• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Di Antara Penglibatan Pelajar Dengan Prestasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Di Antara Penglibatan Pelajar Dengan Prestasi"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Di Antara Penglibatan Pelajar Dengan Prestasi Akademik Bagi Pelajar Kluster Hospitaliti Di Kolej Komuniti

Sungai Petani

(Relationship Between Student Engagement With Academic Performance For Hospitality Cluster Students At Sungai Petani

Community College)

Muhd Aminuddin Azizan1*, Reezlin Abd Rahman2, Norhayati Ahmad1

1 Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah Malaysia

2 Kolej Komuniti Baling, Kedah Malaysia

*Corresponding Author: amzizan1986@gmail.com

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.5

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk menilai hubungan antara penglibatan pelajar dari aspek emosi, kognitif dan tingkahlaku dengan prestasi akademik terhadap pelajar kluster hospitaliti di Kolej Komuniti Sungai Petani. Data yang diperoleh dari 150 responden dijalankan melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistik Package for Social Science (SPSS) for windows versi 21.0. Analisis deskriptif dan korelasi pearson digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan pelajar terhadap pencapaian akademik berada pada tahap tinggi dan sederhana. Manakala analisis korelasi menunjukkan adanya hubungan yang signifikan antara penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek penglibatan emosi dan penglibatan kognitif memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya di Kolej Komuniti Sungai Petani.

Kata Kunci: Hospitaliti, Penglibatan Emosi, Penglibatan Kognitif, Penglibatan Tingkahlaku, Prestasi Akademik

Abstract: The aim of this study was to assess the relationship between student engagement in emotional, cognitive, and behavioral aspects and academic performance among hospitality cluster students at Sungai Petani Community College. Data obtained from 150 respondents were collected through a questionnaire and analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21.0 for Windows. Descriptive analysis and Pearson correlation were used in this study. The results showed that student involvement in academic achievement was at a high and moderate level. Meanwhile, the correlation analysis indicated a significant relationship between emotional involvement and cognitive involvement. The implications of this study show that emotional and cognitive involvement plays an important role in improving academic performance, especially among students at Sungai Petani Community College.

Keywords: Hospitality, Emotional Engagement, Cognitive Engagement, Behavioral Engagement, Academic Performance.

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Sistem Pengajian Tinggi Malaysia telah mengalami pelbagai trend dan episod penstrukturan semula yang membolehkan penyediaan pendidikan berada pada tahap yang tinggi dan berkualiti (Zain, Aspah, Mohmud, Abdullah, & Ebrahimib, 2017). Pada masa kini, sistem Pendidikan Tinggi Malaysia telah mula memfokuskan kepada pendidikan yang bercirikan Sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini telah dinyatakan oleh Kerajaan Malaysia bahawa TVET memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio- ekonomi sesebuah negara (Maclean, Jagannathan, & Sarvi, 2013).

Justeru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) hingga Kedua Belas (RMK12) telah diperkenalkan dan diperkukuhkan beberapa inisiatif dan strategi bagi meningkatkan Sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini (RMK11, 2015). Ini berikutan terdapatnya beberapa isu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seperti ketidak sepadanan kemahiran (Mohamed et al., 2019) imbuhan bayaran gaji (Mohamed et al., 2019) saingan dengan tenaga buruh luar negara (Coetzee et al., 2017) dan banyak lagi isu-isu mendesak termasuklah persepsi masyarakat terhadap bidang ini.

Merujuk kepada persepsi masyarakat, salah satu isu utama dalam persepsi ini adalah tentang TVET kurang berprestij berbanding pendidikan akademik (KPT, 2020), yang boleh menghalang pelajar daripada meneruskan kerjaya TVET dan juga boleh menghalang majikan daripada mengambil graduan TVET (Ismail, 2012). Persepsi ini sering dirujuk sebagai

"stigma" yang boleh dilihat sebagai penghalang bagi ramai pelajar untuk mengejar kerjaya dalam bidang vokasional atau teknikal. Selain itu, terdapat kebimbangan mengenai kualiti kemudahan (Ministry of Higher Education, 2017), peralatan dan infrastruktur di institusi TVET (Mohd Azri et al., 2019) yang juga boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti pendidikan yang disediakan. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah berusaha untuk menangani isu- isu ini dengan meningkatkan pelaburan dalam TVET (Ali et al., 2018), meningkatkan pembiayaan untuk institusi TVET (A. R. Bakar, 2015) dan menggalakkan kerjasama antara industri dan institusi TVET (A. Bakar, 2019) serta memberi pendedahan maklumat bagi mengurangkan persepsi masyarakat bahawa pendidikan TVET adalah kelas kedua dan tidak berada di arus pendidikan perdana (Hassan, 2019).

