• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNS"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

TEKANAN DAN BURNOUT DALAM KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

ZULKIFLI BIN MAMAT

KOD PENYELIDIKAN: 03-08-36-07

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(2)

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

ZULKIFLI BIN MAMAT NO. PEKERJA : K0I037

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI

(3)

PENGHARGAAN

ii

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Saya amat bersyukuir kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka telah diberi kekuatan kepada saya untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

Setinggi penghargaan keluarga saya yang memberi inspirasi dan sokongan dalam menyiapkan dan menyempurnakan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Pusat ICT, pihak Bendahari, dekan, timbalan dekan, pegawai tadbir dan juruteknik yang terlibat dalam memberikan kerjasama sebaik mungkin. Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.

(4)

ABSTRAK

(5)

Stress an Burnout Among Counselor In Secondary School of Pahang Darul Makmur District

This research is to identify the causes of the pressures faced by the counselors at secondary school in the four district in Pahang Darul Makmur. It is also to identify the effects of the problems that is experienced by these counselors. A total of200 respondents were chosen to fill in the survey form in which 82 respondents are male counselors and 118 respondent are female counselors. This information is obtained using the survey forms which then analyzed through SPSS version 11. The using variable is reported in the form of percentage, min, median and frequency. The relation berween the free variable and leaning variable is tested using the t-test and Pearson Correlation. The findings of the research shows that there is a significant different between the male counselors and female counselors in the pressure that is coused by the jobs and environment. While causes that caused the burnout like work, work pressure and conflict also show a significant different between female counselors and male counselors. The findings also shows that there is a relation between counselor who are facing pressure

towards pysiology and psychology problems. This shows that the counselors in secondary schools in the four district of negeri Pahang Darul Makmur is feeling the pressure and

(6)

V

ISIKANDUNGAN MUKA SURAT

PENGAKUAN i 1.2 Latar Belakang Kaj ian 3

1.3 Pendekatan Teori 6 1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan 6

1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi 7

1.4 Pernyataan Masalah 11 1.5 Persoalan Kajian 12 1.6 Tuj uan Kajian 13

1.6.1 Tujuan Umum 13 1.6.2 Tujuan Khusus 13 1.7 Hipotesis Kajian 14

1.7.1 Hipotesis Umum 14 1.7.2 Hipotesis Khusus 14 1.8 Defmisi Pembolehubah 15

1.8.1 Defmisi Konsep 15 "1.8.1.1 Tekanan 15 1.8.1.2 Burnout 17 1.8.1.3 Kaunselor 19 1.8.2 Defmisi Operasional 21

1.8.2.1 Tekanan 21

1.8.2.2 Burnout 22 1.8.2.3 Kaunselor 22 1.9 Kepentingan Kajian 23

l.l0 Rumusan 25

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan

2.2 Tekanan

2.2.1 Kajian Luar Negara 2.2.2 Kajian Dalam Negara

(7)

vi

2.3 Burnout 39 2.3.1 Kajian Luar Negara 39

2.3.2 Kajian Dalam Negara 42

2.4 Rumusan 45 BAB 3

METODOLOGI 3.1 Pengenalan

3.2 Reka bentuk Kajian 3.3 Alat Kajian

3.3.1 Bahagian A: Maklumat Diri

3.3.2 Bahagian B: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tekanan 3.3.3 Bahagian C: Kesan-Kesan Tekanan

3.4 Tempat Kajian

3.7.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3.7.2 Kaedah Pemarkatan 4.2 Keputusan Kajian 56

4.2.1 Latar Belakang Responden 56 4.2.2 Faktor-Faktor Tekanan Dan Burnout 57

4.2.2.1 Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan

Member! Tekanan Kepada Kaunselor 57 4.2.2.2 Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor 59

4.2.2.3 Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 60 4.2.2.4 Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 62 4.2.2.5 Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor 63

4.2.3 Kesan Fisiologi 64 4.2.3.1 Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor 65

4.2.3.2 Penyakit Kronik Yang Dialami Oleh Kaunselor 67

4.2.4 Kesan Psikologi 68 4.4 Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian 69

(8)

vii

BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76 5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Latar Belakang Responden 76 5.2.2 Tekanan Dari Segi Faktor Perhubungan Kerja 77

5.2.3 Tekanan Dari Segi Faktor Persekitaran 77 5.2.4 Burnout Dari Segi Faktor Tekanan Kerja 78 5.2.5 Burnout Dari Segi Faktor Bidang Kerja 79 5.2.6 Burnout Dari Segi Faktor Konflik Peranan 80

