Sistem Latihan Dual di Malaysia:
Satu Perbandingan Dengan Negara Jerman
Akhmal Annas bin Hasmori
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia E-mail: [email protected]
Mohd Khata bin Jabor, PhD
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia E-mail: [email protected]
Abstrak
Sistem latihan kemahiran di Negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ianya terus berevolusi dari masa ke masa sehinggalah tibanya pengaruh dual system iaitu sistem dual di negara ini. Penulisan konsep yang dilakukan secara kajian literatur mendalam ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan dengan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Malaysia dan seterusya melakukan perbandingan dengan sistem dual yang dijalankan di Jerman. Perbandingan literatur akan dilakukan dari pelbagai aspek terutamanya aspek teras, matlamat utama dan bagaimana pelaksanaan sistem dual ini dijalankan di kedua-dua buah negara. Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan holistik sistem dual ialah bagaimana kerjasama yang erat di antara pihak industri dengan pusat latihan dapat dibentuk dalam mencari kata sepakat dalam setiap aspek pelaksanaannya. Dengan berpandukan kepada matlamat utama proses pendidikan dan garis panduan pelbagai program dan pelan pembangunan modal insan yang sedang digunapakai di Negara ini, penulisan ini diharap akan dapat memberi satu perpekstif dan persepsi baru terhadap bagaimana pelaksanaan sistem dual ini secara sepenuhnya amat berpotensi dalam mengatasi pelbagai isu dan status dalam bidang pekerjaan iaitu World of Work. Ianya juga diharapkan akan dapat membantu dalam proses mencapai matlamat utama serta meningkatkan lagi stigma dan pandangan positif masyarakat terhadap pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) di Malaysia amnya dan di peringkat global khasnya.
Kata Kunci: Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Sistem Dual, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).
1. Pendahuluan
Hasil daripada proses penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh pihak berwajib, terdapat satu sistem latihan yang telah cuba diaplikasikan di negara ini. Sistem ini secara amnya berkonsepkan atau berorientasikan kepada dual system atau sistem dual dan ianya di Malaysia dilabelkan dengan nama Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (Pang, 2009; Ahmad, 2005; Zuraidah, 2008; Jailani 2006; Wan 2007; JPK, 2009). Salasilah kewujudan sistem ini secara formalnya boleh dilihat dengan mengimbas kembali sejarah hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan Jerman yang dilakukan pada tahun 1996 (Pang, 2010). Hasil daripada pertemuan yang dilakukan, satu hasil penyelidikan telah ditemui yang mana ianya mengesyorkan bahawa hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus diperkukuhkan lagi dengan pembentukan pasukan Projek Sistem Dual atau Dual System Project (DSP) yang mana ianya telah membawa kepada perasmian Sistem Latihan Dual Nasional pada tahun 2005 (Ahmad, 2005; Jailani, 2006).
Oleh yang demikian, tujuan utama concept paper ini ditulis adalah untuk berkongsi idea, konsep dan pandangan yang disokong secara literatur dalam melakukan perbandingan di antara sistem dual yang diaplikasikan di Malaysia dengan sistem yang diaplikasikan oleh negara yang menjadi perintis atau founder kepada sistem latihan ini (Mohamed, 1998; Alexander, 2006; Agrawal, 2009). Diharapkan juga, penulisan ini dapat membantu pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan, pihak industri dan pusat latihan untuk melihat perkara ini dari pelbagai sudut dan aspek dengan secara terbuka. Hal ini adalah penting dalam mencari penyelesaian bersama terutamanya berkenaan dengan isu keperluan dan kepentingan untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem dual yang universal fungsi dan kesannya terutamanya untuk menghasilkan sumber manusia holistik secara besar-besaran di Malaysia (RMK-10; Habsah, 2009). Menurut Donna (2007), integrasi di antara pendekatan holistik dan pendidikan vokasional boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan dan ianya tidak terhad kepada pembangunan kemahiran dan ekonomi semata-mata.
