• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSISI KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN MASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TRANSISI KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN MASA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

TRANSISI KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN MASA KHALIFAH AR RASYIDDIN: SATU ANALISIS DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN

Indra Fauzan1 ([email protected])

Nidzam Sulaiman2([email protected]) Institut Kajian Etnik (KITA, UKM)

ABSTRACT

Kepemimpinan dan kekuasaan merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan, kerana kepemimpinan dan kekuasaan berhubung kait satu dengan yang lain. Dalam politik moden transisi kepemimpinan dan kekuasaan merupakan satu hal yang sangat penting kerana ia menunjukkan ciri sistem politik sesebuah negara, sama ada dalam sistem berdemokrasi, monarki, sosialis dan sebagainya. Islam sebagai sebuah agama dan juga ideologi bagi pengikutnya secara politik tidak memiliki satu pola yang khas dalam peralihan kepemimpinan dan kekuasaan ini merujuk kepada kes di mana setelah Rasulullah SAW wafat baginda tidak memberi sebarang petunjuk siapa pengganti beliau. Sehingga pada masa tersebut umat Islam dipaksa untuk memilih siapa pemimpin pengganti Rasulullah SAW. Terpilihnya Abu Bakar, Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan Ali Ibn Abi Thalib melalui mekanisme pemilihan yang berbeza satu sama lain sama ada ia dipilih melalui musyawarah, dipilih atau ditunjuk secara langsung. Kajian ini akan menerokai bagaimana peralihan kepemimpinan dan kekuasaan dalam masa khalifah ar rasyidin tersebut dan akan dibincang melalui analisa pemilihan dalam sistem politik. Secara keseluruhan artikel ini diharap memberi satu sumbangan pemikiran yang signifikan terhadap konsep kepemimpinan dan kekuasaan dalam politik Islam.

(2)

1. PENGENALAN

Khalifah Rasyidin adalah Khalifah (Pemimpin umat Islam) yang melanjutkan kepemimpinan Rasulullah SAW sebagai pemimpin, penguasa dan juga sebagai ketua negara (pemerintahan) masa itu. Tugas para khalifah ini adalah meneruskan kepemerintahan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga dan mempertahankan Islam sebagai agama dan juga mempertahankan wilayah mereka. Pemimpin berkarisma dan berpengaruh ini amat diperlukan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang luas, ketaatan dan keimanan dan tentu juga darjah yang tinggi sehingga ia disegani kawan dan juga lawan baik dari umat Islam sendiri ataupun juga dari musuh-musuh Islam. Terdapat empat khalifah Rasyidin yang tercatat dalam sejarah Islam iaitu Abu Bakar , Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan Ali Ibn Abu Thallib.

Keempat-empat khalifah tersebut dipilih berasakan pemilihan yang berbeza satu dengan yang lain dan sesuai dengan ijtihad pemimpin masa itu sehingga sistem peralihan kepemimpinan dan kekuasaan yang dijalani berbeza. Apabila merujuk kepada sistem politik yang lain seperti demokrasi misalnya demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka melalui mekanisme pilihan raya tidak kira demokrasi berparlimen atau demokrasi berpresiden, kerana dalam demokrasi, kebebasan dan kedaulatan terletak di tangan rakyat. Ini jelas diterangkan oleh beberapa sarjana seperti Schumpeter (1947), Dahl (1971), Lijphart (1984), Huntington (1991). Terdapat juga sistem monarki yang memilih pemimpin berasaskan keturunan seperti yang dilakukan dalam kerajaan Arab Saudi ataupun negara Monarki Arab yang lain. Kehadiran sistem pemilihan pemimpin yang berbeza ini sebenarnya merupakan hal yang biasa tergantung kepada sistem politik yang dipakai di sesebuah negara sama ada demokarsi, komunisme, monarki

absolute, kesultanan, militer dan lain sebagainya.

Dalam literatur Islam ada dijelaskan bahawa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; jika kamu keluar bermusyafir seramai tiga orang, hendaklah kamu melantik

salah seorang daripada kamu sebagai ketua (Hadis Riwayat Abu Daud, dalam al-Anbari

(3)

transisi kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam, kerana masa sekarang ini pandangan moden dan demokratik melihat kepimpinan monarki sebagai ketinggalan dan tidak demokrasi. Namun apabila melihat kondisi politik global terutamanya dalam masyarakat Islam terdapat juga pandangan yang menilai bahawa sistem monarki dan kesultanan merupakan sistem yang amat sesuai dengan Islam kerana rujukan khusus kepada kepimpinan yang satu, yang boleh cenderung bersifat islamik. Kelihatan empirinya ia dipraktikkan oleh banyak negara negara yang memang majoriti beragama Islam seperti di negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait, Oman, Bahrain dan Arab Emirate. Sedangkan kebanyakan negara demokrasi barat menggunakan sistem demokrasi berparlimen atau demokrasi berpresiden satu sistem yang mendakwa lebih mengutamakan kebebasan dan hak orang ramai. Sebahagian yang lain ada yang masih menggunakan sistem komunis dengan satu parti seperti di China, Korea Utara, Vietnam dan lain–lain.

