• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sisa Pembinaan dan Isu Isu yang berkaita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sisa Pembinaan dan Isu Isu yang berkaita"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

TECHNICAL PAPER:

SISA PEMBINAAN DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DI MALAYSIA

Sasitharan Nagapan1; Ismail Abdul Rahman2 and Ade Asmi3

1

Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, Malaysia. 2

Faculty of Civil and Environmental Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia. 3

Department of Civil Engineering, Bakrie University, Jakarta, Indonesia.

Corresponding email: sasi81@hotmail.com

Abstrak:Pengurusan sisa pembinaan sangat penting bagi negara membangun seperti Malaysia. Kelalaian bagi

menguruskan sisa tersebut mengakibatkan pencemaran alam sekitar, kemelesetan ekonomi dan menjejaskan keperluan sosial masyarakat. Artikel ini menerangkan dengan jelas berkenaan sisa pembinaan dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian didapati, negara terjerumus dengan isu-isu pembuangan sisa pembinaan secara haram dan tidak ada akta yang khusus mengenai pengurusan sisa pembinaan bersistematik. Akta Pengurusan sisa pembinaan yang khusus diperlukan bagi menangani isu-isu yang kritikal di Malaysia. Di samping itu, kontraktor, klien, perunding dan semua pihak perlu memberi kerjasama erat serta membantu negara ke arah pengurusan lestari sisa pembinaan.

Kata Kunci: Pencemaran alam sekitar; Pembuangan sisa pembinaan; Pengurusan lestari sisa pembinaan

1. Latarbelakang

Pertumbuhan ketara dalam industri pembinaan menjadi masalah yang serius bagi kebanyakan negara-negara membangun. Ramai penyelidik dan pengamal menunjukkan bahawa terdapat banyak aktiviti membazir semasa merekabentuk dan proses pembinaan. Sisa pembinaan berpunca semasa peringkat pembinaan termasuk perancangan, menganggar dan pembinaan (Wahab & Lawal, 2011). Tambahan pula, sisa pembinaan berlaku semasa pengendalian bahan, kerja-kerja rekabentuk, operasi dan perolehan (Ekanayake & Ofori, 2000). Kebanyakan aktiviti ini memakan masa dan usaha tanpa menambah nilai untuk klien serta menyebabkan kerugian bahan dan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek. Sisa pembinaan mempunyai kesan langsung terhadap produktiviti, kerugian masa dan bahan. Sisa fizikal menyumbang kepada sebahagian besar tapak pelupusan dan kajian menunjukkan bahawa hampir 26% tapak pelupusan adalah dipenuhi sisa binaan. Oleh itu, penekanan perlu diberikan untuk meminimumkan sisa pembinaan (Bossink & Brouwers, 1996). Industri pembinaan menghasilkan jumlah besar bahan buangan, iaitu kira-kira empat kali daripada yang dihasilkan di rumah tangga dan lebih 50% yang dibuang di tapak pelupusan (Hwang & Yeo, 2011; Ferguson et al., 1995). Oleh yang demikian, untuk mengelakkan budaya pembuangan ini, pengamal dan penyelidik pembinaan perlu mengetahui punca faktor sisa tersebut. Faktor-faktor yang menyumbang kepada penjanaan sisa pembinaan adalah pelbagai. Tujuan kertas kajian ini adalah untuk menyedarkan bahawa terdapat sisa fizikal dan bukan fizikal dalam industri pembinaan serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

2. Sisa Pembinaan

Pada umumnya, sisa boleh ditakrifkan sebagai apa-apa bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia dan industri serta tidak mempunyai nilai (Serpell et al., 1995; Alarcon, 1994). Sisa juga adalah bahan yang tidak diingini dan perlu dibuang kerana telah digunakan (Ferguson, 1995; Winkler, 2010; Nasaruddin et al., 2008). Menurut Formoso et al., (1999), sisa juga boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kerugian yang dihasilkan oleh aktiviti yang menjana kos secara langsung atau tidak langsung tetapi tidak mempunyai sebarang nilai tambah. Sisa yang dimaksudkan dalam industri pembinaan adalah kelewatan projek siap, kos pembinaan meningkat, kekurangan keselamatan, perjalanan pengangkutan yang berlebihan atau tidak perlu dan pilihan atau pengurusan peralatan yang tidak wajar (Lee et al., 1999). Oleh itu, sisa pembinaan mencerminkan unsur negatif bagi sesuatu projek pembinaan. Sisa binaan boleh dikelompokkan kepada sisa fizikal dan bukan fizikal. Rajah 1

menunjukkan domain sisa pembinaan yang terdiri daripada sisa fizikal dan bukan fizikal dari perspektif pengurusan sisa pembinaan.

