• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR P"

Copied!
50
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM

PENDIDIKAN

LAPORAN CADANGAN KAJIAN (BAB

1-3)

TAJUK:

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN

FAKTOR PERSEKITARAN KELUARGA

TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR

(2)

ISI KANDUNGAN

2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud 17

2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport 18

2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck 18

2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian 20

2.2 Persekitaran Keluarga 21

(3)

2.2.2.1 Gaya Autoritatif 24

2.2.2.2. Gaya Autoritarian 24

2.2.2.3 Gaya Permisif 24

2.3 Pencapaian Akademik 24

2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik 24

2.3.1.1 Teori Keperluan kepada Pencapaian (Mc Clelland) 25

2.4 Kerangka Konsep 26

2.5 Kerangka Teori 27

2.6 Kajian-kajian Lepas 29

2.6.1 Kajian Personaliti 29

2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian

Akademik 29

2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga 30

2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga 31

3.3.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan Keluarga

38

3.3.2 Bahagian A: Soal Selidik Inventori Personaliti berdasarkan Hans J. Eysenck

38

3.3.3 Bahagian A: Soal Selidik Persekitaran Keluarga 39

(4)

BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN FAKTOR

PERSEKITARAN KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN

AKADEMIK PELAJAR

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Malaysia telah melangkah ke alaf baru dengan harapan dunia Sains dan Teknologi akan membawa lebih keselesaan dan kesenangan kepada rakyat. Selaras dengan hakikat ini, Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk memanusiakan manusia haruslah diberi keutamaan dalam hal ini. Falsafah Pendidikan Negara juga bertanggungjawab melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang, berketrampilan, berakhlak mulia serta patuh pada Tuhan.

Peranan golongan pelajar tidak dinafikan kerana mereka merupakan pewaris yang akan menentukan hala tuju masa depan negara. Pelajar mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi negara yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Memandangkan hal yang demikian,

pembinaan generasi muda haruslah difokuskan kepada membentuk mereka menjadi manusia yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang berjaya dan didedahkan kepada

persekitaran yang baik terutamanya oleh keluarga.

Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain (Mahmood Nazar, 2001).Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Ortony, Norman & Revelle (2005) yang menyatakan personaliti ialah apa sebenarnya yang

menghuraikan tentang seseorang. Oleh sebab itu, perbezaan dalam kalangan individu mewujudkan personaliti yang berbeza.

(5)

pelajar-pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian akademik yang tinggi dan sifat ini biasanya terdapat pada individu yang berpesonaliti neurotisme.

Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka

.

Ibu bapa yang lebih peka dengan pembelajaran anaknya di sekolah berjaya melahirkan murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Morris, 2001)

.

Melalui kajian ini, faktor persekitaran keluarga yang akan dibincangkan merangkumi aspek peranan ibu bapa, status sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa.

Menurut Berns (2004), ibu bapa berperanan sebagai kumpulan rujukan pertaman tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anak-anak. Dari aspek status

sosioekonomi pula, taraf pendidikan ibu bapa sama ada dari berpencapaian rendah mahupun tinggi dapat memberi impak terhadap pencapaian akademik anak-anak.

Melalui

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak juga membantu dalam memberikan satu galakan terhadap motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka. Oleh itu, pendidikan yang utuh dan baik yang diberikan dalam sesebuah institusi keluarga memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutamanya akademik.

Ibnu Muqaffa seperti mana dibincangkan oleh Black (2009) pula menyatakan pendidikan adalah suatu proses yang diperlukan oleh seseorang individu bagi meningkatkan kemampuan pancaindera mereka untuk mencapai peradaban yang tinggi berpunca daripada peningkatan akal dan rohani. Seperti yang kita ketahui, kecemerlangan akademik pula merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar di sekolah menengah. Ia merupakan alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik di sekolah. Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik juga perlu seiring dengan aspek-aspek yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan diri, akhlak dan personaliti.

1.1 Latar Belakang Kajian

(6)

kecenderungan sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merisaukan dan terpengaruh dengan pemikiran hedonistik serta alpa kepada tanggungjawab menuntut ilmu.Lebih ekstrem lagi apabila remaja terjebak dengan kegiatan yang menyesatkan, ketagihan dadah, rokok, arak serta kegiatan jenayah yang membimbangkan.

Lalu, adakah imej yang sedang melanda remaja kini berakibat daripada

ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga menyebabkan remaja menjadi mangsanya? Adakah ia akibat dari kealpaan masyarakat terhadap peranan

mendidik, memberikan pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara diterjemahkan secara bijaksana dan strategik kepada mereka?

Kumpulan pelajar ini seolah-olah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan nyata perbuatan mereka terkeluar dari norma - norma masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan- kesan di sebalik perbuatan mereka. Sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu, tetapi bagaimanakah kesannya nanti jika pelajar - pelajar yang dihasilkan merupakan individu- individu yang runtuh akhlaknya. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda (Azizi, et al., 2005).

Pencapaian akademik yang cemerlang merupakan idaman setiap insan yang bergelar remaja. Pencapaian akademik yang cemerlang dapat mempengaruhi masa depan pelajar kerana dengan keputusan yang cemerlanglah, mereka mampu mencari pekerjaan yang baik, pendapatan yang terjamin dan kedudukan sosial yang lebih baik. Pencapaian akademik yang tinggi bagi seseorang pelajar adalah menjadi kebanggaan dan harapan sekolah, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

(7)

Peningkatan hanyalah 0.9 % dalam jangka masa empat tahun. Senario ini mengambarkan keadaan yang sukar bagi peningkatan peratus lulus melebihi 1% pada tahun berikutnya

.

Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan

masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000 dalam Siti Zahirah, 2008). Menurut beliau juga, dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi gejala sosial di kalangan pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor

keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.

Melalui permasalahan ini, pengkaji lebih menfokuskan isu remaja terhadap pengaruh persekitaran keluarga. Isu pengaruh keluarga ini turut disokong melalui kajian (L.G.Simons & Conger, 2007) yang menyatakan bahawa sesuatu aspek tingkah laku keluarga berkait rapat dengan permasalahan remaja kini. Selain itu, kajian melalui Soenens et. al, (2006) juga bersetuju bahawa perhubungan antara tingkah laku keluarga dengan anaknya akan menjadi lebih kompleks sekiranya kualiti perhubungan yang positif wujud serta kesefahaman yang kukuh antara kedua- duanya. Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan ibubapa dalam meningkatkan pencapaian akademik anak - anak.

Oleh itu, cara bagaimana ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk dan mendidik remaja bergantung pada tangan mereka sendiri. Hubungan dan ikatan mesra antara ibu bapa dan anak - anak remaja penting dalam pembentukan sahsiah, moral dan tingkah laku remaja. Selain itu, aspek asuhan dan didikan disiplin turut perlu diberikan penekanan yang sewajarnya dalam pengsosialisasian anak- anak dalam membentuk individu berfikiran positif.

1.2 Pernyataan Masalah

Kemelut masalah remaja kini semakin menjadi - jadi walaupun

(8)

stabil dan masih terumbang - ambing dalam mencari identiti diri. Dalam proses ini, unsur-unsur positif dan negatif senang diserap untuk membentuk sahsiah dan personaliti remaja apabila dewasa.

Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana

keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan

masyarakat secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi, cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan

menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak - anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan tersebut. Fenomena sosial yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa masalah yang berlaku di kalangan remaja khususnya, berpunca daripada kegagalan institusi keluarga yang berfungsi dengan baik. Masalah ini amat membimbangkan kerana ia sudah pasti mendatangkan kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Pelajar dari keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung dan tempat mencurahkan kasih sayang untuk dijadikan bekal kehidupan di hari dewasa. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar - pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Kenyataan ini disokong oleh Maslow (1954, dalam Abdullah Sani Yahya, 2005) yang menyatakan bahawa kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen - elemen dalam institusi kekeluargaan mempengaruhi pencapaian akademik khususnya pelajar. Selain itu, kajian ini juga akan meninjau sejauh manakah personaliti individu dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

1.3 Objektif Kajian

(9)

sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk:

1.3.1 mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar

1.3.2 mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan pelajar

1.3.3 mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar

1.3.4 menentukan perhubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

1.3.5 menentukan perhubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah:

1.4.1 Apakah personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar?

1.4.2 Apakah faktor pengaruh persekitaran keluarga yang dominan di kalangan pelajar?

1.4.3 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?

1.4.4 Adakah terdapat hubungan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar?

1.4.5 Apakah terdapat hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar?

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti ekstroversi dengan pencapaian akademik pelajar

1.5.2 Tiada hubungan yang signifikan antara personaliti neurotisme dengan pencapaian akademik pelajar

1.5.3 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dari aspek peranan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar

1.5.4 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dari aspek status sosioekonomi ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar

1.5.5 Tiada hubungan yang signifikan antara faktor pengaruh persekitaran keluarga dari aspek penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar

1.6 Rasional Kajian

Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke atas

(10)

keluarga bagi setiap pelajar yang dikaji. Kajian ini juga bertujuan menyedarkan ibu bapa betapa pentingnya peranan persekitaran keluarga dalam pencapaian akademik serta penekanan kepada aspek kekeluargaan yang berkesan dan mengetahui personaliti pelajar yang berbeza latar belakang.

1.7 Signifikan Kajian

Kajian ini adalah penting dalam memberi panduan kepada pelajar, ibu bapa dan kaunselor – kaunselor sekolah.

1.7.1 Pelajar

Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi kesedaran kepada pelajar - pelajar sendiri tentang perkara yang boleh meyebabkan mereka lemah dalam akademik dan seterusnya membantu mereka mengatasi kelemahan tersebut.

1.7.2 Ibu Bapa

Hasil kajian ini boleh membantu ibu bapa untuk mengenal pasti personaliti anak - anak dan memastikan mereka mengambil berat hal - hal yang berkaitan dengan akademik anak - anak. Hal ini secara tidak langsung akan mengubah sikap ibu bapa untuk mendidik anak - anak mereka agar lebih mementingkan pelajaran.

1.7.3 Kaunselor Sekolah

Hasil kajian ini amat berguna untuk dijadikan panduan oleh kaunselor

kaunselor di sekolah - sekolah dalam mengenal pasti dimensi personaliti pelajar yang tidak stabil serta membantu melaksanakan program dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Personaliti

Personaliti berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘persona’ yang bererti topeng muka yang digunakan oleh manusia bagi menyembunyikan perkara buruk dan mengemukakan serta menonjolkan perkara yang baik berkaitannya. Perkataan Melayu yang sama dengan personaliti ialah keperibadian dan sahsiah. Namun, dalam kajian saintifik, personaliti diertikan sebagai perbezaan individu dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkannya respon dalam satu cara melalui situasi yang pelbagai (Richard M. Ryckman, 1982).

(11)

menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini menitikberatkan trait iaitu ciri - ciri yang stabil dan berkekalan dan bila trait ini dikumpulkan ia akan menjadi ‘type’ dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada ‘type’ personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi trait ini dimana tingkah laku akan terbentuk.

Eysenck telah mengutarakan tiga jenis personaliti iaitu Ektroversi (E), Neurotisme (N) dan Psikotisme (P) (dalam Potkay &Allen, 1986). Ekstroversi adalah profail personaliti yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Ekstroversi. Individu dengan skor tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu Ekstrovert (Eks) dan individu dengan skor rendah adalah individu Introvert (Int).

Neurotisme juga adalah profail yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Neurotisme. Individu dengan skor tinggi pada skala Neurotisme adalah mempunyai dimensi Neurotik atau Tidak Stabil (TS). Sementara individu dengan skor rendah mempunyai personaliti Stabil (S) (Feist, 1985).

1.8.1.1 Ekstrovert

Ekstrovert adalah individu yang suka bersosial, aktif, mudah bergaul, berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak suka perkara akademik dan selalunya tidak mengambil berat tentang tugas yang ditanggungjawabkan. Individu ini adalah optimistik dan kadang kala agresif serta mempunyai emosi yang sangat berubah - ubah.

1.8.1.2 Introvert

Introvert adalah seorang pendiam yang sentiasa meneliti diri sendiri, suka menjauhkan diri dan berhati - hati dalam kelompok besar. Individu introvert selalu memikirkan masa depan mereka tetapi bersifat pesimistik. Mereka juga mementingkan prinsip, etika serta harga diri.

1.8.1.3 Neurotik (Ketidak stabilan Emosi)

Individu yang terlalu mengikut perasaan, rasa malu, mudah rasa cemas, bimbang dan kadang kala mengalami histeria. Individu jenis ini juga sering dikaitkan dengan penjenayahan.

(12)

Individu ini adalah stabil dan normal, tidak mudah merasa bimbang dan tidak mudah rasa cemas. Individu jenis ini dapat mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi mendadak.

1.8.2 Keluarga

Keluarga menurut taktif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli - ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Freud (1953), pula merujuk keluarga sebagai kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak (Fontona,1981). Menurut Gpeda (1988), keluarga adalah satu unit sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Muhd. Mansor (1998) menyatakan bahawa ibu bapa merupakan samaada ibu bapa biologi atau ibu bapa sosial seperti ibu bapa angkat atau penjaga kepada remaja terbabit. Menurut Kamaliah (2001) dalam kajiannya menyatakan bahawa ibu bapa juga merupakan pengaruh utama dalam pemilihan kerjaya anak - anak mereka.

1.8.3 Pelajar

Menurut kamus Dewan (2003), pelajar didefinisikan orang yang belajar atau menuntut. Pelajar juga dikategorikan sebagai remaja di mana dalam perspektif undang - undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun serta belum pernah berkahwin (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Dalam kajian ini, pelajar-pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar - pelajar tingkatan 4 dari beberapa buah sekolah menengah yang akan dikaji pada tahun 2015.

1.8.4 Persekitaran Keluarga

Keluarga ialah institusi di mana seseorang individu itu mendapat pendidikan yang terawal (Hairunnaja Najmudin, 2003). Proses didikan atau proses sosialisasi yang diterima oleh pelajar sejak kecil dalam keluarga memberi pengaruh kepada tingkah laku mereka

.

Melalui kajian persekitaran keluarga ini, pengkaji akan menyelidik dengan lebih mendalam berkaitan aspek sikap ibu bapa, peranan ibu bapa dan status sosio ekonomi keluarga.

