• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENCARI YANG TERSIRAT DI DALAM FILEM SOK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENCARI YANG TERSIRAT DI DALAM FILEM SOK"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

MENCARI YANG TERSIRAT DI DALAM SOKOLA RIMBA oleh Hassan Abd Muthalib

Perkembangan di dunia luar mula memberi kesan kepada Orang Rimba di Sumatera. Tanah adat dan tradisi budaya mereka semakin diancam oleh kapitalis yang kononnya membawa pembangunan.

Isu inilah yang dibawa oleh Riri Riza dalam filem Sokola Rimba yang diapresiasikan baru-baru ini di Kompleks Studio Merdeka (FINAS). Namun kupasan yang sepatutnya membantu mencerahkan isu-isu di dalam filem ini tidak kesampaian. Ini tidak menghairankan kerana karya Riri tergolong di bawah kategori filem alternatif, ia itu, yang sarat dengan yang tersirat, yang perlu ‘dibaca’.

Filem Sokola Rimba diinspirasikan oleh sebuah buku tulisan Butet Manurung, seorang antropologis muda wanita. Butet adalah pelopor Sokola, sebuah badan bukan kerajaan yang sudah lama berjuang untuk kaum

minoriti dan yang terpinggir di seluruh kepulauan Indonesia.

Riri Riza adalah pengarah pasca Reformasi, antara pengarah

terpenting kontemporari di Indonesia. Riri sudah pun berjaya memikat hati audiens biasa dengan beberapa filem alternatifnya seperti Laskar Pelangi dan Gie. Dalam Sokola Rimba, Riri membawa audiens untuk menerokai alam Orang Rimba di Taman Negara Bukit Duabelas di selatan Sumatra.

Pendidikan untuk Orang Rimba

Teks filem Sokola Rimba adalah memaparkan segala rintangan dan halangan yang dihadapi Butet di awal kerjayanya sebagai antropologis. Dia dipertanggung-jawab oleh sebah unit pihak pemerintah untuk mendidik anak-anak Orang Rimba dalam membaca dan menulis. Butet melihat betapa pentingnya ini kerana Orang Rimba seringkali ditipu orang luar dengan perjanjian bertulis yang berat sebelah, untuk meneroka tanah untuk tanam pokok getah dan kelapa sawit.

Masalah yang dihadapi Butet bukannya datang dari Orang Rimba, penghuni hutan yang dilingkungi adat dan budaya animisme yang

keterlaluan. Masalahnya lebih dengan manusia-manusia yang berkuasa, yang dipertanggungjawab untuk menjaga kepentingan Orang Rimba. Dan akhirnya Butet memberontak dengan segala kepura-puraan.

Inilah latarbelakang bagi cerita Sokola Rimba di zaman semasa

pemerintahan Presiden Gus Dur Wahid. Ternyata, transformasi tidak berlaku seperti yang diharapkan daripada pergerakan Reformasi yang diperjuangkan oleh kaum muda di Indonesia.

Teks filem Sokola Rimba adalah mengenai pendidikan yang cuba dibawa Butet kepada anak-anak Orang Rimba tetapi bagaimana dengan subteksnya? Subteks adalah sesuatu yang tersirat, yang dikias-kias dan merupakan nawaitu sebenar seorang pengarah. Subteks tidak dinyatakan dengan jelas. Sang pengarah akan menabur beberapa tanda dan petanda di sana sini di dalam cerita yang menjadi petunjuk tentang renungannya

(2)

Tanda dan Petanda dalam SOKOLA RIMBA

Environmen hutan diperlihatkan Riri sebagai sesuatu yang merbahaya bagi Butet. Di awal filem dia keseorangan, tercari-cari tempat penghunian Orang Rimba. Seorang lelaki misteri mengekorinya. Apabila Butet jatuh pengsan kerana keletihan, lelaki itu diperlihatkan lagi. Teknik kamera dan suntingan memberi gambaran negatif terhadap terhadapnya. Tetapi ini diikuti dengan visual seekor mengkarung dan visual air jernih di sungai. Kedua-dua ini adalah petanda yang bersifat positif, yang menjadi petunjuk bahawa lelaki itu sebenarnya berniat baik.

