• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masih Sesuaikah Sejarah Melayu and Hikay

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masih Sesuaikah Sejarah Melayu and Hikay"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PetronasForum2018

Allegory Contemporary Art Expressions From Malay Manuscripts: Antara Dunia: Dimensi Artistik Berasaskan Manuskrip Melayuantara Dunia: Dimensi Artistik Berasaskan Manuskrip Melayu,

Organised By Galeri Petronas on 27 January 2018

Masih Sesuaikah Sejarah Melayu & Hikayat Hang Tuah Dengan Kita Sekarang?

Ding Choo Ming

Sebahagian besar orang generasi muda, termasuk pelajar, pada masa sekarang sudah tidak berminat, maka sudah meninggalkan manuskrip Melayu. Antara sebab utama yang diberi mereka adalah manuskrip Melayu, termasuk Hikayat Hang Tuah (disingkatkan sebagai HHT dalam perbincangan selanjutnya) dan Sejarah Melayu (SM), antara karya-karya sastera Melayu lama sebelum Abdullah Munsyi. Antara sebab utama yang mereka berikan ialah manuskrip Melayu sudah tidak sesuai lagi dengan kehendak dan keperluan masa sekarang yang sudah lain dengan masyarakat Melayu di Melaka pada kurun ke 15 dan 16.

Sehubungan kita, biarlah kita tepuk dada tanya selera: Adakah segala-galanya pada masa sekarang betul-betul sudah lain daripada masa dahulu? Adakah betul bahawa kita tidak memerlukan lagi nilai-nilai dan kearifan masa dahulu? Tidakkah benar bahawa dalam dunia yang pantas berubah atau yang berpancaroba ini, kita masih memerlukan pegangan hidup yang mempunyai nilai-nilai seperti kejujuran, integriti, cinta, kemanusiaan, keberanian, iman dan sebaginya? Tidakkah benar bahawa tidak kira sejauh mana dunia masa sekarang sudah berbeza daripada dunia Melayu ketika HHT, SM dan manuskrip Melayu yang lain yang ditulis dari kurun ke 14 sehingga ke 19, kita masih mempunyai keperluan yang sama dengan orang Melayu 500 tahun dahulu, selain masih melakukan perkara yang sama yang mereka lakukan untuk hidup dengan aman, damai, gembira dan bahagia dalam masyarakat masing-masing.

Selain itu, kita mesti ingat bahawa sifat manusia tidak banyak berubah sejak ribuan tahun dahulu, apatah 500 tahun dahulu!

(2)

agung yang sudah diterbitkan Yayasan Karyawan. Kedua-duanya adalah hasil kemuncak pencapaian pengarangan Melayu yang hebat dari empayar kesultanan Melayu Melaka. Kalau empayar itu sudah hilang ditelan masa, tetapi karya-karya yang ditinggalkannya pula sudah semakin lama semakin banyak dikaji.

Dengan cara inilah, kedua-dua karya besar itu terus dibaca dan dihayati dengan watak-watak dan kisah-kisah penting dalam karya yang tersebut itu sudah diceritakan semula berulang-ulang, entah sudah berapa kali,– tidak kira dalam bentuk nobel, cerpen, sajak, drama, lagu, kaset, CD, multi-media dan sebagainya mesej, nilai dan kearifan yang mendapat perhatian sarjana dan pengkaji manuksrip itu sudah masuk ke dalam jiwa dan hati, malahan sudah menjadi darah daging orang Melayu selama ini. Inilah juga antara kesan-kesan kehebatan karya-karya besar yang sudah diagungkan oleh Yayasan Karyawan. Kesan-kesan kehebatan itulah yang telah membuat orang Melayu merasa bangga terhadap keagungan empayar Melayu Melaka dan juga kegemilangan tamadun Melayu masa dahulu. Inilah pusaka sejarah dan legasi yang orang Melayu warithi daripada nenek moyang mereka yang telah membina empayar Melayu Melaka dan karya-karya sastera yang besar itu.

