• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 STRATEGI REKABENTUK PRODUK - BAB2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAB 2 STRATEGI REKABENTUK PRODUK - BAB2"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 2

STRATEGI REKABENTUK PRODUK

OBJEKTIF

Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh:

1. Mendefinisikan produk dan komponen-komponen produk. 2. Menjelaskan tiga strategi pemilihan barangan dan perkhidmatan.

3. Menerangkan tentang kitar hayat produk dan persekitaran peluang produk baru.

4. Menjelaskan proses pembangunan produk dan QFD.

5. Menjelaskan tentang isu-isu dalam strategi rekabentuk barangan dan perkhimatan.

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi yang tercetus dengan pesat hari ini menyebabkan pengeluaran produk tidak hanya tertumpu kepada pasaran domestik sahaja. Malah banyak pengeluar sama ada barangan atau perkhidmatan berlumba-lumba mengembangkan operasi mereka di peringkat antarabangsa. Rekabentuk barangan dan perkhidmatan merupakan salah satu dari strategi yang perlu diberi penekanan untuk memenuhi kehendak pasaran antarbangsa. Keputusan produk yang tepat akan menghasilkan daya saing untuk bersaing di peringkat global.

DEFINISI PRODUK

Produk atau perkhidmatan yang baik bermaksud ia memenuhi aspek-aspek kewujudan keperluan, kehendak dan permintaan pelanggan. Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak pengguna. Produk tidak terhad kepada objek fizikal semata-mata ia juga merangkumi individu, tempat, organisasi, aktiviti, idea atau perkhidmatan.

KOMPONEN-KOMPONEN PRODUK

(2)

Produk

Idea- idea Produk

Jenama Bungkusan

Tahap Kualiti

Perkhidmatan Barang fizikal Ciri-ciri

(Waranti)

RAJAH 5.1: Komponen Produk

1. Jenama (Brand)

Jenama ialah nama, “term”, simbol, tanda, rekaan ataupun kombinasi daripada produk tersebut yang mengidentitikan pembuat atau penjual sesuatu barangan. Kebanyakan jenama mengandungi nama jenama atau tanda nama. Penjenamaan ini boleh membezakan antara sesuatu produk dengan produk yang lain terutamanya pesaing yang terdekat. Setelah pengguna sedar tentang sesuatu jenama, kemunculannya melalui media promosi akan memperkukuhkan penempatannya dan imejnya kepada pengguna.

2. Idea-idea Produk

Idea-idea produk adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna membayar, mengguna dan menjaga keluaran tersebut. Contoh-contoh idea-idea produk adalah barang fizikal, ciri-ciri keunikan produk dan aras kualiti serta perkhidmatan (waranti).

3. Pembungkusan

Pembungkusan pula merupakan satu alat pengenalpastian dan perbezaan keluaran. Antara fungsi-fungsi lain pembungkuan adalah untuk melindungi barangan, memudahkan pengguna, senang dibawa dan mempunyai satu label yang memberi penerangan mengenai kandungan produk, bahan mentah yang digunakan, jaminan atau waranti. Selain itu, pembungkusan yang menarik juga berperanan untuk menarik minat pembeli apabila produk tersebut diperagakan di rak-rak kedai. Rekabentuk pembungkusan merupakan gabungan warna, grafik dan simbol yang digunakan untuk membezakan sesuatu jenama daripada jenama lain dalam satu kategori prouk yang sama.

STRATEGI PEMILIHAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

(3)

Pengurus operasi perlu mengamalkan strategi yang baik supaya dapat menawarkan barangan atau perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Strategi pemilihan produk meliputi tiga strategi iaitu perbezaan, kos rendah dan tindak balas yang cepat.

1. Strategi Perbezaan

Dalam strategi ini, syarikat cuba membezakan produk organisasi dengan pesaing-pesaing. Perbezaan ini boleh terdiri daripada rekabentuk produk, kualiti dan perkhidmatan lepas jualan. Proses untuk menjadikan produk berbeza dan unik berbanding pesaing adalah menggunakan kos yang tinggi.

2. Strategi Kos Rendah

Melalui rekabentuk produk, syarikat boleh melaksanakan strategi kos rendah. Melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat akan berusaha mencari kaedah dan proses pengeluaran yang boleh membantu untuk meminimumkan kos sebaik mungkin. Produk yang lebih murah akan mempunyai keupayaan untuk menarik pelanggan yang lebih tinggi.

3. Strategi Tindak Balas Yang Cepat

Strategi tindak balas bermaksud syarikat dapat bertindak balas untuk mengubah keperluan pengguna dengan pantas. Melalui strategi ini, rekabentuk produk mesti dilakukan dengan pantas supaya cita rasa pengguna tidak berubah. Sebaliknya, jika cita rasa pengguna telah berubah syarikat perlu pantas untuk mengikut cita rasa tersebut. Ini kerana, produk yang tidak mengikut cita rasa pengguna tidak akan mendapat permintaan.