2. Pernyataan Masalah

Selaras dalam merealisasikan aspirasi kerajaan, individu atau pelajar juga perlu memainkan peranan yang sangat penting dengan menjadi individu yang sentiasa bergiat aktif dan terlibat semasa proses pembelajaran berlaku. Keterlibatan dalam aktiviti kelas merujuk kepada sejauh mana pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran termasuk aktiviti seperti bertanya dan menjawab soalan (Hasnah et al., 2015), terlibat dalam perbincangan kumpulan (Gao et al., 2020) dan aktiviti kerjasama bagi mendapatkan pencapaian akademik yang baik (Edwards et al., 2020). Pencapaian akademik yang baik secara dasarnya adalah sasaran yang ingin dicapai oleh individu atau organisasi pendidikan tinggi hasil daripada tahap penglibatan individu tersebut (Ayub, Yunus, Mahmud, Salim, & Sulaiman, 2016).

Kuh, Cruce, Shoup, Kinzie dan Gonyea (2008) menyatakan penglibatan pelajar adalah satu proses yang melibatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti pendidikan sama ada di dalam atau di luar kelas. Tidak dinafikan, hasil dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa penglibatan pelajar di dalam kelas dapat memberi kesan positif terhadap pembelajaran dan pencapaian akademik. Ini kerana penyertaan dan penglibatan pelajar dapat dilihat sebagai satu faktor bagi menentukan kejayaan atau kegagalan pelajar tersebut (Krause & Coates, 2008). Dalam erti kata

(3)

yang lain, apabila pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran secara tidak langsung pelajar akan lebih cenderung untuk bermotivasi, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan gred semasa serta melahirkan pemikiran yang kritis (Lee, Song, & Hong, 2019).

Penglibatan emosi dilihat akan membantu pelajar dalam meneruskan emosi yang positif dalam pencapaian akademik (De Neve et al., 2023). Emosi yang tidak stabil akan mengganggu gugat perjalanan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka tidak fokus dalam pelajaran dan akhirnya gagal mencapai kejayaan dalam pendidikan (Lotulung, 2023). Manakala penglibatan kognitif yang menjurus kepada pengetahuan pelajar, pastinya menjadi keutamaan dalam meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu (Hidayat et al., 2019). Implikasi kekurangan ilmu ini yang melibatkan pemikiran kognitif menjadikan mereka gagal membuat sesuatu keputusan dalam pembelajaran serta kehidupan mereka kelak (Lotulung, 2023).

Penglibatan tingkahlaku yang terhasil dari kognitif dan emosi sudah pastinya mempunyai refleksi positif atau negatif. Ini berlaku di semua pendidikan tinggi samada diperingkat universiti hinggalah ke peringkat kolej yang menawarkan sijil kemahiran.

Kolej Komuniti Sungai Petani yang menawarkan program kemahiran kluster hospitaliti mempunyai pelajar-pelajar yang mempunyai masa depan yang baik di dalam bidang ini.

Potensi di dalam kluster hospitaliti yang terdiri daripada dua program iaitu Kulinari dan Operasi Perhotelan sangat bagus dari aspek kebolehpasaran. Kerisauan bahawa adakah pelajar- pelajar TVET ini dapat mecapai kejayaan dalam akademik mengikut pengajaran dan pembelajaran di Kolej ini perlu dilihat agar penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa diperbaiki. Oleh itu, bagi membuktikan pencapaian akademik pelajar di dalam pembelajaran berbentuk amali, kajian telah dilakukan kepada pelajar kluster hospitaliti di Kolej Komuniti Sungai Petani

Bagi mengesahkan kenyataan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan terhadap prestasi akademik di kalangan pelajar kluster hospitaliti Kolej Komuniti Sungai Petani. Faktor penglibatan yang diukur adalah berdasarkan penglibatan emosi, kognitif, dan tingkahlaku terhadap pencapaian akademik. Walaupun banyak kajian telah melihat hubungan antara penglibatan pelajar dan prestasi akademik, hanya beberapa kajian sahaja yang telah meneroka ketiga-tiga aspek terhadap sistem pendidikan bercirikan TVET. Tambahan pula, kajian lepas telah menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dengan prestasi akademik kebanyakannya berlaku dalam suasana sekolah, tetapi terhad dalam persekitaran pendidikan tinggi terutama Kolej Komuniti. Selain itu, majoriti kajian juga tertumpu kepada aliran sains tulen seperti matematik dan kejuruteraan, dan penyelidik merasakan terdapat kekurangan penyelidikan yang melihat dalam bidang operasi perhotelan dan kulinari. Justeru, kajian ini dilihat sangat wajar untuk dilaksanakan bagi membantu pihak yang berkepentingan mendapat manafaat yang baik.

3. Ulasan Kajian Lepas

Penglibatan pelajar bermaksud satu gambaran minat dan semangat individu dalam menuntut ilmu yang secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap prestasi dan tingkah laku akademik (Gallup, 2013). Manakala Ashwin dan McVitty (2015) pula mentakrifkan Penglibatan pelajar dalam sistem pengajian tinggi merupakan satu penglibatan pengetahuan dengan meletakkan pemahaman tentang pengetahuan bermula daripada asas hingga ke tahap yang profesional.

(4)

Istilah penglibatan pelajar ditakrifkan sebagai satu gabungan pelbagai dimensi atau multidimensi terhadap pencapaian akademik. Disokong oleh kenyataan Reeve dan Tseng (2011) bahawa penglibatan pelajar boleh diukur dan dilihat dari perspektif yang berbeza termasuklah penglibatan tingkahlaku, penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Ketiga- tiga perspektif ini dilihat dapat memberikan hubungan di antara pencapaian akademik dengan penglibatan pelajar dan telah dibuktikan oleh hasil kajian terdahulu.