Persoalannya, adakah terdapat satu sistem pemilihan yang khusus menurut Islam? Apakah sistem monarki mutlak yang berketurunan, lantikan seperti sistem komunis dan pilihanraya seperti demokrasi itu yang bersifat Islamik. Atau apakah Islam tidak memaksa satu sistem yang khas yang perlu dipatuhi oleh mana-mana umat Islam? Perbincangan kertas ini cuba melihat bagaimana transisi kepemimpinan dan kekuasaan masa khalifah ar-rasyidin, sekali gus menjadi rujukan asas bagaimana sebenarnya mekanisme kepemimpinan dan penggantian pada masa dahulu.

2. PEMAHAMAN TENTANG KEPEMIMPINAN DAN KEKUASAAN 2.1. Pengertian Kepemimpinan

(4)

pergantian pemimpinan secara tidak langsung akan merubah gaya dan sistem organisasi tersebut sesuai dengan kepemimpinan yang di jalankan.

Mengikut James A.F. Stoner dalam Umar (1998) kepemimpinan merupakan sebuah proses pengarahan dan pengaruh aktiviti yang berhubung kait dengan tugas daripada ahli kelompok. Kepemimpinan yang efektif adalah kepemimpinan yang bergantung kepada sistem pengurusan yang baik. Northouse (2004) dan Cohen (2010) pula mengatakan bahawa kepemimpinan adalah sebuah proses di mana individu mempengaruhi sekumpulan individu lain yang memiliki tujuan bersama. Sebuah definisi yang baik sekali bahawa secara asas memang pemimpin harus memiliki pengaruh dalam persekitarannya agar dia mampu untuk memberikan perintah dan instruksi kepada orang-orang yang dipimpinnya (Robin dan Judge: 2010, Greenberg 2011). Namun Yukl (2002, 3) dalam Bolden (2004) mengatakan bahawa ‘kebanyakan definisi kepemimpinan mencerminkan andaian yang ia melibatkan sebuah proses sosial yang mana sebuah pengaruh yang dimilik oleh seseorang atau sekumpulan orang atas umat yang lain (atau kumpulan) untuk menstrukturkan aktiviti dan hubungan dalam kumpulan atau organisasi’. Ia melibatkan faktor sosial dan kelihatan di sini peri pentingnya aturan dan norma dipatuhi.

Dalam konteks amnya kepemimpinan adalah sebuah fenomena yang kompleks dan ia menyentuh banyak aspek penting dalam proses organisasi, sosial, budaya dan personal. Bergantung kepada proses pengaruh, di mana orang terinspirasi untuk berusaha ke arah matlamat kumpulan bukan melalui paksaan, tetapi melalui motivasi peribadi. Definisinya kumpulan tersebut adalah harus menerima dan menjadi pilihan sama ada dimaklumkan atau atas kecenderungan peribadi sendiri.

Pemahaman tentang kepemimpinan merupakan pemahaman bagaimana kemampuan diri seorang pemimpin mengendalikan orang lain atau sesebuah kumpulan dalam rangka untuk mewujudkan kepentingan bersama sehingga dalam kepemimpinan diperlukan pelbagai macam cara sehingga matlamat yang ingin dicapai dapat terpenuhi.

2.2.Kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam

(5)

merujuk kepada al–Quran dan Sunnah Nabi, begitu juga perilaku kepemimpinan dan kekuasaan. Sedangkan kepemimpinan tersebut memiliki beberapa istilah antaranya adalah khalifah, imarah, imamah, sultan, al–malik, Amirul Mukminin. Istilah tersebut merujuk kepada pengertian yang hampir sama kerana merujuk kepada pemimpin umat atau ketua negara. Dalam memilih pemimpin ini Islam melihat kepemimpinan sebagai amanah (kepercayaan) yang diberikan oleh orang ramai melalui mekanisme baiah. Baiah ini amat penting dalam kepimpinan Islam kerana ia merupakan legitimasi atau manifestasi penerimaan oleh anggota masyarakat. Tanpa mengira bagaimana ia dipilih sama ada secara lantikan atau pilihan ramai, baiah mesti menyusul sebagai tanda legitimasi.

Meskipun demikian, kepemimpinan dan kekuasaan dalam Islam bukan sekadar kontrak sosial antara pemimpin dengan masyarakat sahaja, tetapi juga bagaimana bentuk pengabdian kepada Allah SWT. Sebab kepemimpinan melahirkan kekuasaan dan autoriti yang gunanya adalah untuk memudahkan dan menjalankan tanggung jawab dalam memberikan khidmat kepada rakyat yang dipimpinnya, semakin tinggi kekuasaan seseorang maka sepatutnya ia semakin dekat dengan rakyatnya dan semakin dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya pemimpin yang semakin jauh dari rakyat maka akan semakin jauh ia dengan Allah SWT, dan dalam pandangan Islam pemimpin seperti ini dilihat sebagai yang zhalim.

Masyarakat wajib melantik pemimpin yang bertanggung jawab menjaga urusan agama dan urusan kehidupan umat Islam, menyekat keganasan musuh, membantu orang yang dizalimi dari kezaliman, meletakkan sesuatu hak pada tempatnya, menjaga keamanan negara, keselamatan rakyat, mencegah elemen kerosakan, kerana rakyat tidak terjamin keselamatan mereka kecuali melalui pemimpin yang mengawal urusan dan kepentingan hidup mereka. Al-Mawardi (2005) dalam tulisannya al-Ahkam al-Sulthaniyah mengatakan bahawa pemimpin itu dilantik untuk menggantikan nabi dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia, dan melantik pemimpin yang bertanggungjawab dalam urusan tersebut merupakan suatu kewajipan yang disepakati ulama.

