• Tidak ada hasil yang ditemukan

1~42-LAPORAN AR LENGKAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1~42-LAPORAN AR LENGKAP"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 PENDAHULUAN

Menurut Isaac Asimov dalam Nani Menon dan Rohani Abdullah (2003), sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Sains telah mula diperkenalkan di Malaysia pada lewat abad ke-19. Sejak itu, subjek Sains di Malaysia telah mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku telah menjadikan subjek Sains antara subjek yang susah baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Setiap perubahan yang berlaku adalah sejajar dengan keperluan dunia semasa. Justeru, pelbagai strategi dan teknik telah diperkenalkan bagi membantu murid menangani setiap masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Sains samada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Salah satu teknik yang telah diperkenalkan adalah akronim.

Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan seawal abad pertama. Christy Rakoczy (n.d.) telah memberikan contoh penggunaan AM dan PM yang mana setiap satunya mewakili waktu sebelum tengahari dan selepas tengahari.

(2)

2 Guru-guru telah mula menggunakan akronim dalam sesi pengajaran dan pembelajaran samada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan mengingat murid. Azri Aziz (1994) telah menjelaskan bahawa kebiasaannya, kita mengingat maklumat dengan membaca berulang-ulang kali supaya akiviti ini dapat meninggalkan kesan ingatan yang kukuh.

1.1 Refleksi pengajaran dan pe mbelajaran lalu

Sepanjang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Terengganu, Terengganu, penyelidik telah dipertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4. Terdapat dua buah kelas tahun 4 di sekolah tersebut iaitu 4 Amanah dan 4 Siddiq. Penyelidik telah ditugaskan untuk mengajar Tahun 4 Siddiq iaitu kelas berpencapaian rendah. Sebagai makluman, kelas 4 Siddiq terdiri daripada 24 orang pelajar di kawasan sekitar. sepuluh orang daripada 24 murid tidak dapat membaca dan menulis dengan baik serta telah dikategorikan sebagai murid pemulihan.

Sepanjang masa tiga bulan berpraktikum, penyelidik telah mengenalpasti bahawa majoriti murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta- fakta penting dan juga isi kandungan pembelajaran yang lepas. Murid-murid gagal untuk mengingat kembali pembelajaran lepas walaupun ianya baru sahaja diajar sehari sebelum itu. Murid- murid sangat lemah dalam proses mengingat semula fakta-fakta dan isi pelajaran contohnya bagi tajuk basic needs of animals and plants dan life processes that living things undergo. Ini menimbulkan kebimbangan kepada penyelidik.

(3)

3 Penyelidik juga dapati bahawa murid- murid menunjukkan reaksi kurang berminat untuk belajar Sains. Malah, murid- murid mengakui bahawa mereka merasakan subjek Sains adalah susah apabila diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini sebenarnya tidak menghairankan penyelidik lantaran penyelidik sudah sedia maklum mereka menghadapi masalah untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. Walhal mereka sebenarnya masih mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan bahawa murid- murid menghadapi masalah apabila medium pengantara yang digunakan untuk mengajar subjek Sains ialah Bahasa Inggeris. Keadaan ini amat merisaukan penyelidik. O leh itu, penyelidik harus mengenalpasti satu pendekatan yang sesuai dalam tempoh segera. Di samping itu, penyelidik juga mengharapkan murid- murid gembira sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apa yang menjadi fokus utama penyelidik adalah, murid mengingat fakta-fakta yang penting.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid- murid Tahun 4 Siddiq keliru dan tidak boleh membezakan proses-proses hidup manusia, haiwan dan tumbuhan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah dirangka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, di akhir pembelajaran murid-murid akan dapat menganalisis proses-proses hidup manusia, proses-proses hidup haiwan dan proses-proses hidup bagi tumbuhan. Manusia, tumbuhan dan haiwan mempunyai proses-proses hidup yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya, manusia menjalankan lima proses hidup untuk memastikan mereka terus hidup, haiwan menjalankan empat proses untuk terus hidup manakala tumbuhan menjalankan tiga proses untuk hidup. Semasa penyelidik mengajar tajuk ini, penyelidik dapati bahawa murid- murid gembira dan seronok sepanjang sesi pengajaran

(4)

4 dan pembelajaran berlangsung, ini mungkin disebabkan oleh penggunaan ICT dalam pembelajaran. Untuk makluman, sepanjang mengajar topik ini, penyelidik banyak menggunakan video dan pembentangan powerpoint bertujuan untuk menarik minat murid- murid.

Di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah bertanya beberapa soalan bagi mendapatkan tahap pemahaman murid dan menilai pencapaian objektif. Hasil dari soalan yang penyelidik utarakan, murid- murid dapat menjawab dengan betul. Ini bermakna sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu telah berjaya dan telah mencapai objektif. Pada keesokan harinya, penyelidik telah bertanya soalan yang sama kepada murid- murid. Namun apa yang mendukacitakan penyelidik ialah, murid- murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan dengan tepat. Ada antara murid- murid menjawab “tidak tahu”, “tak ingat”, malah ada antara murid yang menundukkan kepala, tidak kurang juga yang menggeleng kepala. Selebihnya membisu.

Situasi ini amat menyedihkan penyelidik. Mengapa murid- murid tidak boleh mengingat isi kandungan pelajaran lepas? Apakah punca murid- murid tidak dapat mengingat fakta- fakta yang telah dipelajari? Apakah yang dapat penyelidik lakukan untuk membantu murid- murid menangani masalah ini? Bagaimanakah caranya untuk penyelidik membantu murid- murid menangani masalah lupa fakta ini? Apakah cara dan strategi yang sesuai yang boleh diaplikasikan kepada murid- murid? Sejauh manakah tindakan yang diambil dapat menangani masalah ini? Adakah tingkah laku murid- murid akan berubah setelah tindakan yang dirancang dilaksanakan? Hal ini berlaku berulang kali sehinggakan penyelidik merasakan, penyelidik sangat perlu mencari satu alternatif

(5)

5 baru untuk membantu murid- murid dengan segera. Penyelidik mengharapkan agar tindakan yang diambil berjaya.

