• Tidak ada hasil yang ditemukan

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DI DALAM (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DI DALAM (1)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DI DALAM FILEM-FILEM ARAHAN MAMAT KHALID oleh Hassan Abd. Muthalib

Kalau aku bikin filem cerdik, aku perlukan audiens yang sama cerdik.

- U-We i Haj isa ari

Parodi adalah genre filem yang menjadi pilihan Mamat Khalid untuk berkarya. Parodi adalah pendekatan yang lucu dalam membuat kritikan terhadap sesuatu yang telah benar-benar berlaku atau pun yang berkait dengan seseorang atau sesuatu kumpulan. Maka semestinya ia memerlukan audiens yang sudah mengetahui apa yang berlaku atau pun kepada siapa ianya berlaku. Oleh yang demikian, karya-karya Mamat boleh dianggap sebagai sangat jujur kerana ia mengajak audiens untuk turut terlibat di dalam penceritaannya.

(2)

Genre parodi mula diterokai dalam industri filem tempatan oleh P Ramlee melalui siri filem Labu dan Labi sekitar tahun 1960-an. P Ramlee juga

menggunakan satira untuk menyampaikan sindirannya seperti di dalam filem-filem Musang Berjanggut dan Tiga Abdul. Di milennia baru, muncul beberapa pengarah yang menggunakan satira dan parodi untuk menyampaikan kritikan mereka. Satira digunakan oleh Hishamuddin Rais di dalam filem Dari Jemapoh ke Manchestee (2001). Amir Muhammad dan Naeim Ghalili menggunakannya di dalam Susuk (2007), dan Chris Chong melalui Karaoke (2009). Genre parodi menjadi pilihan Ng Tian Hann dengan First Take, Final Cut (2004), Yeo Joon Hann dengan $ell out!, James Lee dengan filem-filemnya, Sini Ada Hantu (2010), Tolong! Awek Aku Pontianak! (2011) dan Petaling Street Warriors (2012), dan Namewee dengan Nasi Lemak 2.0 (2011) dan Hantu Gangster (2012).

Genre parodi menjadi pilihan Mamat Khalid untuk kesemua filemnya. Berbeza dengan pengarah-pengarah lain, Mamat membawa satu gaya yang tersendiri, ia itu, yang merujuk kepada sejarah, milieu dan kosmologi Melayu. Mulai dari filem pertamanya, Lang Buana (2003) sehingga ke filem terbarunya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2012), watak-watak, milieu dan subjek Mamat berdiri di bumi nyata dengan merujuk kepada beberapa aspek negara dan sejarah bangsa. Penelitian Mamat dapat dilihat di semua aspek produksi, ia itu, dari sudut pemilihan pelakon, kostum, set, kata bual dan musik. Dengan itu, karya-karya Mamat wajar dijadikan kajian tentang sesuatu zaman dalam sejarah negara oleh sejarawan, ahli antropologi dan sosiologi. Sudah pasti, ada di antara filemnya yang akan dianggap klasik.

Namun begitu, karya-karya Mamat tetap menghiburkan walaupun

(3)

filem dari sudut bisnes atau pun menggunakan kaedah Ali Baba. Dari filemnya yang terawal ini, Mamat juga menghadirkan bangsa-bangsa lain di Malaysia di dalam penceritaannya kerana, baginya, itulah realiti di tanahair.

Apakah penanda-penanda yang berulang-ulang di dalam filem-filem Mamat Khalid yang menjadi petunjuk bahawa subjeknya ialah industri perfileman

tempatan? Bukan sahaja jauhari yang boleh mengenal maknikam. Anda memerlukan ilmu firasat (yang sudah kian lama berada di dalam kosmologi Melayu dan sudah digunakan dengan sepenuhnya oleh P Ramlee). Ilmu ini perlu disokong pula dengan ilmu tajalli, bukan hanya dengan ilmu mantik. Di dalam Lang Buana, kampong yang didatangi tiga sahabat, Gunung, Daik dan Cabang, ialah metafora untuk pentas industri filem yang diceburi pelbagai bangsa dan jenis manusia. Terdapat yang miskin (tetapi meminati filem), yang kaya (hanya mengaut keuntungan), dan yang angkuh (yang menjadi taukeh). Yang berloghat Jawa pun ada! (rujukan kepada mereka yang terlalu berpegang kepada adat dan cara lama). Satu perkara yang menarik adalah pemilihan dua pelakon, Hasnul Rahmat dan Bront Palarae, graduan Akademi Filem Malaysia yang mula muncul di layar perak. Di akhir cerita, watak yang dimainkan Hasnul, yang berkerja dengan Orang Kaya dan tidak menerima bayaran setimpal, tidak lagi mahu bersekongkol dengannya kerana sudah menjadi pengkhianat bangsa.