1.8.4.1 Penglibatan Ibu Bapa

Menurut Morrison (1978), pengertian penglibatan ibu bapa yang

(13)

penjagaan dan komunikasi akan menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Houtenville dan Conway, 2008). Penglibatan ibu bapa penting kerana ia dapat memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik anak - anak.

1.8.4.2 Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa bukan hanya menghantar anak - anak ke sekolah tetapi mereka harus peka kepada perkara - perkara yang boleh meningkatkan pembelajaran anak mereka. Misalnya menyediakan anak - anak dengan kelengkapan seperti buku -buku, membayar yuran dan sebagainya.

1.8.4.3 Status Sosioekonomi Ibu bapa

Latar belakangstatus sosioekonomi (SSE) ibu bapa merangkumi aspek bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga, yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Ahli - ahli sosiologi berpendapat bahawa terdapat lima kelas sosial di dalam masyarakat iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, kelas pertengahan bawah, kelas pekerja dan golongan bawahan.

Ketinggian SSE sering dikaitkan dengan berinisiatif tinggi, bermotivasi, dan penyerlahan pelbagai kejayaan. Manakala, status SSE rendah pula dikelompokkan dalam kepapaan, kemiskinan, pengasingan daripada arus perdana kemajuan, kegetiran kehidupan dan pelbagai musibah kegagalan kehidupan.

Status sosioekonomi juga merujuk kepada kedudukan sosial ibu bapa mengikut hierarki yang ditentukan oleh penilaian masyarakat (Smith, 1986). Status sosioekonomi juga dapat dilihat daripada tahap pendidikan, pekerjaan dan jumlah pendapatan ibu bapa. Pendidikan, pekerjaan dan jumlah pendapatan sangat berkait dengan kemampuan keluarga dalam membiayai keperluan dan

perbelanjaan keluarga.

Ibu bapa yang kurang berpelajaran lebih menumpukan kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga berbanding pendidikan anak - anak.

(14)

1.8.5 Pencapaian Akademik

Carter V. Good (1973) mentakrifkan bahawa pencapaian adalah sebagai penyelesaian atau kecekapan pencapaian yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran yang diberi atau pengetahuan di sekolah secara teori. Azman (1994) menyatakan bahawa pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pelajaran. Dalam kajian ini, pencapaian akademik yang dimaksudkan ialah keputusan PT3 pelajar dalam subjek Matematik tahun 2014.

1.9 Penutup

Kajian mengenai persekitaran keluarga dan personaliti terhadap pencapaian

akademik pelajar ini diharap akan dapat memberikan gambaran yang tepat untuk menilai samaada persekitaran keluarga dan faktor personaliti memberikan kesan terhadap pencapaian pelajar. Keluarga merupakan asas dan model utama dalam pembentukan personaliti sesorang remaja. Oleh itu adalah penting bagi sesebuah keluarga membina satu sistem yang positif dalam mendidik dan mengasuh anak - anak agar berupaya membentuk personaliti yang positif di kalangan mereka. Dengan personaliti positif yang ada pada pelajar, secara tidak langsung mampu mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0

Pengenalan

(15)

Bab ini akan menyorot penulisan dan juga kajian lepas berkaitan dengan pencapaian akademik dan pendekatan teori - teori yang bersesuaian bagi membantu penyelidik dalam mengkaji perhubungan antara personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar.

2.1 Personaliti

Terdapat pelbagai teori personaliti (Sigmund Freud, 1940; Hans J.Eysenck, 1967; Gordon Allport,1961). Sigmund Freud (1940) mendefinisikan bahawa struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut topografi dan struktural. Menurut Eysenck (1967), beliau

mendefinisikan personaliti sebagai organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan penyesuaian dengan persekitaran. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Fleeson (2007). Menurutnya, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya.

Selain definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang berlainan yang menggambarkan beberapa perkara. Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satusama lain dalam mengkaji personaliti

.

Kedua, setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman seseorang terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa - apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.

Terdapat pelbagai teori personaliti seperti yang dijelaskan pada bahagian yang seterusnya. Kajian ini menggunakan Teori Personaliti Hans J.Eysenck untuk mengukur pencapaian akademik responden kajian.

2.1.1 Teori Personaliti Sigmund Freud

(16)

dinamakan thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang datang dari dalam diri.

Berdasarkan kajian Freud (1940) lagi, struktur personaliti boleh dilihat dari dua sudut topografi dan struktural. Aspek topografi merujuk lapisan luaran sistem dan merangkumi tidak sedar, pra - sedar dan sedar. Terdapat tiga komponen personaliti iaitu id, ego dan superego di bawah sudut struktural. Ketiga - tiga komponen personaliti ini sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.

Menurut Shahabuddin et al. (2003), id ialah segala bentuk dorongan dan tenaga yang diarah kepada matlamat memperoleh keseronokan dan kenikmatan. Keseronokan ini diperolehi tanpa rintangan yang akan dihadapinya. Namun, bagi mencapai keseronokan, id terpaksa berhadapan dengan ego dan superego yang mempunyai prinsip yang berbeza daripada id.

Ego adalah aspek sahsiah yang cuba memuaskan keperluan - keperluan id. Ia bertindak mengikut realiti iaitu mengikut cara yang diterima, logik dan selamat serta berorientasikan masalah. Ego menggunakan ingatan, pemikiran, persepsi dan bertindak pada peringkat sedar atau separuh sedar. Pada peringkat ini, biasannya kanak - kanak sudah dapat menilai tingkah laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.

Superego adalah hati nurani atau deria untuk menentukan betul atau salah. Ia merupakan aspek moral atau etika yang tinggi yang dipelajari daripada budaya. Ia berfungsi untuk menyekat segala kemahuan id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial yang diterima masyarakat.

2.1.2 Teori Trait Personaliti Gordon Allport

Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau juga menyatakan bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti seseorang. Trait yang wujud dalam urat saraf manusia adalah unsur yang diwarisi dan menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga desakan kepada tingkah laku.

(17)

situasi bagi menerangkan sesuatu tingkah laku. Contohnya, seseorang yang agresif boleh dijangka menukar tingkah lakunya sekiranya keadaan memerlukan tingkah laku yang bukan agresif dan orang yang introvert pula boleh menjadi ekstrovert dalam keadaan tertentu.

Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikan teorinya. Beliau berpendapat bahawa seseorang yang tidak sihat merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh rasa kurang selamat di zaman kanak - kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan diperlukan.

2.1.3 Teori Personaliti Hans J. Eysenck

Menurut Eysenck (1967, dalam Sasikala, 2003) personaliti bermaksud organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang menentukan keunikan pemyesuaian terhadap persekitaran. Watak menandakan seseorang yang agak stabil dan daya ketahanan sistem tingkah laku kognitif (will). Perangai pula menunjukkan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku afektif (emotion). Intelek pula menandakan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku kognitif (intelligence) manakala fizikal pula menandakan seseorang yang agak stabil dari segi ketahanan keseluruhan sistem badan dan pembawaan (neuroendocrine).