Hubungan penglibatan emosi dengan pencapaian pelajar

Sementara penglibatan emosi pula memfokuskan kepada tumpuan kepada sejauh mana reaksi positif atau negatif kepada tenaga pengajar, rakan dan akademik (De Neve et al., 2023). Hasil dapatan oleh Lee J. S (2014) terhadap 121 sekolah di Amerika Syarikat telah menunjukkan penglibatan emosi mempengaruhi penglibatan tingkahlaku dalam pencapaian pembacaan.

Manakala dapatan oleh Xie dan Kuo (2021) yang mengkaji peranan emosi terhadap pencapaian pelajar menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan. Hubungan yang baik di antara pelajar dengan dengan tenaga pengajar juga dapat mempengaruhi emosi pelajar dalam menentukan pencapaian akademik mereka (Chamizo-Nieto, Arrivillaga, Rey & Extremera 2021). Ini kerana sifat keterujaan dan sifat ingin tahu pelajar dan guru lebih menyumbang kepada prestasi akademik yang cemerlang dalam subjek sains (Shebailo, Vahedi & Nemati, 2019)

Hubungan penglibatan kognitif dengan pencapaian pelajar

Berbeza pula dengan penglibatan kognitif yang ditakrifkan sebagai tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran yang merangkumi pemikiran, strategi dan kesediaan untuk berusaha bagi menguasai kemahiran-kemahiran yang sukar (Gao et al., 2020). Dapatan kajian oleh Delfino (2019) di kalangan 305 pelajar Partido State University menunjukkan penglibatan kognitif, emosi dan tingkahlaku berhubung secara positif dengan pencapaian pelajar. Morales, Ortiz, Ramirez, Fangmeyer dan Menéndez (2019) dalam kajian tentang hubungan kognitif dengan pencapaian terhadap pelajar sekolah menengah menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan. Keadaan yang sama turut berlaku kepada pelajar jurusan perubatan yang mana terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik disebabkan oleh penglibatan kognitif pelajar terutama dalam proses penyelesaian masalah (Bayramlar, Ankarali, & Ankarali, 2022).

Kemahiran penyelesaian masalah yang baik di kalangan pelajar jurusan informasi teknologi sekaligus menjadi penentu penglibatan kognitif dalam meningkatkan akademik pelajar (Olipas

& Cochanco, 2021). Peningkatan akademik pelajar seterusnya dapat ditingkatkan dengan wujudnya keupayaan kognitif di kalangan 380 pelajar universiti shahid beheshti (Aghaziarati, Kiyana, Badayat, & Askari, 2020). Kajian terdahulu juga membuktikan bahawa penglibatkan kognitif bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar universiti malahan turut terkesan kepada pelajar sekolah rendah atau kanak-kanak (Nesayan, Amani, &

Gandomani, 2017). Dikukuhkan dengan kenyataan oleh Yun, Kim dan Chung (2021) di mana penglibatan kognitif mempengaruhi prestasi akademik 510 pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Chonnam.

Hubungan penglibatan tingkah laku dengan pencapaian pelajar

Menurut Nor Yuzie Yusuf et al. (2014), penglibatan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu penyertaan, usaha, perhatian, kegigihan dan tindak balas positif dalam mencapai sesuatu objektif. Berdasarkan dapatan kajian terdahulu, penglibatan tingkah laku pelajar dilihat dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan memberi impak yang positif kepada pelajar (Said, Idris, & Hussain, 2018). Pencapaian akademik terbukti dipengaruhi oleh penglibatan tingkah laku pelajar berdasarkan kajian oleh Katopola dan Otmar (2016) tentang faktor tingkah laku dan persekitaran yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar di institusi kebangsaan

(5)

Tanzania. Dikukuhkan lagi oleh kenyataan oleh Azhary, Supahar, Kuswanto, Ikhlas dan Devi (2020) menunjukkan bahawa tingkah laku semasa belajar adalah sangat signifikan terhadap hasil pembelajaran pelajar dalam pembelajaran fizik.

Berdasarkan kepada kajian terdahulu yang telah dinyatakan di atas, penglibatan pelajar dilihat dapat memberikan kesan dan impak kepada pencapaian akademik. Namun begitu, kebanyakan dapatan terdahulu hanya memfokuskan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar universiti, subjek pembelajaran aliran akademik dan sains. Tetapi hubungan penglibatan pelajar terhadap pencapaian akademik pelajar dalam konteks pembelajaran TVET bidang operasi perhotelan dan kulinari dilihat adalah terhad.

Kolej Komuniti

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah ditubuhkan selaras dengan Rancangan Malaysia ke 10 (Economic Planning Unit, 2015) . Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam industri dan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional di Malaysia. Selari dengan kenyataan oleh Unesco (2004) di mana Pembangunan Lestari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PTVL) mesti menyediakan pekerja dengan pengetahuan, kecekapan, kemahiran, nilai, dan sikap untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan produktif yang sentiasa menghargai kerja berkualiti yang dilaksanakan, menghasilkan masyarakat yang mampan. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran (Jabatan Pengajian Politeknik, 2014). Pada tahun 2022 bilangan kolej komuniti telah meningkat kepada 105 buah di seluruh negara yang mana pengajian lebih tertumpu kepada bidang teknikal dan vokasional (TVET) seperti bidang Operasi Perhotelan dan bidang Kulinari.

Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari

Sijil Operasi Perhotelan merupakan salah satu program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Malaysia amnya dan Kolej Komuniti Sungai Petani khususnya. Program ini di reka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Sijil Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti biasanya menyediakan pelajar dengan pendidikan komprehensif dalam industri perhotelan, dengan memberi tumpuan kepada pengurusan dan operasi di hotel. Kurikulum ini dibina adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran dan pengetahuan yang dalam industri perhotelan, serta menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam pengurusan hospitaliti. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Food and Beverage Service, Housekeeping Operation, Front Office Operation, Barista Service, Hotel Recreations dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Selain itu, Sijil Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman dan peluang rangkaian secara langsung melalui latihan, latihan praktikal dan program-program kerjasama Kolej Komuniti bersama industri. Secara tidak langsung menjadi batu loncatan untuk memajukan lagi pengajian atau kerjaya dalam induatri pengurusan hotel.

Manakala Sijil Kulinari pula di reka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperoleh pengalaman untuk menyediakan dan menghasilkan masakan yang asas dan juga terkini di

(6)

dalam industri. Pelajar akan berkemampuan dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Thoery of Food, Food Safety and Sanitation, Basic Cookery, Malaysian Cuisine, Basic Butcher, Cold Food Preparation, Bakery and Pastry dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Kulinari. Kedua-dua program ini turut merangkumi modul modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek.

Rangka Kerja Teori

Rajah 1: Rangka Kerja Teori

Rajah 1 menunjukkan rangka kerja teori yang digunakan untuk mengkaji tahap penglibatan pelajar dan juga hubungan dengan prestasi akademik yang melibatkan pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Ini adalah adaptasi daripada teori Reeve dan Tseng (2011) yang telah diubah berdasarkan kepada kesesuaian pengkaji. Rangka kerja teori ini melibatkan tiga faktor iaitu penglibatan tingkahlaku, penglibatan emosi dan penglibatan kognitif. Ketiga-tiga faktor ini akan menjadi faktor penentu terhadap pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani bagi kluster hospitaliti.

Hipotesis

Berdasarkan andaian, sorotan literatur dan teori yang digunakan, hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan emosi dengan pencapaian akademik

H1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan emosi dengan pencapaian akademik

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan kognitif dengan pencapaian akademik

H1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan kognitif dengan pencapaian akademik

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan tingkahlaku dengan pencapaian akademik

H1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan tingkahlaku dengan pencapaian akademik

PENGLIBATAN TINGKAHLAKU PENGLIBATAN EMOSI

PENGLIBATAN KOGNITIF PRESTASI AKADEMIK

(7)

4. Metodologi

Dalam kajian ini, penyelidik menggunapakai rekabentuk kajian secara kuantitatif dalam menjawab persoalan mengenai hubungan antara dua pembolehubah dengan tujuan menjelaskan, meramalkan dan mengawal fenomena (Piaw, 2011). Statistik deskriptif diaplikasikan dalam kajian supaya data mentah yang dikumpul dapat dibuat penyusunan dan pentaksiran dengan lebih sistematik (Sekaran & Bougie, 2016). Manakala statistik inferensi pula akan dapat menjelaskan dapatan kajian kepada perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah. Selain itu, bagi mempercepatkan tempoh pengumpulan data dan memudahkan pengkaji, reka bentuk kajian secara keratan rentas (cross-sectional) akan digunakan di mana proses pengumpulan data hanya dibuat sekali sahaja dalam satu tempoh yang ditetapkan terhadap kumpulan yang berbeza (Marican, 2006). Populasi bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar kluster hospitaliti di Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari. Manakala sampel bagi kajian ini menumpukan kepada pelajar semester dua dan tiga bagi Program Operasi Perhotelan dan Kulinari melibatkan seramai 150 pelajar.

Intrumen kajian merangkumi soal selidik terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu pada bahagian A merupakan soalan yang lebih menjurus kepada aspek demografik manakala bahagian B adalah pemboleh ubah tidak bersandar iaitu, penglibatan emosi penglibatan kognitif dan penglibatan tingkahlaku. Seterusnya, bahagian yang terakhir iaitu bahagian C yang akan menfokuskan kepada item soalan tertumpu kepada aspek pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti sebagai pembolehubah bersandar.