Ternyata ini benar apabila Butet tersedar dari pengsan. Dia mendapati lelaki itu (bernama Bungo) sudah membawanya ke tempat yang ditujuinya. Bungo adalah remaja dari kaum Orang Rimba yang tinggal di tempat yang sangat jauh. Bungo membantu Butet kerana mempunyai keinginan untuk belajar menulis dan membaca agar kaumnya tidak ditipu oleh orang luar.

Pertemuan Butet yang pertama dengan Orang Rimba menguji

kesabarannya. Mereka seolah tidak berminat dengan kehadirannya. Malah, apa saja keputusan dibuat oleh mereka bergantung kepada adat

kepercayaan dengan budaya dan fahaman animisme mereka. Namun, sebagai seorang ahli antropologi, Butet tetap bersabar, mengetahui kaum sebegini tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu.

Binatang di hutan juga diperlihatkan sebagai ancaman kepada Butet. Terdengar ngauman harimau tetapi tidak kelihatan. Seekor ular sawa gergasi melengkar ganas. Butet jatuh sakit kerana demam malaria. Kemudian ia berdepan dengan Dr. Astrid, ahli antropologi Eropah yang sepatutnya dielak (pesanan majikan Butet kerana ia orang Barat yang ‘penyibuk’).

Pembalak-pembalak haram dilihat sebagai ancaman. Butet bersama seorang kanak-kanak mengambil gambar mereka sedang menumbangkan pokok. Pembalak haram tidak bertindak ganas dan membiarkan mereka lari dari situ.

Ancaman yang Sebenar

Kesemua yang disebutkan tadi merupakan elemen-elemen primitif, rumit dan merbahaya. Namun segala-galanya dapat diatasi Butet. Ancaman yamg sebenar datangnya dari mereka yang dipertanggungjawab untuk menjaga kepentingan Orang Rimba.

Dari awal lagi, Riri sudah memberikan satu petanda tentang apathy mereka yang berkuasa. Diperlihatkan Gus Dur di kaca televisyen yang

(3)

Butet sangat marah dengan semua kepura-puraan majikannya dan memberontak di hadapan wakil-wakil media. Para wartawan terperanjat dan hanya memandang Butet, terpegun.

Melalui adegan ini, Riri menunjukkan sikap para wartawan semasa itu yang hanya mahu menonjol gambaran positif dan langsung tidak berminat kepada perkara yang sebenar. Di sini terdpat persoalan: apakah majikan Butet mempunyai kepentingan dan menjalin hubungan sulit dengan mereka yang ingin meneroka tanah Orang Rimba?

Pemuda Harapan Negara

Penerokaan tanah Orang Rimba bermula dengan tanaman pokok-pokok getah dan kemudian dengan kelapa sawit. Orang Rimba ditipu sebelum ini oleh para kapitalis yang mungkin bersubahat dengan orang-orang tempatan. Bagi Riri, inilah ancaman yang sebenar kepada negara. Pembalak haram terdiri dari orang-orang Indonesia tetapi para usahawan kelapa sawit adalah orang-orang dari luar negara.

Riri menggunakan metafora untuk menyampaikan bagaimana darah Orang Rimba dihisap sikit demi sedikit. Sebuah pokok getah dilihat dari sudut dekat. Susu getah menitik dengan perlahan ke dalam mangkuk.

Riri memberi gambaran nasib Orang Rimba yang amat menyedihkan. Namun, di akhir cerita, Riri menadah harapan. Bungo mencangkung di hadapan beberapa orang luar yang membawa perjanjian bertulis untuk menerokai tanah mereka bagi menanam kelapa sawit. Bungo, yang kini boleh membaca, meneliti dan mempersoalkan beberapa perkara yang terdapat di dalam perjanjian itu.

Butet akhirnya dipecat oleh majikannya kerana keras kepala. Namun keikhlasan dan kegigihan Butet mempertahankan hak Orang Rimba

mendatangkan inspirasi kepada rakan-rakan di unit lamanya. Mereka tampil bersama Butet untuk sama-sama meneruskan perjuangannya.

Bagi Riri Riza, inilah generasi pemuda yang akan melakukan transformasi tanpa

kepentingan diri atau korupsi. Merekalah yang akan memperjuangkan bangsa dan menjadi harapan bangsa.

Referensi

Dokumen terkait

Pentingnya Kepemilikan Institusi Dalam Kajian Faktor Penentu Pengungkapan Tanggung Jawab Sosial Pada Perusahaan Non Perbankan Yang Terdaftar di BEI 2 (dua)