• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR FAKTOR KEGAGALAN PERSPEKTIF PELAJ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR FAKTOR KEGAGALAN PERSPEKTIF PELAJ"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN : PERSPEKTIF PELAJAR

YANG MENGULANG KURSUS ENGINEERING

MATHEMATICS 1

oleh

Favziyah binti Nafiah

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak favziyah@psas.edu.my

Noor Azilla binti Mohamed Nor Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

noor_azilla@psas.edu.my

ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian untuk mengenalpasti perspektif pelajar mengenai faktor kegagalan mereka bagi kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Faktor yang dikaji adalah dari aspek Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Seramai 67 orang pelajar Semester 2, Sesi Disember 2011, yang mengulang kursus Engineering Mathematics 1 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik

(α = 0.751) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah dianalisis

menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0, Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata . Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kaedah belajar menjadi faktor utama dalam mempengaruhi faktor kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 dari perspektif pelajar, diikuti oleh faktor sikap dan motivasi serta latihan/tutorial/tugasan. Oleh itu, cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah kegagalan pelajar, lantas membantu pencapaian peratus kelulusan di atas 90% bagi setiap program.

Keywords : Perspektif Pelajar; Faktor-faktor Kegagalan Engineering Mathematics 1, Cadangan Meningkat Peratus Kelulusan Pelajar

1. PENGENALAN

Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran mahupun di sekolah, ataupun diperingkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti. Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan kepada taraf pendidikan individu, malah turut memberi kesan kepada aplikasi penggunaan harian mereka. Sebagai contoh, pelajar yang lemah dalam matematik, akan turut lemah dalam subjek lain, terutamanya yang melibatkan pengiraan. Didalam kehidupan harian pula kita sering mengaplikasikan penggunaan matematik semasa membeli belah, , membuat pengukuran, perbandingan dan sebagainya.

(2)

Apakah punca sebenar yang menyebabkan ramai pelajar yang gagal matematik?. Persoalan-persoalan ini menyebabkan kami terpanggil untuk membuat kajian bagi mengetahui secara terperinci faktor kegagalan pelajar dalam matematik di politeknik, khususnya bagi pelajar semester satu.

1.1 Pernyataan Masalah

Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dari sudut persepsi pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak. Faktor yang akan di kaji adalah faktor Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian

1.2 Objektif kajian

Antara Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor berikut mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dikalangan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah:

a. Latihan/Tutorial/Tugasan

b. Pensyarah dan Kaedah Pengajaran c. Kaedah Belajar

d. Persekitaran e. Sikap dan Motivasi f. Masalah Peribadi g. Kerohanian

1.3 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor yang mempengaruhi kegagalan mereka dalam kursus Engineering Mathematics1 pada sesi Jun 2011. Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar semester dua kejuruteraan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak.

2. TINJAUAN LITERATUR

(3)

dan kaedah pengajaran, kaedah belajar, persekitaran, sikap dan motivasi, masalah peribadi dan kerohanian. Kajian Relich dan Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson, 1992, menyatakan, kepercayaan, sikap dan kecekapan diri adalah berkait rapat terhadap kesan pencapaian akademik. Mengikut kajian oleh Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad (2001) menunjukkan bahawa, gaya belajar mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Menurut Norhani Bakri (2005) pula, cara pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran.

Gaya pembelajaran pelajar juga berkait rapat dengan kaedah pengajaran pensyarah, bahan bantu mengajar, sikap pensyarah dan keadaan sekitar (Ramirez, 1990). Dengan itu, pensyarah perlu mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar (Marjoribanks, 1991). Menurut Dunn (1995) serta Neely dan Alm (1992), pelajar akan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekiranya mereka diajar dengan kaedah pengajaran yang mirip gaya pembelajaran mereka.

3. METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian kuantitatif yang bersifat tinjauan iaitu menggunakan soal selidik (α = 0.751) sebagai alat pengumpulan data. Kajian tinjauan adalah bersesuaian dengan tajuk kajian ini kerana ianya bertujuan ingin melihat persepsi pelajar terhadap faktor kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Dalam kajian ini pendekatan kajian tinjauan didapati berkesan dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan berupaya mendapatkan data yang diperlukan tanpa sebarang masalah.

3.2 Populasi Dan Responden Kajian

Populasi bagi kajian ini adalah 67 orang pelajar yang mengulang kursus Engineering Mathematics 1 pada sesi Disember 2011 dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak Darul Ridzuan

3.3 Instrumen Kajian

(4)

Jadual 1: Skala maklumat Bahagian A

Maklumat dan Latar

Belakang Responden Pilihan

Bilangan (orang)

Jantina Lelaki

Perempuan

51 16

Umur

18 hingga 19 tahun 20 hingga 21 tahun 22 hingga 23 tahun Lebih dari 23 tahun

55 1 10

1

Kaum

Melayu India Cina Lain-lain

65 1 0 1

Jabatan Pengajian

JKA JKE JKM

10 12 45

Semester Pengajian

Semester 1 Semester 2 Semester 3

0 66

1 Bilangan Mengulang

Modul

Kali Pertama Kali Kedua

54 13

Dalam Bahagian B, responden telah disediakan pilihan jawapan mengikut skala lima mata yang terdiri daripada “Sangat Setuju”, “Setuju”, “Neutral”,

“Tidak setuju”dan “Sangat Tidak Setuju”.

Sebanyak 52 item telah dibina dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tujuh faktor yang telah ditetapkan iaitu Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Jadual 2 di bawah menjelaskan jumlah keseluruhan item mengikut pembolehubah yang ditetapkan:

Jadual 2: Jumlah Item Soal Selidik Bahagian B

Pembolehubah Jumlah Item

Latihan/Tutorial/Tugasan 4

Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran 9

Kaedah Belajar 11

Persekitaran 5

Sikap Dan Motivasi 14

Masalah Peribadi 5

(5)

3.4 Kaedah Penganalisisan Data

Bagi mencapai objektif kajian, penganalisisan data terhadap maklumat yang berkaitan akan dijalankan dengan menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS 16.0 for Windows). Perisian ini telah menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat menghasilkan perincian analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah difahami. Selain itu, perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word turut digunakan bagi membantu penyelidik mempamerkan hasil kajian dalam bentuk yang lebih mantap dan berkesan.

Dalam proses menganalisa data adalah dengan memasukkan setiap data dengan menggunakan tetingkap SPSS Data Editor setelah kerja-kerja pengumpulan kajiselidik diperolehi sepenuhnya.

Secara amnya, data yang dikumpulkan akan dibahagi kepada 2 bahagian sebelum dianalisis iaitu bahagian analisis awalan dan bahagian analisis terperinci. Analisis awalan dilakukan terhadap data tentang latar belakang responden manakala analisis terperinci pula merupakan penganalisisan terhadap data bagi tujuan mencapai objektif kajian. Pada peringkat akhir kajian, hasil data dianalisis, dirumuskan dan cadangan mengikut pandangan penyelidik berdasarkan hasil kerja yang telah dibuat juga akan disediakan untuk panduan di masa akan datang.

Untuk menganalisis punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 sepertimana yang disenaraikan pada Bahagian Dua borang kajiselidik, setiap soalan atau pembolehubah diberikan nilai-nilai tertentu seperti 1 untuk Sangat Setuju, 2 untuk Setuju, 3 untuk Neutral, 4 untuk Tidak Setuju dan 5 untuk Sangat Tidak Setuju. Melalui nilai-nilai yang telah ditetapkan, setiap pembolehubah akan memberikan nilai kepentingan terhadap analisis yang telah dijalankan. Dalam penyelidikan ini terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk menganalisis pembolehubah iaitu Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata. Data-data akan diringkaskan dan dipamerkan dalam bentuk jadual dan rajah.