1.2 Sorotan Literatur

Harlen dan Qualter (2004) telah menyatakan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam bilik darjah adalah dalam etos dan persekitaran sosial yang telah dicipta oleh guru. Ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seseorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran

“Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah unuk menguruskan bilik darjah. Ini kerana hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan

suasana pembelajaran yang menarik”

(Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010)

Sudah jelas menunjukkan perkaitan langsung antara pengajaran dan pembelajaran. Ini menyokong pandangan Loris Malaquzzi (1994) dalam Choong (2008) yang menyatakan

“Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh ‘berdiri’ bertentangan sebuah sungai sambil ‘melihat’ air mengalir; namun perlu ‘berjalan’ bersama-sama untuk mengharungi arus sungai tadi. Melalui permuafakatan yang kukuh, pengajaran akan

berjaya mengukuhkan pembelajaran”. (Terjemahan)

(6)

6 Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen berbeza yang pelu bergerak seiringan bagi mencapai objektif tertentu. Pengajaran dan pembelajaran juga berkait rapat dengan proses mengingat atau menghafal fakta dan figurasi. Ingatan adalah penting bagi semua pengetahuan. (Kamarudin Husin, 1997) Secara umumnya, murid belajar menerusi proses mengingat fakta. Walaubagaimanapun, pembelajaran adalah satu proses yang lebih rumit berbanding kemahiran mengingat.

Menurut Sharifah Alwiyah (1986), memori bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Proses ingatan melalui tiga peringkat, iaitu peringkat rakaman, peringkat penyimpanan dan peringkat mengingat kembali. Peringkat terakhir ialah peringkat mengingat kembali. Pada peringkat ini, maklumat dan pengalaman yang disimpan dalam otak diingat kembali untuk membantu individu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Hilgard dan Atkinson (1979) dalam Ee Ah Meng (1997) menyatakan ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek adalah untuk menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja, iaitu hanya cukup untuk diproses. Manakala ingatan jangka panjang adalah kemudahan penyimpanan yang kekal. Selama mana ia disimpan, ia boleh diingat kembali bergantung pada sama ada maklumat disusun dengan teratur atau tidak. Walaubagaimanapun, proses mengingat semula sering terbatas oleh lupaan.

(7)

7 “Lupaan boleh difaham sebagai kegagalan kita untuk mengingat kembali apa yang

telah kita alami atau pelajari, sama ada untuk sementara waktu sahaja atau untuk selama-lamanya.”

(Ee Ah Meng, 1997)

Ee Ah Meng (1997) telah mengelaskan lupaan kepada tiga jenis; lupaan keusangan, lupaan gangguan dan lupaan terdesak. Lupaan keusangan merujuk kepada lupaan yang disebabkan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang jarang digunakan atau diingat kembali. Lupaan gangguan merupakan lupaan yang disebabkan oleh gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Manakala lupaan terdesak ialah lupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang mendesaknya melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

Berdasarkan jenis-jenis lupaan yang dikelaskan oleh Ee Ah Meng itu, penyelidik dapat mengkategorikan murid- murid sebagai lupaan gangguan di mana isi pembelajaran yang lepas telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak kerap digunakan. Oleh itu, Ee Ah Meng (1997) telah mencadangkan cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan adalah mnemonik.

“Penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan kita.”

(Ee Ah Meng, 1997)

Tajul Ariffin Nordin et al. (2007) telah mencadangkan beberapa teknik yang biasa digunakan untuk diamalkan dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Satu daripadanya ialah teknik gabungan huruf pertama.

(8)

8 “Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna. Gabungan

huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.”

(Tajul Ariffin Nordin et al., 2007)

Teknik gabungan huruf pertama ini dinamakan akronim. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan dengan jelas bahawa akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim ialah sesuatu yang mudah disebut walaupun ianya tidak mempunyai maksud (Mr. Breitsprecher’s Edition, 2005). Ini menyokong Bucks County Community College (1997) yang menyatakan bahawa akronim ialah satu gabungan huruf yang dibentuk sebagai satu simbol kepada idea yang perlu diingat. (Mohd. Yunus Noor, 1990) menyatakan, “susunkan huruf- huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenal.” Selain daripada akronim, terdapat lima cara lain yang boleh digunakan untuk membantu proses mengingat maklumat: abbreviations, acronymic sentences, pegwords, rhyme and

keywords. (Mr. Breitsprecher’s Edition, 2005)

Mnemonik adalah satu strategi yang dicipta untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menghafal maklumat baru. (The Access Center, 2005) Walaupun murid di peringkat sekolah rendah tidak perlu mempelajari dan mengingati fakta sebagaimana murid- murid menengah, mereka masih terlibat di dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan mnemonik. Ini disokong oleh Hellen Ward et al. (2005) yang menyatakan bahawa murid secara umumnya menegaskan bahawa mereka merasakan Sains adalah rumit. Hal ini disebabkan oleh murid peringkat pendidikan rendah tidak dapat mengingat fakta sebaik murid pendidikan menengah. O leh yang demikian,

(9)

9 mnemonik adalah satu alat yang berguna bagi membantu murid-murid mengingat fakta-fakta. Strategi mnemonik ini mula digunakan di dalam pendidikan umum oleh pelajar jurursan bahasa (Uberti, Scruggs, & Mastropieri, 2003, dalam Atkinson, 1975).

Semasa mengajar tajuk baru, guru yang baik bukan sahaja menjelaskan apa yang perlu diingat, malah mereka menyediakan cara untuk mengingat. Guru sepatutnya mencipta mnemonik dan kemudiannya menjelaskan kepada murid, contohnya “Ini adalah satu cara yang baik untuk membantu kamu mengingat.” Kemudian, guru sepatutnya menunjukkan langkah yang jelas untuk menggunakan mnemonik bagi memperoleh maklumat yang disimpan. Langkah-langkah tersebut dipraktikkan dan diulang bersama murid sehingga murid jelas dan boleh menggunakannya dengan betul. (The Access Center, 2007) Pendapat ini adalah selari dengan Hwang dan Levin (2002) yang mengatakan murid- murid menghadapi masalah menggunakan strategi mnemonik secara efektif sekiranya tiada bantuan dari guru. O leh itu, adalah lebih baik guru menyediakan mnemonik tertentu kepada murid- murid. (K ing-Sears et al., 1992; Scruggs dan Mastropieri, 1992)

Ab. Fatah Hasan (1994) menyatakan menghafal adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafal memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafal sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafalan adalah cara yang paling baik untuk megekalkan ingatan dan kecerdasan otak. (Abdul Hafiz bin Abdullah, Ajmain bin Safar, Mohd Ismail bin Mustari, Azhar bin Muhammad dan Idris bin Ismail, 2003)

(10)

10 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini berfokus kepada keupayaan mengingat murid- murid kelas berpencapaian rendah. Penyelidik telah mengenalpasti terdapat masalah lupaan yang berlaku dalam kelas penyelidik terutama bagi tajuk yang memerlukan mereka mengingat. Contohnya Basic needs dan Life Processes of Living Things. Bagi tajuk Life Processes of Living Things terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu proses hidup haiwan, manusia dan tumbuhan.