Sekiranya empayar Melayu Melaka sudah menjadi sisa sejarah, tetapi HHT dan SM, seperti manuskrip-manuskrip Melayu yang lain - satu-satunya dokumen bertulis yang kita warisi – masih terus-menerus bercerita untuk menyebarkan kearifan, nilai dan mesej masing-masing dalam bentuk ilmu, nasihat, amaran, maklumat, cerita, sindiran, kritikan, malahan alegori dan lain-lain. Sampai di sini sudahlah sampai masanya untuk kita bertanya adakah kita masih bermiinat untuk membacanya, sama seperti apakah kita masih bersedia untuk menerima cerita, nasihat, pesanan dan ajaran ibu bapa dan datuk nenek kita sebagai obor untuk menerangi jalan gelap yang kita harus tempohi, selain sebagai cermin untuk kita melihat diri kita?

Orang yang bijak akan menerima kearifan ibu bapa dan orang tua dan juga manuskrip yang lama itu, kerana mempunyai apa yang telah Bapak Tenas Efendy patikan dalam ungkapan kata yang berikut:

(3)

Siapa memakai tak akan bergaduh Siapa meneladan tak akan terkecuh Siappa mengkaji tak akan mengeluh

Dalam manuskrip ada ilmu: Bila dipakai hidup selamat Bila dipakai tidak sesat Bila diturut banyak berkat Bila ditaati sengkata tak dekat

Dalam manuskrip ada petunjuk:

Kepada yang eluk supaya tak terperuk Kepada yang benar supaya tak tercemar Kepada yang berguna supaya tak terhina Kepada yang lurus supaya tak terjemurus

Maknanya kita jangan meninggalkan nasihat, nilai dan kerarifan ditinggalkan pengarang Melayu dalam manuskrip Melayu. Tetapi kebanyakan orang generasi muda, lebih-lebih lagi yang terpelajar, sama ada sudah atau akan meninggalkannya, seperti mereka meninggalkan ibu bapa mereka yang tidak berhenti-henti memberi nasihat dan pesanan kepada anak dan cucu mereka yang mendapati diri mereka sudah lebih pandai selain mempunyai lebih banyak ilmu daripada buku, kawan, guru dan Internet.

Tidakkah masalah orang generasi muda tidak berminat dengan manuskrip ada kaitan dengan masalah mereka tidak mengetahui nilai, mesej, ilmu, nasihat, harapan, akal, maklumat dan kearifan orang Melayu masa dahulu yang disembunyikan dalam watak-watak dan peristiwa yang mempunyai alegori, maka memang susah, jika tidak boleh dikatakan tidak difahami, tanpa penafsirannya diberi pakar manuskrip Melayu dan sastera Melayu lama, lebih-lebih lagi kerana isi kandungan manuskrp Melayu itu penuh dengan cerita legenda dan dongeng seperti yang didakwa Winstdet dalam bukunya A history of Classical Malay Literature?

(4)

segi estetika, ketamadunan, kemanusiaan, apatah lagi kearifan yang terkandung dalam nasihat, sindiran, kritikan, harapan, amaran, alegori dan lain-lain yang ingin saya bincangkan nanti.

Dengan kata lain, 50 tahun dahulu, saya memang tidak tahu mesej dan kearifan di sebalik ungkapan ‘anak Melayu pantang menderhaka’, ‘tak Melayu hilang di dunia’, lebih-lebih lagi kepahlawan Hang Tuah dalam HHT berupa perlambangan. Yang saya tahu masa itu ialah Hang Tuah suka berlawan dan telah membunuh ramai orang, tetapi tidak tahu kemasyuran dan keagungan kerajaan Melayu ada kaitan dengan kehebatan dan keistmewaan yang hanya dipunyai Hang Tuah. Selain itu, ada banyak lagi watak dan peristiwa dalam HHT dan SM telah digunakan untuk menyampaikan kritikan, sindiran, ilmu, mesej, akal, kearifan dan lain-lain dalam bentuk alegori.