(6)

kepemimpinan Islam seorang pemimpin haruslah mampu tampil sebagai tauladan dan juga contoh yang baik, adil dan tentunya seorang yang beriman kepada Allah SWT untuk menegakan nilai–nilai illahia yang akan membawa orang-orang yang dipimpinnya kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Tentulah kemaslahatan umat yang utama pemimpin harusah orang yang santun dan mampu melayani rakyatnya dengan baik seperti yang di sampaikan oleh hadits nabi yang bermaksud ‘pemimpin suatu kaum adalah pengabdi (pelayan) umatnya’ (HR. Abu Naim).

Berikut ialah beberapa definisi kepemimpinan dalam terminologi Islam yang sebaiknya dibincang sebelum masuk kepada kes khulafa Rasyidin, antaranya adalah :

pertama, Khalifah atau “Khalif” adalah gelar bagi pemimpin umat Islam setelah wafatnya

Rasulullah SAW (570 – 632) yang mana khalifah merupakan penerus kepemimpinan Muhammad SAW (A. Mian: 1995, Al-Anbary: 2008, Ashaari : 2008) untuk melindungi dan mempertahankan wilayah Islam sedangkan masa khalifah pasca Rasulullah terjadi pada 632–661M. Khalifah berperanan sebagai pemimpin ummat baik urusan negara maupun urusan agama, mekanisme pemilihan khalifah dilakukan baik dengan wasiat ataupun dengan majlis Syura' yang merupakan majlis Ahlul Halli wal Aqdi yakni para ahli ilmu (khususnya keagamaan) dan mengerti permasalahan ummat. Sedangkan mekanisme pengangkatannya dilakukan dengan cara bai'ah yang merupakan perjanjian.

Selanjutnya yang kedua adalah Imarah yang berarti keamiran atau pemerintahan, pengertian ini tidak jauh berbeda dengan imamah, hanya saja perbedaannya ditinjau dari segi penggunaannya. Imarah merupakan sebutan untuk jabatan amir dalam suatu negara kecil yang berdaulat untuk melaksanakan pemerintahannya oleh seorang amir. Penggunaan kata imarah ini pertama kalinya digunakan oleh khalifah kedua yaitu Omar Ibn Khattab yang bergelar Amirul Mukminin (Ashaari 2008: 87), (Al-Anbary 2008: 131). Omar tidak mahu menyebut dirinya sebagai khalifah kerana khuatir terjadi pengulangan kata khalifah, bila gelar khalifah tetap dipertahankan, ia bimbang akan khalifah-khalifah muncul kemudiannya akan terjadi pengulangan kata khalifah yang begitu panjang (Ibn Khateer et. al. 2001: 177).

(7)

perkembangannya imamah kemudian menjadi istilah khusus di kalangan Syi’ah yang dikontekstualisasikan dalam bentuk wilayah al-Faqih. Kelompok Syiah memandang imamah merupakan bagian prinsif dari ajaran agama. Dalam perspektif kontemporer lembaga imamah tersebut identik dengan lembaga kepresidenan atau ketua negara. Mengikut Ibn Khaldun dalam Daud (1996: 1-2) mengatakan ‘bahawa jawatan Imam atau atau ketua negara bukannya sebahagian daripada maslahat umum yang boleh diserahkan kepada rakyat biasa memilih siapa sahaja yang disukainya menjadi ketua negara. Justeru jawatan tersebut adalah rukun agama dan teras ajaran Islam yang tidak harus bagi seseorang nabi melupaknnya sehingga sampai urusan tersebut diserah kepada rakyat membuat pilihan’.

Berbeza dengan syiah, ahlussunnah waljamaah(suni) memberi pengertian imamah bukanlah sebuah jabatan atau warisan dan bukan pula masalah prinsip atau rukun dalam agama. Mengikut pandangan ahlussunah waljamah bahawa imamah ini tidak lain hanya dikenali dengan istilah imam solat (al-Anbary 2008:130). Sedangkan al-Mawardi berpandangan bahawa imam adalah khalifah, raja, sultan atau ketua negara, sehingga al-Mawardi juga memberikan pandangan bahawa jawatan ketua negara tidak semata-mata jawatan politik tetapi juga melengkapi persoalan agama. Mengikut beliau Allah mengangkat seorang pemimpin sebagai pengganti (khalifah) nabi, untuk mengamankan agama, disertai dengan amanah politik (al-Mawardi 2005: 10-12, Ashaari 2008: 86-87). Dengan demikian imam adalah pemimpin agama, dan juga pemimpin politik yang memiliki kuasa yang luas.

Mana-mana pemerintahan merupakan tidak patut di sebut sebagai ‘Khalifah Allah’ kerana gelaran khalifah diberi kepada orang yang menggantikan orang yang telah tiada atau meninggal dunia sedangkan Allah tidak hilang atau mati (al-Anbary 2008:131) tetapi ia hanya diberi gelaran khalifah dan khalifah Rasulullah SAW, kerana ia menggantikan Rasulullah dalam urusan umatnya. Dan dilarang memberikan gelaran ‘Syahan Syah’

kerana ia memberi makna raja segala raja, dan sifat ini hanya layak milik Allah SWT sahaja (al–Nawawy dalam al - Anbary 2008:131).