Berdasarkan pengalaman penyelidik, murid- murid selalunya keliru antara ketiga-tiga kelas ini. Penyelidik ingin membaiki situasi di mana murid tidak yakin untuk menjawab soalan berasaskan fakta. Keupayaan mengingat ini adalah amat penting bagi semua lapisan usia, oleh itu, penyelidik telah memperkenalkan satu cara untuk membantu murid menangani masalah ini; akronim. Kajian ini penting kerana murid-murid berpencapaian rendah kebiasaannya memang berhadapan dengan masalah untuk belajar dan mengingat apa yang dipelajari mereka.

2.1 Tinjauan Masalah

Penyelidik telah mengajar topik Living Things Undergo Life Processes dalam Minggu kedua dan Minggu ketiga. Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik telah menjalankan tinjauan awal untuk mengumpul data bagi mencari punca kepada masalah ini khususnya yang disebabkan oleh kelemahan penyelidik dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selepas mengajar tajuk

(11)

11 ini, apa yang dapat penyelidik simpulkan ialah murid- murid tidak dapat menjawab soalan disebabkan tidak mengingati fakta- fakta atau isi kandungan pelajaran yang lepas, kurang berkeyakinan sewaktu menjawab soalan yang penyelidik utarakan.

Mereka memberikan jawapan yang salah. Reaksi yang mereka tunjukkan ialah kurang yakin dan teragak-agak untuk menjawab. Ada antara murid yang berkata “tidak ingat” sebagai respon daripada soalan penyelidik. O leh itu, penyelidik telah membuat satu rancangan yang mendalam untuk memperincikan kebimbangan penyelidik. Penyelidik telah menggunakan beberapa cara bagi meninjau masalah yang dihadapi:

1. Ujian OTI 1

Semasa penyelidik menjalani praktikum di sekolah tersebut, satu ujian Operational Target Incremental (OTI) telah dijalankan. Ujian ini dijalankan serentak di semua sekolah di Negeri Terengganu. Berdasarkan ujian OTI 1 yang dijalankan, penyelidik telah membuat analisis markah ujian bagi mengenalpasti masalah- masalah yang timbul kepada murid-murid.

2. Ujian Lisan-Pra

Brain (1996) dalam Faridah (2007) menyatakan bahawa soalan membantu guru memperkenalkan tajuk, merangsang pemikiran analitik dan juga mengenalpasti masalah murid- murid dalam usaha untuk memahami konsep-konsep tertentu. O leh itu, penyelidik

(12)

12 telah mengemukakan Ujian Lisan kepada responden bagi mengenalpasti kelemahan responden dalam memahami konsep Animals’ Life Processes.

Setiap kali penyelidik masuk ke kelas, penyelidik akan memperuntukkan masa untuk bertanya soalan kepada responden berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran lepas. Kaedah menyoal secara lisan ini sangat sesuai dipraktikkan kepada murid Tahun 4 Siddiq memandangkan mereka terdiri daripada murid berpencapaian rendah yang lemah dalam kemahiran asas menulis dan membaca.

3. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Atas sebab itu, penyelidik telah melakukan pemerhatian ke atas murid kelas 4 Siddiq. Pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik adalah pemerhatian tidak berstruktur.

Penyelidik telah menentukan fokus pemerhatian bagi mengenalpasti masalah. Fokus penyelidik adalah tingkah laku dan respon murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya penyelidik mengajar tajuk analysing the life processes in animals, pemerhatian yang penyelidik jalankan adalah pada waktu pertama penyelidik mengajar tajuk tersebut.

(13)

13 2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan instrumen tinjauan masalah, penyelidik telah melakukan analisis. Analisis hasil dar tinjauan masalah adalah seperti berikut:

1 Ujian OTI 1

Penyelidik telah mengkaji spesifikasi ujian yang telah ditetapkan dalam O TI 1. Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian O TI 1 (Lampiran B) tersebut, penyelidik dapati tajuk yang menjadi tumpuan ialah tajuk Life Processes of Living Things iaitu sebanyak 62%. Keputusan ujian OTI 1 (Lampiran C) yang diperoleh murid menunjukkan murid mendapat markah rendah. Purata markah keseluruhan murid adalah 18%. Purata ini adalah sangat rendah. Ini menunjukkan murid- murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan ujian.

Hasil daripada pengamatan penyelidik, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa murid berhadapan dengan masalah mengingat kembali fakta bagi menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan tentang fakta Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ialah murid tidak memahami kehendak soalan. Ini disebabkan oleh soalan yang diberikan adalah dalam Bahasa Inggeris dan tiada terjemahan dalam Bahasa Melayu disediakan. Rentetan daripada keputusan ujian OTI 1, penyelidik telah mengenalpasti responden kajian.

(14)

14 2 Ujian Lisan-Pra

Hasil daripada analisis Ujian OTI 1, penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan-Pra kepada responden. Ujian Lisan-Pra ini dilakukan bertujuan memperhalus masalah yang dihadapi responden. Ujian lisan ini merupakan ujian penentuan kepada masalah yang dihadapi murid sebelum tindakan susulan di ambil. Melalui soalan lisan yang penyelidik utarakan , penyelidik telah mengenalpasti bahawa murid-murid tidak boleh memanggil balik fakta- fakta yang telah dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil yang diperoleh menunjukkan murid menghadapi masalah apabila penyelidik bertanyakan soalan berkaitan topik yang dipelajari sebelum itu. Jawapan yang diberi tidak tepat dan salah. Ini menunjukkan murid mengalami lupaan fakta lepas.

3 Pemerhatian

Penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon murid terhadap topik Life Processes of Animal. Pemerhatian terhadap tingkah laku yang telah direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Selain itu, kerjasama kepada penyelidik yang diberikan oleh responden, perhatian kepada penyelidik, sifat dan sikap juga diberi penekanan. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, penyelidik dapati bahawa tingkah laku murid adalah negatif dan perlu diperbaiki bagi memastikan berlakunya perubahan tingkah laku sesuai dengan konsep pendidikan.

(15)

15 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Penyelidik telah menentukan objektif umum serta objektif khusus bagi kajian tindakan ini. Antara objektif yang telah ditentukan ialah:

3.1.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk membantu murid- murid menghafal empat proses hidup haiwan: Defecation, Reproduction, Excretion dan Breathing menggunakan kaedah Akronim iaitu DREBA.

