)

persekitaran membantu yang tinggi sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah dan sikap inovatif berhubung dengan pulangan jualan yang rendah. Manakala persekitaran membantu yang rendah menunjukkan interaksi ke atas hubungan sikap proaktif yang tinggi dengan pulangan harta yang semakin tinggi dan sikap inovatif yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi. Ini bermakna persekitaran membantu yang rendah menggalakkan PKS Bumiputera untuk bersikap lebih proaktif dan inovatif untuk meningkatkan pulangan harta dan pulangan jualan.

Manakala pengaruh persekitaran membantu ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan jualan dan jualan harta; sikap inovatif dengan pulangan harta dan pulangan modal; sikap proaktif dengan pulangan jualan dan pulangan modal; sikap mengambil risiko dengan semua prestasi adalah tidak signifikan. Kajian ini tidak dapat membuktikan kesan interaksi persekitaran membantu sebagai penyederhana yang boleh mengubah hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi.

6.2.7.2 Kesan interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

(22)

dalam Lampiran D2). Penemuan membuktikan kesan interaksi dengan pekali beta dan pemeriksaan post-hoc yang positif. Persekitaran bergolak yang memberi kesan interaksi dalam hubungan ini adalah jenis penyederhana tulen (rujuk Jadual 6.2 dalam Lampiran D2). Dalam konteks ini persekitaran bergolak berperanan mengubah bentuk hubungan langsung antara sikap inovatif dengan pulangan modal: Begitu juga sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan dan pulangan harta. Ini bermakna persekitaran bergolak yang tinggi berperanan penting untuk PKS Bumiputera mengamalkan sikap inovatif yang tinggi untuk meningkatkan pulangan modal. Begitu juga sikap mengambil risiko yang tinggi boleh meningkatkan pulangan jualan dan pulangan harta dalam persekitaran bergolak.

Penemuan ini selaras dengan kajian Kreiser et al. (2002a) yang menemui kesan interaksi persekitaran dinamik yang signifikan ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pertumbuhan jualan, begitu juga sikap inovatif dengan tahap jualan, pertumbuhan jualan dan tahap keuntungan.

(23)

merumuskan persekitaran dinamik adalah penting untuk beberapa jenis strategi yang dicadangkan oleh Miles dan Snow (1980) di kalangan firma dalam industri pembuatan di Malaysia.

Persekitaran bergolak tinggi menunjukkan kesan interaksi dengan pekali beta yang signifikan dan positif terhadap hubungan antara sikap autonomi dan sikap inovatif dengan pulangan modal. Tetapi pemeriksaan post-hoc menunjukkan kesan interaksi persekitaran bergolak yang tinggi mempengaruhi sikap autonomi dan inovatif yang tinggi dengan pulangan modal yang rendah. Keadaan yang sama ditemui dalam persekitaran bergolak yang tinggi menunjukkan kesan interaksi dengan pekali beta yang signifikan dan negatif ke atas sikap proaktif dengan pulangan harta dan pulangan modal. Tetapi pemeriksaan post-hoc menunjukkan kesan interaksi yang negatif juga.

Manakala persekitaran bergolak yang tinggi menunjukkan kesan interaksi yang tidak signifikan ke atas hubungan sikap autonomi dan sikap inovatif dengan pulangan jualan dan pulangan harta. Persekitaran bergolak juga menunjukkan interaksi yang tidak signifikan ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan dan sikap mengambil risiko dengan pulangan modal. Ini bermakna kesan interaksi persekitaran bergolak yang tinggi dalam kajian ini tidak dapat dibuktikan ke atas hubungan tersebut.

(24)

6.2.7.3 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

Persekitaran persaingan yang ditanggap oleh PKS Bumiputera di Malaysia diterangkan oleh tiga item iaitu persaingan dalam kualiti produk, persaingan dalam keunikan produk dan persaingan dalam penetapan harga. Kajian ini menemui kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan di antara sikap autonomi dan sikap proaktif dengan pulangan jualan serta sikap mengambil risiko dengan pulangan harta.