5.2.7 Kesan Fisiologi 80 5.2.8 Kesan Psikologi 81 5.2 Rumusan Kajian 82 5.3 Implikasi Kajian 84 5.4 Cadangan 85 5.5 Rumusan 87

RUJUKAN 88 LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 93

(9)

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Tekanan Dan Burnout 51

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Ciri-ciri Demografi 56 Jadual 4.2 Faktor Perhubungan Kerja Dengan Rakan-rakan Memberi 57

Tekanan Kepada Kaunselor

Jadual 4.3 Faktor Persekitaran Memberi Tekanan Kepada Kaunselor 59 Jadual 4.4 Faktor Tekanan Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 60 Jadual 4.5 Faktor Bidang Kerja Memberi Burnout Kepada Kaunselor 62 Jadual 4.6 Faktor Konflik Peranan Memberi Burnout Kepada Kaunselor 63

Jadual 4.7 Penyakit Akut Yang Dialami Oleh Kaunselor 65 Jadual 4.8 Penyakit KronikYang Dialami Oleh Kaunselor 67 Jadual 4.9 Kesan Psikologi yang Dialami Oleh Kaunselor 68

Jadual 4.10 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 70 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor

Perhubungan Kerja

Jadual 4.11 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 70 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor

Persekitaran

Jadual 4.12 Masalah Tekanan Dengan Masalah Fisiologi .. 71

Jadual 4.13 Masalah Tekanan Dengan Masalah Psikologi 72

Jadual 4.14 Perbandingan Skor-Skor Burnout Di Antara Kaunselor Lelaki 72 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor

Tekanan Kerja

Jadual 4.1.5 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 73 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor

Bidang Kerja

Jadual 4.16 Perbandingan Skor-Skor Tekanan Di Antara Kaunselor Lelaki 74 Dengan Kaunselor Perempuan Berhubung Dengan Faktor

(10)
(11)

SENARAI SINGKATAN df Darjah Kebebasan

K Kekerapan n Bilangan Sampel

p Aras Signifikan r Pekali Kolerasi SD Standard Deviation SDT Sederhana Tekanan

Sig. Signifikan ST Sedikit Tekanan

STN Sangat Tekanan

SPSS Statistical Package for Social Science TT Tiada Tekanan

t Perbezaan Dua Sampel

% Peratus < Kurang Daripada

(12)

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pengenalan

Dalam zaman moden ini, tekanan atau stress adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup. Di mana-mana sahaja seseorang itu alcan menghadapi tekanan, tidak kira sama ada ketika belajar di sekolah ataupun universiti, bekerja di pejabat, bermain di

padang, berada di dalam ataupun di luar rumah mahupun ketika sedang memandu kenderaari, Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan dengan

mudah, tetapi tidak kurang juga yang terpaksa dibantu, diberi sokongan dan bantuan ketika menghadapi tekanan.

Apa yang pasti, tekanan ialah salah satu punca kepada hampir semua masalah dan

(13)

2

psikosomatik. Seseorang individu yang sedang dalam situasi sebegini ada kemungkinan bertindak di luar batas norma masyarakat akibat daripada terjejasnya kemampuan berfikir secara rasional. Rohany mengatakan, "Apabila berlakunya krisis, seseorang itu tidak mampu berfikir dengan baik. Keupayaan berfikir juga terjejas kerana gangguan emosi

yang serius. Sesuatu kejadianyang berlaku dalam situasi beginijuga biasanya dikaitkan

dengan persepsi ancaman kepada kehidupan atau integriti diri seseorang" (Berita Harian, 6 Jun 1994, hal. 21, dalam HairunnajaNajmuddin, 2004).

Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan dunia pendidikan tiga puluh tahun

yang lalu. Tanggungjawab seorang guru hari ini, bulcan hanya sekadar mengajar murid membaca, menulis dan mengira. Kerjaya perguruan sekarang lebih memerlukan komitmen dan kekuatan dalaman yang tinggi bagi meneruskan kerjaya yang semakin luas skop peranan dan tugasnya. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan

sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Junaidah, 1995). Justeru itu,

dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

Guru pada hari ini memikul banyak beban tugas sampingan yang kadang-kadang apabila difikirkan bagai tidak logik untuk dipertanggungjawabkan ke atas seorang guru.