3.1.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian tindakan ini ialah untuk:

1 mengenalpasti faktor- faktor murid- murid gagal mengingat Life Processes of Animal

2 membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang digunakan

3 mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan

(16)

16 3.2 Soalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang timbul sepanjang penyelidik menjalankan kajian tindakan ini. Antaranya ialah:

3.2.1 Apakah faktor- faktor murid- murid gagal mengingat “Life Processes of Animal”?

3.2.2 Adakah akronim yang digunakan boleh membantu murid menghafal secara lisan?

3.2.3 Bagaimanakah tingkah laku yang ditunjukkan murid dalam kelas akronim yang dijalankan?

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq Sekolah Kebangsaan Padang Air. Empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan telah dipilih. Responden yang dipilih memiliki kemahiran membaca dan menulis yang sedikit baik berbanding murid lain dalam kelas tersebut. Penyelidik memilih responden ini kerana responden telah melepasi fasa asas di mana tumpuan utama adalah kepada kemahiran membaca dan menulis. Purata markah responden bagi ujian OTI 1 yang mereka peroleh adalah 22% dan dikategorikan sebagai rendah.

(17)

17 5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah digunapakai dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Penyelidik telah memilih John Elliot Process Model sebagai rujukan sepanjang kajian tindakan ini dijalankan.

Rajah 1: Model Proses John Elliot First Level

Identification of education problem

Observation:

Look for facts and make analysis

Preparation of a General Plan

Survey:

Reflection on the result of research, including failure

Monitoring:

Implementation and effects Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3

Second Level

Revision on preliminary s urvey

Improvement of plan By modification

Survey:

Reflection on the result of research, including failure

Monitoring:

Implementation and effects Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3

(18)

18 John Elliott, seorang Profesor Pendidikan di East Anglia University dan juga Coordinator of Classroom Action Research, CARN (1985), telah mencadangkan satu lagi model kajian tindakan yang diadaptasi daripada Stephen Kemmis Model. Walaubagaimanapun, Model Proses lebih spesifik dan praktikal di dalam proses pelaksanaan. (Mok Soon Sang, 2005)

Langkah pertama yang dilakukan dalam Fasa Pertama dalam Model Proses John Elliott ialah mengenalpasti masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik telah melakukan tinjauan awal bagi mengenalpasti masalah- masalah yang dihadapi oleh murid- murid. Sebelum kajian tindakan ini dilakukan, penyelidik terlebih dahulu memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. (Lampiran A) Antara instrumen yang telah penyelidik guna untuk mendapatkan maklumat awal ialah OTI 1. Berdasarkan keputusan ujian tersebut serta spesifikasi ujian, penyelidik telah mengenalpasti wujudnya masalah pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengesahkan dapatan awal penyelidik, penyelidik telah menjalankan satu Ujian Lisan. Berdasarkan kedua-dua instrumen, penyelidik dapati bahawa murid- murid tidak dapat mengingat semula fakta- fakta pembelajaran lepas.

Selain itu, penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid- murid Tahun 4 Siddiq. Pemerhatian dijalankan terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden. Pemerhatian juga dibuat secara umum bagi mendapatkan fakta- fakta serta menambah pemahaman penyelidik terhadap punca masalah. Ini adalah bertepatan dengan cadangan John Elliott di mana beliau mencadangkan langkah kedua ialah melakukan pemerhatian bagi mencari fakta-fakta dan membuat analisis. Penyelidik telah

(19)

19 mencari punca berlakunya masalah tidak boleh mengingat fakta- fakta lepas yang berlaku kepada murid-murid.

Setelah dianalisis, penyelidik mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh murid- murid tersebut berpunca daripada sikap mereka terhadap subjek Sains dan juga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Akibat daripada pelaksanaan PPSMI, murid-murid telah menghadapi masalah untuk mengingat terma-terma penting. Murid- murid juga merasakan bahawa Sains adalah rumit. Bertitik tolak dari itulah maka murid- murid menolak untuk mengulangkaji dan menghafal terma-terma dan fakta- fakta penting berkaitan pembelajaran. Murid-murid tidak menunjukkan minat kepada subjek Sains.

Seterusnya, John Elliott menekankan tentang persediaan rancangan dalam langkah seterusnya. Hasil daripada pemerhatian dan analisis yang telah penyelidik buat, penyelidik mula membina satu rangka kerja bagi menyelesaikan masalah. Rangka kerja tersebut merupakan persediaan rancangan yang telah penyelidik tetapkan. Penyelidik telah merancang satu tindakan dalam usaha menangani masalah yang timbul. Penyelidik telah menyiapkan satu kertas cadangan atau proposal bagi memberi gambaran awal mengenai rancangan penyelidik dan juga persediaan yang akan penyelidik jalankan dalam mendalami masalah tersebut. Rangka kerja ini penting sebagai panduan kepada penyelidik untuk menjalankan tindakan.

Langkah empat dalam Model Proses John Elliot ialah pelaksanaan tindakan. Setelah penyelidik selesai menyiapkan kertas cadangan, penyelidik mula melaksanakan

(20)

20 tindakan yang telah dirancang. Perlaksanaan tindakan yang telah penyelidik rancang mengambil masa selama seminggu untuk dilaksanakan. Sepanjang minggu tersebut, penyelidik telah mengajar semula topik Life Processes of Living Things. Walaubagaimanapun, pada kali ini penyelidik telah menggunakan Akronim bagi membantu murid- murid menghafal terma-terma dan fakta- fakta penting. Penyelidik telah mencipta satu akronim yang mudah bagi membolehkan murid- murid menghafal proses-proses hidup haiwan. Akronim tersebut ialah DREBA. D untuk Defecation, R untuk Reproduction, E untuk Excretion, B untuk Breathing manakala A untuk Animal. Akronim ini direka bertujuan membantu murid- murid mudah menghafal terma-terma proses hidup haiwan.

Sepanjang tempoh tindakan tersebut dilaksanakan, penyelidik telah memantau perkembangan dan perubahan tingkah laku setiap murid. Penyelidik telah menggunakan borang pemerhatian tingkah laku murid bagi merekod perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas responden. Penyelidik juga memerhati kesan daripada tindakan yang telah dijalankan, menilai keberkesanan penggunaan Akronim serta menilai penerimaan responden terhadap Akronim yang penyelidik perkenalkan. Ini bersesuaian dengan model kajian tindakan yang disarankan oleh John Elliot dimana pada langkah lima, beliau menekankan proses memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan.