Analisis regresi menunjukkan pekali beta terma interaksi persekitaran persaingan yang signifikan dan positif ke atas hubungan di antara sikap autonomi dan proaktif dengan pulangan jualan. Pemeriksaan post-hoc menjelaskan lagi hubungan ini bahawa persekitaran persaingan yang tinggi berinteraksi ke atas sikap autonomi dan proaktif berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Walaupun pekali beta terma interaksi persekitaran persaingan yang signifikan dan negatif ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta; tetapi pemeriksaan post-hoc menghasilkan sikap mengambil risiko yang tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi (rujuk Jadual 6.3 dalam Lampiran D2).

(25)

persaingan yang mempengaruhi hubungan di antara sikap autonomi dan proaktif dengan pulangan jualan adalah penyederhana quasi. Manakala persaingan yang mempengaruhi hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta adalah penyederhana tulen. Dakwaan Sharma et al. (1981) bahawa pengaruh penyederhana quasi dan tulen berperanan mengubah bentuk hubungan tersebut adalah berasas.

Penemuan ini menjelaskan bahawa persekitaran persaingan yang tinggi sebagaimana yang ditanggap oleh PKS Bumiputera adalah sesuai untuk meningkatkan pulangan jualan dengan mengamalkan sikap autonomi dan proaktif yang tinggi manakala untuk meningkatkan pulangan harta sikap mengambil risiko yang tinggi adalah paling sesuai.

(26)

hubungan sikap inovatif yang tinggi yang menerangkan pulangan jualan yang semakin tinggi dalam persekitaran persaingan yang rendah.

Kesan interaksi persekitaran persaingan menunjukkan pekali beta yang tidak signifikan ditemui dalam hubungan antara sikap inovatif dengan pulangan harta dan sikap proaktif dengan pulangan harta dan pulangan modal. PKS Bumiputera gagal membuktikan sikap inovatifnya berhubung dengan pulangan harta begitu juga dengan sikap proaktifnya dengan pulangan harta dan pulangan modal dalam persekitaran persaingan.

6.2.7.4 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

(27)

sikap mengambil risiko yang tinggi menerangkan pulangan jualan yang semakin tinggi (rujuk Jadual 6.3 dalam Lampiran D2).

Kedinamikan pasaran adalah merupakan penyederhana quasi yang didapati mengubah bentuk hubungan langsung di antara sikap inovatif dengan pulangan harta dan pulangan modal. Begitu juga dengan hubungan langsung sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan (rujuk Jadual 6.2 dalam Lampiran D1).

Persekitaran yang kedinamikan pasarannya tinggi adalah sesuai untuk mengamalkan sikap inovatif yang tinggi untuk menyumbang kepada peningkatan kecekapan dalam pengurusan harta dan modal di kalangan PKS Bumiputera. Begitu juga dengan sikap mengambil risiko yang tinggi yang menyumbang kepada kecekapan yang meningkatkan keuntungan melalui jualan di kalangan PKS Bumiputera.

(28)

yang tinggi dengan pulangan harta dan pulangan modal yang semakin tinggi. Begitu juga dengan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan peningkatan ketiga-tiga prestasi.

Empat pekali beta terma interaksi kedinamikan pasaran yang menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Kedinamikan pasaran menunjukkan interaksi yang tidak signifikan ke atas hubungan sikap autonomi dan sikap inovatif dengan pulangan jualan dan hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta dan pulangan modal. Kajian ini gagal membuktikan hubungan di antara sikap autonomi dan inovatif PKS Bumiputera dengan pulangan jualan dan sikap mengambil risiko PKS Bumiputera dengan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran. Keadaan ini menunjukkan PKS Bumiputera menganggap kedinamikan pasaran sebagai persekitaran yang tidak begitu bermanfaat untuk menjalin hubungan tersebut.

6.2.7.5 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera

(29)

Penemuan kajian mendapati hanya satu kesan interaksi yang signifikan dan selaras dengan hipotesis kajian selepas pemeriksaan post-hoc dilakukan. Persekitaran terbatas menunjukkan pekali beta kesan interaksi yang signifikan serta berhubung secara positif ke atas hubungan antara sikap proaktif dengan pulangan jualan dan pulangan modal. Pemeriksaan post-hoc mengesahkan bahawa dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan dan pulangan modal yang semakin tinggi (rujuk Jadual 6.3 dalam Lampiran D1). PKS Bumiputera mampu meningkatkan kecekapan dalam jualan dan penggunaan modalnya apabila mengamalkan sikap proaktif yang tinggi dalam persekitaran yang terbatas. Penemuan ini selaras dengan penemuan Lumpkin dan Dess (2001) yang mendapati kesan interaksi persekitaran bermusuhan yang bermakna ke atas hubungan antara sikap proaktif dengan keuntungan firma.