(2)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232.

2.1 Sisa Pembinaan Fizikal (SPF)

Sisa pembinaan fizikal ditakrifkan sebagai sisa yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan, pengubahsuaian, perobohan, penggalian tanah, pembinaan bangunan, pembersihan tapak, pembinaan jalanraya dan pembaikan bangunan-bangunan yang rosak (Lauritzen, 1998; Shen et al., 2004; Kulatunga et al., 2006; Poon, 2007; Tam & Tam, 2008; Kofoworola & Gheewal, 2009). Walau bagaimanapun, sesetengah sisa pembinaan ditakrifkan sebagai sisa pepejal yang terdiri daripada pasir, bata, blok, keluli, konkrit, jubin buluh, plastik, kaca, kayu, kertas, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain bahan organik (Katz & Baum, 2011; Hao et al., 2008; Tam et al., 2007; Bossink & Browers, 1996). Tambahan lagi, menurut Alencar et al., (2011) bahan buangan yang dijanakan dari projek pembinaan sama ada melibatkan pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian bahan-bahan binaan adalah sisa pembinaan. Namun, boleh diringkaskan lagi penjelasan tersebut iaitu semua bahan-bahan binaan yang dikeluarkan dari tapak projek pembinaan dan dibawa terus ke tapak pelupusan adalah sisa pembinaan. Rajah 2 (a),(b),(c) dan (d) mengambarkan SPF semasa aktiviti perobohan, pembinaan, pengubahsuaian dan buangan. SPF 2(a) diperolehi selepas aktiviti perobohan rumah satu tingkat di tepi Jalan Tanah Merah, Batu Pahat, Johor; 2(b) diperolehi di tapak pembinaan kawasan Kuala Lumpur; 2(c) merupakan penjanaan sisa batu bata dan kayu semasa aktiviti pengubahsuaian rumah dua tingkat di Parit Raja, Johor; dan Rajah 2(d) dikenalpasti di tepi Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.

(a) Pecahan dinding bata dari aktiviti perobohan (b) Sisa Kayu dari aktiviti pembinaan

(c) Kayu dan pecahan batu bata dari aktiviti (d) Buangan sisa simen yang telah mengeras pengubahsuaian rumah dua tingkat

Rajah 2: Sisa Pembinaan Fizikal

2.2 Sisa Pembinaan Bukan Fizikal (SPBF)

(3)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232. 2008; Formoso, 1999; Koskela, 1992). Dalam erti kata yang lebih mudah, SPBF adalah sebarang aktiviti membazirkan wang dan masa. Dua jenis SPBF telah dikenalpasti semasa lawatan di tapak pembinaan Simpang Ampat, Penang di bawah seliaan Engr. Fariz. Rajah 3 (a) dan (b) mengambarkan situasi di tapak pembinaan yang menyebabkan kelewatan dan bayaran lebihan upah pekerja serta kos bahan tambahan yang digunakan untuk tujuan pembaikan atau repair work tersebut.

Rajah 3(a): Silap design kerana 2 hujung tidak Rajah 3(b): Kerja pembaikan dilakukan yang bertembung di tapak pembinaan. menyebabkan kerugian masa dan kos

kerja lebihan masa bagi dua pekerja itu.

Selain itu, Rajah 4 (a) dan (b) mengambarkan kualiti kotak bentuk yang digunakan tidak baik sehingga menyebabkan konkrit mengeras dengan tidak seragam di ruang atas platform berkenaan. Kerja semula atau rework perlu dilakukan untuk menampung balik ruang yang tidak seragam seperti rajah di bawah.

Rajah 4(a): Kerja pembaikan (repair work) disebabkan Rajah 4(b): Dinding telah dikonkritkan semula oleh sokong kerangka yang lemah menyebabkan menyebabkan pembaziran bancuhan konkrit dan pembaziran tenaga kerja secara langsung melibatkan kos

Rajah 3 (a) (b) dan Rajah 4 (a) (b) : Sisa Pembinaan Bukan Fizikal

3. Isu-Isu Sisa Pembinaan di Malaysia

(4)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232. Justeru itu, lambakkan sisa pembinaan berisiko ini menyebabkan kesihatan manusia dan alam sekitar terancam (Faridah et al., 2004; Rahmat & Ibrahim, 2007).