Pada tahun 1947, Eysenck mengutarakan dua dimensi personaliti iaitu ekstoversi dan neurotisme. Kemudian, pada tahun 1952, beliau telah menambah dimensi ketiga iaitu psikotisme. Menurutnya, ketiga - tiga dimensi personaliti ini adalah sesuai untuk mewakili personaliti manusia (Ryckman, 1997). Menurutnya lagi, dimensi ektroversi adalah bipolar iaitu dibahagikan kepada dua jenis dimensi iaitu ekstrovert dan introvert. Dimensi neurotisme juga adalah bipolar dan dibahagikan kepada dimensi neurotik dan kestabilan.

Ekstovert adalah seseorang yang suka bersosial, mempunyai ramai kawan, tidak mahu belajar seorangan, aktif, mempunyai suara kuat dan lain - lain lagi. Kenyataan ini disokong oleh Laney (2001) melalui kajiannya bahawa individu bersifat ekstrovert ini boleh berfikir sambil bercakap pada masa yang sama serta menyuarakan pendapat mereka dengan bercakap secara kuat kepada khalayak ramai. Individu ekstovert juga suka kepada keseronokkan, suka mengambil kesempatan, suka menarik perhatian, peka kepada persekitaran dan optimistik.

(18)

perbincangan kumpulan dalam kelas kerana memerlukan masa untuk berjauhan dari kumpulan dan berinteraksi.

Neurotisme juga menunjukkan dua ciri individu yang stabil emosinya dan yang tidak stabil emosinya. Individu yang tidak stabil emosinya atau neurotik suka mengikut perasaannya, terlalu sensitif dan mudah ghairah. Jenis kedua adalah mereka yang stabil dimana mereka dapat mengawal perasaan dan boleh dipercayai. Secara kesimpulannya, individu neurotisme adalah mereka yang sering bimbang atau cemas dan mudah rasa tertekan.

Tidak Stabil

Rajah 2.1 Empat Kategori Individu Berasaskan Dua Dimensi

2.1.4 Teori Personaliti Hans J. Eysenck sebagai Model Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik memilih teori Personaliti Eysenck yang dikemukakan oleh Hans J. Eysenck (1947) sebagai model kajian kerana teori ini dapat menentukan jenis mengikut trait tertentu serta menentukan sama ada seseorang individu itu mempunyai personaliti bersifat ekstrovert atau introvert, neurotisme atau kestabilan emosi. Teori ini juga menyatakan bahawa seseorang yang ekstrovert merupakan seorang yang kuat bercakap, suka berdampingan dengan orang lain dan senang bergaul. Ciri - ciri ini amat bertentangan dengan seorang yang introvert dimana ia lebih cenderung untuk bersendirian dan pemalu.

(19)

Ia adalah penting untuk mengingatkan bahawa sesetengah individu berkebolehan menjadi ekstrovert atau introvert yang ekstrem, dan kadang-kala introvert berkelakuan seperti ekstrovert atau sebaliknya”(muka surat 131)

Melalui pernyataan tersebut, mustahil jika dikatakan bahawa individu introvert juga mungkin berpencapaian lebih baik daripada individu ekstrovert. Oleh yang demikian, melalui kajian ini pengkaji akan mengungkap sifat - sifat individu ekstrovert dan introvert yang sebenar dengan menggunakan teori ini sebagai model kajian dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar.

2.2 Persekitaran keluarga

2.2.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi yang diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1979,1989 dalam Che Nidzam Che Ahmad, 2013) ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas

perkembangan individu. Urie Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak-kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Merujuk kepada konsep teori ini, kanak- kanak adalah individu yang berada di ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) yang boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

2.2.1.1 Mikrosistem

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang pertama dan mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling banyak masa. Dalam masa yang sama, tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut. Misalnya, kanak - kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa yang berada disekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibu bapa juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal asuhan dan penjagaan kanak-kanak.

(20)

Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori sistem ekologi. Ia

melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi

perkembangan kanak. Contohnya, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memberi sokongan dalam membantu kemajuan akademik kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang bersikap murung ketika berada di rumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Oleh itu, penglibatan orang sekeliling perlu menunjukkan interaksi yang positif agar dapat memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

2.2.1.3 Ekosistem

Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak – kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Contohnya, peraturan- peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti atau waktu bekerja. Misalnya, ibu bapa membuat keputusan untuk berpindah rumah tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak. Apabila hal ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah apabila perpindahan berlaku. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal. Hal ini menunjukkan kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan ibu bapa, tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak tersebut. Ekosistem juga merangkumi saudara - mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak

melibatkan murid secara langsung.

2.2.1.4 Makrosistem

(21)

wanita mempunyai peluang dan hak yang sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.

2.2.1.5 Kronosistem

Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu melahirkan anak baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayanginya kerana memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut.

Rajah 2.2: Interaksi elemen-elemen dalam lima sistem ekologikal berasaskan Teori Ekologi Bronfenbrenner

2.2.2 Model Gaya Keibubapaan Baumrind

Gaya keibubapaan menurut Baumrind (1971) terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu

Kumpulan agama Ekosistem Jiran

 Sahabat

 Keluarga

 Massa media

(22)

bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya keibubapaan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak.

2.2.2.1 Gaya Autoritatif

Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak - anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab, mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Menurut Baumrind (1989), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.

2.2.2.2 Gaya Autoritarian

Ibu bapa yang mengamalkan gaya autoritarian pula mempunyai sifat kawalan yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang bermotivasi untuk berdikari. Mereka akan bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan.

2.2.2.3 Gaya Permisif

Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra, bertanggungjawab tetapi lemah dalam kawalan dan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung serta impulsif. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif cenderung bersifat tidak dapat mengawal diri, kurang berdikari dan kurang menjelajah. Anak-anak mereka sentiasa tidak berminat dalam segala aktiviti, bertingkah laku menolak dan selalu merasa kekurangan dari semua aspek kefungsian psikologi. Walau

bagaimanapun, mereka lebih gembira dan cepat sembuh daripada sesuatu tekanan atau pun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autorikratik (Baumrind, 1989).

2.3 Pencapaian Akademik

2.3.1 Teori berkaitan Pencapaian Akademik

2.3.1.1 Teori Keperluan Kepada Pencapaian (McClelland)

(23)

keperluan iaitu keperluan untuk pencapaian. Mengikut John B.Miner, teori ini pada asalnya diasaskan kepada perhubungan di antara kelaparan dengan bayangan makanan yang mempengaruhi proses pemikiran. Adalah didapati lebih lama subjek yang dikaji tidak memperoleh makanan, lebih banyak perkataan-perkataan yang berkaitan dengan makanan yang ditulis dalam maklum balas-maklum balas mereka. Begitu juga jika seseorang itu diminta untuk menceritakan tentang potensi pencapaian dalam satu gambar, motivasi pencapaian mereka dapat ditimbulkan.

McClelland menggariskan beberapa ciri keadaan utama yang diutamakan dan boleh mendorong individu yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi. Pertama, ialah keadaan yang memungkinkan individu mengambil tanggungjawab secara peribadi dan mendapat kredit peribadi bagi penghasilannya. Keduanya, ialah keadaan yang bercirikan tahap kesusahan dan risiko yang sederhana. Selain daripada itu, perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang kejayaan daripada usaha seseorang.