Persekitaran terbatas merupakan penyederhana tulen yang berperanan mengubah bentuk hubungan langsung di antara sikap proaktif dengan pulangan jualan dan pulangan modal (rujuk Jadual 6.2 dalam Lampiran D2).

(30)

hubungan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah, tetapi dalam persekitaran terbatas yang rendah sikap proaktif yang tinggi di kalangan PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi.

Kesan interaksi persekitaran terbatas yang signifikan dan negatif berlaku ke atas hubungan antara sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko dengan pulangan modal. Pemeriksaan post-hoc mengesahkan bahawa dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko yang tinggi berkaitan dengan pulangan modal yang semakin rendah. Namun demikian, dalam persekitaran terbatas yang rendah sikap autonomi dan inovatif yang tinggi di kalangan PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Hanya sikap mengambil risiko yang tinggi di kalangan PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah sama seperti yang berlaku dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

(31)

yang dianggap kurang penting berbanding dengan pengaruh lain dalam persekitaran untuk membantu meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

6.2.8 Hubungan Pemboleh ubah Kawalan

Pemboleh ubah kawalan perniagaan milik tunggal dan syarikat sendirian berhad menunjukkan hubungan yang positif dengan prestasi pulangan jualan dalam langkah 1 analisis regresi dalam Jadual 4.14. Penemuan ini menunjukkan perniagaan milik tunggal dan syarikat sendirian berhad mempengaruhi prestasi PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan. Ini bermakna perniagaan milik tunggal dan syarikat sendirian berhad adalah entiti yang lebih penting berbanding dengan perniagaan perkongsian. Justeru itu, peningkatan dalam pulangan jualan PKS Bumiputera diterangkan juga oleh status pendaftaran perniagaan.

Manakala dalam langkah 1 analisis regresi dalam Jadual 4.15 pemboleh ubah kawalan saiz firma didapati berhubung secara positif dengan pulangan harta. Ini bermakna saiz PKS Bumiputera yang lebih kecil iaitu dengan bilangan pekerja kurang dari 50 orang memberikan impak yang penting dalam menerangkan kecekapan PKS Bumiputera menguruskan hartanya.

(32)

firma ke atas hubungan dalam prestasi firma ternyata selaras dengan kajian terhadap PKS Bumiputera di Malaysia.

6.3 Implikasi Penemuan Kajian

Implikasi penemuan kajian dibincangkan dari konteks teori dan pengurusan berdasarkan penemuan yang dihasilkan oleh kajian ini. Implikasi berdasarkan teori dibincangkan selaras dengan teori pandangan asas sumber (PAS) dan teori kontingensi. Implikasi teori juga dibincangkan berdasarkan pengukuran pemboleh ubah dan hubungan antara pemboleh ubah. Manakala implikasi pengurusan mencadangkan beberapa tindakan pembaikan perlu diambil oleh pihak pengurusan PKS Bumiputera sendiri, begitu juga pembuat dasar dan pihak yang menyediakan kemudahan untuk membangunkan PKS Bumiputera.

6.3.1 Implikasi Teoretikal

(33)

dari penemuan kajian ini. Penemuan kajian ini memantapkan semula penemuan yang lepas serta menyumbang sebagai penemuan baru ke dalam bidang ilmu keusahawanan dan pengurusan strategi dari konteks PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Hubungan penemuan kajian dengan aspek teori dibincangkan berdasarkan hubungannya dengan teori, pengukuran pemboleh ubah, dan hubungan di antara pemboleh ubah.