Menurut Seow & Mohamad (2007), isu pembuangan haram seperti ini berleluasa di negara ini kerana kos pengurusan sisa serta lokasi pembuangan sangat jauh dari tapak projek. Tambahan lagi, kontraktor ingin memaksimumkan keuntungan mereka dengan cuba mengelakkan kos pengangkutan dan fee tapak pelupusan. Oleh itu, kos dan lokasi projek adalah faktor utama yang mendorong kontraktor berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Rahmat & Ibrahim (2007) membidas dengan meletakkan etika manusia merupakan faktor utama masalah ini timbul. Melihat dari aspek kerajaan pula, isu-isu pembuangan haram ini dikaitkan dengan penguatkuasaan undang-undang negara. Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan yang menyentuh hal pengurusan dan pengendalian sisa pembinaan. Rajah 5 menunjukkan akta dan standard yang melihat aspek pengurusan sisa di Malaysia.

Rajah 5: Akta dan Standard pengurusan sisa pepejal di Malaysia

Seperti dalam Rajah 5, terdapat empat dokumen bertulis yang mempengaruhi pengurusan sisa di Malaysia. Keempat-empat akta dan standard dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia seperti Jadual 1.

Jadual 1: Akta yang terlibat dalam pengurusan sisa

(5)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232. Keempat-empat akta dan standard berkenaan menerangkan penjanaan dan pengurusan semua jenis sisa secara umum. Contohnya sisa domestik, sisa harian, sisa jadual, sisa taman, sisa industri dan lain-lain lagi. Walaubagaimana pun, masih kurang jelas dan tidak ada undang-undang khas atau terperinci untuk pengurusan sisa pembinaan di Malaysia.

4. Senario Sisa Pembinaan di Malaysia

Sisa pembinaan selalunya kurang diberi perhatian berbanding dengan sisa domestik. Di dalam pengurusan sisa pembinaan, tiga elemen perlu diambil kira. Elemen tersebut adalah penjanaan sisa binaan yang berlebihan, kelewatan projek pembinaan dari tempoh yang ditetapkan serta kos pembinaan melebihi nilai yang ditender (Begum et al., 2009; Alwi et al., 2003; Formoso et al., 2002). Rajah 6 menunjukkan sebab dan akibat sisa pembinaan di Malaysia. Rajah tersebut dibentukkan hasil daripada tinjauan di beberapa tapak pembinaan. Rajah tersebut mengambarkan dua senario yang berbeza berpunca dari projek pembinaan.

Rajah 6: Pengendalian sisa pembinaan

Senario pertama adalah berkenaan dengan sisa pembinaan fizikal. Projek pembinaan lazimnya menghasilkan sisa fizikal seperti pecahan batu-bata, konkrit lebihan, besi potong, kayu-kayan, buangan bungkusan plastik, kertas bungkusan kotak-kotak, paip pvc dan lain-lain lagi. Sisa seperti ini biasanya berbentuk pukal dan mengambil ruang di tapak pembinaan. Bahan-bahan seperti ini dimasukkan ke dalam tong Roro

(

Roll-on-Roll-off bin) atau dikumpulkan di satu lokasi di dalam kawasan tapak pembinaan. Kontraktor membayar kos pengangkutan tong Roro yang penuh dengan sisa pembinaan untuk dibawa ke tapak pelupusan yang sesuai dan berdekatan. Konsep buang terus ini telah menjadi budaya kebanyakan kontraktor di Malaysia. Malangnya, inisiatif untuk kitar semula sisa pembinaan kurang dipraktikkan di Malaysia. Malah, kebanyakannya kilang-kilang kitar semula yang dibangunkan adalah hanya untuk plastik, tin aluminium dan kertas (sisa harian atau domestik). Manakala, kilang khas untuk mengitar semula sisa pembinaan masih belum ada lagi di Malaysia. Seterusnya keadaan ini telah terbukti dengan pembukaan 9 lagi tapak pelupusan baru oleh kerajaan Malaysia (Jurutera, 2011). Menurut Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) terdapat 289 tapak pelupusan (landfills) di seluruh Malaysia (The Ingenieur, 2009). Dengan ini telah terbukti bahawa Malaysia lebih menitikberatkan pembuangan sisa di tapak pelupusan. Keadaan seperti ini mengakibatkan pencemaran alam sekitar semakin meningkat di Malaysia (The Star, 2011). Selain itu, pencemaran bau merupakan yang paling kurang senang oleh komuniti setempat yang tinggal berhampiran dengan tapak pelupusan (Zaini et al., 2011). Walau bagaimanapun, kebanyakan penyelidik hanya fokus sisa pembinaan fizikal berbanding sisa pembinaan bukan fizikal (Lu et al., 2011).