Setelah penyelidik memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan, penyelidik telah mengkaji hasilnya. Langkah ini merupakan langkah terakhir dalam Model Proses John Elliot bagi gelung pertama. Hasil daripada tindakan yang telah dilaksanakan, tingkah laku responden telah berubah dari negatif kepada positif. Ini

(21)

21 dibuktikan melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan pada tindakan yang penyelidik jalankan. Penyelidik dapati, responden lemah menyebut dan tidak tahu mengeja defecation, reproduction, excretion dan breathing. Responden menyebut berdasarkan apa yang mereka dengar serta mengeja secara tidak betul.

Setelah melaksanakan langkah terakhir dalam gelung pertama, penyelidik terpaksa meneruskan gelung kedua bagi Model Proses John Elliot. Hal ini disebabkan tindakan pada gelung pertama membuahkan hasil kurang memberangsangkan. Penyelidik telah membuat semakan terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Hasilnya, penyelidik telah membaiki kelemahan tindakan terdahulu dengan cara mengubahsuai tindakan. Pada gelung kedua ini, penyelidik menggunakan rajah di mana responden dikehendaki mengisi rajah tersebut dengan perkataan dengan ejaan yang betul. (Lampiran D) Setiap kali responden menyebut DREBA, responden dikehendaki mengisi petak dalam rajah dengan perkataan dan ejaan yang betul. Ini merupakan langkah ketiga bagi gelung kedua dalam Model John Elliot.

Setelah tindakan Rajah DREBA dilaksanakan, penyelidik telah memantau pelaksanaan dan kesan penggunaannya. Dapatan daripada Ujian Lisan menunjukkan bahawa tindakan Rajah DREBA adalah berjaya dan lebih baik daripada tindakan DREBA yang terdahulu. Responden telah berjaya menyatakan dengan jelas dan tepat setiap proses hidup haiwan iaitu D untuk defecation, R untuk reproduction, E untuk excretion, B untuk breathing. Responden tidak menghadapi masalah mengeja setiap proses hidup tersebut.

(22)

22 Seterusnya bagi melengkapkan kitaran kajian tindakan yang telah penyelidik jalankan, penyelidik telah membuat tinjauan ke atas pelaksanaan tindakan. Tinjauan tersebut penting kerana melalui tinjauan tersebut, penyelidik boleh membuat refleksi mengenai keberhasilan tindakan yang telah penyelidik jalankan. Melalui tinjauan yang telah dilakukan, penyelidik dapati bahawa Rajah DREBA yang telah penyelidik perkenalkan berjaya dilaksanakan kepada kumpulan sasaran. O leh itu gelung kajian tindakan tidak perlu diteruskan lagi.

5.2 Cara Mengumpul Data

Setelah melaksanakan tindakan, penyelidik telah menyediakan tiga instrumen penilaian bagi menilai keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif. Instrumen yang digunakan ialah temubual, ujian lisan dan pemerhatian.

5.2.1 Temubual

Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi semuka antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemubual. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) temubual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Penyelidik dalam kajian tindakan ini telah mengadakan sesi temubual (Lampiran E) bersama sampel yang terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq. Tujuan penyelidik menemubual mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas serta menyokong pemerhatian penyelidik.

(23)

23 5.2.2 Ujian Lisan-Pasca

Ujian Lisan-Pasca dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai keupayaan responden menghafal secara lisan Life Processes of Animal menggunakan akronim. Ujian Lisan ini dijalankan secara berterusan bermula daripada sesi pertama hingga ke sesi kesepuluh. Penyelidik mengambil inisiatif untuk melakukan Ujian Lisan di akhir setiap sesi bagi mengenalpasti perubahan yang berlalu kepada responden secara lebih terperinci. Bagi menguji keupayaan responden menghafal, instrumen yang paling sesuai digunakan adalah Ujian Lisan. (Lampiran F) Ujian Lisan ini dilakukan dengan cara menguji sejauh manakah responden telah berjaya menghafal secara lisan. Keputusan ujian telah direkodkan di dalam Borang Ujian Lisan Murid. (Lampiran F1)

5.2.3 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pembolehubah atau aspek yang dikenalpasti. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Oleh itu, penyelidik telah memilih pemerhatian sebagai satu cara untuk mengumpul data. Senarai semak pemerhatian adalah satu cara yang berguna bagi menentukan tingkah laku murid (Ridzuan Ismail, 2009).

Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian terhadap murid- murid. Penyelidik memfokuskan tingkah laku kerana konsep pendidikan menekankan perubahan tingkah laku dengan cara mengkelaskan murid kepada tingkah laku tertentu semasa proses

(24)

24 pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pemerhatian dilakukan pada dua sesi iaitu sesi pertama dan sesi terakhir. Ini bertujuan supaya, penyelidik boleh membanding beza perubahan tingkah laku responden. Pemerhatian tersebut telah direkod dalam borang. (Lampiran G)

6.0 ANALISIS DAN INTER PRETASI D ATA

6.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal me ngingat “Life Processes of Animal”

Penyelidik telah melakukan temubual separa berstruktur bagi mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid gagal mengingat Life Processes of Animal. Berdasarkan temubual yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa kesemua responden mengalami lupaan. Kesemua responden memberikan respon tidak mengingati tajuk tersebut. (M1, Baris 10), (M2, Baris 16), (M3, Baris 9), (M4, Baris 5), (M5, Baris 7), (M6, Baris 6), (M7, Baris 3), (M8, Baris 10). Antara faktor yang menyebabkan murid gagal mengingat adalah kerana perasaan malas:

Saya malas cikgu. Saya tak hafal pun lepas cikgu ajar hari tu.

(M1, Baris 26-27)

Malas cikgu. Tak de masa. Saya tak minat Sains cikgu. Rasa malas nak baca buku Sains.

(25)

25 Selain daripada faktor di atas, responden juga menyatakan bahawa mereka ketiadaan masa untuk mengulangkaji dan menghafal:

Tak de masa cikgu. Balik petang dah. Kerja sekolah banyak.

(M3, Baris 20-21)

Saya tak hafal pun cikgu. Lepas cikgu ajar hari tu, saya tak ulangkaji dah tajuk tu. (M6, Baris 12-13)

Saya penat cikgu. Kerja rumah yang cikgu lain bagi banyak. Balik sekolah petang dah.

