• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN TAHAP KECERGASAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR DI MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN TAHAP KECERGASAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR DI MELAKA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

672

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN TAHAP KECERGASAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH LUAR BANDAR DI MELAKA

Noor Azmah Mat Adenan, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail Email: azmah1971@gmail.com

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Abstrak

Aktiviti fizikal dan kecergasan memainkan peranan penting dalam pembangunan murid yang berkualiti dan berdaya saing. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal dan tahap kecergasan serta hubungannya dalam kalangan murid di luar bandar di Melaka Tengah, Melaka. Sampel kajian terdiri daripada murid tingkatan 1 dan jumlah sampel kajian adalah 204 orang yang terdiri daripada 111 orang lelaki dan 93 orang perempuan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui borang soal selidik dan ujian kecergasan. Kajian ini menggunakan adalah Physical Activity Questionnaire for Children (PAQ-C) dan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Secara keseluruhan, tahap penglibatan murid di luar bandar adalah sederhana aktif atau berintensiti sederhana dengan nilai min=2.65. Secara keseluruhan, corak aktiviti fizikal murid kawasan kajian adalah berintensiti rendah atau tidak aktif dengan nilai min=2.03. Indeks Jisim Tubuh murid di luar bandar berada di tahap normal atau ideal iaitu 65 orang murid lelaki dan 59 murid perempuan. Aktiviti fizikal harian yang kerap di lakukan oleh murid lelaki adalah berbasikal (min=3.12, sp=1.530) bagi lelaki dan aktiviti berjalan pantas bagi perempuan (min=2.80, sp=1.419). Murid di luar bandar gemar meluangkan masa untuk melakukan aktiviti pada waktu pendidikan jasmani dengan nilai min=3.40, sp=1.062. Tahap kecergasan murid pula menunjukkan bahawa murid lelaki berada di tahap cergas tinggi iaitu 58 orang dan murid perempuan berasa pada tahap sederhana cergas iaitu 46 orang. Hubungan antara Indeks Jisim Tubuh dengan tahap kecergasan bagi murid lelaki adalah terdapat hubungan yang signifikan (Sig=.192, p<0.05), manakala bagi murid perempuan tidak terdapat hubungan yang signifikan (Sig=.062, p>0.05). Kajian dapat memberi panduan kepada semua pihak dalam membentuk murid yang sihat, cergas dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk melahirkan murid yang berwawasan dan mencapai hasrat kerajaan dalam Transformasi Nasional 50 (TN50).

Kata Kunci : Aktiviti Fizikal, Kecergasan Fizikal, Physical Activity Questionnaire for Children (PAQ-C), SEGAK

PENGENALAN

Aktiviti fizikal dan kecergasan adalah komponen penting dalam pembentukan fizikal yang sihat. Aktiviti fizikal adalah sebarang pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot-otot yang mengakibatkan berlakunya penggunaan tenaga atau kuasa. Kecergasan pula adalah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan kelakuan motor.

Kekerapan dan keberkesanan melakukan aktiviti fizikal dapat memberi manfaat yang ketara terhadap kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Hal ini demikian kerana dengan melakukan aktiviti ini, ia dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kronik seperti jantung, kanser, kencing manis, lelah, dan juga membantu mengawal atau mengimbangi berat badan (Russell et al., 2004).

Peningkatan bilangan obesiti dalam kalangan penduduk di Malaysia semakin meruncing. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai bilangan penduduk yang paling

(2)

673

tinggi tahap obesiti iaitu 44.2% (WHO Non-Communicable Disease Country Profile, 2011). Obesiti merupakan penyumbang kepada peningkatan kadar kematian yang membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga merupakan faktor yang mendorong kepada tahap kesihatan dan penyakit. Murid sekolah memerlukan pemakanan yang seimbang untuk menjadikan diri mereka Menurut kajian Shariff, Aboumarzouk & Nelson (2009) pengambilan makanan yang tidak sihat menjadikan kita tidak sihat. Di samping itu, ramai remaja tidak mengambil berat tentang pengambilan makanan yang seimbang sejak kecil terutama sarapan pagi kerana sarapan bagi yang membekalkan karbohidrat merangsang paras glukosa dan mikro nutrien dalam otak ((Benton, & Parker 1998). Amalan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat adalah pengambilan yang cukup bagi setiap nutrisi yang diperlukan oleh badan serta penggunaan yang terurus dan betul bagi setiap kelas makanan untuk pertumbuhan, pemulihan, dan fungsi badan (Baysal, 2002).