Sampai di sini izinkan saya memperkatakan beberapa kearifan dalam kedua-dua buah karya manuskrip itu.

Dalam HHT, segala-galanya itu bermula daripada cerita ayahnya, Hang Mahmud, mimpikan tuah yang akan dibawa cahaya bulan yang menyinari kepala anaknya. Antaranya ialah Hang Tuah telah berkawan lima orang, menyelamatkan Bendahara daripada serangan amuk, diambil baginda raja sebagai ‘body guard’ baginda, rela masuk ke lubang tahi, tidak teragak-agak memanjat pokok nyiur gading yang tinggi, telah menghapuskan musuh di Majapahit dan Melaka, ‘dihukum bunuh’, diampunkan, mendapat semula mahkota baginda raja yang terjatuih ke dalam laut, kehilangan keris Taming Sari dan akhirnya dia hilang dan bukannya mati seperti yang diceritakan dalam SM.

Sehubungan itu, boleh dikatakan setiap peristiwa yang berlaku ke atas Hang Tuah dan juga setiap tindakannya mempunyai makna alegori. Misalnya, mimpi Hang Mahmud adalah perlambangan yang baik tentang kehebatan Hang Tuah, seorang anak daripada golongan rakyat biasa boleh masuk ke istana dan menjadi orang kepercayaan baginda raja. Mobiliti sosial seperti itu mungkin adalah yang pertama dalam masyarakat feudal yang ketat sekali kawalan sosialnya.

(5)

sebagai pahlawan Melayu yang tidak berbelah bagi kepada rajanya.

Sebaliknya, tindakan raja Melaka sampai menjatuhkan hukuman bunuh sebanyak dua kali dengan terburu-buru dan tanpa usul periksa ke atas Hang Tuah itu adalah sindiran pengarang terhadap kezaliman dan ketidak-adilan raja seperti juga yang telah banyak diceritakan dalam Hikayat Abdullah. Sebab Hang Tuah ‘dihukum bunuh’ berpunca daripada fitnah Patih Kerma Wijaya yang cemburu terhadap Hang Tuah yang sudah semakin disukai raja Melaka kerana prestasinya. Selain menganiayai Hang Tuah, Patih Kerma Wijaya juga menfitnah Bendahara Seri Maharaja dan diukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah. Apalah daya kerana kuasa yang menentukan siapa yang salah atau betul terletak dalam tangan raja baginda seorang.

Dalam HHT, alegori tentang alamat keruntuhan kerajaan Melaka kepada Feringgi adalah sejak Hang Tuah kehilangan keris Taming Sari semasa bergelut dengan seekur buaya putih untuk mendapat semula mahkota raja Melaka.

Selain itu, tidakkah peristiwa itu boleh membuat kita sedar tentang kearifan pengarang HHT dan SM cuba mengatakan bahawa segala-galanya boleh berlaku dalam sepak terajang dan permainan politik, lebih-lebih lagi ada pegawai kerajaan yang mahu menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri mereka!

Lima puluh tahun dahulu, saya juga tidak tahu ada banyak juga mesej di sebalik cerita Hang Jebat menderhaka kepada raja kerana ingin membalas kematian Hang Tuah sekaligus menegakkan keadilan bagi kawannya. Antaranya ialah

1. Hang Jebat adalah watak pertentangan kepada watak Hang Tuah,

2. Penentangan Hang Tuah dengan kawannya (Hang Kasturi dalam SM dan Hang Jebat dalam HHT) adalah untuk menunjukkan perbezaan antara konsep daulat dan derhaka.