Era rock dalam filem Rock (2005) adalah milieu industri perfileman di mana mereka yang terlibat tidak ada apa-apa pemikiran dan hanya mengejar glamor. Begitu juga dengan para promoter dan penerbit musik semasa itu yang sebenarnya tidak mengetahui bidang musik rock. Lebih lucu lagi, para juri di peringkat awal dalam pertandingan musik rock juga terdiri dari manusia yang pelik. Salah

(4)

bahan untuk dia berkarya. Filem Rock hari ini adalah antara filem tempatan yang wajar dianggap sebagai sebuah filem klasik dalam Sinema Malaysia.

Mamat juga membuat komen tentang nasib seniman tempatan yang bertaruh nasib pada mereka yang menguasai tempat hiburan. Beberapa rocker berdiri

merenung bangunan tersergam indah di mana mereka akan beraksi dalam pertandingan. Tetapi tempat itu adalah milik orang bukan sebangsanya. Remaja Melayu sebagai penonton tidak tahu mengenai ini semua. Mamat menunjukkan mereka berlari dengan ghairah masuk melalui pintu. Dengan suntingan dan

sinematografi, Mamat menampakkan masa depan yang gelap bagi kumpulan rock. Pentas dan audiens berada dalam kegelapan. Aksi rocker di pertandingan pula tidak ditunjuk. Seterusnya mereka berada di dalam van untuk pulang. Hanya muka mereka kelihatan di dalam kegelapan dalam van. Dan di akhir cerita, rupa rocker-rocker ini seperti ‘manusia biasa’ dan bermain musik’biasa’ di majlis perkahwinan salah seorang ahli mereka. Ternyata, kegilaan mereka pada musik rock tidak

membawa mereka ke mana-mana.

Pendekatan parodi Mamat tentang kumpulan rock dibawa ke dalam

filemnya, Zombi Kampung Pisang (2008). Empat ahli kumpulan rock tersesat di Kampung Pisang dan berhadapan dengan zombi-zombi. Jika dilihat dari kostum dan solekan mereka, tiada perbezaan di antara rocker dan zombi! (Malah, rupa kumpulan rock, Malaikat Maut,di dalam filem Rock sudah awal-awal lagi dilihat sebagai zombi.) Mungkin persoalan Mamat ialah: Orang Melayu mempunyai adab dan budaya yang begitu tinggi. Mengapa harusnya mengikut budaya asing

sehingga wajah pun tidak lagi macam manusia?

(5)

diiktiraf kerana mendahului zaman. Inilah dilemma yang dihadapi beberapa karyawan filem generasi baru. Di akhir cerita, melalui adegan pengadilan

Pertandingan Ratu Kebaya, Mamat menyindir festival-festival filem di Malaysia di mana ada ahli panel juri yang mempunyai kepentingan atau pun keputusannya menguntungkan kroni.

Kala Malam Bulan Mengambang (2008) juga merupakan parodi tentang industri filem. Mamat merujuk kepada genre film noir dan elemen gothic dalam filem-filem Hollywood dan sejarah awal Sinema Malaysia dengan menggunakan bidang hitam putih. Gaya dan teknik persembahan seakan seperti tahun 1950-an yang tidak lagi sesuai masakini, namun menjadi ikutan. Penggunaan hitam putih melalui filem adalah penanda tentang sesuatu keburukan. Di sini, ia menjadi petunjuk tentang industri perfileman masakini yang sedang berundur ke belakang dengan pengisian yang lemah serta ghairah dengan cerita-cerita tahyol walaupun era sedemikian sudah berakhir pada tahun 1950 dan 60-an. Lambang keris dan bulan adalah petunjuk kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan tetapi tidak berbuat apa-apa. Watak Kuswadinata adalah representasi orang yang diutuskan untuk membantu Sinema Malaysia. Sebaliknya, dia membawa idea-ide yang lapok (dilihat pada kostumnya yang biasanya terlihat dalam pementasan sandiwara). Lihat bagaimana is memandang kamera dan memberikan (terutama kepada penggiat industri) jari hantunya di mana tersarung cincin yang besar dan mahal. Dia hanya mengkayakan diri sendiri. Adegan ini mungkin mencipta sejarah di dalam Sinema Malaysia di mana isyarat lucah, Up Yours, tidak dipotong oleh penapis!

Filem Estet (2010) adalah parodi tentang milieu dan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia yang hanya berlaku pada Hari Kebangsaan. Ini diperlihatkan melalui adegan tari menari pelbagai kaum dengan rentangan kain pelbagai warna di akhir filem. Filem ini juga satu parodi tentang filem-filem Tamil yang terlalu over dalam lakonan dan dialog di samping memparodikan industri filem tempatan. Filem Hantu Kak Limah Balik ke Rumah (2010) menjadi sindiran tentang

(6)

kritikan Mamat tentang industri filem yang diceburinya yang masih seronok dengan cerita-cerita fantasi dan tahyol.

