• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAMALAN NILAI NILAI MURNI MATAN ARBAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAMALAN NILAI NILAI MURNI MATAN ARBAI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI MAT N ARBA` N OLEH IMAM AN-NAWAWI DALAM KEHIDUPAN HARIAN

PENGENALAN

Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk bergerak menjadi umat yang lebih aktif dan progresif tanpa meninggalkan nilai-nilai kemanusian dan keagamaan dalam kehidupan harian. Umat Islam juga telah diberi petunjuk oleh Allah melalui sumber pertama iaitu kitab hidayah-Nya, Al-Quran dan sumber rujukan kedua selepasnya iaitu Al-Hadith yang meliputi sunnah yang disampaikan oleh Rasullulah S.A.W. kepada umatnya melalui pelbagai cara. Melalui sumber-sumber ini, umat Islam diminta untuk melaksanakan kewajipan dalam beragama yang diperintahkan untuk mendapat kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Kehidupan manusia yang kompleks ini bermula dari seorang individu kemudian berkembang menjadi sebuah keluarga setelah melalui beberapa fasa dalam kehidupan. Dalam Islam, pembentukan sesebuah keluarga itu mestilah berlandaskan syariat Islam agar sesebuah keluarga itu menjadi keluarga sakinah iaitu keluarga bahagia yang mendapat redha Allah. Oleh itu, untuk mendapatkan sebuah keluarga yang sakinah, Al-Quran dan Al-Hadith merupakan petunjuk kepada proses pembentukan yang meliputi segala aspek dalam kehidupan.

Sistem kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat. Kejayaan membentuk sebuah keluarga yang berlandaskan pegangan agama yang kukuh dan ketertiban norma sebagai seorang manusia akan memperlihatkan kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai peradaban dan berintergriti seterusnya membina sebuah negara bangsa yang utuh. Kesemua system tersebut bermula dari diri seseorang individu yang berniat dan berazam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Ini bertepatan dengan hadith riwayat Abu Abdullah Muhammad dan Abu al-Husain Muslim iaitu daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (Hadith riwayat Abu Abdullah Muhammad dan Abu al-Husain Muslim).

Mat n Arba` n dan Amalan Hidup Berkeluarga

(2)

Terdapat banyak sumber rujukan utama Islam termasuk Al-Quran dan Al-hadith serta kajian yang dijalankan para sarjana bagi merungkai mengenai konsep, model dan kerangka pengamalan nilai Islam dalam kehidupan bagi membentuk sebuah keluarga. Kajian yang dijalankan oleh Nur Zahidah dan Raihanah (2011) telah mengetengahkan Model Keluarga Bahagia Menurut Islam yang memperincikan prinsip dan nilai dalam Islam yang perlu diterapkan antaranya iman, amal, aqidah, ilmu, niat, akhlak, sosial, amanah dan keselamatan fizikal dan ekonomi. Sebahagian besar prinsip tersebut juga terkandung dalam matān hadith yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya. Nilai dan prinsip ini jelas membentuk jiwa dan rohani bagi setiap ahli keluarga yang mengamalkannya seterusnya membawa kepada unsur kebahagian iaitu al-Sakīnah (Ahmad Hasan Karzūn, 1997), al-Mawaddah (kasih sayang) (Muḥammad Abū Zuhrah, 1958) dan al-Ramah (belas kasihan) (Muḥammad Abū Zuhrah, 1970) (dlm. Nur Zahidah dan Raihanah, 2011).

Justeru itu, kajian terhadap pengamalan nilai-nilai murni dalam Matān Arba`īn oleh Imam an-Nawawī dalam kehidupan telah dijalankan bagi mendapatkan nilai-nilai murni yang terkandung didalamnya serta melihat sejauhmana nilai tersebut difahami dan diamalkan oleh sesebuah komuniti.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan terhadap penanam rumpai laut di Pulau Selakan yang terletak di daerah Semporna, Sabah. Jumlah responden kajian adalah seramai sepuluh orang termasuklah lapan orang penduduk kampung yang menjadi penanam rumpai laut, seorang imam surau dan seorang pengurus sistem estet mini rumpai laut. Penduduk kampung yang bekerja sebagai penanam rumpai laut merupakan mereka yang berpengalaman dan aktif menanam rumpai laut dibawah syarikat serta mereka yang bekerja untuk ladang demonstrasi rumpai laut, di bawah bahagian penyelidikan Unit Penyelidikan Rumpai Laut, Universiti Malaysia Sabah.