6.3.1.1 Hubungan orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap berdasarkan teori pandangan asas sumber (PAS)

Kajian ini diperkuatkan oleh teori pandangan asas sumber (PAS) yang mengaitkan orientasi keusahawanan sebagai keupayaan tidak ketara yang boleh meningkatkan prestasi firma. Alvarev dan Barney (2000) mengaitkan keupayaan firma yang diketengahkan oleh Barney (1991) sebagai keupayaan keusahawanan. Keupayaan keusahawanan ini didefinisikan sebagai hasil gabungan sumber yang mengandungi semua ciri-ciri seperti unik, sukar ditiru, bernilai dan nadir (Alvarez dan Barney, 2000).

(34)

adalah seperti sikap tangkas, kreatif, pintar, pembuatan keputusan yang fleksibel dan berwawasan. Oleh itu, keupayaan PKS Bumiputera diterangkan oleh orientasi keusahawanan di mana sikap autonomi, inovatif, proaktif dan mengambil risiko adalah tergolong sebagai keupayaan tidak ketara. Keupayaan tidak ketara adalah tergolong sebagai gagasan sumber yang wujud dalam sesebuah firma hasil dari gabungan baru mengikut teori inovasi Schumpeter (1934).

Menurut Barney (1992), gabungan sumber dalaman firma membentuk keupayaan. Justeru itu, keupayaan keusahawanan adalah gabungan semua ciri-ciri bernilai, nadir, sukar ditiru dan unik menjadikan firma lebih berdaya saing untuk mencipta kelebihan persaingan mengatasi firma lain (Alvarez dan Barney, 2000). Keupayaan firma adalah tersembunyi ataupun dikategorikan sebagai harta tidak nyata (Itami dan Roehl, 1995). Walaupun keupayaan selalu diabaikan oleh firma tetapi peranannya kekal dan bertahan sebagai satu-satunya punca kepada kelebihan persaingan (Itami dan Roehl, 1995).

(35)

firma juga merupakan sumber tidak nyata serta menyumbang ke dalam pembentukan keupayaan dan ketrampilan firma. Justeru itu tindakan firma secara berautonomi, inovatif, proaktif, dan mengambil risiko merupakan sebahagian dari keupayaan tersebut (Barney, 1992).

PAS juga berkaitan dengan pembelajaran dalam organisasi sebagai sumber dalam organisasi menurut dakwaan Hitt et al. (1999) dan Campbell dan Luchs (1997). Sehubungan dengan itu, tidak semua bentuk sumber samada nyata atau tidak nyata dapat menjangka prestasi firma secara positif (Durand, 1999). Sumber dalam firma membentuk keupayaan yang diterjemahkan dalam bentuk kompetensi atau ketrampilan, kompetensi boleh berubah menjadi kebekuan atau rigidity apabila strategi firma sudah tidak berfungsi atau sudah di atasi oleh firma lain (Miranda dan Junior, 1999). Kebekuan dalam firma akan mengurangkan sikap inovatif dan akan menjejaskan prestasi firma sebagaimana yang dicatatkan oleh Miranda dan Junior (1999, ms. 21),

... core rigidities inhibit innovation and “are activated when companies fall prey to insularity or overshoot an optimal level of best practices” (Leonard-Barton, 1995, ms. 55).

(36)

mengambil risiko dengan pulangan modal. PKS Bumiputera perlu memastikan sikap inovatif dan sikap mengambil risiko mereka supaya setanding dengan tindakan pesaing. Kebekuan dalam sikap inovatif adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi baru dalam mengeluar dan memasarkan produk atau perkhidmatan manakala sikap mengambil risiko adalah berhubung dengan kaedah baru menggunakan instrumen dalam pasaran kewangan dan pelaburan.

Sehubungan dengan itu, persekitaran memainkan penting tertentu untuk dipertimbangkan oleh PKS Bumiputera di mana daya saing tidak boleh dicipta dengan hanya mengambil kira persekitaran yang tinggi peluangnya serta rendah ancamannya. Malah menurut Barney (1992), untuk membina daya saing yang berdaya tahan tertakluk kepada keunikan sumber dan keupayaan firma membawa masuk membantu, kedinamikan dan persaingan ke dalam persekitarannya. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa peranan firma ialah untuk memastikan kekuatan keupayaannya setanding dengan pesaingnya untuk mengatasi persekitaran yang dihadapinya (Bettis dan Prahalad, 1995; Teece et al., 1997).