Beliau membezakan di antara high achievers dengan low achievers yang mana pada kebiasaannya high achievers menetapkan matlamat tidak mudah dan terlalu susah untuk dicapai. Dalam teori ini McClelland membahagikan empat keperluan penting yang berkaitan dengan perlakuan dalam organisasi dan pembangunan ekonomi iaitu keperluan untuk pencapaian, affliation, autonomi dan kuasa. Di samping itu ianya dapat dirumuskan bahawa keperluan kepada pencapaian dalam teori McClelland dapat dipertingkatkan melalui latihan atau pendedahan kepada pengalaman baru.

2.4 Kerangka Konsep

(24)

Personaliti seseorang pelajar dikaji melalui skala ekstroversi iaitu ekstrovert dan introvert dan skala neurotisme iaitu neurotik dan kestabilan emosi.

Rajah 2.4: Kerangka Konsep

2.5 Kerangka Teori

Kerangka teori kajian yang digunakan untuk kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara personaliti, persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik. Dari aspek personaliti, penyelidik menerangkan domain-domain yang terkandung di dalam trait

personaliti Teori Jenis Trait Eysenck digunakan sebagai salah satu model kajian bagi personaliti. Teori ini juga digunakan bagi menerangkan aspek personaliti. Menerusi kajian ini, penyelidik meletakkan personaliti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik. Penyelidik juga ingin melihat domain-domain yang signifikan dalam personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.

Dari aspek persekitaran keluarga, penyelidik menggunakan teori Ekologi Brofrenbrenner. Teori ekologi ini menerangkan bahawa konteks sosial kanak-kanak

membesar dan individu yang mempengaruhi kehidupan kanak-kanak tersebut. Teori ini juga menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah hasil interaksi antara persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Menurut model keibubapaan Baumrind, terdapat tiga jenis gaya asuhan keluarga iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif. Ketiga-tiga gaya ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak.

(25)

pencapaian kepada pelajar high achievers dan low achievers. Ketiga-tiga teori ini akan mempengaruhi antara satu sama lain terhadap pencapaian akademik.

Rajah 2.5: Kerangka Teori

Rajah 2.5: Kerangka Teori

2.6 Kajian - Kajian Lepas

2.6.1 Kajian Personaliti

Adler (1970, dalam Farminah, 1999), berpendapat bahawa personaliti ialah cara kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap persekitaran dan matlamat hidupnya. Selain itu, menurut Maddi (1980, dalam Marsita, 2002), menyatakan bahawa personaliti merupakan satu set kecenderungan yang stabil yang menentukan kesamaan dan perbezaan tingkah laku psikologi seseorang. Menurut Allport (1961), personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik dimana ia memberi garis panduan kepada seseorang bagi menentukan ciri - ciri tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal (Shahabuddin et al., 2003).

Moy (2001) menyatakan bahawa personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Dalam kajian Yusof dan Mariani (2000) pula mengatakan bahawa personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

2.6.1.1 Kajian Hubungan Personaliti dengan Pencapaian Akademik

Teori Jenis Trait Eysenck (1947)

ekstroversi neurotisme

Teori Ekologi Brofrenbrenner

(persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak)

Model Keibubapaan Baumrind

Gaya Autoritatif Gaya Autoritarian

Gaya Permisif

Teori Keperluan Pencapaian (McClelland)

high achievers low achievers

(26)

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan wujudnya hubungan antara

personaliti dengan pencapaian akademik. Dalam kajian yang dijalankan oleh Wesley (1994), beliau mendapati bahawa pelajar yang mempunyai sikap melewat - lewatkan penyiapan tugasan lebih cenderung untuk memperolehi pencapaian akademik yang rendah. Begitu juga dengan pelajar yang meletakkan matlamat yang tidak realistik sebagai objektif dalam mencapai kejayaan. Sebagai kesannya, pelajar tersebut akan mengalami underachievement yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk mencapai ke paras pencapaian yang sepatutnya.

2.6.1.1.1 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi Neurotisme dengan Pencapaian Akademik

Selain itu, Boocock (1972) menyatakan bahawa pelajar - pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian akademik yang tinggi dan sifat ini biasanya terdapat pada individu yang berpersonaliti neurotisme. Menurut Lynn dan Cordon (1983, dalam Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa terdapat hubungkait antara neurotisme dengan kejayaan akademik. Manakala Eysenck (1957) pula berpendapat bahawa pelajar yang baik sepatutnya memperoleh skor yang tinggi pada neurotisme dan rendah pada ekstroversi berdasarkan instrument EPQ (Eysenk Personality Questionnaire).

2.6.1.1.2 Kajian Hubungan Personaliti Dimensi Ekstroversi dengan Pencapaian Akademik

Callard dan Goodfellow (1962, dalam Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa tidak terdapat korelasi yang signifikan di antara ekstroversi dengan pencapaian akademik. Semua penyelidikan kecuali Rushton (1966, dalam Sharma & Radha, 1985) telah mendapati bahawa introversi mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian

akademik. Kebanyakan kajian yang lepas membuktikan bahawa terdapat hubungan antara ciri personaliti seseorang dengan pencapaian akademik.

(27)

dimana beliau berpendapat bahawa sikap bekerjasama membolehkan seseorang pelajar belajar secara berkumpulan dengan orang lain.

2.6.1.2 Kajian Personaliti dengan Persekitaran Keluarga

Menurut Hurlock (1974), hubungan antara individu dengan ahli keluarganya adalah yang paling mempengaruhi pembentukkan personaliti. Pengaruh keluarga ke atas personaliti adalah besar memandangkan kebanyakan masa dihabiskan di rumah. Masa yang dihabiskan oleh sesorang menentukan betapa signifikannya individu itu dan bagaimana dia mempengaruhi sikap, nilai dan tingkah lakunya. Personaliti seorang anak juga dipengaruhi cara penjagaan anak oleh ibu bapa mereka. Anak dengan dimensi personaliti ekstrovert adalah lebih dipengaruhi oleh sikap sosial dari introvert. Kanak-kanak dengan dimensi personaliti ekstrovert juga lebih senang mengikut arahan. Melalui ciri ini, maka seseorang itu lebih senang membentuk dimensi personalitinya tersendiri (Eyscenck, 1960, dalam Hurlock, 1974).

2.6.2 Kajian Persekitaran Keluarga

Persekitaran keluarga adalah memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan keperibadian pelajar. Menurut kajian Zakaria (1996), faktor keluarga terbahagi kepada dua iaitu faktor latar belakang ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa . Faktor latar belakang dikategorikan dengan taraf pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga manakala faktor komitmen ibu bapa dikategorikan kepada sokongan fizikal dan sokongan moral. Hasil daripada kajian ini terdapat lima belas pembolehubah yang mempunyai hubungan yang signifkan pada aras keertian 0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor latar belakang ibu bapa dan dua belas selebihnya mewakili komitmen ibu bapa. Ibu bapa juga disarankan supaya mengamalkan perkara yang mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan pencapaian mata pelajaran tersebut.

Menurut pendapat berasingan, sejak dari lahir sehingga ke peringkat autonomi diri yang semakin kompleks, cara didikan dalam persekitaran keluarga telah memberi kesan langsung dan berkekalan ke atas fungsi sosial dan moral kanak - kanak (Gadeyne, Ghesquiere & Onghena, 2004).