Pulau Selakan merupakan salah sebuah pulau yang diwartakan dalam Taman Marin Tun Sakaran dibawah Taman-Taman Sabah. Perjalanan menggunakan bot ke pulau ini dari Jeti Pelancongan yang terletak di Pekan Semporna mengambil masa selama 45 minit (Rujuk Gambarajah 1). Lokasi ini dipilih kerana Projek Estet Mini Rumpai Laut dibawah Unit Penyelidikan Rumpai Laut, UMS telah telah bertapak di kawasan pulau tersebut. Selain itu juga, komuniti masyarakat di pulau ini telah melaksanakan aktiviti penanaman rumpai laut secara tradisional sejak sekian lama. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norhuda Salleh et al. (2012), mendapati bahawa Pulau Selakan dijadikan sebagai salah satu kawasan yang berpotensi untuk memajukan projek pengkulturan rumpai laut di Semporna adalah disebabkan oleh kedudukan geografinya yang terletak di kawasan segitiga batu karang. Keluasan kawasan bagi penanaman rumpai laut seluas 1,000 ekar. Selain pelaksanaan projek, komuniti di kawasan tersebut turut menerima banyak faedah dari program pembangunan komuniti yang dijalankan.

(3)

Bagi mendapatkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Matān Arba`īn, analisis teks telah dijalankan mengikut beberapa fasa sebelum nilai-nilai murni tersebut dilihat dari sudut pemahaman dan pelaksanaannya dalam kalangan penanam rumpai laut di Pulau Selakan. Dalam fasa pertama, penulis telah menganalisis sorotan empat puluh dua teks hadis pendek tersebut. Pembacaan teks hadis telah dilakukan dalam Bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu bersama pakar dalam kedua-dua Bahasa. Kemudian, kata kunci yang berkaitan dengan nilai-nilai murni, ajaran Islam serta prinsip-prinsipnya dikeluarkan mengikut makna dan syarah dalam hadith yang berkaitan. Sebagai contoh hadith pertama dalam Matān Arba`īn telah menerangkan beberapa kata kunci utama iaitu (i) niat, (ii) objektif, (iii) hijrah, (iv) amalan, dan (v) ikhlas. Begitu juga dengan hadith-hadith yang seterusnya dianalisis dari aspek makna yang menjelaskan tentang pengertian hadith tersebut dan kata-kata kunci dikeluarkan seperti contoh dalam hadis yang dianalisis dalam jadual yang berikut.

Jadual Analisis Kata Kunci dalam Mat n Arba` n Hadis 1

Setelah membuat analisis teks hadith ini, penulis meneruskan kajian di lokasi yang telah ditetapkan. Penulis telah tinggal bersama penduduk di Pulau Selakan dalam jangka masa yang lama untuk memperolehi maklumat dan data mengenai kehidupan penanam rumpai laut. Segala rutin dari aspek pekerjaan, aktiviti kemasyarakatan, amalan tradisi, keagamaan telah dicatat menerusi temubual, turut serta dan merasai sendiri pengalaman bagaimana menjalani kehidupan di pulau dirasai penulis bagi mendalami kehidupan mereka disana.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

(4)

Bahagian ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai nilai-nilai murni yang terkandung dalam Matān Arba`īn serta aplikasinya dalam kehidupan umat Islam serta melihat dari perspektif kehidupan komuniti penanam rumpai laut yang kebanyakannya mempunyai talian kekeluargaan.