Gaya hidup sihat dalam kalangan murid pada masa kini adalah berintensiti sederhana kepada rendah. Kanak-kanak atau remaja perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit atau lebih dalam sehari (Mcguire 2014). Kajian Dan et al. (2011) juga menunjukkan bahawa murid yang berumur 13 hingga 14 tahun gemar melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana.

Justeru itu aktiviti fizikal dan tahap kecergasan merupakan komponen yang saling berkaitan dalam kehidupan manusia terutama nya kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan bahawa setiap pelajar perlu seimbang dari kelima lima aspek iaitu intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial untuk melahirkan generasi masa depan yang berpotensi, sihat dan cergas. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan murid dalam melakukan aktiviti fizikal dan menguji tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Selain itu, kajian ini juga mengukur hubungan antara Indeks Jisim Tubuh (IJT) dengan tahap kecergasan murid mengikut jantina. Kajian ini dapat membantu pihak sekolah, jabatan pelajaran, dan kementerian dalam merangka program untuk meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap kepentingan melakukan aktiviti fizikal. Maklumat kajian yang dijalankan dapat menjadi petunjuk awal kepada tahap kecergasan para pelajar menengah luar bandar di Melaka. Tahap kecergasan para pelajar ini adalah penting dalam mencorak tahap kesihatan dan kecergasan generasi-generasi pada masa hadapan. Kajian ini mengambil kira kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian, gaya hidup dan juga tahap prestasi murid-murid di sekolah. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik diedarkan kepada murid dan ujian kecergasan dilakukan untuk menguji tahap kecergasan murid. Responden kajian terdiri daripada murid berumur 13 tahun di tiga buah sekolah luar bandar di Melaka. Populasi di tiga buah sekolah ini adalah seramai 440 orang murid lelaki dan perempuan. Jumlah sampel dalam kajian ini adalah seramai 204 orang murid setelah menggunakan kaedah Krecjie dan Morgan (1970) sebagai penentuan sampel kajian. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; Bahagian A (Demografi Responden); Bahagian B (Corak Aktiviti Fizikal); Bahagian C (Ujian Kecergasan).

Instrumen kajian adalah Physical Activity Questionnaire for Children (PAQ-C) ((Kowalski, Crocker & Donen 2004) dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) (KPM, 2016). PAQ-C adalah borang soal selidik yang mengukur secara

(3)

674

umum tahap penglibatan aktiviti fizikal murid semasa di sekolah, rumah, dan waktu senggang. PAQ-C mengandungi 10 soalan iaitu berkaitan dengan jenis aktiviti, tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal, dan kekerapan tempoh masa melakukan aktiviti Manakala SEGAK adalah bateri ujian kecergasan fizikal yang menguji lima bateri ujian iaitu Indeks Jisim Tubuh (IJT), turun naik bangku 3 minit, tekan tubi, ringkuk tubi separa, dan jangkauan melunjur. Tujuan bateri ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, dan kelenturan tubuh.

Prosedur pengumpulan data adalah dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan pihak sekolah. Selepas mendapat kebenaran, borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dan dijawab bersama dengan pengkaji serta ujian kecergasan dilakukan di kawasan padang dengan menggunakan kemudahan yang disediakan. Penganalisisan data adalah dengan membuat analisis deskriptif untuk mengukur tahap penglibatan dan corak aktiviti fizikal murid dan analisis korelasi pearson untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah. Proses menganalisis borang soal selidik untuk melihat skor min item PAQ-C, pengkaji data nilai min yang diadaptasi daripada Wiersma (1995), iaitu Jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi min skor yang diadaptasi daripada Wiersma (1995)