2. PROSES PEMILIHAN EMPAT KHALIFAH AL – RASYIDIN

(8)

untuk menjadi pemimpin dalam politik Islam terutamanya pasca wafatnya Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah wafat beliau tidak menunjuk sesiapa yang akan menjadi penerus beliau dan tidak juga memberitahu bagaimana cara atau mekanisma pemilihan seorang pemimpin dalam Islam. Kerananya pada masa itu umat Islam mengalami rasa amat dukacita dan kebingungan dan tidak tahu siapa yang akan menjadi pemimpin umat setelah sebagai ganti Rasulullah SAW. Sehingga mahu tidak mahu umat Islam “dipaksa” untuk mencari cara bagaimana memilih pemimpin yang nantinya akan mampu mempersatukan umat Islam.

Dalam sejarah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW, maka dipilihlah para pemimpin secara kolektif berbincang dan dinamakan sebagai Khalifah Rasulillah atau pengganti Rasulillah. Terdapat empat orang Khalifah memimpin umat Islah setelah Rasulullah dan mereka adalah Abu Bakar Siddiq, Omar Ibn Khattab, Otsman Ibn Affan dan Ali Ibn Abu Thalib. Setelah keempat-empat khalifah tersebut memerintah Islam mengalami perubahan namun terdapat juga krisis atau konflik kekuasaan dan kepemimpinan khususnya kekuasaan pada fasa lebih kemudian sehingga menjadikan pemerintahan dinasti politik.

Khalifah pertama adalah Abu Bakar, beliau dipercayai sebagai orang yang paling dekat dengar Rasulullah dan juga memiliki keimana dan kecerdasan yang tidak diragukan, kerana semasa hidupnya beliau adalah orang yang selalu mendampingi Rasulullah, Abu Bakar menjadi Khalifah pertama dan memberi khidamatnya selama 2 tahun iaitu dari tahun 632–634M. Abu Bakar di pilih berasaskan dari kesepakatan musyawarah atau Syura di kalangan pemimpin utama yang dekat dengan Rosulullah..

(9)

Saidah (Ibn Khateer et. al., 2001:51, Iqbal 2000: 45, Mian: 1995, Sharif 1996: 56, Audah 1995: 36-41, Sadzali 1990: 21-23).

Dalam pertemuan tersebut terjadi diskusi yang panjang dan panas kerana puak Khazraj yang mencadangkan Sa’ad ibn ‘Ubadah tetapi tidak disetujui oleh para peserta diskusi, sehingga tiba di situ Omar, Abu ‘Ubadah dan Abu Bakar dan terjadilah dialog yang jelas menolak kepemimpinan kaum Muhajirin. Pada akhirnya dalam suasana tegang dan panas serta terjadi perdebatan yang panjang Abu Bakar terpilih menjadi Khalifah.

Terpilihnya Abu Bakar dalam pertemuan tersebut kerana Omar Ibn Khattab bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke tempat Abu Bakar dan berbai’at kepada beliau dan menyerahkan kesetiaannya kepada Abu Bakar. Tindakan Omar ibn Khattab tersebut akhirnya diikuti oleh Abu ‘Ubaidah serta orang-orang Muhajirin dan Anshar tersebut (Sadzali, 1990 : 23, Iqbal 2000: 46, Ibn Khateer et. al. 2001: 51-53). Sementara Sa’ad ibn ‘Ubadah hingga akhir daripada kepemimpinan Abu Bakr tidak pernah memberikan bai’ah kepada Abu Bakar (Iqbal 2000: 46). Peristiwa tersebut terkenal dengan dengan nama Bai’ah Saqifah dan pada hari berikutnya Abu Bakar naik ke mimbar Masjid Nabawi dan berlangsung bai’ah umum dari umat Islam.

(10)

Khalifah Abu Bakar akhirnya bermusyawarah dengan beberapa sahabat senior secara tertutup untuk menentukan bahawa pemimpin umat selanjutnya adalah Omar Ibn Khattab. Antara sahabat senior tersebut adalah Abd al-Rahman bin Auf dan Otsman Ibn Affan dari kelompok Muhajirin dan Asid bin Khudair dari Anshar. Dalam pertemuan tertutup tersebut Abu Bakar menyampaikan niatnya untuk menunjuk Omar Ibn Khattab sebagai penggantinya menjadi Khalifah dengan pelbagai pertimbangan yang baik-baik kerana Omar Ibn Khattab juga merupakan salah satu sahabat Rasulullah yang utama dan juga disegani kawan mahupun lawan. Omar juga memiliki keluasan ilmu agama, kecerdasan, memiliki sifat yang adil dan tentu juga tegas walaupun ditakutkan beliau memiliki sikap yang keras tapi Abu Bakar berfikir bahawa seiring dengan waktu makan sifat keras tersebut akan berubah dan tentunya Omar Ibn Khattab akan lebih bijak dalam bersikap nanti (Sadzali: 1990, Chaudhry: 1996, Iqbal: 2000, Ibn Khateer et. al. 2001). Setelah wafatnya Abu Bakar maka umat Islam baik dari kaum Muhajirin mahupun Anshar berbaiah secara terbuka kepada Omar Ibn Khattab dan mereka berseru akan setia kepada kepemimpinan beliau di Masjid Nabawi.