(6)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232. rumah baru semakin menurun. Dalam erti kata lain, sisa bukan fizikal memberi kesan yang mendalam ke atas perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Selaras menuju ke arah persekitaran hijau, Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara-negara maju seperti Jepun dan Hong Kong dalam menangani isu sisa pembinaan ini. Jepun dan Hong Kong menguruskan sisa binaan mereka dengan cara yang lebih mampan serta menguatkan pendekatan undang-undang bagi menyelesaikan isu-isu tersebut.

5. Kesimpulan

Pengurusan lestari sisa pembinaan sangat penting bagi mencapai status negara maju. Oleh itu, selaras dengan hasrat dan komitmen Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Persidangan Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark, bahawa menjelang tahun 2020 kerajaan Malaysia akan mengurangkan pencemaran alam sekitar termasuk pembebasan gas karbon dioksida sehingga 40 peratus (CIDB Newsletter, 2011). Tambahan lagi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sangat mendorong para penyelidik dan pengamal membantu kerajaan untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pembinaan di Malaysia (Zuhairi, 2011). Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, satu akta pengurusan sisa pembinaan yang khusus diperlukan bagi menangani isu-isu yang kritikal di Malaysia.

Justeru itu, semua pihak termasuklah para pemaju hartanah, kontraktor binaan, usahawan, organisasi-organisasi tertentu serta orang perseorangan bersama-sama mendokong dan melestarikan inisiatif kerajaan dengan menerapkan unsur-unsur pengurusan teknologi hijau dalam projek pembinaan. Komitmen kerajaan dan semua pihak yang tidak berbelah bahagi dapat membawa negara ke satu tahap yang lebih makmur dari segi sosio-ekonomi dan alam sekitar.

Rujukan

[1] Act 127, Environmental Quality Act (1974), Ministry of Natural Resources and Environment, 1-17. [2] Act 520, Pembinaan Malaysia Act (1994), Construction Industry Development Board, 1-16.

[3] Act 672, Solid Waste and Public Cleansing Management Act (2007), Ministry of Housing and Local Government,1-7.

[4] Alarcon, L. F. (1994). Tools for the identification and reduction of waste in construction projects, Journal of Lean construction, Balkema, Rotterdam, Netherlands, 365–377.

[5] Alencer, L.H., Mota, C.M.M., and Alencer, M.H. (2011). The problem of disposing of plaster waste from building sites: Problem structuring based on value focus thinking methodology. Journal of Waste Management, 31(12), 2512-2521.

[6] Alwi, S., Hampson, K., and Mohamed, S. (2002a), Waste in the Indonesian construction projects, Proceedings 1st International Conference of Creating a sustainable Construction Industry in Developing Countries

(CIB),South Africa, 305-315.

[7] Alwi, S., Hampson, K., and Mohamed, S. (2002b), Non Value-Adding Activities in Australian Construction Projects, Proceedings International Conference on Advancement in Design, Construction, Construction Management and Maintenance of Building Structure, Bali, Indonesia.

[8] Alwi, S., and Hampson K. (2003), Identifying the important causes of delays in building construction projects, Proceedings The 9th East Asia-Pacific Conference on Structural Engineering and Construction, Bali, Indonesia.

[9] Begum, R.A., Siwar, C., Pereira, J.J. and Jaafar, A.H., (2009). Attitude and behavioral factors in waste management in the construction industry of Malaysia. Resources, Conservation and Recycling Journal,

53, 321-328.

[10] Begum, R. A., Satari, S. K. and Pereira, J. J., (2010). Waste Generation and Recycling: Comparison of Conventional and Industrialized Building Systems. American Journal of Environmental Sciences, 6(4),

383-388.

[11] Bossink, A.G. and Brouwers, H.J.H. (1996). Construction waste: quantification and source evaluation. Journal of Construction Engineering and Management, ASCE, 122(1), 55–60.

[12] CIBD News (2011).Teknologi Hijau:Prospek, Cabaran dan Implementasi dalam Sektor Pembinaan,1, 12-13. [13] Dharmasegaran, K.N and Christy, P. G. (2011), Avoidance of Bankruptcies and Winding-Up of Property Developers due to Abandoned Residential Projects in Malaysia, Proceedings of the Asian Conference of Real Estate: Sustainable Growth Managing Challenges (ACRE), Johor, Malaysia.

[14] Ekanayake, L. L. and Ofori, G.(2000), Construction Material Waste Source Evaluation, Proceeding of Strategies for a Sustainable Built Environment, Pretoria.

[15] Faridah, A., H., A., Hasmanie, A., H., Hasnain, M., I., (2004), A study on construction and demolition waste from buildings in Seberang Perai, Proceeding of 3rd National Conference in Civil Engineering, Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Malaysia.

[16] Ferguson, J., Kermode, N., Nash, C. L., Sketch, W.A.J., and Huxford, R.P., (1995). Managing and Minimizing Construction Waste: A Practical Guide, Institute of Civil Engineers, London.

(7)

Nagapan, S., Rahman, I. A., & Asmi, A. (2012). Sisa Pembinaan dan Isu-isu yang berkaitan di Malaysia. Diges FKAAS, Bil. 1, Muka surat: 17-22, Penerbit UTHM, ISSN: 2231-8232. [19] Hao, J. L., Hills, M. J., and Shen, L. Y. (2008). Managing construction waste on-site through system dynamics modeling: The case of Hong Kong. Journal of Engineering, Construction and Architectural Management,15, 103-113.

[20] Hwang, B.G and Yeo, Z. B. (2011)Perception on benefits of construction waste management in the Singapore construction industry. Engineering, Construction and Architectural

Management,18(4),394-406.

[21] Jurutera, (2011). Reduce, reuse and recycle, The Institution of Engineers Malaysia (IEM),8, 6-9. [22] Katz, A., and Baum, H. (2011). A novel methodology to estimate the evolution of construction waste in construction sites. Journal of Waste Management, 31, 353–358.

[23] Kofoworola, O.F. and Gheewal, S.H. (2009). Estimation of construction waste generation and management in Thailand. Journal of Waste Management, 29 (2), 731–738.

[24] Koskela, L., (1992). Application of the New Production Philosophy to Construction. Technical Report No. 72, CIFE, Stanford University.

[25] Kulatunga, U., Amaratunga, D., and Haigh, R., (2006). Attitudes and perceptions of construction workforce on construction waste in Sri Lanka. Management of Environmental Quality: An International Journal,

17(1),57-72.

[26] Lauritzen, E.K. (1998). Emergency construction waste management. Journal of Safety Science. 30, 45-53 [27] Lee, S.H., Diekmann, J.E., Songer, A.D. and Brown, H. (1999) Identifying Waste: Applications of

Construction Process Analysis. Proceedings of 7th Annual Conference of the International Group for Lean Construction, USA, 63-72.

[28] Lu, W., and Yuan, H., (2011). A framework for understanding waste management studies in construction. [29 Journal of Waste Management, 31, 1252-1260.

[29] Lu, W., Yuan, H., Li, J.J., Hao, J.L., Mi, X., and Ding, Z. (2011). An empirical investigation of construction and demolition waste generation rates in Shenzhen city, South China. Journal of Waste Management,

31,680-687.

[30] Nasaruddin, F.H., Ramli, N.H.M., and Ravana, S.D (2008), E-Construction Waste Exchange in Malaysia: A Preliminary Study, Proceedings of Information Technology International Sysposium 2008, Kuala

Lumpur, Malaysia.

[31] Nazech, E.M., Zaldi, D. and Trigunarsyah, B. (2008), Identification of construction waste in road and highway construction projects, Proceedings of 11th East Asia-Pacific Conference on Engineering and

Construction,Taiwan.

[32] Poon, C. S. (2007). Reducing construction waste. Journal of Waste Management. 27, 1715-1716. [33] Rahmat, N. S and Ibrahim, A. H. (2007), Illegal Dumping Site: Case Study in the District of Johor Bahru Tengah, Penang, Malaysia.

[34] Nagapan, S., Abdul Rahman, I., & Asmi, A. (2011). A Review of Construction Waste Cause Factors,

Proceedings of the Asian Conference of Real Estate: Sustainable Growth Managing Challenges (ACRE),Johor, Malaysia.

[35] Serpell, A., Venturi, A., and Contreras, J.,(1995), Characterization of waste in building construction projects, 3rd workshop on lean construction, Albuquerque.

[36] Seow, T. W and Mohamad, A. H (2007). Pengurusan Sisa Pembinaan di Tapak Bina. Proceedings of Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

[37] Shen, L.Y., Tam, V.W.Y., and Drew, C.M. (2004). Mapping approach for examining waste management on construction sites. Journal of Construction Engineering and Management, 130 (4), 472–481. [38] Siti, N. M., and Noor, Z. M. (2008), Approach in construction industry: A study on prefabrication method as a tool for waste minimization, Proceeding of International Conference on Environmental Research

and Technology (ICERT), Penang, Malaysia.

[39] Standard Specifications for Buildings Works (2005 Edition), Ministry of Works, 1-15.

[40] Tam, V. W. Y., and Tam, C. M. (2008). Waste reduction through incentives: A case study. Building Research and Information Journal, 36, 37-43.

[41] Tam, V.W.Y., Shen, L.Y., Fung, I.W.H., and Wang, J.Y. (2007). Controlling construction waste by

implementing governmental ordinances in Hong Kong. Journal of Construction Innovation, 7(2), 149-166.

[42] The Ingenieur, (2009). Sanitary Landfill: A Strategic Approach Towards Solid Waste Management, Boards of Engineers Malaysia (BEM), 42, 12-16.

[43] The Star, Tan, K.W. (2012, January 10). MBPJ to clear debris before Chinese New Year. Page 4. [44] The Star, Murali, R.S.N. (2011, September 22). An Irresponsable Act: Tropical Mangrove Swamp has Become a Construction Dumpsite. Page 3.

[45] Utusan Malaysia (2012, Januari 6). Kerajaan Sasar Pulih 35 Projek Perumahan Terbengkalai Tahun ini. Page 4.

[46] Wahab, A.B. and Lawal A. F.(2011), An evaluation of waste control measures in construction industry in Nigeria, African Journal of Environmental Science and Technology, 5(3), 246-254.

[47] Winkler, G., (2010). Recycling Construction & Demolition Waste Publisher: McGraw-Hill.

[48] Yahaya, N. and Larsen, I., (2008), Federalising Solid Waste Management in Peninsular Malaysia, Proceeding of International Solid Waste Association (ISWA) World Congress, Singapore.

[49] Zhao, Y., and Chua, D. K. H., (2003), Relationship between Productivity and Non Value-Adding Activities, Proceeding of the 11th annual conference of the international group for lean construction, Blacksburg, Virginia, USA.

[50] Zuhairi Abd Hamid, (2011), Policy and Sustainable Development: Malaysian Construction Industry

Perspective, Proceedings of 1 Day Seminar Knowledge Sharing on Construction Management, UTHM, Batu Pahat, Johor.

Referensi

Dokumen terkait

Peneliti kembali ke lapangan untuk melakukan pengamatan untuk mengetahui kebenaran data yang diperoleh maupun menemukan data baru. Melakukan pengamatan secara lebih

pada berbagai daerah konflik dibawah naungan PBB. Bagi anggota POLRI yang.. tergabung dalam penugasan sebagai pasukan perdamaian PBB, tentunya harus. memerankan dirinya sebagai

Berdasarkan pengujian diketahui bahwa pada skala laboratorium, Ag-ChNPs 500 ppm dan Cu- ChNPs 1000 ppm mampu menghambat pertumbuhan cendawan Colletotrichum capsici sebesar

Produk yang dihasilkan dari pengabdian ini ialah teknologi pengolahan air minum serta air minum yang sehat dan layak dikonsumsi bagi santri dan pengurus pondok

Berdasarkan pembahasan di atas, dapat disimpulkan bahwa faktor CAMEL, yaitu kecukupan modal yang memadai, kualitas aktiva produktif yang baik, manajemen yang

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) merupakan salah satu mata kuliah yang wajib ditempuh oleh setiap mahasiswa S1. Tujuan utama dari kegiatan PPL ini adalah untuk

Puji syukur atas kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat, hidayah dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan studi dan menyusun skripsi yang

pada gelas kimia tidak mengalami perubahan juga tidak terdapat adanya gas atau gelembung, tidak terdapat adanya gelembung tersebut membuktikan bahwa tidak