Skor min Interpretasi

1.00 – 2.33 Tidak Cergas / Tidak Aktif / Berintensiti Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana Cergas / Sederhana Aktif / Berintensiti Sederhana 3.68 – 5.00 Cergas / Aktif / Berintensiti Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini adalah memfokuskan penglibatan murid dalam melakukan aktiviti fizikal dan mengenal pasti tahap kecergasan murid di luar bandar. Di samping itu, penyelidik mengkaji hubungan antara corak aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan murid. Analisis deskriptif menunjukkan demografi responden adalah 111 orang murid lelaki dan 93 orang murid perempuan. Nilai min bagi tinggi dan berat murid lelaki adalah 151.85 sentimeter dan 46.73 kilogram. Nilai min tinggi dan berat bagi murid perempuan adalah 153.02 sentimeter dan 41.15 kilogram. Hasil kajian mendapati bahawa Indeks Jisim Tubuh (IJT) murid berada di tahap normal dan ideal iaitu 65 orang bagi murid lelaki dan 59 orang bagi murid perempuan. Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif demografi responden dan IJT.

Jadual 2: Analisis deskriptif kategori Indeks Jisim Tubuh murid lelaki dan perempuan. Jantina Indeks Jisim Tubuh Kekerapan Peratus (%) Min Sisihan

Piawai Lelaki Kurang Berat

Normal / Ideal

Berat Berisiko Berlebihan Obesiti 13 65 22 11 11.7 58.6 19.8 9.9 2.28 .800

Perempuan Kurang Berat Normal / Ideal

Berat Berisiko Berlebihan Obesiti 23 59 15 9 10.8 63.4 16.1 9.7 2.25 .775

Dapatan kajian berkaitan dengan penglibatan murid dalam aktiviti fizikal menunjukkan bahawa murid lelaki kerap melakukan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti fizikal iaitu min=3.12, sp=1.530. aktiviti fizikal ini diikuti oleh aktiviti bermain bola sepak atau futsal iaitu

(4)

675

dengan nilai min=3.10, sp=1.543. aktiviti fizikal yang kurang dilakukan oleh murid lelaki adalah aktiviti belalang belatuk iaitu nilai min=1.07, sp=.349. Manakala aktiviti fizikal yang kerap dilakukan oleh murid perempuan adalah berjalan pantas dengan nilai min=2.80, sp=1.419 dan aktiviti yang kurang dilakukan adalah aktiviti belalang belatuk dengan nilai min=1.10, sp=.363. Jadual 3 menunjukkan analisis jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid seharian di waktu senggang.

Jadual 3: Statistik jenis aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid mengikut jantina. Jantina Aktiviti Fizikal Min Sisihan Piawai Lelaki Tali Skiping

Lompat Tikus Kejar-kejar

Sembunyi dan Cari Berjalan Pantas Berbasikal Joging / Berlari Aerobik Berenang

Baling Tin / Selipar Menari

Bola Sepak / Futsal Badminton

Ketinting

Ayam dan Musang Layang-layang Sepak Takraw Kasut Roda Galah Panjang Bola Keranjang Belalang Belatuk Lompat Getah 1.43 1.29 2.56 2.02 2.57 3.12 2.27 1.79 1.35 1.57 1.41 3.10 2.59 1.31 1.21 1.32 1.85 1.53 1.38 1.35 1.07 1.11 .880 .638 1.255 1.300 1.346 1.530 1.136 .964 .696 .931 .803 1.543 1.351 .685 .524 .726 1.169 1.102 .853 .816 .349 .366 Perempuan Tali Skiping

Lompat Tikus Kejar-kejar

Sembunyi dan Cari Berjalan Pantas Berbasikal Joging / Berlari Aerobik Berenang

Baling Tin / Selipar Menari

Bola Sepak / Futsal Badminton

Ketinting

Ayam dan Musang Layang-layang Sepak Takraw Kasut Roda Galah Panjang Bola Keranjang Belalang Belatuk 1.55 1.46 2.26 1.86 2.80 2.16 2.15 1.94 1.18 1.32 1.95 1.39 2.12 1.47 1.51 1.30 1.17 1.52 1.31 1.29 1.10 .891 .891 .883 .996 1.419 1.279 1.021 .818 .589 .662 1.305 .660 1.041 .788 .761 .622 .457 1.017 .608 .600 .363

(5)

676

Lompat Getah 1.30 .656

Analisis tahap kecergasan murid menunjukkan murid berada di tahap kecergasan tinggi bagi lelaki iaitu 58 orang murid, manakala tahap kecergasan murid perempuan adalah berada di tahap sederhana cergas iaitu 46 orang. Jadual 4 menunjukkan analisis tahap kecergasan kesihatan murid lelaki dan perempuan di luar bandar.