(14)

3

diberikan.. Hasil daripada bebanan tugas ini maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan guru sekarang mengalami tekanan yang boleh membawa kepada gejala 'burnout' sebagaimana yang ditulis oleh Rohany (2003), salah satu bidang pekerjaan yang dikenal pasti sebagai pekerjaan yang berpotensi menjadikan pekerjanya burnout ialah bidang perguruan. Menurut Kryriacou dan Sutcliffe (1978) dalam Haberman M. (2005), burnout terjadi apabila guru-guru tidak dapat mengawal tekanan dan akhirnya memberi kesan kepada harga diri dan kesejahteraan diri. Manakala menurut Pines dan Aronson dalam Farber (1983), berpendapat bahawa burnout dicirikan sebagai kehabisan tenaga fizikal, perasaan tidak berdaya dan tidak berharapan, keletihan emosi dan kewujudan konsep kendiri dan silcap negatif terhadap pekerjaan, kehidupan dan orang lain.

Tugas guru yang semakin kompleks sesuai dengan perubahan zaman ini memaksa pihak pentadbir cuba bersaing antara selcolah untuk menaikkan nama selcolah

masing-masing dan untuk menjayakannya, ia secara langsung melibatkan guru. Jika pihak pentadbir faham dengan beban kerja yang ditanggung oleh guru, mereka akan membantu

guru untuk menangani tugas mereka dan memberi penghargaan ke atas setiap sumbangan yang telah diberikan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah, sama ada di rumah, di dalam perjalanan ke bandar, di tempat kerja, di sekolah, di tempat-tempat beribadat, di tempat

(15)

4

masa tekanan hidup ini boleh dihadapi dengan mudah. Adakalanya memerlulcan bantuan daripada rakan-rakan untuk mengatasinya dan ada juga bentuk tekanan yang menyebabkan masalah kepada perjalanan kehidupan seharian manusia. Charleswort dan Nathan (1982) menamakan abad ke 20 sebagai "Abad Tekanan". Ini kerana tekanan hidup merupakan satu punca masalah kepada kehidupan yang paling kerap dihadapi oleh manusia pada zaman ini. Malahan di Malaysia, pakar sakit jiwa berkata yang "penyakit jiwa seperti tekanan jiwa, perasaan kesugulan, ketagihan arak, ubat-uhatan dan dadah

serta cemas dan khuatir kian meningkat sejak 10 tahun yang lepas" (Utusan Malaysia,

23/11/88 hlm.9).

Dengan itu, adalah amat perlu untuk kita mengkaji fenomena ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas dan dapat membantu kita mengelakkan diri daripada

tekanan. Cox (1978) menyatakan bahawa setiap orang akan memberi tindakbalas yang berlainan terhadap satu bentuk tekanan yang sama. Selye (1978) menyatakan pada

asasnya, terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan, tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan. Setiap orang

mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut, ada yang melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang

dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, manusia perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan tekanan, kesan-kesannya serta cara mengurus tekanan yang dihadapi.

Tekanan telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah dan

(16)

5

akan mengalami kemurungan, kerunsingan, kesedihan dan beberapa masalah psikosomatik. Oleh sebab itu, konsep tekanan ini telah menjadi satu perkataan harian yang digunakan oleh ahli masyarakat, perkara ini harus diberi perhatian yang secukupnya.

Walau apa jua bentuk tekanan yang dihadapi oleh manusia, satu perkara yang perlu diingati oleh kita semua bahawa tekanan ini mesti di atasi dengan apa cara jua sekali pun, kerana jika ia dibiarkan dengan begitu saja, ia akan menyebabkan

kemudaratan kepada kehidupan kita. Kebanyakan guru serta anggota masyarakat menganggap jawatan sebagai seorang kaunselor ini adalah merupakan pekerjaan yang paling mudah serta menyeronokkan kerana hanya perlu mendengar luahan perasaan

pelajar-pelajar serta menasihati mereka. Tetapi sejak akhir-akhir ini, mula terdengar sungutan dan keluhan kanselor mengenai tekanan dalam pekerjaan terutama beban kerja berlebihan sama ada di peringkat sekolah, zon, jabatan mahupun kementerian. Pandangan

negatif dan sikap tidak mahu membantu pentadbir serta guru-guru terhadap diri mereka, tempat bekerja yang sempit dan panas, tidak selesa bagi mereka menjalankan tugas, masa bekerja terlalu panjang serta memenatkan fizikal dan mental mereka. Berdasarkan

(17)

6

1.3 Pendekatan Teori

1.3.1 Kerangka Teoritikal Tekanan

Kita semua mengalami tekanan dalam bentuk-bentuk tertentu dan mempunyai pengetahuan tentang kewujudan serta kesannya (Wan & Wall, 1975). Tekanan juga tidak menimbulkan kesan yang serupa kepada setiap individu, bahkan

simptom-simptom kepada tekanan yang dialami juga wujud berlainan (Atkinson, 1987). Contohnya ada individu yang menghadapi tekanan hilang selera makan, manakala individu lain pula mendapati selera makannya terus meningkat dan ia .akan terus makan sama ada ia lapar atau tidak. Walau bagaimanapun, individu didapati sukar untuk mendefinisikan tekanan (Tay & Smith, 1990). Dalam situasi yang ekstrim, kewujudannya, punca dan akibatnya agak sukar dikenalpasti dalam kajian Sakhilah (1999).