(11)

Akhirnya Omar Ibn Khattab menyerah dan secara tidak langsung menunjuk siapa penggantinya. Dia hanya menyebutkan enam sahabat senior dan mereka nanti yang harus memilih seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah. Sahabat senior itu adalah: Ali Ibn Abu Thalib, Otsman Ibn Affan, Saad Ibn Abu Waqqas, Abd al-Rahman Ibn Auf, Zubair Ibn Awwam, dan Thalhah Ibn Ubaidillah serta Abdullah Ibn Omar putra beliau tapi tanpa ‘hak suara’. Pertimbangannya adalah keenam-enam tokoh tersebut adalah orang-orang yang dikatakan nabi sebagai calon-calon penghuni surga dan mereka bukan mewakili kelompok atau puak-puak tertentu. Beliau berpesan untuk mereka bermusyawarah dalam menentukan siapa yang akan menjadi khalifah selanjutnya. Pada akhrinya pilihan dijatuhkan kepada Otsman Ibn Affan walaupun keputusan tersebut mendapat kritik daripada Ali kerana Abdurrahman adalah ipar daripada Otsman Ibn Affan. Satu puak lagi menyebelahi Otsman. Walaupun mengkritik keputusan tersebut tetapi Ali Ibn Abu Thalib tetap berbaiah kepada Otsman Ibn Affan (Sadzali 1990, Iqbal 2000, Al- Khateer et. al. 2001).

Khalifah yang terakhir daripada Khalifatu Rasulillah adalah Ali Ibn Abi Thalib, seorang yang paling awal masuk Islam dan beliau juga sepupu nabi Muhammad SAW dari pada bapa saudara beliau iaitu Abu Thalib. Terpilihnya Khalifah Ali boleh dikatakan jauh dari sempurna. Setelah puak pemberontak membunuh Otsman Ibn Affan, beberapa tokoh mendesak Ali agar bersedia diangkat menjadi Khalifah kerana pada masa itu Madinah dapat dikatakan kosong. Ramai sahabat senior yang sedang berkunjung ke wilayah yang baru ditakluk dan hanya sedikit yang masih tinggal di Madinah, antaranya Thalhah Ibn Ubaidillah dan Zaubair Ibn Awwam (Sadzali 1990: 27) . Tidak semua yang tinggal masa itu menyokong Ali sebagai Khalifah antaranya Saad Ibn Abu Waqqas dan Abdullah Ibn Omar. Ali menolak keinginan para pemberontak dan menanyakan di mana peserta perang Badr, di mana Thalhah, Zubair dan Saad, kerana pada fikirannya mereka merupakan orang kanan yang berhak menentukan siapa yang harus menjadi khalifah. Maka muncul kemudian tiga tokoh senior tersebut dan mereka terus berbaiah kepada Ali dan segera diikuti oleh orang ramai baik dari kelompok muhajirin dan Anshar dan orang pertama yang berbaiah kepada Ali adalah Thalhah Ibn Ubaidillah (Iqbal 2000: 75-77).

(12)

kepada kedua khalifah tersebut dan menyatakan kesetiaan mereka termasuk Ali baik kepada Abu Bakr mahupun Otsman.

Namun dalam kes Ali Ibn Abu Thalib penetapan beliau menjadi khalifah ditolak oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan, seorang Datuk Bandar di Syiria yang masih berhubung keluarga dengan Otsman dengan alasan: pertama, Ali harus mempertanggungjawabkan tentang terbunuhnya Otsman ibn Affan dan kedua, berhubung wilayah Islam telah luas dan munculnya banyak komuniti Islam di daerah yang baru maka hak untuk menentukan khalifah merupakan bukan lagi hak orang di Madinah sahaja. Sikap penolakan Mu’awiyah tersebut juga disokong oleh beberapa sahabat di Madinah dan kemudian bergabung dengan Mu’awiyah di Syiria, dan dari sini ia memulai sejarah baru politik dan sistem kenegaraan dalam Islam.

3. TRANSISI KEPEMIMPINAN MASA KHALIFAH RASYIDIN

Proses terpilihnya para khalifah Rasyidin merupakan fenomena tersendiri dalam dinamika politik Islam yang memiliki keistimewaan sendiri dan berbeza dengan sistem politik yang lain yang tidak berbasis kepada agama, kerana dalam Islam kekuasaan mutlak adalah milik Allah SWT dan manusia (pemimpin) adalah wakil Allah di muka bumi. Segala sumber kekuasaan dalam Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul, berbeza dengan demokrasi misalnya yang menyatakan sumber kekuasaan atau kedaulatan adalah di tangan rakyat, pemimpin menjalankan amanah berasaskan mandat yang diberikan oleh rakyat melalui mekanisma pilihan raya.

Apabila diteliti akan kes di atas dalam proses pemilihan khalifah tersebut kelihatannya tidak ada proses pemilihan yang sama satu dengan yang lainnya, ini tergambar daripada pemilihan Abu Bakar, Omar Ibn Khattab, Otsman ibn Affan dan Ali Ibn Abu Thalib. Keempat–empat khalifah tersebut hadir dan muncul kerana kapasiti mereka sebagai orang yang memang layak untuk menjadi pemimpin umat dan juga mereka adalah orang-orang yang memiliki jiwa dan karakteristik pemimpin walaupun pada masa itu sedikit demi sedikit mulai tampak sedikit perselisihan pandangan.

(13)

Abu Bakar, Omar Ibn Khattab dan juga Otsman Ibn Affan serta Ali Ibn Abi Thalib. Para khalifah ini berkonsultasi dengan para sahabat – sahabat senior untuk kemudian mengambil keputusan dalam pemilihan. Walaupun pada pemilihan Omar Ibn Khattab ada sedikit perbezaan dimana Abu Bakar ‘menyebut nama beliau’ dan sebagai penerus Khalifah tetapi pada prosesnya beliau juga meminta pandangan daripada sahabat-sahabat senior (Sadzali; 1990, Iqbal; 2000).