2. Perkembangan Dual System di Malaysia
National Apprenticeship Scheme (NAS) mula diperkenalkan pada tahun 1957 iaitu sebaik sahaja negara kita memperoleh kemerdekaan (Ahmad, 2005). Secara ringkasnya, skim latihan ini melibatkan kombinasi di antara pusat latihan dengan kemudahan latihan on-the-job yang disediakan oleh pihak majikan. Skim latihan ini merupakan asas atau titik permulaan kepada sistem latihan kemahiran yang digunapakai pada hari ini yang mana ianya menekankan kepentingan aspek kerjasama di antara pusat latihan dengan pihak majikan iaitu industri (Ahmad, 2005; Wan, 2007). Perkembangan sistem latihan kemahiran di negara ini adalah bergerak seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan dan latihan kemahirannya sendiri. Terdapat satu kajian yang bertajuk Basic Study on Designing a Dual Training Scheme in Malaysia telah dilakukan bermula dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah atas dan terletak di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Manusia, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
c) Subsistem 3 iaitu proses penilaian dan pensijilan kemahiran kerja yang dilakukan berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Sistem ini secara amnya terletak di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulunya dikenali dengan nama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Rentetan daripada rancangan pelaksanaan DSP, pasukan penyelidikan ini secara ringkasnya diketuai oleh sekumpulan penyelidik dari negara Jerman dan turut disertai oleh empat orang ahli penyelidik tempatan yang telah dipilih khas dan dilantik untuk bekerja secara sepenuh masa. Projek ini bermula pada tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (Pang, 2010) yang mana terdapat lima komponen utama yang menjadi tunjang utama dalam perlaksanaanya iaitu:
a) Komponen 1: Memperkasakan hubungan dua hala di antara pihak industri dengan pusat latihan. Hal ini merupakan aspek yang penting dalam memberikan arah dan dorongan utama kepada DSP yang mana ia juga adalah titik tolak kepada bermulanya penglibatan langsung pihak industri dalam sistem TVET.
b) Komponen 2: Meningkatkan kualiti dan kuantiti proses pembangunan kurikulum dan alat bantu mengajar. Hal ini bertujuan untuk mengembang serta mempertingkatkan lagi standard latihan kemahiran, profil pekerjaan serta penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan. c) Komponen 3: Mempertingkatkan program latihan untuk guru-guru
dalam bidang TVET bagi memenuhi permintaan. Komponen ini juga bermatlamat untuk memberikan guru latihan pra-perkhidmatan serta latihan dalam perkhidmatan.
Setiap komponen yang digariskan dalam DSP ini ternyata amat berpotensi dalam membentuk sumber manusia holistik kerana ianya dilihat berjaya memenuhi tiga prinsip asas pendekatan holistik dalam bidang TVET iaitu garis panduan yang dibina mesti berjaya memenuhi kehendak dan matlamat masyarakat secara keseluruhannya, aspek penggunaan local language dititikberatkan dalam proses pelaksanaan program latihan dan akhir sekali kurikulum yang dibentuk mestilah bersifat holistik dan tidak terhad kepada sesuatu atau beberapa aspek sahaja (Donna, 2007).
3.0 Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
mengintegrasikan dan memanipulasikan hubungan di antara dua pihak iaitu pihak majikan atau industri dengan pusat latihan kemahiran atau vokasional (Rahim et. al, 2007; Pang, 2010; Jailani, 2006; Ahmad, 2011; Mohamed, 1998). Konsep dan idea ini telah berjaya dilaksanakan di banyak negara maju dan ia juga boleh dikatakan sebagai pemangkin ke arah win-win situation kerana kerjasama bijak ini dapat memastikan pusat latihan sentiasa dari masa ke masa menghasilkan pekerja yang mempunyai mutu dan kualiti sebagaimana yang diperlukan oleh pihak majikan atau industri (Pang, 2009; Wan, 2007; Alexandra, 2006).