Tekanan juga mungkin merupakan ancaman yang paling besar terhadap kualiti kehidupan manusia (Cox, 1980). Ia boleh menghasilkan kelesuan mental dan fizikal kepada individu semasa melakukan prestasi tugas (Motowidlo, Packard & Manning,

1986). Prestasi individu yang mengalami tekanan, didapati rendah, kurang berkesan dan tidak efektif. Individu juga menjadi kurang peka terhadap orang lain dan menunjukkan sikap-sikap negatif seperti tidak suka membantu dan menjadi

(18)

7

Tekanan yang positif atau 'eustress' merupakan suatu yang baik kerana ianya dikaitkan dengan perasaan positif dan tubuh badan yang sihat. Manakala tekanan negatif iaitu 'distress' merupakan yang kurang baik yang dikaitkan dengan perasaan negatif dan keadaan tubuh badan yang terganggu (Lazarus, 1993) dalam kajian Sakhilah (1999). Tekanan sebagai penyebab kepada kesengsaraan dan ketidakfungsian manusia dapat dilihat dalam kejadian harian seperti perkahwinan, menghadapi peperiksaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan kecelaruan emosi seperti yang dialami oleh individu yang berada di medan pertempuran (Lazarus,

1993).

Ini menggambarkan tekanan itu sebagai suatu yang mengganggu dan meng.ancam tindakbalas yang tersusun dan teratur oleh individu. Terdapat banyak teori dan model yang cuba menerangkan kewujudan tekanan dan hubungannya dengan kehidupan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa teori yang bersesuaian dengan kajian sahaja yang akan dibincangkan. Antaranya teori tersebut ialah model Rangka Kerja Dalam Organisasi.

1.3.1.1 Model Rangka Tekanan Kerja Dalam Organisasi

Satu model rangka tekanan kerja dalam organisasi yang diutarakan oleh Matteson dan Ivancevich (1989). Rangka kerja ini menganggap tekanan adalah

satu bahagian sistem yang dinamik dan kompleks dari pengalihan di antara manusia dengan persekitarannya sama ada dalam alam pekerjaan atau bukan

(19)

8

Rangka kerja ini adalah satu pusingan yang mana lingkaran maklum -balas yang menghubungkan penekan dengan kesan. Model ini menekankan tekanan ialah fenomena persepsi individu serta bagaimana penekan, tekanan, perbezaan individu, kesan dan akibat dihubungkan bersama oleh mekanisma maklumbalas.

(20)
(21)

10

antara persepsi individu terhadap permintaan mereka dan persepsinya pada keupayaan mereka.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi persepsi penilaian kognitif individu, di antaranya ialah tahap keperluan, sikap dan asuhan, budaya, pengalaman, pendidikan dan coralc kelakuan. Jilca sesuatu peristiwa dinilai maka kesan-kesan tekanan menjadi tumpuan utama. Tiga kesan utama tekanan ialah fisiologi, psikologi dan kelakuan. Kesan fisiologi termasuklah, perubahan pada tekanan darah serta degupan jantung, kesan psikologi termasuklah luput semangat pada pekerjaan, kesan kelakuan termasuklah pengurangan upaya dalam pekerjaan dan penambahan irritabilitu Ranglca kerja ini juga menekankan bahawa sifat-sifat individu mempengaruhi tekanan.

Akibat kepada tekanan yang berpanjangan, kesihatan dan prestasi

pekerjaan alcan terjejas. Tekanan berlaku apabila keupayaan individu tidak seimbang atau tidak sepadan dengan penekan persekitaran. Di dalam hubungan

ini, kita boleh menyifatkan tekanan sebagai reaksi individu terhadap penekan •persekitaran. Reaksi tersebut akan membawa perubahan di dalam kelakuan,

fisiologi dan psikologi individu. Di dalam konteks kerja, penekan persekitaran yang dirasakan oleh individu merujuk kepada berbagai aspek kerja yang

(22)

11

1.4 Pernyataan Masalah

Dunia pendidikan semakin mencabar, menurut Robert (1987) kaunselor mempunyai lima tanggungjawab yang besar iaitu bertanggungjawab kepada pelajar, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada rakan sekerja dan rakan profesional yang lain, tanggungjawab terhadap selcolah dan masyarakat serta tanggungjawab kepada diri sendiri.