Di sini juga sejarah telah menyaksikan dalam pemerintahan Khulafa Rasyidin ini tidak adanya satu mekanisma yang khas bagaimana pemilihan atau pelantikan keempat-empat khalifah tersebut dilakukan. Sejarah telah menunjukkan bagaimana pemilihan dibuat melalui cara yang berbeza; hal tersebut boleh bagaimana naiknya Abu Bakar melalui musyawarah kaum Anshar dan Muhajirin, Omar yang naik kerana wasiat dan pemilihan oleh Abu Bakar. Naiknya Otsman didahului oleh musyawarah oleh enam orang yang disenaraikan oleh Omar dan naiknya Ali Ibn Abu Thalib kerana baiah dari tiga sahabat.

Selanjutnya dalam transisi kepemimpinan dan kekuasaan masa Khalifah Rasyidin juga tidak terdapat petunjuk atau contoh bagaimana sebenarnya mekanisme mengakhiri sebuah jawatan ketua negara (Khalifah) kerana kempat-empat khalifah tersebut mengakhiri kepemimpinan dan kekuasaan mereka kerana meninggal dunia malah ada yang secara mendadak seperti Omar dan Otsman. Abu Bakar meninggal setelah hampir dua tahun mentadbir sedangkan Omar, Otsman dan Ali berakhir dibunuh setelah mereka masing-masing mentadbir hampir sepuluh tahun, dua belas tahun dan kurang dari lima tahun.

Pada masa khalifah tersebut kepemimpinan dan kekuasaan dipilih bukan berasaskan garis keturunan kerana masa itu kepemimpinan tidak diwariskan tetapi merupakan berasaskan prestasi, kapasiti dan juga pengalaman yang sangat panjang daripada para khalifah tersebut dalam memahami Islam dan mereka memiliki reputasi yang sangat baik dalam kalangan umat Islam masa itu.

(14)

mutlak hanya milik Allah sedangkan mereka adalah meneruskan apa yang sudah di jalankan oleh Rasulullah SAW.

4. BEBAS DARI PEREBUTAN KUASA

Dalam hal pengambil keputusan biasanya para khalifah selalu mendahulukan syura atau musyawarah dan meminta pandangan daripada tokoh – tokoh senior dan rakyat sehingga keputusan yang di ambil adalah keputusan untuk kemaslahatan umat bersama. Penggunaan syura ini adalah untuk menyelesaikan suatu urusan dan juga memberikan solusi yang terbaik kerana syura atau musyawarah merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah yang sentiasa mendahulukan musyawarah dalam penyelesaian masalah ummat.

Dalam kes keempat-empat khalifah tersebut tidak ada satu pun yang meminta jawatan tersebut atau merasa mereka adalah orang yang paling pantas menerima jawatan khalifah. Ini boleh dilihat dalam sejarahnya bahawa para khalifah al-Rasyidin selalunya menghindari daripada konflik dengan meminta jawatan. Ini boleh dilihat bagaimana Abu Bakar yang menerima baiah daripada orang-orang muslim masa itu, begitu juga Omar yang diwasiatkan oleh Abu Bakar juga Otsman dan Ali mereka selalunya meminta pandangan dan pendapat daripada tokoh-tokoh Islam masa itu untuk memberikan gambaran tentang sesiapa yang layak dan pantas untuk menjadi pemimpin atau khalifah.

Dalam hal kekuasaan apabila merujuk kepada bagaimana para khalifah tersebut mentadbir mereka senantiasa tidak berjarak dengan ummatnya (rakyat), kerana para khalifah ar-Rasyidin tersebut tidak pernah menganggap diri mereka sebagai bayang-bayang Allah di muka bumi. Ini berbeza dengan beberapa pandangan pemikir sunni klasik yang menganggap bahawa kekuasan ketua Negara (khalifah) merupakan berasal dari Tuhan. Mengikut Grunebaum (1970) dalam Iqbal (2000) dalam sejarahnya orang yang pertama kali memperkenalkan dirinya sebagai Khalifah (wakil) Tuhan di bumi adalah Khalifah Abu Ja’far al-Manshur dari bani ‘Abbas, dengan alasan bahawa khalifah mentadbir berasaskan mandat Tuhan sehingga kekuasaannya adalah suci dan mutlak serta harus dipatuhi. Khalifah adalah bayang-bayang Allah di dunia (The Shadow of the God on The Earth).

(15)

diri mereka sebagai Khalifatullah adalah tidak berkenaan dengan pemahaman khalifah itu sendiri. Hal ini sangat berbeza sekali dengan para khalifah Rasyidin yang menolak menggunakan kata-kata Khalifatullah, Abu Bakar lebih memilih Khalifah Rasul Allah (Pengganti Rasulullas SAW) sedangkan Omar Ibn Khattab lebih suka di panggil sebagai Amir al-Mu’minin (pemimpin orang-orang beriman).

5. KESIMPULAN

Dalam sejarah terpilihnya para khalifah al-Rasyidin tampak jelas bahawa Islam tidak menentukan bagaimana sistem peralihan kepemimpinan dan juga kekuasaan. Tidak ada keterangan satu pun yang menentukannya dan juga tidak ada keterangan yang menyatakan bila dan bagaimana kepemimpinan itu bermula dan bila berakhir. Hal tersebut menjadi fenomena politik tersendiri dalam politik Islam. Namun dalam beberapa rujukan literatur dan kejadian pemilihan khalifah tersebut bahawasanya para khalifah selalunya bermusyawarah dengan para sahabat terutamanya para sahabat senior yang memiliki keimanan dan pengetahuan yang luas tentang agama dan pada perkembangannya mekanisme tersebut disebut dengan sistem syura dan terhimpun dalam al-ahli wal aqdi.