KITAR HAYAT PRODUK

Kitar hayat produk merupakan satu asas yang penting dalam perancangan dan pengurusan keluaran. Kitar hayat sesuatu produk boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu pengenalan (introduction), pertumbuhan (growth), kematangan (maturity) dan kemorosatan (decline) (rujuk rajah 5.2). Sesuatu kitar hayat ini mungkin dalam jangka masa yang cepat atau lambat seperti beberapa jam, bulan, dan tahun atau dekad.

Konsep kitar hayat produk meliputi tiga pembolehubah iaitu jualan (dalam ringgit atau unit) , keuntungan dan kos. Pada tahap pengenalan, pertumbuhan jualan adalah sangat rendah sebab tidak ramai pengguna tahu tentang kewujudan produk tersebut. Pada tahap ini syarikat akan mengalami kerugian kerana jualan yang rendah tidak dapat menampung kos yang tinggi. Perbelanjaan yang tinggi ini disebabkan oleh kos perbelanjaan promosi yang sangat tinggi. Memandangkan jualan yang rendah dan perbelanjaan yang sangat tinggi malan aliran tunai adalah negatif dan juga mengalami pertambahan hutang yang banyak.

(4)

Bagi tahap ketiga iaitu kematangan, pertumbuhan jualan adalah pada kadar yang berkurangan sehingga pada tahap tepu kerana pesaing-pesaing telah masuk ke dalam pasaran. Oleh sebab itu, keuntungan syarikat akan mula merosot dan mungkin juga akan mengalami kerugian. Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat sebelum ini sebenarnya yang mendorong pesaing-pesaing untuk turut menawarkan produk yang sama. Selalunya pada tahap ini, syarikat akan lebih fokus pada kawalan kos bagi tujuan keuntungan dan syer pasaran.

Pada tahap kemerosotan, jualan dan keuntungan telah menurun dengan sangat cepat dan mungkin juga akan menyebabkan kerugian. Ini adalah kerana terdapat produk pengganti yang lebih baik dan lebih murah untuk pilihan pengguna. Oleh yang demikian, syarikat mungkin terpaksa menarik keluar produk mereka dari pasaran untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.

RAJAH 5.2:Kitar Hayat Produk

PERSEKITARAN PELUANG BAGI PRODUK BARU

Salah satu cara untuk mewujudkan produk baru adalah dengan melakukan brainstorming.

Brainstorming adalah satu teknik untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif berkenaan subjek-subjek yang tertentu. Walaupun syarikat mungkin melaksanakan brainstorming di pelbagai peringkat pembangunan produk, namun syarikat juga perlu mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi peluang produk baru. Faktor-faktor ini adalah:

1. Memahami pelanggan

Memahami pelanggan merupakan isu utama dalam peluang produk baru. Kebanyakan produk komersil yang popular terhasil oleh kehendak dan prototaip oleh pengguna sendiri dan bukan dari pengeluar. Jadi pengurus perlu meneliti pasaran terutamanya pelanggan-pelanggan yang boleh menjanakan idea-idea produk baru.

2. Perubahan ekonomi

(5)

pendek, perubahan ekonomi seperti inflasi dan kemelesetan ekonomi boleh memberi kesan pada harga. Seterusnya ia memberi kesan pada permintaan produk.

3. Perubahan sosiologikal dan demografi

Demografi adalah satu kajian tentang populasi manusia dari segi saiz, kepadatan, lokasi, umur, jantina, keturunan dan lain-lain. Faktor ini penting kerana ciri-ciri pengguna mempunyai kecenderungan mempengaruhi pembelian mereka.

4. Perubahan teknologi

Perkembangan teknologi telah banyak menyebabkan kewujudan keluaran baru dan mewujudkan peluang-peluang pasaran. Contohnya, komputer riba, telefon bimbit dan jantung buatan. Syarikat yang tidak mengikut perkembangan teknologi akan dianggap sebagai ketinggalan zaman.

5. Perubahan politik/legal

Perubahan yang berlaku dalam perjanjian perdagangan, kadar tarif, undang-undang dan kontrak kerajaan banyak menyediakan peluang-peluang pada produk baru.

6. Perubahan-perubahan lain

Antara faktor-fakor lain yang penting dalam isu peluang pembangunan baru adalah amalan pasaran, standard profesional, isu pembekal dan saluran pengedaran.

PEMBANGUNAN PRODUK

Konsep produk dibangunkan dari pelbagai sumber sama ada dari sumber dalam atau sumber luaran. Konsep produk ini akan dibangunkan sepanjang tahap-tahap pembangunan produk (seperti dalam rajah 5.3) bertujuan untuk meminimumkan kegagalan produk tersebut apabila ia dikeluarkan ke pasaran.

Skop pasukan pembangunan

produk

Penilaian Pengenalan Percubaan Pasaran Spesifikasi Fungsi

Penilaian Rekabentuk Spesifikasi Produk

Keperluan Pelanggan Kebolehan

Idea

(6)

QUALITY FUNCTION DEPLOYMENT (QFD)

QFD adalah satu konsep merujuk kepada penentuan apakah yang memuaskan pelanggan dan menterjemahkan kehendak pelanggan ke dalam satu rekabentuk sasaran. QFD ini digunakan di peringkat awal tahap pembangunan produk untuk mengenalpasti faktor yang akan memuaskan kehendak pelanggan serta dimanakah usaha kualiti perlu ditekankan terhadap produk yang hendak dibangunkan.