3. Tidak ada ‘check and balance’ dalam pentadbiran di negeri Melaka dari masa ke masa.

(6)

Banyak cerita tentang kehebatan dan sifat-sifat Hang Tuah yang luar biasa dalam HHT tidak dijumpai dalam SM yang menggunakan watak Hang Tuah untuk menunjukkan pahlawan Melayu cumalah hamba raja yang rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan tuannya sekaligus menegakkan prinsipnya ‘anak Melayu pantang menderhaka’. Buktinya ialah walaupun difitnah dua kali oleh Patih Kerma Wijaya dan dihukum bunuh dua kali oleh raja baginda, tetapi Hang Tuah tetap memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tuannya, sampai dia sanggup membunuh Hang Kasturi – teman karibnya yang ingin membalas dendam bagi kawannya, Hang Tuah. Mesej penulis di sini ialah kesetiaan dan ketaatan Hang Tuah kepada rajanya mesti dicontohi. Selain itu, kita juga sedar bahawa oleh sebab segala-galanya boleh berlaku dalam politik, maka kawan boleh menjadi lawan! Tidakkah kawan makan kawan satu trajidi? Tetapi trajidi itu berulang setiap hari dalam hidup kita!

Seterusnya ingin saya memperkatakan kearifan di sebalik cerita Puteri Gunung Ledang dalam SM. Cerita itu bermula daripada Sultan Mahmud Syah hendak berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang yang jelita setelah isteri baginda mangkat. Tetapi, perkahwinan itu tidak menjadi kerana baginda sultan tidak dapat memenuhi 6 syarat daripada Puteri Gunung Ledang, iaitu:

1. 7 dulang hati nyamuk, 2. 7 dulang hati kuman, 3. 1 tempayam air mata,

4. 1 tempayam air muda pinang, 5. 1 mangkuk darah raja,

6. 1 mangkuk darah anak raja (Raja Ahmad).

Walaupun perkahwinan itu tidak menjadi, tetapi cerita sehubungannya telah meninggalkan banyak mesej. Antaranya walaupun Sultan Mansor Shah adalah orang yang paling berkuasa di negeri Melaka dalam erti kata baginda sultan bolehlah dikatakan mempunyai kuasa untuk mendapat apa yang dikehendakinya, termasuk mendapatkan Tun Fatimah sebagai isteri setelah ayahnya dibunuh dan juga mendapatkan Tun Teja, anakanda kepada Bendahara Seri Buasa Pahang dan yang sudah berpunya, sebagai isterinya, setelah diculik orang suruhan baginda sultan.

(7)

tidakkah kejayaan Puteri Gunung Ledang menundukkan ego baginda sultan itu menggegarkan, kalau bukan yang menggemparkan? Peristiwa itu mungkin adalah kali yang pertama raja Melayu mengalah kepada rakyatnya!

Menapa Sultan Mansor Shah tidak menggunakan kuasa mutlak baginda ke atas Tun Fatimah dan Tun Teja dahulu itu ke atas Puteri Gunung Ledang? Bukankah ini satu keajaiban (miracle) yang jarang-jarang berlaku?

Selain itu, adakah peristiwa ini juga menyatakan bahawa segala-galanya boleh berlaku dalam politik, termasuk Sultan Mansur Shah dengan tiba-tiba telah berubah menjadi raja yang tahu menghormati hak dan kebebasan rakyatnya?

Kalau sebelum ini telah diberi contoh ‘segala-galanya boleh berlaku’ itu terjadi dalam politik, tetapi di sini ia adalah contoh ‘segala-segalanya boleh berlaku’ dalam imaginasi pengarang! Walaupun Puteri gunung Ledang cumalah watak rekaan pengarang SM, tetapi tidakkah fikirannya tentang emansipasi wanita melalui alegori cerita Puteri Ledang Gunung pada abad 15 itu telah mendahului gerakan emansipasi wanita dan feminis di Eropah pada kurun yang 19? Pendapat itu tidak sukar diterima memandangkan karya Melayu-Islam Tajus Salatin (Mahkota Raja-Raja), karya Bukhari al-Jauhari di Acheh pada 1603 itu adalah lebih kurang setengah abad lebih awal daripada Leviathan (1651) yang ditulis Thomas Hobbs (1588-1679) tentang falsafah politik yang menitik-beratkan kontrak sosial dalam mengawal kelakuan manusia yang mementingkan diri (Farish, 2002: 18-9).