2.6.2.1 Kajian Hubungan Penglibatan Ibu Bapa dengan Pencapaian Akademik

(28)

mereka mendapati bahawa keterlibatan ibu bapa memang mempengaruhi

pencapaian pelajar miskin. Kajian tersebut dilakukan ke atas 34,787 orang pelajar miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (LKS) (LKS, 2010). Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Azizi Hj. Yahya & Nalini A/P Madavan (2006) yang mendapati hubungan yang signifikan antara faktor hubungan kekeluargaan yang baik akan memberikan kesan pencapaian akademik yang semakin baik.

Dalam kajian berlainan, kebanyakan teori mencadangkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak - anak dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka, serta merupakan satu galakan dalam memberi motivasi kendiri terhadap pencapaian anak mereka (Eccles, 2007; Hoover Dempsey, Ice, Whiteker, 2009). Sebagai contoh, perhubungan negatif dalam campur tangan ibu bapa terhadap kerja rumah dan akademik anak - anak akan memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku mahupun emosi anak - anak yang tidak berpencapaian cemerlang dalam akademik.

Bagi pendapat Knollman, et al., (2007) beliau mengatakan bahawa para ibu bapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak - anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan mengutamakan tugasan anak,

menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan,

mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh anak.

Sementara Houtenville, et al. (2008) yang mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak. Dapatan kajian mendapati bahawa anak - anak remaja mereka yang menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual memperoleh perubahan peningkatan dalam pencapaian mata pelajaran tertentu. Selain itu, lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak- anak remaja mereka belajar dalam kelas.

(29)

pencapaian dan memaksimakan kebolehan pelajar (Dearing, Kreider, Simpkins, Weiss, 2006).

2.6.2.2 Kajian Hubungan Peranan Keibubapaan dengan Pencapaian Akademik

Tanggungjawab mendidik anak adalah bermula sejak didalam kandungan. Ini berterusan dari saat bayi dilahirkan, ke peringkat kanak - kanak, peringkat remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Keluargalah yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyediakan anak untuk ke sekolah. Ibu bapalah yang menjadi pengaruh yang besar terhadap pencapaian anak mereka (Mok dan Lee, 1988 dalam Nurul Ezzati, 2008).

Menurut kajian lepas oleh Haessly (2001) dan Alper, et al. (1994)

menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak - anak. Ibu bapa dikatakan sebagai kumpulan rujukan pertama tentang nilai, norma dan gaya hidup yang dirujuk oleh anak - anak (Berns, 2004). Faktor ini menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan penyumbang utama terhadap kejayaan atau kegagalan anak- anak.

Ibu bapa juga berperanan penting dalam membentuk dan menentukan hala tuju pendidikan anak - anak.Sekirannya ibu bapa gagal dalam membuat perancangan yang betul sudah tentulah anak - anak menjadi mangsa kepada kealpaan mereka dan mengakibatkan mereka akan tercicir dalam pelajaran.

2.6.2.3 Kajian Hubungan Status Sosioekonomi Ibu bapa dengan Pencapaian Akademik

Tajudin (1999), mendapati ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca pelajar gagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap pelajaran anak - anak mereka akan terabai disebabkan mereka tidak dapat memenuhi kelengkapan yang seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak.

Menurut Morrow dan Wilson (1961 dalam Siti, 2000) telah membuat kajian terhadap perhubungan pelajar pencapaian tinggi dengan pelajar yang pencapaian rendah di 48 buah sekolah tinggi lelaki. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian tinggi sering melakukan aktiviti bersama, berkongsi idea, beri keyakinan dan curah kasih sayang. Ibu bapa mereka saling memberi sokongan dan kepercayaan, memberi galakan, kurang

(30)

Menurut Morrow dan Wilson (1961, dalam Siti, 2000) juga, mereka mendapati bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian rendah adalah terlalu melindungi anak mereka, terlalu memberikan tekanan terhadap pencapaian, suasana keluarga yang kurang harmoni, pelaksanaan rutin rumah yang tidak tetap, matlamat yang berbeza terhadap anak-anak dan beberapa faktor sosiologi yang lain.

2.7 Kesimpulan

Berdasarkan kepada kajian - kajian lepas yang dijalankan, kebanyakannya menunjukkan bahawa persekitaran keluarga adalah elemen penting dalam memupuk personaliti seseorang individu. Menurut Habibah Elias (2002), keluarga boleh memberi kesan ke atas

perkembangan personaliti seseorang. Ibu bapa hendaklah menunjukkan bahawa mereka mengambil berat dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa dapat meluangkan masa untuk bersama dengan anak - anak dalam aktiviti harian mereka. Kualiti masa yang diluangkan besama anak - anak merupakan aspek penting yang boleh mendorong seseorang individu membentuk personaliti yang positif dan seterusnya memberi pengaruh positif terhadap pencapaian akademik mereka.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada bagaimana cara yang paling berkesan bagi mendapat maklumat yang berguna dengan penggunaan kos yang minima untuk mencapai matlamat penyelidikan. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang

(31)

dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999). Menurut Mohd.Majid (1990) pula, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

Bab ini akan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Ia merangkumi rekabentuk kajian, prosedur kajian, sampel kajian, instrumentasi, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah untuk mendapat maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah (Azizi, 2002). Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar bagi matapelajaran Matematik PT3 2014 di beberapa buah sekolah menengah di daerah Georgetown, Pulau Pinang.

Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994). Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan data. Data kajian ini diperolehi dengan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar belakang responden, personaliti dan persekitaran keluarga. Personaliti pelajar kajian ini menggunakan inventori personaliti Junior Eysenck (JEPI) manakala item soal selidik persekitaran keluarga diperoleh melalui rujukan daripada Nurul Ezzati (2008).

3.2 Persampelan Kajian

3.2.1 Tempat Kajian

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan taburan sampel bagi setiap sekolah bagi yang dikaji. Kajian dilakukan di 6 buah sekolah menengah terpilih di Daerah Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang. Sekolah - sekolah ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza.

Jadual 3.1 :Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah

Bil Sekolah Sampel Kajian

Lelaki Perempuan Jumlah

(32)

2 SMK Hutchings 60 - 60

3 SMK Convent Lebuh Light - 60 60

4 SMK Convent Greenlane - 60 60

5 SMK Abdullah Munshi 30 30 60

6 SMK Jelutong 30 30 60

Jumlah 180 180 360

3.2.2 Subjek Kajian

3.2.2.1 Populasi Kajian

Populasi kajian ini tertumpu kepada pelajar - pelajar dari 18 buah sekolah di daerah Timur Laut, Georgetown , Pulau Pinang.Populasi di daerah Timur Laut ini dipilih kerana ia merupakan kawasan bandar yang terdiri daripada manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang sosial. Dengan kepelbagaian status sosioekonomi keluarga inilah yang membantu pengkaji dalam memantapkan lagi data kajian. Berdasarkan populasi daripada 18 buah sekolah, jumlah pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Matematik telah dikenalpasti seramai 3478 orang.

3.2.2.2 Sampel Kajian

Berdasarkan jadual penentuan sampel yang dicadangkan oleh Kriejcie dan Morgan (1970), didapati saiz sampel yang diperlukan bagi populasi tesebut ialah 346 orang. Sampel kajian terdiri daripada enam buah sekolah yang dipilih berdasarkan persampelan secara rawak. Kaedah persampelan ini dipilih bertujuan agar populasi mendapat peluang yang sama untuk terpilih. Sampel terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dan kumpulan pencapaian akademik.