Jadual 4: Analisis tahap kecergasan kesihatan murid lelaki dan perempuan

Jantina Tahap Kecergasan Kekerapan Peratus (%) Min Sisihan Piawai Lelaki Sangat Tinggi

Tinggi Sederhana Rendah Sangat Rendah 1 58 48 3 1 0.9 52.3 43.2 2.7 0.9 2.50 .616

Perempuan Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat Rendah 1 44 46 1 1 1.1 47.3 49.5 1.1 1.1 2.54 .600

Statistik mengenai corak aktiviti fizikal pelajar dalam seminggu pula mendapati, pelajar lebih ramai melakukan aktiviti fizikal semasa kelas Pendidikan Jasmani dengan purata 3.40 manakala aktiviti fizikal di waktu petang hanya mendapat purata 3.05 dan di ikuti oleh aktiviti fizikal pada hujung minggu yang mendapat purata 3.00. Jadual 5 menunjukkan statistik corak aktiviti fizikal pelajar dalam seminggu.

Jadual 5: Statistik Corak Aktiviti Fizikal Dalam Seminggu

Corak Aktiviti Fizikal dalam Seminggu (Peratus %) Purata Sisihan Piawai Tidak Melakukan Aktiviti Fizikal Amat Sedikit

Sederhana Selalu Amat Selalu Melakukan aktiviti secara aktif semasa kelas Pendidikan Jasmani 9.3 5.9 30.4 44.1 10.3 3.40 1.062 Aktiviti Semasa Rehat 37.7 44.6 10.3 5.9 1.5 1.89 .916 Aktiviti semasa makan tengahari selain makan 53.4 27.0 11.8 4.9 2.9 1.77 1.032 Aktiviti fizikal selepas waktu sekolah 5.4 22.1 52.0 12.7 7.8 2.96 .938

(6)

677

Aktiviti fizikal waktu petang 5.9 24.5 43.6 10.8 15.2 3.05 1.095 Aktiviti fizikal di hujung minggu 6.9 22.1 45.1 16.7 9.3 3.00 1.020

Hubungan antara Indeks Jisim Tubuh (IJT) dengan tahap kecergasan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi murid lelaki iaitu nilai sig=.191, p<0.05. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara IJT dengan tahap kecergasan bagi murid perempuan iaitu nilai sig= .062, p>0.05. Jadual 6 menunjukkan analisis hubungan antara IJT dengan tahap kecergasan murid mengikut jantina.

Jadual 6: Hubungan antara Indeks Jisim Tubuh dengan tahap kecergasan mengikut jantina.

Jantina IJT Tahap Kecergasan

Lelaki IJT Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed) N 1 111 .191* .044 111 Tahap Kecergasan Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed) N .191* .044 111 1 111

Perempuan IJT Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed) N 1 93 .062 .558 93 Tahap Kecergasan Korelasi Pearson

Sig. (2-tailed) N .062 .558 93 1 93 * . Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.05 (2-tailed)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil kajian mendapati murid-murid lebih memilih melakukan aktiviti fizikal semasa waktu Pendidikan Jasmani berbanding pada waktu-waktu petang dan hujung minggu. Dapatan ini amat penting dalam menunjukkan kepentingan waktu PJK terhadap penglibatan aktiviti fizikal para murid ini. Kajian Dobbins et al. (2009) menyatakan bahawa kemampuan untuk memilih cara hidup dan kesihatan yang baik ketika di peringkat dewasa akan terjamin sekiranya kanak-kanak diperkenalkan dengan tabiat suka bersenam. Justeru itu, dalam konteks ini ialah melalui waktu Pendidikan Jasmani. Oleh itu faktor sekolah melalui PJK amat bertepatan sebagai pemangkin untuk mencapai hasrat tersebut, (Naylor, & McKay 2009).

Tahap kecergasan murid di sekolah berada di tahap sederhana cergas bagi perempuan dan tinggi bagi murid lelaki. Dalam kajian Tam Cai Lian et al., (2016) menyatakan bahawa wanita di Malaysia kurang dalam penglibatan aktiviti fizikal berbanding lelaki disebabkan oleh beberapa faktor seperti persekitaran, pengaruh rakan, komitmen dalam keluarga. Penglibatan dalam aktiviti fizikal secara cergas dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Martínez, Petranovic & Nielsen (2016) mengatakan bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan sekali gus dapat menghindarkan dari gejala penyakit yang berkaitan dengan jantung dan obesiti, selagi mana mereka aktif dalam melakukan aktiviti kecergasan.

