• Tidak ada hasil yang ditemukan

kadar pertumbuhan akaun semasa dengan ka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kadar pertumbuhan akaun semasa dengan ka"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

TAHUN

5.2 Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

( Diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK, tahun 2005 hingga tahun 2012 )

Jadual 2 : Hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingg atahun 2012.

(2)

Graf 3 : Kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

(3)

pada tahun 2007. Peratusan pelaburan swasta kepada KDNK meningkat daripada 11.3% pada tahun 2005 kepada 11.9% pada tahun 2007. Selain itu, Sektor perkilangan terus menjadi satu sektor utama dalam ekonomi yang menyumbang sebanyak 30.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2007. Sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar KDNK Malaysia. Pada tahun 2007, ianya dianggarkan menyumbang sebanyak 53.2 peratus daripada KDNK dengan kadar pertumbuhan sebanyak sembilan peratus. Gunatenaga dalam sektor perkhidmatan dianggarkan sebanyak 5.9 juta orang atau 51.4 peratus daripada jumlah gunatenaga pada tahun 2007. ( Prestasi sektor perkilangan dan perkhidmatan 2007 )

(4)

Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan akaun semasa mengalami penurunan iaitu daripada 28.60% kepada -15.74% manakala kadar pertumbuhan ekonomi juga menurun kepada -1.56%. Hal ini menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan akaun semasa dan kadar pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan positif. Kelembapan ekonomi global telah menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009. Sebagai sebuah ekonomi terbuka, kesan kekayaan yang negatif berikutan krisis global ke atas permintaan dan perdagangan dunia telah mengakibatkan kemerosotan keluaran perindustrian dan eksport pembuatan (Unit perancangan ekonomi 2009). Kemerosotan dalam akaun dagangan menyebabkan akaun semasa jatuh kepada RM 110 727 juta iaitu sebanyak -15.74%. Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009, iaitu tahun ekonomi global mengalami kemerosotan terburuk dalam sejarah moden.

Ekonomi negara merasai kesan kemelesetan ekonomi global sepenuhnya pada suku pertama apabila ia merosot sebanyak 6.2%. Kemerosotan ini adalah penguncupan asas tahunan yang pertama bagi KDNK benar sejak suku ketiga 2001. Kejatuhan yang teruk dalam permintaan global dan perdagangan dunia menyebabkan eksport dan pengeluaran perindustrian di Malaysia merosot pada kadar dua angka. Berikutan tahap keterbukaan ekonomi yang tinggi, kemerosotan permintaan luar negeri telah menjejaskan guna tenaga, pendapatan serta sentimen keseluruhan sektor perniagaan dan pengguna lantas mengakibatkan aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta pada suku pertama 2009 merosot. Pertumbuhan pada suku tersebut juga terjejas oleh pengeluaran inventori yang besar, terutamanya dalam sektor perkilangan dan komoditi. ( Bank Negara Malaysia, 2009 )

(5)

pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan negatif Pada suku keempat 2010, akaun semasa terus mengekalkan lebihan RM23.9 bilion (bersamaan 11.8 peratus daripada KDNK pada harga semasa), meningkat sebanyak RM4.0 bilion atau 20.1 peratus daripada RM19.9 bilion pada suku tahun sebelumnya. Pertambahan ini disebabkan oleh lebihan pada akaun barangan yang lebih tinggi sebanyak RM4.6 bilion kepada RM32.7 bilion (S3 2010: RM28.1 bilion).

Imbangan akaun semasa pada 2010 adalah RM90.5 bilion, penurunan yang ketara sebanyak RM21.6 bilion atau 19.3 peratus daripada RM112.1 bilion yang direkod setahun lalu. Ini disebabkan oleh bayaran bersih pada akaun pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM10.6 bilion untuk merekod RM25.2 bilion (2009: -RM14.6 bilion); lebihan pada akaun barangan yang lebih rendah iaitu RM136.6 bilion berbanding RM141.7 bilion yang dicatat pada 2009, menyusut sebanyak RM5.2 bilion atau 3.6 peratus; terimaan bersih pada akaun perkhidmatan yang lebih rendah sebanyak RM3.8 bilion untuk mencatat RM0.9 bilion (2009: RM4.7 bilion); dan aliran keluar pada pindahan semasa yang lebih tinggi sebanyak RM2.1 bilion untuk merekod RM21.7 bilion (2009: -RM19.6 bilion). ( Jabatan Perangkaan Malaysia , 2010)