Penentuan saiz sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Jadual 3.2 dibawah menunjukkan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang telah ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Jadual 3.2 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970)

N S N S N S

10 10 220 140 1200 291

15 14 230 144 1300 297

20 19 240 148 1400 320

80 66 420 201 3500 346

100 80 500 217 6000 360

150 108 750 254 15000 375

(33)

Petunjuk: N= Bil. Populasi , S= Bil. Sampel

Berdasarkan kepada jadual tersebut, Krejcie dan Morgan (1970) telah menentukan bahawa jika bilangan populasinya ialah 3500 orang, maka jumlah saiz sampelnya adalah 346. Sampel ini dipilih dari kalangan 360 pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan aras pencapaian yang berbeza. Oleh itu, sebanyak 380 soal selidik akan diedarkan bagi memastikan bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut Azizi et al. (2007), perwujudan dan pengaturan daripada borang soal selidik adalah cara yang berkesan dan berjaya. Soal selidik yang dilakukan dengan betul dan berhati-hati meningkatkan jumlah maklum balas, memudahkan kesimpulan dan analisis data terkumpul. Soal selidik juga sesuai digunakan kerana soal selidik menjamin kerahsiaan dan menimbulkan respons yang lebih jujur disamping memerlukan kos yang rendah mendapatkan dalam mendapatkan maklum balas yang besar.

Instrumen yang digunakan mengandungi soalan tentang demografi responden, JEPI serta berkenaan pengaruh persekitaran keluarga. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan C. Bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar. Bahagian B pula berkenaan Inventori Personaliti Eysenck Juinor manakala bahagian C berkaitan dengan pengaruh persekitaran keluarga.

3.3.1 Bahagian A: Soal selidik Latar Belakang Responden dan Keluarga

Bahagian A mengandungi item - item yang berkaitan dengan faktor demografi responden. Maklumat pertama yang diperlukan ialah maklumat diri iaitu jantina, keputusan peperiksaan PT3 dan bilangan adik - beradik. Maklumat kedua yang diperlukan ialah latar belakang keluarga iaitu taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Responden perlu mengisi ruang maklumat yang diperlukan dan juga menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada. Bagi

(34)

Jadual 3.3 : Pembahagian Markat Mengikut Gred Bagi Pencapaian Akademik

Gred Markah

1 A 80 – 100

2 B 65 - 79

3 C 50 - 64

4 D 40 - 49

5 E 0 - 39

3.3.2 Bahagian B: Soal Selidik Inventori Pensonaliti berdasarkan Hans J. Eysenck

Bahagian B pula adalah soal selidik berkaitan personaliti seseorang pelajar. Soal selidik ini dibina berdasarkan kepada Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) yang telah diubah suai oleh Sidek Mohd Noah. Soal selidik ini menggunakan dua pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak. Menurut Habibah dan Noran (2002), penggunaan istilah ekstrovet - introvert menjadi popular sejak Jung memperkenalkan konsep ini. Kemudian, Eysenck telah membentuk soal selidik untuk mengukur personaliti pada dimensi introvert - ekstrovert yang dikenali sebagai Inventori Personaliti Eysenck Junior. Menurut Azizi et al. (2002), Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) ini dicipta oleh H.J. Eysenck pada tahun 1965. Soal selidik ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Menurut Azizi et al. (2002) lagi, kebolehpercayaan instrumen ujian JEPI adalah tinggi. Eysenck (1965) telah menggunakan kaedah bahagi dua ‘split half’ dan uji ulang uji ‘test-retest’ untuk mengukur kebolehpercayaan JEPI. Oleh itu, penyelidik

menggunakan item- item JEPI yang telah diubah suai untuk menentukan personaliti pelajar. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu ekstroversi dan neurotisme. Pembahagian item adalah seperti Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi Personaliti

Skala No. Item Positif

(Jawapan Ya)

No. Item Negatif (Jawapan Tidak)

Jumlah

Ekstroversi 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12,

13, 14, 15, 16, 17, 18 19, 20, 21, 22, 23 23

Neurotisme 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40

17

(35)

Bahagian ini mengandungi item-item yang menggunakan pernyataan positif dan negatif. Permarkahannya pula berdasarkan jawapan responden samaada Ya atau Tidak seperti Jadual 3.4 dibawah.

Jadual 3.5: Pemarkahan Item Bahagian B

Item Positif Negatif

Ya 1 0

Tidak 0 1

3.3.3 Bahagian C: Soal Selidik Faktor Persekitaran Keluarga

Bahagian C soal selidik mempunyai item-item untuk melihat faktor persekitaran keluarga (sikap ibu bapa dan penglibatan ibu bapa). Item - item yang digunakan adalah sebahagian dari soal selidik persekitaran keluarga dan sikap ahli keluarga antara satu sama lain.

Responden diberikan pilihan jawapan mengikut skala Likert iaitu menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari satu ekstrim kepada ekstrim yang lain seperti dibawah.

Jadual 3.6: Skala Pemarkatan Bahagian C

Peringkat Singkatan Markat Item

Positif

Markat Item Negatif

Tidak Benar Sama Sekali TBSS 1 5

Tidak Benar TB 2 4

Tidak Pasti TP 3 3

Benar B 4 2

Sangat Benar SB 5 1

3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan

3.4.1 Kesahan Instrumen

Menurut Majid (1998), pengujian tahap kesahan adalah penting untuk

(36)

menyemak semula instrumen serta memberikan komen kepada penambah baikan terhadap instrumen.

3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen

Setelah kajian rintis kali pertama dan kedua dilakukan, penyelidik menilai skor pelajar -pelajar bagi item-item dalam soal selidik tersebut. Skor-skor daripada kedua-dua soal selidik ini akan dikolerasikan dengan menggunakan Korelasi Pearson untuk mencari hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Jika nilai korelasi yang diperolehi mempunyai nilai korelasi 0.7 atau lebih, maka kolerasi ini menunjukkan soal selidik mempunyai kesahan yang baik. Sekiranya kolerasi sederhana atau rendah(kurang daripada nilai 0.7), item adalah tidak baik dan perlu dibaiki semula. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi melalui kajian rintis ini ialah 0.8401.

3.5 Kajian Rintis

Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis adalah merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Ianya juga membolehkan penyelidik mengenalpasti sebarang kekurangan dalam instrument kajian dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut.

Menurut Borg dan Gall (1983), kajian rintis ialah satu kajian yang dilaksanakan sebelum set soal selidik diedarkan kepada responden sebenar. Tujuan utama kajian rintis dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut.

Bagi kajian ini, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah dipilih telah digunakan untuk menguji sama ada mereka dapat memahami item-item yang digunakan dalam soal selidik. Peringkat pertama kajian rintis telah dijalankan pada minggu pertama bulan Januari. Peringkat kedua pula dijalankan pada minggu keempat bulan Januari. Kajian rintis ini telah dijalankan di dalam bilik tertutup atau bilik-bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah bagi sekolah yang terlibat dengan bantuan kaunselor sekolah. Kesemua pelajar tersebut tidak terlibat secara langsung dalam kajian sebenar kelak.