(M7, Baris 26-27)

Faktor-faktor lain yang diberikan oleh responden ialah:

Sebab tak baca buku. Tak hafal. Sebab tak masuk ujian.

(M2, Baris 19-21)

Sokmo saya tidur awal cikgu. Letih.

(M5, Baris 21-22)

Usaha sikit-sikit jah cikgu.

(26)

26 Secara umumnya, perkara yang disebut di atas boleh dikategorikan sebagai faktor diri sendiri. Selain faktor diri sendiri, responden juga menyatakan bahawa faktor bahasa pengantara menimbulkan kekangan kepada mereka:

Sebab dalam Bahasa Inggeris. Saya tak pandai Bahasa Inggeris cikgu.

(M1, Baris 17-18)

Nama pelik cikgu. Dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak pandai Bahasa Inggeris. (M2, Baris 24-25)

Tambah pula dalam Bahasa Inggeris.

(M3, Baris 26)

Bahasa Inggeris cikgu. Dalam Bahasa Melayu takde ke?

(M5, Baris 15-16)

Payahnya cikgu nak hafal kut orang putih.

(M6, Baris 21)

Dalam Bahasa Melayu takde ke cikgu? Susah la nak hafal Bahasa Inggeris ni. Saya tak pandai Bahasa Inggeris cikgu. Payah nak sebut nama dia.

(M7, Baris 14-19)

Selain daripada dua faktor di atas, faktor lain yang menjadi punca murid tidak menghafal juga adalah faktor guru, samada guru penolong atau guru pelatih. Kesemua

(27)

27 responden telah menyatakan bahawa guru tidak membantu mereka untuk menghafal Life Processes of Animal. Responden juga menyatakan rakan sebaya tidak membantu mereka mengingat.

Ini menunjukkan, antara faktor yang menjadi halangan kepada mereka adalah faktor diri sendiri, faktor bahasa pengantar, faktor guru dan juga faktor rakan sebaya. Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi kekangan kepada mereka untuk menghafal adalah faktor diri sendiri.

6.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang digunakan

Bagi membuktikan murid- murid telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang digunakan, penyelidik telah membuat satu ujian lisan di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan akronim. Dalam ujian lisan ini, setiap responden dikehendaki menyatakan huruf akronim DREBA dan seterusnya menjelaskan apakah perkataan yang diwakili oleh huruf tersebut. Contohnya, huruf D mewakili Defecation. Setiap responden dikira berjaya menghafal setelah berjaya menyebut huruf dan perkataan.

Pada sesi pertama, kesemua responden tidak berjaya menghafal akronim DREBA secara lisan. Data dianalisis seperti di dalam jadual yang berikut:

(28)

28 Jadual 1: Keputusan Ujian Lisan Sesi 1

RESPONDEN D R E B A M1 X X X X X M2 X X X X X M3 X X X X X M4 X X X X X M5 X X X X X M6 X X X X X M7 X X X X X M8 X X X X X

Begitu juga dengan sesi kedua. Semua responden tidak berjaya menghafal DREBa secara lisan.

Jadual 2: Keputusan Ujian Lisan Sesi 2

RESPONDEN D R E B A M1 X X X X X M2 X X X X X M3 X X X X X M4 X X X X X M5 X X X X X M6 X X X X X M7 X X X X X M8 X X X X X

Pada sesi ketiga, lima orang responden telah berjaya menghafal huruf pertama akronim iaitu ‘D’ yang mewakili Defecation; M1, M2, M5, M7 dan M8. Enam orang responden sudah berjaya menghafal perkataan ‘A’ yang mewakili Animal.

(29)

29 Jadual 3: Keputusan Ujian Lisan Sesi 3

RESPONDEN D R E B A M1 X X X M2 X X X M3 X X X X M4 X X X X M5 X X X X M6 X X X X M7 X X X X M8 X X X

Pada sesi keempat, semua responden telah berjaya menghafal D untuk Defecation. Semua responden berjaya menghafal ‘A’ untuk Animal. Tiga responden berjaya menghafal huruf kedua iaitu R untuk Reproduction.

Jadual 4: Keputusan Ujian Lisan Sesi 4

RESPONDEN D R E B A M1 X X M2 X X X M3 X X X M4 X X X M5 X X X M6 X X X M7 X X M8 X X

Pada sesi kelima, responden M1 telah berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal, responden M2 berjaya menghafal dua daripada lima Life

(30)

30 Processes of Animal, responden M3 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal, responden M4 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of Animal, responden M5 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of Animal, responden M6 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal, responden M7 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal, responden M8 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal. Ini dapat disimpulkan dalam Jadual 5:

Jadual 5: Keputusan Ujian Lisan Sesi 5

RESPONDEN D R E B A M1 X M2 X X X M3 X X M4 X X X M5 X X X M6 X X M7 X M8 X

Pada sesi keenam, didapati responden M1 masih belum berjaya menghafal kesemua Life Processes of Animal. Responden M1 hanya berjaya menghafal empat daripada enam Life Processes of Animal. Begitu juga dengan responden M2, responden M6, responden M7 dan responden M8. Namun, responden M3, responden M4 dan responden M5 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal pada sesi keenam. Data ini diringkaskan seperti berikut:

(31)

31 Jadual 6: Keputusan Ujian Lisan Sesi 6

RESPONDEN D R E B A M1 X M2 X M3 X X M4 X X M5 X X M6 X M7 X M8 X

Pada sesi ketujuh, semua responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animal yang pertama iaitu ‘D’ untuk defecation, dan juga Life Processes of Animal yang kedua iaitu ‘R’ untuk reproduction. Bagi akronim ketiga iaitu ‘E’, hanya empat daripada lapan responden yang telah berjaya menghafal iaitu responden M2, M4, M5 dan M6. Manakala lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal akronim keempat iaitu ‘B’. Data yang diperoleh adalah seperti berikut:

Jadual 7: Keputusan Ujian Lisan Sesi 7

RESPONDEN D R E B A M1 X M2 X M3 X M4 X M5 X M6 M7 X M8 X

(32)

32 Sesi kelapan kelas pengajaran dan pembelajaran akronim telah menunjukkan dapatan seperti dalam jadual. Jadual 8 menunjukkan masih terdapat tiga responden yang belum berjaya menghafal akronim DREBA pada sesi kelapan. Responden M4 tidak berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing, begitu juga dengan responden M5 yang tidak berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing.

Namun, terdapat lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal kesemua akronim iaitu DREBA.