Kabinet Malaysia telah meluluskan pelaksanaan SLDN pada tarikh 19 Mei 2004 yang mana ianya telah mula diaplikasikan pada tahun 2005 (JPK, 2009; Pang, 2010; Ahmad, 2005). Sasaran SLDN secara kasarnya adalah untuk menghasilkan sejumlah 31,500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010 (MLVK, 2005; Pang, 2010). Tujuan utama SLDN adalah untuk menghasilkan k-workers holistik yang mana definisinya di Malaysia ialah seorang pekerja yang kompeten dalam bidang teknikal, metodologi pembelajaran, kemahiran sosial dan nilai sosial (Rahim, 2007; Pang 2009; Ahmad,2005). Nisbah pelaksanaan SLDN ialah 70-80 peratus melibatkan latihan yang berteraskan kepada pengalaman membuat secara praktik iaitu hands-on di industri dan baki 20-30 peratus pula berteraskan kepada pengetahuan asas dan teori iaitu minds-on di pusat latihan (JPK, 2009). Terdapat beberapa perkara yang boleh membezakan SLDN dari sistem latihan kemahiran yang lain. Antaranya ialah terdapat keperluan untuk membangunkan kemahiran dan nilai sosial secara eksplisit dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran teknikal bagi meningkatkan rasa self-esteem, keyakinan diri dan sense of achievement di kalangan para pelatih (Donna, 2007). Hal ini dilakukan dengan mengintegrasikan perkara tersebut dalam kandungan kurikulum dengan tujuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan majikan iaitu pihak industri. SLDN juga merupakan satu sistem latihan yang unik kerana ianya amat menekankan aspek duality iaitu kerjasama dua hala pihak industri dan pusat latihan dalam setiap aspek pelaksanaannya (Ahmad, 2005). Jika berjaya kerjasama yang cuba dilakukan, maka berjayalah sistem latihan ini dan jika gagal kerjasama yang cuba dilakukan, maka gagallah sistem latihan ini.
Secara ringkasnya, SLDN yang menggunakan konsep dual system dari negara Jerman ini boleh dianggap sebagai satu sistem latihan yang holistik kerana ianya bukan sahaja mementingkan aspek pembangunan kemahiran semata-mata, tetapi sistem ini turut menekankan aspek integrasi di antara pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam proses pembelajaran (Habsah, 2009). SLDN juga menggunakan National Occupational Core Curriculum (NOCC) iaitu Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan yang dibangunkan berasaskan kepada polisi semasa kerajaan dalam program pembangunan peringkat nasional dan dilakukan oleh sekumpulan pakar dalam sesuatu bidang pekerjaan (Pang, 2009; JPK 2009; Ahmad, 2005).
3.1 Pengoperasian dan Pencapaian SLDN
latihan dalam satu semester (Jailani, 2006; Ahmad 2005). Bagi terus menarik minat perantis untuk mengikuti sistem latihan ini, mereka juga akan diberi elaun bulanan iaitu RM350 dalam semester pertama, RM400 dalam semester kedua, RM450 dalam semester ketiga dan RM500 dalam semester yang terakhir (Ahmad, 2005). Di samping itu, nisbah 1 trainers kepada 20 perantis di pusat latihan dan 1 coaches kepada 3 perantis di pusat industri akan dipraktikkan untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran para perantis secara teori dan juga praktikal. Sepanjang proses latihan, perantis akan mengikuti sistem latihan ini berdasarkan kepada NOCC dan juga Learn and Work Assignments (LWA) yang akan dibangunkan bersama oleh pusat industri dan pusat latihan. Pada akhir sistem latihan ini, perantis akan dianugerahkan dengan Sijil k-pekerja SLDN atau NDTS k-worker certificate (Ahmad, 2005; Pang, 2010) dan ianya adalah setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang juga diselia oleh JPK (JPK, 2009). Enrolmen pertama SLDN bermula pada tahun 2005 dengan pengambilan kumpulan perantis yang terdiri daripada 29 orang oleh syarikat Daimler Chrysler Malaysia dan 14 orang oleh syarikat Pengeluaran NAZA Automotif untuk melatih mereka dalam bidang mekatronik automotif (Pang, 2020). Statistik penglibatan pelatih, pusat latihan bertauliah dan syarikat industri ini terus meningkat dan mendapat sambutan dari tahun ke tahun sepanjang perlaksanaan SLDN. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga bulan Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang sedang menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem dual ini yang mana ianya telah
Antara dapatan analisis literatur yang dijalankan, didapati dengan jelas bahawa sistem latihan dual yang buat pertama kalinya secara formal cuba dilaksanakan di Malaysia masih belum berjaya menjadi seperti sistem dual yang sudah sejak sekian lama dijalankan di Jerman walaupun secara teori dan dasarnya masih juga terdapat beberapa persamaan yang tidak begitu ketara. Antara perbezaan yang paling ketara di antara sistem latihan dual yang dijalankan ialah:
a) Polisi pelaksanaan TVET di Jerman bersifat lebih universal dan holistik. Ianya telah di”mindset”kan sebagai lebih penting daripada kepentingan ekonomi dan produktiviti itu sendiri kerana ianya secara keseluruhan dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembangunan potensi seseorang individu. Mereka juga telah melalui satu sistem latihan vokasional yang teratur dan sistematik secara berterusan dan sentiasa mempunyai akses atau peluang untuk mencapai apa yang dikatakan sebagai fasa pembelajaran sepanjang hayat (Pang, 2010; Alexandra, 2006; Mohamed, 1998)
berlaku kerana kebanyakan majikan atau industri yang terlibat menganggap SLDN sebagai satu pelaburan yang sepatutnya boleh membawa keuntungan dan peningkatan dari segi produktiviti syarikat itu melebihi daripada peranan dan tanggungjawab mereka dalam menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada perkembangan potensi seseorang individu dan sekumpulan masyarakat (Pang, 2009; Pang, 2010; Ahmad, 2005).
c) Penghayatan konsep duality yang diaplikasikan dalam sistem dual di Malaysia masih belum cukup setanding dengan apa yang berlaku di Jerman di mana pihak kerajaan, pihak industri dan pusat latihan sama-sama berganding bahu secara professional dalam semua aspek seperti tanggungjawab kewangan dan perlaksanaan polisi (Alexandra, 2006). d) Keberkesanan dan kebolehterimaan sistem dual ini amat dipengaruhi
oleh pelbagai faktor seperti kestabilan struktur dan keadaan ekonomi semasa, pengurusan, faktor demografi dan juga sistem pendidikan yang digunapakai oleh sesebuah negara (Alexandra, 2006). Persoalannya di sini, adakah Malaysia sudah benar-benar bersedia untuk menerima pakai sistem latihan ini? Jika kita sudah bersedia, adakah kita mampu untuk memenuhi setiap aspek yang diperlukan dalam memastikan keberkesan sistem dual ini secara holistik?
Terdapat pelbagai lagi perbezaan yang agak ketara dalam sistem dual yang cuba dilaksanakan di negara ini. Setiap perbezaan yang wujud ini sedikit sebanyak telah menyebabkan SLDN tidak boleh dilaksanakan dengan sempuna dan seterusnya menyebabkan matlamat universal sistem latihan yang dilihat amat berpotensi untuk dilaksanakan dalam bidang TVET di Malaysia ini tidak dapat dicapai dengan secara menyeluruh. Di antara perbezaan yang wujud boleh dilihat dalam jadual 1 di bawah.
