• Tidak ada hasil yang ditemukan

Untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang telah dijalankan

Dalam dokumen 1~42-LAPORAN AR LENGKAP (Halaman 34-41)

Bagi mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang dijalankan, penyelidik telah melakukan pemerhatian kepada responden. Pemerhatian dibuat pada sesi pertama dan juga terakhir menggunakan borang pemerhatian tingkah laku (Lampiran F). Tujuan pemerhatian dilakukan pada dua sesi ini ialah bagi mengenalpasti perbezaan sikap murid di awal sesi dan juga sikap murid di akhir sesi.

Pada sesi pertama, semua responden memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi kela akronim, responden juga memberikan respon yang baik. Ini menunjukkan tingkah laku positif masih dikekalkan. Responden juga menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, responden menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kelas akronim sesi

35 pertama ini, komunikasi dua hala tidak berlaku secara aktif antara guru dan responden. Komunikasi antara guru dan murid adalah terhad dan pasif.

Setelah penyelidik mengemukakan soalan, semua responden menolak untuk menjawab. Masing- masing saling tuding menuding. Responden juga tidak menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden tidak menunjukkan keyakinan untuk boleh menjawab. Responden juga tidak menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Responden kelihatan ‘takut’ dan ‘risau’ sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi, semua responden tidak berjaya menjawab Ujian Lisan yang telah disediakan oleh penyelidik.

Penyelidik telah membuat satu lagi pemerhatian pada sesi kesepuluh. Pemerhatian yang dilakukan adalah menggunakan borang yang sama. (Lampiran F) Pada sesi kesepuluh, respon yang diberikan oleh responden adalah baik sepanjang kelas berlangsung. Responden telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berlaku komunikasi dua hala yang sangat aktif antara guru dan responden pada sesi kesepuluh.

Responden juga saling berlumba- lumba untuk menjawab setiap soalan dan latihan yang dikemukan oleh guru. Responden telah menunjukkan sifat yakin boleh sepanjang sesi kesepuluh berjalan. Responden menunjukkan riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Tiada lagi riak wajah yang cemas dan takut seperti di sesi pertama. Di akhir sesi kesepuluh, penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan. Hasilnya responden telah berjaya menjawab soalan yang dikemukan secara lisan.

36 Ringkasan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik dapat ditunjukkan dalam jadual:

Jadual 11: Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Murid

Tingkah Laku Murid Sesi Pertama Sesi Kesepuluh

Murid memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung

8 8

Murid menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung

8 8

Murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan P&P

8 8

Murid berlumba- lumba untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

0 8

Murid menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang P&P

0 8

Murid gembira sepanjang kelas berlangsung 0 8

Murid berjaya menjawab Ujian Lisan di akhir sesi P&P

0 8

7.0 DAPATAN

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sepanjang kajian adalah temubual, ujian lisan dan pemerhatian. Ketiga-tiga instrumen tersebut digunakan untuk mendapatkan data bagi mencapai objektif tertentu. Berikut adalah dapatan kepada kajian.

37 7.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal me ngingat Life Processes of

Animal

Melalui temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, penyelidik mendapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan responden menghafal, antaranya ialah diri sendiri, bahasa pengantar, guru dan rakan sebaya. Faktor diri sendiri ialah faktor utama responden gagal menghafal. Mohd. Yunus Noor (1990) menyatakan dengan jelas bahawa dalam pembelajaran, murid mestilah belajar bersungguh-sungguh. Orang lain, seperti ibu bapa dan guru hanya boleh membantu, member tunjuk ajar atau member petua-petua sahaja.

Faktor bahasa pengantar juga merupakan penyumbang kepada kegagalan murid untuk menghafal. Pelaksanaan PPSMI di sekolah juga menjejaskan keupayaan murid menghafal. Berdasarkan temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, responden menyatakan mereka merasakan PPSMI adalah masalah besar bagi mereka untuk memahami dan seterusnya menghafal isi kandungan pelajaran. Perbezaan antara struktur, nilai dan tanggapan terhadap bahasa ibunda dan bahasa kedua menyebabkan murid mengalami masalah untuk berjaya. (Gay, 1988; Snow, 1992)

Dalam hal ini, guru sepatutnya bertindak sebagai pembimbing kepada murid. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) menyatakan murid yang memerlukan bimbingan adalah murid yang mengahdapi masalah dari segi iintelek, rohani, emosi ataupun sosial. Dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang

38 boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Ini jelas menunjukkan, guru perlu membimbing murid menghadapi masalah yang melibatkan akademik.