3.5 Analisis Frekuensi

Analisis statistik frekuensi secara amnya menunjukkan taburan peratusan kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian ini. Melalui kaedah ini, setiap punca-punca atau faktor-faktor yang mempengaruhi mempunyai peratus kekerapan berdasarkan kepada bilangan responden yang menjawab soalan-soalan berkenaan. Melalui nilai kekerapan yang diperolehi, kedudukan keutamaan punca atau faktor yang dijawab oleh responden akan dapat dilihat dan ini akan membolehkan senarai punca-punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 disusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada kekerapan yang dijawab oleh responden.

3.6 Analisis Indeks Purata

(6)

untuk mengkelaskan jawapan yang diisi oleh responden. Dalam kajian ini, setiap punca-punca yang mempengaruhi kegagalan pelajar yang mengambil kursus Engineering Mathematics 1 telah dibahagikan kepada lima tahap (skala) kepentingan yang diwakili oleh nombor 1 hingga 5. Formula yang digunakan untuk mengira nilai Indeks Purata (Odeh dan Batainneh, 2001) adalah seperti berikut :

Indeks Purata = ∑ (aX), di mana X = n/N

A = nilai pemberat yang telah ditetapkan untuk pembolehubah (1 hingga 5) N = Jumlah responden

n = Kekerapan responden

4. KEPUTUSAN

Berikut adalah keputusan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan dengan menggunakan Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata:

Jadual 3: Analisis Frekuensi Dan Analisis Indeks Purata

Nilai Pemberat

1

Frekuensi Responden

f

1.1 Tidak Menyelesaikan tugas dalam tempoh yang diberikan

1.2 Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan

1.3 Tidak Membuat soalan-soalan semester lepas/ past year

1.4 Tidak Membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah

12

n 2.1 Tidak suka pensyarah yang mengajar

2.2 Tidak Faham apa yang diajar oleh pensyarah

6

2.3 Pensyarah tidak prihatin dan bertoleransi

2.4 Tidak Banyak contoh soalan

diberikan semasa mengajar 6

9 (13.43)

(7)

(8.96) (22.39) (28.36) (26.87) (100)

2.5 Tidak Memahami masalah pelajar

2.6 Tidak menerangkan dengan jelas dan terperinci

3

2.7 Sukar berkomunikasi dengan pensyarah

2.8 Pensyarah tidak menyediakan latihan tambahan

2.9 Pensyarah tidak banyak membantu

3.1 Tidak berjumpa dengan pensyarah apabila ada masalah

3.2 Tidak mengulangkaji apa yang telah dipelajari didalam kelas

3.3 Belajar sendiri

5

3.4 Tidak belajar secara berkumpulan

3.5 Tidak belajar di perpustakaan 6

3.6 Tidak fokus dan memberi tumpuan dalam kelas

2

3.7 Tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak faham

3.8 Tidur lambat

8

3.9 Tidak membuat peta minda

7

3.10 Tidak belajar sebelum kelas

(8)

(11.94) (44.78) (32.84) (1.49) (8.96) (100) 3.11 Tidak mencatat apa yang

diajar oleh pensyarah 2

4.1 Belajar didalam kelas yang tidak kondusif dan selesa

1

4.2 Persekitaran yang bising

10

4.3 Tidak berkawan dengan mereka yang pandai matematik

4.4 Suasana tidak aman dan segar

4.5 Perpustakaan tidak lengkap dan selesa

1

5.1 Selalu datang lambat ke kelas 5

5.3 Tidak Minat kursus

matematik kejuruteraan 1

4

5.4 Selalu mengantuk dalam kelas

5.5 Malas untuk belajar

4

5.6 Malu bertanya sewaktu dalam kelas

6

5.7 Hadir ke kelas hanya untuk memenuhi syarat

kedatangan

5.8 Tidak Menghormati pensyarah

(9)

peperiksaan (4.48) (5.97) (11.94) (35.82) (43.28) (100)