Nilai-nilai murni dalam Mat n Arba` n oleh Imam an-Nawawi

Riwayat pengumpulan hadis yang dilakukan oleh Imam an-Nawawi seperti yang tercatat dalam bahagian kata pendahuluan Imam an-Nawawi adalah berdasarkan kepada pengumpulan riwayat hadis oleh imam-imam terdahulu (Mustafa Abdul Rahman, 2001). Menurut Imam an-Nawawi dalam kata pendahuluan kitabnya, beliau berpendapat bahawa terdapat kumpulan empat puluh hadis yang lebih penting iaitu setiap hadis mempunyai faedah tersendiri mengenai kaedah-kaedah agama (Islam) di mana para ulama menegaskan bahawa pusat peredaran hukum Islam terletak padanya atau satu per dua, atau satu per tiga, atau satu per empat atau seumpamanya dari pada hukum itu terkandung dalam kumpulan hadis tersebut (Mustafa Abdul Rahman, 2001). Pendapat beliau ini menunjukkan bahawa sorotan hadis yang dikumpulkan oleh beliau mengandungi hadis yang menyentuh dari bab usuluddin (tauhid), cabang-cabang hukum agama, jihad, zuhud, adab dan ucapan (Nabi Muhammad S.A.W dalam pelbagai keadaan). Kumpulan-kumpulan hadis ini adalah sepertimana ulama terdahulu yang mengumpul hadis mengikut fokus masing-masing, akan tetapi berbeza dengan Imam an-Nawawi yang menggabungkan kesemuanya dalam matan hadis yang dikumpul oleh beliau.

Berdasarkan analisis teks yang telah dijalankan, terdapat banyak kata kunci yang terkandung didalam Matān Arba`īn yang menerangkan prinsip Islam yang perlu dilaksanakan oleh seorang muslim dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, penerangan mengenai akhlak sama ada dalam makna tersirat mahupun tersurat telah dinyatakan dalam hadith ke 16, 18, 20, 26, 27, 35 dan 36. Salah satu contoh hadith yang menerangkan mengenai akhlak adalah hadith ke enam belas yang bermaksud :

“Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.” ( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari. )

(5)

Jadual Nilai-Nilai Murni dan Hadith

Nilai-nilai yang terkandung dalam jadual di atas menunjukkan sebahagian nilai yang ditekankan dalam Matān Arba`īn yang perlu dilaksanakan sebagai seorang umat Islam. Unsur-unsur ini mengandungi kebaikan yang membawa kepada pembentukan peribadi seorang muslim yang baik.

Kehidupan penanam rumpai laut dan pengamalan nilai-nilai murni dalam Mat n Arba` n Kehidupan masyarakat yang tinggal di lautan adalah berbeza dengan masyarakat di daratan. Kelompok masyarakat ini bermula dari beberapa keluarga dan lama kelamaan berkembang menjadi sebuah masyarakat. Masyarakat di Pulau Selakan secara keseluruhannya beragama Islam. Mereka berkongsi adat, nilai, budaya dan kepercayaan yang sama. etnik Bajau Semporna dan terdapat juga etnik lain yan. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Bajau Semporna dan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian mereka.

(6)

Penanam rumpai laut dan masyarakat kampung juga aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan temasuk keagamaan, kebudayaan dan sebagainya. Mereka menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut di surau, balai raya dan di rumah-rumah yang terlibat mengikut tujuannya. Antara kemasyarakatan yang dijalankan bersama adalah majlis tahlil kesyukuran, sambutan tahun baru, majlis perkahwinan, program gotong royong, acara kebudayaan dan pelbagai lagi. Kerjasama yang erat dan ikatan persaudaraan yang kukuh membuatkan mereka dapat melaksanakan semua aktiviti dengan jayanya.

Dari sudut agama, penanam rumpai laut di Pulau Selakan keseluruhannya beragama Islam. Berdasarkan maklumat dan temubual yang dijalankan, mereka mengetahui tentang perkara-perkara asas dalam Islam seperti ibadah dan akhlak. Akan tetapi, penyebaran ilmu berkaitan dengan Islam terhad di sana memandangkan faktor jarak dan kedudukan dan kekurangan tenaga pengajar. Ini diperakui oleh Imam Kampung sendiri berumur 65 tahun, menurutnya:

‘di kampung ni sangatlah kurang tenaga pengajar macam guru ajar mengaji, ajar solat. Saya pun risau dengan generasi pelapis saya nanti. Saya dulu belajar agama sama arwah bapa tetapi diajar dengan mendalam.. tetapi untuk budak-budak sekarang ni susah sebab yang tiada yang mengajar, mama bapa pun harap cikgu sekolah jak lah’ (Hj Rabani, 65 tahun, Pulau Selakan).