5. Dapatan Kajian

Analisis data

Data kajian kuantitatif melibatkan penggunaan perisian SPSS versi 29 telah menunjukkan nilai Cronbach alpha yang tinggi dan boleh dipercayai (Pallant, 2016) bagi setiap pembolehubah seperti jadual 1 di bawah;

Jadual 1: Nilai Cronbach Alpha Bagi Setiap Pembolehubah

Seterusnya, pengujian statistik dianalisis berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Hasil dapatan analisis kolerasi Spearman Rho (Pallant, 2016) yang telah dijalankan terhadap pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar menunjukkan beberapa penemuan. Hasil analisis menunjukkan bahawa pemboleh ubah penglibatan emosi berupaya mempengaruhi pemboleh ubah pencapaian akademik. Manakala penglibatan kognitif juga mempengaruhi responden dalam pencapaian akademik. Sebaliknya, penglibatan tingkahlaku tidak berupaya mempengaruhi pembolehubah pencapaian akademik. Ini dapat dilihat pada hasil nilai p terhadap elemen iaitu penglibatan emosi dan penglibatan kognitif dengn pencapaian akademik (p = 0.000) yang menunjukkan nilai p, angka yang lebih kecil daripada 0.05. Selari dengan kenyataan oleh Pallant (2016) iaitu jika nilai p adalah lebih kecil daripada 0.05 (p < 0.05), maka

Pembolehubah Bilangan Item Nilai Cronbach Alpha

Penglibatan emosi 10 .909

Penglibatan Kognitif 12 .932

Penglibatan Tingkahlaku 10 .921

Pencapaian akademik 15 .906

(8)

terdapat kolerasi di antara dua pemboleh ubah tersebut atau sebaliknya. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan di antara penglibatan emosi dan penglibatan kognitif dengan pencapaian akademik. Tetapi nilai p terhadap elemen tingkahlaku telah menunjukkan nilai yang telah melebihi 0.000 iaitu (p= -0.38) menunjukkan tidak terdapat korelasi ataupun tidak wujud hubungan yang signifikan di antara penglibatan tingkhlaku dengan pencapaian akademik.

Jadual 2: Ujian Korelasi Spearmen Rho Di Antara Penglibatan emosi, Kognitif Dan Tingkahlaku Dengan Pencapaian Akademik

Pencapaian Akademik

Spearman’s Rho Emosi Correlation Coefficient .529**

Sig. (2-tailed) 0.000

N 110

Kognitif Correlation Coefficient .715**

Sig. (2-tailed) 0.000

N 110

Tingkahlaku Correlation Coefficient -.038**

Sig. (2-tailed) 0.695

N 110

Manakala jadual 2 juga menunjukkan nilai analisis bagi menentukan tahap kekuatan kolerasi (r) di antara penglibaan emosi dan penglibatan kognitif dengan pencapaian akademik. Nilai pekali kolerasi bagi elemen dalam pemboleh ubah penglibaan emosi dan penglibatan kognitif menunjukkan nilai yang positif. Oleh yang demikian, berpandukan kepada Skala Rowntree (1981), tahap kekuatan kolerasi setiap elemen dapat dijelaskan seperti dalam jadual 3.

Nilai pekali kolerasi bagi peningkatan perniagaan dengan penglibatan emosi ialah 0.529. Ini menunjukkan terdapatnya kekuatan hubungan yang sederhana. Manakala nilai pekali kolerasi bagi penglibatan kognitif dengan pencapian akademik ialah 0.715. Pembolehubah ini menunjukkan terdapatnya kekuatan hubungan yang tinggi atau kuat. Dapatlah disimpulkan bahawa kekuatan hubungan bagi kedua-dua pembolehubah ini memberi kesan positif yang sederhana dan tinggi. Berdasarkan kepada nilai korelasi ini, adalah dilaporkan bahawa pembolehubah penglibatan kognitif adalah lebih tinggi daripada penglibatan emosi. Pelajar mempunyai tahap korelasi yang lebih tinggi dari aspek kognitif di dalam meningkatkan pencapaian akademik. Jelas juga disini, kombinasi kedua-dua faktor ini menjadikan peningkatan pendidikan lebih positif.

Jadual 3: Skala Rowntree Bagi Pekali Kolerasi (R)

Nilai pekali kolerasi ( r) Kekuatan Hubungan

0.9 hingga 1.0 Sangat tinggi , sangat kuat

0.7 hingga 0.89 Tinggi, kuat

0.4 hingga 0.69 sederhana

0.2 hingga 0.39 Lemah, rendah

0.0 hingga 0.19 Sangat lemah

(9)

6. Perbincangan

Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana penglibatan pelajar dapat mempengaruhi prestasi akademik kluster hospitaliti di institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu Kolej Komuniti Sungai Petani. Dapatan statistik inferensi menjelaskan bahawa wujudnya hubungan di antara prestasi akademik dengan penglibatan pelajar (penglibatan emosi dan kognitif), walaupun kekuatan hubungan ini adalah pada tahap yang berbeza, tetapi masih berupaya untuk mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Glapaththi, et al., 2019). Ini telah membuktikan bahawa kajian oleh Sukor, Ahmad, Nor dan Halim (2021) disokong oleh kajian ini.

Secara khususnya, penglibatan kognitif dilihat sebagai penyumbang utama dalam pencapaian akademik yang mana pelajar akan menumpukan perhatian mereka sepenuhnya dalam menjawab dan membuat amali dalam peperiksaan agar mencapai gred yang baik. Jelas, kognitif menyumbang kepada ilmu pertambahan maklumat dalam membentuk kefahaman pelajar untuk berjaya dalam kehidupan dan pekerjaan kelak. Kajian ini menyokong dapatan kajian oleh (Dunlosky, Katherine, Elizabeth, Nathan, & Willingham, 2013) yang menegaskan bahawa keperluan ilmu perlu digandakan dalam membentuk kejayaan pelajar.