5.10 Tidak kisah jika markah tidak cemerlang

2

5.11 Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapkan kerja

6

5.12 Suka Berkhayal

6

5.13 Suka keluar bersama kawan-kawan

5.14 Suka menangguh kerja

7

6.1 Masalah kewangan

11

6.2 Masalah keluarga

6

6.3 Masalah kenderaan ke politeknik

6.4 Masalah kawan-kawan 8

(11.94)

6.5 Masalah teman lelaki/wanita 9

7.1 Tidak Percaya kepada Tuhan dan takdir

7.2 Tidak Percaya kepada

ganjaran dan usaha 3

7.3 Jarang berdoa dan tidak berusaha

7.4 Tidak sembahyang/

meninggalkan sembahyang

(10)

5. PERBINCANGAN

Nilai indeks Purata yang tinggi (1 hingga < 3) mewakili responden yang sangat setuju dan bersetuju dengan penyataan soalan pada Borang Soal Selidik yang diberikan. Dari jadual keputusan di atas didapati faktor kegagalan yang utama adalah dari katagori kaedah belajar, sikap dan motivasi, latihan/tutorial/tugasan dan masalah peribadi. Daripada 52 sub item yang dikaji pada borang soal selidik, hanya 14 item sahaja yang menjadi punca utama faktor kegagalan Engineering Mathematics 1 iaitu Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan, Tidak membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah, Tidak berjumpa dengan pensyarah apabila ada masalah, Belajar sendiri, Tidak belajar secara berkumpulan, Tidak belajar di perpustakaan, Tidur lambat, Tidak membuat peta minda, Tidak belajar sebelum kelas bermula, Persekitaran yang bising, Malu bertanya sewaktu dalam kelas, Suka keluar bersama kawan-kawan, Suka menangguh kerja dan Masalah kewangan.

Daripada 14 sub faktor di atas, didapati tidak belajar sebelum kelas bermula dengan indeks purata 2.51 yang menjadi sub faktor yang paling utama kegagalan Engineering Mathematics 1, dikuti oleh sub faktor tidak membuat peta minda 2.55 dan tidak membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah 2.58.

5.1 Tidak Belajar Sebelum Kelas Bermula

Persediaan sebelum ke kelas amat penting bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran didalam kelas. Pelajar yang menelaah awal topik yang akan diajar oleh pensyarah akan lebih mudah faham tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Ini membuatkan mereka lebih memberikan tumpuan didalam kelas dan akan merasa kesoronokan belajar. Mutu pelajaran akan meningkat dan membuatkan mereka dapat lulus dengan cemerlang. Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku kepada responden yang dikaji, mereka datang ke kelas dengan minda yang kosong dan tidak bersedia untuk belajar. Minat untuk belajar akan menurun dan menjadikan subjek matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar. Akibatnya mereka gagal dalam kursus Engineering Mathematics 1. Disini pensyarah perlu memainkan peranan untuk menggalakkan pelajar membuat persediaan sebelum kelas bermula. Sebagai contoh, pensyarah akan membuat kuiz pendek sebelum kelas bermula. Ini secara tidak langsung mendorong pelajar untuk membaca dahulu topik yang berkaitan sebelum mereka datang ke kelas.

5.2 Tidak Membuat Peta Minda

(11)

untuk membantu pelajar yang lemah untuk menghasilkan nota ringkas & peta minda mereka sendiri. Sebagai contoh pensyarah meminta pelajar untuk menghasilkan peta minda secara berkumpulan dan membentangkannya didalam kelas. Hasil pembentangan akan dibincangkan didalam kelas dan markah kerja kumpulan akan diambil kira.

Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik.