Warung Munawir di dalam Zombi Kampong Pisang adalah representasi gelanggang industri filem dan zombie-zombi sebagai penggiatnya. Sesiapa yang masuk dan memakan kuah daging, akan menjadi zombi (maksudnya yang tidak melahirkan ide-ide baru dan mahu merosakkan otak audiens dengan karya picisan). Warung Pak Jabit di dalam Jin Pakai Toncit juga gelanggang penggiat filem. Dari rupa pengunjung ke warung, dapatlah dilihat rupa penggiat filem yang sudah ketinggalan zaman. Pak Abu adalah representasi pengarah-pengarah lama yang merapu, yang mengulangi cerita-cerita lapok tetapi tetap diminati pengunjung ke warung. Mon adalah representasi filem Melayu yang tulen tetapi yang telah

‘dirosakkan’ oleh filem-filem yang memaparkan cerita hantu, toyol dan pontianak picisan yang hanya begantung kepada teknik suntingan dan kesan bunyi. Husin tetap menyintai Mon sehingga rela menelan mee ‘berkerang’. Husin yang

menyintai Mon sebenarnya mewakili Mamat Khalid yang menyintainya Sinema Melayu. Adegan bersantapan di sungai digambarkan seakan sebuah set di dalam filem dan dilakukan dengan penuh ketelitian untuk visualkan perasaan Husin.

Niat Mamat untuk menyelamatkan Sinema Malaysia juga dapat dilihat dalam Kala Malam. Puteh (Umie Aida) juga adalah representasi filem Melayu yang tulen, yang sudah bertukar menjadi hantu, pontianak, toyol, dsbnya. Watak Saleh (yang mewakili Mamat Khalid) menyiasat tentang sebab-sebab Puteh menjadi hantu dan sanggup mengurungnya untuk sewaktu. Watak yang dimainkan Kuswadinata muncul semula di dalam Jin Pakai Toncit melalui watak Dr Shamsuddin

(7)

tak lama lagi oleh audiens Melayu di Singapura!). Persoalan dari Mamat ialah: Apakah kesudahannya? Apakah Sinema Malaysia dapat diselamatkan?

Karya yang baik kebanyakannya datang daripada pengalaman hidup seseorang pengkarya. Sejarah penglibatan Mamat di era rock, dan kemudian di dalam industri perfileman tempatan, menjadi rujukan baginya. Walaupun Mamat tidak mendapat pendidikan formal di dalam bidang filem, namun dia berkarya bersandarkan ilmu filem. Pendekatan yang digunakannya datang dari fahamannya mengenai B Movies dan genre film noir dari Hollywood serta juga musik Barat. Ini membuatkan kemahiran berparodi Mamat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang dipilih menyertai festival filem Udine di Itali dan beberapa festival yang lain di seluruh dunia. Hantu Kak Limah memperolehi kutipan box-office yang luar biasa. Mamat Khalid sudah pun diiktiraf di negaranya sendiri. Tetapi lebih penting, beliau menjadi perakam sejarah bangsa dan negaranya sendiri, dan sekaligus beliau juga menjadi sebahagian

daripada sejarah itu.

Mamat Khalid seorang nasionalis tetapi dia tidak termasuk dalam golongan yang mengetuk gendang, mengibar bendera dan berdeklamasi puisi untuk

menunjukkan nasionalismenya. Mamat bukan juga seorang sejarawan. Dia hanya seorang pembikin filem yang menyintai sejarah, bangsa, budaya dan negaranya. Apakah itu juga boleh ditafsirkan sebagai satu ‘parodi’? Hanya jauhari mengenal maknikam.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil pengolahan data penelitian diperoleh bahwa program pendidikan layanan khusus bagi anak berhadapan dengan hukum di Lembaga Pembinaan Khusus Anak Kelas II

Hasil dari penelitian adalah terbangun aplikasi yang diberi nama Let’s QR dan dapat memudahkan pustakawan dalam memberikan informasi kepada pengunjung perpustakaan dengan

Kelompok 2 0 Atikah Sugandi 0 Damayanti D H 0 Dea Azza C I F Assesment Gizi 0 Riwayat Client (CH.1.1) 0 Nama : Tn. F Y 0 Gender :

Voice and Vision India National Resource and Training Centre for Children with Vision Impairment and Additional Disabilities Including Deafblindness.USA.Perkins

BODY IMAGE PADA REMAJA PUTRI PENGGEMAR GIRL BAND K-POP.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu

terperinci menegenai konsep-konsep yang terkait dengan judul penelitian yang meliputi; pengertian metode pembelajaran aktif, metode SQ3R, tinjauan umum mengenai kemampuan berpikir

III. Perbedaan dan Persamaan Budaya dalam Perkembangan Kognitif.. Perkembangan kognitif adalah spesialiasasi dalam psikologi yang mempelajari bagaimna kemampuan berpikir

Beberapa penelian mendukung teori tersebut seperti yang dikemukakan oleh Rutter, Tizard dan white more (inggris, 1981) menemukan bahwa anak-anak pada usia 11