1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN … …., MELAKA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017
1249/3
SEJARAH
Kertas 3
Ogos
3 jam
Tiga jam
===========================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tugasan Spesifik. 2. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang
disediakan. Sekiranya ruang di dalam buku jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
3. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku jawapan pada akhir peperiksaan. 4. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku
teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/ bilik peperiksaan. 5. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau
peranti elektronik ke dalam dewan/ bilik peperiksaan. 6. Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan
yang disediakan.
7. Calon dinasihati supaya membuat perancangan masa yang bersesuaian dengan peruntukkan markah yang diberikan. 8. Semua kertas jawapan calon hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksan pada akhir peperiksaan
Tugasan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
2
TUGASAN SPESIFIK
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan program jangka panjang bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi
:- penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan kerangka di bawah:
Aspek Perincian Markah
Pengenalan 1. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru di perkenalkan? 5 markah
Isi dan Huraian
2. Huraikan Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru.
25 markah
3. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai aspirasi Dasar Ekonomi Baru.
10 markah
4. Dasar pembangunan ekonomi berikut diperkenalkan dalam tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru:
a) Dasar Pertanian Negara (DPN) b) Dasar Pensyarikatan Malaysia c) Dasar Penswastaan
Jelaskan kelebihan dasar-dasar tersebut.
3
“DEB yang berlangsung dari 1970 hingga 1990 terbukti mencapai kejayaan dalam mencorakkan Malaysia dengan objektif membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat iaitu daripada kadar 50 peratus pada awal 70-an kepada kurang satu peratus ketika ini.”
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/roh-deb-wajar-diteruskan
5. Ulaskan pernyataan tersebut.
10 markah
6. Huraikan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
10 markah
7. Bagaimanakah cabaran di soalan 6 boleh diatasi? 10 markah
8. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru?
10 markah
Kesimpulan 9. Apakah rumusan tentang kejayaan Dasar Ekonomi Baru? 5 markah