Temubual dipanjangkan lagi dengan penulis bertanyakan tentang perkara mengenai kefahaman Islam dan pengamalannya dalam masyarakat di sana. Berdasarkan pandangan Hj. Rabani, masyarakat di sana kebanyakkannya tidak memahami sepenuhnya ilmu Islam yang mendalam sebagai contoh ilmu tauhid, aqidah, usuluddin kerana kekangan yang mereka hadapi serta susur galur ilmu tersebut tidak sampai ke generasi yang seterusnya tetapi mereka masih berpegang kepada agama Islam. Dari segi amal pula, menurut pandangan beliau, mereka mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan yang baik, menjaga akhlak, menjaga adab dan tingkah laku. Pandangan yang sama juga diberikan oleh responden yang berumur 26 tahun, menurutnya:

‘saya belajar pun melalui ustaz sekolah yang selalu di surau, dulu lah masa ustaz tu ada sekejap jak dalam berapa bulan sebab ustaz tu praktikel sini. Ajar mengaji, ajar solat. Tapi ndak juga ramai yang ikutlah. Kurang sambutan’. (Salina, 26 tahun, Pulau Selakan).

Berdasarkan pengalaman selama tinggal di pulau bersama mereka, terdapat perkara-perkara yang menjadi amalan mereka yang berpadanan dengan nilai-nilai murni dalam Matan Arbain seperti dalam menjaga akhlak, melakukan kebaikan, menjaga halal dan haram dari aspek pemakanan, menjaga kebersihan, ihsan dan ikatan persaudaraan. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan amalan yang dapat dilihat secara terus, manakala bagi pemahaman mereka terhadap konsep iman, aqidah, taqwa masih rendah berdasarkan kekangan yang mereka jelaskan.

Fenomena sinkretisme dalam kehidupan komuniti penanam rumpai laut

(7)

Kemasukan ajaran Islam yang tidak disampaikan dengan teliti dan sepenuhnya telah menyebabkan perubahan tersebut berlaku secara keseluruhan dalam hidup yang akhirnya mengakibatkan percampuran adat yang dipegang sebelumnya dengan ajaran Islam. Mereka tidak dapat membezakan antara dua perkara tersebut dan ada diantara pegangan tradisi mereka yang dahulu dianggap sebagai ajaran Islam yang syumul, sedangkan tiada dalil yang jelas dalam Al-Quran dan Sunnah mengenainya. Oleh yang demikian, fenomena sinkretisme masih lagi wujud dalam kehidupan komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna. Kenyataan ini juga disokong dengan penelitian yang dijalankan oleh Syamsul Azizul dan Mohd Anuar (2013), berdasarkan penelitian yang telah dibuat berkaitan dengan masyarakat Bajau di pantai timur Sabah khususnya di Semporna, tradisi keagamaan yang bersumberkan kepada kepercayaan nenek moyang yang mereka masih amalkan terbahagi kepada empat kategori iaitu (i) ritual menghadapi krisis, (ii) ritual mengharapkan keselamatan, (iii) ritual mengadapi penyakit atau malapetaka, dan (iv) ritual yang menggambarkan kesyukuran.

Implikasi pengamalan nilai-nilai murni dalam Matan Arbain terhadap kehidupan.

Pemahaman, penerapan dan pengamalan nilai keagamaan adalah sangat penting dalam kehidupan setiap manusia. Nilai inilah yang membentuk peribadi dan tingkahlaku seseorang agar menjadi seorang manusia yang beriman dan mempunyai tujuan hidup. Kehidupan manusia seterusnya berkembang menjadi sebuah keluarga. Sebuah keluarga yang mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan positif dalam kehidupan pasti menjadi sebuah keluarga yang berjaya walau apa jua halangan yang tiba. Sebuah keluarga bermula dari sepasang suami isteri yang saling menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pasti mendapat kenikmatan dan keberkatan hidup. Begitu juga dengan tanggungjawab ibu dan tanggungjawab ayah untuk mendidik dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak dalam kandungan ibu sangat membantu dalam pembentukan diri anak-anak sehingga anak tersebut dewasa. Ini melibatkan intergriti sebuah keluarga dalam membina keluarga sakinah.

Nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Matān Arba`īn sememangnya memberi panduan untuk menjadi seorang muslim yang cukup dengan bekalan ilmu dalam menjalani kehidupan. Nilai-nilai ini juga perlu diterapkan dalam sebuah keluarga dan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyemai nilai-nilai ini dalam diri anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Nilai yang mengandungi asas Islam termasuk aqidah, syari’ah dan akhlak ini adalah asas kukuh dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, pemahaman tentang hadith –hadith ini juga sangat penting kerana mengandungi unsur teladan dan penceritaan yang boleh difahami dan diambil iktibar.

KESIMPULAN

(8)

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali. (2008). Dakwah dan cabaran de-Islamisasi di Malaysia. Shah Alam: karisma Publication Sdn. Bhd.

Mustafa Abdul Rahman. (2001). Matan Arbaīn (Terjemahan dan Syarahnya). Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Norhuda Salleh, et al. (2012). Penanaman Rumpai Laut : Satu Tinjauan Sosiodemografi di Pulau Selakan, Semporna Sabah. Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti dan Komuniti (2012), November 22-23, 2013, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Nur Zahidah Jaapar & Raihanah Azahari. (2011). Model keluarga bahagia menurut Islam. Jurnal Fiqh, 8. 25-44.

Saidatul Nornis Haji Mahali. (2008). Interaksi Sosial dalam Isun-Isun Bajau. Akademika 74 : 59-87 Selamat Amir & Ernawati Amusin. (2011). Pengajian Hadith di Sabah : Suatu Sorotan. Sunnah Nabi

Realiti dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Syamsul Azizul Marinsah & Mohd Anuar Ramli. (2013). Pendekatan Sosiologi Hukum Islam dalam Kajian Usul al-Fiqh Gunaan. The 7th International Islamic Development Management Conference. December 9-10, 2013. USM. 1-23.

Yusten Karulus & Maine Suadik. (2011). Kepercayaan, Agama dan Adat Masyarakat Bajau. Dalam Ismail Ali (eds.). Sejarah Kebudayaan dan Kesenian Kaum Bajau Semporna : Dari Perspektif Hj. Bakara Marahaja Onnong. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah., hlm. 29-48.

“Peta Pulau Selakan” dlm. www.googlemap.com. 31 November 2014.

Referensi

Dokumen terkait

Peserta didik yang tidak dapat hadir mengikuti ulangan mid semester pada waktu yang telah ditentukan karena alasan tertentu yang dapat dan atau tidak dapat

Without making this cell reference absolute using the dollar signs, when we apply the conditional formatting rule to other cells in the worksheet, this cell reference will be

Faktor-faktor yang diuji dalam penelitian ini adalah status perusahaan, kepemilikan institusional, leverage, profitabilitas dan tipe industri.. Data yang digunakan dalam

EFEKTIFITAS FLASH CARD DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF PADA SISWA TUNARUNGU KELAS TK-A2 DI SLB NEGERI CICENDO KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia |

pertambangan. Mereka yang membiayai hal ini terdorong oleh keuntungan yang dat diperoleh dari tiap ons akstraksi logam mulia dan harga tinggi pasar emas selama ini

atas segala nikmat cahaya ilmu pengetahuan, kemudahan serta petunjuk yang telah diberikan sehingga dapat terselesaikan dengan baik penulisan tesis dengan Pengujian Keseragaman

EFEKTIFITAS FLASH CARD DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGENAL HURUF PADA SISWA TUNARUNGU KELAS TK-A2 DI SLB NEGERI CICENDO KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia |

Laporan Tugas Akhir ini mengkaji tentang masalah potensi wisata yang terdapat di Pasar Jumat Karanganyar, strategi pengembangan Pasar Jumat Karanganyar, dan