Selain itu, saya juga dapati ada kemungkinannya cerita Puteri Gunung Ledang telah memberi ilham kepada Ishak Muhammad Haji dalam mewujudkan watak Ratu Bongsu yang suci, sakti dan agung dalam Puteri Gunung Tahan dan telah berjaya menangkis serangan orang putih yang diwakili Tuan Robert dan Tuan William.

Seterusnya ingin dinyatakan bahawa dengan menonjolkan keistimewaan dan kehebatan Sang Sapurba dalam SM, pengarangnya telah dengan secara tidak langsung memberi justifikasi kepada keagungan raja-raja Melayu yang dipercayaai mempunyai kuasa sakti, terutamanya kuasa daulat.

(8)

menderhaka kepada rajanya dengan menolong pihak Majapahit menyerang Singapura. Akibatnya Singapura kalah dengan Sang Rajuna Tapa dan ahil keluarganya telah bertukar menjadi batu dengan rumah mereka roboh. Peristiwa itu menengahkan konsep derhaka dengan tulahnya yang terkandung dalam wa’adat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.

Waadat itu berasaskan pemahaman dua pihak: rakyat tidak boleh menderhaka kepada rajanya dan raja tidak boleh mengaibkan rakyatnya. Dengan menunjukkan kes itu, pengarang SM mahu memberi amaran kepada golongan rakyat tentang hukuman daripada kuasa raja. Moral ceritanya ialah jangan sekali-kali menderhaka kepada raja.

Sejauh mana kearifan yang juga terkandung dalam waadat itu ditelah pegang dalam pentadbiran negeri Melaka? Buktinya telah ditunjukkan melalui watak dan perbuatan Raja Muhammad, putera kesayangan Sultan Mansor Shah, bakal menaiki takhta mengganti ayahandanya. Tetapi, Raja Muhammad terpaksa dibuang negeri ke Inderapura (Pahang), setelah membunuh anak Bendahara Tun Perak, yang dengan tidak sengaja telah menjatuhkan destar baginda. Tindakan Sultan Mansor Shah itu adalah untuk mengelakkan rasa tidak berpuas hati dan juga kemungkinan berlakunya penderhakaan di kalangan kaum kerabat di raja yang marah dengan tindakan Raja Muhammad itu.

Mesej di sebalik peristiwa itu ialah raja dan kaum kerabat di raja tidak boleh bertindak sesuka hati, sama ada untuk kepentingan atau ego sendiri. Dengan kata lain, walaupun raja Melayu masa itu mempunyai kuasa mutlak, tetapi raja ‘is not above the law’. Sehubungan itu, waadat yang disebut tadi telah dikuatkuasakan di negeri Melaka demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyatnya.

Kalau ada cerita tentang raja Melayu yang tidak adil, pilih kasih dan zalim, tetapi ada juga cerita tentang raja Melayu yang berjiwa rakyat dan yang telah menunjukkan kepimpinan melalui tauladan. Misalnya, Sultan Alauddin Riayat Shah dalam

(9)

menangkap perompak dan pencuri dan menghapuskan masalah jenayah. Pada malam itu, rombongan baginda telah bertembung dengan lima orang pencuri yang didapati sedang mengusung peti. Dua orang pencuri dapat diberkas, manakala yang lain telah dapat melepaskan diri.