Jadual 8: Keputusan Ujian Lisan Sesi 8

RESPONDEN D R E B A M1 M2 M3 M4 X M5 X M6 M7 M8 X

Walaubagaimanapun, pada sesi kesembilan penyelidik telah mendapati bahawa semua responden telah berjaya menghafal akronim DREBA beserta dengan setiap perkataan yang diwakilinya iaitu defecation, reproduction, excretion, breathing dan animal. Data ini direkodkan dalam Jadual 9 seperti yang ditunjukkan berikut:

(33)

33 Jadual 9: Keputusan Ujian Lisan Sesi 9

RESPONDEN D R E B A M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

Pada sesi kesepuluh, penyelidik telah melakukan Ujian Lisan yang terakhir kepada semua responden. Berdasarkan Ujian Lisan itu, penyelidik mendapati bahawa kesemua responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animal iaitu defecation, reproduction, excretion dan breathing menggunakan teknik akronim Rajah DREBA. Data diringkaskan ke dalam Jadual 10 di bawah:

Jadual 10: Keputusan Ujian Lisan Sesi 10

RESPONDEN D R E B A M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

(34)

34 Jika dibandingkan pencapaian responden bermula daripada sesi pertama hingga sesi kesepuluh, data menunjukkan berlaku peningkatan dalam proses mengingat atau menghafal responden. Pada sesi pertama, tiada responden yang berjaya menghafal Life Processes of Animal, namun di akhir sesi kesepuluh, penyelidik mendapati bahawa responden telah berjaya menghafal kesemua Life Processes of Animal menggunakan akronim yang dicipta penyelidik. Kemampuan responden menghafal meningkat dari hari ke hari dengan bantuan akromin DREBA.

6.3 Untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan

Bagi mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang dijalankan, penyelidik telah melakukan pemerhatian kepada responden. Pemerhatian dibuat pada sesi pertama dan juga terakhir menggunakan borang pemerhatian tingkah laku (Lampiran F). Tujuan pemerhatian dilakukan pada dua sesi ini ialah bagi mengenalpasti perbezaan sikap murid di awal sesi dan juga sikap murid di akhir sesi.

Pada sesi pertama, semua responden memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi kela akronim, responden juga memberikan respon yang baik. Ini menunjukkan tingkah laku positif masih dikekalkan. Responden juga menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, responden menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kelas akronim sesi

(35)

35 pertama ini, komunikasi dua hala tidak berlaku secara aktif antara guru dan responden. Komunikasi antara guru dan murid adalah terhad dan pasif.

Setelah penyelidik mengemukakan soalan, semua responden menolak untuk menjawab. Masing- masing saling tuding menuding. Responden juga tidak menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden tidak menunjukkan keyakinan untuk boleh menjawab. Responden juga tidak menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Responden kelihatan ‘takut’ dan ‘risau’ sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi, semua responden tidak berjaya menjawab Ujian Lisan yang telah disediakan oleh penyelidik.

Penyelidik telah membuat satu lagi pemerhatian pada sesi kesepuluh. Pemerhatian yang dilakukan adalah menggunakan borang yang sama. (Lampiran F) Pada sesi kesepuluh, respon yang diberikan oleh responden adalah baik sepanjang kelas berlangsung. Responden telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berlaku komunikasi dua hala yang sangat aktif antara guru dan responden pada sesi kesepuluh.

Responden juga saling berlumba- lumba untuk menjawab setiap soalan dan latihan yang dikemukan oleh guru. Responden telah menunjukkan sifat yakin boleh sepanjang sesi kesepuluh berjalan. Responden menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Tiada lagi riak wajah yang cemas dan takut seperti di sesi pertama. Di akhir sesi kesepuluh, penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan. Hasilnya responden telah berjaya menjawab soalan yang dikemukan secara lisan.

(36)

36 Ringkasan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik dapat ditunjukkan dalam jadual:

Jadual 11: Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Murid

Tingkah Laku Murid Sesi Pertama Sesi Kesepuluh

Murid memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung

8 8

Murid menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung

8 8

Murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan P&P

8 8

Murid berlumba- lumba untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

0 8

Murid menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang P&P

0 8

Murid gembira sepanjang kelas berlangsung 0 8

Murid berjaya menjawab Ujian Lisan di akhir sesi P&P

0 8

7.0 DAPATAN

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sepanjang kajian adalah temubual, ujian lisan dan pemerhatian. Ketiga-tiga instrumen tersebut digunakan untuk mendapatkan data bagi mencapai objektif tertentu. Berikut adalah dapatan kepada kajian.

(37)

37 7.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal me ngingat Life Processes of

Animal

Melalui temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, penyelidik mendapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan responden menghafal, antaranya ialah diri sendiri, bahasa pengantar, guru dan rakan sebaya. Faktor diri sendiri ialah faktor utama responden gagal menghafal. Mohd. Yunus Noor (1990) menyatakan dengan jelas bahawa dalam pembelajaran, murid mestilah belajar bersungguh-sungguh. Orang lain, seperti ibu bapa dan guru hanya boleh membantu, member tunjuk ajar atau member petua-petua sahaja.

Faktor bahasa pengantar juga merupakan penyumbang kepada kegagalan murid untuk menghafal. Pelaksanaan PPSMI di sekolah juga menjejaskan keupayaan murid menghafal. Berdasarkan temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, responden menyatakan mereka merasakan PPSMI adalah masalah besar bagi mereka untuk memahami dan seterusnya menghafal isi kandungan pelajaran. Perbezaan antara struktur, nilai dan tanggapan terhadap bahasa ibunda dan bahasa kedua menyebabkan murid mengalami masalah untuk berjaya. (Gay, 1988; Snow, 1992)

Dalam hal ini, guru sepatutnya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) menyatakan murid yang memerlukan bimbingan adalah murid yang mengahdapi masalah dari segi iintelek, rohani, emosi ataupun sosial. Dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang

(38)

38 boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Ini jelas menunjukkan, guru perlu membimbing murid menghadapi masalah yang melibatkan akademik.

Setelah menyelesaikan satu tajuk, guru perlu membantu murid menyediakan panduan untuk mengingat. Teori Ekologi Bronfenbrenner dalam Mok Soon Sang (2008) menjelaskan perkaitan murid dengan persekitaran mereka yang mana kebanyakan murid berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru serta alam persekitaran. Mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, faktor utama yang menyebabkan murid gagal menghafal adalah faktor diri murid sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan tersebut, antaranya ialah bahasa pengantar, guru dan rakan sebaya.