Jadual 1 (Lampiran)
Schmidt dan Alex (1997) dalam penulisan mereka turut menyatakan bahawa kejayaan sistem dual yang dilaksanakan di Jerman turut dipengaruhi oleh faktor:
a) Lulusan dalam bidang vokasional sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari pasaran kerja tempatan iaitu world of work. Pekerja mahir dan separuh mahir di Jerman juga memiliki status dan penerimaan yang baik dalam masyarakat.
b) TVET merupakan bidang utama yang diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan sistem dual amat diperakui keberkesannya sehingga tidak pernah dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan ia dilihat sebagai pemangkin ke arah pembentukan polisi TVET yang stabil.
c) Apabila merancang apa-apa pembaharuan dan pembangunan dalam bidang TVET, pihak kerajaan secara serius memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam mencari kata sepakat di antara pihak majikan atau industri dengan pusat latihan. Ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan polisi atau perangkaan undang-undang yang dimulakan dengan proses penyelidikan yang teliti.
d) Pihak majikan atau industri secara sukarela mahu terlibat dalam sistem dual dan sentiasa bekerjasama dengan pusat latihan samada dalam aspek kewangan mahupun dalam proses mengemaskini kandungan latihan dan silibus peperiksaan.
5.0 Penutup
a) Memanfaatkan sumber kewangan dari Human Resource Development Fund (HRDF) dengan sepenuhnya (Ahmad, 2005)
b) Menguatkuasakan undang-undang yang spesifik secara tegas dan berhemah bagi melicinkan pelaksanaan SLDN (Pang, 2010).
c) Memanfaatkan sepenuhnya kajian dan maklumat yang diperoleh melalui proses penyelidikan yang terdapat di institusi-institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan bagi mencari penyelesaian jangka masa panjang yang sebenar bagi sistem latihan dual ini (Pang, 2010).
Perkara ini juga boleh direalisasikan dengan merealisasikan terlebih dahulu misi dan teras-teras strategik Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020 (KSM, 2008) iaitu:
a) Memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran kebangsaan. Perkara ini boleh dilakukan dengan memberi fokus dan sepenuh perhatian terhadap keperluan untuk mencapai matlamat pendidikan iaitu goal of education melebihi dari kepentingan yang lain (Habsah, 2009).
b) Mempertingkatkan kualiti latihan dan pembangunan kemahiran.
c) Memperluaskan akses dan peluang untuk individu. Perkara yang sama turut ditegaskan dalam RMK-10 yang menyatakan keperluan untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti.
d) Memenuhi keperluan tenaga kerja mahir oleh industri. Ini adalah bagi meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan (RMK-10).
e) Mempertingkatkan martabat dan pengiktirafan kelayakan dan kerjaya berasaskan kemahiran. Kita mesti sama-sama berganding mahu bagi menukar persepsi dan stigma masyarakat setempat khasnya dan global amnya yang terus mengatakan bahawa pendidikan vokasional adalah jalan alternatif kepada mereka yang mempunyai pencapaian yang kurang memberansangkan dalam general education dan juga mereka yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah sahaja (Agrawal, 2009).
semua mampu mengkonsepsikan minda kita bahawa pembangunan diri seseorang pekerja itu sendiri adalah jauh lebih penting dari hukum ekonomi lama yang berlandaskan produktiviti semata-mata (Amla, 2010) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) negara kita sendiri yang mana pembangunan aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial seseorang individu itu amat dititikberatkan (PPK, 1988).
Some TVET systems work well; it is a matter of doing it right (Castro, 2008)
Rujukan
Ahmad B. Othman. 2005. The National Dual Training System: An alternative Mode of Training for Producing K-Workers in Malaysia? Published in Aminah, et al. 2005. Human Resource Development: Practices and Directions for a Developed Malaysia. Serdang: Universiti Putera Malaysia.
Amla Mohd. Salleh. 2010. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alexandra Uhly, Klaus Troltsch & Gunter Walden. 2006. Challenges to the German Dual System. Netherlands: Springer.
Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Castro. 2008. Is Training in Developing Countries Different from Training in Developed Countries? UNESCO-UNEVOC Bulletin 14.
Donna-Louise McGrath. 2007. Implementing an holistic approach in vocational education and training. Australian Journal of Adult Learning. Volume 47, Number 2.
Habsah Ismail & Aminuddin Hassan. 2009. Holistic Education in Malaysia. European Journal of Social Sciences – Volume 9, Number 2.