Temenggung Seri Maharaja yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan negeri malu setelah ditegur baginda. Peristiwa itu cumalah satu daripada banyak yang lain yang telah dilakukan baginda. Mesej di sini adalah bukan sahaja pemimpin tidak boleh mengharapkan pegawai bawahannya denan sepenuhnya, tetapi menunjukkan ‘kepimpinan melalui tauladan (lead by example). Dengan kata lain, Sultan yang berjiwa rakyat dengan kepentingan rakyatnya didahulukan itu telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara. Maklumlah raja atau pemimpin negaralah yang boleh mementukan hidup matinya, maju mundurnya, dan aman atau kacaunya negara di bawah pemerintahannya. Isu ini boleh dilihat pada perbezaan perwatakan Sultan Mahmud Shah yang akan diperkatakan selanjutnya.

Sultan Mahmud Shah adalah sultan Melaka yang terakhir sebelum empayar Melaka tumbang. Sebab kerobohannya ada banyak, termasuk kelemahan baginda. Antara kelemahan baginda yang diceritakan dalam SM adalah bermukah dengan isteri Tun Biajid, selalu bertindak dengan terburu-buru, banyak pilih kasih, maka didapati adalah ‘lambang perpecahan’ dan ‘lambang perpaduan’ yang sepatutnya untuk negeri Melaka. Sehubungan itu, pembunuhan Bendahara Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Shah telah memakan dirinya dalam erti kata telah menyebabkan baginda kehilangan takhta kerajaannya setelah Melaka dikalahkan Portugis. Selepas itu, baginda telah melarikan diri dengan kaum kerabat di raja yang lain ke Johor.

(10)

‘above the law’ dan pentadbiran baginda Sultan adalah ‘one man ruler’.

Dalam SM juga diceritakan sebelum menjadi sultan di Melaka, Raja Kasim (sebenarnya Sultan Muzafar Shah) dengan pertolongan Bendahara Seri Wak Raja telah ‘merebut kuasa’ daripada Sultan Abu Shahid. Tindakan itu adalah untuk menyelamatkan takhta kerajaan Melayu Melaka daripada diduduki raja Melayu dari tempat lain. Maklumlah Sultan Abu Shahid yang hanya seorang budak kecil masa itu telah dikuasai atau didalangi nenda baginda, Raja Rekan.

Antara mesej daripada rebut kuasa itu adalah raja jati Melayu Melaka tidak dapat menerima raja Melayu yang bukan kelahiran Melaka, lebih-lebih lagi tidak mahu melihat adanya raja atau kerajaan boneka yang lemah, dan juga semacam ‘queen control’, memikirkan Sultan Muzafar Shah sendiri adalah raja Melayu yang berjiwa besar dan yang mahu memperkembangkan Melaka menjadi lebih maju dan kuat lagi. Peristiwa itu juga mempunyai banyak mesej. Antaranya ialah ‘the emperor must be the best man available’, selain tindakan Sultan Muzafar Shah ‘merebut kuasa’ itu bukan sahaja untuk menyelamatkan takhta kerajaan Melayu Melaka daripada diduduki raja Melayu dari tempat yang lain , selain tidak mahu melihat munculnya kerajaan boneka yang pastinya tidak boleh membangunkan Melaka.

Peristiwa itu mungkin juga boleh ditafsirkan sudah ada bibit-bibit kesedaran orang Melayu tentang konsep yang kita bincangkan masa sekarang tentang ‘negeri’ dan ‘bangsa’ atau ‘nation and state’. Sekiranya tafsiran itu boleh diterima, maka ia telah membuka babak baru dalam buku sejarah dunia tentang pemahaman tentang ‘negeri’ dan bangsa’. Perkembangan itu adalah seperti karya Melayu-Islam Tajus-Salatin yang dikarang Bukhari al-Jauhari itu adalah lebih kurang setengah abad debelum Leviathan (1651) yang ditulis Thomas Hobbs (1588-1679), yang sudah disebut sebelum ini.

Sampai sini elok kita beri perhatian kepada mesej, ilmu, nasihat, kritikan, sindiran dan kearifan dalam SM dan HHT

(11)

Muda, tetapi akhirnya telah difitnah pembesar dan dihukum bunuh.