Antara alat QFD yang amat penting ialah Rumah Kualiti (House of Quality). Rumah Kualiti adalah satu teknik grafik untuk mengenal pasti hubungan antara kehendak pelanggan dengan produk atau perkhidmatan. Memahami hubungan ini adalah langkah pertama untuk menghasilkan sistem pengeluaran yang bertaraf antarabangsa. Terdapat tujuh langkah yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan Rumah Kualiti ini, iaitu:

1. Mengenalpasti kehendak pelanggan.

2. Mengenalpasti bagaimana produk atau perkhidmatan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

3. Hubungkan kehendak dengan faktor-faktor “bagaimana” produk. 4. Kenalpasti hubungan antara faktor-faktor “bagaimana” dalam syarikat. 5. Bangunkan pengkadaran mengikut kepentingan.

6. Menilai produk-produk yang bersaing.

7. Menentukan aspek teknikal, prestasi syarikat dan prestasi pesaing.

Salah satu kegunaan QFD adalah untuk menentukan bagaimanakah kualiti akan dilaksanakan ke dalam barangan dan perkhidmatan. Faktor-faktor seperti karekteristik rekabentuk, komponen, proses pengeluaran dan perancangan kualiti akan dimanipulasikan ke arah penghasilan produk yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan.

ISU-ISU PEMBANGUNAN PRODUK

1. Ketegapan Rekabentuk (Robust Design)

Sesuatu produk dikatakan mempunyai rekabentuk yang tegap jika variasi akibat proses pengeluarannya adalah terlalu kecil sehingga tidak mendatangkan kesan pada kualiti produk tersebut. Kualiti tegap juga dikaitkan dengan kemampuan produk menangani perubahan alam semulajadi dan persekitaran operasinya.

2. Rekabentuk Modular

Rekabentuk modular merangkumi kombinasi komponen-komponen dalam pelbagai cara untuk mencipta produk siap yang unik. Komponen-komponen ini dibahagikan kepada model-model tertentu di mana setiap modul mudah disambungkan, dipisahkan dan digantikan semula. Kaedah ini mebolehkan syarikat untuk menghasilkan rekabentuk produk baru.

3. Rekabentuk Bantuan Komputer (Computer-Aided Design-CAD)

(7)

4. Rekabentuk Bantuan Pengilangan (Computer-Aided Manufacturing-CAM)

CAM merujuk kepada satu sistem program komputer yang khusus untuk mengarah dan mengawal peralatan pengilangan. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari CAD boleh diterjemahkan menjadi arahan-arahan untuk kegunaan CAM. Kelebihan penggunaan CAD dan CAM adalah:

• Kualiti produk – membolehkan lebih banyak alternatif, masalah dan bahaya diuji dengan teliti.

• Masa rekabentuk yang lebih pendek – masa rekabentuk yang lebih pendek boleh menjimatkan kos dan mempercepatkan tindakbalas syarikat.

• Pengurangan kos pengeluaran – mengurangkan inventori, penjadualan pekerja yang lebih efektif, dan implementasi perubahan yang lebih pantas.

• Pembangunan pangkalan data (database) – boleh menyediakan maklumat untuk lain-lain perisian komputer serta menyediakan data yang lebih tepat.

• Meningkatkan keupayaan merekabentuk – kebolehan memanipulasi objek, kepelbagaian jenis paparan (3D) dan menghubungkan bahagian-bahagian komponen atau modul membantu meningkatkan kemampuan rekabentuk produk.

5. Teknologi Realiti Maya (Virtual Reality)

Merupakan satu teknologi komunikasi visual di mana imej dipersembahkan dalam bentuk atau ciri-ciri sebenar. Ia membolehkan pengguna berinteraksi dan bertindakbalas secara langsung.

6. Analisis Nilai (Value Analysis)

Analisis nilai merupakan satu cara untuk mengorganisasikan inovasi dan meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan yang dilakukan ketika proses pengeluaran berlangsung. Konsep ini bertujuan untuk melakukan penambahbaikan pada produk dan menjadikan pengeluaran lebih ekonomi. Ia juga dikenali sebagai kejuruteraan nilai.

7. Rekabentuk Mesra Alam dan Etika

Seseorang pengurus operasi juga perlu menekankan aspek etika, kepentingan alam sekitar dan meningkatkan produktiviti semasa membangunkan produk. Contohnya, syarikat berusaha mewujudkan green manufacturing dan memenuhi keperluan undang-undang atau standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

LATIHAN BAB 2

1. Berikan tiga komponen yang perlu ada pada sesuatu barang atau perkhidmatan.

2. Apakah strategi-strategi yang perlu dititikberatkan oleh seorang pengurus operasi dalam memilih barangan atau perkhidmatan?

(8)

4. Huraikan faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada peluang-peluang produk baru untuk berjaya dalam persaingan.

Referensi

Dokumen terkait