(37)

bersesuaian dengan persekitaran. Oleh sebab itu, keputusan yang dibuat adalah berpunca daripada sumber dalaman firma dalam bentuk pengetahuan baru, pembelajaran semula dan mengenepikan pengetahuan yang sudah tidak relevan lagi (Bettis dan Prahalad, 1995).

(38)

Oleh sebab itu, hubungan langsung di antara sikap autonomi dengan pulangan modal masih kekal dalam persekitaran membantu yang tinggi. Sebaliknya hubungan langsung di antara sikap autonomi dengan pulangan jualan adalah negatif, tetapi dalam persekitaran persaingan yang tinggi, hubungan di antara sikap autonomi dengan pulangan jualan adalah lebih bermakna.

Hubungan langsung di antara sikap inovatif dengan pulangan harta juga masih terjalin dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Hubungan langsung di antara sikap inovatif dengan pulangan modal tidak dapat dibuktikan, tetapi persekitaran bergolak dan kedinamikan pasaran yang tinggi telah mengubah hubungan di antara sikap inovatif dengan pulangan modal menjadi lebih bermakna dan positif.

Sikap proaktif berhubung secara langsung dengan pulangan jualan juga masih kekal terjalin dalam persekitaran persaingan dan persekitaran terbatas yang tinggi. Namun demikian, hubungan langsung di antara sikap proaktif dengan pulangan modal tidak dapat dibuktikan tetapi hubungan tersebut lebih bermakna dan positif dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

(39)

pulangan jualan lebih bermakna dan positif. Begitu juga dalam persekitaran bergolak dan persaingan yang tinggi, hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pulangan harta lebih bermakna dan positif.

Daripada konteks persekitaran yang ditanggap, orientasi keusahawanan berperanan meningkatkan prestasi PKS Bumiputera seperti berikut: Persekitaran membantu menuntut lebih sikap autonomi untuk meningkatkan kecekapan modal PKS Bumiputera, manakala persekitaran bergolak memerlukan sikap inovatif untuk peningkatan dalam pulangan modal PKS Bumiputera, manakala sikap mengambil risiko sesuai untuk menjana pulangan jualan dan pulangan harta yang lebih tinggi. Seterusnya, persekitaran persaingan sesuai untuk PKS Bumiputera yang lebih bersikap autonomi dan proaktif untuk menjana pulangan jualan yang lebih tinggi, manakala sikap mengambil risiko meningkatkan kecekapan menguruskan harta. Kedinamikan pasaran cenderung menyemarakkan PKS Bumiputera dengan sikap inovatif berhubung dengan pulangan harta dan pulangan modal yang tinggi, manakala sikap mengambil risiko berkait dengan pulangan jualan yang tinggi. Akhir sekali, persekitaran terbatas bersesuaian untuk PKS Bumiputera untuk bersikap proaktif yang menerangkan pulangan jualan yang pulangan modal yang semakin meningkat.

(40)

6.3.1.2 Pengukuran Pemboleh ubah

Kajian ini mengukur lima dimensi orientasi keusahawanan yang disarankan oleh Lumpkin dan Dess (1996) dan Dess et al. (2005). Empat dimensi didapati berjaya dibentuk secara signifikan dan berbeza jelas antara satu sama lain. Penemuan melibatkan satu dimensi belum terbukti dan tiga dimensi tersedia. Kajian ini mendapati autonomi firma sebagai salah satu daripada dimensi orientasi keusahawanan yang belum dapat dibuktikan (Loos dan Coulthard, 2005), manakala sikap inovatif, proaktif dan mengambil risiko adalah selaras dengan penemuan oleh Kreiser et al. (2002a) dan Miller (1983).

Penemuan dimensi orientasi keusahawanan menyumbang kepada pembentukan konstruk ENTRESCALE yang diketengahkan oleh Knight (1997) dan dimensi orientasi keusahawanan dalam kajian Kreiser et al. (2002c) di mana dimensi autonomi kini tergolong sebagai salah satu dimensi orientasi keusahawanan firma seiringan dengan sikap inovatif dan proaktif.

(41)

manusia, sumber fizikal dan pembangunan sumber manusia membentuk persekitaran membantu. Persekitaran dinamik membentuk persekitaran bergolak dan kedinamikan pasaran, manakala persekitaran bermusuhan membentuk persekitaran persaingan dan persekitaran terbatas.