Ada banyak mesej daripada ketiga-tiga peristiwa yang disebut ini. Pertama, pemimpin negara perlu menjalankan siasatan dengan teliti dan saksama ke atas fitnah sebelum menjalankan hukuman bunuh yang boleh membawa akibat buruk ke atas pentadbiran negara dan keselamatan negara. Tetapi siasatan yang dikehendaki sukar dibuat pemimpin negara yang tidak mempunyai integriti, yang tidak adil dan yang pilih kasih. Kedua, sekiranya Hang Tuah telah dibunuh, habislah kerajaan Melaka Melayu sama ada di tangan Hang Kasturi atau Hang Jebat. Kesudahan yang buruk yang dinyatakan telah terjadi setelah Bendahara Seri Maharaja dihukum bunuh. Pembunuhannya itu telah menyebabkan Melaka semakin lama semakin banyak kehilangan orang yang berkaliber dan akhirnya kalah kepada Feringgi. Ketiga, pegawai tinggi kerajaan tidak boleh diketepikan pemipin negara semata-mata kerana mulut pembesar negeri yang lain yang mungkin cemburu dan mungkin mempunyai niat jahat yang tersembunyi. Kepada mereka ini pembunuhan pegawai yang menjadi duri dalam daging mereka boleh membuka jalan baru untuk mereka naik ke atas lagi. Ini juga bermakna ada setengah pembesar negari tidak mempunyai integriti, yang jujur dan ikhlas. Contoh yang baik sehubungan itu tidak lain daripada pembunuhan budak yang memberi cadangan untuk mengatasi masalah serangan ikan todak di Singapura dan Inderaputera yang akan diceritakan seterusnyai.

(12)

mengetahui segala-galanya, lebih-lebih lagi jawapan kepada semua masalah yang kita hadapi dari masa ke masa.

Tetapi, raja dan pembesar negeri yang tidak mempunyai integriti itu didapati mempunyai masalah moral, maka tidak jujur itu telah mencurigai kehebatan dan keistimewaan budak itu. Kepada mereka ini, orang yang lebih hebat dan pintar mesti disingkirkan untuk menyelamatkan kedudukan dan kepentingan mereka daripada diancam. Kepada mereka, hanya dengan menyingkirkan atau menghapuskannya, barulah akan merasa lega. Yang berlaku adalah mereka telah menutup malu mereka dengan bertindak sedemikian.

Sekiranya jujur dan mempunyai integriti, mereka bukan sahaja akan kagum dan memuji budak itu kerana akalnya, tetapi juga mengakui kelemahan diri mereka. Tetapi mereka telah menutup kelemahan mereka dengan menghapuskan orang yang lebih pandai dan hebat, maka bukan sahaja dicurigai, malahan dianggap sebagai ‘musuh’.

Banyak pembesar negeri seumpama itu boleh dijumpai, termasuk Patih Kerma Wijaya dalam Sejarah Melayu yang sudah diberi tadi. Pembesar negeri itu bukan sahaja menfitnah Hang Tuah, sampaikan dia ‘dihukum bunuh’ dua kali, tetapi juga Bendahara Seri Maharaja yang telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah. Kehilangan Bendahara Seri Maharaja, pembesar negeri yang berkeliber itu, merupakan salah satu sebab kejatuhan Melaka kepada Feringgi.

Dalam Sejarah Melayu, peristiwa tragik itu berulang di Inderapura yang juga diserang ikan todak.

(13)

Hanya setelah diajar di Universiti Malaya dan setelah membaca kajian orang lain tentang karya sastera Melayu lama dalam bentuk manuskrip, barulah saya tahu alegori dan lain-lain itu sudah digunakan dengan meluas oleh pengarang masa dahulu untuk menyampaikan ide dan konsep yang rumit dan yang sensitif. Dengan cara berkias itulah mereka dapat menyampaikan kritikan, sindiran, kemarahan, rasa tidak puas, nasihat dan mesej yang tertentu kepada raja, kaum kerabat di raja dan pembesar negeri tanpa membahayakan keselamatan diri dan keluargnya. Ini disebabkan dalam masyarakat feudal, raja dan kaum kerabat diraja tidak boleh dihina. Orang yang didapati berbuat demikian boleh dihukum bunuh.