Sekarang ini, ramai kaunselor mula melahirkan rasa tidak puas hati dengan

pelbagai tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, jabatan mahupun kementerian untuk dilaksanakan oleh mereka. Lebihan kerja ini boleh menyebabkan kaunselor mengalami tekanan dan burnout dalam pekerjaan. Bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat tekanan dan burnout, malca beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan burnout dikenalpasti. Faktor seperti bidang kerja, tekanan kerja, konflik peranan serta perhubungan kerja didapati mempengaruhi tekanan di kalangan kaunselor. Manakala burnout pula tertumpu kepada tahap burnout dan perbezaan burnout. Kajian ini juga ingin

melihat sejauhmanakah faktor-faktor yang dinyatakan ini mempengaruhi paras tekanan dan burnout kaunselor.

Selain faktor-faktor di atas, kaunselor juga dipercayai menghadapi masalah

tekanan dan burnout berikutan masalah peribadi, keluarga, kewangan serta pelbagai masalah dalam kehidupan harian mereka. Justeru itu, adalah penting untuk menjalankan

(23)

12

pembiayaan kesihatan, pengurangan dalam kualiti dan kuantiti pengeluaran serta akan mengakibatkan masalah fisiologikal seperti sakit kepala, peningkatan kadar denyutan jantung serta tekanan darah meningkai

Selain itu, dalam suasana kerancakkan memperkenalkan dan melaksanakan

reformasi pendidikan kini sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan corak tingkah laku dan sikap kaunselor. Kesan-lcesan perubahan ini terhadap. kaunselor merupakan andaian semata-mata. Satu kajian empirikal perlulah dilakukan terhadap fenomena ini. Di samping itu, sesuai dengan dekad ini yang dianggap sebagai dekad meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kaunselor yang bertaraf dunia, maka hal-hal yang

seumpama inilah yang perlu dibongkar dan disingkap.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi melihat dengan lebih jelas tentang kesan tekanan ke atas burnout, persoalan-persoalan ini perlu diteliti dan dikaji agar ianya dapat menjurus kepada kajian yang lebih

berfokus. Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah faktor perhubungan kerja dengan rakan-rakan memberi tekanan

-kepada kaunselor?

2. Apakah faktor persekitaran memberi tekanan kepada kaunselor?

(24)

13

4. Adakah tekanan memberi kesan kepada masalah psikologi kaunselor? 5.-Adakah faktor tekanan kerja memberi burnout kepada kaunselor? 6. Adakah faktor bidang kerja memberi burnout kepada kaunselor? 7. Adakah faktor konflik peranan memberi burnout kepada kaunselor?

1.6 Tujuan Kajian 1.6.1 Tujuan Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh di

negeri Pahang.

1.6.2 Tujuan Khusus

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan

kaunselor.

2. Mengenalpasti kesan-kesan yang boleh menyebabkan tekanan ke atas kaunselor.

3. Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan burnout dalam kalangan

Referensi

Dokumen terkait

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

After an average follow-up of 37 months, complete favorable response was recorded in 13 (62%) patients, progression in three (14%) patients, relapse in one (4%) patient, while

Uraian Uraian Tugas Tugas Uraian Uraian Kegiatan Kegiatan Hasil Hasil Kerja Kerja Paramet Paramet er er Presta Presta si si Standar Standar Wakt Wakt u u Standa Standa rr Total

PRISAI pada dasarnya merupakan alat esensial bagi pelaksanaan REDD+ agar tidak dijalankan dalam konteks seperti biasanya atau harus melampaui business as usual

Peserta didik yang belajar pada tahun terakhir di satuan pendidikan, memiliki rapor lengkap penilaian hasil belajar sampai dengan semester I tahun terakhir, dan atau

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

Berdasarkan hasil wawancara yang peneliti lakukan bersama kepala sekolah dan bagian tata usaha TK Az-Zahra ibu Khairun Nisa S.Psi, bahwa tidak semua sekolah TK

Judi Pat#l#gis ditandai dengan judi maladaptif yang erulang dan menetap dan menimulkan masalah ek#n#mi serta gangguan yang signifikan di dalam fungsi  priadi,