• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian rintis: hubungan antara penglibatan sukan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah ABSTRACT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian rintis: hubungan antara penglibatan sukan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah ABSTRACT"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian rintis: hubungan antara penglibatan sukan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah

ABSTRACT

Secara umumnya, sekolah di pedalaman Sabah sering dikaitkan dengan kesusahan hidup termasuk dalam aspek akses kemudahan asas seperti kesihatan mahupun fasiliti sukan.

Keadaan ini memberikan cabaran hebat dalam melahirkan pelajar yang bersifat holistik dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang mana salah satu pendekatan yang boleh dilakukan dalam mencapai matlamat tersebut ialah melalui penglibatan Sukan dan aktiviti fizikal (Bradley et al 2013). Bagi pelajar yang berada di bandar, akses kepada kemudahan sukan adalah mudah berbanding pelajar di pedalaman. Bersukan dan riadah menjadi satu keperluan pelajar di bandar untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat (T.Dexter, 1999). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat adakah penglibatan sukan memberikan kesan kepada pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar di negeri Sabah. Seramai 80 orang (n=80, lelaki=53) pelajar sekolah (umur, min=16 tahun) di pedalaman negeri Sabah di Ranau dan Kota Marudu telah di ambil. Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) digunakan dan dapatan kajian menunjukkan pelajar luar bandar mempunyai min skor yang tinggi dalam aktiviti fizikal (nilai MET=8.0). Dari aspek pencapaian akademik pula, Data yang digunakan ialah nilai gred pelajar pada peperiksaan akhir. Ujian korelasi menunjukkan hubungan yang tinggi (r

= 0.83, p = 0.04) di antara pencapaian akademik seseorang dengan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal. Kajian terdahulu juga turut mendapati bahawa penglibatan sukan dan aktiviti fizikal mampu menyumbang kepada pencapaian akademik yang baik (Claudia et al, 2010).

Malah, sukan dan aktiviti fizikal bukan sahaja mampu memberikan kesan positif ke atas kesihatan fizikal, malah turut menyumbang kepada peningkatan psikososial dan kualiti hidup seseorang (Allender et al, 2006).

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitari yang signifikan di antara penglibatan penjaga d~ sekolah dengan pencapaian akademlk anak cacat penglihatan (r =

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah

Ini menunjukkan walaupun malu mempunyai hubungan negatif dengan pencapaian akademik, pelajar yang pemalu boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka jika dapat menggunakan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK..

Walaupun terdapat perbezaan yang ketara dari segi peratusan pencapaian akademik yang tinggi di antara pelajar-pelajar aliran Teknik dan aliran Vokasional, namun antara

Justeru itu, dirumuskan bahawa penglibatan aktiviti fizikal murid-murid luar bandar di Melaka adalah berada dalam tahap yang memuaskan bagi kedua-dua jantina dan ini secara

Has/I kajian menunjukkan baflawa guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Negerl Sabah adak berbeza kepuasan kerja mereka meslcipun ditempatlcan di luar bandar.. Namun demik/an,

Toleransi etnik dalam kalangan pelajar bumiputera sekolah menengah di Kota Kinabalu Sabah ABSTRACT Keharmonian dan kemajuan sesebuah negara pada hari ini bukan sahaja bergantung