Pemboleh ubah bersandar kajian ini adalah menggunakan data objektif. Walaupun data subjektif lebih mudah untuk diperolehi tetapi impak yang lebih bermakna dan berkesan dapat dihasilkan jika kajian menggunakan data objektif (Dess et al., 1997; Murphy et al., 1996). Pulangan jualan dijadikan suatu pengukuran untuk mengesan kecekapan jualan purata PKS Bumiputera berbanding untung bersih, begitu juga dengan pulangan harta yang mengukur kecekapan penggembelengan harta PKS Bumiputera berasaskan untung bersih, manakala pulangan modal mengukur kecekapan pelaburan modal dan ekuiti berbanding untung bersih (Dess et al., 2005; Higgins, 1989).

6.3.1.3 Hubungan antara Pemboleh ubah

(42)

modal, manakala hubungan dengan pulangan jualan adalah negatif dan tidak dapat dibuktikan dalam hubungannya dengan pulangan harta (Hitt et al., 2003; Lumpkin dan Dess, 1996). Manakala sikap inovatif berhubung secara positif dengan pulangan harta tetapi berhubung secara negatif dengan pulangan jualan dan tiada bukti kukuh dalam hubungan dengan pulangan harta. Sikap proaktif pula berhubung secara positif dengan pulangan jualan, tetapi tidak dapat dibuktikan dalam hubungan dengan pulangan harta dan pulangan modal.

Begitu juga dengan impak persekitaran ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi. Impak persekitaran yang ditanggap menunjukkan keselarasannya dengan beberapa kajian lepas seperti kajian oleh Lumpkin dan Dess (2001), Kreiser et al. (2002a) dan Zahra dan Bogner (2000). Disamping itu juga, terdapat penemuan terkini dalam interaksi beberapa penyederhana yang dibentuk semula ke atas hubungan antara autonomi dengan prestasi.

6.3.2 Implikasi Pengurusan

(43)

Penemuan kajian ini mencadangkan supaya PKS Bumiputera membina keupayaan dan ketrampilan keusahawanan mereka selaras dengan keperluan untuk membentuk keusahawanan tahap firma. Salah satu daripada orientasi strategik dalam keusahawanan tahap firma ialah orientasi keusahawanan perlu dipraktikkan oleh PKS Bumiputera secepat mungkin. PKS Bumiputera juga perlu bertindak bijak mengambil kira pengaruh persekitaran yang boleh mempengaruhi prestasi firma mereka. Orientasi keusahawanan adalah aset tidak ketara ataupun gabungan dari asas sumber dalam firma yang tersirat dalam tindakan keusahawanan PKS Bumiputera seperti bersikap dengan autonomi, inovatif, proaktif, mengambil risiko dan daya saing.

(44)

Sehubungan dengan itu, sikap orientasi keusahawanan firma lebih mudah terbentuk dalam sebuah firma yang lebih tersusun dan dilindungi oleh undang-undang dan akta tersendiri seperti perniagaan milik tunggal dan syarikat sendirian berhad (Chen dan Hambrick, 1995). Firma yang dimaksudkan mempunyai kelebihan seperti untuk mendapatkan sumber yang lebih dinamik dan sebagainya. Justeru itu, pemilik dan pengurus PKS Bumiputera dituntut untuk menjadikan firma mereka tertakluk di bawah naungan undang-undang berkenaan.

Saiz firma juga perlu diambil kira oleh PKS Bumiputera untuk memastikan prestasi perniagaan mereka terjamin pada masa hadapan (Dess et al., 1997; Hitt dan Tyler, 1991). Di Malaysia firma bersaiz kecil mempunyai lebih banyak peluang dalam bentuk bantuan kewangan dan kemudahan infrastruktur yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta berbanding firma yang lebih besar (Mohamad, 2000).