Haji Wan Seman bin Wan Ahmad. 2007. To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian Industry Through National Dual Training System (NDTS). Malaysia: Department Of Skills Development.
Jabatan Pembangunan Kemahiran. 2009. Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Sistem Latihan Dual Nasional. Malaysia: Kementerian Sumber Manusia.
Jabatan Pembangunan Kemahiran. 2010. Statistik Pencapaian Aktiviti JPK Sehingga Disember 2010. Malaysia: Kementerian Sumber Manusia.
Jailani bin Md. Yunos, Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad, Noraini bte Kaprawi, Wahid bin Razally. 2006. System of Technical & Vocational Education & Training in Malaysia (TVET). 2nd International TT-TVET EU-Asia-Link Project Meeting. Malang: VEDC.
Kementerian Sumber Manusia. 2008. Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008-2020. Kementerian Sumber Manusia: Promark Marketing.
Mohamed N. Abou-Zeid, Rudolf K. E. Bode & Ali Sayed. 1999. Implementing a Dual Sytem of Technical Education in Egypt. Bowling Green, Ohio: Epsilon Pi Tau.
Pang, C.L. (2008). A historical account of skills training in Malaysia. In G. Loose, G.Spottl, & Y. M. Sahir (eds). “Re-engineering dual training – the Malaysian experience, 165-176. Frankfurt am Main: Peter Lang.
Pang Chau Leong, Rajamorganan Narunan & Simon Sim. 2010. Background Paper For Malaysia: Skills Development In The Workplace In Malaysia. ILO/SKILLS-AP/Japan Regional Technical Workshop and Study Programme on Skills Training in The Workplace Overseas Vocational Training Association, Chiba, Japan.
Pang Chau Leong, Jailani Bin Md Yunos & Georg Spottl. 2009. Comparative Review of The National Occupational Skills Standard (NOSS) – Based Training System and The National Dual Training System (NDTS) in Malaysia: Issues and Themes. Malaysia Labour Review.
Poonam Agrawal. 2009. Traditional and Transitional TVET Systems; International Handbook of Education for the Changing World of Work. Springer Science+Business Media B.V
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1988. Falsafah Pendidikan Negara. Malaysia: Kementerian Pendidikan.
Rahim M. Sail, Abdul Rahman Md. Aroff, Asnarulkhadi Abu Samah, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah & Zakaria Kasa. 2007. Sistem Latihan Dual Nasional; Buku Panduan Kemahiran Sosial dan Nilai Sosial dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Malaysia; Kementerian Sumber Manusia.
Richard A. Swanson & Elwood F. Holton III. 2001. Foundations Of Human Resource Development. San Francisco: Berrett-Koehler Publishers, Inc.
Schmidt, H. & Alex, L. 1997. “The Dual System of Vocational Education and Training in Germany” in Roderick Millar & Jonathan Reuvid. Doing Business With Germany. London.
Zuraidah Mohd Zain. 2008. TVET in Malaysia. Malaysia: Universiti Malaysia Perlis.
Lampiran
Gambar Rajah 2. Graf Pencapaian SLDN sehingga tahun 2010
Kata Kunci Jerman Malaysia
Titik
Permulaan Latihan apprentice bermula pada abad ke-17 dan sistem latihan yang mempunyai ciri dual diterapkan seawal abad ke-20.
Dual System Project (DSP) yang mula diusahakan pada pertengahan tahun 1990.
Perangkaan Undang-Undang
Vocational Training Act 1969; untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts; untuk latihan di sekolah-sekolah.
National Skills
Development Act 2006 (ACT 652); Tidak spesifik untuk sistem latihan dual.
Kurikulum dan
Rekabentuk Pengajaran
Tidak terperinci dan fleksibel; Rangka
kurikulum yang singkat diberikan; Setiap satunya adalah berbeza mengikut syarikat industri dan pusat latihan.
Terlalu terperinci dan tidak fleksibel; National
Occupational Skills
Standard (NOSS); Standard untuk semua syarikat
industri dan pusat latihan.
Pengajian tiga tahun setengah.