5.3 Tidak Membuat Latihan Tambahan Selain Yang Diberikan Oleh Pensyarah Latihan tambahan amat penting untuk meningkatkan kefahaman dalam subjek pengiraan khususnya bagi kursus Matematik Engineering. Membuat latihan menolong pelajar untuk membiasakan diri dengan kepelbagaian jenis soalan. Ini dapat membantu mereka untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Kurangnya latihan akan memberi kesan kepada kurangnya kefahaman didalam topik yang dipelajari. Latihan yang banyak akan mengukuhkan lagi kefahaman yang sedia ada. Pensyarah perlu peka untuk membantu pelajar dalam menyediakan soalan dan latihan tambahan yang berkaitan kepada pelajar. Sebagai contoh, pensyarah memberikan soalan peperiksaan yang lepas kepada pelajar sebagai latihan dirumah, menyenaraikan buku rujukan yang terdapat diperpustakaan dan sebagainya.

6. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kategori faktor utama kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 dari perspektif belajar ialah kaedah belajar, dikuti dengan sikap dan motivasi serta latihan/tugasan/tutorial serta. Peranan pensyarah juga penting dalam membantu dan membimbing pelajar yang lemah untuk berjaya. Kajian ini akan menjadi lebih lengkap sekiranya kajian lanjutan yang akan datang akan mengambil kira pula faktor kegagalan pelajar dari perspektif pensyarah. Walau apapun dapatan yang diperolehi, semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

7. BIBLIOGRAFI

Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.

Azizi Yahaya, (2010).” Orientasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi Awam

di Malaysia dan Implikasi Terhadap Pencapaian Akademik.” Fakulti Pendidikan

(12)

Azrul Mahfurdz dan Saifudin Semail (2011), “Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan.” Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.

Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 5-19

Dunn R (1995). “Strategies for Educational Diverse Learners.” Phi Delta Kappa: Educational

Foundation.

Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 21-24.

Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad ( 2001). “Hubungan pencapaian penyelesaian masalah matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah menengah rendah.”. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik Sarawak 2001.

Neely, R. O. and Alm, D. (1992). “Meeting Individual Needs: A Learning Styles Success

Story.” Clearing House. Vol. 66. (Issue 2). m.s. 109.

Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad Khalid (2005). “Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia,” Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi 43(E), 29 – 44.

Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing prospective teachers’ attitudes towards mathematics. Educational Studies in Mathematics, 35, 189-206.

Ramirez, M (1990). “Learning Behaviors.” In Saracho, Olivio N. “Cognitive Style in Early

Education.” London: Gordon And Breach Science Publishers.

Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further development of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology, 85(1), 41-48.

Thompson, A. G. (1992). Teachers’s beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning (pp. 127-146). Reston, VA: Macmillan.

Referensi

Dokumen terkait

Sistem pengetahuan tradisional atau kearifan lokal merupakan bagian dari budaya it. Oleh sebab itu, pasti akan mengalami perubahan. Dalam sistem pengetahuan tradisional

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Untuk gubahan massa, keberadaan Leader dan Follower didapatkan dengan cara menerapkan pola layering pada bangunan, dan untuk memunculkan karakter “Leader”nya salah satu caranya

Selain dari beberapa karya di atas, Fazlur Rahman pernah menulis artikel yang berjudul “Iqbal in Modern Muslim Thoght” Rahman mencoba melakukan survei terhadap

Dengan mempertimbangkan pilihan-pilihan adaptasi yang dikembangkan PDAM dan pemangku kepentingan, IUWASH juga merekomendasikan untuk mempertimbangkan aksi-aksi adaptasi

IRIS merupakan reaktor generasi maju dengan konflgurasi dan performa sistemnya yang cukup menonjol, yaltu desain modular, bejana reaktor Integral, waktu hIdup panjang (60 tahun),

︶ではなく、パーソナルコンピュータではなく、インターネットをベースにしたコミュニケー architecture

〔商法四三四〕 代表取締役の業務執行行為が法令に違反する場合に