(6)

Kadar pertumbuhan akaun semasa meningkat kepada 17.48% pada tahun 2011 tetapi kadar pertumbuhan ekonomi juga mengalami penurunan iaitu dari 7.48% kepada 5.19%. Hubungan antara kadar pertumbuhan akaun semasa dengan kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun tersebut adalah negatif. Pada tahun 2011, akaun semasa Malaysia telah mencapai peningkatan dari RM 87183 juta kepada RM 102426 juta iaitu sebanyak 17.48% . Pada tahun yang tersebut akaun dagangan juga meningkat kepada RM 151565 juta iaitu sebanyak 10.83%. Dalam persekitaran luar yang semakin mencabar, masih terdapat beberapa risiko terhadap unjuran pertumbuhan Malaysia. Risiko ke bawah pertumbuhan adalah ketidakstabilan yang muncul semula di kawasan Euro atau ketidakstabilan dalam pasaran kewangan, justeru mempengaruhi potensi pertumbuhan rakan perdagangan utama Malaysia. ( Laporan Tahunan PKS 2012/2013).

(7)

Seterusnya, pada tahun 2012 kadar pertumbuhan akaun semasa menjadi perlahan iaitu menurun ke -44.01% manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat ke 5.63%. Hal ini membuktikkan bahawa kadar pertumbuhan akaun semasa berhubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Pada suku berakhir Jun 2012, imbangan akaun semasa menunjukkan lebihan yang lebih rendah RM9.6 bilion, berkurang RM8.5 bilion daripada RM18.1 bilion yang dicapai pada suku lepas. Lebihan yang lebih rendah ini dicerminkan oleh akaun barangan merekodkan lebihan yang lebih rendah sebanyak RM6.4 bilion kepada RM29.4 bilion daripada RM35.8 bilion; dan akaun pendapatan aliran keluar bersih melebar sebanyak RM3.1 bilion kepada RM11.7 bilion daripada RM8.6 bilion. Sementara itu, defisit pada kedua-dua akaun perkhidmatan dan pindahan semasa masing-masing mengecil kepada RM3.6 bilion daripada RM3.8 bilion dan RM4.6 bilion daripada RM5.3 bilion. (Jabatan Perangkaan Malaysia)

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus pada 2012 berbanding dengan 5.1 peratus pada 2011. Jangkaan itu adalah dibuat setelah mengambil kira risiko yang disumbangkan oleh sektor luar dan sokongan ekonomi domestik, demikian menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan berkata ekonomi Malaysia berkembang dengan lebih kukuh pada paras 5.1 peratus dalam tempoh separuh pertama 2012 berbanding dengan 4.7 peratus pada separuh pertama 2011. Katanya permintaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam manakala pertumbuhan penggunaan swasta dijangka disokong oleh guna tenaga dan pendapatan yang stabil serta inflasi yang lebih rendah. ( Malaysia kini news 2012)

(8)

Secara keseluruhannya, kadar pertumbuhan akaun semasa menurun dari 22.54% pada tahun 2006 ke -44.01% pada tahun 2012. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi meningkat dari 5.57% pada tahun 2006 ke 5.63% pada tahun 2012. Hal ini membuktikan bahawa secara keseluruhannya kadar pertumbuhan akaun semasa mempunyai hubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagaimana dapat dilihat pada tabel di atas, jumlah kalori pada detritus yang terbentuk pada bulan Mei dari proses dekomposisi serasah yang gugur dari seluruh luasan

Rencana Strategis (Renstra) ini berisikan rencana program dan rencana kegiatan yang akan dilaksanakan untuk selama tahun 2011 sampai dengan 2015 yang akan dijadikan

Peserta didik diminta mencari informasi dari berbagai sumber tentang tujuan penambahan zat aditif serta membedakan zat aditif alami dan zat aditif buatan pada

Hipotesis penelitian ini adalah peningkatan frekuensi gempa vulkanik (diukur oleh instrumen seismometer dalam aplikasi Eruption) yang disebabkan oleh peningkatan

[r]

Kepala Dinas Penanaman Modal, Pelayanan Terpadu Satu Pintu Dan Tenaga Kerja menyetujui untuk dilakukan pengesahan atas dokumen pelaksanaan anggaran satuan kerja perangkat daerah

Tujuan dari penulisan skripsi ini terdiri dari tujuan umum yakni sebagai syarat akademis guna memenuhi kewajiban menyelesaikan tugas akhir untuk memperoleh gelar