Seterusnya, penglibatan emosi memberi kesan yang baik selepas kognitif. Emosi pelajar akan lebih stabil apabila ilmu yang dipelajari telah difahami. Hasil daripada emosi yang stabil akan meningkatkan efikasi diri pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan akademik mereka. Ini di sokong oleh penemuan (Dubovi & Tabak, 2021) mengatakan, emosi yang stabil akan menjadikan fokus pelajar lebih baik untuk membuat keputusan.

Penglibatan tingkahlaku didapati kurang relevan dengan pencapaian akademik. Tingkahlaku yang dilihat tidak memberi kesan kepada pencapaian akademik adalah bertentangan dengan kerja amali yang perlu dilakukan oleh pelajar. Persepsi pelajar mungkin lebih mempercayai kognitif dan emosi mereka dapat memberikan kejayaan dalam akademik mereka dengan kurang memberi penumpuan kepada penglibatan tingkahlaku semasa pembelajaran amali. Ini bertentangan dengan penemuan kajian oleh (Afendi, Munir dan Setiawan (2020) yang menyatakan tumpuan terhadap latih tubi perlu ditingkatkan agar pelajar mempunyai kemahiran yang kompeten.

7. Cadangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan dua faktor iaitu penglibatan emosi dan kognitif memberi kesan yang besar dalam pencapaian akademik. Penemuan kajian telah menunjukkan tahap tinggi untuk kognitif dan tahap sederhana bagi emosi. Jelaslah di sini, penumpuan terhadap kedua- dua aspek ini boleh diteruskan dan ditambah baik bagi meningkatkan kejayaan pelajar. Usaha boleh dijalankan dengan melibatkan pembelajaran teori dan softskill agar menjadi lebih berkesan. Latihan amali yang melibatkan tingkahlaku perlu di perkemaskan lagi dengan memberi pendedahan kepada pelajar agar tidak melupakan Latihan berbentuk Hands on yang pastinya akan membantu aliran TVET mencapai kejayaan kelak. Pemahaman terhadap keperluan aplikasi dan demonstrasi Latihan TVET perlu di terapkan bukan sahaja kepada pelajar semasa tetapi kepada masyarakat, bahawa kejayaan masa hadapan adalah dengan menyertai TVET menerusi kemahiran. Oleh yang demikian, semua pihak daripada pelbagai peringkat dalam dunia Pendidikan, perlu memulakan rangsangan awal diperingkat sekolah menengah bagi memberi maklumat untuk mengutamakan pembelajaran kemahiran sebagai sumber pendapatan. Persepsi masyarakat seperti yang dibincangkan terhadap kemasukan ke

(10)

Kolej Komuniti sebagai pilihan kedua sudah pastinya akan berubah apabila tingkahlaku dapat ditingkatkan.

References

Afendi, A., Munir, A., & Setiawan, S. (2020). Facilitating student behavioral engagement in ESP classroom through teachers’ scaffolding talk. English Journal of Merdeka) : Culture, Language, and Teaching of English, 5(1), 41-53.

Aghaziarati, A., K. K., Badayat, E., & Askari, M. (2020). The Relationship between Social Cognition and Academic Performance with The Mediating Role of Cognitive Cognitive Abilities and Academic Emotion in Students. Education Strategies in Medical Sciences (ESMS), 371-381.

Ali, E., Che’ Rus, R., Haron, M. A., & Mohammad Hussain, M. A. (2018). Kebolehpasaran Graduan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional: Satu Analisis. Sains Humanika, 10(3–

3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1510

Ashwin, P., & McVitty, D. (2015). The Meanings of Student Engagement: Implications for Policies and Practices. London : National Union of Students, London, UK.

Ayub, A. F., Yunus, A. S., Mahmud, R., Salim, N. R., & Sulaiman, T. (2016). Differences in Students’ Mathematics Engagement Between Gender and Between Rural and Urban Schools. 2nd International Conference and Workshop on Mathematical Analysis 2016 (ICWOMA2016), 1-6.

Azhary, S. A., Supahar, Kuswanto, Ikhlas, M., & Devi, I. P. (2020). Relationship Between Behavior of Learning and Student Achievement in Physics Subject. Jurnal Pendidikan Fisika Indonesia, 1-8.

Bakar, A. (2019). Technical Vocational Education & training (TVET) in Malaysia: Selected Works. In Ministry of Higher Education (Issue January, pp. 1–178).

http://mycc.my/document/files/PDF Dokumen/Technical Vocational Education Training (TVET) in Malaysia Selected Works.pdf

Bakar, A. R. (2015). Preparing Malaysian Youths Roles of Technical and Vocational Education and Training ( TVET ). In Universiti Putra Malaysia.

http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/0305787930450302

Bayramlar, Z., Ankarali, S., & Ankarali, H. (2022). The relationship between aerobic capacity and cognitive/academic performance in medical students. Gen Physiol Biophys, 41(6), 579-590.