(45)

Pembuat dasar ataupun kerajaan hendaklah peka dengan keperluan keusahawanan tahap firma ini untuk memudahkan usahawan melibatkan diri dalam persaingan di pasaran global dengan lebih berkesan dan cekap. Penggubalan dasar keusahawanan negara dan perlaksanaannya hendaklah selaras dengan dimensi orientasi keusahawanan. Sehubungan dengan itu, pembinaan persekitaran juga hendaklah bersesuaian dengan strategi ini. Dasar kerajaan juga perlu menjana suatu mekanisma untuk membantu PKS Bumiputera dengan kecekapan mengenal pasti persekitaran yang boleh membantu mereka ataupun persekitaran yang mengancam pembangunan dan prestasi perniagaan mereka.

(46)

orientasi keusahawanan di Malaysia secara sistematik. Disamping itu, usaha penyelidikan dan penerbitan buku teks perlu ditingkatkan untuk tujuan yang sama.

Usaha lain yang berkaitan yang boleh diambil kira oleh pihak berwajib ialah dengan menyediakan peruntukan untuk membangunkan konstruk orientasi keusahawanan yang komprehensif dan berpiawai supaya instrumen ini dapat dijadikan harta intelek Malaysia. Usaha seumpama ini pernah dilakukan oleh McBer dan McClelland (1986) yang membangunkan konstruk kompetensi keusahawanan yang telah menjadi rujukan meluas di Malaysia untuk mengukur tahap kompetensi keusahawanan individu (MEDEC, 2003).

6.4 Batasan Kajian

Batasan kajian ini di bahagikan kepada lima, pertamanya, kajian ini terbatas kepada penggunaan data yang diwakili oleh PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sahaja. Oleh itu penemuan kajian hanya menggunakan sampel yang terhad yang mungkin tidak dapat mewakili pandangan semua PKS di Malaysia.

(47)

atau PKS Bumiputera kawasan lain di Malaysia. Penyelidikan lanjutan perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini.

Ketiga, Pemboleh ubah bersandar kajian ini menggunakan data kewangan dari PKS Bumiputera tanpa mengambil kira aspek lain yang juga boleh mengukur tahap prestasi PKS. Penemuan kajian ini berkemungkinan tidak memberi gambaran menyeluruh tentang pengukuran prestasi PKS Bumiputera. Oleh itu pemboleh ubah bersandar yang lebih komprehensif seperti balanced scorecard yang memuatkan pelbagai dimensi prestasi untuk menerangkan prestasi digunakan dalam kajian akan datang.

Keempat, pemboleh ubah orientasi keusahawanan hanya menggunakan lima dimensi. Lima dimensi ini masih tidak dapat mengukur keseluruhan orientasi keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera. Oleh itu pemboleh ubah lain yang selaras dengan konsep orientasi keusahawanan serta sejajar dengan budaya keusahawanan di Malaysia perlu digunakan dalam kajian akan datang.

(48)

yang lain sejajar dengan persekitaran perniagaan di Malaysia dicadangkan untuk dikaji di masa akan datang.

6.5 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Kajian ini tidak dapat mengambil kira semua isu, oleh itu kajian masa hadapan hendaklah mengambil kira beberapa isu seperti persampelan dan pemboleh ubah.

Persampelan hendaklah merangkumi PKS di seluruh negara tanpa mengira kaum sebagai sebahagian dari sampel untuk dipilih. Persampelan juga dicadangkan dilakukan secara sektoral iaitu dengan membahagikan PKS kepada sektor tertentu seperti pertanian atau agro-based, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, teknologi atau technopreneur dan sebagainya.

Kajian masa hadapan juga perlu mengambil kira kepelbagaian menggunakan pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Pemboleh ubah bersandar selain dari prestasi kewangan seperti sewa keusahawanan dan pencapaian kualitatif seperti yang termuat dalam balanced scorecard, ISO indicators dan six sigma dicadangkan untuk kajian masa hadapan (Murphy et al., 1996).

(49)

kajian. Anteseden seperti faktor demografik, budaya, dan tahap kehendak terhadap pencapaian boleh dikaji hubungannya dalam kerangka kajian (Covin dan Slevin, 1991). Begitu juga, pemboleh ubah utama melibatkan pemboleh ubah seperti kompetensi keusahawanan, keupayaan dinamik, pengetahuan dan keupayaan distingtif.