(7)

678

Kecergasan fizikal adalah penentu kesihatan yang penting berkaitan dengan beberapa fungsi fisiologi. Kebelakangan ini, kajian mengenai beban kesihatan penyakit kronik menunjukkan kebalikan hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dan pelbagai faktor risiko kardiovaskular (tekanan darah, rintangan, insulin, kolesterol / lipid, berat badan / adipositi) pada kanak-kanak dan remaja (Artero et al. 2011). Tambahan pula, ada bukti bahawa kecergasan fizikal dan jejak hasil yang berkaitan dengan kesihatan dari zaman kanak-kanak ke atas remaja hingga dewasa. Malah, penemuan dari kajian longitudinal menunjukkan tahap kecergasan fizikal yang lebih tinggi semasa kanak-kanak dan remaja mempunyai kaitan dengan profil kardiovaskular yang lebih sihat semasa di alam dewasa.

Kajian Grant-Guimaraes et al. (2016) yang mengkaji tentang amalan gaya hidup yang sihat dapat memberi banyak faedah termasuklah dapat mengurangkan risiko obesiti seterusnya memberikan kesejahteraan kepada mental, membina bentuk tubuh yang menarik seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Penting ialah kesediaan pelajar dalam menyertai aktiviti harian biasa di sekolah sama ada dari segi kognitif, tingkah laku, dan juga petunjuk yang menyatakan penglibatan pelajar dalam sesuatu tugasan pembelajaran (Chapman 2007). Manakala Yazzie-Mintz (2007) telah merungkaikan lagi konsep penglibatan pelajar berlandaskan kepada tiga aspek iaitu kognitif, intelektual dan akademik.

Manakala, berdasarkan dapatan ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang lemah antara pemboleh ubah BMI dan juga SEGAK. Hasil daripada ujian korelasi juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara penglibatan dalam aktiviti fizikal dengan keputusan Ujian Kecergasan SEGAK. Ini dapat menggambarkan bahawa melakukan aktiviti fizikal secara aktif bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan malah meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Justeru itu, dirumuskan bahawa penglibatan aktiviti fizikal murid-murid luar bandar di Melaka adalah berada dalam tahap yang memuaskan bagi kedua-dua jantina dan ini secara tidak langsung mempengaruhi tahap kecergasan mereka yang juga mencatatkan keputusan yang rata-ratanya berada dalam kelompok ‘Cergas dan Sederhana Cergas’. Kepentingan waktu PJK juga tidak boleh dinafikan dalam membentuk pola penglibatan dalam aktiviti fizikal kerana pelajar lebih memilih menggunakan waktu PJK untuk melakukan aktiviti fizikal berbanding pada waktu-waktu lain. Faktor ini mungkin didorong oleh kekangan waktu murid-murid pada waktu petang dan hujung minggu dengan kelas tambahan, membantu keluarga dan kekurangan tempat-tempat riadah di kawasan luar bandar ataupun dengan faktor-faktor sampingan kecil yang lain.

RUJUKAN

Artero, E. G., Lee, D. C., Ruiz, J. R., Sui, X., Ortega, F. B., Church, T. S., Lavie, C. J. et al. (2011). A prospective study of muscular strength and all-cause mortality in men with hypertension. Journal of the American College of Cardiology, 57(18), 1831–1837. doi:10.1016/j.jacc.2010.12.025

Baysal, A. (2002). General Nutrition. Ankara: Hatiboglu Publications: 14, Press.

Benton, D. & Parker, P. Y. (1998). Breakfast, blood glucose, and cognition. American Journal of Clinical Nutrition, 67(4), 772–778.