Chamizo-Nieto, M. T., Arrivillaga, C., Rey, L., & Extremera2, N. (2021). the role of emotional intelligence, the teacher-student relationship, and flourishing on academic performance in adolescent: a moderate meadiation study. Emotional Intelligence, Teacher-Student Relationship, and Performance, 12.

Coetzee, M., Ferreira, N., & Shunmugum, C. (2017). Psychological career resources, career adaptability and work engagement of generational cohorts in the media industry. SA Journal of Human Resource Management, 1(2), 1–12.

https://doi.org/10.4102/sajhrm.v15i0.868

De Neve, D., Bronstein, M. V., Leroy, A., Truyts, A., & Everaert, J. (2023). Emotion Regulation in the Classroom: A Network Approach to Model Relations among Emotion Regulation Difficulties, Engagement to Learn, and Relationships with Peers and Teachers. Journal of Youth and Adolescence, 52(2), 273–286.

https://doi.org/10.1007/s10964-022-01678-2

Dubovi, I., & Tabak, I. (2021). Interactions between emotional and cognitive engagement with science on YouTube. Public Underst Science, 759-776.

(11)

Dunlosky, J., K. A., E. J., Nathan, M. J., & Willingham, D. T. (2013). Improving Students’

Learning With Effective Learning Techniques: Promising Directions From Cognitive and Educational Psychology. Psychological Science in the Public Interest, 14(1), 4–

58.

Economic Planning Unit. (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas (Eleventh Malaysia Plan) : 2016-2020. In EPU. http://rmk11.epu.gov.my/book/eng/Elevent-Malaysia- Plan/RMKe-11 Book.pdf

Edwards, R. L., Davis, S. K., Hadwin, A. F., & Milford, T. M. (2020). Exploring Student Engagement Factors in a Blended Undergraduate Course. The Canadian Journal for the Scholarship of Teaching and Learning, 11(3). https://doi.org/10.5206/cjsotl- rcacea.2020.3.8293

Gallup,Inc.(2013).U.S.overall:GallupStudentPollResults.1-6

Gao, N., Shao, W., Rahaman, M. S., & Salim, F. D. (2020). N-Gage: Predicting in-class Emotional, Behavioural and Cognitive Engagement in the Wild. Proceedings of the ACM on Interactive, Mobile, Wearable and Ubiquitous Technologies, 4(3).

https://doi.org/10.1145/3411813

Glapaththi, I., Dissanayake, R., Welgama, T., Somachandara, U., Weerarathna, R. S., &

Pathirana, G. Y. (2019). A Study on the Relationship between Student Engagement and Their Academic Achievements. Asian Social Science, 15(11), 1-16.

Hasnah, M., Zaidatun, T., & Baharuddin, A. (2015). Pengaruh Gaya Kognitif Terhadap Hasil Belajar Geografi. Seminar Nasional Dies …, August 2014, 11–13.

http://eprints.unm.ac.id/2782/%0Ahttp://eprints.unm.ac.id/2782/1/Artikel Prosiding Seminar Nasional - Pengaruh Gaya Kognitif...pdf

Hassan, R. (2019). Jenamakan TVET dengan acuan kita. Berita Harian Online.

Hidayat, D., Kim, T., Listiani, T., & Setianingsih, A. R. (2019). Adolescence Student Behavioral Engagement In Mathematics Class. JPI (Jurnal Pendidikan Indonesia), 8(2), 244. https://doi.org/10.23887/jpi-undiksha.v8i2.16927

Ismail, M. H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia : Tinjauan dari Perspektif Majikan Study on Employability of Graduates in Malaysia : A Survey of Employer Perspectives. Prosiding PERKEM VII, 2(2012), 906–913.

Jabatan Pengajian Politeknik. (2014). Informasi Politeknik Edisi Oktober 2014. In Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Buku Panduan Kurikulum Sijil Operasi Perhotelan, 2010, pp. 2- 5.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Buku Panduan Kurikulum Sijil Kulinari, 2014, pp. 2- 5.

Katopola, D. A., & Otmar, B. (2016). Relationship between Behavior and College Students’

Academic Performance: The Case of the National Institute of Transport in Tanzania.

Africa Journal of Technical & Vocational Education & Training, 1(1), 168-178.

KPT. (2020). Pemerkasaan TVET di Malaysia Satu Tinjauan. 1–71.

https://www.academia.edu/52239483/Pemerkasaan_TVET_di_Malaysia_Satu_Tinja uan

Krause, K., & Coates, H. (2008). Students' engagement in first-year university. Assessment &

Evaluation in Higher Education, 33(5), 493-505.

Kuh, G. D., Cruce, T., Shoup, R., Kinzie, J., & Gonyea, R. M. (2008). Unmasking the Effects of Student Engagement on First-Year College Grades and Persistence. The Journal of Higher Education, 540-563.

Lee, J. S. (2014). The relationship between student engagement and academic performance: Is.

The Journal of Educational Research, 177–185.

(12)

Lee, J., Song, H.-D., & Hong, A. J. (2019). Exploring Factors, and Indicators for Measuring Students’ Sustainable Engagement in e-Learning. Journal of Sustainability, 11(4), 985.