Kepemimpinan dan kekuasaan selalunya mengutamakan syura dan juga berasaskan keimanan kepada Allah SWT. Walaupun sebenarnya kesan daripada tidak adanya sebuah sistem khas yang diwariskan oleh rasulullah dan khalifah al-Rasyidin dalam hal peralihan kepemimpinan dan kekuasaan tersebut maka sepatutnya masyarakat Islam tidak perlu merasa khuatir apabila sistem yang diguna pakai dalam politik moden sekarang menjadi yang utama, kerana selagi sistem politik tersebut baik untuk Islam dan umatnya maka perlulah diambil kira dan disesuaikan dengan politik Islam, justeru Islam sebagai sebuah agama besar telah menentukan bahawa pemimpin Islam adalah harus orang Islam dan dia harus menjaga Islam sebagai sebuah agama dan juga ideologi dan tentunya membawa kepada kemaslahatan umat Islam dan kesejahteraan.

Rujukan

Abu’l-Hasan al-Mawardi. 2005. Al-Ahkam As-Sulthaniyah (The Laws of Islamic

Government). Asadullah Yate (terj.). London: Ta-Ha Publisher.

(16)

Cohen. W. A. 2010. Heroic Leadership. Leading integrity and Honor. San Fransisco: Jossey-Bass.

Dahl, Robert. 1971. Polyarchy: Participation and opposition. New Haven: Yale University Press.

Huntington, Samuel P. 1991. The Third Wave: Democratization in the Late

Twentieth Century. Norman, Oklahoma: University of Oklahoma Press.

Husein, Umar. 1998. Riset Sumber Daya Manusia dalam Organisasi. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.

Ibn Khateer, At-Thabari, As-Syooti et. al. 2001. Biographies of The Rightly Guided

Caliphs. Taamir Abu As-Su’ood Muhammad and Noha Kamal Ed-Din Abu Al-Yazid

(Translated), M Ibrahim Kamara and Joanne McEwan (edt). Egypt: Dar Al-Manarah.

Lijphart, Arend. 1984. Democracies: Pattern of majoritian and Consensus

Government in Twenty-One Countries. New Haven: Yale University Press.

Mian, Majeed A. 1995. Khulafa-e-Rashideen (the Rightly Guided Successors). Ahmadiyya Muslim Community. www.alislam.org/library/links/00000078.html.

Muhammad Iqbal. 2001. Fiqh Siyasah, Kontekstualisasi Doktrin Politik Islam. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pratama

Muhammad Sharif Chaudry. 1996. An Introduction to Islamic State and Government. Kuwait: Islmic Book Publisher.

Munawir Sjadzali. 1990. Islam dan Tata Negara: Ajaran, Sejarah dan Pemikiran. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia (UI-Press).

Northouse, H. 2004. Leadership: Theory and Practice (3rd edition). London: Sage.

Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Robbins,S.P & Judges,T.A. 2010. Organizational Behavior. New Jersey: Pearson.

Schumpeter, Joseph A. 1947. Capitalism, Socialism, and Democracy (2nd edition).

New York: Harper.

Tasmara, Toto. 2002. Membudayakan Etos Kerja Islami. Jakarta: Gema Insani Press.

Zakaria@Mahmod Daud. 1996. Syi’ah Imamiyyah Pandangannya terhadap tiga Khalifah

Al-Rashidin. Selangor D.E. Penerbitan Al-Ramadhan

(17)

Pelajar Doktor Falsafah pada Institu Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2015/2016. Berasal daripada Jambi (Indonesia) dan Bekerja sebagai Pensyarah di Universitas Sumatera Utara (USU-Indonesia) pada Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) di Departemen Ilmu Politik daripada tahun 2008 hingga sekarang. Tajuk Tesis Doktor Falsafah: Demokrasi dan Pendemokrasian di Indonesia: antara Institusi dan

Tradisi dibawah Penyeliaan Prof. Madya. Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Antara kursus yang pernah diajarkan di Jabatan Program Ilmu Politik-FISIP USU iaitu : Filsafat Ilmu, Pengantar Ilmu Politik, Sistem Politik Indonesia, Pemikiran Politik Indonesia, Pemikiran Politik Islam, Sosiologi Politik, Sistem Perwakilan Indonesia, Kepemimpinan serta Gender dan Multikulturalisme.

Pendidikan:

No Universiti/Institut Jabatan Tahun

1 Institut Agama Islam Negeri Sultan Thaha Syaifuddin Jambi, Indonesia (Siswazah)

Perbandingan Mazhab dan Hukum (Sarjana Hukum Islam)

1998 -2003

2 Universiti Kebangsaan Malaysia (Pasca Siswazah)

Sains Politik (Master Sosial Sains)

2004 -2007 3 Universiti Kebangsaan Malaysia

(Doktor Falsafah)

Institut Kajian Etnik 2015 -Sekarang

Pengkhususan:

Politik Islam, Politik Perbandingan, Sosiologi Politik, Pemikiran Politik, Teori Politik.