Setelah menyelesaikan satu tajuk, guru perlu membantu murid menyediakan panduan untuk mengingat. Teori Ekologi Bronfenbrenner dalam Mok Soon Sang (2008) menjelaskan perkaitan murid dengan persekitaran mereka yang mana kebanyakan murid berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru serta alam persekitaran. Mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, faktor utama yang menyebabkan murid gagal menghafal adalah faktor diri murid sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan tersebut, antaranya ialah bahasa pengantar, guru dan rakan sebaya.

7.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang digunakan

Keupayaan menghafal inidividu adalah berbeza antara satu sama lain. Ini dapat dilihat berdasarkan Ujian Lisan yang telah penyelidik jalankan pada akhir setiap sesi kelas akronim. Namun di akhir sesi kesepuluh, semua responden telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang digunakan. Ini menunjukkan akronim berjaya membantu responden menghafal isi kandungan lepas. Pendapat ini adalah selari dengan Ee Ah

39 Meng (1997) yang menyatakan penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan murid.

Setelah menggunakan akronim, penyelidik mendapati bahawa responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animals. Atkinson dan Shiffrin (1971) dalam Mok Soon Sang (2008) telah mengelaskan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengikut Model Ingatan Pemerosesan Maklumat Atkinson dan Shiffrin, ingatan sensori hanya dapat menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat seterusnya dipindahkan kepada ingatan jangka pendek. Ingatan jenis ini hanya dapat menyimpan maklumat secara otomatik dalam tempoh 20 hingga 30 saat sahaja. Ingatan jangka panjang pula memerlukan latihan berulang-ulang. Ini adalah selari dengan pendapat penyelidik di mana penyelidik telah membuat latihan berulang- ulang sepanjang sepuluh sesi kelas akronim. Pendapat penyelidik juga selari dengan The Access Center (2007) yang menyatakan mnemonik dicipta untuk meningkatkan ingatan terhadap maklumat kunci.

Melalui dapatan ini, penyelidik merumuskan bahawa menerusi penggunaan akronim, penyelidik telah berjaya membantu responden untuk menghafal Life Processes of Animal. Latihan yang berulang- ulang telah membina jaringan ingatan jangka panjang dalam minda responden.

40 7.3 Mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang

telah dijalankan.

Menerusi instrumen pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, penyelidik telah mengenalpasti perubahan tingkah laku responden sepanjang sepuluh sesi kelas akronim yang dijalankan. Hasrat penyelidik untuk melihat perubahan tingkah laku dari negatif kepada positif serta mengekalkan tingkah laku positif dalam diri responden telah tercapai. Antara perubahan tingkah laku yang telah dicapai oleh responden ialah peningkatan tahap keyakinan diri responden untuk mejawab soalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Responden menjadi lebih berani apabila pada sesi kesepuluh, mereka berlumba- lumba untuk menjawab berbanding dengan pada sesi pertama. Responden juga lebih gembira ketika berada dalam kelas akronim yang dijalankan berbanding ketika sesi pertama.

Perubahan tingkah laku responden dari negatif kepada positif telah menunjukkan bahawa kelas akronim yang dijalankan telah berjaya. Dapatan ini selari dengan Mok Soon Sang (2008) yang menyatakan bahawa peranan utama pendidikan ialah untuk membina tingkah laku manusia. Pendapat ini juga telah menyokong hujah beberapa tokoh-tokoh pendidikan timur contohnya Confucius (551 – 479 SM) dalam Mok Soon Sang (2008) yang menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hamka dalam Mok Soon Sang (2008), tokoh pendidikan Islam di Indonesia juga menyatakan pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik.

41 Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, perubahan tingkah laku murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon Sang (2008) di mana beliau berpendapat pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, manfaat dan kemajuan dalam kehidupannya.

Guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembentuk tingkah laku. Ini seperti dinyatakan dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) yang menjelaskan bahawa tanggungjawab guru adalah untuk membentuk tingkah laku murid. Hujah ini bersesuaian dengan tugas penyelidik sebagai pembentuk tingkah laku sepanjang kelas akronim berjalan. Kesimpulannya, penyelidik telah berjaya mengubah tingkah laku responden dari negatif kepada positif dan dalam masa yang sama mengekalkan tingkah laku positif yang sedia ada sepanjang kelas akronim berjalan.

Dalam dokumen 1~42-LAPORAN AR LENGKAP (Halaman 34-41)

Dokumen terkait