3.6 Prosedur Kajian

(37)

dan persekitaran keluarga. Maklumat tentang kajian lepas berkisar tentang bidang yang dikaji diperolehi melalui pembacaan bahan - bahan ilmiah seperti buku, jurnal dan artikel dari internet.

Sebelum memulakan kajian di sekolah-sekolah, penyelidik akan memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Setelah kebenaran diperolehi, penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi menggunakan pelajar sekolah sebagai sampel kajian.

Soal selidik akan diedarkan kepada enam buah sekolah kajian. Prosedur dalam menjalankan soal - selidik ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa serta mengenal responden kajian

ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian dijalankan

iii. Menerangkan cara untuk menjawab soal-selidik kepada responden

iv. Responden diberi masa yang cukup untuk menjawab soal-selidik

v. Mengutip dan mengira soal-selidik yang dikembalikan oleh responden

3.7 Analisis Kajian

Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat latar belakang responden. Analisis data kemudiannya dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap, respon dari responden dikelaskan kepada tiga markat skor min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam Jadual 3.7 dibawah.

Jadual 3.7: Pengkelasan Tahap Markat Skor Min

Markah Skor Penanda Tahap

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana

3.01 – 4.00 Tinggi

(38)

Untuk melihat hubungan antara pembolehubah dalam kajian ini, analisis korelasi digunakan. Statistik inferensi yang digunakan adalah Kaedah Hasil Darab Momen Pearson ‘Pearson Product Moment Correlatation’. Analisis korelasi dibuat untuk melihat hubungan antara personaliti, persekitaran keluarga dan menguji hipotesis yang telah dibentuk. Aras

signifikan yang digunakan adalah 0.05. Stasitik yang digunakan untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam jadual di bawah.

Bagi mengkaji faktor persekitaran keluarga (sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa, status sosioekonomi ibu bapa) terhadap pencapaian akademik pelajar, kaedah analisis regresi berganda kaedah stepwise digunakan. Kaedah ini diguna bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tiga faktor iaitu sikap ibu bapa, penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi ibu bapa yang menyumbang kepada suatu pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik.

Jadual 3.8: Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian

Bil Objektif Kajian Jenis

Instrumen

Jenis Statistik

1 Mengenal pasti personaliti dominan yang dimiliki di kalangan pelajar

Soal selidik Min

Kekerapan Peratusan 2 Mengenal pasti faktor pengaruh persekitaran keluarga(sikap

ibu bapa, penglibatan ibu bapa, status sosio ekonomi ibu bapa) di kalangan pelajar

Soal selidik Regresi

Berganda kaedah

stepwise

3 mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar

Soal selidik Min

Kekerapan Peratusan 4 menentukan perhubungan antara faktor pengaruh

persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

Soal selidik Korelasi

Pearson

5 menentukan perhubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar

Soal Selidik Korelasi

Pearson

(39)

Metodologi kajian yang digunakan dapat membantu menghasilkan kajian yang lebih sempurna dan membuahkan dapatan yang lebih tepat. Ia merupakan satu bentuk panduan yang dapat memberikan hala tuju ke arah proses kajian yang sistematik dan teratur.

Bibliografi

Abd. Rahim (2000, dalam Siti Zahirah 2008). Persepsi pelajar mengenai faktor - faktor

perlakuan buli di SMK Kulai Besar. Univeriti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Muda.

Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus displin pelajar. PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Allport, G, W. (1971). Personality: A psychology interpretation. London: Redwood Press

Limited.

Amnon Lazer, Joseph Guttmann, & Liat Abas (2007). Parental authority in divorced

families. Journal of Divorce & Remarriage, Universiti of Haifa, Israel, 50(5).

Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff , G.L.(2008). Parent involvement in preschool:

Predictors and the relation involvement to prelitery development. School

Psychology Review, 37(1), 74 - 90.

Azizi Hj. Yahya, Yusof Boon, Shahrin Hashim (2008). Personaliti gaya hidup remaja.

Penerbit : UTM.

Azizi Hj. Yahaya dan Nalini A/P Madavan (2006). Faktor - faktor lepak dan hubungan

keibubapaan di kalangan pelajar di sekolah menengah di empat buah negeri

Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

(40)

Baharom Mohamad, Iliyas Hashim (2009). Bagaimana Memotivasi Pelajar. Penerbit:

PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Baumrind, D. (1971). Authoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence. New

Jersey: Prentice Hall Inc.

Baumrind, D. (1989). Rearing Competent Children. In Child Development Today and

Tomorrow, Damon, W.(Ed.) San Francisco: Jossey-Bass, pp. 349- 378

Bigner J, J. (2002). Parent - Children Relations: An Introduction to Parenting. 6

th

edition. Upper Saddle River, New Jersey; Merrill Prentice Hall.

Black (2009). The history of Islamic political thought: From the Prophet to the Present.

NY: Routledge.

Boocock, S. S. (1972). An introduction to the sociology of learning. New York:

Houghton.

Borg, M.G.& Gall (1983). The Emotion Reaction of School Bullies and Their Victims.

Educational Psychology, 18, 433 – 444.

Cain, S. (2012). Quiet: The power of introverts in a world that can’t stop talking. New

York: Crown Publishing.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan

hubungannya dengan pencapaian akademik.Prosiding konferensi kebangsaan

Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Che Nidzam Che Ahmad (2013). Pesekitaran Pembelajaran:Aspek Fizikal dan

Psikososial. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dearing E., Kreider, H., Simpkins, S, & Weiss, H.B. (2006). Family involvement in

school and low- income children’s literacy: Longitudinal association between

and within families. Journal of Educational Psychology, 98, 653 - 664.

Dzulkarnain Haji Abdul Rahman (2003). Pengaruh budaya ibu bapa, rakan sebaya,

masyarakat dan sekolah dalam pembentukan displin pelajar. Tesis Doktor

Falsafah, yang tidak diterbikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Eccles, J.S (2007). Families, schools, and development achievement related motivations

and engagement. In J.E. Grusec & P.D Hastings (Eds.). Handbook of

socialization: Theory and research (pp. 665 - 691). New York: Guilford.

Referensi

Dokumen terkait

Objektif utama kajian ini adalah untuk menganggar kesan bersih tahap kesihatan mental ke atas pencapaian akademik pelajar sarjana muda di Universiti Utara Malaysia..

Bab 2 mengandungi teori dan kajian lepas berkaitan penemberengan imej, kaedah ambang, teknik-teknik entropi terutama entropi Kapur, entropi Tsallis dan entropi

Bagi korelasi antara dimensi kemahiran fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar, dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang sangat lemah

Bagi menjelaskan kenyataan tersebut penyelidik telah membahagikan aspek penulisan literetur ini kepada beberapa bahagian utama iaitu teori pembelajaran yang

Rajah 2 Model hubungan antara dimensi kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar 4.1 Sampel Kajian

Oleh itu, bagi membuktikan pencapaian akademik pelajar di dalam pembelajaran berbentuk amali, kajian telah dilakukan kepada pelajar kluster hospitaliti di Kolej Komuniti Sungai Petani

Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti Masjid Tanah iaitu Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar bagi

Personaliti, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik pelajar di institusi tahfiz negeri Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji personaliti pelajar tahfiz, iklim