7.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang digunakan

Keupayaan menghafal inidividu adalah berbeza antara satu sama lain. Ini dapat dilihat berdasarkan Ujian Lisan yang telah penyelidik jalankan pada akhir setiap sesi kelas akronim. Namun di akhir sesi kesepuluh, semua responden telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang digunakan. Ini menunjukkan akronim berjaya membantu responden menghafal isi kandungan lepas. Pendapat ini adalah selari dengan Ee Ah

(39)

39 Meng (1997) yang menyatakan penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan murid.

Setelah menggunakan akronim, penyelidik mendapati bahawa responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animals. Atkinson dan Shiffrin (1971) dalam Mok Soon Sang (2008) telah mengelaskan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengikut Model Ingatan Pemerosesan Maklumat Atkinson dan Shiffrin, ingatan sensori hanya dapat menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat seterusnya dipindahkan kepada ingatan jangka pendek. Ingatan jenis ini hanya dapat menyimpan maklumat secara otomatik dalam tempoh 20 hingga 30 saat sahaja. Ingatan jangka panjang pula memerlukan latihan berulang-ulang. Ini adalah selari dengan pendapat penyelidik di mana penyelidik telah membuat latihan berulang- ulang sepanjang sepuluh sesi kelas akronim. Pendapat penyelidik juga selari dengan The Access Center (2007) yang menyatakan mnemonik dicipta untuk meningkatkan ingatan terhadap maklumat kunci.

Melalui dapatan ini, penyelidik merumuskan bahawa menerusi penggunaan akronim, penyelidik telah berjaya membantu responden untuk menghafal Life Processes of Animal. Latihan yang berulang- ulang telah membina jaringan ingatan jangka panjang dalam minda responden.

(40)

40 7.3 Mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang

telah dijalankan.

Menerusi instrumen pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, penyelidik telah mengenalpasti perubahan tingkah laku responden sepanjang sepuluh sesi kelas akronim yang dijalankan. Hasrat penyelidik untuk melihat perubahan tingkah laku dari negatif kepada positif serta mengekalkan tingkah laku positif dalam diri responden telah tercapai. Antara perubahan tingkah laku yang telah dicapai oleh responden ialah peningkatan tahap keyakinan diri responden untuk mejawab soalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Responden menjadi lebih berani apabila pada sesi kesepuluh, mereka berlumba- lumba untuk menjawab berbanding dengan pada sesi pertama. Responden juga lebih gembira ketika berada dalam kelas akronim yang dijalankan berbanding ketika sesi pertama.

Perubahan tingkah laku responden dari negatif kepada positif telah menunjukkan bahawa kelas akronim yang dijalankan telah berjaya. Dapatan ini selari dengan Mok Soon Sang (2008) yang menyatakan bahawa peranan utama pendidikan ialah untuk membina tingkah laku manusia. Pendapat ini juga telah menyokong hujah beberapa tokoh-tokoh pendidikan timur contohnya Confucius (551 – 479 SM) dalam Mok Soon Sang (2008) yang menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hamka dalam Mok Soon Sang (2008), tokoh pendidikan Islam di Indonesia juga menyatakan pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik.

(41)

41 Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, perubahan tingkah laku murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon Sang (2008) di mana beliau berpendapat pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, manfaat dan kemajuan dalam kehidupannya.

Guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembentuk tingkah laku. Ini seperti dinyatakan dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) yang menjelaskan bahawa tanggungjawab guru adalah untuk membentuk tingkah laku murid. Hujah ini bersesuaian dengan tugas penyelidik sebagai pembentuk tingkah laku sepanjang kelas akronim berjalan. Kesimpulannya, penyelidik telah berjaya mengubah tingkah laku responden dari negatif kepada positif dan dalam masa yang sama mengekalkan tingkah laku positif yang sedia ada sepanjang kelas akronim berjalan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSN YA

Melalui kajian tindakan yang telah penyelidik jalankan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penyelidik seterusnya sebagai kesinambungan dari kajian ini. Antara cadangannya ialah:

1. Menggunakan instrumen penilaian selain daripada instrumen yang digunakan penyelidik dalam kajian ini. Contoh instrumen penilaian lain yang mungkin boleh digunakan dalam kajian seterusnya ialah analisis dokumen.

(42)

42 2. Selain itu, penyelidik menyarankan agar kajian seterusnya melibatkan guru sebagai responden. Guru tersebut boleh diminta menilai perubahan yang belaku setelah tindakan dijalankan.

3. Penggunaan akronim ini juga boleh digunakan untuk mengajar tajuk lain dalam Sains. Namun, penyelidik seterusnya harus mencipta akronim baru untuk kegunaan murid mereka.

4. Selain daripada penggunaan akronim, penyelidik seterusnya boleh mencipta mnemonik lain bagi membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh mnemonik lain yang mungkin boleh digunakan ialah ayat akronimik dan kata kunci.

5. Teknik Rajah DREBA ini juga boleh diaplikasi kepada golongan murid berpencapaian tinggi dalam akademik. Tempoh masa yang diambil untuk melaksanakan Rajah DREBA juga mungkin lebih singkat.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil pengamatan aktivitas siswa pertemuan pertama, pada saat pembelajaran berlangsung siswa masih kelihatan tegang dan belum terbiasa dengan model

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari segala kejahatan apa-apa yang diciptakan-Nya.” (3 kali) Dalam kitab “al-Adzkar” karya Imam Nawawi disebutkan bahwa suatu

Aktivitas enzim esterase non spesifik melalui metode kuantitatif uji biokimia terhadap nyamuk Aedes aegypti dari wilayah perimeter dan buffer di Pelabuhan Tanjung

Bahwa Pimpinan STIESIA dalam Rapat Pleno tanggal 14 September 2012 telah menerima konsep Rencana Strategis (Renstra) Prodi S3 Ilmu Manajemen Tahun 2012-2016, dan sesuai

Tesis dengan judul : “Pengelolaan Dana Pendidikan Dalam Konteks Manajemen Berbasis Sekolah (Studi Multi Kasus di SMKN 1 Pogalan dan SMAN 1 Trenggalek)” yang ditulis

Bangsa Indonesia menganut sistem politik luar negeri yang bebas aktif. Bebas dalam pengertian bahwa Indonesia tidak memihak pada kekuatan- kekuatan yang tidak sesuai dengan

Masyarakat Bokondini membuka lahan baru yang akan dijadikan kebun dengan cara yang masih sangat tradisional, dibakar. Mereka membakar perdu dan rumput liar di