Penyelidikan terakhir

1. Pembantu Penyelidik pada penyelidikan : Pembinaan Bangsa dan Integrasi Nasional : Peranan Media Sosial (2015 – 2016) di Sabah dan Sarawak. RE 2015-006 Bersama Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, Dr. Suzzana Moh Isa. Dr. Kartini Aboo Thalib @Khalid.

2. Ketua Penyelidik : Budaya Politik Suku Bangsa Gayo : Model Budaya Politik Suku

Bangsa Gayo di Kabupaten Aceh Tengah, Kabupaten Bener Meriah dan Kabupaten

Gayo Lues (2014-2015). Dana Penyelidikan Hibah Bersaing Kementerian Pendidikan

dan Kebudayaan Republik Indonesia.

3. Penyelidik : Dinamika Pembuatan Peraturan Daerah Tentang Wajib Belajar Madrasah

Diniyah Takmiliyah Awaliyah di Kota Medan (2014). Dana Penyelidikan Penerimaan

Negara Bukan Pajak (PNBP), Lembaga Penelitian Universitas Sumatera Utara. Skim Dosen Muda

4. Ketua Penyelidik : Perbandingan Partisipasi Politik Perempuan Kota Tebing Tinggi

pada Pemilihan Kepala Daerah Kota Tebing Tinggi tahun 2010 – 2011 (2012). Dana

Penyelidikan Penerimaan Negara Bukan Pajak (PNBP) Lembaga Penelitian Universitas Sumatera Utara. Skim Dosen Muda

5. Ketua Penyelidik : Pendidikan Politik Perempuan Kota Tebing Tinggi di Kota Tebing

Tinggi. (2013). Dana penyelidikan Lembaga Pengembangan dan Pengabdian

Masyarakat (LPPM) Universitas Sumatera Utara.

6. Ketua Penyelidik : Pendidikan Politik Perempuan di Desa Sei Percut Sei Tuan,

(18)

Penyelidikan dari Lembaga Pengembangan dan Pengabdian Masyarakat (LPPM) Universitas Sumatera Utara.

7. Penyelidik pada Survey Mystery Shopper Bank Sumatera Utara. Mengukur tingkat

kedisiplinan, kinerja, bangunan Bank Sumatera Utara (2010). Dana penyelidikan

Peningkatan Sumber Daya Manusia Bank Sumatera Utara.

8. Penyelidik Pada Survey Badan Narkotika Nasional (BNN) Sumatera Utara. Mengukur

Tingkat Penggunaan narkotika pada kalangan remaja dan penyembuhannya. Dana

penyelidikan dari Badan Narkotika Nasional Indonesia (2009).

Penerbitan :

1. Prosiding pada International Islamic Development Conference (IDMAC) 2016. Transisi Kepemimpinan Dan Kekuasaan Masa Khalifah Ar-Rasyidin: Satu Analisis Dalam

Pemilihan Pemimpin. (Indra Fauzan & Nidzam Sulaiman). ISBN. 978-967-394-275-6.

2. Dinamika Pembuatan Peraturan Daerah Tentang Wajib Belajar Madrasah Diniyah

Takmiliyah Awaliyah di Kota Medan. Jurnal Mimbar Demokrasi. Vol. 10/No

2/September 2016. ISSN.  1412-1875

2. Menelaah Korupsi dan Demokrasi di Indonesia. Jurnal Politeia. Vol. 4/No 2/Juli 2012.

ISSN. 0216-9290

1. Nidzam Sulaiman

Felo Penyelidik Institut kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jawatan Organisasi Tempoh

Felo Kanan Institu Kajian Etnik (KITA) 2010 – Kini

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

1986 - 2010

Tutor Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 1984-1986

Pendidikan

1995 – 2000 (Dr Fal Antropologi) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Malaysia

1984 – 1985 (M.A. Comparative Politics & Political Development) University of Kent, Canterbury (UK)

1980 – 1984 (Sm, Sa, Kep (Sains Politik) Universiti Kebangsaan Malaysia

Bidang minat:

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang diperoleh dapat diketahui bahwa penerapan media pembelajaran Articulate Studio secara dengan baik dimana dapat dilihat pada rata-rata

Puji syukur kehadirat Allah SWT, yang senantiasa melimpahkan rahmat serta kuasanya-Nya hingga akhirnya penulis dapat menyelesaikan skripsi yang disusun untuk memenuhi

Mendapatkan informasi dengan cara bertanya langsung dengan informan (Masri, dkk, 1995: 4). Proses wawancara di sini dilakukan secara sistematis dan berlandaskan pada tujuan

Pembelajaran kooperatif model Jigsaw yang akan di terapkan, siswa diajak lebih aktif dalam memahami suatu materi pelajaran dengan cara berkelompok khususnya pelajaran seni

Tujuan penelitian ini adalah untuk membandingkan efektifitas ketamin dosis 0,5 mg/kgBB IV dengan dosis 0,7 mg/kgBB IV dalam upaya mendapatkan dosis yang lebih tepat dan aman

Sehubungan dengan judul yang telah dikemukakan dan berdasarkan tujuan yang hendak dicapai, maka penelitian ini dapat digolongkan jenis penelitian kausal yaitu penelitian

Tabel 2 menunjukkan tahu yang diberi perlakuan perendaman dengan sari lidah buaya dan sari lemon, diketahui bahwa mikroba paling sedikit dijumpai pada perlakuan A6

Soerjono Soekanto, Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penegakan Hukum -DNDUWD 37 5DMD *UD¿QGR 3HUVDGD halaman