• Tidak ada hasil yang ditemukan

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform - KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN MURID

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform - KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN MURID"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN

INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH,

72120 BANDAR SERI JEMPOL,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP

2007

DISEDIAKAN OLEH:

(2)

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007.

1. Pendahuluan

Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

2. Tarikh

11, 12 & 13 Mei 2007

3. Hari

Jumaat, Sabtu dan Ahad

4. Tempat

Sekolah Kebangsaan Pulapah

5. Rasional

(3)

6. Objektif

 Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk

menghadapinya.

 Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang

dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan menguruskan diri.

 Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.  Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.

 Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,

undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran

20 orang peserta Tahun 6 dari sekolah ahli

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform

Penasihat : Tuan Haji Amir Sarifudin b. Haji Ahmad

(Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu)

Pengerusi : En. Abd. Rani b. Abu

( Guru Besar SK PULAPAH)

Naib Pengerusi : En. Othman B. Maamon

(Guru Besar SKSH2(F))

En. Supramaniam a/l Periyanayagam (Guru Besar SJKT LSH)

Setiausaha : En. Mohd. Norsani b. Mahat

(4)

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007

Kem Komandan : En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail

Keselamatan/Disiplin : Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati : Pn. Rosmayanty bt. Rosly

Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi

Quatermaster : Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya

Pn. Seri Pawati bt. Kasrol

Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Buku Program : Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil : En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi

Juru Acara : En. Mohd. Norsani b. Mahat

Tempat Ibadat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Aktiviti : Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat :

Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail (SKP) Pn. Noraliza bt. Yahid (SKP)

En. Zamri b. Yahya (SKSH2) Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Tarian Asli

Cik Zuraidah bt. Aluwi (SKP)

(5)

: Bengkel Selera Tradisional

Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP) Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)

Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Permainan Etnik

En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi (SKP) En. Md. Zolman b. Che Man (SKP) En. Zulkepli b. Zakaria (SKSH2) Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam : Jumaat

Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz Cik Zuraidah bt. Aluwi

En. Khairil Anuar Pn. Rosmayanty Cik Norhafizah

: Sabtu

Cik Salhan Bibi En. Md. Zolman En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti:

JUMAAT

0230tgh : Berkumpul Semua Guru En.Norsani/

: Pendaftaran En. Syed

(6)

: Mendirikan khemah

0400ptg : Minum petang QM

: Solat

0500ptg : Bengkel Permainan Etnik En. Khairil

0700mlm : Pengurusan diri dan solat En. Norsani

: Makan malam QM

0900mlm : Bengkel Nyanyian Cik Salhan/Pn.Liza

0100pg : Tidur Guru bertugas

SABTU

0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Syed

0700pg : senaman pagi En. Khairil/En. Zolman

0745pg : Sarapan QM

0800pg : Bengkel tarian tradisional 1 Cik. zuraidah

1230tgh : Makan tengahari QM

: Pengurusan diri dan solat

(7)

0400ptg : Minum petang QM : Solat Asar

0500ptg : Permainan Etnik Malaysia En.Zolman/En.Khairil

0700mlm : Makan malam QM

: Pengurusan diri dan solat

0900mlm : Malam Kebudayaan Semua guru

1100mlm : Minum malam QM

: Tidur

AHAD

0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Norsani

0700pg : Senaman Pagi En.Khairil/En.Zolman

0745pg : Sarapan Pagi QM

0800pg : Bengkel Selera Tradisional Pn.Norijah

1000pg : Membuka khemah dan Semua guru

membersihkan kawasan

1100pg : Minum pagi QM

11.30pg : Perasmian Penutup oleh PPD JJ Semua guru

(8)

: Jamuan Makan Tengahari Semua guru : Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA KOS (RM) SEORANG

JUMAAT Minum petang

Makan malam

1.20 4.00

SABTU Sarapan

Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam

2.00 1.20 4.00 1.20 4.00

AHAD Sarapan

(9)

Minum pagi

JUMLAH 20.80

Hadiah penyertaan RM 2.00 X 68 RM 136.00

Cenderamata perasmi RM 030.00

Jamuan penutup RM 4.00 X 30 RM 120.00

Backdrop RM 030.00

Runcit RM 050.00

JUMLAH RM 366.00

12. PENUTUP

(10)

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan

persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain.

Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta Program Khidmat Masyarakat.

Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai, menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan

(11)

Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :

 Kem Komanden

Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.

Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan.

Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.

(12)

Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI

(13)

di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya.

Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH.

Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan komunikasi yang baik.

Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.

Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu.

Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun.

(14)

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL).

Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru.

Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.

Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda

keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut.

Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah.

Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.

(15)

peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.

Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta.

Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki.

Referensi

Dokumen terkait