• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul EDU3108 lengkap pdf 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Modul EDU3108 lengkap pdf 1"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU BAB 1 ASAS PERKEMBANGAN GURU

KEPIMPINAN PROFESIONAL

DAN

1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Profesion

Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,

profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan sebagainya.

Profesional

Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut

Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion: • Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam. • Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu. • Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.

• Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion kerana:

1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar. 2. Berpengetahuan mengenai pelajar.

3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.

1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan

berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam

(3)
(4)
(5)

2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras dengan amalan profesional guru termasuklah:

• Bersikap profesional.

• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. • Kaya dengan ilmu.

• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja. • Bermoral teguh.

• Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan. Hal ini termasuklah:

a) Dorongan oleh misi dan passionate – guru didorong oleh misi seolah-olah mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.

b) Positif dan benar – hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif. c) Guru sebagai pemimpin – mempengaruhi pelajar untuk berubah.

d) With-it-ness – guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan pelajar dan sebagainya.

e) Gaya – menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.

f) Kepakaran dalam motivasi – percaya dirinya mampu mengubah kehidupan pelajar.

g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) – guru

mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.

h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) – punyai pengetahuan

yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat. i) Pintar (street smarts) – mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah dan komuniti.

j) Celik minda (mental life) – fokus terhadap kerja yang dilakukan.

(6)
(7)
(8)

3 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU BAB 2

KOD AKAUNTABILITI ETIKA DAN

KEGURUAN

2.1 KOD ETIKA KEGURUAN

2.1.1 Maksud Etika

Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama

lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma,

nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia. American College Dictionary,1964

Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.

Nikki, 2009

Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu.

Bascom, 2007

Ilmu mengenai sesuatu kewajipan

2.1.2 Kod Etika Profesion

Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion:

a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.

b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.

c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

(9)
(10)
(11)

4 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah

berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing

anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

1. Tanggungjawab terhadap pelajar

- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar. - Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.

- Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. - Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa

- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

(12)
(13)
(14)

5 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.

- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

- Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

- Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan - Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

(15)
(16)
(17)

6 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

- Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai

seorang guru.

- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.

- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

- Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan

dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.

Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:

a) Akauntabiliti terhadap pelajar – guru mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi mereka secara mnyeluruh.

b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri – guru harus berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.

c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa – guru melaksanakan tugas dengan memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada msayarakat dan negara.

d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara – guru mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.

e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan – guru perlu menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.

(18)
(19)
(20)

7 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

2.1.3 Integriti guru

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan. Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).

Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran. Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti guru merangkumi:

a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang.

c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

(21)
(22)
(23)

8 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

BAB 3

ISU-ISU ETIKA GURU

Maksud etika :

cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan

Maksud Etika Guru :

Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Etika perlu dalam profesion perguruan :

• Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka

• Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.

• Guru dikawal oleh etika perguruan.

ISU KESANTUNAN GURU

Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Fokus kesantunan guru

Perlakuan dalam percakapan - Kawalan suara

- Memonopoli sidang perbualan - Cakap banyak

- Puji diri secara langsung dan tidak Tatacara berkomunikasi

- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.

(24)
(25)
(26)

9 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

ISU KEPEDULIAN GURU

• Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas

• Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.

• Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.

• Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)

Guru perlu :

a) Sedar atas perubahan b) Minat pada perubahan

c) Mengenali pembawa perubahan d) Mengurus perubahan

e) Menilai kesan perubahan f) Bekerjasama dengan rakan g) Membuat penambahbaikan

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri

• urus hal kehidupan seharian

• jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas

Kepedulian terhadap tugas pengajaran

• ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP • bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru

Kepedulian terhadap impak pengajaran

• yakin terhadap kebolehan pelajar

• guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan

(27)
(28)
(29)

10 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU

Fokus Etika Guru

• Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut norma budaya setempat

• Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu atau tugasnya

• Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.

• Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah • Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa

• Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah

• Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang keluarga.

Referensi

Dokumen terkait

Kesederhanaan visual adalah sesuatu yang utama untuk menghasilkan wayfinding signage yang efektif Signage system dapat membantu menunjukkan tempat dengan lebih aman dan lebih

Ruang Lingkup dan Batasan Penelitian Industri perbankan syariah yang menjadi objek penelitian analisa faktor internal dan eksternal non performing financing ini adalah Bank

Salah satu pengaturan diet yang efektif yaitu mengonsumsi makanan selingan yang mempunyai indeks glikemik IG rendah, tinggi kandungan MUFA Monounsaturated Fatty Acid serta

Manajemen peserta didik merupakan komponen penting untuk terselenggaranya pendidikan dalam mengembangkan potensi peserta didik. Peserta didik pada madrasah inklusi

Kegiatan ini dilaksanakan untuk melengkapi data kunjungan wisatawan mancanegara ke Indonesia tahun 2015, dengan tujuan utama untuk memperoleh data pengeluaran

Sehubungan dengan hal terse-but penelitian ini diarahkan untuk menemukan dosis rGH ikan mas (rCcGH) terbaik yang dapat memacu laju pertumbuhan ikan gurame melalui

Dari 39 mahasiswa yang mengikuti perkuliahan Analisis Real dengan metode inkuiri dapat diketahui nilai kemampuan berpikir kritis matematis yang di atas 65 diraih oleh 8