Berbalik kepada watak dan peristiwa yang didapati mempunyai unsur alegori dalam HHT dan SM yang diperkatakan itu, tidakkah kesemua yang diperkatakan itu mempunyai ‘eye-popping attractions’ kerana berisikan kearifan, akal, budi, amaran, sindiran, kritikan, harapan dan imaginasi pengarang Melayu? Ini juga disebabkan kedua-dua buah karya itu adalah kemuncak pencapaian pengkarywanan Melayu, sama ada daripada empayar Melaka atau selepasnya. Tadi sudah dibentangkan beberapa watak dan peristiwa yang mempunyai kearifan dalam kedua-duanya. Soalan sekarang: adakah kearifan itu telah mengajar kita tentang apa-apa? Tidakkah kearifan itu memberi pencahayaan (illumination) kepada kita sekarang dalam erti kata membuat kita menjadi lebih pandai, lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahan dan kebodohan yang ditunjukkan itu? Jika tidak, sejarah tidak mengajar kita tentang apa-apa (history teaches us nothing)? Jika demikian, tidaklah hairan jika ada kata-kata seperti sejarah berulang (history repeats iitself) dan ‘life is not for growing’, malahan masa depan akan mengulang masa lalu (the future repeats the past)!

(14)

dan masuk ke dalam kandang kerbau menguak, dan juga di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Ini disebabkan semua orang perlu berpegang kepada orang lain, supaya tidak terapung-apung (adrift) seorang diri dunia ini.

Rujukan

Faris A. Noor. The Other Malaysia: Writings on Malaysia’s Subaltern History. Kuala Lumpur: SilverBooks, 2002.

Hikayat Hang Tuah (menurut naskah Dewan Bahasa dan Pustaka. Diselenggarakan dengan diberi pengenalan dan catatan oleh Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964.

Malay Concordance Project (http://mcp.anu.edu.au)

Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Penyelenggara: A. Samad Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979. Tenas Efendy.

Referensi

Dokumen terkait

Jawaban: A Sudut pandang yang digunakan dalam kutipan cerpen tersebut adalah sudut pandang orang ketiga serbatahu karena pengarang menyebut tokoh dengan kata ganti nama

Mixing test dapat digunakan untuk mengenali adanya inhibitor dan dikerjakan setelah terdapat hasil bahwa pemanjangan clotting time dari prosedur skrining tidak terkoreksi

Untuk itu pada saat terjadi kenaikan harga beras maka kebijakan yang tepat yang perlu diambil pemerintah adalah dengan memberikan kompensasi bantuan dalam bentuk

mendapatkan kesimpulan dalam penelitian ini, maka digunakan teknik induktif, yaitu dengan menyimpulkan data secara khusus berdasarkan kenyataan umum di lapangan yang

Dari hasil uji tersebut diketahui bahwa nilai signifikan lebih kecil dari 0,05 sehingga dapat diketahui bahwa ada perbedaan harga diri lansia setelah diberikan pengajian

Gen ini adalah gen pertama sama telah berhasil dilakukan kloning gen NPHS1 yang dihubungkan dengan sindrom nefrotik pada dan NPHS2 yang menyandi protein nefrin dan

Kondisi spesifik Kabupaten Malang yang menjadi tantangan dalam penyelenggaraan pelayanan di bidang lingkungan hidup adalah wilayah administratif yang cukup luas

Metoda yang dipakai dalam analisis kinerja pembangunan ekonomi Kabupaten Parigi Moutong adalah dengan menganalisis data beberapa tahun untuk melihat trend perkembangan