Lotulung, M. S. D. (2023). Highschool Student Engagement in Active Learning Classrooms.

Journal on Education, 5(2), 2729–2741. https://doi.org/10.31004/joe.v5i2.917 Maclean, R., Jagannathan, S., & Sarvi, J. (2013). Skills Development Issues, Challenges,and

Strategies in Asia and the Pacific. In Education and Skills for Inclusive Growth, Green Jobs and the Greening of Economies in Asia (pp. 3-17). Hong Kong: The Education University of Hong Kong.

Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial :Pendekatan Pragmatik. Selayang: Edusystem Sdn Bhd.

Ministry of Higher Education. (2017). TVET for Human Resource Development. In Technical Vocational Education & Training (Tvet) in Malaysia : Selected Works.

http://mycc.my/document/files/PDF Dokumen/Technical Vocational Education Training (TVET) in Malaysia Selected Works.pdf

Mohamed, N. A., Ajis, M. N., & Zain, Z. M. (2019). Dilema majikan dalam isu menggaji pekerja tempatan atau pekerja asing di Malaysia: Perspektif majikan (Employer’s dilemma on the issues of hiring foreign workers …. Geografia-Malaysian Journal of

, 3(3), 136–147. http://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/32220/0

Mohd Azri, A., Sahid, S., & A. Hamid, A. H. (2019). Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Melalui Kemahiran Kebolehgajian. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 5(15), 21–34.

Morales, R., Ortiz, F. J., Ramirez, N. G., Fangmeyer, J., & Menéndez, A. M. (2019). Research Path that Improves Student Engagement. Global Engineering Education Conference (EDUCON), 141-151.

Nesayan, A., Amani, M., & Gandomani, R. A. (2017). Cognitive Profile of Children and its Relationship With Academic Performance. Basic and Clinical neuroscience, 10(2), 165-174.

Norliza Mohd Zain, V. A. (2017). Challenges and Evolution of Higher Education in Malaysia.

International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 78-87.

Nor Yuzie Yusuf, Rosini Abu, & Aida Suraya Md Yunus. (2014). Tingkah Laku, Emosi dan Kognitif Murid sebagai Faktor Peramal Pencapaian Akademik. Journal of Human Capital Development, 7(1), 1–20.

Olipas, C. N., & Cochanco, R. A. (2021). The information technology Students’ cognitive determinants and its relationship to academic performance. International Journal of Advanced Engineering Research, 8(3), 381-389.

Pallant, J. (2016). SPSS Survival Manual (6th editio). McGraw Hill education.

Piaw, C. Y. (2011). Kaedah dan statistik Penyelidikan. 2(April 2011), 346.

Reeve, J., & Tseng, C.-M. (2011). Agency as a fourth aspect of students’ engagement during learning activities. Contemporary Educational Psychology, 36(4), 257–267.

doi:10.1016/j.cedpsych.2011.05.002

RMK11. (2015). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. Rancangan Malaysia Kesebelas

(Eleventh Malaysia Plan) : 2016-2020, 191–233.

http://rmk11.epu.gov.my/book/eng/Elevent-Malaysia-Plan/RMKe-11 Book.pdf Rowntree, D. (1981). Statistics Without Tears: A Primer for non-Mathematicians. London:

Penguin

Said, M. A., Idris, M., & Hussain, S. (2018). Relationship between Social Behaviour and Academic Performance of Students at Secondary Level in Khyber Pakhtunkhwa.

Pakistan Journal of Distance & Online Learning, 4(1), 153-170.

(13)

Shebailo, N. S., Vahedi, S., & Nemati, S. (2019). The Relationships between Emotions of Students, Teachers and Parents and Academic Performance in Science Course.

Quarterly Journal of Child Mental Health, 6(1), 188- 199.

Sukor, R., A. F., N. K., & Halim, F. A. (2021). Relationship Between Students’ Engagement with Academic Performance Among Non-Food Science Students Enrolled in Food Science Course. Journal of Turkish Science Education, 18(4), 638-648.

Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill building approach.

Illinois, USA: John Wiley & Sons.

Referensi

Dokumen terkait

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbandingan kreatviti pelajar mengikut tahap pencapaian akademik. Analisa data ujian ANOVA sehala ditunjukkan dalam Jadual di

Tujuan kajian ini adalah memberi tumpuan kepada tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar dalam dalam dua persekitaran kerja amali yang berbeza iaitu melalui kaedah

Menurutnya lagi faktor- faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik yang baik adalah berkait rapat dengan persekolahan pelajar, pergaulan rakan sebaya yang sama-sama

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK..

Dalam rajah ini, dinyatakan beberapa aspek yang dikaji terhadap pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Johor iaitu pengetahuan solat, pelaksanaan solat, faktor yang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam kelab/persatuan dan hubungan komitmen pelajar terhadap kelab dengan pencapaian

Kebanyakan pelajar Kolej Komuniti adalah terdiri daripada pelajar luar bandar dan kebiasaannya mereka belajar di sekolah yang terdiri daripada satu-satu kaum sahaja dan kejiranan

Rajah 2 Model hubungan antara dimensi kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar 4.1 Sampel Kajian