Cadangan dalam kajian masa depan juga perlu untuk mengambil kira pemboleh ubah pencelah ialah seperti tindakan pantas, kelenturan strategik, acumen perniagaan, dan budaya niaga Malaysia perlu dikaji keberkesanannya berhubung dengan orientasi keusahawanan. Akhir sekali, pemboleh ubah penyederhana seperti jenis strategi, teknologi dan faktor organisasi dicadangkan supaya diuji pengaruhnya ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi (Lumpkin dan Dess, 1996).

6.6 Kesimpulan

(50)

orientasi keusahawanan yang terdiri daripada sikap autonomi, inovatif dan proaktif. Ketiga-tiga orientasi keusahawanan tersebut adalah penting untuk meningkatkan prestasi mereka.

Soalan dan objektif kajian kedua juga dijawab berasaskan impak persekitaran yang ditanggap yang bererti ke atas hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi. Kelima-lima dimensi persekitaran yang ditanggap memberikan impak yang signifikan ke atas hubungan empat dimensi orientasi keusahawanan dengan tiga prestasi PKS Bumiputera. Oleh itu, bagaimana persekitaran yang ditanggap mempengaruhi hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi adalah berkaitan dengan peranan persekitaran sebagaimana yang ditanggap oleh PKS Bumiputera memantapkan hubungan yang lebih produktif antara orientasi keusahawanan dengan prestasi.

(51)

kedinamikan lanskap persaingan baru daripada konteks strategi keusahawanan dan persekitaran (Hitt et al., 2000; Dess et al., 2005).

Kajian ini menghasilkan konsep bahawa sikap berautonomi, berinovatif dan proaktif PKS Bumiputera dapat mempengaruhi prestasi secara langsung dan faktor persekitaran yang ditanggap mempengaruhi hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi berasaskan teori pandangan asas sumber dan teori kontingensi. Orientasi keusahawanan adalah keupayaan atau ketrampilan firma dalam bentuk gabungan sumber dalaman yang tidak ketara. Setiap dimensi orientasi keusahawanan adalah tergolong sebagai penentu tidak ketara yang bernilai, sukar untuk ditiru dan dinamik.

Kerangka penyelidikan ini menyumbang ke dalam pengajian keusahawanan dan pengurusan strategi korporat apabila pendekatan pengurusan strategi digunakan untuk mengesan orientasi keusahawanan selaku strategi penting dalam firma (Meyer dan Heppard, 2000). Kajian menjawab persoalan hubungan langsung antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dan hubungan tidak langsung pengaruh persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi.

(52)

dimensi asal persekitaran yang ditanggap bertambah dua dimensi hasil dari keputusan analisis faktor. Rasional perubahan ini diambil kira berdasarkan falsafah sains berhubung dengan pemalsuan yang diutarakan oleh Popper (1972).

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian didasarkan atas data yang diperoleh dari wisatawan yaitu data motivasi wisatawan berkunjung ke Objek Wisata ini diantaranya untuk relaksasi, olahraga,

Peran KIMBis Kota Tegal dalam pengembangan ekonomi masyarakat tersebut, yaitu (1) Sebagai sarana untuk menumbuhkan iklim usaha yang kondusif, (2) Sebagai sarana

pengembangan frasa dan kalimat belum dapat memaknai teks secara lengkap, karena dalam teks terdapat makna yang lebih luas yang disebabkan konvensi bahasa kiasan sarana

Adapun yang dikaji dalam penelitian ini hanya diambil dari aspek pengawasan suplemen makanan, dimana suplemen makanan banyak dikonsumsi oleh masyarakat, baik itu dari

GA 2634 under my supervision and the dissertation is suitable for submission for the awar-d*of the degre^'of^Master of Philosophy in

Penelitian yang dilakukan oleh Ratnawati (2016) dalam jurnal mekom vol.3 No.1 dengan judul “Desain Media Pembelajaran Berbasis Link Untuk Meningkatkan Minat Belajar Siswa

Ohjaamo-toiminnan kehittä- miseksi ja Kelan roolin selkeyttämiseksi siinä on oleellista kartoittaa, millaista tietoa ja oh- jausta nuoret tarvitsevat Kelan etuuksiin ja

kumpulan dongeng yang berjudul “ Kinder-und Hausmärchen Brüder Grimm. Teknik analisis data yang dilakukan dalam penelitian ini adalah teknik analisis kualitatif, yaitu: