• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajulashikin and Nor Faizah 2014 Perban

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tajulashikin and Nor Faizah 2014 Perban"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 656

PERBANDINGAN KONSEP KECERDASAN SPIRITUAL DARI PERSPEKTIF ISLAM

DAN BARAT: SATU PENILAIAN SEMULA

Tajulashikin Jumahat Institute of Education

International Islamic University Malaysia (IIUM) tajulashikin@iab.edu.my

Nor Faizah Abdullah Kementerian Pelajaran Malaysia

faizahabdullah72@gmail.com

Abstrak

Terdapat pelbagai teori kecerdasan telah dikemukakan di Barat termasuk mutakhir ini kecerdasan spiritual atau kecerdasan rohani (SQ atau SI). Teori kecerdasan spiritual yang terawal telah dikemukakan oleh Emmons (2000) dan dipopularkan oleh pasangan Zohar dan Marshall (2000). Kertas ini dikemukakan sebagai satu perbandingan antara teori kecerdasan spiritual oleh ilmuwan Barat dan juga dari sarjana-sarjana Islam. Pemikiran semula terhadap teori kecerdasan spiritual amat diperlukan kerana belum ada satu teori yang konkrit terhadap konstruk psikologi ini. Penyelidik merasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini kerana terdapat dalam kalangan penyelidik-penyelidik Muslim telah mengambil konsep, dimensi-dimensi dan alat pengukuran kecerdasan spiritual dari Barat yang didapati asas epistemologi teori yang digunakan adalah tidak bersesuaian dengan tasawur Islam. Penyelidik mendapati terdapat dua dilema utama yang wujud dalam teori kecerdasan spiritual dari Barat iaitu terdapat elemen-elemen sekularisme dan pluralisme beragama yang boleh menggugat keutuhan akidah Islam. Justeru itu, telah muncul beberapa konsep kecerdasan spiritual yang telah dikemukakan oleh sarjana dan ilmuwan Islam untuk mengatasi dilema ini. Hanya segelintir sahaja teori kecerdasan spiritual dari perspektif Islam ini dapat mengambil tempat dalam perbincangan ilmiah disebabkan oleh kekangan tertentu. Walau bagaimana pun, telah wujud usaha yang dilakukan oleh sarjana dalam bidang psikologi Islam dan agama yang boleh dijadikan sandaran kepada kerangka teori yang bersesuaian dengan tasawur Islam. Konsep-konsep utama psikologi Islam seperti paradigma tauhid, fitrah kejadian manusia, entiti spiritual seperti roh (ruh), kalbu, (qalb), jiwa (nafs) dan akal (‘aql) dapat menjadi wadah untuk menzahirkan konsep kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Cadangan dan saranan terhadap karya-karya ilmiah hasil penulisan sarjana silam dan sarjana moden juga turut dikemukakan agar konstruk kecerdasan spiritual dapat diterima dan digunakan secara ilmiah oleh penyelidik yang akan datang.

Kata kunci: Kecerdasan spiritual, Kerohanian, Psikologi Islam, Sekularisme, Pluralisme, Tauhid, Fitrah.

1. Pengenalan

Psikologi Islam sedang mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah menarik ramai cendekiawan dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial untuk memperkayakan lagi

(2)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 657

menyelesaikan dilema yang timbul dalam ilmu psikologi khususnya dan juga dalam kalangan masyarakat Islam umumnya (Badri, 1979; 2009). Penulisan ini merupakan satu usaha penyelidik untuk membuat perbandingan secara ilmiah terhadap konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh ilmuwan Barat mahupun oleh sarjana Islam dan seterusnya menilai kesesuaian konsep ini dalam wacana ilmiah bidang keagamaan dan sains sosial.

2. Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Barat

Dalam psikologi modern, teori kecerdasan telah bermula di akhir abad ke 19. Bidang psikologi moden amat dipengaruhi oleh konsep kecerdasan manusia. Di antara teori awal kecerdasan manusia telah dipelopori oleh Francis Galton (Cohen & Swerdlik, 2010). Namun, teori kecerdasan manusia adalah terhad kepada fungsi operasi mental dan tidak mampu menjangkau domain afektif manusia. Setelah itu muncullah teori kecerdasan emosi yang dipopularkan oleh Goleman (1995). Itu pun dianggap tidak memadai untuk menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah kehidupan manusia yang semakin kompleks yang seolah-olah semakin hilang nilai pertimbangannya. Kemunculan teori kecerdasan spiritual dari Barat lebih sedekad yang lalu dianggap telah dapat memberikan penyelesaian dalam menjawab persoalan kewujudan dan kehidupan manusia (Zohar & Marshall, 2000). Dari segi definisi konsep Barat, kecerdasan spiritual adalah aplikasi pragmatik potensi spiritual individu dalam memahami makna kehidupan dan juga dalam penyelesaian masalah kehidupan seperti yang difahami oleh majoriti pendukung konsep ini. Tidak dapat dinafikan bahawa karya oleh Emmons (2000) dan pasangan Zohar dan Marshall (2000) telah menjadi adalah pendorong dalam memperkenalkan lagi konstruk kecerdasan spiritual dalam bidang psikologi moden. Semenjak itu, pelbagai teori, konsepsi dan saranan telah dikemukakan oleh sarjana Barat dan juga Timur untuk menggabungkan konsep kerohanian (spirituality) dengan kecerdasan (intelligence) bagi mengesahkan konstruk ini sebagai kecerdasan manusia (Amram, 2007; Covey, 2004; King, 2008; Ronel, 2008). Kecerdasan spiritual boleh dianggap sebagai konstruk yang baru dan masih berada di tahap awal perkembangannya. Definisi dan dimensi kecerdasan spiritual telah menjadi perdebatan dan dibahaskan dalam wacana intelektual di Barat dari segi konsepsi dan asas epistemologi kecerdasan arus perdana sejak dari awal pengenalannya (Mayer, 2000; Gardner, 2000). Namun, konsep kecerdasan spiritual di Barat adalah sesuai untuk memenuhi keperluan fahaman dan ideologi mereka yang sebahagian besarnya berfahaman sekular dan juga teorinya dibina berdasarkan perspektif Judeo-Christian (Yahudi-Kristian)(lihat King, 2008; Ronel, 2008; Zohar & Marshall, 2004).

Amram (2007) menggunakan pendekatan kualitatif ‘ecumanical grounded theory’ dengan mengambil tradisi pelbagai agama untuk mengesahkan konstruk dan dimensi kecerdasan spiritual. Kajian ini dilanjutkan bersama rakannya dalam membina instrumen pengukuran kecerdasan spiritual (Amram & Dryer, 2008). Sejurus selepas konsepsi kecerdasan spiritual oleh Amram, King (2008) telah menganjurkan pemikiran semula terhadap konsep-konsep kecerdasan spiritual yang sebelum ini yang dianggap beliau sebagai tidak memenuhi andaian kecerdasan arus perdana (mainstream intelligence assumptions). Dalam konsepsi nya terhadap konstruk kecerdasan spiritual, beliau telah membahaskan setiap dimensi kecerdasan spiritual yang pernah dikemukakan sebelum ini untuk memenuhi andaian tersebut. Namun beliau cuba untuk mengasingkan elemen formal keagamaan dalam konsepsi nya agar konstruk yang diutarakan beliau lebih bersifat universal bagi membolehkan instrumen pengukuran yang dibina boleh diaplikasikan oleh pelbagai lapisan demografi.

(3)

pembolehubah-Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 658

pembolehubah konstruk psikologi tertentu. Isu ini telah menjadi keprihatinan penyelidik di mana konsep-konsep kecerdasan spiritual oleh Amram dan King mempunyai pengaruh sekularisme dan pluralisme yang sama sekali tidak bersesuaian dengan tasawur Islam. Konsep-konsep kecerdasan spiritual dari Barat ini dilihat tidak konsisten kerana wujud pelbagai tafsiran di kalangan mereka kerana menggunakan kerangka teori yang berbeza. Sayyed Qutb (1991) secara yang tepat menyatakan bahawa "The concepts, religions, and systems that men have devised for themselves Outside Allah's guidance must always change, because man feels constrained by them as his demands increase and his needs evolve." (p. 30). Malangnya, sebahagian daripada konsep-konsep ini telah diambil dan digunakan oleh penyelidik-penyelidik Islam tanpa melihat atau merujuk asal-usul teori yang digunakan. Mereka mencampuradukkan konsep tersebut dengan sumber-sumber ilmu Islam yang kemudiannya menganggap ia bersesuaian dan serasi dengan akidah Islam yang seterusnya digunakan dalam kajian terhadap umat Islam.

3. Kritikan Terhadap Konsep Kecerdasan Spiritual Barat

Satu ungkapan popular di dunia moden ini iaitu ‘spiritual but not religious' sering kedengaran dalam memperkatakan perihal kerohanian (lihat Attri 2012). Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh pendokong ungkapan ini yang kelihatannya dengan sengaja cuba memisahkan kerohanian dari agama. Dari sudut pandangan Islam sesungguhnya kenyataan sedemikian adalah batil kerana Islam tidak sama sekali memisahkan amalan duniawi dan keyakinan terhadap ketuhanan (Al-Qaradawi, 2010; Mawdudi, 2010; Al-Attas, 1992). Kerohanian dalam Islam pada hakikatnya adalah melaksanakan kewajipan agama dan amalan ritual yang diwajibkan terhadap Tuhan yang maha esa (Fatimah, 2013). Menurut Bensaid dan Machouche (in press), apabila kecerdasan spiritual dan nilai agama cuba di dipisahkan, konsep yang diutarakan hanya akan memberikan manfaat dan keuntungan duniawi yang sementara. Ini akan mengakibatkan berlakunya kemerosotan nilai kerohanian dalam amalan beragama dan juga menidakkan kepelbagaian budaya yang mungkin mempunyai nilai yang berbeza dengan sikap sekular sebegini. Sikap dan andaian yang sedemikian tidak bersesuaian untuk diamalkan oleh masyarakat Islam yang sama sekali tidak memisahkan antara kerohanian dan agama. Integrasi kedua-dua elemen ini pada hakikatnya amatlah jelas dalam kehidupan seorang Muslim kerana Islam merupakan sebuah agama yang syumul. Sehubungan dengan ini, Allah berfirman bahawa "hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Ku cukupkan nikmat Ku kepada kamu dan Aku telah memilih untuk kamu Islam sebagai cara hidup." (Al-Quran 5:3).

Bagi mencapai hasrat islamisasi ilmu pengetahuan, ahli psikologi Islam harus mampu untuk mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan umat kerana ketidakserasian model yang dikemukakan oleh Barat (Badri, 2009; Langgulung, 1991). Masalah berbangkit akan berlaku apabila ahli psikologi Islam secara membuta tuli mengambil apa sahaja yang dikemukakan oleh Barat seperti mana yang dikhuatiri oleh Prof. Malik Badri (1979) dalam karyanya “Dilema Ahli Psikologi Islam” berdasarkan hadis Rasullullah (s.a.w): “Kalian pasti akan mengikuti tradisi umat-umat terdahulu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Hingga sekalipun mereka masuk lubang biawak, kalian pasti mengikutinya”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Rasulullah menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka!’”. Allah (s.w.t) turut memperingatkan orang-orang beriman di dalam Al-Quran untuk memikirkan hal yang sama (Qur'an, 2:120).

(4)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 659

sedaya upaya cuba untuk memenuhi andaian kriteria kecerdasan manusia dalam teori kecerdasan spiritual yang hanya bergantung kepada kefahaman akal semata-mata walaupun dalam masa yang sama beliau masih lagi memperkatakan sesuatu yang bersifat ‘spiritual’. Mohamed (1998) secara tegas menyatakan bahawa pandangan sekularisme yang sebegini boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Fahaman kedua yang wujud dalam konsep kecerdasan spiritual juga boleh mengganggu gugat akidah Islam sekiranya digunakan oleh penyelidik Muslim. Dalam kajian Amram (2007), beliau memperoleh dimensi dan sub-dimensi kecerdasan spiritual untuk instrumen pengukuran nya dengan mengharmonikan kefahaman amalan kerohanian oleh orang-orang yang ‘alim’ dalam agama masing-masing (termasuklah Imam dan para Sufi) yang mana majoriti agama-agama ini adalah bertunjangkan fahaman politeisme iaitu menidakkan kewujudan Tuhan yang satu. Fahaman sebegini boleh dianggap sebagai pluralisme agama, iaitu menyamaratakan kefahaman konsep beragama (Ariffin, 2013). Walaupun dari pandangan mata kasarnya dimensi-dimensi yang dikemukakan kecerdasan spiritual kelihatan murni, namun asas epistemologi yang digunakan akan membawa kepada syirik terhadap Allah (s.w.t). Dari segi pemahaman seorang lagi pendukung Barat iaitu Ronel (2008) yang juga mengambil pendekatan bersepadu amalan kerohanian Yahudi-Kristian dalam konsep kecerdasan spiritual nya. Beliau juga memasukkan unsur kerohanian agama Timur yang lain dalam membawa hala tuju definisi kecerdasan spiritual yang kononnya kelihatan universal yang tentunya tidak bersesuaian dan bercanggah dengan akidah Islam.

(5)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 660

4. Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam

Berdasar definisi yang dikemukakan oleh Bensaid dan Machouche (in press) menyatakan bahawa kecerdasan spiritual adalah hasil dari iman yang mendalam yang dimanifestasikan melalui pemikiran dan tindakan yang benar (baik). Menurut Fatimah (2012), kecerdasan spiritual melibatkan kajian mengenai fitrah dan kecenderungan jiwa manusia yang merangkumi semua aspek kehidupan yang diterjemahkan ke arah kehidupan yang bermakna dan sejahtera. Sesungguhnya bidang psikologi moden hampir mengabaikan fitrah dalaman manusia yang mempengaruhi tingkah laku dan tindak tanduk manusia (Ansari, 1992; Badri, 1979; Langgulung, 1985). Unsur-unsur lain yang penting dalam psikologi manusia seperti dimensi kepercayaan, moral dan kerohanian telah dianggap sebagai wacana yang asing dalam psikologi perkembangan moden (Mujib & Mudzakir, 2002; Shehu, 2013).

Kecerdasan spiritual dari sudut pandangan Islam menghubungkan potensi dalaman yang afektif (jiwa, hati dan roh) dengan aktiviti kognitif (Shahibuddin, 2000). Ini merupakan sesuatu perkara yang penting dan amat ditekankan dalam ajaran Islam kerana ia amat berkait rapat dengan etika dan moral manusia (Fatimah, 2012). Ini adalah salah satu sebab mengapa Allah (s.w.t) telah mengurniakan manusia dengan bimbingan para Nabi dan Rasul agar membentuk peribadi dan sahsiah manusia yang sempurna seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”(Qur'an, 33:21).

Sesungguhnya dalam bidang psikologi, kajian mengenai kecerdasan manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan personaliti manusia (Anchoi, 2009). Dengan menggunakan kerangka psiko-spiritual, ini dapat membantu untuk memperjelaskan dimensi dalaman manusia yang mengatakan bahawa jiwa manusia adalah elemen yang penting bagi menjelaskan konsep kecerdasan spiritual. Sifat pendam kecerdasan spiritual akan mencerminkan keperibadian seorang menurut pengaruh dan peranan yang dimainkan oleh jiwa manusia. Apa yang sedang berlaku dalam jiwa dapat mencerminkan tingkah laku manusia (Abdul Latif, 2012). Keadaan jiwa manusia adalah tidak statik malahan ia merupakan sesuatu yang dinamik. Kedudukan atau keadaan jiwa adalah tertakluk kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan kehendaknya, yang mana manusia telah dikurniakan dengan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya; sama ada dia memilih untuk mengikut jalan yang benar selaras dengan ajaran agama dan seterusnya mendapat ketenangan dalam kehidupannya atau memilih untuk memenuhi keinginan hawa nafsunya yang cenderung untuk menyimpang dirinya fitrah kejadiannya yang murni (Kamar Oniah, 2009).

5. Model-model Kecerdasan Spiritual Dari Perspektif Islam

Di sini, dikemukakan satu sorotan terhadap konsep dan model kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Konsep alternatif kecerdasan kerohanian oleh cendekiawan-cendekiawan Islam telah muncul sebaik sahaja ia dipopularkan oleh Zohar dan Marshall (2000). Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas mengenai beberapa model kecerdasan spiritual atau model yang seumpama dengannya.

(6)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 661

terjemahan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Pengaruh konsep ESQ yang diutarakan oleh Ary Ginanjar dapat dilihat dari kajian ilmiah (Badawi, 2008; Nisa', 2009) dan juga berbentuk artikel ilmiah yang diterbitkan (Endang Pertiwi et al, 2009; Fatimah, 2012; Hailan & Shah, 2012). Penyelidik-penyelidik ini telah menggunakan konsep ESQ daripada Agustian (2007) untuk menjustifikasikan kecerdasan spiritual dari perspektif Islam. Agustian (2007) juga telah melampirkan instrumen penilaian kendiri dengan menyediakan skala berasaskan kepada 99 nama Allah yang indah (Asma Al-Husna) dan diterjemahkan ke dalam bentuk item-item. Walau bagaimanapun, penggunaan Asma Al- Husna telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan ilmuan Islam sama ada dari Indonesia mahu pun di Malaysia (lihat Djamaluddin , 2010). Beberapa kontroversi lain yang timbul contohnya Agustian cuba untuk ‘mengislamkan’ beberapa istilah yang menunjangi konsep kecerdasan spiritual oleh Zohar dan Marshall (2000) seperti Zero Mind Processing dan God Spot yang kurang sesuai dengan kefahaman Islam. Ada ketikanya Agustian menggunakan istilah ‘unconscious’ dalam konsep ESQ yang ternyata tidak selaras dengan pandangan Islam yang mana tanggungjawab dan tingkah-laku manusia mestilah ditingkah-lakukan dalam keadaan penuh kesedaran terutamanya dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah (s.w.t).

Nataatmadja (2001) telah menulis sebuah buku mengenai kecerdasan spiritual yang mana ia mencerminkan latar belakang beliau sebagai ilmuwan sains teras seperti mana yang pernah ditunjukkan model kecerdasan spiritual oleh Zohar dan Marshall. Huraian di dalam buku beliau cuba membawakan konsep kecerdasan spiritual ke arah wacana pemikiran yang tinggi sifatnya. Dengan menggabungkan bidang sains dan wacana agama, beliau telah menyediakan kaedah kreatif yang dianjurkan oleh para Nabi dan ahli Sufi berkaitan dengan kecerdasan spiritual. Walau bagaimanapun, buku ini kurang sesuai dibaca oleh khalayak umum untuk memahami konsep kecerdasan spiritual yang diutarakan kerana menggunakan falsafah dan teori fizik serta rumusan matematik untuk menterjemahkan beberapa konsep kecerdasan spiritual daripada al-Quran. Walau bagaimana pun, terdapat banyak konsep-konsep penting dalam Islam telah dikemukakan seperti akidah, fitrah, moral dan lain-lain. Pembaca perlu mempunyai tahap pengetahuan saintifik dan konsep kerohanian yang tinggi serta asas tasawuf supaya dapat memahami isi kandungan buku ini dengan baik. Namun begitu, buku ini juga tidak membuat sebarang pengelasan dalam mengkategorikan dimensi kecerdasan spiritual.

Mujib dan Mudzakir (2002) merupakan sarjana psikologi Islam yang telah memberi pencerahan terhadap bidang psikologi dari perspektif Islam dan mencipta istilah "kecerdasan jiwa". Mereka merasakan bahawa terdapat keperluan untuk memperkenalkan istilah kecerdasan jiwa sejak berkembangnya teori kecerdasan 'baru' yang memperkenalkan oleh sarjana Barat bagi menjelaskan fungsi manusia yang perlu ditakrifkan semula dari perspektif Islam. Mereka mengandaikan bahawa kecerdasan jiwa adalah sebagai pusat kecerdasan dan bukannya kecerdasan spiritual seperti yang difahami oleh sesetengah pendukung konsep ini. Mujib dan Mudzakir telah mengolah inti pati keempat-empat kecerdasan arus perdana yang merangkumi kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) ,kecerdasan moral (MQ), kecerdasan spiritual (SQ). Mereka telah menambah kecerdasan agama sebagai kecerdasan kelima dalam aspek kecerdasan manusia dari perspektif Islam dan juga dari pandangan psiko-sufistik. Namun, beberapa dimensi atau indikator yang disarankan menggunakan istilah bahasa Arab yang mungkin di luar jangkauan pemahaman orang awam.

(7)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 662

dengan Allah (s.a.w), sentiasa merasai kehadiran Allah (s.a.w), pendedahan dan pengalaman transendental, siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan istiqamah. Namun demikian model-model dari sarjana dan ilmuwan Islam kurang mendapat tempat dalam wacana ilmiah. Ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor bahasa dan ketokohan ilmuwan tersebut.

6. Penilaian Semula Model dan Konsepsi Kecerdasan Spiritual

Sorotan literatur di atas telah menunjukkan wujudnya lompang yang ketara dari segi model dan konsepsi kecerdasan spiritual dari Barat mahu pun dari perspektif Islam. Oleh yang demikian, satu penilaian dan pemikiran semula tentang epistemologi konsep kecerdasan spiritual amatlah diperlukan. Pada hakikatnya, kerohanian dalam Islam adalah bersifat multi dimensi yang merangkumi isu kepercayaan, ibadah, etika beragama atau moral yang secara langsung melibatkan perhubungan antara manusia dan Pencipta serta perhubungan sesama manusia (Ramadan, 2004). Pembangunan model kecerdasan spiritual dari perspektif Islam yang akan datang perlu mengambil perhatian tentang epistemologi pembentukan teori dalam bentuk yang lebih ilmiah dan saintifik berdasarkan disiplin ilmu terkini. Oleh yang demikian, beberapa langkah yang boleh disarankan agar konsep kecerdasan spiritual ini boleh berpijak pada landasan tasawur Islam yang sebenar bersumberkan Al-Quran dan hadis seperti mana yang dikemukakan dalam karya cendekiawan klasik dan kontemporari iaitu:

a) Menganjurkan paradigma tauhid sebagai kerangka teori kepada konsep kecerdasan spiritual. Landasan ini telah pun dipelopori oleh cendekiawan Islam kontemporari berdasarkan hasil ilmiah mereka seperti Al-Attas dan Wan Mohd Nor (2007), Al-Faruqi (1992), Atari (1999)dan Mohd Kamal (2013).

b) Kecerdasan spiritual merupakan satu konstruk psikologi. Oleh yang demikian, rujukan yang boleh disarankan ada dari karya klasik dalam ilmu akhlak dan tasawuf seperti Al-Ghazali, Ibnu Qayyim, Ibn Taymiyyah dan karya ilmuwan moden dalam memahami kesejagatan Islam seperti Al-Qaradawi (2010), Qutb (1991), Abdalati (1999). Manakala dari ilmu psikologi Islam kontemporari boleh dirujuk kepada Haque (2004), Badri (1979), Mohamed (1998) dan Raba (2010).

(8)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 663

7. Kesimpulan dan Cadangan

Konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Islam menunjukkan pertalian yang utuh antara konsep kerohanian (spirituality) dan agama yang dapat direalisasikan dari dimensi iman, ibadah dan akhlak. Hasrat pertama penyelidik ialah untuk merealisasikan Islamisasi ilmu psikologi. Manakala tujuan kedua ialah memberi makluman kepada penyelidik-penyelidik Muslim bahawa kerangka teori atau kerangka konsep kecerdasan spiritual yang dikemukakan oleh Barat adalah tidak bersesuaian dengan landasan tasawur Islam. Lantaran itu, sarjana-sarjana Islam dalam pelbagai bidang sama ada ahli psikologi Islam dan agamawan perlu berganding bahu untuk terus memperkayakan lagi khazanah ilmu psikologi Islam untuk kesejahteraan umat keseluruhannya. Rujukan

Abdalati, H. (1999). Islam in focus. New Delhi: Rahmah Publishers.

Adz-Dzakiey, H. B. (2004). Prophetic Intelligence; Kecerdasan kenabian. Menumbuhkan potensi hakiki insani melalui kesehatan ruhani. Yogyakarta: Islamika.

Abdul Latif Abdul Razak (2012). The Islamic worldview on the preservation and restoration of mental health. In A.K.H. Solihu (Ed.), The Islamic worldview, ethics and civilization: Issues in contemporary interdisciplinary discourse (pp. 77-96). Kuala Lumpur: IIUM Press.

Agustian, A. G. (2007). The Islamic guide to developing ESQ (emotional spiritual quotient) : Applying the ESQ way 165 1 value, 6 principles and 5 actions. Jakarta: Arga Publishing.

Al-Attas, S. M. N. (1993). Islam and secularism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization, International Islamic University Malaysia.

Al-Faruqi, I. R. (1992). Al-Tauhid: Its implications for thought and life. Virginia: International Institute of Islamic Thought.

Al-Qaradawi, Y. (2010). Islam: An introduction. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Amram, Y. (2007). The seven dimensions of spiritual intelligence: An ecumenical grounded theory. Paper presented at the 115th Annual (August 2007) Conference of the American Psychological Association, San Francisco, CA. Retrieved December 15, 2007, from http://www.yosiamram.net/papers

Amram, Y., & Dryer, C. (2008). The Integrated Spiritual Intelligence Scale (ISIS): Development and preliminary validation. Paper presented at the 116th Annual (August 2008) Conference of the American Psychological Association, Boston, MA. Retrieved September 17, 2008, from http://www.yosiamram.net/papers

Anchoi, M. (2009). Human nature from a comparative psychological perspective. In A. Haque & Y. Mohamed (Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives (pp.61-89) Singapore: Cengage Learning.

(9)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 664

Atari, A. T. M. (1999). Atari 1999- Prolegomena for an Islamic Perspective of Educational Management. The American Journal of Islamic Social Science, 16(1), 41–72.

Attri, R. (2012). Spiritual intelligence: A model for inspirational. Research Journal of Social Science & Mangement, 1(9), 212–219.

Badawi, A. (2008). Konsep Spiritual Quotient (SQ) Sebagai Arah Baru Pengembangan Pendidikan Islam. Unpublished master's thesis, Univesiti Islam Negeri Malang, Indonesia.

Badri, M. (2009). Human nature in secular psychology: An Islamic critique. In A. Haque & Y. Haque & Y. Mohamed (Eds). Psychology of personality: Islamic perspectives.(pp. 39-60) Singapore: Cengage Learning.

Badri, M. B. (1979). The Dilemma of Muslim Psychologists. London: MWH London Publishers.

Bensaid, B. and Machouche, S. B. T. (in press). Spiritual intelligence: A Qur’anic alternative approach. Islamic Perspective Journal.

Covey, S.R. (2004). The 8th habit. From effectiveness to greatness. New York: Free Press.

Cohen, R.J. & Swerdlik, R.J. (2010). Psychological testing and assessment: An introduction to tests and measurement (7th Ed). New York: McGraw-Hill.

Djamaluddin, A. (2010). Ajaran ESQ Ary Ginanjar tentang Asma Allah Jelas Menyimpang. Retrieved 3 Feb2013 from: http://www.voa-islam.com/news/profile/2010/07/09/7966/amindjamaluddinajaran-esq-ary-ginanjar-tentang-asma-allah-jelas-menyimpang/

Emmons, R. (2000). Is Spirituality an intelligence? Motivation, Cognition, and the Psychology of Ultimate Concern. International Journal for the Psychology of Religion, 10(1), 3–26.

Endang Pertiwi Saidy, Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd. Rahman, Habibah Ab. Jalil, Ismi Arif Ismail & Krauss, S. E. (2009). Influence of Emotional and Spiritual Intelligence from the National Education Philosophy Towards Language Skills Among Secondary School Students. European Journal of Social Sciences, 9(1), 61–71.

Fatimah Abdullah (2012). Teaching Islamic Ethics and Ethical Training: Benefiting From Emotional and Spiritual Intelligence. International Journal of Humanities and Social Science, 2(3), 224-232. Fatimah Abdullah (2013). Psychology and theology of submission: Understanding Islamic religiosity and spirituality. Paper presented at the 1st World Congress on Integration & Islamicisation of Acquired Human Knowledge (FWCII 2013). 23-25 August 2013.

Gardner, H. (2000). A case against spiritual intelligence. The International Journal for the Psychology of Religion, 10(1), 27-34.

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York, NY: Bantam Books.

(10)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 665

Langgulung, H. (1991). Kreativiti dan pendidikan: Suatu kajian psikologi dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langgulung, H. (1985). Pendidikan dan peradaban Islam: Suatu analisa sosio-psikologi. Jakarta: Pustaka Al-Husna.

Kabbani, S.M.H. (2008). Sufism and the perennial conflict of good and evil. In A.Husain, S. Jamaluddin, O. Hashim, L.S. Cheong, , M. Md Nor & H. Sulaiman (Eds.), Horizons of spiritual psychology (p. 1-47), New Delhi: Global Vision Publishing House.

Kamar Oniah Kamaruzaman (2009). Understanding Islam: Contemporary discourse. Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.

King, D. B. (2008). Rethinking claims of spiritual intelligence: A definition, model, & measure. Unpublished master’s thesis, Trent University, Peterborough, ON, Canada.

Mawdudi, A. A. (2010). Towards understanding Islam. Kuala Lumpur: Dar Al Wahi Publication.

Mayer, J. D. (2000). Spiritual Intelligence or Spiritual Consciousness ? The International Journal for the Psychology of Religion, 10(1), 47–56.

Mohamed Ajmal Abdul Razak (2011). Hick’s pluralism and Rumi’s Mathnawi: The continued

propagation of misappropriation lines. Al-Shajarah, 16(1), 141-150.

Mohamed, Y. (1998). Human nature in Islam. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

Mohd Kamal Hassan (2013). The deepening crisis of contemporary civilization and the urgency of applying the paradigm of Tauhid. Keynote Address delivered at the FWCII-2013, 23-25 August Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Muhammad Garing (2007). The importance of spirituality in Islamic perspectives and its role in preventing munkaraat (evils). Retrieved Oct 18 2013 from http://islamic- world.net/index.php?option=com_content&view=article&id=817%3Athe-importance-of-spirituality-in-islamic-perspective-a-its-role-in-preventing-evils&Itemid=75.

Mujib, A. & Mudzakir, J. (2002). Nuansa-nuansa psikologi Islam. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada. Nataatmadja, H. (2001). Inteligensi Spiritual: Inteligensi, manusia-manusia kreatif, Kaum Sufi dan Para Nabi. Jakarta: Perenial Press.

Nisa’, R. (2009). Aspek kecerdasan spiritual dalam perspektif Al-Qur’an. Unpublished Master Dissertation Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim, Malang, Indonesia.

(11)

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by WorldConferences.net 666

Sidek Baba (2014, Januari 16). Usaha mengubah senario beragama di Malaysia: Rencana. Berita Harian, p. 25.

Shahibuddin Laming (2000). Some basic themes in the Qur’an. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.

Shehu, S. (2013). A Study of the Islamic perspective of cognitive development and its implications to education in the Muslim world. Presented at the 1st World Congress on Integration & Islamicisation of Acquired Human Knowledge (FWCII 2013). 23-25 August 2013. Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur.

Zohar, D. & Marshall, I. (2004). Spiritual Capital: Wealth We Can Live By. San Francisco, CA: Berrett-Koehler Publishers, Inc.

Referensi

Dokumen terkait

Penulis akan mencoba menjelaskan ketentuan tentang penyembelihan hewan kurban dengan berserikat (gabungan) secara keseluruhan, menurut Ibn Hazm, sehingga pelaksanaan ibadah

Diketahui bahwa penerapan data baru menggunakan Aplikasi tersebut menghasilkan data yang sesuai dengan prediksi lebih besar di banding dengan yang tidak sesuai, sehingga

a) Berdasarkan Rajah di atas, huraikan langkah-langkah kultur tisu mengikut urutan yang betul. Beliau mempunyai dua pilihan kaedah sama ada untuk memperbanyakkan anak

Dalam artian kemungkinan berbeda dengan metode rukyah dalam penetapan awal bulan Qomariyah itu sedikit.seperti yang terjadi pada 1 Syawwal 1428 Persis dengan Nahdlatul Ulama’

Jenis bahan baku pembuatan baterai sendiri sangat banyak, yakni litium, zink, mangan, dan nikel .Mangan dioksida (MnO 2 ) menjadi peminat baru karena toksisitas mangan yang lebih

1) 255 gr simplisia tumbuhan bidara di larutkan dengan metanol 860ml dalam toples besar dan tertutup rapat. 2) tutup dengan aluminium foil hingga tidak memungkinkan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui keanekaragaman jenis kupu-kupu yang hidup di kawasan air terjun bertingkat Desa Lanna, dengan manfaat yang akan diperoleh