Chapman, R. L. (2007). How to think about environmental studies. Journal of Philosophy of Education, 41(1), 59–74. doi:10.1111/j.1467-9752.2007.00544.x

Dobbins, M., De Corby, K., Robeson, P., Husson, H. & Tirilis, D. (2009). School-based physical activity programs for promoting physical activity and fitness in children and adolescents aged 6-18. Cochrane database of systematic reviews (Online), 18(1), CD007651. doi:10.1002/14651858.CD007651

(8)

679

Grant-Guimaraes, J., Feinstein, R., Laber, E. & Kosoy, J. (2016). Childhood Overweight and Obesity. Gastroenterology Clinics of North America,. Elsevier Inc. doi:10.1016/j.gtc.2016.07.007

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2016). Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Dicapai daripada http://jpnpahang.moe.gov.my/v2/images/stories/SPA/BahanMuaturun/SEGAK%202016 -1.pdf.

Kowalski, K. C., Crocker, P. R. E. & Donen, R. M. (2004). The Physical Activity Questionnaire for Older Children ( PAQ-C ) and Adolescents ( PAQ-A ) Manual. College of Kinesiology, University of Saskatchewan, (August), 1–37. doi:Accessed on 15 September 2017

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

Martínez, J. L., Petranovic, D. & Nielsen, J. 2016. Heme metabolism in stress regulation and protein production: From Cinderella to a key player. Bioengineered, 7(2), 112–115. doi:10.1080/21655979.2015.1126016

Mcguire, S. (2014). Centers for Disease Control and Prevention . 2013 . Strategies to Prevent Obesity and Other Chronic Diseases : The CDC Guide to Strategies to Support Breastfeeding Mothers and Babies . Atlanta , GA : U . S . Department of Health and Human Services , 2013. Advances in Nutrition, 5, 291–292. doi:10.3945/an.114.005900.The

Naylor, P. J. & McKay, H. A. (2009). Prevention in the first place: Schools a setting for action on physical inactivity. British Journal of Sports Medicine, 43(1), 10–13. doi:10.1136/bjsm.2008.053447

Shariff, U., Aboumarzouk, O. & Nelson, R. (2009). Erratum: Poster presentation, Colorectal Disease 2008, Shariff et al. (Colorectal Disease (2009) vol. 10 (Suppl 2) (28)). Colorectal Disease, 11(6), 678. doi:10.1111/j.1463-1318.2009.01955.x

Tam Cai Lian, et. al., (2016). Physical Activity And Its Correlates Among Adults In Malaysia: A Cross-Sectional Descriptive Study. PLoS ONE, 11 (6).

Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction. Boston: Allyn & Bacon.

World Health Organization. (2011). "Prevalence of insufficient physical activity." Dicapai

pada 05 Mac 2018 daripada

http://www.who.int/gho/ncd/risk_factors/physical_activity_text/en/index.html.

Yazzie-Mintz, E. (2007). Voices of students on engagement: A report on the 2006 high school survey of student engagement. [Electronic version ERIC document ED495758]. Bloomington,IN: Center for evaluation and education policy. Dicapai pada 02 Mac 2018 from ERIC database.

Referensi

Dokumen terkait

• Ekstra kurikulum mendorong murid terlibat dalam aktiviti secara sukarela bagi mendapat tahap pencapaian yang tertinggi dalam aktiviti yang dirancang pihak

Dari tabel 1 di atas dapat disimpulkan bahwa melakukan High Intensity Interval Training Kettlebell Workout yang dilakukan seminggu 3 kali selama 4

Program pelayanan prima terbukti telah diterapkan pada setiap tenaga kerja di Rumah Sakit Dustira karena pada tahun 2018 Rumah Sakit Dustira telah memperoleh Sertifikat

Hasil pengujian yang ditunjukan pada Tabel 4, hipotesis dengan regresi logit menunjukkan koefisien regresi variabel current ratio (CA/CL) sebesar -0,006 dan memiliki nilai

Penelitian ini dilakukan dengan menggunakan metode deskripsi.Dengan tujuan untuk mengetahui sediaan serbuk effervescent yang dibuat dari ekstrak kulit buah manggis dapat

setelah melakukan praktek yang disertai diskusi peserta didik dapat mengembangkan dokumen karya tulis menggunakan perangkat lunak pengolah kata1.

Pada tahap pertama, dilakukan proses pembentukan W-Tree dari database dengan W-Tree dari query user serta dilakukan pencocokan dengan cosine similarity dimana

Mendagri Gamawan Fauzi menyatakan Pemerintah menginginkan pemilihan langsung untuk kepala daerah seperti Gubernur, DPR RI, dan DPD RI dilakukan oleh rakyat, tetapi untuk Bupati